07 February, 2011

LAGI PERSELISIHAN MENGENAI BERBLOG !





Sedari mula saya berblog, saya tidak pernah memikirkan dimana saya berada didalam ranking. Bagaimanapun saya sering dimaklumkan oleh kawan-kawan turun naik saya didalam ranking 100.

Saya pernah menulis tentang kesan daripada menulis dengan mengejar ranking sehingga saya menjangkakan pada akhirnya nanti blogger tidak lagi menulis, melainkan membantu memandu pembacaan dengan memberikan link-link blog berkenaan sahaja.

Ada pendapat bahawa kewujudan blog ranking 100 baik sebagai motivasi kepada para blogger supaya bersaing untuk mengejar ranking dan jadi popular, namun ada yang berpendapat sebaliknya. Apapun, semuanya terpulang kepada diri masing-masing apa terjemahan yang ingin mereka memberikan maksudnya.

Saya sudah menyatakan pendapat saya secara jujur dan jelas   disini   dan   disini.  Berikutan dari mengejar ranking dan populariti ada blogger yang mengambil jalan mudah dengan 're-schedule' posting mereka. Saya percaya ini wajar juga dilakukan dan saya sendiri pernah melakukannya, tetapi dengan alasan untuk membaiki sesuatu di posting berkenaan umpamanya kesalahan ayat ataupun ejaan yang disedari kemudiannya.

Berikutan dengan perlakuan 're-schedule' itu telah membuatkan seorang blogger tersohor tidak berpuas hati dan menulis didalam blognya  (Klik sini) 

Akhirnya saya menemui sebuah blog yang tidak berpuas hati terhadap blog 100 ranking online dan menulis dengan nada negatif. Saya tidak sepenuhnya percaya dan bersetuju dengan apa yang dia tulis, namun saya merasakan bahawa dia juga betul dan berhak menyatakan pendapatnya. Sila klik sini .

Opppp! saya terlalu banyak memandu pembacaan anda, para pembaca dengan mengarahkan klik sini dan sini....saya teringat didalam ruang sembang (chat) Blackberry, ada rakan-rakan blogger muda yang menyatakan mereka tidak suka dan bencikan blog-blog yang memandu seperti saya katakan tadi....sila klik sini......dan sini...... Mereka juga betul dengan pendapat mereka.
Sebenarnya kita semua betul dengan apa yang kita lakukan dan berdasarkan fikiran kita sendiri, untuk diri kita sendiri. Perlukan berblog ada etika dan garisn panduan tertentu yang semua pihak akan mematuhinya?


4 comments:

  1. Pembangkang akan ketawa tebahak2 melihat blog Pro BN tiada persepakatan.....
    Bersimpang siur katanya !

    ReplyDelete
  2. kadang kadang tak salah sebab sekurang kurangnya kita turut membantu mempromote blogger lain.

    semua ini sebenarnya bergantung pada diri sendiri..tepuk dada tanya selera..seseorang blogger itu tidak memaksa pembaca untuk mengklik link yang diberikan..semua itu bergantung pada kehendak pembaca sendiri.

    ReplyDelete
  3. salam Raz dan blogenstaz,
    saya rasa kita bukan tidak sepakat, jauh disudit hati kita tetap bersama dan bersatu, perbezaan pendapat adalah sesuatu yang lumrah dan kita mencari titik pertemuan didalam setiap perbezaan yang kita temui. kita akan tetap bersatupadu menegakkan bangsa dan negara yang kita cintai ini.

    ReplyDelete
  4. kaedah berblog ni suatu yang subjektif...berbloglah kerana ALLAH Taala!!!!!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”