18 December, 2011

INI BUKAN DEMOKRASI KITA BHG2






7. Berbagai NGO dinamakan bagi menghalalkan perlakuan mereka. Dari reformasi yang semakin basi kepada bersih yang penuh kotoran. Segalanya atas nama demokrasi. Sedangkan demokrasi pun harus ada kawalan dan peraturan. Kebebasan yang sebenar adalah kembali kezaman jahiliah dimana kita bebas lakukan apa saja, itu pun masih ada kawalan dan kekangan...yang kuat akan terus berkuasa dan dianggap benar.


8. Apabila politikus kita semakin bijak mempermain dan menipu rakyat, maka rakyat juga perlu jadi bijak dalam membaca mainan politik mereka. Pas akan sentiasa saja bangkitkan soal hukum hudud setiap kali hadapi pilihanraya, kerana itu akan dapat mengekalkan sokongan pengundi Melayu Islam kepada parti . Janji kosong ini sudah dimainkan berkali-kali bahkan kegagalan melaksanakannya juga dipersalahkan kepada pihak lain. Namun pengikutnya yang taksub dan buta hatinya tetap saja percaya bahkan tidak sedar bahawa Pas adalah parti politik bukannya agama dan bukannya Islam. Mana-mana parti sekalipun boleh perjuangkan agama Islam kerana Islam bukan untuk Pas saja.



9. Pas lebih banyak  memecahbelahkan bangsa Melayu daripada menyatukan ummah. Segala slogannya hanyalah mainan politik bagi mempengaruhi fikiran orang-orang kampong dengan jadikan agama sebagai senjatanya. Pas adalah parti jumud. Pas berjaya jadilan serban dan janggut sebagai wajah alim ulamak namun disebaliknya terselindung wajah sebenar mereka. Mat Sabu di cekup ketika bermukah dengan Normah dibilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu, itu kisah yang semua orang sudah tau. Seorang ADUN Pas ditangkap berkhalwat didalam gerabak Keretapi, dan ini Pas sendiri tidak mampu menafikannya lagi. Justeru, jangan menganggap dikalangan mereka itu maksum belaka.



10. Bukan sedikit para pemimpin kita diperlekehkan dan dihina. Tidak cukup Perdana Menteri, bahkan isterinya juga menjadi mangsa. Segala itu adalah kerja siber tropper mereka, atas perancangan dan arahan pemimpin mereka. Sekadar menamakan beberapa; milo suam, topeng perak, tukar tiub, yop tualang sekah.....Mereka dibayar namun ada juga yang sedar dan berubah arah dengan berpusing ke belakang apabila ada kesedaran.



11. PRU13 dilihat lebih kepada perang propaganda dan bergantung harapan kepada media sosial. Jika dalam PRU12 kerajaan kehilangan banyak sokongan akibat tidak cakna kepada media sosial, PRU akan datang adalah sebaliknya. Faktor Anu arr sudah tidak penting lagi kerana pakatan pembangkang juga sedar dan akui bahawa Anu arr memang bersalah dalam banyak hal. Perjuangan pembagkang sekarang bukan kerana Anu arr tetapi adalah kerana ingin memegang kuasa.



12. Slogan ABU yang dimainkan pembangkang yang bermaksud Asal Bukan UMNO nampaknya sudah berubah kepada Allah Berkati UMNO, kerana pemimpinnya lagi diberikan tekanan semakin berusaha keras untuk memakmurkan rakyat. Harap rakyat kita lebih bijak dari rakyat Mesir, Libya dan Iraq dalam mencari makna kebebasan dan kebenaran.


1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan aku setuju sangat dengan tulisan tuan ni.Namun pemimpin pemimpin UMNO yang bangsat tu pun perlulah berubah.janganlah nak melentakedarah hak rakyat aje.Mereka perlulah juga berbakti kepada rakyat drngan memberikan hak hak rakyat.Orang marahkan UMNO kerana sebilangan besar pemimpin pemimpin UMNO ni terlalu bangsat tu sebab mereka mengundi pembangkang walaupun mereka mengundi pembangkang bukan kerana mereka percayakan pembangkang.Yg penting pemimpin pemimpin bangsat UMNO ni perlu di kekang dan perlu dibuang dan digantikan dengan pemimpin yg benar tulin untuk membantu rakyat

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...