31 December, 2011

HANGAT: KLIP VIDEO ANU ARR ANGKAT SUMPAH




1. Sama ada Anu arr Berahi angkat sumpat atau tidak sama saja, rakyat sudah tidak percaya lagi. Mahkamah rakyat 'kunun', nak ajak rakyat berjuang bersama-sama 'kunun', sedangkan dia sebenarnya bukanlah perjuang tetapi adalah patualang. Seronok sorang-sorang bersusah payah nak ajak orang.

2. Yang jadi penyokong tegarnya hanyalah 'lembu' yang dibayar. Khabarnya malam ini di Dataran Merdeka akan berlaku kekacawan yang dirancang untuk menghuru-harakan negara oleh puak-puak pembangkang. Jauhinya untuk kesejahteraan diri dan keluarga.

3. Kahkahkah! Adoiii! Mana Anu arr berani mau angkat sumpah...

SUMPAH LIWAT ANU ARR

Apa lagi helah dan alasan Anu arr selepas ini?


1. Sebelum ini seorang sahabat pernah berkata tidak mustahil disaat-saat akhir Anu arr akan lakukan sumpah bahawa dia tidak meliwat dan apa akan jadi nanti? Anu arr ini 'binatang politik' dan dia tida peduli lagi apa akan jadi selepas itu kerana padanya matlamat sentiasa menghalalkan cara.

2. Dengan martabatnya sebagai Anu-gerah Tuhan dan terbaru beliau dianggap sebagai Imam Mahadi tentu dia tidak akan peduli pada betul dan salah, buruk dan baik serta halal dan haram. Matlamatnya hanyalah satu; melepaskan diri dari hukuman bersalah kerana meliwat dan seterusnya mengejar harapan dan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

3. Dari seorang penuntut MCKK beliau ke jalanan mengetuai demonstrasi dan menentang kerajaan. Tun Mahathir mengangkatnya dari longkang di jalanan ke kabinet. Apa perjuangannya semasa jadi Menteri Pelajaran? Beliau cuma berjuang apabila ada kepentingan. 

4. Anu arr bercakap mengenai pembaikan ekonomi dan sebagainya tetapi hanya apabila dia sudah tidak berkuasa, kenapa tidak dilakukan apa yang dikatakan semasa beliau berkuasa dulu? Jawabnya adalah semasa itu beliau lupa diri dan menganggap bahawa langit akan sentiasa cerah dan menungguh peluang berkuasa dengan rela bersabar.

5. Kita masih belum lupa bagaimana Anu arr membunuh (politik) Tun Ghaffar dengan mengamalkan politik wang, namun apabila beliau disingkirkan dari UMNO, maka dengan lantang beliau menuduh UMNO melakukan politik wang dan berbagai-bagai kebusukan lagi.

6. Anu arr bukanlah seorang kawan bukan juga seorang pejuang tulin. Bahkan beliau lebih sesuai digelar petualang dari diangkat jadi seorang pejuang. Beliau bukan setakat perjuangkan dirinya sendiri bahkan mengajak orang lain untuk perjuangkan beliau. Beliau berselindung disebalik nama rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

7. Kita tunggulah nanti apabila Anu arr akan bersumpah sama ada dengan nama Allah atau 'Tok Pekong' atau sebagainya kepada Anu arr segalanya tetap sama. Kerana itulah beliau setuju bahawa nama 'Allah' boleh diguna oleh kristian di gereja. Padanya 'Allah', God dan Tok Pekong adalah sama.

8. Kita tunggu apa kata pengikutnya, puak-puak yang taksub dengannya tentang sumpah Anu arr itu nanti. Tentu mereka akan kata bahawa sumpah Anu arr itu betul kerana mereka dulu telah menyalahkan sumpah Saiful.


Seperti yang dijangka,Anwar akan sanggup melakukan apa saja untuk meraih simpati. Talian hayat politik Anwar sudah berkubur,rakan politik dari DAP dan PAS sudah tidak mempercayai Anwar.


Option terakhir buat Anwar adalah bersumpah,beliau mahu dilihat sebagai tidak bersalah diatas makhamah rakyat,Nak bersumpah?Kenapa sekarang?kenapa tidak melakukan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh pada waktu ketika isu itu masih panas.



Kenapa Anwar tidak mahu turut bersama Saiful dimasjid melakukan sumpah mubahalah pada waktu beliau dicabar?





Hebat. Khabarnya, sebagai strategi akhir bagi mendapat simpati rakyat, Anwar sedang menyusun agenda untuk bersumpah di dalam masjid, bagi kononnya membuktikan dia tidak bersalah. Anwar sedang mengumpul nama senarai alim ulama’ yang dijangka akan hadir di acara SUMPAH KERAMAT bahawa anu Anwar tidak pernah hadir secara paksa atau rela di dalam dubur Saiful.


Banyak cadangan yang sedang dipertimbankan oleh Saifuddin Nasution dan Biro Politik. Ini termasuklah tempat dan kaedah bagaiman acara sumpah akan dilakukan. Malaysiakini, The Malaysian Insider, TV Selangor, TV PAS turut bersedia menyiarkan acara sumpah tersebut secara langsung ke dalam media baru. Hebat susunan Anwar. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Biro Politik PKR, kesediaan Anwar bersumpah dikatakan akan merubah semula RATING KEPERCAYAAN Rakyat mengenai kes liwat. Bio Politik amat yakin bahawa usaha ini perlu bagi menyelamatkan PKR daripada kekalahan teruk dalam PRU akan datang.

Ada beberapa cadangan tempat yang dikemukakan kepada Biro Politik:-
  • Masjid Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • Masjid Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar
  • Masjid Negara
  • Masjid Jamek KL
  • Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
  • Masjid UIA

Tempat masih belum dipastikan lagi. Tapi menurut sumber, ianya akan diadakan di dalam Lembah Kelang bagi memastikan IMPAK ‘BebasAnwar901′ dapat dimaksima sebaik mungkin. Khabarnya, sumpah ini akan dijalankan di hadapan tiga orang ulama’, seorang daripada Mesir, seorang daripada Indonesia dan seorang lagi daripada Malaysia sendiri. Nama Dr Siddiq Fadhil dikaitkan sebagai Pengacara Majlis kepada sumpah Anwar nanti.

