18 July, 2010

KENAIKAN HARGA GULA ~ BERILAH ALASAN YANG MENAMPAKKAN PEMIMPIN ITU CERDIK.

Saya temui foto ini dan tulisan mengenai kenaikan barang
di sebuah laman blog yang sudahpun ditutup, sila klik sini
untuk baca sajak spontannya

Kerajaan dulu berjanji tidak akan naikkan harga gula. Pemimpin politik memang bijaksana dan rakyat memang sah bodohsini. Kerana itu pemimpin sewenang-wenangnya memutarbelitkan apa saja kata yang telah mereka lemparkan dulu.

Tiba-tiba kita mendengar harga gula dinaikan. Alasannya bukan kerana harga itu naik tetapi kerana subsidi terhadap gula telah ditarik balik. Sorang menteri dalam temuramahnya berkata demikian dan menambah, di Malaysia rakyat menggunakan gula terlalu banyak dan gula mendatangkan kesan buruk kepada rakyat. Alasan yang memperbodohkan rakyat.

Jika dirasakan bahawa gula mendatangkan kemudaratkan kepada rakyat kenapa tidak diharamkan terus gula dalam pasaran? Bukankah seperti kata menteri berkenaan bahawa rakyat tidak perlukan gula kerana membawa mudarat?

3 comments:

Panglima7 said...

Jul 18, 2010
Kekerapan Kenaikan Harga Minyak & Barang... BUKTI UMNO & BN GAGAL Memerintah Negara
Salam,

Kenaikan harga minyak, gas dan gula baru-baru ini mengejutkan ramai pihak. Dalam kesusahan rakyat menghadapi hidup dan krisis kewangan, kenaikan ini bukannya membantu hidup rakyat malah membawa malapetaka kepada rakyat pertengahan dan juga bawahan yang sangat terasa akan kenaikan ini.

Ekonomi dunia yang masih belum pulih dan kenaikan gaji rakyat yang ciput ditambah pula dengan barangan yang mahal dan di top up lagi dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula menambahkan lagi parahnya hidup Rakyat di negara ini. Inilah yang UMNO & BN "DAHULUKAN untuk Rakyat, dan MENGUTAMAKAN pencapaian poket-poket mereka melalui slogan. :"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakaau."

Jikalau kita ingin melihat susah atau senangnya hidup rakyat di sesebuah negara...lihatlah akan institusi kewangannya. Jika pertumbuhan institusi kewangan yang berlesen atau haram tumbuh bagaikan cendawan...ini memberi Isyarat bahawa rakyat di negara itu memang hidupnya susah. Itu sebablah along tumbuh bagaikan cendawan dan mendominisasi iklan-iklan 3-4 helai di dada-dada akhbar negara ini. Tak nampak lagi..???? Tertubuhnya AKPK.(Agensi Kewangan & Pengurusan Kredit) mengesahkan lagi dakwaan bahawa rakyat hidup susah di negara ini. Berapa kenaikan gaji mereka sekarang selepas 10 tahun bekerja.... adakah boleh cecah RM2000 ????

Kajilah sikit.....hidup rakyat. Rata-rata Gaji rakyat kecil, dan begitu liat nak naik-naik....tambahan pula gaji yang sangaaaaattttt rendah bagi mereka yang baru memulakan pekerjaan. Tiada adjustment yang dibuat dan kerajaan pula TIDAK BERUSAHA menaikkan tangga gaji rakyat bagi kerja Kerajaan mahupun Swasta. Dah lah tuu....harga barang keperluan pula melambung.

Rakyat seperti mendukung biawak hidup....bila mana kenaikan ini disebabkan oleh kegagalan kerajaan dalam berbelanja sehingga belanjawan negara menjadi defisit. Rakyat yang hidup susah pula menanggung beban ini. Ako nak bagi WARNING !!! Jangan ceritalah kenaikan sikit ajer atau.....kenaikan 50sen ker 20sen atau 5sen sekalipun. Ako tak heran!!

Kenaikan 1 liter minyak hanya 5 sen. Ya memang nampak kecik. Tapi kalau didarabkan dengan pembelian hanya 15juta penduduk negara ini ......dah berapa juta pertambahan keuntungan yang kerajaan dapat dalam sehari, seminggu atau sebulan atau setahun...?? Tolong cakap ??? Takkan isi tangki minyak kereta cukup hanya dengan 1 liter ????

Sibuk nak banding negara orang dengan negara sendiri. Kenapa tak banding gaji mereka dengan gaji rakyat di negara ini??? Bandingkan laa.... Rakyat mereka tidak heran harga barang di negara mereka naik PASAL....Gaji mereka BESAUUUU. Tahu tak.?

Kalau Kerajaan UMNO & BN benar-benar ikhlas nak buang subsidi untuk rakyat......Mereka yakni menteri-menteri UMNO & BN perlu buang DAHULU subsidi pada diri mereka sendiri. Kuman seberang laut nampak ...gajah depan mata buat-buat tak nampak. Subsidi laaa Elaun tu bukan subsidi !! ......Elaun keraian, Elaun Hari Raya, Elaun Kereta, Elaun Rumah, Elaun Perjalanan, Elaun keluarnegeri....dan berpuluh-puluh elaun khas yang lain. Ehhh....gaji sebulan tak usik laaa.....makan elaun (subsidi) ajer.

Ada pulak yang sibuk mengampu dan membodek kerajaan kononnya kenaikan harga gula boleh didik rakyat. Didiklah diri sendiri dulu (menteri2 yg kuat makan elaun tuu).....baru nak didik rakyat. Kalau nak didik rakyat...kenapa harga minyak dinaikkan sekali.....tidakkah secara tidak langsung harga barang akan naik....yang ahkirnya Kerajaan UMNO & BN akan gagal mengawalnya.

Panglima7
Di saat-saat Kerajaan UMNo & BN Gagal mengawal perbelanjaan negara dan bagi menampungnya mereka menaikkan harga minyak, gas dan barangan...Tetapi Kerajaan PR masih mampu memberi AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT TANPA MEMBEBEL DAN MENGUNGKIT PUN PEMBERIAN TERSEBUT.

Undilah Kerajaan PR dan Buanglah Kerajaan UMNO & BN. Rakyat akan Sejahtera. InsyaAllah.

PEMERHATI said...

Bro...

sebab memudaratkan lah subsidi gula dikurangkan lebih sikit, dan supaya masyarakat kurang menggunakan gula. mcm kes rokok gak, harga di maksimumkan. harapnya org kurang membeli rokok...

jangalah tipikal sangat penulisan tu../ tambahkan manis dlm senyuman...bla..bla..bla..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...