28 January, 2009

Apakah kita betul dan membuat pilihan yang betul?

Masadepan yang samar


Dalam pilihanraya UMUM yang lalu dan pilihan-pilihan raya kecil berikutnya kita (majoriti rakyat/pengundi) telah menolak UMNO/BN dan memilih pembangkang. Berbagai alasan diberikan untuk menolak UMNO/BN.

Soalnya apakah pilihan kita itu betul? Apakah yang kita pilih itu betul-betul boleh mambawa perubahan positif kepada rakyat keseluruhannya berbanding dengan kerajaan sedia ada? Apakah ianya lebih baik atau hanya lebih kurang sama dan bahkan mungkin lebih buruk dari yang ada ketika ini? Memilih kerajaan bukan hanya mengikut perasaan. Bukan kerana marahkan UMNO maka kita sokong PKR/PAS kerana apa yang akan kita terima selepas itu mungkin akan memberikan kesan yang sangat mendalam dan jika pilihan kita silap maka generasi akan datang akan mengutuk kita sepanjang hayat.

Apa lebihnya PKR/PAS/DAP (Pakatan Pembangkang) dalam pentadbiran jika kita ambil contoh dari beberapa kerajaan negeri. Yang kita nampak ketika ini hanyalah ketidak seimbangan,kekalutan dan beberapa penyelewangan. Yang kita tidak mahu didalam UMNO/BN juga ada dalam Pakatan Pembangkang, lalu apakah perbezaan antara keduanya?

Kita bimbang bahawa kita telah terpedaya oleh Pakatan Pembangkan untuk memilih mereka yang menawarkan kelainan dan perubahan yang positif namun apabila mereka berkuasa kita dapati mereka pun sama dengan apa yang kita tolak. Tidakkah kita tertipu dan terpedaya oleh mereka yang hanya bercita-cita untuk mendapatkan kuasa. Apakah perubahan yang kita rasakan dari pemerintahan yang satu ini ketika ini?

Pada setengah-tengah keadaan, mereka memberikan alasan bahawa mereka tidak mendapat mandat sepenuhnya untuk mengubah keadaan, lalu mereka perlukan lebih mandat dari rakyat. Jikapun mereka mendapatnya apakah mereka dapat mengubah? Orang-orang politik ini, mulutnya sangat manis dan lidahnya sangat lembut. Wajahnya juga berbeza-beza dan boleh berubah-ubah dari pakar ekonomi kepada tokoh agama, dari para cendikiawan kepada tokoh pembela masyarakat, yang nyatanya dalam diam mereka bercita-cita sulit jadi tokoh korporat.

Apa yang harus kita risaukan adalah; apakah yang akan kita dapat dan apakah yang akan kita hilang kelak apabila perubahan yang kita inginkan tidak menjadi kenyataan.

11 comments:

paneh said...

salam tuan,

apa yg orang kita kurang teliti ialah kebanyakan pemimpin dlm pakatan pembangkang itu adalah bekas reject umno.

adakah brg yg direject adalah lebih baik drpd yang mereject.

wlpn den samar2 akan kemampuan pemimpin kerajaan selepas DM, tapi den lebih 'golap' akan kemampuan pemimpin pembangkang. takut pemimpin pembangkang nanti umpama beruk dapat bunga jika berpeluang memerintah.

biasalah beruk.

Anonymous said...

Lanskap politik negara sedang dilukis semula

Disaat saya menulis posting ini Buletin Utama TV3 mengumumkan yang ADUN Bota, Perak, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR. Ini selang beberapa hari selepas calon PAS Mohd Abd Wahid Endut menewaskan calon Umno Wan Farid sekaligus merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu dari tangan Umno.

Sebelum itu kita sama-sama mengikuti betapa Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Dato Zahar Hashim dan pimpinan Umno bahagian berkenaan menyertai PAS beramai-ramai diikuti dengan lebih 100 ahli Umno di bahagian Umno Kelana Jaya. Dan saya difahamkan seorang lagi Ketua Umno bahagian di Selangor akan turut jejak langkah Dato Zahar.

Apakah yang dapat kita baca dari perkembangan ini semua? Ya kita sedang menyaksikan lanskap politik negara seakan dilukis semula. Perkembangan meninggalkan Umno dari pelbagai peringkat pimpinan ini dijangka berterusan kerana bahtera Umno yang dibina sejak tahun 40an ini ternyata tidak lagi mampu bertahan, ia makin lapuk, makin usang, bocor dan boleh sahaja karam bila-bila masa.


Gambar MStar online
Memang Umno satu ketika dahulu tegap. Diawal zaman penubuhannya anak-anak bangsa yang ikhlas dari pelbagai disipilin khasnya guru-guru dan kakitangan kerajaan berebut-rebut menyertainya kerana mahu bersama memandu wadah perjuangan bangsa, membina negara dan nasib ummah. Umno mendapat dokongan penjajah Inggeris dan diberi pula teraju apabila negara Merdeka. Namun semakin negara dewasa, Umno pun semakin berubah. Dari kepimpinan yang diraih dari kalangan mereka yang ikhlas, Umno menjadi parti “businessman” apabila para peniaga mengambil-alih minat menyertainya.