Anwar dikatakan akan bersumpah dengan kaedah yang dikatakan SE-ISLAMIK mungkin. Siap dengan bacaan Al-Quran yang akan dibacakan oleh seorang Qari jemputan daripada UIA. Semua faktor keselamatan sedang dikaji, khususnya dalam memastikan ia tidak menyusahkan kumpulan demonstran yang sudah mula berkumpul di KL pada tarikh yang sama.

Agenda SUMPAH ini akan mengakhiri siri lawatan Anwar ke seluruh Negara.

Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar, pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil, Melaka.

Manakala pada 5 Januari beliau akan menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong, Balok dan juga Indera Mahkota setelah itu beliau juga turut ke Dungun dan Kuala Terengganu sebelum berada di Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada sebelah malam.

Untuk rangka program jelajah itu, Anwar dijadualkan akan berada di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Januari.

Beliau akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan Islam Terengganu di Kuala Berang.

Kemuncak program jelajah tersebut berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya.

Menurut perancangan, selepas sembahyang hajat di rumah – Anwar akan bergerak ke salah satu lokasi yang dicadangkan kepada Biro Politik. Kemudian daripada itu, Anwar akan hadir ke Kelab Sultan Sulaiman.-gelagat anwar

Pisau kata " apa nak hairan dengan sumpah Anwar tu,Allah pun dia boleh gadai,apalah sangat dengan sumpah oleh sesumpah ni..."




















30 December, 2011

HANGAT: SAMBUTAN MERIAH SIRI JELAJAH KEMPEN BEBAS ANU ARR 901 DI PAHANG

Gambar sensasi sambutan Siri Jelajah Kempen Bebas Anu arr 901 di Pahang
( DI BAWAH )


SHAH ALAM – Siri Jelajah kempen 'Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901' telah ke 10 negeri dan akan berakhir pada 31 Disember ini.
Timbalan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, berkata, antara negeri yang terlibat termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata, tujuan kempen diadakan bagi menunjukkan sokongan dan menuntut keadilan kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilancarkan.


1. Kempen Bebas Anu arr 901 akan jelajahi selurupen ini sedang giat dijalankan di media sosial.

2. Apa yang ingin digambarkan adalah institusi kehakiman negara kita tidak telus dan tidak adil dalam membicarakan kes liwatnya. Setelah beberapa lama perbicaraan dijalankan dan beberapa kali ditangguhkan atas beberapa sebab yang disengajakan, akhirnya Anu arr insaf bahawa dia sudah tidak dapat mengelak lagi. Dia tau dia bersalah dan akan menerima hukuman, cuma dia tidak rela dihukum kerana itu dia menghukum institusi yang akan menghukumnya terlebih dahulu.

3. Apabila ada pemimpin UMNO yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, pihak pembangkang sunyi sepi dan tidak ada pula yang membantah mahkamah dengan mengatakan bahawa tidak adil serta konspirasi. Jika ada pun suara dari pembangkang hanyalah kata-kata 'kunun'nya itu semua adalah lakonan dan 'cobaan' semata-mata. Demikianlah busuknya hati dan fikiran pembangkang.

4. Dalam 'Kempen Bebas Anu arr 901' ini nanti, sudah tentu Anu arr akan berapi-api menuduh Najib sebagai dalang konpirasi sambil mengatakan bahawa dia tidak bersalah, walau pun dia masih tetap tidak berani bersumpah bahawa dia tidak meliwat Saiful. Tentu juga dia akan nafikan klip video seseorang yang sama sepertinya (melainkan perutnya buncit sedikit) yang sedang 'berjuang' bersama chinadoll. Demikianlah, satu jarinya akan menuding kearah orang lain, namun jari-jari yang lain tetap menuding dirinya sendiri.

5. Kita cuma berharap tidak akan berlaku sebarang kekacauan yang akan menjejaskan kestabilan negara kerana sebagai rakyat marhaen tiada lain yang kita inginkan selain dari keamanan dan keharmonian untuk membolehkan kita mencari rezeki untuk kehidupan kita. Politik hanyalah mainan para pemimpin dan walau siapa pun memimpin dan dari parti mana sekali pun tentulah kita masih tetap sama dan seupa.

6. Cuma jika sewaktu beliau masih TPM, setiap lawatannya akan disambut dengan paluan kompang dan sebagainya, namun mungkin kali ini dalam lawatannya ke Pahang akan disambut dengan sesuatu yang lebih istimewa dari itu. Mungkin ini sambutan yang paling sesuai untuk beliau kelak.




Sambutan menonggeng......


29 December, 2011

UMNO PATUT CONTOHI HONDA

Bersedia untuk pembersihan.....


BANGKOK: Pengeluar kereta Jepun, Honda memusnahkan 1,055 kenderaannya di Thailand untuk memastikan kepada pelanggannya bahawa tiada kenderaan yang rosak dalam kejadian banjir di negara ini baru-baru ini dijual semula di pasaran.

Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda. (Baca Sini)


1. Syarikat pengeluar automotif terkenal dunia, Honda telah memusnahkan 1,055 kenderaan yang rosak akibat banjir di Thailand bagi menyakinkan pengguna bahawa syarikatnya tidak menjual kenderaan yang rosak dan tidak berkualiti. Ini bagi menjamin pengguna akan terus kekal dengan kenderaan jenama keluarannya.

2. Dalam kawalan penyakit kencing manis pula, rawatan diperingkat yang kronik adalah memotong bahagian tertentu bagi mengawalnya dari merebak ke bahagian lain tubuh.

3. UMNO serta mana-mana parti sebagai sebuah organisasi pasti akan hadapi masalah angkara individu tertentu yang menggangotainya. UMNO busuk hingga ke usus, demikian pernah dinyatakan oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir mengenai keadaan UMNO ketika itu.

4. Bagi menyelamatkan UMNO, suatu tindakan tegas dan berani haruslah dilakukan. Pemimpin bukan hanya harus bersih tetapi juga nampak bersih. Justeru mana-mana yang tidak bersih dan tidak nampak bersih harus dibersihkan dengan memisahkannya bagi menjamin UMNO akan terus kekal bersih dan akan terus menerima sokongan rakyat.

5. Kak Ijat dilihat sebagai 'liabiliti' kepada UMNO berikutan isu 'NFC'nya dan harus dibersihkan. Namun sebelum dibersihkan beliau sempat memberi amaran bahawa 'mana ada pemimpin UMNO yang tidak ada masalah?' yang membawa makna bahawa 'mana ada pemimpin UMNO yang bersih'?

