Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

04 February, 2012

NIK AZIZ DAN ANU ARR JUGA PATUT TIDAK TANDING PRU

Masyallah, taksubnya mereka!


1. Kita tidak terkejut dengan pengumuman Nik Aziz untuk tetap bertanding dalam PRU akan datang. (Klik Sini) Kita sedar bahawa kebelakangan ini lidah-lidah 'ularmak' sudah tidak lagi boleh dipercayai. Dulu Nik Aziz pernah menyelar Tun Dr. Mahathir kerana dianggap terlalu lama memimpin kerajaan dan parti dan bersama mendesaknya supaya berundur. Kini Tun sudahpun bersara dari politik, bila pula agaknya Nik Aziz, Hj Hadi, Karpal Singh serta Lim Kit Siang akan bersara atau mereka akan terus ingin 'menongkat langit'?

2. Tidak menghairankan apabila Hj Hadi umumkan untuk tidak bertanding dalam PRU akan datang, kerana beliau lebih sedar diri dan insaf bahawa perjuangannya dan sumbangnya tidak mampu membawa ummah kemana-mana. Dalam masa sama beliau juga sedar bahawa beliau tidak juga akan kemana-mana kerana segalanya dikuasai oleh Nik Aziz didalam Pas dan oleh Anu arr Al-Juburi dalam Pakatan Pembangkang. Hj Hadi bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa.

3. Khabar Hasan Ali akan memimpin KITA sungguh menarik kerana akan memberikan persepktif baru dalam politik negara. Penyokong Hasan Ali sendiri serta mereka yang selama ini menyokong perjuangan Islam didalam Pas tentu akan beralih arah. Meninggalkan Pas dengan kepimpinan lapok Nik Aziz-nya dan kekecewaan Hj Hadi kerana kehilangan kuasanya selama ini. Apalagi mereka sudah semakin sedar bahawa retorik Pas yang terlampau dan menggunakan agama sebagai cara meraih sokongan politik.

4. Apabila Nik Aziz dianggap seumpama nabi oleh penceramah Pas dan Nik Aziz hanya mendiamkan diri seakan setuju, ini membuatkan penyokongnya percaya bahawa ingatan dan pemikiran beliau sudah semakin tidak stabil. Untuk mengangkat dan memberi penghormatan kepada pemimpin adalah tidak wajar sama sekali mengangkat mereka sehingga ketahap Nabi, Imam Mahadi bahkan diumpamakan sebagai Khalifah serta Ulamak sekalipun.

5. Pas sudah semakin mengikut kata Anu arr Anu-gerah Tuhan dan akur kepada kehendak DAP kini sudah semakin hilang kreadibiliti dan tidak lagi dihormati. Nik Aziz mesti digantikan dengan pemimpin baru yang lebih bersemangat dan ada idea baru. Nik Aziz patut direhatkan dari politik sebagaimana Hj Hadi yang ingin berehat secara sukarela. Yang lebih utama adalah, Anu arr 'Berahi' mesti disingkirkan dari politik tanahair kerana beliaulah yang dilihat sebagai tokoh mengacaubilaukan politik negara kerana keangkuhan dan ketamakkannya selama ini.

6. Jika Nik Aziz akan tetap bertanding kerana katanya khidmatnya masih diperlukan oleh segelintir penyokong, maka saya juga akan tetap menulis dan mengkritiknya kerana masih ada yang tetap menginginkan saya terus menulis dan mengkritik.




06 December, 2011

NIK AZIZ GILA JAWATAN?

'Ampun Tuanku Maharaja Pas Pis Pus! @ Parti Ajaran Sesat'....


1. Blog 'Politik Harian' dan 'Aku Sayang UMNO' memperkatakan tentang Nik Aziz Musyidur Am Pas akan tetap bertanding dalam PRU akan datang. Apakah Nik Aziz gila kuasa dan gila jawatan? Jawatan adalah hanggungjawab dan bukannya hak mutlak!

2. Saya masih belum lupa bahawa Nik Aziz adalah antara yang mencerca dan mendesak Tun Dr. Mahathir undurkan diri dari politik atas alasan sudah terlalu lama. Mungkin Nik Aziz sudah lupa bahawa dia pernah lakukan itu dan dia juga mungkin terlupa bahawa dia sudah terlalu lama juga mentadbir Kelantan sebagai MB yang tidak mampu memajukan negeri berkenaan.

3. Tidak ada sebarang desakan kepada beliau supaya mengundurkan diri, namun mungkin kerana bahang dari PAU serta kenyataan terkini Tun Dr. Mahathir sendiri yang mahukan lebih banyak 'orang muda' dan 'orang baru' bagi menggantikan yang lama membuatkan Nik Aziz terasa bahawa beliau sudah 'buruk' dan lusuh.

4. Bagi Nik Aziz dan Pas, apa pun sudah tidak boleh. Nak 'Reform' tak sesuai dan nak 'Rebranding' pun tak boleh. 

5. Bangsa Melayu dan seluruh umat Islam se-Malaysia akan lebih menghargai beliau jika Nik Aziz mengudurkan diri serta membubarkan Pas bagi bersatu didalam UMNO. Ini akan jadi tindakan terbaik olehnya jika beliau benar-benar menyayangi agama, bangsa dan negara ini.