Akhirnya orang menyertai Umno bukan lagi kerana perjuangan agama, bangsa dan negara tetapi lebih kepada duit, kuasa dan kedudukan.

Orang-orang Melayu kebanyakkan diabai, malah sekadar buah-buah catur untuk digunakan apabila perlu khasnya apabila ada pertandingan dalam parti. Apabila wang menjadi umpan maka segala-galanya adalah untuk nilai sogokan bukan lagi ikhlas dan sukarela. Wang diguna untuk mendapat kuasa, wang diguna untuk membeli pengaruh. Maka segala adab dan nilai bangsa dan agama luntur dan tiada lagi menjadi panduan dan keutamaan.

Kebencian rakyat di luar melihatkan gelagat buruk Umno ini memuncak dan terbakar menjadi dendam dan marah. Umno mesti diajar kerana mereka sudah tidak lagi menepati dasar dan asas perjuangan mereka dahulu. Umno sudah bukan lagi model yang sihat dan baik buat jenerasi mendatang. Umno menjadi kudis, liabiliti dan barah. Kesimpulannya Umno sudah tidak relevan tambahan apabila rakyat mula selesa dan boleh menerima parti-parti alternatif khasnya PAS dan PKR sebagai ganti.

8 Mac 2008 lalu adalah tarikh keramatnya, ini diikuti dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh dan terbaru Kuala Terengganu. Umno yang dijangka menghadapi pemilihan pucuk pimpinannya pada Mac ini dijangka semakin berpecah belah bahana politik wang. Tikam-menikam dan bunuh membunuh politik sesama mereka dijangka semakin ribut. Rakyat sudah benci dan bosan dan ini akan diikuti pula oleh kalangan ahli-ahli.

Tidak mustahil selepas Nasarudin, Zahar, ramai lagi akan angkat kaki meninggalkan bahtera usang bernama Umno ini. Marilah kita mencorak politik baru dalam negara. Tinggal dan buangkan yang keruh percaya dan terimalah yang jernih, sama-sama kita ungkapkan selamat tinggal kepada Umno.

Anonymous said...

semoga apa yang di lakukan adalah kerana Allah... KEinginan yang tidak dikuasai nafsu dunia...

ketika UMNO berkuasa Paslah satu-satunya yang paling menyayangi UMNO kerana menjadi orang yang banyak memerhatikan dan menegur kesilapan UMNO...Terima kasih...

Dan kini ketika PAS mula mempunyai pengaruh dan kekuatan pastinya UMNO akan mempunyai tindakan yang sama untuk menyayangi PAS memerhati ...menegur demi mempamerkan keharmonian untuk mereka yang lain...

Antara kita akan bersaing dengan sihat.... Segalanya DEmi kerana Allah ...
Disinilah para pemimpin mengajar orang-orang biasa untuk bersikap berbaik sangka ...

Berikan kami contoh yang terbaik untuk memimpin alam ini agar di kemudian hari ,jika Allah mentakdirkan dikalangan kami ada yang terpilih kami tidak akan ragu-ragu untuk menteladani..
ibarat sejarah kisah Nabi Sulaiman Alaihisalam dengan Puteri Balqis.

Anonymous said...

Sedih mendengar berita yang Ramlang Porigi dipecat. Memang tak patut.... dan ini merupakan satu penganiayaan yang tidak adil di pihaknya....


Gara-gara sumpah laknat, Saiful Bukhary yang memang laknat..... Ramlang diserang dengan kata-kata hina... dimaki.... dan difitnah kerana dituduh bersubahat dengan pihak Saiful untuk mengaibkan dan menjatuhkan Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh. Kecaman dan hinaan yang diterimanya telah memberi kesan kepada diri dan keluarganya..


Dia berada di masjid Wilayah Persekutuan atas arahan bossnya untuk satu majlis tetapi apabila berada di situ, baru dia sedar yang dia telah diperdaya dan dipergunakan. Mau tak mau terpaksalah terus berada di situ untuk menjadi saksi kepada sumpah laknat si Saiful laknat.


Persoalannya salahkah beliau mempertahankan dirinya dari terus dikecam, diftnah dan dihina, sedangkan dirinya tak bersalah. Salahkah beliau menyatakan perkara yang sebenarnya. Bercakap jujur pun salah kah????


Bolehkah dia berdiri di pentas UMNO untuk menyatakan kebenaran tentang peristiwa sumpah yang telah mengaibkannya?? Jangan haraplah....!!!


So, apabila Pakatan Rakyat memberi peluang kepadanya untuk menggunakan pentas mereka, salah kah dia ambil peluang itu untuk membersihkan dirinya dari tuduhan liar yang dilemparkan kepadanya. Mengembalikan maruah diri lebih penting daripada segala-galanya dan dia sanggup menanggung apa-apa risiko yang bakal dia hadapi demi maruahnya!!!


