31 October, 2012

NIK AZIZ INGIN KEKAL PERINTAH KELANTAN





1. Dari Laporan dari sebuah akhbar (Klik Sini), Nik Aziz menyatakan bahawa beliau masih boleh berkhidmat apabila ditanya mengenai keuzurannya dan bila beliau ingin bersara dari politik.

2. Jika kita masih belum lupa, Nik Aziz pernah menyatakan akan turut berundur dari jawatannya dalam politik jika Tun Dr. Mahathir berbuat demikian dalam usahanya mendesak Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan. Apakah Nik Aziz berpeggang pada janjinya? Apakah hukum ingakari janji?

3. Kata Nik Aziz kononnya Dr. Mahathir dah terlalu lama memeggang jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun siapa yang masih memeggang jawatan sehingga sekarang ini? Pada umur berapa Dr. Mahathir melepaskan jawatan ketika itu dan berapakah umur Nik Aziz sekarang ini?

4. Dari klip video diatas, kata Nik Aziz sihat tubuh badan bukanlah sesuatu yang sangat penting dan akal fikiran adalah lebih utama dalam kepimpinan. Nampaknya 'akal' Nik Aziz tetap berkeinganan untuk memerintah Kelantan selama-lamanya.

5. Rupanya yang menamakan dirinya sebagai 'Tok Guru' pun lebih mencintai dunia dan kuasa yang ada.

7. Membangun bersama Islam hanyalah slogan Pas bagi Negeri Kelantan dan slogan itu berubah-ubah kata Nik Aziz. Demikian juga dengan perlaksanaan hukum hudud.....ianya juga adalah slogan dan berubah-ubah seperti sekarang ini dan ianya bukan lagi perjuangan Pas.

8. Baca: Nik Aziz dulu kutuk Mahathir dan Nik Aziz dah hilang upaya

9. Hahahaha! Pengikut totok Pas tertipu lagi...dulu, kini dan selamanya. Mungkinkah mereka menyesal kerana berguling-guling untuk pertahankan Pas sedangkan pemimpinnya sah HamPas.


30 October, 2012

'CI-SELI' KAUM TERMINORITI....?

Bantahan Orang Asli di hadapan pejabat MB Pahang

Yang mana Orang Asli? Yang mana Cina dan yang mana 'Ci-seli'?

1. Diberitakan beberapa hari lalu beberapa Orang Asli (Orang Asal) berkumpul diperkarangan Pejabat Menteri Besar Pahang bagi menyampaikan bantahan mengenai Hak-hak Orang Asli.

2. Menurut sumber, DSD Adnan Yaakob, dalam mengulas kes berkenaan dilaporkan bersetuju bahawa pendedahan dan rungutan masalah Org Asli ada yang munasabah, seperti tanah kubur mereka yang dilanyak, tanah kebun diceroboh dan punca air minuman tercemar. Bagaimanapun yang tak munasabahnya adalah minta kerajaan luluskan lebih banyak tanah kepada mereka. Siapakah sebenarnya yang berada dibelakang mereka ini? Yang akan benar-benar mendapat manafaatnya nanti? Yang nyata adalah mereka hanya jadi alat dan dipergunakan oleh pihak tertentu.

3. Bagaimanapun, apa yang pastinya adalah tunjuk perasaan itu bukanlah benar-benar datang dari masyarakat Orang Asli itu sendiri, sebaliknya adalah atas tajaan pihak pembangkang bagi mewujudkaan keadaan huruhara dan menunjukkan bahawa rakyat membantah kerajaan.

4. Dari sebilangan Orang Asli  yang berkumpul itu kelihatan beberapa wajah yang 'nampak' seperti 'kaum Cina'  tetapi bukan Cina (gamaknya). Yang membantah dan perjuangkan Orang Asli sudah tentulah Orang Asli sendiri. Jadi siapakah mereka?

5. Setelah ditelili baharulah dikenal pasti bahawa mereka itu bukanlah Cina dan bukan juga Orang Asli, tetapi adalah 'CiSeli', satu suku kaum yang baharu ditemui atau dikenal pasti yang juga tergolong dalam Orang Asal. Mereka ini, bukan Orang Asli dan bukan juga kaum Cina namun mereka kononnya nampaknya lebih asli dari Orang Asli sendiri.

