15 March, 2011

NIK AZIZ PATUT LETAK JAWATAN




Mursyidul Am Pas, Nik Aziz patut meletakkan jawatannya dan Pas Kelantan juga patut mengangkat MB lain kerana kegagalan Pas mentadbir Kelantan selama ini.

Sudah terlalu banyak kegagalan yang Pas lakukan selama mentadbir negeri Kelantan, dari sekecil-kecil hal hinggalah kepada sebesar-besarnya. Pas telah gagal, gagal dan gagal selamanya. Yang Pas mampu lakukan hanyalah menjanjikan rakyat syurga dan menaikan papantanda 'Membangun Bersama Islam', tetapi hakikatnya Pas gagal membangunkan negeri Kelantan itu sendiri.

Masalah bekalan air yang sudah berpuluh tahun masih tidak dapat diatasi, projek ladang rakyat yang gagal, penebangan hutan yang tidak mampu dikawal bagi kepentingan kroni dan banyak lagi. (Klik sini)

Kita boleh terima hakikat jika Pas gagal setelah mencuba bersungguh-sungguh, tetapi kegagalan Pas ini adalah kerana mereka berpolitik setiap hari. Mungkin tidak salah slogan Pas bahawa Pas dan Islam tidak dapat dipisahkan. Kerana selain itu Pas juga tidak dapat pisahkan dari makan dan minum, tidur dan baring bahkan seks sekalipun. Pas adalah segalanya, kerana itu akhir-akhir ini terbongkar banyak kisah ahli-ahli Pas yang terlibat dengan salahlaku seks, ini kerana Pas dan seks tidak dapat dipisahkan!  (Klik sini), (Sini)(Sini)
dan  (Sini)

Pas dan Seks (songsang) tak dapat dipisahkan !


BLOGGERS PRO KERAJAAN - MENINJAU MASA DEPAN YANG KELAM (?)

BPN - Perintis Gabungan Bloggers Pro Kerajaan


Ini adalah post ulangan dengan sedikit ulasan dan komen dari pembaca;

1. Ada berbagai 'interest' masing-masing dalam kumpulan besar ini, mungkin kerana sudah terlalu besar dan 'besar kepala' maka persatuan sudah tidak diperlukan lagi

2. Mungkin juga sudah ada persatuan-persatuan kecil antara mereka yang ada dengan kepentingan sendiri yang membuatkan penubuhan persatuan secara khusus tidak lagi diingini

3. Mungkin juga BPN sudah tidak lagi relaven kerana semangat dan rohani blogger sudah berbaza dari masa dulu

4. Mungkin tanpa sedar kita sudah dipecah-pecahkan oleh sesuatu pihak yang berkepentingan bagi melemahkan kita semua untuk kemenangan mereka dan tanpa sedar kita membantu mereka memsunahkan sokongan kita yang nyata pro kerajaan.

----------------------------

Post saya terdahulu:


1. Krisis diantara bloggers dengan UMB yang berlarutan beberapa hari ini mungkin dapat diselesaikan berikutan adanya usaha mencari penyelesaian. Dimaklumkan bahawa Tun Faisal sudah mempelawa bloggers untuk mengadakan pertemuan pada hari Isnin nanti. Bagaimanapun saya syorkan kepada Tun Faisal supaya membuat jemputan secara khusus selain jemputan terbukanya itu. Beberapa bloggers perlu hadir bagi menyelesaikan kekusutan itu antaranya Gomo dan The Flying Kick. Saya mengharpkan adanya kebaikan selepas pertemuan itu kelak supaya pihak pembangkang tidak akan mengambil kesempatan dan peluang dari perselisihan faham antara kita.

2. Krisis diantara bloggers dengan Timb. Menteri Pengajian Tinggi, Dato; Saifuddin Abdullah masih diawang-awangan dan tiada penyelesaian. Dato' Saifuddin menganjurkan pertemuan dengan bloggers namun jemputan tidak dibuat secara khusus maka bloggers telah mengabaikannya. Jangan salahkan bloggers. Saya sebagai anak Pahang tentu sekali ingin hadir jika jemputan dibuat secara khusus.