Mungkin juga pada sesetengah orang, timing dia tak kena.... tapi adilkah mereka menelangkupkan periuk nasiknya. Lagak mereka seperti Tuhan.... seolah-olah rezeki beliau ditangan mereka!! Tidak adakah tindakan lain yang boleh diambil daripada tindakan pecat!!! Zalim sungguh kerajaan pada rakyatnya sendiri.


Kerajaan akan terpaksa membayar dengan harga yang mahal atas ketidakadilan dan kezaliman yang telah dilakukan ini. Insya Allah Tuhan akan bayar cash. Mungkin Allah akan balas pada PRU13 nanti!!! Rakyat tidak mudah lupa..... Mereka akan ingat setiap kezaliman yang dilakukan ke atas mereka terutama yang tidak bersalah .....


Pada pihak-pihak yang mendapat manfaat daripada pendedahan berani dan jujur saudara Ramlang Porogi.... janganlah biarkan dia bersendiri memperjuangkan nasibnya. Buatlah apa yang patut dan lakukanlah sesuatu untuk menunjukkan sokongan dan solidariti kita kepadanya.....

Kepada saudara Ramlang Porigi.... bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan putus asa.... terus perjuangkan hak anda. Kami akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anda....

Anonymous said...

xsalah mencuba sesuatu yang baru yang belum tahu hasilnya berbanding barang lama yg telah lingkup dan semakin menelan usia...masa depan tidak siapa yang tahu,hanya ALLAH maha mengetahui...apa salah kita mencuba??tidak salah mencuba..tp yang pasti,tidak semua memilih PAS kerana menolak UMNO,itu hanyalah alasan UMNO yg tidak pernah mahu mengaku salah dan merubah diri,bongkak,angkoh...tanyalah orng Islam yg jahat mana sekalipun,pasti ISLAM dan hukumnya menjadi pegangan...jadi PAS dipilih kerana dasar nye yang dilihat betol,perlaksanaan nya terletak pada pemimpin mereka,tp selaku umat ISLAM,saya telah melaksanakan tanggung jawab..sekian,hanya ALLAH yg maha mengetahui

Anonymous said...

terima kasih kepada sdr kifli yang masih setia melawati blog ini dan memberi komen. dunia yang luas ini terlalu banyak menyimpan rahsianya. kadang-kadang kita tertipu dari apa yang kita lihat dan dengar kerana mungkin ianya adalah sebahagian dari keseluruhan peristiwa yang kita ketahui. justru,membuat pertimbangan atau menjatuhkan hukuman tanpa benar-benar usul periksa dan benar-benar mengetahui adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan. memang mudah menyalahkan orang lain dari menyalahkan diri sendiri kerana pada kita, kitalah dipihak yang benar dan orang lain sentiasa salah. begitulah juga kepada orang lain yang akan merasakan bahawa mereka sentiasa benar dan selain mereka dipihak yang salah. berbagai hujah dan alasan yang kita berikan untuk membenarkan kita. KEBENARAN YANG HAKIKI, HANYA TUHAN YANG MENGETAHUI. justru,jangan terlalu sombong dan bongkak merasakan bahawa kitalah yang benar dan orang lain salah kerana hanya Tuhan yang menentukan syurga dan neraka buat umat manusia.

Anonymous said...

Salam BH,

@ Kifli

Awak suruh orang berbaik sangka tapi awak melaknatkan Saiful Bukhary.

Jaga diri bila berkhutbah, ajukan intipati keterangan anda tanpa menambahkan fitnah.

Awasilah "Was-was".

Salam.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
perfectwater75 said...

Salam!

bukan soal mereka rejected man but....parti yang mereka pernah anggontai itu yang sepatutnya susah kena reject! boleh????

keretalembu said...

Sebut pasal reject ni, mungkin org kecik2 dlm umno macam ko tak tau. Khalid ibrahim pernah join umno dulu tapi ditekan dan ditindas oleh org2 umno di atas yg gilakan kuasa. Begitu juga pemimpin2 berbakat lain yang mendapati mereka tidak ada ruang untuk berjasa kerana org tua yg gila kuasa ni tak nak turun macam pelepah pisang. Kemudian mereka ditindas pula. Mereka sedar bahawa perjuangan umno telah tersasar. Tepuk dahi dan tanya diri sendiri, mengapa umno ketandusan pemimpin muda yang benar2 berkaliber? Aku boleh jawab tapi elok ko jawab sndiri la. Hishamudin Hussien? Dasar pendidikan negara sumbang di bawahnya. Khairy? Bercakap pandai la.

one one no belen said...

Salam bloggers. saya bukanlah penyokong pembangkang mau pun penyokong UMNO. tetapi rakyat menolak UMNO adalah kerana kepimpinan didalam UMNo yg lemah. Dan kenyataan nya jgk rakyat sudah muak dgn pemimpin pemimpin UMNO yg bangsat dan kurang ajar yg tidak mau memperbaiki kelemahan UMNO. rakyat mengundi pembangkang bukan kerana mereka menyokong pembangkang tetapi mereka membenci umno. itulah hakikatnya yg kita semua peru terima. sweet word are not sincere and sincere word are not sweet..fikir fikirkaLAH WAHAI PARA PEMIMPIN umno YG TAU DIRINYA BANGSAT

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...