6. Dibeberapa penempatan Orang Asli, kita tidak hairan bila temui mereka yang berwajah seperti atau iras-iras kaum Cina, kerana dulu ramai Cina pekerja balak yang kawin kontrek (mutaah) dengan perempuan Asli, dan mereka masih lagi diiktiraf sebagai Orang Asli. Namun, 'CiSel'i ini bukanlah hasil Cina kawin Asli atau Asli kawin Cina, tetapi adalah kaum Cina yang tiba-tiba dan tak semena-mena jadi Orang Asli dan perjuangkan mereka kerana kepentingan peribadi yg tersembunyi.

7. Mereka itu adalah Cina yang boleh jadi ikan dan ular dalam satu masa atau adalah mereka yang opportunis yg menganggap setiap yang bergerak didalam air itu adalah makanan hatta puntung kayu yg hanyut sekalipun.

8. Justeru, pemimpin masyarakat Orang Asli (yang benar-benar asli)  disarankan berhati-hati dengan mainan politik pihak pembangkang yang sentiasa menangguk di air keruh. Dalam politik 'binatang politik' Anu arr, matlamat sentiasa menghalalkan cara.


29 October, 2012

KALAULAH PENGIKUT PAS TAHU....



1. Kalaulah pengikut Pas tahu....bahawa tidak semua yang pemimpin Pas lakukan adalah kerana kepentingan agama, sudah tentu kita akan kecewa dan menolak perjuangan Pas yang kononnya berlandaskan Islam. Namun sebenarnya mereka hanya jadikan agama sebagai alat untuk mencapai cita-cita dan perjuangan peribadi mereka sendiri.

2. Kalaulah pengikut Pas tahu....keratan akhbar diatas adalah tentang pemimpin Pas yang merayu kepada pengusaha rumah urut supaya memohon lesen dan mendaftar supaya cukai dapat dikutip. Kalau kita belum lupa, tidak lama dulu para pemimpin Pas menjerit-jerit mengatakan bahawa kerajaan BN perolehi hasil dari sumber haram dengan mengutip cukai dari perniagaan yang diharamkan oleh agama. Apakah apabila mereka sudah berkuasa dan memerintah maka apa yang mereka katakan haram itu sudah Allah halalkan bagi mereka?

3. Kalaulah pengikut Pas tahu.....Nik Aziz pernah meluluskan sebanyak 44 lesen arak di Kelantan tetapi dalam masa sama bercakap tentang apa yang kerajaan BN lakukan mengenai lesen arak adalah haram dari segi hukum Tuhan. (Klik Sini)

4. Malangnya para pengikut Pas telah buta mata dan hatinya dan terlalu taksub kepada pemimpin yang menjanjikan mereka syurga sedangkan syurga itu bukanlah milik para pemimpin mereka. Di Kelantan kerajaan negeri sering menjuruskan pemikiran rakyat kepada kehidupan akhirat kerena mereka gagal memberikan kebaikan kehidupan dunia bagi rakyat mereka. Kerajaan negeri gagal membekalka air bersih bagi menjamin kesihatan rakyat Kelantan biarpun sudah memerintah sekian lama.

4. Kalaulah pengikut Pas tahu....bahawa mereka sudah sejak sekian lama tertipu, tentu mereka tidak akan sanggup berguling-guling dijalan raya kerana memprotes kerajaan yang sedang memberikan kebaikan untuk mereka dan menunaikan segala janjinya.







10 October, 2012

ROAD TO PUTRAJAYA?




1. Tahun lalu Anu arr dengan penuh keyakinan menipu telah mengumunkan bahawa beberapa Ahli Parlimen akan melompat katak dan menyertainya dan membolehkan beliau ke Putrajaya jadi Perdana Menteri. Anu arr hebahkan ke seluruh negara, kepada seluruh rakyat jelata bahkan kepada negara-negara luar juga bahawa beliau adalah dalam perjalanan ke Putrajaya.

2. Maka puak-puak dan juak-juak pembangkangpun sibuklah mencanang kesana-kemari bahawa mereka akan menguasai Putrajaya. Pemimpin-pemimpin Pakatan masing-masing tersenyum berangan-angan untuk jadi menteri itu dan ini. Mat Sabu yang dahulunya menuduh dan memberi nama Anu arr Al-Juburi kini sudah menjilat ludahnya kembali, bahkan sanggup menjilat jubur Anu arr pula. Demikianlah politik yang menghalalkan cara.

3. Maka merekapun menabur-nabur janji dan menabur harapan menawan Putrajaya. Para pemimpin Pembangkangpun mengajak pencacainya bersama-sama dalam misinya ke Putrajaya.