6. Jika benar demikian, justeru tugas membersihkan UMNO lebih sulit kerana dimana harus bermula dan siapa yang akan membersihkan siapa?

7. Saya percaya bahawa soal bersih atau tidak bukan bergantung kepada parti mana yang diwakili bahkan ianya lebih kepada individu. Di Pahang ada seorang bekas wakil rakyat (sepenggal)  UMNO yang perkhidmatannya ditamatkan kerana rakyat sudah tidak memerlukannya akibat gagal dalam memberi khidmat. Namun marah-marah pada pucuk pimpinan dan khabarnya PRU akan datang akan bertanding atas tiket DAP di Bentong.

8. Orang itu walau bertanding dimana dan atas tiket apa sekalipun dia akan tetap sama kerana perkhidmatannya adalah keperibadiannya. Dia tidak akan dapat memberi perkhidmatan baik kerana dalam fikirannya juga memang sudah tidak kebaikan. Mungkin dia lebih pandai menulis dari memberikan khidmat. Mungkin dia hanya lebih layak sebagai blogger yang sentiasa mencemuh PM tetapi tidak sebagai wakil rakyat yang memberi khidmat cemerlang.

9. Calon PRU UMNO akan datang juga mungkin menyulitkan pucuk pimpinan bila semua yang ingin dicalonkan menganggap bahawa merekalah 'winnabble candidates'. Terutama apabila ada yang tanpa rasa silu dan malu mendakwa bahawa dialah 'winnable candidates' itu sebagaimana yang berlaku di Perlis.

10. Sayangkan parti adalah dengan berkorban untuk keutuhannya. Namun siapa dan berapa ramai diantara kita yang benar-benar jujur dan berjuang demi agama' bangsa dan negara? Yang ramai diantara kita adalah species 'membakar kelambu' dan 'membakar jembatan'. Kita tunggu Kak Ijat lepaskan jawatannya atas alasan sayangkan parti. Ketua Wanita Negeri yang dilantik yang taksub kepada pemimpin mungkin juga boleh ikut serta untuk membuktikan betapa setianya mereka.


28 December, 2011

HANGAT: BILA ANU ARR ADALAH 'IMAM MAHADI'

 Hohoho! Anu arr peliwat adalah Imam Mahadi......(Klik Sini)


1. Orang Melayu dan Islam di negara kita makin disesatkan. Segala-galanya kerana agama dan politik disatukan. Justeru semakin ramailah orang-orang yang ingin berkuasa didalam politik dengan menggunakan agama sebagai 'flatform'. Maka merekalah orang yang menjual agamanya untuk mendapat kekuasaan di muka bumi ini.

2. Tidak lama dulu kita mendengar ceramah dari seorang penceramah agama yang cenderung kepada Pas yang mashur dengan panggilan 'Ustaz Budak' yang menyamakan Nik Aziz sebagaimana nabi sedangkan kita semua ketahui bahawa tiada nabi selain dari Muhammad, nabi terakhir. (Klik Sini)

3. Terkini, mungkin ramai rakyat Malaysia akan diserang semput dan senguggut kerana klip video diatas, apabila ada ustaz yang menyifatkan bahawa Anu arr adalah Imam Mahadi yang sedang disiapkan. Memang sesuailah dengan apa yang Kak Jijah katakan bahawa Anu arr adalah anu-gerah Tuhan. Tentu bangga para penyokong PKR termasuk juga para mahasiswa yang diketuai Adam.

4. Jika Anu arr yang kita semua ketahui peribadinya melalui video lucah bersama chinadoll kita anggap sebagai Imam Mahadi dan bersih suci dan murni, maka janganlah kita salahkan Si-Mulan kerana perlakuan dan seks luar tabiinya. (Klik untuk mengenali Mulan)

5. Fikir-fikirkanlah sama ada dengan segala ilmu dan pengetahuan yang kita ada menjadikan kita semakin cerdik ataukah semakin bodoh dan sesat.

6. 'Imam Mahadi' PKR akan adakan demonstrasi 901 menjelang penghakiman kes liwatnya. Inilah panggilan 'jahat' (bukan jihad) untuk seluruh umat yang sesat. Namun sebelum menyertai demonstrasi berkenaan, bacalah ini dahulu. (Klik Sini)

27 December, 2011

RAJA RUSUHAN JALANAN

Ini apa cerita ni? Biar betul! Sana putaq, sini putaq, hang ni memang kaki putaq laaa!


1. Semakin hari Anu arr semakin hampir kepada hari penghakimannya. Hari memetik buah-buahan yang ditanam. Kata orang tua-tua; Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Namun jika benih yang busuk jatuh ke tempat yang busuk juga entah akan menjadi apa!

2. Berani kerana benar namun takut tentunya kerana salah. Sebelum hukuman dijatuhkan, sebelum hakim menghukum Anu arr bersalah maka Anu arr teleh menjatuhkan hukuman ke atas hakim itu lebih dahulu. 'Kunun'nya sistem kehakiman negara tidak adil. FACK (fuck pun boleh agaknya) - Kempen bebaskan Anu arr 901 adalah usaha memburukkan sistem kehakiman negara dengan menganggap penghakiman tidak adil terhadap beliau - sebelum hukuman dijatuhkan. 

3. Bermakna Anu arr sudah tahu dia akan dijatuhkan hukuman bersalah? Bagaimana beliau tahu bahawa beliau dijatuhkan hukuman bersalah jika didalam hatinya sendiri tidak merasai bahawa memang beliau bersalah melakukannya? Owhh! Benih yang busuk jatuh ke tempat busuk!

4. Memulakan kempen 901 tersebut Anu arr tampilkan katakata bahawa rakyat adalah hakim. Bermakna beliau hendak rakyat bersama-samanya dan sokongan rakyat 'kunun'nya adalah sebagai tanda bahawa beliau dipihak yang benar. Kenapa hanya apabila hendak dapat sokongan baru rakyat diajak bersama? Rakyat hanyalah untuk berkongsi masalah tetapi apabila menikmati keseronokan duniawi, rakyat dipinggirkan. Demikianlah sikap pemimpin hipokrit.

5. Tidak cukup dengan parti politik, mahasiswa juga diseret bersama 'kunun'nya bersimpati dan menyokong perjuangan beliau. Dengan membiayayai beberapa pemimpin mahasiswa untuk mengetuai demonstrasi dan pengaruhi mahasiswa lain Anu arr berbangga kerana dapat mendidik mahasiswa menjadi sepertinya 'Raja Rusuhan Jalanan'.

