17 December, 2010

PUTERI HABUAN SEKS DAN CIUMAN BERAHI ?

Sebuah ciuman siput sedut




Sebuah laman blog membuat kenyataan Puteri UMNO jadi habuan seks pemimpin tertentu. Apabila saya menjawab balas dan menyiarkan satu posting dari sebuan portal blog, mereka melenting tidak puas hati. Mungkin kerana ‘termakan’ cili lalu ‘terasa’ pedasnya. Seakan-akan kisah seseorang yang didedahkan oleh wikileaks, yang telah ‘terperangkap’ dan ‘ter-meliwat’ Saya tidak menuduh mana-mana blog dan sesiapapun.

 

Saya tidak menuduh sesiapa mencium sesiapa, saya hanya CnP gambar berkenaan dan memberikan ‘link’ ke blog dimana sumber itu saya dapati.  Saya tidak ‘spin’ berita. Tidak seperti laman blog itu yang menuduh gadis yang bajunya terkoyak itu kerana diperlakukan tidak senonoh oleh pemimpin umno sedangkan semua tahu bahawa dia diganasi oleh penyokong PKR dalam satu kempen pilihanraya tidak lama dulu. Siapa yang fitnah sebenarnya?

 

Jika membaca betul-betul kedua-dua posting saya (disini)  dan  (disini)tentu dengan mudah akan memahaminya bahawa saya hanya menghadiri perjumpaan berkenaan tetapi saya tidak menyatakan bahawa saya adalah sebahagian dari pasukan blogger yang mereka bentuk itu. Saya tidak terlibat dengan UMB Pahang sama sekali dulu dan sekarang.

 

Bahkan saya ingin menganggap bahawa blog ‘Pahang Ku’  http://pahang-ku.blogspot.com/ adalah blog yang dihasilkan oleh UMB Pahang ataupun ICT Pahang selepas perjumpaan tersebut, namun tarikh posting pertamanya adalah jauh sebelum perjumpaan pada malam itu, mungkin apa yang berlaku itu hanya secara kebetulan saja.

 

Salahkan saya menghadirkan diri atas jemputan itu? Saya cuba bersikap adil kepada semua pihak, bahkan sekiranya pihak lain menjemput saya, sedaya upaya saya tentu akan cuba untuk hadir kerana saya adalah seorang blogger haprak yang menulis atas minat yang tinggi semata-mata. Saya menulis dari dulu hingga sekarang tanpa henti dan tanpa menerima apa-apa dari sesiapa. Sebagai blogger yang kommited, mereka semestinya sudah lama menjiwai perasaan itu.

 

Blog berkenaan memfitnah saya dan menulis begini: 

“Apapun, harus diingat bahawa blogger terbabit sebenarnya juga mempunya agenda tersendiri yang wajar diberi perhatian serius oleh puak-puak UMNO di Pahang. Tambahan pula, difahamkan beliau mempunyai hubungan erat dengan bekas Ketua Pemuda UMNO Pahang  Khairuddin Yaakob yang dinyahkan oleh MB Adnan Yaakob sebelum ini. Makanya, apakah UMNO Pahang bakal dikucar-kacirkan oleh blogger terbabit nanti”

 

Malangnya saya bukan orang politik dan saya tidak pernah mengenali Khairuddin Yaakob. Bagaimanapun  saya mengakui saya kenali Adnan Yaakob walaupun beliau tidak mengenali saya. Saya juga kena Saleh Yaakob (pelawak) yang juga tidak mengenali saya. Alangkah bangganya saya jika saya mampu mengucarkacirkan bukan setakat UMB Pahang, bahkan UMNO Pahang seperti yang dituduh itu. Tetapi siapalah saya, yang hanya setakat mampu mengucarkacirkan sebuah blog pembangkang pencacai haprak saja aka 'blog sesumpah' birumuda - hijau! 

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”