6. Baca di KickDefella mengenai Nik Aziz akan kekal bertanding dalam PRU akan datang; http://kickdefella.net/2011/12/03/nik-aziz-turun-mb-kekal-adun-chempaka/.  Klik di link berikutnya untuk tonton video klip mengenai  penceramah yang iktiraf Nik Aziz sebagai Nabi; http://detikperubahan.com/2011/12/01/penceramah-pas-iktiraf-nik-aziz-sebagai-nabi/

7. Opppps! Jangan lupa ketika Nik Aziz sakit kuat, DS Najib arahkan penerbangan khas membawanya ke KL untuk rawatan khas. 'Orang memberi kita merasa, orang berbudi, kita ....janganlah  kita buat-buat lupa'.

8. Komen seorang pembaca diblog KickDefella:   tokgaru #
Buat Renungan Anak Bangsa Ku
Aku tak kata Umno baik. Aku tak kata Pas tak baik. Tapi tolong lah buat perbandingan dan pertimbangan dengan akal yang waras.
1. Di mana maruah kita orang melayu bila sekor cina DAP tanpa segan silu dan tanpa rasa takut memaki hamun sorang pemimpin melayu di hadapan beribu ekor melayu yang 99.9% memakai serban atau kopiah putih (ketayap)????????
2. Di mana maruah umat islam bila sekor cina kapiaq tanpa segan silu atau rasa takut kepada Allah swt telah menghina dan memaki hamun sorang pemimpin melayu yang beragama islam di hadapan beribu ekor melayu islam yang mendakwa diri sebagai pejuang islam ???????
3. Masih dekat dengan Allah swt lagikah perjuangan Pas jika mereka menyediakan pentas untuk membolehkan sekor cina kapiaq memaki hamun sorang islam lain yang merupakan saudara seagama dan sebangsa dengan beribu ekor pendengar yang alim (alim kerana semua pakat pakai serban atau kopiah putih) yang hadir dalam majlis ceramah tersebut ????????
Jika anda seorang melayu dan seorang islam (ianya berbeza dengan seekor melayu dan seekor islam) .. sebelum melelapkan mata untuk tidur .. cari lah jawapan kepada 3 persoalan yang aku terjahkan disini.


17 June, 2011

'BERSIH' YANG KOTOR




Salam pagi Jumaat,

Rakyat digunakan oleh parti politik untuk membantu mereka berjuang didalam himpunan 'kotor' yang dinamakan 'bersih'. Penganjur dan pemimpinnya adalah dari kalangan mereka yang kotor. Siapa boleh lupa kerja kotor Mat Sabu suatu ketika dahulu bila didapati berkhalwat dengan Normah di bilik 121 Hotel Perdana Kota Baharu? Mujur Nik Aziz 'wali selipar' membantu mengampunkan dosa Mat Sabu dan menyelesaikan kes berkenaan dengan hanya kesilapan fakta nombor bilik. Bersih sudahkah Mat Sabu dari dosa khalwatnya sehingga mampu mengetuai 'himpunan bersih'?

Pas sebuah parti yang dulunya perjuangkan untuk Islam dan sekarang ini sudah hilang haluan dan sudah tidak pasti apakah perjuangannya juga kununnya akan berdiri dibarisan hadapan dalam 'himpunan bersih' itu nanti. Perjuangan utama 'himpunan bersih' adalah untuk memberi sokongan dan membela seorang pemimpin yang 'kotor' dan melakukan banyak kerja-kerja kotor untuk dilihat sebagai seorang pemimpin yang bersih.

Di zaman dia berkuasa, dialah yang memulakan politik wang, dia juga yang banyak menyeleweng bagi membantu kroninya. Kes liwatnya dahulu walaupun tidak dijatuhkan hukuman, namun hakim tidak meragui ada berlaku kemasukan 'totey'nya ke dalam 'lubang taik' mangsa. Untuk tidak memberinya malu, beliau hanya dihukum kerana penyelewengan yang melibatkan jutaan ringgit sahaja supaya akhirnya dia insaf.

Itukah manusia yang hendak kita angkat jadi pemimpin kita? Pas, parti politik yang sudah bersekongkol dengan syaitan juga pasti mengetahui dan mengakui hakikat sebenarnya namun kerana kepentingan politik mereka sanggup pejamkan mata dan menerima agenda menyelamatkan Anu arr, Si Peliwat Anugerah Tuhan ini.

Siapa dan apakah yang 'Bersih' hendak bersihkan? Mereka harus membersihkan diri mereka sendiri dahulu sebelum layak memimpin 'himpunan bersih', sebelum layak membersihkan orang lain. Nik Aziz Wali Selipar juga harus jauhkan dirinya dari syaitan yang di rejam yang dijadikannya sahabat selama ini hanya untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan. Ketika seluruh umat manusia memohon berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, wajarkah Wali Selipar mengucapkan rela bersahabat dengan syaitan yang sah dan nyata adalah musuh semua umat manusia dan dibenci Allah?

Para penyokong Pas akan kata, wajar...dan mereka akan bertakbir menyahut seruan Wali Selipar kerana syurga yang para pemimpin Pas janjikan walaupun mereka bersalahan dengan janji Allah. Benarkan kita sudah melihat cahaya kebenaran? Malangnya di akhir zaman ini umat Islam juga sudah terlalu sukar untuk bersatu dengan melihat kebenaran yang hakiki.



Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...