3. Pada malam majlis perjumpaan dengan Dato' Saifuddin Abdullah kami adakan pertemuan sesama kami sendiri di Hotel de' Palma. (Baca Sini). Kami tidak bincang tentang mensabotaj pertemuan dengan seorang Timb. Menteri kerana kami tidak pernah berfikir demikian, tetapi yang kami bincangkan adalah untuk membentuk jawatankuasa penaja Persatuan Bloggers yang Pro kepada Kerajaan. Pada peringkat ini, saya merasakan bahawa kami sudah berjaya melakarkan sesuatu dan pertemuan susulan akan kami adalah dalam waktu terdekat ini. Sudah tentu 'hardcore' bloggers tidak akan dipinggirkan kelak.

Kami berharap dengan tertubuhnya persatuan itu kelak beberapa isu yang selama ini menghantui bloggers akan dapat diatasi, antaranya mengenai 'pass' media yang tidak pernah kami dapati sejak dulu walaupun sudah menyuarakannya sejak sekian lama. PRK Kerdau dan Merlimau menjadi kemuncak kepada rasa tidak puas hati mengenainya.

Kepada sahabat-sahabat blogger, perjalanan kita masih sangat jauh dan kita masih berada diperingkat permulaan, bagaimanapun saya pasti bahawa kita berada dilandasan yang betul dan kita telahpun memulakan langkah yang betul pada waktu yang juga tepat. Kita mensasarkan PRU13 sebagai perjuangan sebenar kita. Saya sendiri merasakan selepas PRU13 nanti akan bersara dari perjuangan ini dengan memberikan peluang kepada blogger generasi ke-2 untuk mengisi segala kekosongan yang ada.


Rujukan Blog:
PapaGomo

7 comments:


Anakbukitgantang said...
Itulah masalah utama BLOGGER LAPANGAN / Filed bloggers- Media Pass Masalah lain adalah pre by election meeting dan post election/post mortem meeting Sewajarnya dibuat perjumpaan secara tertutup supaya pertemuan dari hati ke hati nanti tidak dimanipulasi oleh pembangkang Saya bersetuju agar Tun Faizal menjemput secara khusus blogger yg terlibat dan blogger blogger lain Kalau saya tak dijemput tak mengapa-saya hanylaha bloggers pembantu - saya mohon satu penyelesaian yang terbaik demi perjuangan Alf Ba Ta dan Ugama Islam yang etrcinta ini- Salam dari saya untuk semua
MELAYU TULEN said...
AKU MOHON KALIAN BERSATU HATI MENEMPUH GELORA PERJUANGAN INI WALAUPAN SAKIT DAN PEDIH, JANGAN INI MENJADI ALASAN MEMBAKAR BENDERA MELAYU YANG TERCINTA TAHNIAH, KAMI SANGAT2 MENGHARGAI USAHA KALIAN
PAPA GOMO said...
Terbaik, harap ada penyelesaiianya. BPN terus mekar
A Voice said...
Malas pergi buat kerja-kerja yang bukan kerja tapi membuang masa.
Anonymous said...
Masaalahnya ramai dari mereka tidak percaya pada Tun Faisal lagi. Inikan pula Tun Faisal yang membalas dengan permainan fitnah dan cerita rekaan. Tak ada guna Tun Faisal usahakan kerana dia susah untuk dapat sokongan lagi.
Panglima Perang Cyber said...
semoga kita ada sebuah badan berdaftar menjaga bloggers yang ikhlas berjuang. perkara ini perlu dirancang dengan teliti dan kalau boleh hanya bloggers tidak pandai pau orang sahaja diajak sertainya. kadangkala jika beribu-ribu belalang boleh memusnahkan ratus ribu ekar tanaman walaupun kecil. brave memang penuh semangat sejati dari dulu kini dan seterusnya. tulis kerana ALlah untuk kehidupan umat Islam di Malaysia yang lebih aman dan makmur.
bRAVEhEART said...
salam sahabat semua, memang bangsa Melayu kita ini sukar untuk bersatu tetapi lebih mudah untuk berpecah-belah. sekian lama dan beberapa kali sudah saya usahakan untuk mencari penyatuan tetapi malangnya semuanya berakhir dengan kekecewaan. bukan sekali kecewa malah berkali-kali, bukan sekali mencuba, juga berkali-kali untuk kali terakhir ini saya ingin nyatakan bahawa saya sungguh kecewa dan saya akui saya gagal. nokhtah. dan saya tidak akan ada upaya untuk melakukannya lagi, namun saya menyokong siapa saja yang mampu melakukannya...

