Jawatan adalah amanah dan tanggungjawab, ia bukannya hak mutlak
1. Walau apa pun, walau bila pun, PRU semakin hampir. Maka semakin ramailah orang-orang politik yang tak lena tidur kerana gagal mencipta mimpi indah - untuk jadi Yang Berhormat! Semuanya bercita-cita dan merancang itu ini untuk dapat dicalonkan dalam PRU nanti. Jika ditanya harapan untuk menang jika mereka dicalonkan, semua yakin mereka akan menang dan berpendapat jika dicalonkan orang lain tentu akan kalah.
2. Sekali lagi tokoh-tokoh politik kita jadi seperti anai-anai yang mengiggit tiang-tiang untuk meruntuhkan bangunan sama ada dalam sedar atau tidak. Musuh UMNO adalah UMNO sendiri.
3. Di Jerantut apabila Ku Lan umumkan tidak akan bertanding lagi maka ujudlah beberapa kem yang berusaha untuk merebut kekosongan itu. Nampak atau tidak, jelas atau tidak usaha pancung memancung sedang berlaku. Beberapa blog tertentu dengan rakusnya menghukum pencabar 'bos' mereka. Media sosial digunakan sepenuhnya dalam perang antara sesama kita. Malangnya mereka lupa bahawa pihak pembangkang juga sedang bersungguh-sungguh memerhatikan langkah kita. Segala keburukan antara kita yang dibongkar akan jadi senjata pihak lawan juga dalam perang sebenarnya nanti. Apakah kita sedar? Jerantut 1 + 3 adalah antara kawasan yang tidak lagi selamat dalam PRU akan datang.
4. Ketua Wanita UMNO Pahang bukan rendah harapan dan cita-citanya. Parlimen Maran adalah sasaran. Tapi kisah dalaman Wanita yang lintang pukang harus juga diambil kira. Khabarnya ramai ketua-ketua bahagian yang tidak setuju dengan cara pengurusan wanita yang tidak teratur dan dibuat sambil lewa saja. Mesyuarat hanya seperti bincang di kedai kopi bahkan khabarnya ada beberapa kali mesyuarat tidak cukup korum. Tapi ketuanya masih tenggelam dengan angan-angan dan angau-angaunya.
5. Jika Ketua Wanita UMNO Pahang berani untuk membersihkan diri dan mencipta nama, maka keluarkanlah kepala kura-kura-nya dan tentanglah YB Fuziah Salleh di Kuantan. Barulah nanti akan mencipta kemenangan bergaya untuk jadi sebutan zaman berzaman. Namun jika rasa penakut, maka berlindunglah dibelakang kawan-kawan sambil akui bahawa YB Fauziah lebih kuat dan popular dan lebih patut disanjung dari diri sendiri yang hanya mengharapkan serta perasan 'glamer'.
6. Dari sok-sek, sok-sek yang didengar, wanita kini lebih menyanjung tinggi cara-cara Dato' Maznah Mazlan menguruskan wanita sebelum ini berbanding sekarang ini yang caca-marba dan entah apa-apa. Wallahualam! (Tahniah Dato' Maznah Mazlan, bos saya suatu waktu dulu). Saya juga sayangkan dan hormati Ketua Wanita Pahang sekarang ini, namun saya lebih sayangkan UMNO dari mana-mana individu.
heh heh, ketua wanita pahang ni tanding mana2 pn akan kalah jika masih tk mengubah sikapnya....
ReplyDeletewanita pahang nak gaduh2 tu satu isu... yg isu ni YB dari Pekan nak kena beri perhatian jugak...
ReplyDeletehttp://wubra.blogspot.com/2011/09/bn-risk-losing-20000-votes-from-mas.html
UMNO Pahang tak pernah berubah dari dulu hinga sekarang masih tegar dengan budaya cantas menyantas,pijak kepala rakan seperjuangan untuk naik katas,berpuak puak ianya sudah jadi suatu budaya yg amat sukar dikikis,jenis ini tak fikirkan kekuatan parti yg penting cita cita mereka menjadi YB,dapat projek difikiran mereka UMNO sebuah lombang emas memasuki UMNO untuk mengejar kepentingan peribaddi..demi Agama dan Bangsa hanya dibibir dalam hati BODEK CONG AMPU..... malangnya jenis ini mendapat tempat dalam UMNO. tak semua yg saya maksud kan begini kalau yg betul betul bejuang demi UMNO biasanya tak lepas kemana mana...satakat akar umbi je lah..
