Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pemilihan Muktamar Pas ke-57 sehingga kini masih mengekalkan rekod bersih tanpa gejala rasuah berdasarkan tiada laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rekod itu didorong sikap ahli parti yang mendukung dasar perjuangan berteraskan ajaran Islam. (Klik Sinar Harian)
Maka orang-orang pas yang berjangut sejemput-pun senyum-senyum kambing sambil merasakan lebih kambing dari kambing sebagaimana merasakan lebih Islam dari orang Islam lainnya. Juga kerana merasakan bahawa benarlah mereka bakal ahli-ahli syurga seperti yang dijanjikan oleh para pemimpin mereka.
Soialnya, apakah mereka benar-benar bebas dari gejala rasuah hanya kerana tiada laporan tentang gajala itu terhadap SPRM? Bermakna jika gejala rasuah dalam parti itu memang berlaku tetapi hanya kerana tiada laporan dibuat maka mereka menyifatkan bahawa mereka adalah bersih dari rasuah. Rasuah adalah apa yang berlaku bukan apa yang dilapor.
Tentulah orang-orang Pas merasa bangga dan membanggakan diri mereka dengan kenyataan itu, bahawa mereka tidak rasuah walaupun mereka juga mengamalkannya. Mungkin kita semua akan percaya bahawa Pas memang tidak mengamalkan rasuah dalam pemilihannya seandainya segala rasuah berkenaan dinamakan sedekah.
Rupanya Pas sentiasa memutarbelitkan kata mereka hanya untuk menghalalkan segala apa yang mereka lakukan. Semakin Pas menekan UMNO untuk mendapatkan kuasa, semakin DAP menekan dan banyak menerimanya dari Pas.
Nota kaki:
Pas hanyalah sebuah parti politik dan pemimpin Pas juga adalah manusia biasa. Pas sama seperti UMNO dan pemimpin Pas sama seperti pemimpin UMNO. Rasuah UMNO rasuahlah Pas. Buruk pemimpin UMNO buruk jugalah pemimpin Pas. Mat Sabu masih segar dengan tuduhan penyelewengan Tabung Memali serta skandal di Hotel Perdana. ADUN Selinsing? Husam Musa dan Projek Ladang Rakyat....Opppps! Tuan Ibrahim pun ada tanah Felda?...huhu
Baca juga disini (Klik)