14 March, 2011

ANU ARR SEDANG BERUSAHA BERI DNA ?


 azizahazizandarmawansaifulshamsidar...uhhhhh! arhhhhhh!!


Para peguam Anu arr bejaya memohon mahkamah menolak beberapa bahan bukti yang 'kununnya' diperolehi secara tidak sah yang boleh mensabitkan Anu arr dalam kes liwat Saiful.

Rakyat dan beberapa ngo mengadakan tunjuk perasaan dibeberapa lokasi bagi mendesak Anu arr memberikan sample DNA nya secara sukarela bagi memudahkan perbicaraan dijalankan dan diteruskan secara telus.

Apakah Anu arr boleh menolak mahkamah dari membicarakan kesnya secara adil dengan tidak memberikan DNA nya sebagai bukti? Atau apakah Anu arr adalah seorang pesalah yang cuba mengelak dari dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah?

Kenapa ada sebahagian dari perbicaraan dilakukan secara tertutup? Apakah itu kehendak Anu arr yang ingin sembunyikan hakikat sebenar dari diketahui rakyat? Dan terus akan membohongi rakyat selepas itu dengan memutarbelitkan kenyataan yang telah disembunyikan dari rakyat?


Baca juga sini:

PAHANG DAILY MEROYAN LAGI?




1. Pahang Daily Online (PDO) adalah sebuah laman blog pro pembangkang. Lahir pada 2008 dengan post pertamanya pada bulan Ogos, seangkatan dengan blog BH dan kebanyakan bloggers BPN. Pada ketika itu pendiriannya adalah menyokong PKR, namun, PDO akhirnya hilang arahtuju apabila pengasasnya Cucu Mat Kilau (CMK) 'terbuang' dari parti. Dulu kita lihat blog PDO berlatarbelakangkan Biru Laut, kemudian jadi 'hijau katak pisang' dan terkini jadi 'kuning taik kucing'. Begitulah PDO berubah-ubah, bagaikan sesumpah, atau memang itu sumpahannya bagi PDO dan CMK sendiri.

2. BH, sebagai sahabat CMK telah cuba melonjakkan nama CMK dan telah cuba melobi untuk CMK dicalonkan oleh Pas dalam PRK Kerdau (Klik), tetapi entah apa malang nasib CMK, terbuang dari PKR kemudian tidak juga dihiraukan oleh Pas.

3. CMK dan PDO yang nyata selama ini tiba-tiba menyokong Dato' Saifuddin Abdullah dalam pertikaian Timbalan Menteri itu dengan bloggers. Sejak bila PDO lebih UMNO dari UMNO dan bloggers yang selama ini menyokong UMNO? Bahkan bloggers inilah yang selama ini membantu memenangkan calon-calon UMNO BN dalam kebanyakan PRK sedangkan PDO membantu menjahanamkan UMNO BN dan penyatuan serta kekuasaan Melayu. Nyata PDO hanya mencari ruang untuk menjalankan kerja-kerja syaitannya untuk menambah kekusutan yang ada.