ReplyDeletewaneta umno pahang memang mengalami krisis kepimpinan. dato' maznah telah membawa wanita ke puncaknya dan ketua yang ada sekarang ini tidak mampu membawa wanita lebih tinggi bahkan lalai mengawalnya sehingga meruntuhkannya...
ReplyDeleteKalau Ketua Wanita Pahang ..Dato Rosni dicalonkan sebagai winnable calun, walau dimanapun diletakkan dia bertanding baik kawasan Maran atau kawasan lain dalam Pahang memang geranti KALAH. Sebab dia bukan calun popular dan winnable tapi calun yang banyak masaalah peribadi, moral dan politik. Kalau dia handai sangat letak dia di Kuantan, tengok boleh MENANG tak atau kalah ditangan Fuziah?
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara.
ReplyDeleteSebenarnya ibu saya sendiri adalah salah seorang pemimpin wanita UMNO di Pahang. Oleh itu saya rasa sedikit sebanyak boleh mengesahkan cerita buruk tentang bagaimana Dato Rosni memimpin Wanita UMNO Pahang sekarang ini. Memang dari dulu sejak zaman Dato Maznah, Wanita UMNO Pahang telah terbahagi kepada kem Rosni dan kem Maznah. Semasa menjadi Naib Ketua lagi Rosni berusaha utk menjatuhkan Maznah. Bila dia x dicalonkan semula sbg masa PRU yg lepas, dia menyalahkan Maznah kononnya x berusaha mempertahankan dirinya di depan MB. Malang bg Maznah yg bersekutu dgn Rafidah bila Shahrizat jd Ketua Wanita, dia dipecat dan tercapailah cita2 Rosni utk jadi Ketua Wanita Negeri Pahang. Adapun Rosni sebenarnya hanya menggunakan platform itu utk mengayakan dirinya dan menambahkan businessnya. Pun begitu cita2 politiknya masih besar dan dia mengidam kerusi Parlimen Paya Besar pada PRU akan datang,atau sekurang-kurangnya jawatan senator lepas Zaitun Mat tamat tempoh tahun depan. Selama dia memimpin Wanita Pahang, dia tak hormatkan ketua-ketua wanita bahagian dan menjemput orang2 yg tak berkenaan ke Mesyuarat Wanita Perhubungan kerana dia barangkali tak percayakan ketua-ketua wanita bhg sendiri. Dia jg melebihkan kroni2nya dalam segala aspek. Maznah dulu pun ada kroni jg tapi dia taklah mengamalkan 'pilih bulu' yg kronik seperti Rosni. Ringkasnya, perpaduan dlm wanita UMNO Pahang di bwh Rosni mmg x kuat dan Rosni sendiri sebenarnya x selamat di Maran krn kalau Shahaniza kekal sbg YB lepas PRU akan datang, sudah pasti dia akan lawan Rosni sbg Ketua Wanita Bhg.
Begitulah sedikit sebanyak yg saya tahu. Wallahualam.
salam dan etrima kasih kepada semua komen yang diberikan disini, mungkin ada pihak yang menganggap saya berniat jahat namun tanpa prejudis saya menulis entry ini kerana itulah apa yg kita dengar dari akar umni. kita harap Katua Wanita UMNO Malaysia YB Senator Dato' Shahrizat membukan telinganya luas2 dan mendengar masalah sebenar wanita pahang. Kalau dato shshrizat masih buat pekak badak maka jangan harap calon wanita akan mampu memenangi mana-mana kerusi di Pahang. Saya akan teruskan menyuarakan suara akar umbi wanita pahang sehingga dato shahrizat sedar dan insaf serta mengambil tindakan yang cerdik dan bijaksana. Saya sayangkan dato shahrizat, tapi apalah mami ijat ini jika dibandingkan sayang saya pada umno itu sendiri, hehehe ~ bh
ReplyDeletesalam tuan blogger,
ReplyDeletesaya cadangkan tuan tulis lagi dan dgn lebih jelas supaya mata dan telinga mami sahrizat itu akan etrbuka lebih luas dan dalam masa sama hatinya jadi lebih kecil dn jangan terlalu sombong dan ego diri. dia patut sedar bahawa dia senator dn kalah bertanding dalam pru12 lalu, tp nampaknya mami ni jenis tak sedar diri juga, mungkin nanti dia akan sedar bila dia dibakorrrr, bakorrrr hangus2...
