26 March, 2009

ADIOS! UMNO PARTI CELAKA YANG MENCELAKAKAN MELAYU


UMNO celaka dipimpin oleh pemimpin perasuah yang celaka


Saya dibesarkan dalam keluarga UMNO. Saya menjadi ketua pemuda UMNO cawangan pada usia 20an tahun. Saya menjadi AJK pergerakan pemuda bahagian selama 3 penggal. Apabila UMNO lama diharamkan saya yang menubuhkan UMNO baru dan menjadi ketua UMNO cawangan selama 2 penggal kemudian saya melepaskan jawatan secara sukarela dengan menyerahkannya memandangkan saya tidak lagi boleh memberikan komitmen sepenuhnya.

Pada ketika itu dalam UMNO tidak jelas ada berlakunya politik wang. Kita memegang jawatan hanya kerana tanggungjawab. Tetapi parti UMNO sekarang ini telah dicelakakan oleh orang-orang melayu sendiri. Kerana kepentingan peribadi mereka menjual bangsa dan agama. Jiwa ahli-ahli UMNO sekarang telah boleh dijual dan dibeli. Inilah keadaan UMNO yang celaka dicelakakan oleh pemimpin-pemimpin ketika ini.

Kita kata kita mahu berubah tetapi perlakuan kita menunjukkan bahawa kita tidak akan berubah sedikitpun. Rasuah politik berleluasa. Para perwakilan celaka telah memilih calon celaka yang akan mencelakakan UMNO sepanjang hayat kita nanti. Kita akan lihat nanti dalam dalam 'by election' terdekat BN akan kalah lagi. Dan saya juga berharap supaya dalam PRU13 nanti UMNO akan terus lenyap dari ingatan orang melayu buat selamanya.

Nampaknya transformasi yang diingini orang melayu dan rakyat tidak akan menjadi kerana perwakilan celaka lebih mengutamakan duit dari kepentingan bangsa. Perwakilan celaka UMNO telah memilih pemmimpin celaka yang merasuah. Celakalah semua orang melayu hendaknya. Memang patutlah orang melayu dicelakakan oleh bangsa lain. Perwakilan celaka lebih megutamakan setia wang dari segalanya.

Saudara, nampaknya saya akan memilih jalan lain selain dari UMNO. Maafkan saya kerana saya tidak dapat menerima pejuang hipokrit menjadi pemimpin. Berdasarkan keputusan hari ini, pemuda dan wanita, percayalah bahawa esok Muhyidin juga akan tewas. Tewas kerana adanya perwakilan celaka yang memilih pemimpin yang memberi duit dari pemimpin yang tidak memberi duit.

Dulu saya rasa elok saja saya tidak sertai mana-mana parti sebagai protes, kini saya rasa saya harus tunjukkan dengan jelas tentangan itu dengan sertai parti lain selain UMNO. Adios UMNO yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Adios UMNO parti celaka yang memilih pemimpin celaka oleh perwakilan celaka dan akan mecelakakan orang melayu. Apabila orang bersalah dan disahkan bersalah tidak dihukum dan kita lantik jadi pemimpin - ini asal kecelakaan kita.

KLIK BACA BLOG CUCU TOK SELAMPIT

17 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada yang menang!!!
Siaran Langsung Perhimpunan Agong UMNO

Anonymous said...

selamatkah umno ?

selamatkah kite sebagai rakyat malaysia ?

Jumayatara said...

Takbir....selamat diri dan keluarga anda dari celaka.




Stop Oral Sex. Respect your wife's doa.

PARPUKARI said...

BRO BH, AKU KECEWA GILA MALAM NI...AKU HAMPIR PUTUS HARAP LA BRO, TAPI AKAU ADA SATU LAGI TASK IAITU TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN...

KALAU DIA PUN OUT....BYE BYE UMNO

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Assalamualaikum sahabatku...