6. Khabarnya menjelang tarikh dijatuhkan hukuman, satu gerakan demonstrasi besar-besaran akan dilaksanakan yang akan membuat kekacauan besar-besaran, akan melumpuhkan sistem perkhidmatan awak dan seterusnya akan membuatkan negara jadi huru-hara.

7. Kita juga ingin melihat satu pasukan menentangnya dibentuk, biar kita adakan perlawanan diantara kumpulan menyokong Anu arr dan kumpulan menentangnya. Biar kita berlawan berdepan, biarlah menang jadi abu dan kalah jadi arang. Apa yang perlu kita takutkan kerana mati hanya sekali. Jika pasukan ini dibentuk, saya ingin berada dibarisan depan walaupun sudah berusia..demi sebuah kebenaran yang kita perjuangkan.

Baca Sini   dan   Sini

26 December, 2011

SELEPAS SELAK KAIN, KAK IJAT BAKAR KELAMBU?




1. Dalam kes NFC saya tetap komited menyokong Kak Ijat walau sebelumnya saya kerap menghentam beliau kerana politik cas keting yang diamalkan bersama KW Pahang sebelumnya.

2. Apabila ramai blogger pro kerajaan berpaling arah dan turut sertai pembangkang mendesak beliau  meletakkan jawatannya, saya masih lagi pertahankannya kerana sayangkan beliau, sayangkan Wanita UMNO dan UMNO itu sendiri tentunya.

3. Namun apabila Kak Ijat sudah 'kamikazi' dengan membuat kenyataan 'Siapakah Pemimpin UMNO Yang Tiada Masalah' membuatkan hati saya hancur dan merasa mempertahankannya selama ini adalah satu perbuatan yang sia-sia.

4. Kenyataan Kak Ijat baru-baru ini adalah satu kenyataan penuh dendam ibaratkan membakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Sepatutnya Kak Ijat lebih berani sinsing lengan baju serta selak kain dalam menentang pembangkang dan bukannya membakar kelambu sendiri.

5. Saya teringat satu kisah dulu-dulu dimana seseorang pernah 'membakar jembatannya' apabila sudah berada diseberang sana, namun apabila menyedari jalannya salah terpaksalah dia berenang semula untuk kembali kepangkal jalan. Mungkin ketika itu terasa dihatinya kekesalan dan kebodohannya kerana membakar jembatan.

6. Apabila Kak Ijat menyatakan bahawa beliau menyerahkan kepada budibicara PM untuk memutuskan desakan pembangkang serta ahli UMNO sendiri, seeloknya dia berdiam diri saja. Namun komen terbarunya itu sebagai satu pertanda bahawa beliau tidak benar-benar ikhlas.

7. Diruang-ruang sembang media sosial, facebook dan tweeter sahabat-sahabat penyokong UMNO sendiri sudah menyuarakan perkara sama bahawa Kak Ijat perlu berundur untuk membersihkan UMNO. Berkorbanlah Kak Ijat. Tentu pengorbanan ini tidak akan dilupakan.

8. Jika Kak Ijat masih seorang pemimpin yang bermaruah, tindakan terbaik untuknya ketika ini adalah meletakkan jawatan yang disandangnya dalam kerajaan, namun mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO kerana jawatan berkenaan adalah mandat seluruh perwakilan wanita.

9. Kita percaya tentu nanti Kak Ijat akan lebih dihormati dengan tindakan berkenaan. Membolehkan kes NFC disiasat dengan lebih telus lagi. Atas kapisiti sebagai Ketua Wanita UMNO beliau tetap akan mampu  bersama berusaha menguatkan UMNO dalam menghadapi PRU akan datang. Tentu sumbangnya akan tercatat dalam sejarah dan hati ahli UMNO serta beliau akan tetap dikenang dan disanjung tinggi.

10. Susahkah UMNO untuk berubah? Beranikah semua pemimpin-pemimpin UMNO yang merasakan mereka melakukan kesalahan untuk mengundurkan diri sebelum di'telanjangkan'? Inilah tranformasi sebenarnya yang rakyat inginkan dari UMNO. Siapa antara kita yang sanggup melakukannya?



Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini...........

25 December, 2011

BANJIR DI ROMPIN SEMAKIN BURUK


Gambar Hiasan


Keadaan banjir di Rompin semakin buruk. Demikian diberitakan oleh Berita Harian Online yang mendapat seumbernya dari BERNAMA. Berita selengkapnya dibawah ini;


Lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Rompin


KUANTAN: Sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Rompin, namun jumlah keseluruhan mangsa menurun kepada 618 orang setakat jam 4 petang tadi berbanding 655 pagi tadi. 

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, pusat pemindahan itu dibuka tengah hari tadi di Sekolah Kebangsaan Pianggu dan menempatkan 231 mangsa.
"Selain itu, seramai 247 mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Teluk Gading, Pusat Ekonomi Bukit Serok (119) dan Balai Raya Kampung Rekoh (21)," katanya ketika dihubungi di sini. 

Beliau berkata, kesemua mangsa adalah penduduk dari 11 kampung di daerah itu. 

Sementara itu, dua kampung iaitu Mentelong dan Denai terputus hubungan darat selepas jalan dinaiki air sejak tengah hari tadi. 

Tiada kejadian banjir di daerah lain atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, katanya. - BERNAMA / BHO

