31 March, 2013

HANGAT: 'BOOO' ANU ARR DI PAHANG....

'Habislah kita kali ni Dato' Seri.Kita nak temberang apa lagi?
Rakyat dah tahu dan lihat sendiri video yang Papagomo siarkan tu......'


1. Di Balok, Kuantan semalam (30.3.2013), Anu arr dalam ceramahnya telah umumkan Dato' Fauzi sebagai calon Parlimen InderaMahkota. Sebagai orang kanan PKR di Pahang itu memberi maksud bahawa beliau tidak diperlukan di Pahang kerana tidak akan berpeluang menjadi MB jika pembangkang menang PRU. Bagaimanapun Anu arr 'terkejut berok' apabila ketika membuat pengumuman itu dia di'boo' oleh penduduk setempat. Bermakna pengundi menolak Dato' Fauzi sebagai calon Parlimen InderaMahkota dan seterusnya menolak beliau dari wakili Pahang dalam kepimpinan tertinggi pakatan. Bagaimanapun hakikatnya adalah rakyat sudah semakin sedar dan menolak PKR dan pakatan pembangkang secara total serta menolak Anu arr sebagai pemimpin atas alasan keruntuhan moralnya.

2. Dato' Fauzi adalah bekas pemimpin kanan UMNO Pahang satu ketika dulu. Menyertai PKR kerana kecewa dan balas dendam sebab tidak dicalonkan dalam PRU lalu. Digugurkan dari senarai nama calon atas alasan rekod yang tidak cemerlang dan 'hitam'. Dalam melaksanakan dasar transformasi, kerajaan BN dibawah DS Najib hanya memilih calon-calon yang berwibawa dan bersih sahaja. Bagaimanapun  kita hairan apabila PKR sanggup mengutip 'tokoh-tokoh' hitam yang sudah dibuang oleh UMNO. Bagaimanakah tokoh hitam mampu untuk memutihkan dan membentuk kerajaan yang putih bersih jika mereka sendiri hitam legam? Rakyat Pahang sekitar Kuantan sudah maklum dan mengenali siapakah Dato' Fauzi ini, jadi kita tidak akan menambahkan keburukannya kerana niat kita adalah bersih - menyatakan kebenaran.

3. Semalam, saya mengikuti jejak 'dairi' MB Pahang DSD Adnan Yaakob. Bermula jam 11.00 pagi hingga sekitar 6.00 petang beliau berada di Markas Wilayah Laut 1, Pengkalan TUDM Tanjung Gelang, Kuantan bagi Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Negeri Pahang. Selain dari meresmikan program, beliau juga turut serta melihat pameran yang diadakan, menyertai pertandingan bolesepak persahabatan diantara pasukan MB Pahang dengan pasukan TLDM dan lain-lain aktiviti. Program berkenaan dijadualkan akan berakhir tengahari ini.

4. Pada 8.00 malam, MB berada di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan bagi memenuhi acara Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Bersama Koperator dan Media Negeri Pahang Darul Makmur yang dianjurkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ramai yang hadir dari berbagai daerah dan berbagai ideologi politik, namun sama-sama bersetuju bahawa agenda transfomasi kerajaan harus dilangsungkan.

5. Dalam ucapan di kedua-dua majlis, DSD MB mengingatkan bahawa perubahan itu baik, namun tidak semua perubahan membawa kepada kebaikan terutama sekali dalam mengubah kerajaan. Beliau memberi contoh apa yang berlaku di Iraq, Mesir, Pakistan dan beberapa negara lagi. Mereka menyangkan mereka berubah kearah yang lebih baik namun apa yang terjadi adalah keadaan mereka menjadi lebih buruk. Janji perubahan tidak menjanjikan apa-apa selain dari kita akan menderita jikalau perubahan itu sebenarnya lebih membawa memburukkan.

6. Apakah jika pakatan pembangkang diberi mandat dalam PRU nanti mereka mampu berikan rakyat kebaikan? Jika negeri-negeri yang diperintah pembangkang dijadikan contah, maka tentu kita tidak akan berani untuk memberikan pakatan pembangkang mandat dalam PRU kali ini. Manifesto pembangkang bukanlah satu janji. Jika mereka diberikan mandat jangan salahkan mereka jika mereka tidak akan tepati janjinya dan tidak mampu membahagiakan rakyat. Sekali tertipu adalah pengalaman, namun jika tertipu kedua kali, itu adalah kebodohan.

29 March, 2013

KATAKAN TIDAK PADA 'G'....

 G 'Toron' tukang potong...