4. Akhirnya rakyat sedar bahawa mereka ditipu lagi dan lagi dan lagi. Isu Scopene dan pembunuhan Altantuya hanyalah rekaan semata-mata bagi menanam kebencian rakyat kepada DS Najib dan kerajaan. Kebebasan media sosial dalam menyebarkan maklumat menyerlahkan pembohongan Anu arr. Slogan Road to Putrajaya beransur-ansur hilang dan Anu arr serta pemimpin Pakatan Pembangkang bertukar arah kepada 'Road to hospital mental'! 









16 September, 2012

YANG KITA MESTI INGAT....




1. Jika kita bina satu 'time frame', kita akan dapati banyak perkara yang berlaku didalamnya. Dalam setahun ini, 2012, banyak perkara yang telah berlaku dan tidak semuanya dapat kita ingati. Dalam semenjak DS Najib jadi PM, lebih banyak yang berlaku dan sudah tentu banyak juga yang telah kita lupakan, atau kurang mengingatinya.

2. Ruang ingatan kita memang sempit justeru memang kita hanya ingat sedikit. Benarlah kata TDM, 'Melayu mudah lupa'. Bahkan bukan hanya Melayu saja, manusia ini semuanya memang mudah lupa.

3. Namun begitu tetaplah ada diantaranya yang memang perlu kita ingat, untuk seketika ataupun sampai bila-bila dan selamanya. Ada yang sengaja ingin kita lupakan namun sukar untuk kita buangkan dari dalam fikiran. Kerana itulah kita terpaksa mencipta peristiwa atau apa-apa yang lain untuk dimasukkan kedalam ingatan bagi mengusutkan fikiran seterusnya melupakan yang lalu dan terdahulu.

4. Bagaimanapun janganlah kita terperangkap dengan jerat-jerat yang mereka bina. Ingat dan ingat-ingatkan lah....ingat Anu arr ingat liwat, ingat 16 september ingat pembohongan, ingat Al-Juburi ingat Mat Sabu, ingat Mat Sabu ingat Perdana 22, ingat Ostad Badrul ingat 'mandi burung', ingat manifesti PRU Pakatan, ingat kita sudah tertipu....

12 September, 2012

MB PAHANG MERAKYATKAN UMNO

MB Pahang merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO Bahagian Lipis.

1. BN adalah parti rakyat Malaysia sebenarnya. Parti yang telah membela dan mencorakkan pembangunan negara sejak zaman merdeka. Terlalu banyak jasa yang telah diberikan sehingga susah untuk kita menunjukkannya kerana segalanya adalah BN...Perikatan...UMNO.

2. Baru-baru ini saya menghadiri jamuan hariraya anjuran UMNO Bahagian Lipis yang dihadiri oleh MB Pahang atas undangan sahabat-sahabat di UMNO Bahagian Lipis. Sambutan rakyat sangat hebat dan luar jangkaan. Walaupun Siti Norhaliza tidak hadir namun ibunya dan iparnya turut juga hadir menyertai sambutan  kehadiran MB.

3. Apa yang ingin saya katakan adalah mengenai kesediaan MB Pahang DSD Adnan Yaakob bagi merakyatkan UMNO itu sendiri. Mengikut rancangan awal, MB menyertai jamuan hariraya bersama rakyat di perkarangan tempat letak kereta Pejabat UMNO Bahagian, dan kemudiannya akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap Pemuda dan Wanita Bahagian di dewan UMNO Bahagian. Namun MB dengan beraninya melakukan luar dari kebiasaan dengan merasmikan mesyuarat berkenaan dimajlis hariraya dihadapan rakyat yang bukan hanya dari ahli UMNO, bahkan antaranya terdapat juga dari kalangan penyokong pembangkang tegar.

4. Kerana apa kita mesti takut kepada penyokong pembangkang? Kita harus berani berfikir bahawa UMNO / BN adalah parti besar dan adalah parti dan harapan rakyat. Ketakutan kita kepada pembangkang kononnya mereka itu kuat dan mendapat sokongan padu dari rakyat dan akan mengambil alih kerajaan dalam PRU13 nanti. Semua itu hanyalah provokasi pembangkang semata-mata. Kemenangan mereka dalam PRU lalu hanyalah satu protes, kini rakyat sudah sedar dengan kuasa sedikit yang diberikan kepada mereka telah menunjukkan mereka gagal menunaikan janji mereka sebelum ini.

5. Di Selangor, rakyat Selangor menuntut janji dari manefesto PRU lalu ditunaikan. Mana janji bekalan air percuma? Akhirnya MB Khalid terpaksa akui pembangkang gagal dengan mudah memberi alasan bahawa manefesto hanyalah janji Pilihanraya dan tidak mesti ditunaikan.

