15 October, 2010

UMNO? PKR? ATAU....?




Kebelakangan ini kita melihat Pakatan Rakyat sedang menghadapi gelora, khususnya PKR sebagai komponennya. Satu demi satu berlaku dan meruntuhkan PR serta PKR dan semakin mereput. Laporan dari beberapa akhbar tentang permasalah dalam PKR dalam mesyuarat-mesyuarat cabangnya jelas menampakkan bahawa PKR sudah semakin goyah akibat perebutan kuasa dalam parti. Pergaduhan dan tidak puashati berlaku dikebanyakan mesyuarat cabang yang diadakan. Demikian juga laporan keluar parti oleh ahli-ahli PKR yang sudah semakin hilang percaya terhadap parti.

DS Anu-arr juga semakin terdesak dengan adanya beberapa laporan yang menambah bebanannya sewaktu sedang menghadapi perbicaraan kes liwatnya itu. Semakin banyak laporan liwatnya yang kita dengan, namun mungkin juga masih banyak yang tidak kita dengar. Rasanya beliau semakin sukar untuk menepis tohmahan terhadapnya. Beliau kini sudah tidak lagi dapat dilihat sebagai insan bersih, tidak bersih dan tidak kelihatan bersih!

Bagaimanapun pemimpin UMNO jangan merasa selesa dengan perkembangan ini. Penyokong PKR dan PR yang keluar meninggalkan parti bukanlah juga bermakna mereka akan menyokong UMNO BN. Bahkan jika kita kaji secara jujurnya, sokongan yang rakyat berikan kepada PKR PR dalam PRU lalu bukanlah kerana mereka benar-benar menyokong pakatan berkenaan, cuma sekadar undi protes kerana ingin 'mengajar' UMNO BN. BN harus berusaha lebih bersungguh-sungguh menarik sokongan rakyat untuk kembali kepangkuan UMNO BN sebelum PRU13 nanti.

Bagaimanapun kepada pemimpin negara uang kita kasihi, dalam menarik perhatian pengundi kaum Cina dan India, janganlah hati bangsa Melayu diguris luka. Kita harus ingat bahawa kemenangan calon MCA adalah kerana undi Melayu bukan sebaliknya.

Ketika UMNO mendedahkan ahli PKR keluar parti dan menyertai UMNO, PKR pula mendedahkan bahawa laporan itu adalah kebohongan UMNO dan propagandanya. Siapa yang benar dan siapa yang salah?  Salah UMNO kah atau salah PKR kah atau salah media kah?

Saya cuma nak: kahkahkah! Kerana demikian inilah permainan dalam politik    Klik ke blog: Anak Sungai Derhaka   dan   Blog Aspan Alias

4 comments:

ISAC said...

Salam...

Dah sihat ke tuan punya blog ni???

Aloooo....

YANG GAMBI said...

Salam bro, kalau dilihat, ditinjau, dipeerhatikan betul-betul..... nampak sangat PKR-pembangkang yang terlalu banyak berbuat bohong, penipu dll.......he..he..he.. tapi janganlah pulak UMNO-UMNO di Pahang rasa selesa sangat, tinjau-tinjaulah pulak pengundi-pengundi dalam kawasan FELDA..... PAYOH WEH....

chenerong ular said...

Ini lah politik,sebarang kemungkinan boleh terjadi,tak penting siapa yang harus kita sokong sekarang ini,UMNO,PAS DAN PKR PUN SAMA,MCA,DAP DAN GERAKAN PUN SAMA,SEMUA SAMA,HANYA MENBEZAKAN UMNO,PAS DAN SEDIKIT ORNAG2 DALAM PKR DENGAN MCA,DAP,GERAKAN DAN MIC SERTA SEDIKIT ORANG DALAM PKR ADA LAH KITA MELAYU,MELAYU,MELAYU.SAYA TAK TAU MUNGKIN ADA MELAYU INGIN MENGUBAH NAMA MALAYSIA KEPADA CINASIA SEPERTI SAUDARA SPU SEBUTKAN.

d said...

Salam Perjuangan,

Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

Blog GB tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

Di harap pihak Tuan dapat membantu GB untuk mempromosi blog saya..

SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...