1. Fuziah Saleh bersungguh-sungguh memprotes operasi kilang Lynas di Kuantan. Kerana itulah beliau menumpuikan sepenuh tenaga, jiwa dan raga untuk terus membantah Lynas. Dia mengekepalai banyak perhimpunan anti Lynas, dia juga kepalai Himpunan Hijau sehinggakan kepala 'hotak' dia terlupa untuk membantu dan memperjuangkan pengundi-pengundi parlimennya selama ini. Sehingga penggundinya dulu merasa kesal dan kecewa kerana telah membuat keputusan silap dengan menggundinya.

2. Terbaru, Fauziah tertampar kerana akhirnya Anu arr menyatakan bahawa tiada masalah dengan kilang Lynas yang beroperasi itu, bahkan jika (dalam mimpi basah pembangkang) dapat menawan Putrajaya kilang memproses nadir bumi itu akan tetap diteruskan operasinya. (Baca Sini) Ertinya, Anwar sokong Lynas tetapi Fuziah bantah. Siapa Fuziah dan siapa Anu arr? Fuziah tidak akan mampu liwat Anu arr tetapi Anu arr mampu liwat Fuziah. Jadinya perjuangan Fuziah selama ini adalah sia-sia dan tipu daya belaka.

3. Fuziah dan pembangkang mengatakan kilang nadir bumi Lynas merbahaya dan tidak selamat, namun pakar nuklear yang juga ahli Pas tetap menyatakan kebenaran bahawa ianya selamat. Siapa tipu siapa? (Klik Sini) Yang pasti tertipu dan diperbodohkan selamanya adalah para penyokong dan pengikut pembangkang (Pas dan PKR). 

4. Selama sepenggal jadi Ahli Parlimen Kuantan apakah jasa-jasa yang telah Fuziah berikan kepada rakyat? Susah nak jumpa beliau untuk mengadu masalah dan kesusahan rakyat. Jika beliau ada di Kuantan pun ketika itu beliau sibuk dengan acara tunjuk perasaan anti Lynas dan Himpunan Hijau, tidak ada masa untuk layan kesusahan rakyat. Kejayaan Fuziah hanyalah ini (Klik Sini)

5. Namun menjelang PRU wajah Fuziah 'Toron' muncul kembali menagih simpati pengundi. Kali ini dia hadir dengan kenderaan yang kononnya untuk membantu rakyat dalam membantu menyelesaikan aduan rakyat. Apakah rakyat semudah itu untuk mempercayainya? Setelah lebih 4 tahun menghilang dan tidak memberi bakti, kenapa akhir-akhir ini kembali menagih simpati?

6. Jadi jangan hairanlah wahai penduduk Kuantan jika menemui wajah Fuziah 'Toron' ini dimerata-rata, di pekan sari, pasar malam, pasar lambak dan sebagainya. Kerana muka tak malu ini akan tersengeh-sengeh managih simpati dan merayu undi. Katakan TIDAK kepada Fuziah dan PKR! Tidak G, I'm so sorry!

18 March, 2013

BILA AZLAN KHIANATI ANAK SENDIRI





1. Ini surat. Ini sebahagian dari salinan surat ayah Saiful kepada Setiausaha Sulit Yang Di Pertuan Agong. Pada ketika itu Azlan sangat menyokong anaknya. Beliau meminta pertimbangan supaya kes anaknya dipercepatkan. Tidak timbul langsung soal anaknya jadi mangsa sesiapa. Jika Azlan ketika itu diugut atau tertekan, tentu dalam surat ini dapat diceritakan kisahnya. Tetapi kenapa tidak? Rakyat percaya bahawa Azlan percaya bahawa anaknya memang jadi mangsa liwat.

2. Dalam kenyataan akhbar Azlan dinyatakan bahawa anaknya jadi mangsa atau diperalatkan bagi tujuan memburukkan Anu arr. Bagaimanapun tidak ada langsung beliau nyatakan bahawa beliau tidak percaya anaknya diliwat. Ramai orang percaya bahawa ini hanyalah bertujuan untuk mengalih perhatian. Ramai beranggapan bahawa sebenarnya memang ada pihak yang sedang dipergunakan dalam konspirasi tertentu dan wang ringgit dalam jumlah yang besar jadi pertukarannya.

3. Ramai berpendapat bahawa Azlan berbohong dalam kenyataannya. Bahkan Saiful sendiri menyatakan demikian dan memohon maaf atas perbuatan ayahnya itu. Jikalau Azlan masih tidak ingin mengakuinya, eloklah beliau melakukan sumpah bahawa dia percaya bahawa Saiful tidak diliwat dan dipergunakan. Beranikah Azlah bersumpah bahawa dia percaya Saiful tiddak diliwat sedangkan Saiful telah berani bersumpah bahawa dia diliwat?