6. Apakah harapan kita jika masih menaruh kepercayaan kepada pembangkang? Tidak mungkinkah nasib rakyat Selangor akan jadi seperti nasib rakyat Kelantan yang menhadapi krisis air yang tidak sudah-sudah?

7. Ketika rakyat hadapi masalah kekurangan air, pemimpin mereka 'buang air' sana dan 'buang air' sini. Kahkahkah!

04 September, 2012

HANGAT: ANU ARR BAKAL JADI PM......



1. Anu arr masih bersungguh-sungguh untuk menawan Putrajaya. PRU13 adalah usaha terakhirnya bukan saja untuk berkuasa bahkan yang lebih penting adalah untuk memadam segala sejarah hitam...dan kuningnya...tentang kes liwat, skandal seks dengan pelacur chinadoll...isu aiskrim perisa shamsidar lewinsky, penghitaman wang kertas RM500 dan RM1000 dan banyak lagi.

2. Siapa dapat menafikan bahawa Anu arr tidak melakukan itu semua atau sebahagian darinya? Mengenai kes liwat, para doktor dan mahkamah mengesahkan bahawa ianya berlaku namun beliau dibebaskan hanya kerana teknikal. Jadi hakikatnya Anu arr bersalah walaupun mahkamah tidak menghukum beliau. Ini yang perlu rakyat sedar.

3. Anu arr dengan sumber kewangannya yang banyak dari dana asing mampu mengupah pencacainya menguasai media sosial. Bukan sedikit mereka yang pertahankan Anu arr meskipun sedar bahawa Anu arr sememangnya bersalah, semua dan segalanya adalah kerana wang. Cuba kita perhatikan bagaimana cai-cai pembangkang ini tidak jemu dalam mempertahankan kesalahan 'Anu gerah Tuhan mereka' itu. Lihat saja pada 'Chegubutt', 'Milo Suway', 'Yop Tongkeng Sekah' serta 'Topeng Berak'....

4. Anu arr berjaya membohongi dan mendapat simpati rakyat dengan lakonan-lakonannya. Konon ingin diracun dengan arsenik, cedera separuh mampos semasa rusuhan bersih dan macam-macam lagi. Rakyat perlu bijak dalam mengadili Anu arr yang pakar dengan tipu muslihatnya. Jika tidak masakan Pas yang mati-mati perjuangkan Islam dan hudud rela mati bersama-sama DAP kafir harbi. Lidah Anu arr berjaya mempengaruhi Tok-tok Guru dengan pelbagai janji termasuk kuasa apabila dapat merampas Putrajaya. Sehingga Tok Guru-Tok Guru pun rela gadaikan perjuangan Islam Pas...sehingga Tok Guru juga tidak berani melangkah mayat Karpal Singh untuk laksanakan hudud.

5. Walau apa dan bagaimanapun Anu arr dan pengikutnya lakukan, rakyat hendaklah menyemat didalam hati mereka bahawa Anu arr adalah pembohong...adalah peliwat tegar...adalah insan yang tidak boleh dibiarkan berkuasa kerana akan menghancurkan negara. Janji-janji Anu arr adalah janji palsu belaka..adalah janji Pilihanraya sekadar untuk mendapat undi semata-mata. Sebagaimana kata MB Selangor bahawa janji pakatan hanyalah sekadar manifesto semata-mata dan bukan janji yang mesti ditunaikan.

6. Slogan Tukar atau Ubah yang Pakatan bawa bertujuan ingin mengubah kerajaan yang memerintah membawa risiko yang besar. Memang mereka mampu berjanji tetapi apakah mereka mampu menepatinya? Kita jadikan saja negeri-negeri yang dapat mereka takluki dalam PRU12 lalu sebagai petunjuk, apakah tertunai sudah segala janjinya? Apakah berubah sudah kepada kebaikan yang dijanjikan? Rakyat perlu bimbang bahawa perubahan yang dijanjikan itu cuma perubahan kepada yang baik ataupun sederhana kepada yang lebih buruk. Rakyat perlu bimbang bahawa kita mungkin akan melangkah kebelakang dan menjadi lebih mundur seperti negara-negara dunia ke-3 lainnya. Apabila mereka tidak berjaya melakukan perubahan yang dijanjikan nanti maka sudah tentu mereka akan memberikan pelbagai alasan dengan menyalahkan orang lain diatas kegagalan mereka.

