Semasa kunjungan PM ke Jerantut bukan lalu dalam rangka merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian beliau ada menyebut tentang perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO setempat yang membeli undi dengan cara menawarkan lawatan ke luar negara dan bahkan ke Mekah menunaikan fardhu haji ataupun umrah.
Bukan main riuh sekali tepukan dari para perwakilan dan para pemimpin seakan mengiakan teguran PM. Namun jauh disudut hati mereka, mereka sebenarnya sangat berbangga dengan diri mereka dibeli sedemikian rupa dan dijadikan buah mulut percakapan pemimpin no 1 negara. Dimanakah maruah para perwakilan dan pemimpin yang menaja lawatan berkenaan? Rupanya UMNO masih enggan berubah dan hanya menganggap teguran PM sebagai satu galakan kepada mereka untuk melakukan lebih banyak onar.
Tiba-tiba saya terdengar desus-desar dari sahabat handai di Jerantut bahawa tidak lama lagi satu kumpulan besar yang terdiri dari ketua-ketua kampong dan pemimpin UMNO dalam sebuah DUN di pedalaman akan berangkat ke tanah suci Mekah. Ini kah wakil rakyat yang kita harapkan memimpin kita? Dan inikah ketua-ketua kampong dan ketua-ketua UMNO cawangan yang kita pilih?
Saya benar-benar berharap supaya PRU13 nanti benar-benar akan mengajar pemimpin kita yang masih merasakan bahawa UMNO adalah kuasa politik yang akan kekal abadi. Dan saya memang nampak beberapa Parlimen dan DUN di Pahang akan ditawan oleh pembangkang kerana kealpaan pemimpin kita.
Bacalah rintihan diblog ini, apakah pemimpin UMNO memahaminya dan merasa simpati? Rakyat sudah memberi isyarat, PRU13 tentu akan lebih banyak mengubah suasana politik negara nanti.







setuju dgn sdr Brave heart...
kita yg pi program TSMY dijanjikan P1 Wimax akhirnya telah dikencing oleh Pegawai Khas TPM , Feriz Omar dan geng2 nya ..
sedangkan kita pi sana , pakai duit poket sendiri bukan TPM bayar woi..aku mai dari Penang guna duit sendiri ..
July 20, 2010 3:44 PM