4. Azlan mesti bertaubat atas perbuatannya yang mengkhianati anaknya sendiri. Karpal Singh juga mesti bertaubat kerana dia juga pernah percaya dan mendakwa bahawa Anu arr memang 'main jubor'. Mat Sabu juga mesti bertaubat kerana dialah yang terawal mendakwa Anu arr 'main jubor' bahkan mengelarnya 'Al-Juburi'. Pemimpin-pemimpin Pas lainnya juga mesti bertaubat kerana telah memilih yang salah dan membuang yang benar hanya kerana Anu arr dan kekuasaan yang dijanjikan. Putrajaya hanyalah lambang kekuasaan yang pemimpin Pas kejari, bukan untuk rakyat tetapi untuk diri mereka sendiri.

14 March, 2013

BENDERA BN DI PEJABAT PKR?

Panji-panji BN nampak gah dan gagah diatas bendera Pas dan PKR.


Beberapa hari lalu Temerloh dikejutkan apabila ada pencacai Pakatan yang nakal meletakkan bendera PKR di bangunan UMNO lama di Temerloh. Walaupun bangunan itu sudah lama tidak digunakan kerana UMNO Bahagian Temerloh sudah berpindah ke Mentakab, namun perbuatan pencacai itu adalah tidak wajar kerana bangunan berkenaan adalah milik persendirian. Mereka tidak ada hak sama sekali bahkan dianggap menceroboh apabila meletakkan bendera mereka dibangunan berkenaan tanpa kebenaran.

Perbuatan tersebut dianggap sebagai tindakan provokatif terhadap 20 ribu orang ahli-ahli UMNO Bahagian Temerloh yang akhirnya telah melalukan tindakan balas dengan meletakkan bendera BN dibangunan Pejabat PKR Cabang Temerloh. Tindakan berani para pemuda UMNO tersebut sepatutnya boleh diambil sebagai amaran kepada pihak pembangkang supaya jangan cuba memulakan sebarang rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Tindakan berkenaan mungkin juga sebagai cara pihak pembangkang cuba menganggu kemantapan UMNO Bahagian bagi menutup kelemahan antara Pakatan Pembangkang yang semakin jelas tidak ada persamaan dan bertelagah pendapat dalam meletakkan calon bagi beberapa kerusi DUN dan Parlimen. (Klik Sini)

Dibeberapa laman media sosial facebook penyokong dan pencacai pakatan rakyat dapat dilihat betapa mereka bertelagah sesama sendiri gara-gara berebut jadi untuk menjadi calon dalam PRU akan datang. Perjuangan apakah yang mereka perjuangkan jika pakatan pembangkang tidak ada persepakatan dan tidak sehaluan. Sukar dibayangkan jika mereka berjaya merampas Putrajaya, sudah tentu keadaan negara akan jadi huru-hara kerana mereka akhirnya akan bertelagah sesama sendiri kerana berebutkan kuasa.

Soalnya, perjuangan mereka untuk apa sebenarnya? Membela rakyatkah atau hanya inginkan kuasa untuk membentuk kroni mereka sendiri? Rakyat sedia maklum bahawa PKR dan DAP adalah parti politik yang paling mengamalkan kronism di Malaysia. Bahkan dalam keadaan lain mereka juga paling tidak demokratik. Banyak lagi perpecahan didalam Pakatan akan meledak tidak lama lagi akibat perebutan kerusi dan kecewa tidak dapat jadi calon. Razali Alias adalah antara mereka yang tersingkir dari PKR dan sedang makan hati. Tidak mustahil Razali Alisa juga akan buat u-turn disaat-saat akhir.



Kiri: Bendera PKR di bekas pejabat UMNO di Temerloh.
Kanan: Bendera BN di Pejabat PKR Cabang Temerloh

13 March, 2013

CHEGU BARD BLOGGER PENGECUT


Chegu Bard terkencing......


1. Ini Chegu Bard! kahkahkah! Chegu Bard adalah pencacai tegar dan kasta tinggi dikalangan blogger pakatan. Chegu Bard juga dibayar tinggi berbanding pencacai lain. Chegu Bard selalu mempersalahkan kerajaan dan kepimpinan. Memang kerja dan tugas Chegu Bard begitu. Chegu Bardlah yang mula-mula membawa fitnah tentang cincin isteri PM yang bernilai 24 juta.

2. Ketila bapa Saiful bersama Saiful dan menyokongnya dalam kes liwat dulu, Chegu Bard bukan main kutuk Si Azlan ni didalam blognya. Tetapi apabila Azlan ni berpaling tadah dan menyokong PKR, serta merta posting diblognya dipadamkan (Klik Sini). Mujur ada sahabat kita yang sempat 'print skrin' untuk dijadikan bukti....(Klik Sini).  Kata Chegu Bard, perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata, tapi kalau setiap kali kata-kata bertukar ganti dan berdalih, bilakah masaanya kata-kata itu dapat dilaksanakan?