4. Bloggers BPN adalah masalah dalaman kami sendiri. UMB dan UMNO adalah juga masalah kami sendiri juga. Yang PDO perlu perbetulkan adalah masalah dalaman PKR dan Pas dan DAP yang semakin kucarkacir dan tidak lagi relaven masa kini. Mimpi Pas untuk tawan Pahang yang diwar-warkan sudah jadi basi bersama airliur basi pemimpin Pas yang sudah tidak lagi dihormati oleh rakyat terutama pengundi baru. Fatwa menyesatkan telah banyak menyedarkan pengundi muda dari terus sesat dalam 'kerajaan bulan'.

5. Sedar bahawa sokongan terhadap Pas makin sedikit maka Pas sudah mula bertindak ganas dan menjuruskan fikiran penyokong muda tegarnya untuk bertindak ekstream, kearah militan. Justru pada PRK di Kerdau penyokong muda mereka bertindak ganas terhadap seorang exco kerajaan negeri Pahang. PDO menulis dan menuduh Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin telah memasuki kawasan Pas untuk lakukan provokasi. Masuk akalkah kenyataan itu? Beranikah DMS seorang diri untuk lakukan provokasi kepada sebegitu ramai penyokong Pas? Melainkan beliau memakai baju 'besi' atau diiringi oleh ramai pengawal. Dalam hal ini saya tak fikir DMS bersalah!

6. PDO dan CMK, BH seru supaya berubahlah dari terus dalam perjuangan yang sudah nyata sia-sia itu. Dalam PKR CMK tidak dapat apa-apa, kemudian 'kununnya' merajuk dan keluar parti, tetapi tiada siapa peduli. Pas pun nampaknya tidak ingin mengambilnya walau sebagai 'pencacai' sekalipun. Ini terbukti dalam PRK Kerdau, CMK ditemui mundar-mandir kehulu-kehilir dan tidak dipelawa oleh Pas untuk berceramah.

7. Dalam era baru UMNO dibawah pimpinan DS Najib ini, mereka yang menentang tidak akan dilayan, mereka yang mengampu bodek pun tidak akan dilayan. Hanya mereka yang benar-benar berkemampuan yang akan mendapat perhatian. Jangan berfikir lompat dari sana dengan membawa 'berpeti-peti kotak rahsia' akan diterima disini pula. Kepada CMK, satu saja nasihat saya, janganlah terlalu banyak melompat kerana jika tersilap lompat akan terlompat kedalam tong najis.

8. Khabarnya pada setiap Rabu CMK akan ada berlegar di sekitar lokasi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. Eloklah tu menampakan wajah, tapi mulut tu kenalah selalu ditutup dari sentiasa menyebar fitnah mengenai UMNO dan kerajaan negeri. BH tak pernah  terhegeh-hegeh disana dan tak kenal sesiapapun exco kerajaan negeri, dan tak seorang exco kerajaan negeri kenal BH. Tapi BH menegur apa yang dirasakan salah tanpa ada udang diselabik batu. Ada apa disebalik batu CMK? Hehehe!

(PDO baca sini)

13 March, 2011

BLOGGERS PRO KERAJAAN - MENINJAU MASA DEPAN


  
BPN - Perintis Gabungan Bloggers Pro Kerajaan



1. Krisis diantara bloggers dengan UMB yang berlarutan beberapa hari ini mungkin dapat diselesaikan berikutan adanya usaha mencari penyelesaian. Dimaklumkan bahawa Tun Faisal sudah mempelawa bloggers untuk mengadakan pertemuan pada hari Isnin nanti. Bagaimanapun saya syorkan kepada Tun Faisal supaya membuat jemputan secara khusus selain jemputan terbukanya itu. Beberapa bloggers perlu hadir bagi menyelesaikan kekusutan itu antaranya Gomo dan The Flying Kick. Saya mengharpkan adanya kebaikan selepas pertemuan itu kelak supaya pihak pembangkang tidak akan mengambil kesempatan dan peluang dari perselisihan faham antara kita.

