11 March, 2011

PERTEMUAN DENGAN BLOGGER: TIMBALAN MENTERI SALAH LOKASI

Dato' salah lokasi ni, kitorang semua tunggu di d'Palma...




1. Seorang Timbalan Menteri mempelawa blogger untuk satu perjumpaan di Restoran NZ Jalan Ampang malam semalam (10.3.2011).

2. Jemputan diadakan secara terbuka melalui twitter / facebook

3. Foto diatas dirakam pada waktu pertemuan itu berlangsung dan menceritakan mengenai hasil pertemuan tersebut.

4. Blogger adalah satu golongan manusia yang unik dan pelik  (Klik Ke RBF Online)


5. Timbalan Menteri ini tidak mengenali blogger dan tidak faham blogger sama sekali, mereka juga ada harga diri.

6. Saya berhasrat untuk datang jika dijemput secara khusus atas alasan saya juga dari Pahang (tetapi bukan secara terbuka)

7. Sesiapa saja boleh datang ( pada jemputan secara terbuka itu) dan boleh saja mengaku mereka adalah blogger itu dan ini, dan Timbalan Menteri yang kurang cerdik boleh saja tertipu

8. Oleh kerana kecewa dengan jemputan berkenaan (yang tidak khusus) maka saya menganjurkan satu pertemuan lain pada malam sama, waktu sama dan bertempat di Hotel D' Palma bagi tujuan membincang perkara sama. Saya enggan menyatakan jumlah kehadiran serta siapa yang menghadirinya melainkan blogger berkenaan secara sukarela ingin mengesahkan kehadirannya, tetapi saya cuma boleh nyatakan bahawa kehadiran program atas jemputan saya itu lebih ramai dari program jemputan seorang Timbalan Menteri.

9. Kami blogger bukanlah sesiapa tetapi kami punya pendirian dan harga diri yang tidak dapat dijualbeli.

10. Jika Timbalan Menteri berkenaan ingin meneruskan permusuhan ini, silakan.....

11. Tun Faisal bagaimana? Masih mahu berentap dengan blogger?

12. 'Kita bakor'....kata PK, 'Kita Bakor'....kata Gomo.....'Kita Bakor'...kata Flyingkick.....'Kita Bakor'!!!! sahut semua rakan-rakan blogger. BH nak tidur dulu, tolong jangan bakar aku!!!!

13. Opppp! Tuan Timbalan Menteri, kenapa tak datang pada pertemuan blogger kami? Kan kita dah pindahkan tempat pertemuan dari R NZ ke H dP.

14. Sesiapa yang tak dapat buku tulisan Tun Dr. Mahathir tu bolehlah hubungi Gomo, hehehe!


Bacaan tambahan:
Penghuni Gua
Ipoh Malay


3 comments:

SUARA RAKYAT said...

Salam bro. Kita blogger jalanan ke nyamok ke punya harga diri. Kita tidak bertuan, tuan kita adalah perjuangan murni kita. kita menentang penipuan, kita menentang pembohongan, kita menentang pemimpin yang menjadi alat yahudi, kita menentang mengatas namakan agama untuk tujuan politik. Kita menentang pemimpin gergaji dua mata, tiada pendirian.

bRAVEhEART said...

cantik tu bro, itu adalah kita, yang cantik tu lah kita; yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang molek itu budi, yang indah itu blogger, keh keh keh...hidup bloggers!!

Anonymous said...

minda-hijrah mengaku hadir
- http://minda-hijrah.blogspot.com/2011/03/majlis-bersama-saifuddin-bersangka-baik.html

Ape yg dibincang ek ?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...