Salam.Yang pasti sepasti pastinya UMNO tetap tidak berubah.Inilah masanya untuk rakyat mengubah UMNO.Melainkan rakyat masih ingin jadi lembu
ReplyDeleteumno kena kurangkan perangai cantas mencantas
ReplyDeleteSalam tuanblog,
ReplyDeleteboleh tak saya nak minta bantuan, macam mana nak masukkan lagu @ muzik pada pembukaan blog? bagaimana nak buat link ke akhbar,portal? macam mana nak masukan link ke you tube?
Salam Along Pra,
ReplyDeleteSoalan awak ni pendek tetapi jawapan yg saya ken berikan adalah panjang, justeru sy akn ambil sedikit masa utk menjawabnya, dn saya akan jwb di komen blog anda dlm masa terdekat, t/kasih ~ bh
Bukan wanita UMNO Pahang sahaja yg bermasaalah hampir keseluruhan orang orang besar UMNO bermasaalah saya namakan 'orang besar' kerana dalam UMNO Pahang tidak ramai yg layak di pangil pemimpin yg ada hanya 'orang besar'yg mentafsirkan 'ketuanan Melayu' bukan melayu jadi tuan Mereka nak jadi tuan kepada orang melayu..kebanyakan mereka ni jenis talam dua muka..sebelum piliharaya lain selepas pilihanraya lain. Jenis ini bukan sayang kan Melayu hanya sayang pada undi Melayu.
ReplyDeleteMemang betoinye weh kata2 oldman! Bukan sahaja Ketua Wanita Negeri Pahang yang bermasaalh TETAPI seluroh Negeri Pahang yangmana Ketua2 Bahagian masing2 memang berkecamuk berpuak-puak sedang giat cantas menyantas satu sama lain untuk nak jadi wakil rakyat...bahagian Pekan pun tak kecuali. Jaga2 Tok Najib ...ada banyak musuh dalam selimut. Selagi MB sekarang (Adnan Yaakub) masih jadi MB, rasa2nye entahlah sama ada Pahang selamat atau tidak. Kalau Pahang nak buat tranpormasi politik ...semua Ketua2 Bahagian yang bermasaalah baik dalam segi politik wang, politik sek, politik rasuah dan lain2 lagi tentang imej buruk yang kebanyakkan rakyat dah tau...kenalah di gugurkan kalau PAHANG NAK MENANG termasuklah MB Pahang. Dah lama sangat bagi muka barulah pulok. Itu pun kalau Najib berani..rasa2nye NAJIB TIDAK BERANI!!!!!
ReplyDeletesalam.Apa yang kita semua tahu betapa UMNO telah rosak kerana ketua wanita sendiri telah kalah tetapi masih dilantik menjadi ketua wanita.Inilah yg melawan arus .Rakyat sudah tidak menerima beliau.tetapi UMNO masih mempertahankannya. bagaimana UMNO nak menang kalau apa yg rakyat tak nak tetapi umno masih pertahankan?
ReplyDeletePesoalanya kemana hala orang melayu? yg ada pada kita hanya UMNO pemimpinya pulak jenis 'gendang gendut tali kecapi padat pocket senyap sunyi nak harap kan PAS pemimpinya pun jenis tak ada pendirian sekejap halal sekejap haram pilih PKR 5 tahun kita sembelit,kalau ada parti KITA yg bertanding bimbang dia main lompat lompat pulak...Apa kita nak buat dah nasib Melayu..
ReplyDelete