7. Jangan kita pertaruhkan keamanan dan keharmonian serta kejayaan yang kita nikmati sekarang ini untuk satu janji mimpi Anu arr yang palsu dan tidak pasti. Biarkanlah cai-cai Anu arr menyalak dilaman media sosial semahunya kerana kita sedar bahawa semuanya itu hanyalah bunyi dari sebuah tong kosong, yang sedikit namun cuba gambarkan seolah-olah ramai, yang seorang cuba gambarkan sebagai ramai. Benar, memang ada yang menyokong beliau namun mereka semua itu menerima imbuhan yang berbalio bagi mereka.

8. Isu bendera Sang Saka Malaya sengaja dimainkan oleh pembangkang hanya untuk mengalih perhatian rakyat dari beberapa isu besar Anu arr. Bagaimanapun akhirnya rakyat sedar bahawa Anu arr memang berhajat untuk membuang Raja-raja Melayu. Malaysia ingin dijadikan sebuah republik. Dimana kelak negeri untuk bangsa Melayu?

9. Jangan biarkan Anu arr jadi PM...gagalkan  Pakatan dari menawan Putrajaya. Putrajaya adalah hak kita. Kita yang membinanya dan ianya mesti kita pertahankan. Anu arr yang Tun Dr. Mahathir pungut dari longkang mesti kita humbankan kembali ke longkang dimana dia datang.

01 September, 2012

#MERDEKA55


Bebas merosakkan harta awam dan menganggu ketenteramam awam?

Bebas merusuh dan bahkan menyerang pegawai keselamatan?

Kalau Tok Guru kencing berdiri, 'Achi' akan kencingi Tok Guru..

1. Menjelang merdeka, berbagai perkara berlaku akibat dari provokasi pihak pembangkang yang tujuannya hanya untuk meraih undi dalam PRU akan datang. Golongan yang jadi sasaran mereka adalah generasi muda yang semangat berontaknya berkobar-kobar namun masih hijau dalam tipu muslihat politik.

2. Pemimpin-pemimpin pembangkang juga tidak kurangnya dalam mengeluarkan kenyataan termasuk yang sensitif berkaitan hubungan kaum maupun agama. Mereka sudah tidak lagi peduli dan menghormati agama dan adat resam kaum-kaum lain, nampaknya 'politik binatang' sudah tidak dipedulikan dan matlamat menghalalkan cara.

3. Wajarkah dalam kita menyambut #Merdeka55 kemerdekaan itu dicemari dengan tunjuk perasaan? Wajarkah bendera 'Jalur Gemilang' dipermainkan dan ingin diubah sesuka hati? Wajarkah slogan Merdeka Ke2 dibawa seolah-olah kita masih belum merdeka? Yang belum merdeka adalah fikiran puak-puak pembangkang yang sanggup mengadaikan maruah bangsa dan keamanan negara kerana cita-cita politik peribadi mereka sendiri.

4. Seorang sahabat pembaca yang tidak ingin dikenali mengirimkan emel untuk dikongsikan bersama-sama:


PERISTIWA KEMERDEKAAN - HARUS DIMENGERTIKAN UNTUK MENJAMIN KEMAKMURAN NEGARA
Oleh: Olexs

Peristiwa Kemerdekaan Pada Kali ini harus dimengertikan utk menjamin kemakmuran negara.. Mereka2 yang kurang menghayati dan cuba menimbulkan huru hara perlu menghayati beberapa perkara ini sbg teladan masa hadapan..

1. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh terbaik di samping pembebasan Gua Musang oleh Tentera MPAJA pada Perang Dunia Ke 2 yang menegaskan bahawa mereka baru sahaja Merdeka dari Jepun dan menganggap Malaya adalah sebahagian dari Tanah Besar China.

2. Usul Ketua Pembangkang di dalam Sidang Penggal Pertama Parlimen pada Mei 2008 yang mahu perkataan Melayu dibuang dari Perlembagaan Persekututan merupakan usaha terancang dan halus untuk memungkiri Kontrak Sosial dan secara sistematik menghapuskan dan bersifat anti Islam, Melayu & Institusi BeRaja.

3. Tuntutan-tuntutan Su Qiu, Dong Zhong, Hindraf, SUARAM, Bersih dan lain-lain NGO pro pembangkang yang ditaja oleh dana-dana zionis antarabangsa merupakan contoh yang amat jelas untuk merubah struktur sosial dan asas kenegaraan Malaysia secara terancang dan sistematik untuk menuju sebuah kerajaan republik baru di masa hadapan.