2. Krisis diantara bloggers dengan Timb. Menteri Pengajian Tinggi, Dato; Saifuddin Abdullah masih diawang-awangan dan tiada penyelesaian. Dato' Saifuddin menganjurkan pertemuan dengan bloggers namun jemputan tidak dibuat secara khusus maka bloggers telah mengabaikannya. Jangan salahkan bloggers. Saya sebagai anak Pahang tentu sekali ingin hadir jika jemputan dibuat secara khusus.

3. Pada malam majlis perjumpaan dengan Dato' Saifuddin Abdullah kami adakan pertemuan sesama kami sendiri di Hotel de' Palma. (Baca Sini). Kami tidak bincang tentang mensabotaj pertemuan dengan seorang Timb. Menteri kerana kami tidak pernah berfikir demikian, tetapi yang kami bincangkan adalah untuk membentuk jawatankuasa penaja Persatuan Bloggers yang Pro kepada Kerajaan. Pada peringkat ini, saya merasakan bahawa kami sudah berjaya melakarkan sesuatu dan pertemuan susulan akan kami adalah dalam waktu terdekat ini. Sudah tentu 'hardcore' bloggers tidak akan dipinggirkan kelak.

Kami berharap dengan tertubuhnya persatuan itu kelak beberapa isu yang selama ini menghantui bloggers akan dapat diatasi, antaranya mengenai 'pass' media yang tidak pernah kami dapati sejak dulu walaupun sudah menyuarakannya sejak sekian lama. PRK Kerdau dan Merlimau menjadi kemuncak kepada rasa tidak puas hati mengenainya.

Kepada sahabat-sahabat blogger, perjalanan kita masih sangat jauh dan kita masih berada diperingkat permulaan, bagaimanapun saya pasti bahawa kita berada dilandasan yang betul dan kita telahpun memulakan langkah yang betul pada waktu yang juga tepat. Kita mensasarkan PRU13 sebagai perjuangan sebenar kita. Saya sendiri merasakan selepas PRU13 nanti akan bersara dari perjuangan ini dengan memberikan peluang kepada blogger generasi ke-2 untuk mengisi segala kekosongan yang ada.


Rujukan Blog:
PapaGomo



12 March, 2011

GEMPAR: KESAN TSUNAMI DI MALAYSIA





Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8.

Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini.

Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.

Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.

Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.

(Klik untuk baca lagi: MIMPI SENJA) 

------------------------------------------


Di Malaysia, kesan tsunami politiknya lebih buruk lagi. Kerana itu, jika melapetaka ini berlaku di Malaysia sudah tentu parti pembangkang dengan cepat menyalahkan kerajaan UMNO BN, dalam apa saja hatta sesuatu yang nyata diluar kawalan kita.

Banjir di Tenang -salah UMNO, Rusuhan berlaku di Mesir - salah UMNO, Pas kalah dalam Pilihanraya - salah UMNO, Harga minyak meningkat - salah UMNO, Seorang peliwat yang sah meliwat dan dituduh dimahkamah - salah UMNO, Peliwat yang sama semasa dalam UMNO di labelkan sebagai Al-Juburi - salah UMNO, Eli yang tertangkap dengan foto lucah terkangkang menampakkan lurah Bukit Lanjan - salah UMNO.......semuanya salah UMNO....

Memang Pas parti yang sanggup mencelakakan Melayu dan agama Islam. Tetapi kita juga hairan bila akhirnya mereka berhasrat untuk menggantikan UMNO. Bukan Pas yangakan gantikan UMNO tetapi DAP yang akan gantikan Pas. Bukan UMNO yang perlu digantikan tetapi Pas perlu menggantikan Mursyidul Am nya yang semakin hari semakin nyanyuk dan hilang akal.

30 RIBU PENGUNDI HANTU AKAN DATANG KE SARAWAK?


BN Sarawak yakin boleh. DS Najib pasti boleh!