'GOD FATHER' KARPAL SINGH VS DR. RAMASAMY



1. Pergaduhan diantara Karpal Singh (God Father) dengan Dr. Ramasamy, Timbalan Setiausaha Agung DAP masih berlarutan dan seakan tidak akan berakhir walaupun DAP pusat pada 15 Disember lalu membuat kenyataan bahawa segalanya telah selesai.
2. Dr. Ramasamy kelihatan mendapat sokongan ramai dan bersuara mewakili DAP dan kaum india dari sebuah negeri manakala Karpal bersuara mewakili DAP pusat.
3. Jika dalam keadaan pergaduhan biasa kaum India dengan berbaling kerusi maka sudah tentu Karpal akan tewas kerana mana mampu beliau nak membaling kerusi dan jika dibaling kerusi rodanya bagaimana pula dia akan bergerak nanti?
4. Suara Dr. Ramasamy adalah suara pembaharuan dalam DAP dan mewakili kaum India DAP. Mungkin mereka berpendapat bahawa Karpal sudah terlalu lama duduk diatas kerusinya dan perlu direhatkan atau diperbaringkan pula.
5. Suara Karpal adalah suara pemimpin lama yang suka memerintah dan menyangka mereka adalah betul sepanjang masa. Suara dari pemimpin yang masih tak puas-puas berkuasa dan menyangka bahawa mereka sentiasa diperlukan, kerana itulah beliau ingin menenggelamkan Dr. Ramasamy dari politik DAP supaya tiada lagi saingan.
6. Mungkin Karpal ingin jadikan tempat duduknya dalam DAP (bukan kerusi rodanya) sebagai warisan untuk anaknya nanti kerana cemburu, dengki dan iri hati melihat kejayaan Lim Kit Siang mengangkat anaknya Lim Guan Eng sebagai KM Pulau Pinang.
7. Apapun secara peribadi saya bersetuju dan menyokong Karpal. Mudah-mudahan beliau akan terus kekal berkuasa dalam DAP sehingga akhir hayatnya. Jika kerusi roda sudah tidak mampu membawanya bergerak, mungkin 'katil roda' boleh digunakan khas untuk beliau.
8. Jika tiada Karpal, siapa lagi yang akan menyokong dan membela Anu arr Berahi? dan siapa pula yang boleh meminta supaya ' Anwar harus bertaubat'?

Kisah perang Karpal dan Ramasamy;
1. Dr. Ramasamy, Timbalan Setiausaha Agung DAP terlibat dalam pergaduhan dengan Karpal selepas mengeluarkan kenyataan "godfather" yang patut beri laluan kepada calon lain dalam pilihanraya akan datang. Berikutan itu, Karpal kemudiannya membalas keras kenyataan tersebut di Konvensyen DAP Pulau Pinang.
2. DAP Pusat pada 15 Disember mengeluarkan kenyataan bahawa pergaduhan kedua-duanya telah diselesaikan
3. Tiba-tiba pagi Sabtu, Karpal Singh meletup lagi, apabila mengeluarkan kenyataan supaya Ramasamy meletak jawatan dari parti tersebut. Karpal berkata bekas ahli akademik itu perlu meletakkan jawatannya selepas membuat berbagai tuduhan serius terhadap pemimpin-pemimpin parti.
4. "Kedudukan Dr Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia telah mencabar keputusan jawatankuasa tiga anggota parti itu tidak merujuk masalah dalaman parti kepada pihak media," katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini. 
5. Karpal Singh berkata Dr Ramasamy telah didedahkan dakwaan mengenai pemimpin-pemimpin parti dan ahli-ahli mana-mana tanpa asas. "Ini adalah satu tuduhan yang serius. Sehingga kini, Dr Ramasamy tidak menafikan membuat kenyataan itu, "katanya.
5. Beliau merujuk kepada laporan dalam akhbar berbahasa Inggeris pada Jumaat yang memetik Dr Ramasamy sebagai berkata pengkritiknya berkomplot terhadapnya kerana dia tidak bertindak balas terhadap rundingan mereka untuk mendapatkan projek.

6. Semalam, media melaporkan, Ramasamy memberitahu bahawa wujud golongan yang sedang berkomplot untuk untuk menggulingkan beliau.
Baca blog rujukan:

24 December, 2011

AWAS: DATARAN MERDEKA BERMANDI DARAH


Rusuhan di KL

Rusuhan di Mesir

Perjuangan dan korban yang sia-sia

Jika pegawai keselamatan juga diserang, siapa pula yang kita harapkan untuk menjaga keselamatan kita kelak?

Perusuh yang sesat kerana menyangka dipihak yang benar....dan perjuangannya hanyalah kerana dan untuk....orang ini...

...mimpi yang tak sudah....



1. Rusuhan tahun 1998 akan diulangi lagi. Menjelang 9 Januari 20112 penyokong Anu arr akan melancarkan rusuhan besar-besaran untuk menekan kerajaan agar membebaskannya dari tuduhan liwat yang memang dilakukannya. (berikut akuan sumpah Saiful dan keengganan Anu arr bersumpah)

2. Kempen Pembebasan Anu arr (FAC-2) sedang dilancarkan. AMK, SMM dan BEBAS adalah penggeraknya. Sasarannya adalah melumpuhkan perhubungan dan perkhidmatan awam. Supaya negara jadi huru-hara dan mengugat ketenteraman awam.

3. Penyokong Anu arr akan jadikan negara huru-hara dan akan jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Thahrir di Mesir atas nama kebebasan dan demokrasi, namun demokrasi apa dan untuk kebebasan siapa?

4. Dalam perancangan mereka, perkhidmatan awam akan diserang bagi melumpuhkannya. Ini akan menimbulkan kesusahan dan suasana panik dikalangan rakyat yang akan menambah kecelaruan itu kelak. Justeru, penduduk ibu kota akan terdedah kepada bahaya kerosakan dan kehilangan harta benda bahkan nyawa kaum keluarga.

5. Rakyat Malaysia diseru agar mengagalkan usaha ini dan jangan terjebak dengan perjuangan dan kepentingan peribadi 'binatang politik'. Kita tidak mahu kebebasan dan demokrasi yang kita ingini manjadi janji sia-sia kerana demokrasi itu apa dan kebebasan itu untuk siapa?

6. Atas nama kebebasan dan demokrasi rakyat Iraq, Mesir dan Libya menggulingkan kerajaannya namun apa yang mereka dapati sekarang ini? Rakyatnya menjadi lebih sengsara dari dahulu. Majoriti Rakyat Malaysia bukan bodoh sebagaimana sebahagian mahasiswa yang mudah diperalatkan itu. Kalau setakat menurunkan bendera dan memijak-mijak gambar pemimpin, lembu 'pawah' pun boleh lakukan itu.

7. Rakyat Malaysia yang bijaksana, berakal dan berfikiran waras, mari bersama kita tolak kerja jahat pembangkang ini. Mari kita bangkit dan berjuang hari ini untuk kehidupan anak cucu kita dimasa depan. Mari kita tentang segala mereka petualang dan musuh negara. Mari kita bangkit dan berjuang untuk membenarkan kata; 'Tak akan Melayu Hilang Di Dunia'!