4. Sikap hipokrit dan munafik pimpinan PAS yang menyebarluaskan di dalam usrah-usarah di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di kalangan mahasiswa bahawa Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan penjajah dan perlu ditentang amat bertentangan dengan Persetujuan Konvesyen Rakyat & Buku Jingga di samping kenyataan-kenyataan pimpinan mereka kepada Rakyat bahawa mereka menjunjung tinggi Perlembagaan Negara.
* Renung-renungkanlah…

5. Siri-siri Demonstrasi Bersih & Hindraf tidak menggambarkan Janji Ditepati sebagaimana yang telah termaktub di dalam 5 Prinsip Rukunegara.

6. Kebiadapan beberapa ahli Parlimen dan pimpinan pakatan pembangakang terhadap Bendera Negara, Institutsi Sultan dan Bangsa Melayu merupakan contoh yang amat biadap dan pada akhirnya dimanifestasikan di dalam Himpunan Janji Bersih Merdeka malam 30 Ogos 2012.







25 August, 2012

ANU ARR BERTAUBAT ...




1. Kita semua baru selesai merayakan Hari Raya, tidak lama lagi akan datang pula hari Pilihan Raya.

2. Sempena menyambut Hari Raya kita bermaaf-maafan sesama kita, ini membuangkan yang keruh dan mengambil yang jernih. Salah dan silap serta dosa setahun ingin kita bersihkan, diri ingin kita sucikan.

3. Dalam menghadapi Pilihanraya 13 yang akan datang calon-calonnya haruslah membersihkan diri masing-masing kerana rakyat zaman ini sudah cerdik dan pintar untuk memilih mana yang benar dan mana yang salah. Mana yang hanya pandai berjanji dan mana yang janjinya ditepati. Mana yang sebenarnya perjuangkan agama dan mana yang menjadikan agama sebagai alat perjuangan. Rakyat memerhati tetapi masih berdiam diri.

4. Pemilihan kali ini bukan semata-mata antara BN dengan Pakatan Pembangkang, malah melebihi dari segalanya. Pemilihan kali ini sebenarnya adalah diantara Najib dan Anu arr. Parti dan para pemimpin dalam barisan adalah alat dan jenteranya sahaja kerana parti mana yang menang nanti pemimpin utama merekalah yang akan memimpin dan menentukan halatuju negara.

5. Pemilihan kali ini ada pihak memandangnya sebagai sengit namun saya berpendapat BN tetap menang cuma untuk menambahkan kemenangannya dan menjadikan satu kemenangan bergaya. Pemilih harus mengubah sikap mereka dalam memilih. Jangan ada yang menganggap bahawa biar BN menang sedikit supaya akan ada keseimbangan kerana kita bimbang keadaan akan jadi sebaliknya jika salah percaturan.

6. Pemimpin yang hendak kita pilih mestilah bersih dari segalanya. Yang pasti bahawa bukanlah Anu arr yang akan kita pilih nanti kerana Anu arr bukanlah pemimpin yang bersih. Untuk bersihkan dirinya Anu arr mesti bertaubat. Karpal Singh pun sudah menggesa Anu arr bertaubat dulu lagi kerana Karpal sedar bahawa Anu arr bukannya bersih.

7. Umum sudah tahu bahawa Anu arr terlibat dengan kes liwat dan melanggan Pelacur China. Setakat menafikan dan menuduh itu adalah satu konspirasi tidak memadai. Anu arr mesti bersumpah. Anu arr mesti juga bertaubat. Terlalu banyak skandal tentang Anu arr yang dibuka, bukan oleh penyokong UMNO semata-mata bahkan mereka yang pernah mengikuti Anu arr dan berpaling tadah kerana sedar bahawa menyokong Anu arr adalah menyokong kemungkaran dan pembohongan.

8. Anu arr mesti bertaubat! Anu arr mesti bertaubat! Anu arr mesti bertaubat! Jika Anu arr bukannya seorang pengecut, Anu arr mesti bersumpah bahawa dia tidak melakukan segalanya itu.

9. Benar, ramai yang kononnya keluar UMNO/BN menyertai pembangkang,namun niatnya hanya inginkan sesuatu dan ramai juga dari pembangkang yang meningalkan pakatan. Lihatlah siapa dan berapa? Selidikilah kerana apa? Berapa orang lagi pangasas PKR yang masih bersama Anu arr sehingga kini?

10. Hanya mereka yang dibayar sahaja yang masih setia menyokong Anu arr dan meriuhkan media sosial di blog, facebook dan twitter. Mereka itu hanyalah pencacai pencari makan sebagai sibertropper pakatan haram, yang rela merosakan bangsa dan negara.

22 August, 2012

UMUM BERSARA: USAHA TERDESAK ANU ARR

Saya tahu saya akan kalah nanti...tapi saja je nak buat gempak!! 
Orang yang bodoh akan tertipu juga, hehe!