Saya penulis blog UMNO Cawangan Gombak Selatan ingin mengucapkan tahniah kepada team Mukhriz Mahathir di atas kemenangan beberapa jawatan di dalam Pemuda UMNO iaitu Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ismail dan beberapa exco yang lain.

Saya juga merasakan kemenangan KJ adalah suatu di luar jangkaan.

Namun begitu, bagi kami, kepurusan telah dicapai dan kemenangan Pemuda UMNO adalah kemenangan seimbang antara team Mukhriz dan Khairy.

Saya rasa keputusan telah dicapai dan kini tugas Pemuda UMNO adalah untuk memantapkan jentera sayap parti kita.

Jangan mudah putus asa krn kita masih di bawah payung UMNO. Janganlah kita beremosi. Marilah kita bersatu menentang Pakatan di bawah Al Juburi Anwar Ibrahim.

Jika kita masih bertelagah sesama kita, ini akan merosakkan parti kita.

Bangkitlah Pemuda.. Insyaallah kemenangan dan gandingan Khairy dan Razali ini merupakan kemenangan seimbang. Apa yang lebih penting perjuangan kita untuk agama, bangsa dan negara.

HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU...

Penulis Blog,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
www.umnogombakselatan.blogspot.com

Anon 00 said...

Sorry la penulis blog UMNO Cawangan Gombak Selatan...

Keputusan yang ditunjukkan secara langsung, membuktikan UMNO telah relai akibat dibaham kudis, tokak dan nanah rasuah...

Tak payahlah menggunakan alasan berpayung di bawah payung UMNO lagi... payungnya sudah carik, kakinya sudah patah, jari-jari payungnya sudah terkeluar dan terjojol sana sini... bahaya dibawa berjalan. Silap-silap boleh menjolok mata.

Keputusan Majlis Tertinggi UMNO nanti malam, akan menunjukkan sama ada UMNO bukan sahaja relai tetapi telah menjadi debu atau relainya masih lagi bertaut.

Kita tunggu sama-samalah, tapi rasa-rasanya sudah banyak cawangan UMNO yang dibubarkan... bukan kerana kecewa, tapi kerana malu berketua pemudakan seorang perasuah!

Anonymous said...

sabar

Permaidani Dunia said...

assalamualaikum..

sekiranya saudara hendak keluar UMNO,
teruskan.UMNO tidak memerlukan ahli seperti saudara.Mengapa perlu tunggu keputusan Timbalan Presiden?Jelas menunjukkan bahawa saudara adalah golongan fanatik terhadap pemimpin tertentu.
Sekiranya saudara mengatakan Khairy terlibat dalam politik wang,adakah saudara sedar bahawa ada beberapa jerung besar lagi yang terlibat tetapi tidak diambil tindakan.sebab apa?sebab Lembaga disiplin hanya melakukan siasatan terhadap aduan.Ia tidak menjalankan siasatan yang penuh terhadap semua calon.Sekiranya Lembaga Displin menjalankan siasatan sudah pasti calon pilihan saudara turut terpalit dengan najis politik wang malah lebih dasyat lagi.

tambahan lagi,saudara Khairy sendiri tidak mengetahui perkara terbabit iaitu pertuduhan politik wang.Mungkin terdapat sabotaj daripada mana2 team yang melihat khairy adalah calon pilihan yang pasti akan menidakkan kemenangan mereka..

Akhir kata,keluar la UMNO..orang seperti saudara sangat dialu-alukan.

UMNO dulu,kini dan selamanya.!

melayuangkat said...

Salam Saudara,

Janganlah gunakan perkataan Celaka, walau macam mana kecewanya saudara atas Qada Qadar Allah swt pada kita semua ini.

Kita orang Islam. Mengucaplah.

Kalau Karpal yang gunakan Celaka, kita marah dia. Tapi sekarang kita sendiri pula yang guna perkataan itu.

Saya bukan orang UMNO tapi saya rasa Berilah Peluang pada KJ untuk membuktikan kebolehan dia memimpin.