23 December, 2011

HANGAT: REVOLUSI ANU ARR, REVOLUSI ADAM

Pandangan di sebuah 'Kem Revolusi' Jalanan
Kemungkinan mahasiswa terdedah kepada agen CIA, Mossad dan lain-lainnya


1. Anu arr semakin tertekan. Mahkamah sudah hampir kepada membuat keputusan berkenaan 'Kes Liwat 2' nya. Dia sedar dia memang bersalah. Peguambelanya juga sedar bahawa dia memang bersalah. Dalam 'Kes Liwat 1' dulu mahkamah bersetuju bahawa ada berlaku 'kamasukan ke dubur' namun kerana berlakunya kesilapan dalam fakta kes pendakwaan maka tuduhan terhadapnya dapat diketepikan.

2. Kerana semakin takut dihantar semula ke 'Sungai Buluh' untuk pertapaannya, 'Ketua Imam' dan 'Khalifah' persatuan silat ini cuba menwujudkan kekacauan. Seolah-olah jika beliau dijatuhkan hukuman maka huru-hara akan berlaku di negara kita. Kerana itulah anak-buahnya sedang giat sekarang ini mengumpulkan 'lembu-lembu' untuk berarak dan mengadakan demonstrasi jalanan bagi tujuan membebaskan 'bapa lembu' mereka.

3. Apa yang Anu arr ingin jelaskan adalah; 'Jangan hukum saya, jika tidak ingin negara jadi huru-hara', walaupun hakikatnya dia didapati bersalah. Demikian juga dengan Adam Adli ketika mengugut sebuah IPT supaya jangan kenakannya tindakan, jika tidak revolusi akan beraku. Ohh! Mudahnya! Atas nama demokrasi mereka memaksa supaya tindakan mereka tidak dikenakan hukuman, jika mereka dihukum atas nama demokrasi juga mereka akan lakukan kekacauan.

4. Nampaknya Anu arr jelas sekali menggunakan demokrasi ala Yahudi Israel. Demokrasi yang hanya memberikan mereka kebebasan untuk melakukan apa saja namun tidak bagi orang lain. Demokrasi yang berat sebelah. Demokrasi 'haramjadah'.

5. Jika sejarah akan dicatat mengenai Anu arr sebagai tokoh di negara Malaysia, ketokohan yang sesuai baginya adalah sebagai 'Tokoh Bapa Rusuhan' atau 'Bapa Demonstrasi Jalanan'. Itu kemahiran yang dia ada sejak zaman mudanya lagi. Dan ketika ini beliau sudah mengembangkan ilmunya kepada anak-anak muda untuk meneruskan kesinambungannya, maka lahirlah 'Anak Hasil Hubungan Liwat' Si 'Adam Bendera'.

6. Ketika Mesir mula bergolak, pihak pembangkang selalu jadikan negara itu sebagai contoh gerakan revolusi rakyat dan berharap di Malaysia juga gerakan seperti itu akan berlaku dan menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi ini. Namun apabila mereka melihat lebih banyak keburukan yang terjadi kepada negara terutamanya di Libya, maka mereka sudah mendiamkan diri dan tidak lagi jadikan revolusi rakyat sebagai wadah menumbangkan kerajaan.

7. Kita cuma berharap kepada seluruh rakyat, terutama mahasiswa yang nyata masih 'kurang' cerdik berpolitik supaya jangan terjebak dengan mencetus revolusi kerana kita bimbang demokrasi yang kita cari sebenarnya adalah yang kita runtuhkan itu. Sebagaimana rakyat Libya, setelah meruntuhkan kerajaannya dan membentuk kerajaan baru akhirnya mereka merasa bersalah kerana membuang sesuatu yang disangkanya buruk untuk mendapatkan yang ternyata lebih buruk lagi.

8. Demonstrasi Revolusi 901 khabarnya akan digerakan oleh golongan mahasiswa dengan arahan Anu arr bagi melumpuhkan sistem kenderaan awam disekitar ibu negara Kuala Lumpur. Ini bertujuan menimbulkan huru-hara sebagai satu desakan supaya tidak mengambil tindakan keatas kesalahan Anu arr 'ter'liwat bontot seseorang. Demikianlah tindakan oleh binatang politik dimana matlamat menghalalkan cara.

9. Kita tidak sedar bahawa ada banyak konspirasi besar diluar sana, termasuk penjajahan cara baru sebagaimana yang terjadi kepada Iraq. Dimana kuasa luar tidak lagi menyerang kita secara langsung namun menyerang kita melalui fikiran rakyat kita sendiri, dalam kata lain hanya menghasut rakyat kita untuk berjuang bagi pihak mereka dengan memberikan 'gula-gula' bernama demokrasi dan hak asasi. Tidak mustahil ini akan terjadi juga kepada kita jika kita tidak bersedia menghadapinya.

22 December, 2011

HANGAT: ADAM DIKENAKAN TINDAKAN

 Adam dengan Anu arr


 Anu arr dengan Adam


 Adam dan rakan-rakannya memijak gambar PM


 Adam dipentas demonstrasi jalanan


 Anu arr Al-Juburi, Al-Pukii Shamsidarii, Al-Chinadollii....


Adam patut disingkirkan sekarang sebelum dia menjadi Dajjal danAnu arr Ke-2.





Dengar komen Tun M tentang mahasiswa yang ghairah berpolitik



1. Banyak pihak yang masih rasional fikirannya menempelak perbuatan menurunkan bendera UMNO di PWTC baru-baru ini oleh sekumpulan yang kononnya mewakili mahasiswa. Memang ini perbuatan biadap oleh mahasiswa yang bangang dan tidak bermoral. Atas nama demokrasi mereka ingin meruntuhkan sistem demokrasi yang telah kita bina dan warisi sejak merdeka dulu. Mereka tidak lebih dari sekumpulan anak-anak samseng jalanan yang jika dibiarkan akan menjadi samseng dan pengkhianat negara.

2. Namun masih ada pihak yang menyokong perbuatannya dan memberi amaran kepada IPT berkenaan sekiranya tindakan diambil keatas Adam, mahasiswa akan mencetus satu revolusi. Inikah cara demokrasi bagi mereka? Memaksa dan mengugut bukan menuntut! Demokrasikan ini? Rupanya makna demokrasi berbeza-beza....andai kita meminta mereka mematuhi peraturan yang kita tetapkan. maka itu mereka namakan tidak demokrasi tetapi jikalau mereka yang memaksa kita maka itu dikatakan demokrasi pula? Tak banyak bezanya demokrasi mahasiswa ini dengan demokrasi ala Pembangkang @ PKR, Pas dan DAP.