3. Chegu Bard menuduh Azlan bapa Saiful sebagai kaki judi dan sentiasa ketiadaan wang. Bahkan pada satu ketika sanggup cuba melacurkan isterinya untuk dapatkan wang. Itu kata Chegu Bard dalam blognya. Maka apabila Azlan menyokong Saiful bersumpah diliwat Chegu Bard mengandaikan bahawa segalanya adalah kerana wang.....bahawa Azlan dan Saiful dibayar untuk melakukan semua itu dan itu adalah konspirasi umno.

4. Chegu Bard adalah seorang blogger pengecut dan bacul, kerana tidak berani berhadapan dengan kenyataan apabila beliau terpaksa memadamkan postingnya sendiri apabila Azlan berubah arah. Hakikatnya adalah, Azlan bersalah ketika menyokong kerajaan tetapi dia dianggap betul apabila menykong pembangkang. Chegu Bard telah menelanjangkan sikap dirinya sendiri serta bloggger-blogger pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dalam menghadapi kebenaran. Chegu Bard bertelanjang dan menunjukkan 'lancau'nya atas nama perjuangan yang mengelirukan.

5. Kahkahkah! Chegu Bard! 


11 March, 2013

INI KALILAH - RAKYAT BANGKIT !



Heboh di Kuantan dan seluruh Pahang apabila Tian Chua digantung. (rujuk artikel terdahulu). Kemarahan rakyat sudah semakin memuncak terhadap Tian Chun. Tian Chua patut belajar peribahasa Melayu; 'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.

Sejak minggu lalu banyak laporan polis di buat terhadap Tian Chua. Boleh dikatakan disetiap daerah akan ada laporan polis yang dibuat terhadap Tian Chua yang dianggap pengkhianat negara. Demikian juga diseluruh negara, banyak NGO-NGO yang telah membuat laporan terhadapnya.

Kebangkitan rakyat dan kemarahan rakyat sudah tidak dapat disekat lagi. Keceluparan mulut Tian Chua dianggap terlalu kurang ajar dan biadap yang tidak dapat dimaafkan. Bagaimana tidak kerana ketika keluarga meratapi kehilangan ahli keluarga yang gugur mempertahankan negara, ada manusia yang lebih mengutamakan politiknya dan menganggap segala yang berlaku itu hanyalah sendiwara semata-mata. Bahkan mengeluarkan kata-kata menghina para perajurit yang gugur itu.

Kemarahan rakyat ini bukan berkaitan dengan rasis kerana bantahan ini datang dari semua pihak dan dari pelbagai bangsa juga. Terbaru, sekumpulan bekas anggota keselamatan yang termasuk dari kaum India juga membuat bantahan terhadap kebiadapan Tian Chua yang disifatkan turut menghina mereka yang pernah berkhidmat dengan pasukan keselamatan.

Jangan hairan jika tidak lama lagi akan ada juga bantahan dan protes-protes terhadap Tian Chua diseluruh pelusuk negeri termasuk dikampong-kampong kerana kesedaran rakyat semakin meningkat. Rakyat sudah bangkit dan bersedia menentang pakatan yang ternyata hanya berkepentingan politik dan peribadi semata-mata dengan mengenepikan kepentingan rakyat.







10 March, 2013

HANGAT: TIAN CHUA DIGANTUNG DI KUANTAN

Tian Chua digantung di Kuantan.

Marah benar rakyat negeri Pahang terhadap Tian Chua berikutan kenyataannya bahawa pencerobohan 'Tentera Kesultanan Sulu' di Lahad Datu Sabah adalah sandiwara kerajaan BN semata-mata. Tian Chua juga menghina anggota keselamatan termasuk yang gugur demi mempertahankan kedaulatan negara sebagai 'mati katak'.

Kemarahaan rakyat terutama di Pahang sudah tidak dapat dibendung lagi apabila ada yang menggantung patung 'Tian Chua' berhampiran Pejabat Pos Besar Kuantan pagi tadi. Foto ini dirakam dan disebarkan dilaman media sosial facebook sejak tengahari tadi.

Penggantungan patung 'Tian Chua' itu adalah pernyataan kebencian rakyat kepada pemimpin pembangkang yang disifatkan sebagai tidak menghargai jasa anggota keselamatan dan tidak ada rasa kasih dan taat setia kepada negara.

Untuk rekod, Tian Chua pernah mengiggit telinga anggota keselamatan ketika beliau ditanah semasa menyertai rusuhan bersih tidak lama dulu. Tian Chua kata polis anjing. Hakikatnya polis tidak mengiggit. Yang mengigit adalah Anjing.  Anjing mengigit. Tian Chua pun mengigit. Anjing dan Tian Chua ada persamaannya.