Mungkin itu agaknya nanti tajuk berita yang akan disiarkan oleh media pro pakatan pembangkang menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak kelak. Isu dan alasan lapuk yang diulang mereka berkali-kali untuk membohongi rakyat dalam setiap pilihanraya. Andai mereka menang, mereka akan mendiamkan namun andai mereka kalah, maka itulah yang akan dicanangkan.

Kerajaan BN sangat prihatin terhadap hak-hak rakyat termasuk hak mereka sebagai pengundi, justeru itu kerajaan negeri Sarawak menyeru rakyat Sawarak yang berkerja dan bermastautin di luar negeri bahkan luar negara supaya pulang untuk mengundi bagi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

Ini adalah petunjuk dan petanda bahawa Pilihanraya Negeri Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Sudah tentu semua pihak termasuk parti-parti politik di Sarawak akan bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya itu kelak. Sudah tentu parti pakatan pembangkang juga sudah bersiap sedia dengan tohmaan mereka bahawa ujudnya pengundi hantu apabila rakyat Sarawak berkenaan pulang untuk mengundi. Sekiranya mereka tewas sudah tentu juga alasannya suah mereka siapkan dengan menyalahkan Kerajaan, SPR, UMNO BN dan sesiapa saja.

Mereka tidak pernah menyalahkan pemimpin mereka yang sudah tidak relaven lagi seperti Nik Aziz dengan cara fikiran kolotnya itu serta DAP dengan sikap rasisnya itu. Parti pembangkang di Malaysia bukanlah pembangkang yang baik bagi membangunkan negara kita, mereka lebih banyak memusnahkan dari menjalankan tanggungjawab mengimbangi dan memantau pemerintahan kerajaan dengan cara yang betul.


MIRI: Lebih 30,000 rakyat Malaysia yang bekerja mahupun bermastautin di negara Brunei diseru untuk pulang ke tanah air bagi menunaikan kewajipan mengundi dalam pilihan raya negeri akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk menarik mereka supaya pulang ke tanah air bagi menunaikan kewajipan berkenaan.

“Kita sentiasa berusaha untuk menarik mereka (rakyat Malaysia di Brunei) supaya balik ke Sarawak untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya (negeri) yang akan datang ini,” kata Dr Chan semalam ketika diminta mengulas mengenai lebih 30,000 rakyat Malaysia yang dikatakan berada dan bekerja di Brunei.

(Sumber dari blog Rajahmas dari Borneo Post)

11 March, 2011

PANAS: ANU ARR DITAHAN DILOKAP


Gambar hiasan



Mungkin berita ini adalah antara berita-berita panas sepanjang hari ini, meskipun cuaca mendung serta hujan yang turun dibeberapa tempat:

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di bilik Lokap Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur semalaman kerana polis masih belum selesai mengambil rakaman percakapannya.
Saksi ke-25 pendakwaan, Pegawai Penyiasat, Superintendan Judy Blacious Pereira berkata, Anwar selesai menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 10.25 malam pada 16 Julai 2008 dan dibawa kembali ke IPK sejurus selepas itu.


HANGAT: LAGI ADUN PAS BUAT HAL....(?)




Adegan yang sangat-sangat kita nak lihat 'kununnya' mengenai seorang ADUN Pas di negeri Kelantan serambi 'sampah' tepat para 'tok garu' menyebarkan kesesatannya.

Dulu kes 'Mat Sapu' di Hotel Perdana macamana? ADUN 'menyinsing kain' dalam koc keretapi macamana pula? Huhhhh! Islam itu bukan Pas!

(Klik ke blog DET)

NEW POLITICS: SAIFUDDIN ABDULLAH TEMUI 100 BLOGGERS





New Politics ni nak komen pun tak kena. Blogger macam kami ni bukan orang politik dan jahil tentang politik sama ada politik lama atau politik baru. Jadi baiklah baca post saya sebelum ini dan baca CnP dibawah ini  saja:

Selepas menikmati desert sambil meminum kopi panas, Ahli Parlimen Temerloh yang berbibir merah delima kegeraman Anwar ini mahu jelaskan pula apa itu New Polishit, eh! Silap…, New Politics.., fahaman idealisme Anwar yang menjadi panduannya menyebelahi mahasiswa anti kerajaan dalam isu UPM baru baru ini….