Saudara telah banyak berjasa pada UMNO. Kalau tidak mendapat ganjaran di dunia pun, InsyaAllah akan diberi diakhirat kerana Allah swt berjanji akan membalas kebaikan kita walau sebesar dzarah pun.

Tenangkahlah semua antara kita.

WaAllahuAlam.

.@blogger.com said...

bro parpu,
muhtiddin pun akan kecundang kerana ada konspirasi menseorangkan najib, konspirasi najib tidak akan jadi PM. siapa lagi yg akan pertahankan najib bila koro kanannya tiada? imno akan berkubur. aki nak masuk parti jubur lepas ni

UMNO cawangan Gombak Selatan, bagaimana KJ yang didapati bersalah tetapi masih dibenarkan bertanding? Bagaimana calon yang mendapat pencalonan sedikit menang? kerana perwakilan celaka telah mengundi untuk dapatkan duit memberi makan anak bini mereka yang akan jadi masyarakat melayu celaka.

Anon00,
saya rasa saya akan tubuh cawangan keadilan kerana memang kita lebih suka kita melayu semua jadi celaka

Pemaidani dunia,
ya, saya akan dapatkan sesiapa yang seperti saya kerana kami juga sudah tidak memerlikan parti seperti UMNO celaka ini

melayu angkat,
Hj Hadi pun gunakaan perkataan celaka. saya rasa celaka memang sesuai untuk mencelakakan umnodan para perwakilan celaka yang memilih pemimpin celaka itu/

UMNO DULU, KONO DAN SELAMANYA - TIDAK AKAN PERNAH BERUBAH

one one no belen said...

Tahniah Pemuda kerana telah menolak kehendak UMNO akar umbi.marilah kita beramai ramai membacakan talkin utk UMNO kerana insyaalah PRU 13 nanti UMNO akan berkubur dan kita hanya mengetahui tentang UMNO didalam buku sejarah malaysia moden.Sesungguhnya anak cucu kita nanti akan kencing diatas kubur para perwakilan yg mengkhianati kehendak rakyat

Jeepers Creepers said...

Adeh Kj menang juga. Hum lepas ini tak tahulah nasib UMNO macam mana.

tidurrena said...

Umno perlu meminda pelembagaannya supaya semua ahli yang sah dapat mengundi pucuk pimpinan mereka. kalau harapkan PERWAKILAN inilah jadinya....Mereka pergi bukan untuk bersidang dan memilih ketua tapi sekadar becuti dan makan angin cecara pecuma.Lihatlah gelagat mereka diTV malam tadi, takubah seperti budak TADIKA.

Anonymous said...

sabar bh. Tan sri muhyiddin dah menang. dapat le dia ketuk sikit si kj tu. ok dah tu. aku pun kecewa juga bila kj menang. ada hikmah tu. sabar. jangan bakar kelambu.

PARPUKARI said...

BRO BH KALAU KAU PERCAYAKAN AKU, JUST TUNGGU DAN LIHAT....HE HE HE

MUHYIDDIN DAH MENANG....ALHAMDULILLAH

dohwie said...

Tak tahulah nak kata apa. Kami adalah perintis (pada zaman TDM) yang berhempas pulas sehingga UMNO mencapai kemenangan di Sabah. Sekarang, apa hasilnya ? Di sini pun orang menganggap UMNO seperti sudah sampai ajalnya. Wang adalah segalanya bagi mereka. Anda tidak merasa kecewa ? Pada zaman perjuangan kami dulu bukan tidak melibatkan wang, tapi wang adalah kos untuk perjuangan parti, bukan diri sendiri. Selamat tinggal UMNO.

.@blogger.com said...

terima kasih parpukari sebenar, kena check kau punya id sebab takut kena yang tiruan. Ya, Muhyiddin dah menang - ada sedikit harapan. Jika tak, aku nak berkemas barang2 dan tinggalkan UMNO dan sertai Al-Juburi.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...