Tian Chua dibenci rakyat...pembangkang dibenci rakyat.



ISU SABAH - RAKYAT SEMAKIN KUKUH MENYOKONG KERAJAAN




#1. Akhir-akhir ini Anu arr tertekan berikutan tuduhan media luar negara termasuk akhbar Filipina bahawa Anu arr terlibat dalam isu pencerobohan di Sabah yang mengorbankan beberapa nyawa anggota keselamatan.

2. Bagi mengubah perhatian rakyat supaya tidak menjurus kepada beliau maka Tian Chua membuat kenyataan dangan mengangap bahawa apa yang berlaku di Sabah hanyalah sendiwara BN. Namun itu juga tidak dapat mengalih perhatian rakyat yang marah terhadap pengkhianat bangsa dan negara.

#1. Akhir-akhir ini Anu arr tertekan berikutan tuduhan media luar negara termasuk akhbar Filipina bahawa Anu arr terlibat dalam isu pencerobohan di Sabah yang mengorbankan beberapa nyawa anggota keselamatan.

3. Lalu tokoh lain diperlukan bagi agenda mengalih pandangan. Maka bapa Saiful tak semena-mena tampil dan membuat kenyataan bahawa Saiful dipergunakan untuk menjatuhkan Anu arr. Walaupun dulunya beliau bersama dan menyokong anaknya, namun tiba-tiba beliau berubah pendirian. (Baca Sini)

#1. Akhir-akhir ini Anu arr tertekan berikutan tuduhan media luar negara termasuk akhbar Filipina bahawa Anu arr terlibat dalam isu pencerobohan di Sabah yang mengorbankan beberapa nyawa anggota keselamatan.

4. Memang kita boleh pertikaikan kenyataannya yang hanya menyebut Saiful dipergunakan tetapi tidak langsung menyebut berkenaan liwat. Tidak ada kenyataan apakah Saiful diliwat atau tidak yang dikeluarkannya dan tidak ada sumpah laknat dilakukannya. Pasti itu satu kenyataan yang tidak jujur.

#1. Akhir-akhir ini Anu arr tertekan berikutan tuduhan media luar negara termasuk akhbar Filipina bahawa Anu arr terlibat dalam isu pencerobohan di Sabah yang mengorbankan beberapa nyawa anggota keselamatan.

5. Mungkin pembangkang berhasrat untuk menjadikan Sabah huru-hara dan tidak dapat adakan PRU supaya kemenangan kerajaan berkurangan berikutan Sabah merupakan sokongan kuat kepada BN. Mungkin itu untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan dengan menuduh sandiwara, namun keadaan ini menambahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Semakin di tekan rakyat semakin menyokong kerajaan.

#1. Akhir-akhir ini Anu arr tertekan berikutan tuduhan media luar negara termasuk akhbar Filipina bahawa Anu arr terlibat dalam isu pencerobohan di Sabah yang mengorbankan beberapa nyawa anggota keselamatan.

6. Tidak mungkin rakyat Malaysia akan memberontak dan menentang kerajaan sebagaimana Arab Spring. Jika itu yang pembangkang harapkan, mereka pasti kecewa kerana Malaysia bukan Arab. Rakyat Malaysia sayangkan negara dan tanah tumpah darahnya.

#1. Akhir-akhir ini Anu arr tertekan berikutan tuduhan media luar negara termasuk akhbar Filipina bahawa Anu arr terlibat dalam isu pencerobohan di Sabah yang mengorbankan beberapa nyawa anggota keselamatan.

7. Anu arr mengugut wartawan dengan kata-kata: '......you ulang.....I saman you...' Kita hairan kenapa kebebasan bersuara disekat jika ianya mengenai beliau? Bagaimanapun kita sedar bahawa itu adalah bagi mengurangkan percakapan rakyat terhadap penglibatannya dengan pencerobohan di sabah yang mengakibatkan kita kehilanggan beberapa anggota keselamatan yang terpaksa berjuang kerana sendiwara yang pembangkang lakukan.

#1. Akhir-akhir ini Anu arr tertekan berikutan tuduhan media luar negara termasuk akhbar Filipina bahawa Anu arr terlibat dalam isu pencerobohan di Sabah yang mengorbankan beberapa nyawa anggota keselamatan.