1. Anu arr umumkan akan bersara jika kalah dalam PRU13 nanti. Ini strategi terakhir beliau, strateji terdesak dalam meraih sokongan, simpati dan belas kasihan rakyat. Demikian dilaporkan di MalaysiaKini.

2. Jikalau Anu arr seorang pemimpin dan politikus bermaruah sudah tentu beliau bersara sebaik sahaja isu peribadi dan moral beliau didedahkan kepada umum. Beliau tidak perlu menunggu sehingga PRU13 jika beliau pemimpin bermaruah dan ebrani sebagaimana para pemimpin dunia lainnya yang terlibat dengan skandal sebagaimana di Jepun dan bahkan di Amerika sendiri.

3. Apakah janji akan ditepati? Ramai kalangan pemim;in pembangkang hanya pandai berjanji namun gagal menepatinya. Jika kita masih ingat, tidak lama dahulu Nik Aziz pernah berjanji akan turut bersara dari jawatannya jikalau Tun Dr.Mahathir bersara dari politik, namun Nik Aziz juga gagal tunaikan janjinya. Jikalau seorang yang dihormati sebagai Tok Guru juga gagal patuhi janjinya, orang bagaimana lagikah yang akan kita percayai?

4. Kita harus sedar bahawa dalam politik sama ada ianya seorang alim atau tidak, sama ada ianya Tok Guru, Ustaz atau sesiapapun, mereka tetap sama.....orang politik.

5. Apa perlunya Anu arr umum bersara jika sudah ditolak rakyat?


- Sumber

08 August, 2012

PENGHUJUNG KARIER POLITIK ANU ARR


1. PRU13 adalah kubur bagi karier politik Anu arr. Kekuatan Anu arr yang selama ini dari sokongan kuat orang-orang sekelilingnya sudah semakin pudar. Malah ramai diantaranya sudah mengubah haluan dan meninggalkannya.

2. Perhatikan juga siapa lagi yang tinggal bersamanya yang terlibat dalam mengasaskan PKR dulu? Semuanya sudah tidak ada lagi. Semuanya sudah sedar bahawa mereka sudah tidak sanggup lagi untuk berbohong kepada rakyat.

3. Sokongan Anu arr kebelakangan ini hanyalah bergantung kepada orang-orang upahannya semata-mata. Mereka-mereka yang menyokongnya kerana wang walaupun sedar bahawa Anu arr sememangnya bersalah dalam banyak hal dan sangat sedar dengan segala penipuan-penipuannya.

4. Tidak kurang juga yang sememangnya percaya bahawa Anu arr sememangnya meliwat, Anu arr sememangnya mengadakan hubungan seks dengan isteri pembantunya, Anu arr sememangnya adalah pelaku dalam klip video bersama pelacur Cina / China.

5. Ramai juga sudah sedar bahawa segala tohmahan terhadap DS Najib dan DS Rosmah adalah hasil perancangan Anu arr bagi 'menconteng arang' kemuka mereka sebagai tujuan mudah untuk menaikan dirinya sendiri bagi mencapai kekuasaan politik.

6. Justeru, tidak hairanlah jika penyokong-penyokongnya suatu waktu dahulu boleh beralih haluan, berpusing kebelakang dan mengalihkan sokongan. Terbaru, sebuah laman blog milik Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) juga sudah mempercayai bahawa Anu arr sememangnya seorang penipu.