3. Adam ditemani oleh Cikgu Bard ke Balai Polis untuk membuat laporan polis. Jika ditanya hubungan antara Adam dengan PKR maka jawab mereka ini tidak ada kena mengena dengan politik. Namun mereka berbohong, bahawa Adam sudah sejak lama ada hubungan dengan politik PKR, mungkin juga ada hubungan 'intim' dengan 'Punahsihat' PKR. Foto diatas menerangkan segalanya betapa hubungan Adam sudah diasuh sejak lama dulu. Tentu akan hangat jika Adam dikenakan tindakan.

4. Anu arr sedari bahawa dia akan didapati bersalah dan akan dihantar ke Sungai Buluh tidak lama lagi. Tetapi politik Anu arr adalah politik 'amok' dan politik 'orang mati', iaitu jika dia tidak dapat apa yang dikehendakinya maka dia tidak akan biarkan orang lain mendapat apa yang kita ingin dapatkan itu. Kerana itu sebelum beliau dijatuhkan hukum bersalah, biarlah dia melihat negara jadi huru-hara.

5. 9hb akan nanti khabarnya AMK sedang mengaturkan demonstrasi 'bebaskan Anu arr'. Bebaskan Anu arr? Sedangkan Anu arr masih dibicarakan dan belum lagi dihukum, justeru bagaimana mereka tahu Anu arr akan dihukum dan bersalah? Maknanya Anu arr sendiri tahu bahawa dia bersalah dan akan dihukum tidak lama lagi, lalu kerana tidak mahu dihukum maka satu usaha dilakukan untuk membebaskannya.


21 December, 2011

ANU ARR: DARI RANJANG KE JALANAN

Owwwww!!

Herh!!

Hehh!!


1. Jika demikianlah sikap yang ditunjukkan oleh mahasiswa kita ketika berdemo dan melakukan perbuatan biadap dengan menurunkan bendera di PWTC dulu, nyatalah bahawa AUKU masih diperlukan lagi. Nampaknya mahasiswa (bukan semua) bukan saja jahil dalam politik bahkan biadap dan kurang ajar kepada seluruh rakyat negara.

2. Ketika membuat laporan polis di Bukit Aman kita melihat adanya kelibat  Cikgu Bard bersama Adam Adli. Soalnya apakah hubungan Adam dengan Cikgu Bard? Apakah pula hubungan Cikgu Bard dengan Anu arr? Kita tidak perlu terlalu bijak untuk membuat tafsiran hubungan antara mereka hanya ada kalangan mahasiswa yang terlalu bodoh kerana tidak melihat hubungan berkenaan.

3. Demonstrasi dan perbuatan menurunkan bendera di PWTC adalah ditaja oleh orang yang berkepentingan, secara jelasnya adalah Anu arr. Kerana ingin mewujudkan keadaan huru-hara sebagai memberikan tekanan kepada politik negara menjelang PRU nanti. Selain itu kita juga mendengar adanya perancangan untuk demonstrasi bagi 'membebaskan Anu arr'. Belum pun dijatuhkan hukuman Anu arr sudah tahu bahawa dia akan didapati bersalah? Mungkin Anu arr sudah insaf dan secara tidak langsung mengakui bahawa dia memang meliwat Saiful.

4. Sebelum ini pun memang Anu arr dipercayai bersalah dalam kes liwat siri pertama. Hanya secara teknikal saja tuduhan keatasnya tidak terbukti, namun banyak pihak yang terlibat sewaktu perbicaraan bersetuju bahawa ada berlaku 'kemasukan' didubur mangsa oleh tertuduh.

5. Politik Anu arr adalah membangkitkan ketidakpuasan hati mahasiswa untuk membuatkan mereka memberontak dan berdemo sebagaimana yang dilakukannya dulu. Dulu Anu arr berdemo demi kepentingan   dirinya sendiri atas nama perjuangan untuk rakyat, namun kerana usianya semakin lanjut maka tugas itu harus diwariskan, maka kali ini mahasiswa yang 'bengap' seperti Adam dijadikan mangsa untuk berdemo demi Anu arr.

6. Mahasiswa seperti Adam masih mentah dalam politik, mereka tidak mengerti permainan dan konspirasi dalam politik dan sedikitpun tidak menyedari bahawa mereka hanyalah dijadikan alat seakan alat pemuas nafsu semata-mata. Bahkan mereka berbangga dan berani memberi kata-dua jika tindakan diambil keatas mereka maka revolusi akan berlaku. Takutkan kita kepada revolusi ini? 

7. Anak-anak ini, dibesarkan oleh ibu-bapa yang membesar dan hidup didalam UMNO. Jangan lupa diri dan bersyukurlah kepada Allah bahawa kita hidup dibumi yang aman dan bertuah ini. Kami lebih tahu bahawa; Anu arr, dari ranjang kejalanan dia tetap ingin menjadi 'dewa' dan anugerah Tuhan. Di ranjang, depan belakang dia 'balun' dijalanan dia ingin menjadi raja!

8. Apakah kita akan biarkan negara kita menjadi seperti Mesir dan Libya gara-gara rusuhan rakyat konon atas nama demokrasi namun akhirnya akan membuatkan negara dan rakyat hidup dalam sengsara selamanya. Jijah memanggil Anu arr anugerah Tuhan namun panggilan yang lebih sesuai adalah 'binatang politik'. Tentu Kak Jijah lebih tau bahawa Anu arr seorang peliwat kerana mereka teman tidur sebantal.



Inikah orang yang hendak dijadikan pemimpin? Huh! Asalkan Bukan Anu arr....

20 December, 2011

INI BUKAN DEMOKRASI KITA BHG 3 - DEMONSTRASI PELAJAR ANJING LIAR

Klip video propaganda pembangkang yang menyokong 
perbuatan pelajar biadap berkenaan


13. Beberapa hari lalu menyaksikan demonstrasi pelajar IPT yang menyerang PWTC dan menurunkan bendera pemimpin. Sekali lagi kita lihat atas nama demokrasi kebebasan digunakan dengan cara yang cemar untuk perjuangan pihak tertentu. 

14. Beberapa persoalan timbul dalam fikiran kita; Apakah hanya pelajar melayu saja yang memprotes dan tidak berpuas hati dengan AUKU?  Apakah kehadiran mereka itu benar-benar mewakili keseluruhan pelajar IPT? Apakah tidak ada tangan-tangan ghaib dibelakang mereka itu?

