Jika ingin diperhalusi, bagaimana pula apabila kita menggunakan gambar-gambar yang bukan milik kita? Jika menuruti peradaban dahulu kala, pertama kita mesti mendapatkan kebenaran dari pemiliknya, atau setidak-tidaknya memberikan kreadit kepada pemiliknya dengan merujuk dari mana gambar itu kita ambil. Tetapi sudah tentu peraturan kuno ini tidak digunapakai lagi dalam era globalisasi ini.
Saya telah menyuarakan keresahan hati saya mengenai semua ini beberapa lama dulu (saya salinkan sepenuhnya dibawah ini) namun kerana saya hanyalah blogger picisan atau dari species blogger nyamuk maka suara saya tidak didengari, malahan ada yang memberi pandangan yang menyalahkan pandangan saya. Justru, saya merasakan bahawa pandangan mereka itu betul, kerana itu blog mereka dan mereka berhak melakukan apa yang mereka sukai. Demikian juga kepada blog kita, kita boleh lakukan apa saja yang kita sukai.
Apakah ini sebenarnya makna kebebasan berblog? Saya tinggalkan saudara-saudara dengan soalan itu. Sesiapa saja berhak menjawabnya atau tidak menjawab sama sekali.
28 December, 2010
BERBLOG CARA BARU?
[Nota: saya membuang link yang ditunjukkan disini untuk tidak mengecilkan hati sesiapa}
10 comments
- Tamingsari said...
- Salam tuan blog... Aku Taming Sari antara orng terawal bersama BPN dan brsama dlm perjuang mmbentuk BPN. Ketika itu blog aku namanya Empayar Malaya. Blog itu gugur selepas dihack oleh pembangkang dan kini aku bina blog baru, Blog Tamingsari. Tapi kali ini, jelas aku rasa aku berseorangn.. Tak percaya tanya Panglima Perang Cyber @ Ustaz. BPN bukan untuk UMNO, bukan untuk BN, tetapi BPN untuk Melayu, untuk Islam... tak kira sape pun ancaman kepada dua perkara di tadi, kita tentang. Namun, BPN makin lemah, tiada penyatuan spt dulu... Tak seaktif dulu, chatroll pun senyap.. Parlimen pun tutup. Aku rasa, tiada salahnya mereka mengejar ranking alexa. Itu sahaja sumber motivasi utk para blogger tak berbayar spt yang lain dalam dunia blogger ini. Melihat blog yg ditatap siang dan malam makin meningkat trafik dan pembaca. Ranking Alexa bermakna semakin baik ranking, maknanya semakin ramai pembaca. Sambil meningkatkan trafik, sambil itu kita terus menulis artikel utk mempertahankan maruah bangsa dan agama. Tiada siapa pun nak gelar diri mereka blogger otai... kerana dengan gelaran otai, mereka rasakan diri mereka bagus.. sibuk nak tegur org sana sini. Sdgkan blogger baru membina blog atas inisiatif mereka sendiri. Sepatutnya yang merasakan dirinya otai, kena bagi semangat kepada blogger baru. So, kalau mereka yg rasa dirinya otai sibuk nak membantai, lebih baik fokus pada ranking alexa krn itu sahaja boleh menaikkan motivasi. ikhlas, Tamingsari http://blogtamingsari.blogspot.com/
- YB Raz said...
- ini cara ringkas hehehehe..sekarang semua nak cepat je hehehe..
- Cheguman... said...
- salam, takpe, hanya yang genuine yang akan terus bertahan manakala yg ikut-ikutan akan berhenti setakat itu kecuali mereka terus belajar.
- Salam, tamingsari - dalam dan tajam maknanya, namun saya percaya bahawa sesiapa saja berhak dan benar untuk bersuara dan menyatakan pendapat. bukan berdosa bila kita berbeza pendapat, kita mencari persamaan dari setiap perbezaan itu. yang jatuh perlu ada kekuatan untuk bangkit semula, siapa yang kita harapkan untuk membantu kebangkitan semula kita? hanya pada diri kita sendiri.. YB Raz dan Cheguman, saya menulis hanya kerana saya ingin dan harus menulis, pernah saya berhenti beberapa minggu tanpa kerana apa-apa dan saya tidak peduli pada berapa ramai pembaca yang membaca sehari kerana itu saya terkeluar dari ranking, so apa saya peduli? hehe! Menulis tetap menulis kalau broadband tidak terbayar kita ke cybercafe...atau hutang....
- Anonymous said...
- Setuju bro bh, apa sangatlah gelaran blogger otai dibandingkan dengan bil broadband untuk sebulan? saya rela tidak dipanggil otai berbanding mendapat bayaran sebulan bb.
- belalang said...
- Bukan tak ada, tetapi sangat jarang org yg hendak nama, tempat, pangkat atau seumpamanya tak mahukan imbuhan atau pulangan. Kalau terpekik terlolong berjuang tetapi baik yg dirumah atau saudara mara terdekat hidup seperti melukut tak ada gunanya. pejuang yg baik, kalau tdak banyak mereka mempunyai kemantapan fizikal, mental dan material, baru boleh menjadi contoh. peduli apa dgn alexa, peduli apa dgn tajaan iklan atau pertubuhan, bercakap dan bertindak bila ada keupayaan. Org pandai jadi lembab bila kewangan yelekk.. org kuat jadi bacul bila wang tarak.. so yg layak bercakap bila dia nya sesuai menjadi contoh. so jgn buang masa.. ikut motto .."KERJA MCM LEMBU, HIDUP SENANG MCM RAJA DAH SENANG BARU CARI KUASA/PENGARUH/NAMA.." SETUJU?
- dzimba MMIM said...
- Salam bro semua, ada sedikit ingin mencelah. Idea bro semua betul dan niat perjuangan adalah sama mungkin cuma berbeza dari segi pendekatan. Teruskan usaha semua. Cuma sebagai cadangan saya merasakan amat perlu para blogger pejuang bertemu sesekali sekala dan bertukar idea dan strategi. Kita tidak mahu berperang tanpa strategi akhirnya tertembak sesama sendiri. http://pantausblog.blogspot.com Saya yang baru belajar. terima kasih
- Wake UP! said...
- Ranking Alexa adalah satu motivasi kepada bloger supaya lebih rajin mengemas kini blog mereka. Lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai pengikut yang ramai.
- Salam, Wake-up, betul ranking alexa boleh jadi jadi pemangkin dan motivasi, namun jika disalah tafsir akan buatkan blogger terlalu banyak posting yang tidak berkualiti. Harap fhm maksud saya, sehingga adayang sudah tidak lagi menulis tetapi hanya memberi link sesuatu blog. Mungkin wake-up kurang faham isunya. Apapun, semua blogger berhak keats blog masing2 tanpa ada sebarang. pertikaian.
- Anonymous said...
- Tak pe la... penyampaian maklumat secara berterusan... berjuta blog.. mane semua orang boleh tau.... Maklumat kita dipanjangkan... bagus la tu.... bukannya mencuri idea... kenalah relax sikit dong!!!
10 Comments
Close this window Jump to comment form