15 December, 2010

'BUAH' HASIL PERJUMPAAN ICT PAHANG?



Saya menulis tentang perjumpaan blogger Pahang anjuran Biro ICT Pahang di Seri Pasific. Seperti biasa, perjumpaan berakhir dengan makan-makan kemudian apabila semua sudah pulang semula segala hasil perbincangan hanya tinggal dalam ingatan atau pun mungkin ada yang menyimpannya sebagai catatan. Namun tidak ada sebarang tindakan susulan.

Ini bukan perjumpaan pertama kali blogger Pahang, dan memang setiap perjumpaan tidak pernah menghasilkan apa-apa, justru saya tidak sangat mengharapkannya. Namun selepas itu saya melayari laman blog dan menemui 2 blog ini; Pahang Darul Makmur - http://pahangku.blogspot.com  dan  Pahangku - http://pahang-ku.blogspot.com.

Saya mulanya menjangka bahawa ini adalah 'buah' yang dihasilkan selepas perjumpaan itu, namun apabila melihat kepada tarikh catatan pertama, maka saya sedar bahawa bukan ini hasil perjumpaan berkenaan. Mungkin juga perjumpaan berkenaan masih tidak membuahkan apa-apa seperti dulu juga. Siapa yang dapat memberikan jawapan?


1 comment:

to mudim said...

saling menampor buah zakar masing2!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...