Suara Anak Pahang - Perlu Baca

24 May, 2011

UMNO GAGAL KUASAI PENGAMAL MEDIA SOSIAL JERANTUT






BANDAR JERANTUT - Kemunculan pelbagai media alternatif alaf baru khususnya melalui Internet memerlukan rakyat berfikiran lebih bijak menilai berita atau maklumat yang disampaikan. 

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, media alaf baru seperti blog, Facebook dan Twiter kini menjadi pilihan rakyat untuk berhubung dan mendapatkan maklumat, namun jika ia disalahgunakan akan memberikan kesan kepada negara. 

Menurutnya, banyak contoh diperlihatkan menerusi penggunaan media alaf baru yang digunakan kerajaan dan pembangkang bagi menyampaikan agenda masing-masing. 

“Pengendalinya bukan sahaja perlu kreatif, namun lebih utama perlu bertanggungjawab dalam penulisan yang disampaikan supaya kesannya tidak memecahbelahkan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut di Dewan Majlis Daerah kelmarin. 

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Norhelan Mahmud. 

Tengku Azlan berkata, kini pelbagai usaha dilakukan banyak pihak untuk menarik perhatian rakyat dan meraih undi bagi mendapat kepercayaan sehingga mencetuskan perbalahan serta politik ekstrem. 

“Ini antara petanda tidak baik apabila media alaf baru disalahgunakan. Seharusnya kemudahan ICT digunakan pada landasan yang betul dan bukan sebaliknya untuk menjadi medan memecahbelahkan rakyat. 

“Dalam usaha menangkis serangan dan tohmahan pembangkang, saya melihat pergerakan parti dan sayap parti sendiri juga perlu berperanan mewujudkan satu kumpulan bagi mengendalikan media alaf baru ini,” katanya. 

Beliau berkata, pengendali perlulah melakukan penulisan bermaklumat, menjawab tohmahan pembangkang dengan penerangan jelas dan betul serta menjauhkan elemen yang boleh mencetuskan perpecahan. 

“Rakyat boleh menilai situasi politik semasa yang berlaku, justeru menjadi tanggungjawab parti memerintah memberikan informasi menerusi pelbagai kaedah bersesuaian dengan golongan sasar,” katanya. (Klik ke Sinar Harian)





Saya ingin memberi respon secara umum kepada semua pemimpin UMNO, kerana menurut pandangan saya tahap kesedaran terhadap peranan media sosial ini relatifnya masih lemah. Pemimpin tidak peka dan bahkan ada yang masih beranggapan bahawa media sosial ini tidak akan memberi impak yang besar terhadap iklim politik negara. Kesimpulan ini saya rumuskan berdasarkan pemerhatian saya selama ini dan tindakbalas yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Mungkin mereka beranggapan bahawa pengundi mereka bukan dari kalangan pengguna internet, atau memang media sosial sebenarnya tidak memberi apa-apa pengaruh kepada iklim politik tanahair. Malanglah jika ada pemimpin kita yang masih berfikiran demikian, namun hakikatnya mereka yang begini masih ada,

Kita telah meninggalkan PRU12 lama dulu, kesan dari ketidakpekaan kita terhadap media sosial sudahpun kita terima sebagai balasannya, namun kenapa tidak apa pemimpin yang mengambil inisiatif untuk membangunkannya dan mengawalnya supaya menuruti acuan yang kita ingini?

Sama ada dengan atau tanpa kita, media sosial akan tetap berkembang dan menjadi denyut dari rakyat, jika kita tidak menguasainya maka pihak sebelah sana akan lebih pandai menggunakannya untuk menikam kita atau ianya akan berkembang tanpa kawalan yang juga akhirnya menikam belakang kita nanti.

Di Jerantut, saya sudah memerhatikan sejak lama dulu, dan saya juga sudah menyuarakannya kepada pihak-pihak tertentu namun mereka mungkin tidak mengerti apa yang saya perkatakan, atau mungkin pandangan dari kaum marhaen ini tidak diberikan perhatian, kerana itu mereka abaikan begitu saja. 

Junteru, jangan salahkan media sosial hanya kerana kita tidak mampu kuasainya, kerana kita juga tidak berusaha untuk menguasainya. Jangan juga salahkan orang lain jika kita gagal kuasainya dan gagal menentukan arahtujunya. Saya juga sudah hilang minat untuk membantu Jerantut!


2 comments:

Cg Pian said...

Saya dah dapat isyarat dari tengku, bloeh kita bincangkan perjumpaan blogger, bro...Tengku setuju jumpa blogger, minta di aturkan.

bRAVEhEART said...

Oooo, ia ker? Mungkin dah terlalu lambat utk saya yg sudah menunggu terlalu lama, apa-apapun segalanya untuk dema sajalah diletakkan harapan. Mungkin sudah bukan untuk saya.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...