07 March, 2013

EDISI HANGAT KISAH 'SULTAN SULA'

Gambar hiasan - tidak ada kena mengena dengan 'Sultan Sula'


1. Rakyat dikejutkan dan marah dengan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu. Rakyat sayangkan negara Malaysia yang berdaulat ini. Rakyat simpati dan marah apabila anggota keselamatan kita terbunuh kerana mempertahankan bumi tercinta. Rakyat mendapat tahu bahawa pemimpin pembangkang terlibat dengan konspirasi pencerobohan itu sepertimana sumber yang dilaporkan oleh media asing termasuk media Filipina. (Klik Sini   dan   Sini)

2. Sebelum ini, Ketua Pembangkang kerap kali mencanangkan bahawa Sabah tidak lagi kubu kuat BN. Seolah-olah beliau tahu apa yang akan terjadi kepada Sabah sebelum ianya terjadi. Bagaimanakah beliau boleh mengetahuinya lebih awal? (Klik Sini) Sudah tentu bukan kerana beliau dilantik sebagai 'Imam Mahadi' oleh ustaz yang tertangkap di MS Garden Kuantan ketika' memandikan' burungnya tidak lama dulu. (Klik Sini) Kitapun terfikir bahawa tidak mungkinkah beliau yang merancang segalanya secara telili dan sangat halus sekali?

3. Dalan satu kenyataan, Anu arr pernah menyebut bahawa jika Pakatan memerintah beliau akan pastikan tidak akan ada berlaku perbuatan rasuah. Jika sesiapa didapati melakukan rasuah, beliau akan bertindak dan menghukum 'sula' indivudu berkenaan. Maka sejak itulah Anu arr jadi 'tukang sula'. (Klik Sini)

4. Beberapa kali Anu arr dituduh dan diadili dimahkamah atas kesalah meliwat. Walaupun beliau dibebaskan atas alasan teknikal namun semua hakim yang terlibat mengesahkan memang ada berlaku kemasukan di 'setor kunyit' mangsa. Anu arr tidak pernah dan tidak berani untuk bersumpah walaupun si mangsa dengan beraninya bersumpah telah 'di sula'.

5. Klip video panas antara Anu arr dan Chinadoll tersebar luas. Anu arr mengesahkan bahawa biarpun individu yang jadi 'pemain utama' itu kelihatan seperti dia tetapi bukanlah dia. Alasannya adalah perutnya yang lebih buncit. Perut dijadikan perbandingan. Wajah tidak diperbandingkan walaupun adalah miripnya hampir 99.9%. Sudah tentulah 'alat sula' tidak dapat dibandingkan, melainkan Kak Jijah atau madu gelapnya saja yang dapat menentukan perbezaan atau persamaannya.

6. ......you ulang, .....I saman you....huhu! Ada unsur-unsur ugutan...tapi mana kebebasan bersuara sebagaimana yang selalu dilaungkan? Atau kebebasan hanya untuk dia saja? Rakyat sudah melihat dan rakyat tetap akan menolak Anu arr dan Pakatan Pembangkang yang tidak langsung berjuang untuk rakyat, melainkan memberikan janji-janji manis yang kosong. You ulang, I saman you adalah ayat-ayat orang yang sedang terdesak....

04 March, 2013

LAHAD DATU: ANU ARR MESTI BERTANGGUNGJAWAB !




Pencerobohan di Lahad Datu telah mengakibatkan 6 anggota keselamatan kita gugur manakala lebih banyak lagi jiwa pihak penceroboh terkorban. Mereka melakukan tuntutan yang tidak wajar dan berjuang bukan diatas kebenaran. Laporan media Filipina menyatakan adanya penglibatan pemimpin pembangkang dalam mencetus konflik berkenaan.

Pemimpin pembangkang dengan cepat menuduh ini adalah konspirasi  UMNO dan sandiwara semata-mata, konon bagi tujuan meraih undi pada pilihanraya umum akan datang. Justeru itu, Tian Chua dikecam keras oleh banyak pihak kerana kenyataan biadap beliau. Beliau menggangap anggota yang terkorban demi pertahankan negara sebagai 'mati katak'. Namun rakyat tidak lupa bahawa beliau adalah 'anjing' yang pernah mengiggit telinga polis ketika ditangkap terlibat dalam rusuhan bersih dulu. (Sini) Hubungi Tian Chua untuk dapatkan penjelasan atau sms beliau di nombor: 012-2841025 dan nyatakan rasa benci anda terhadap perlakuannya.



Anu arr tertuduh pertama yang ada kaitan dengan pencerobohan Lahad Datu sebagaimana yang dilaporkan oleh media Filipina, dan media asing lain juga. Cepat-cepat Anu arr cuba cuci tangan dan menuduh DS Najib sudah menguasai media asing. Mungkin dia lupa bahawa media asing sudah lama terkenal dengan kebebasan bersuara mereka dan tidak mungkin akan dapat dibeli.





Apapun seperti biasa bagi Anu arr, jika dia tidak dapat menguasai sesuatu dan sesuatu tidak memihak kepadanya maka beliau akan cepat-cepat menuduh sebagai tidak betul, tidak telus atau satu konspirasi dan  telah dibeli. Namun rakyat sudah jelas siapa sebenarnya petualang bangsa dan negara. Jika Anu arr ingin menyaman tv3 dan Utusan Malaysia, beliau juga perlu menyaman media-media asing juga yang melaporkan perkara sama.