7. Berikut adalah tulisan dari sebuah portal blog mengenai pendedahan terhadap Anu arr:


Sumber Sini  dan Sini

Anwar Biseksual : Pendedahan Dokumen Pembelaan Nalla Di Mahkamah

Kenyataan pembelaan yang asal dilampirkan di bawah yang menerangkan perkara berikut :
Dalam precedent case (kes terdahulu), iaitu kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan tuduhan gay, bekas Perdana Menteri menang kes tersebut dan Anwar telah disahkan oleh mahkamah sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual.
Bermakna sebelum Nalla menuduh ‘Anwar seorang biseksual’ dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia, reputasi Anwar sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual telahpun diputuskan di mahkamah dan sudah diketahui umum.
Latar belakang
Nalla adalah bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun yang diperkenalkan oleh Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation.
Datuk TK Lim adalah majikan kepada Nalla.
Hubungan persahabatan Nalla dan Anwar bermula ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan.
Ketika itu, Nalla dan Anwar terlibat dalam aktiviti sukan tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim.
Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar dan Nalla sekitar tahun 1993 hingga 1998.
Ini membuktikan hubungan Anwar dengan Nalla telah lama terjalin yang membolehkan Nalla merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan sisi-sisi gelap Ketua Umum PKR itu.
Anwar adalah seorang biseksual iaitu individu yang melakukan aktiviti seks dengan wanita dan lelaki dan turut melakukan aktiviti seks dengan wanita yang telah berkahwin.
Shamsidar Taharin
Anwar didakwa melakukan hubungan seks dengan Shamsidar Taharin, isteri pembantunya, Azmin Ali. Azmin sekarang ini adalah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR.
Menurut Nalla, hubungan seks telah lama berlaku iaitu di antara 1993 hingga 1998 di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar.
Hampir setiap kali, Anwar perlukan Shamsidar, Anwar akan mengarahkan Nalla untuk membawa Shamsidar dengan kereta Daimlernya bernombor WBV37 di mana Anwar juga turut berada dalam kereta itu.
Dalam satu kejadian Nalla dapat dapat menonton aktiviti seksual antara Anwar dengan Shamsidar itu melalui monitor yang disambung kamera CCTV dari katil Tivoli Villa.
Terdapat sesetengah aktiviti seks itu melebihi daripada tahap normal.
Dalam satu kejadian pada tahun 1997, Anwar telah melakukan hubungan seks dengan Shamsidar di sebuah hotel di London yang diatur oleh Nalla.
Ketika itu Shamsidar datang bersama suaminya Azmin, manakala Anwar datang bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Nalla juga bertindak sebagai penjaga bayi (baby sitter) kepada anak perempuan Shamsidar yang berumur tiga bulan ketika Anwar mengadakan hubungan seks dengan Shamsidar di Tivoli Villa.
Anak perempuan Shamsidar itu dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Anwar.
Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun
Ismail, lelaki yang bekerja mendapat bayaran sekitar RM200 hingga RM300 setiap kali selepas melakukan aktiviti seks dengan Anwar.
Aktiviti seks dengan Ismail dilakukan di Tivoli Villa dan di rumah kediaman rasmi Anwar di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Dalam satu kejadian, Nalla secara tidak sengaja dapat melihat Anwar melakukan hubungan seks dengan Ismail ketika membuka pintu di Tivoli Villa, Padang Tennis Bangsar.
Selain itu, Nalla turut membongkar kisah seks Anwar bersama Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Hairany Mat Nafees dan Rashid

07 August, 2012

JANJI DIMUNGKIRI?



1. Berbagai-bagai sindiran dari pihak Pembangkang sama ada pemimpin dan penyokongnya apabila Kerajaan BN  melaungkan 'Janji Di Tepati'.
2. Memang benar, Kerajaan BN berusaha keras untuk menepati segala janji-janjinya. PM DS Najib berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan janji, bukan sahaja janjinya sendiri bahkan segala janji-janji pemimpin terdahulu yang belum sempat mereka tepati.
3. Bagi Kerajaan BN, segala janji mesti ditepati dan dianggap sebagai satu kewajipan. Ini berbeza dengan janji-janji pemimpin pembangkang yang menjanjikan itu dan ini semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat terutama menjelang pilihanraya.
4. Kerajaan Pas yang 'kunun'nya mengamalkan Islam tidak juga terkecuali. Berapa banyak sudah janji yang mereka taburkan namun berapa pula yang sudah mereka tepati? Tentu kita masih ingat apabila Nik Aziz berjanji untuk membina lebuhraya dari Gua Musang Ke Kota Bhahru(?) tidak lama dulu.
5. Gambar diatas pula adalah sebuah 'tugu penipuan' Pas yang 'kunun'nya untuk membina jambatan bagi menghubungkan Palekbang dengan Penambang pada tahun 1996 lalu, namun sehingga kini yang ada hanyalah batu tanda itu sahaja, yang sudah cukup nisabnya untuk dijadikan keramat.
6. Tanggungjawab Kerajaan Pas yang lebih utama adalah membekalkan air bersih kepada seluruh rakyat, serta memberikan kemudahan-kemudahan asas yang lain dan membasmi serta menurunkan kadar kemiskinan rakyatnya. Selama 22 tahun NIk Aziz gagal melaksanakannya, selain dari hanya pandai berjanji dan menjanjikan syurga yang bukanpun miliknya.
7. Rakyat Kelantan harus bangkit dan menolak Kerajaan Pas yang ternyata gagal mentadbir negeri dan mensejahterakan rakyatnya. Mana slogan negara kebajikan yang dimereka canangkan bagi merebut Purajaya? Usahlah berjanji yang baru jika janji yang ada selama ini pun masih belum tertunaikan.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...