Antara peserta perjumpaan aktivis media sosial Pahang pada tahun 2009.
Saya merasa sebak namun sangat teruja apabila dihubungi untuk satu perjumpaan santai pengamal media sosial Pahang di Kuala Lumpur oleh Biro ICT dan Media Baru Pahang.
Pertemuan yang diadakan pada 13hb lalu berlangsung dalam suasana yang sangat santai dan mesra. Tidak ada sebarang agenda khusus yang dibincangkan namun konklusinya adalah bersatu dan berkerjasama untuk membantu kerajaan dalam menjuarai 'media sosial' di Pahang serta berusaha memenangi PRU13 nanti.
Program pada malam itu di'host'kan oleh YB Dato' Sharkar Shamsuddin, Pengerusi 'Biro ICT dan Media Baru', Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Turut hadir YB. Dato' Shahaniza Shamsuddin ECXO Kerajaan Negeri merangkap Ketua Puteri UMNO Negeri Pahang.
Saya mengimbau kembali kenangan Perjumpaan Pertama Aktivis Media Baru Pahang tahun 2009, dan setelah lebih setahun baru saya diundang semula keperjumpaan begini. Yang penting perjumpaan itu menemukan saya semula dengan beberapa sahabat lama serta berpeluang mengenali mereka yang baru.
UMNO (Pahang) mengambil masa lebih setahun untuk menggerakan jenteranya dalam media sosial sedangkan pembangkang dalam senyap telah melakukan ini sejak dari dulu lagi. Bahkan bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak akan datang, diberitakan mereka memperuntukkan sejumlah hampir RM4 juta.
Sahabat-sahabat blogger di Perak (Sekupangdua) memaklumkan bahawa mereka telah mempunyai rangkaian jaringan yang tersusun sejak lama dulu. Saya juga turut diundang atas kapasiti AMT Blogger Pembela Negara bagi menghadiri program berikut:
Majlid Media Bersama Dato' seri Dr Zambry Kadir ( menteri Besar Perak) pada :
- !7 hb disember, 2010. ( jumaat)
- Jam : 8 malam
- Tempat : Dewan banquet Bangunan SUK (setiausaha kerajaan negeri) Perak
SUA MB
Saya cuma ingin membuat perbandingan bagaimana negeri Perak menghargai para bloggernya yang membantu memimpin pemikiran dan kecenderungan rakyat terutama generasi muda yang sangat akrab dengan IT. Apa pun saya memandang positif usaha ini dalam memacu kearah menjuarai media sosial di negeri Pahang.
Selain itu saya juga berharap agar Dato' Sharkar tidak menyingkirkan sesiapa terutama kalangan blogger generasi pertama negeri Pahang supaya akan dapat memantapkan perjuangan yang akan dilaksakan nanti. Kesilapan yang lalu hendaknya janganlah diulangi lagi.
Pagi tadi sempat juga saya memenuhi jemputan untuk menghadiri satu program yang dianjurkan oleh JASA bertempat disebuah hotel di Kuala Lumpur ini. Selain dari mendapat input terkini maklumat mengenai pilihanraya. Saya yang datang bersama Sri Tri Buana juga berkesempatan menemui sahabat-sahabat lama blogger didalam BPN. Antaranya Panglima Perang Cyber, Aspirasi Bangsa, Jebat Berkokok dan Gomo serta Warisan Pahang.
Kami antara yang pertama dan pernah berada digarisan hadapan menguatkan tekad untuk sama-sama meneruskan perjuangan. Saya tidak mampu untuk update blog awal pagi tadi kerana tiada kemudahan. Harap maaf! Beginilah nasib seorang blogger haprak di sebuah negeri bernama Pahang!
3 comments:
alhamdullillah bangun juga media sosial pahang. takpelah bangun lambat daripada tak bangun langsung. mungkin sebab mereka dah tahu bila pru akan diadakan hehehe.
Salam.memanh pemimpin UMNO pagang haprak.Buta IT. sebab tu lah depa mana faham tentang blog.Sebab mereka gomblok
Salam YB Raz,
Bimbang satu je, nmpk mcm bangun dan berjalan tetapi rupanya mengigau dan berjalan dalam tidur, hehehe. Tapi kalau lain macam je, kali aku kasi hentak lagi kuat....
Post a Comment