Jelas bahawa Anu arr rela negara jadi huru hara dan ingin cetuskan pemberontakan berdarah seperti 'Arab Spring'. Rakyat yang sudah semakin celik politik sedar bahawa Anu arr tidak patut disokong kerana perjuangannya hanyalah demi kepentingan peribadi semata-mata, demi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dan menjadi talibarut negara asing.

Anu arr bukan berjuang untuk kepentingan rakyat tetapi sentiasa menggunakan rakyat untuk berjuang dan berkorban demi kepentingan dirinya sahaja. Lihat rusuhan bersih.....lihat rusuhan bebaskan Anu arr ketika hari beliau akan dijatuhkan hukuman atas tuduhan liwat2...segala-galanya rakyatkah yang berada dihadapan. Dalam isu pencerobohan Lahad Datu, pemberontak-pemberontak digunakan untuk melemahkan negara namun kehilangan jiwa mereka tidak memberi apa-apa makna kepada umum kerana pemberontak itu hanya akan diibaratkan 'mati katak'!

Rakyat menyokong tindakan kerajaan menarikbalik operasi VAT69 dan menggantikannya dengan 21 RAMD. Pengganas dan pemberontakan mesti ditumpaskan dalam kadar segera. Tidak perlu ada lagi sebarang rundingan kerana Malaysia tidak pernah mengiktiraf kesultanan Sulu sebagai pewaris. Daerah Lahad Datu dan Semporna mesti dibersihkan dengan segera bagi memberikan kepercayaan rakyat terhadap kestabilan dan keselamatan negara tercinta ini.

Syabas kepada semua pejuang negara dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kejayaan mereka serta sentiasa mendapat perlindungan Allah. Doakan juga kepada mereka-mereka yang telah gugur demi mempertahankan bumi yang tercinta ini. Amin!

Baca Sini   dan   Sini


03 March, 2013

SENDIWARA LAHAD DATU

Apa pula hubungan mereka dengan yang ini?


Naib Presiden PKR, Tian Chua tanpa rasa bersalah dan simpati terhadap keluarga mangsa pasukan keselamatan yang terkorban menuduh kejadian di Lahad Datu hanyalah sendiwara dan konspirasi yang dilakukan UMNO.

2 anggota VAT69 terkorban dan 3 lagi cedera adalah sandiwara. 12 orang penceroboh yang terbunuh juga adalah sendiwara. Terkini beberapa anggota keselamatan diberitakan cedera dalam serangan di Semporna juga adalah sendiwara. Kesemua yang terkorban dan maut serta cedera adalah sendiwara yang dirancang oleh UMNO. Demikian tuduhan dari mulut jahat Tian Chua

Demikian buruknya sikap pembangkang dalam menuduh UMNO walaupun dalam perkara keselamatan negara dan kehilangan jiwa anggota keselamatan yang berjuang mempertaruhkan jiwa raganya demi negara tercinta.

Menuduh UMNO salah bukanlah perkara baru bagi pembangkang, kerana itulah strategi mereka bagi memburuk-burukan kerajaan untuk menimbulkan rasa benci rakyat seterusnya akan memberi simpati kepada mereka dan mengangkatnya sebagai pejuang. Namun setelah sekian lama, rakyat sudah muak dan sedar bahawa mereka tertipu oleh sendiwara yang dilakukan oleh pembangkang. Kebelakangan ini ramai para mahasiswa yang dulunya menentang kerajaan sudah celik mata dan sedar kesilapan mereka yang selama ini dijadikan alat oleh pembangkang.

Apa lagi sendiwara yang akan pembangkang mainkan dan menuduh UMNO bersalah. Tidak mustahil nanti kalau ayam terlenyek lori UMNO juga yang akan dipersalahkan kerana bagi pembangkang hanya UMNO yang patutu dipersalahkan dan mereka sentiasa benar walaupun melakukan perkara-perkara yang sah dan nyata salah.

Rakyat harus sedar dan bangkit mengecam Tian Chua dan pembangkang dalam hal keselamatan yang berlaku di Lahad Datu. Sikap kurang ajar pemimpin pembangkang yang tidak menghargai jasa dan sumbangan anggota keselamatan laksana tidak sayangkan negara tidak boleh dibiarkan terus berlaku. Ketika kaum Melayu mempertahankan dan mengekalkan kestabilan dan kedaulatan negara dengan pertaruhkan jiwa raganya, kaum lain hanya berdiam diri dan mengumpul hasil kekayaan untuk diri sendiri dan kaum kerabat mereka. Namun menganggap segalanya itu sebagai sendiwara adalah perbuatan yang tidak dapat dimaafkan sama sekali.