PERTEMUAN DENGAN BLOGGER: TIMBALAN MENTERI SALAH LOKASI

Dato' salah lokasi ni, kitorang semua tunggu di d'Palma...




1. Seorang Timbalan Menteri mempelawa blogger untuk satu perjumpaan di Restoran NZ Jalan Ampang malam semalam (10.3.2011).

2. Jemputan diadakan secara terbuka melalui twitter / facebook

3. Foto diatas dirakam pada waktu pertemuan itu berlangsung dan menceritakan mengenai hasil pertemuan tersebut.

4. Blogger adalah satu golongan manusia yang unik dan pelik  (Klik Ke RBF Online)


5. Timbalan Menteri ini tidak mengenali blogger dan tidak faham blogger sama sekali, mereka juga ada harga diri.

6. Saya berhasrat untuk datang jika dijemput secara khusus atas alasan saya juga dari Pahang (tetapi bukan secara terbuka)

7. Sesiapa saja boleh datang ( pada jemputan secara terbuka itu) dan boleh saja mengaku mereka adalah blogger itu dan ini, dan Timbalan Menteri yang kurang cerdik boleh saja tertipu

8. Oleh kerana kecewa dengan jemputan berkenaan (yang tidak khusus) maka saya menganjurkan satu pertemuan lain pada malam sama, waktu sama dan bertempat di Hotel D' Palma bagi tujuan membincang perkara sama. Saya enggan menyatakan jumlah kehadiran serta siapa yang menghadirinya melainkan blogger berkenaan secara sukarela ingin mengesahkan kehadirannya, tetapi saya cuma boleh nyatakan bahawa kehadiran program atas jemputan saya itu lebih ramai dari program jemputan seorang Timbalan Menteri.

9. Kami blogger bukanlah sesiapa tetapi kami punya pendirian dan harga diri yang tidak dapat dijualbeli.

10. Jika Timbalan Menteri berkenaan ingin meneruskan permusuhan ini, silakan.....

11. Tun Faisal bagaimana? Masih mahu berentap dengan blogger?

12. 'Kita bakor'....kata PK, 'Kita Bakor'....kata Gomo.....'Kita Bakor'...kata Flyingkick.....'Kita Bakor'!!!! sahut semua rakan-rakan blogger. BH nak tidur dulu, tolong jangan bakar aku!!!!

13. Opppp! Tuan Timbalan Menteri, kenapa tak datang pada pertemuan blogger kami? Kan kita dah pindahkan tempat pertemuan dari R NZ ke H dP.

14. Sesiapa yang tak dapat buku tulisan Tun Dr. Mahathir tu bolehlah hubungi Gomo, hehehe!


Bacaan tambahan:
Penghuni Gua
Ipoh Malay


10 March, 2011

GELORA BLOGGER DARI KERDAU DAN MERLIMAU


Kita jilat, jika jilat itu sedap



PRK DUN Kerdau dan Merlimau sudah berakhir dan UMNO BN menang dengan bantuan para blogger (tidak dinafikan) yang membantu berjuang dialam siber.

Namun kehangatannya tidak berakhir disitu saja. Justeru ada isu lain yang timbul melibatkan para blogger. Pertama membabitkan blogger dengan Timbalan Menteri, Dato' Saifuddin Abdullah dan kedua antara blogger dengan Ketua UMB, Tun Faisal.

Kita cuma berharap ada pihak yang berani kehadapan untuk mengurai kekusutan ini dan menyelesaikan terus sebelum ianya akan menjadi barah dan memberikan kesan besar kepada UMNO BN itu sendiri nanti.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...