15. Jika demikianlah, atas nama demokrasi menggunakan kekerasan dan paksaan untuk mendapat kebebasan maka pelajar yang berhimpun itu tidak lebih dari sekumpulan 'anjing liar'. Atas nama demokrasi mereka bertindak biadap, kurang ajar dan langsung tidak memperlihatkan ciri-ciri demokratik.

16. Adam Adli, seorang pelajar yang masih mentah hanyalah alat kumpulan yang sebenarnya ingin menghuruharakan negara. Fokus sebenarnya kumpulan berkenaan adalah pembebasan Anu arr yang dianggap ikon demokrasi yang keliru itu.

17. Menyerang PWTC dan menurunkan bendera pemimpin negara adalah satu perbuatan biadap dan tidak berlandaskan demokrasi. Jika mereka tidak sukakan seseorang pemimpin itu sepatutnya PRUlah yang menentukannya. Perdana Menteri kita dipilih dengan cara demokrasi dan itu adalah kehendak majoriti, mereka tidak boleh memaksa seluruh rakayat untuk menyukai 'Peliwat' sebagaimana yang mereka sukai. Demokrasi bukanlah mengikut acuan mereka sendiri saja.

18. Video klip diatas adalah dari sumber pihak pembangkang atau yang ditaja oleh pembangkang. Terdapat juga nada hasutan didalam klip berkenaan yang menunjukkan sokongan terhadap perbuatan pelajar berkenaan. Siapakah sebenarnya dibelakang kumpulan para pelajar itu? Siapakah yang 'meliwat' bontot Adam? Berapa Adam dibayar untuk melakukan perbuatan keji yang memalukan ibu bapa mereka? Jika pembangkang tidak terlibat kenapa ada Cikgu Bard bersama mereka?

19. Demokrasi negara kita jika tidak benar-benar dipimpin, pasti kita akan jadi seperti negara Mesir, Libya dan beberapa negara teluk lainnya kelak. Pemimpin seperti Anu arr Al-Juburi tentu saja boleh meninggalkan negara apabila keadaan huru hara kerana memiliki banyak harta dalam simpanan luar negara termasuk Israel tapi apa akan jadi dengan rakyat marhaen seperti kita nanti?

20. Pemuda UMNO mesti mendesak tindakan keran mesti diambik terhadap pelajar yang terlibat dengan demonstrasi baru-baru ini. Hantarkan mereka ke Amerika jika merasakan bahawa di Amerika mereka ada mendapat kebebasan yang hakiki. Malaysia tidak perlukan rakyat sepertinya. Ini masa untuk pelajar menyokong kerajaan untuk bangkit dengan berani dan melakukan kebiadapan yang lebih untuk menentang kebiadapan mereka itu. Jikalah saya masih pelajar, pasti saya akan berada dibarisan hadapan dan pasti muka Adam akan saya tampar dan ludahi.

Baca AAJK.COM Sini,  Sini  dan Sini

18 December, 2011

INI BUKAN DEMOKRASI KITA BHG2






7. Berbagai NGO dinamakan bagi menghalalkan perlakuan mereka. Dari reformasi yang semakin basi kepada bersih yang penuh kotoran. Segalanya atas nama demokrasi. Sedangkan demokrasi pun harus ada kawalan dan peraturan. Kebebasan yang sebenar adalah kembali kezaman jahiliah dimana kita bebas lakukan apa saja, itu pun masih ada kawalan dan kekangan...yang kuat akan terus berkuasa dan dianggap benar.


8. Apabila politikus kita semakin bijak mempermain dan menipu rakyat, maka rakyat juga perlu jadi bijak dalam membaca mainan politik mereka. Pas akan sentiasa saja bangkitkan soal hukum hudud setiap kali hadapi pilihanraya, kerana itu akan dapat mengekalkan sokongan pengundi Melayu Islam kepada parti . Janji kosong ini sudah dimainkan berkali-kali bahkan kegagalan melaksanakannya juga dipersalahkan kepada pihak lain. Namun pengikutnya yang taksub dan buta hatinya tetap saja percaya bahkan tidak sedar bahawa Pas adalah parti politik bukannya agama dan bukannya Islam. Mana-mana parti sekalipun boleh perjuangkan agama Islam kerana Islam bukan untuk Pas saja.



9. Pas lebih banyak  memecahbelahkan bangsa Melayu daripada menyatukan ummah. Segala slogannya hanyalah mainan politik bagi mempengaruhi fikiran orang-orang kampong dengan jadikan agama sebagai senjatanya. Pas adalah parti jumud. Pas berjaya jadilan serban dan janggut sebagai wajah alim ulamak namun disebaliknya terselindung wajah sebenar mereka. Mat Sabu di cekup ketika bermukah dengan Normah dibilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu, itu kisah yang semua orang sudah tau. Seorang ADUN Pas ditangkap berkhalwat didalam gerabak Keretapi, dan ini Pas sendiri tidak mampu menafikannya lagi. Justeru, jangan menganggap dikalangan mereka itu maksum belaka.



10. Bukan sedikit para pemimpin kita diperlekehkan dan dihina. Tidak cukup Perdana Menteri, bahkan isterinya juga menjadi mangsa. Segala itu adalah kerja siber tropper mereka, atas perancangan dan arahan pemimpin mereka. Sekadar menamakan beberapa; milo suam, topeng perak, tukar tiub, yop tualang sekah.....Mereka dibayar namun ada juga yang sedar dan berubah arah dengan berpusing ke belakang apabila ada kesedaran.



11. PRU13 dilihat lebih kepada perang propaganda dan bergantung harapan kepada media sosial. Jika dalam PRU12 kerajaan kehilangan banyak sokongan akibat tidak cakna kepada media sosial, PRU akan datang adalah sebaliknya. Faktor Anu arr sudah tidak penting lagi kerana pakatan pembangkang juga sedar dan akui bahawa Anu arr memang bersalah dalam banyak hal. Perjuangan pembagkang sekarang bukan kerana Anu arr tetapi adalah kerana ingin memegang kuasa.



12. Slogan ABU yang dimainkan pembangkang yang bermaksud Asal Bukan UMNO nampaknya sudah berubah kepada Allah Berkati UMNO, kerana pemimpinnya lagi diberikan tekanan semakin berusaha keras untuk memakmurkan rakyat. Harap rakyat kita lebih bijak dari rakyat Mesir, Libya dan Iraq dalam mencari makna kebebasan dan kebenaran.