02 March, 2013

BARISAN KITA 'VAT 69'




Barisan Kita....Barisan Nasional!


1. 2 anggota komando polis VAT69 terkorban dan 3 lagi cedera manakala 12 penceroboh maut dalam kejadian berbalas tembak di Lahad Datu sekitar jam 10.00 pagi semalam (1 Januari 2013). Turut terbunuh dari tentera penceroboh adalah adik kepada waris kesultanan Sulu Azzimuddie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata tersebut.

2. Sejak 12 Februari lalu bermula dengan laporan seramai 35 penceroboh dilaporkan tiba di Kg. Tanduo dan kemudiannya mencapai jumlah lebih 150 orang yang lengkap bersenjata.

3. Pihak kerajaan menghantar polis bagi mengawal keadaan dan keselamatan negara dan berunding menuntut penceroboh berundur dan meninggalkan Lahad Datu dengan selamat. Namun Sultan Sulu, Jamalul Kiram tetap dengan keputusan untuk tidak akan berundur.

4. 1 Mac 2013, setelah lama terkepung dan tertekan, pihak penceroboh menyerang pasukan keselamatan dan akibatnya telah meragut banyak nyawa dari kedua-dua pihak.

5. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban demi mempertahankan ibu pertiwi. Nama mereka akan tetap dikenang dan terpahat dihari seluruh rakyat sebagai pejuang negara. Al-fatihah dan pohon doakan untuk mereka semoga Allah mencucuri rahmatnya dan meletakkannya diantara orang-orang yang beriman.

6. Tiba-tiba, belum apa-apa pembangkang (Tian Chua) menuduh apa yang berlaku adalah konspirasi UMNO. Namun rakyat sudah masak dengan strategi pembangkang yang terkenal dengan sikap baling batu sembunyi tangan. Bahkan mereka membaling batu tetapi menuduh orang lain yang membalingnya. Politik mereka sungguh kotor kerana mereka pun menyukai perbuatan-perbuatan kotor dan 'lubang-lubang kotor'.

7. Anggota keselamatan kita yang bertugas di Lahad Datu adalah perwira negara. Mereka berjuang dalam barisan kita. Mereka menjadi mangsa  konspirasi politik yang dirancang pihak pembangkang yang ingin mewujudkan keadaan huru-hara menjelang PRU bagi meraih sokongan rakyat dengan cara yang paling kotor dan paling tidak bermaruah.





01 March, 2013

JANJI DICAPATI...

"Ada lah silap sikit ni, sebab manifesto ni saya buat 
diatas katil saja...sambil-sambil menoron...'


1. Bagi memperlekehkan segala usaha kerajaan BN, pencacai pembangkang dalam sinis dan berniat buruk untuk menghina selalu menganggap usaha dan janji yang kerajaan beri sebagai 'Janji Dicapati'. Bagaimanapun kerajaan BN dibawah DS Najib telah berusaha bersungguh-sungguh menunaikan segala janj-janji bagi mensejahterakan rakyat. Kerana itulah slogan 'Janji Di Tepati' telah membuatkan pemimpin pembangkang trauma dan meroyan.

2. Bagi menarik sokongan dan undi menjelang PRU13 nanti, Pakatan Pembangkang telah lebih awal mengeluarkan manifesto mereka. Maka berjuta janji mereka berikan bahkan kebanyakannya hanya berupa janji manis yang tidak mungkin dapat ditunaikan. Namun tujuan hanya satu iaitu hanyalah untuk menipu rakyat dan mendapat undi untuk mereka berkuasa.

3. Setelah beberapa hari manifesto dikeluarkan, ianya terpaksa diperbetulkan kerana terdapat kesilapan. (Klik Sini) Jika diperhatikan betul-betul, dihadapan Ketua UMUM (jawatan yang diantik sendiri) ada secawan kopi dan mee goreng mamak. Bermakna manifesto berkenaan diperbetulkan hanya dikedai kopi. Demikianlah mudahnya urusan 'temberang' mereka. Tidak salah kalau dikatakan bahawa 'manifesto yang dibuat diatas katil dan diperbetulkan dikedai kopi'.

4. Beribu janji Pakatan di Selangor semasa PRU12 lalu. Beribu juga janji-janjinya masih belum ditunaikan. Kerana gagal menunaikan janji-janjinya maka dengan mudah MB Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa 'manifesto bukan janji' yang mesti ditepati. Justeru, pada pakatan pembangkang ini. manifesto mereka bukanlah janji, bukanlah apa yang akan ditawarkan kepada rakyat. Manifesto mereka hanyalah janji-janji dusta belaka. Inilah 'Janji Di Capati' sebagaimana yang laung-laungkan oleh pencacai pembangkang.