Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

24 November, 2011

BUAH INI ANU ARR YANG PUNYA

Buah dari pohon yang Anu arr tanam!


1. Politik negara semakin huru-hara dan kacau-bilau. Semuanya gara-gara Anu arr. Politik Anu arr adalah Perjuangan diri. Membersihkan diri dari salah-laku penyalahgunaan-kuasa penyelewengan wang berjuta-juta ringgit. Mensucikan diri dari perlakuan seks dan seks diluar tabii. Segalanya hanya untuk memastikan beliau akan dapat berkuasa dan menjadi orang Pertama di Putrajaya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2. Beliau sedar dan tahu bahawa peluang baginya sudah berlalu. Beliau juga tahu bahawa beliau adalah 'orang mati' atau sudah jadi hantu kerana itu beliau tidak peduli pada apa yang akan terjadi. Apa kesan kepada rakyat dan para sahabat. Yang dicarinya hanya satu; melepaskan diri dan berkuasa. Beliau membawa beban yang berat dan dendam yang sarat. Justeru jika beliau berkuasa semula sudah tentu musuh-musuhnya dan sesiapa yang di musuhinya akan berikan pembalasan. Ini politik balas dendam.

3. Anu arr juga tidak peduli pada apa akan jadi pada rakyat, bangsa dan tanahair. Kerana itu diluar negara Anu arr mencanang keburukan negara 'kununnya' negara itu dan ini. Segalanya tentang keburukan, dan tidak ada yang molek melainkan buruk belaka. Anu arr rela menjahanamkan sahabat-sahabatnya dulu sekiranya mereka tidak bersama beliau. Kerana itu bukan sedikit para menteri-menteri jadi kecamana beliau, yang dulu dipandang elok kini sudah dikatanya buruk. Untuk mendapat undi dan sokongan sesuatu  kaum beliau sanggup mempertaruhkan maruah bangsa dan agama. Beliau sanggup mengadaikan tanah sekangkang-kera. Beliau sanggup lakukan apa saja.

4. Ketidak-stabilan politik yang berlaku sekarang ini adalah kerana politik konspirasi Anu arr. Anu arr memburukkan segalanya dan telah merancangnya satu-persatu, berturutan sehingga PRU. Supaya rakyat mengingatinya, supaya rakyat melihatnya sebagai dewa kebenaran, supaya rakyat melihatnya benar-benar sebagai anu-gerah Tuhan.

5. Satu demi satu masalah diciptanya. Terbaru berkenaan projek NFC. Anu arr menghentam DS Shahrizat sedangkan dia sembunyikan banyak lagi penyelewengan dan penyalahgunaan yang dilakukannya untuk kepentingan diri dan kroni. Anu arr menuding kesalahan kepada orang lain supaya orang lain tidak melihat kesalahannya sendiri. Politik Anu arr politik konspirasi.

6. Kenapa ketika Pak Lah Perdana Menteri Anu arr tidak memburukkan DS Najib? Kenapa apabila DS Najib dilantik sebagai Perdana Menteri maka baru DS Najib diburuk-burukkan? Apabila susah untuk mencari kesalahan dan keburukan DS Najib maka DS Rosmah juga di 'conteng arang' ke muka.  Hakikatnya, walau siapapun yang dilantik sebagai Perdana Menteri pasti Anu arr akan memusuhinya kerana pada pendapat beliau hanya beliau saja yang layak sebagai Perdana Menteri kerana dia adalah anu-gerah Tuhan. Anu arr tak peduli apapun asalkan dapat jadi Perdana Menteri, walaupun dari pintu belakang!

7. Kegawatan politik ini Anu arrlah puncanya. Manusia yang tidak berpuashati kepada orang lain bahkan kepada diri sendiri. Anu arr membuatkan politik negara jadi kacau-bilau dan caca-marba. Anu arr berkonspirasi politik secara berterusan dan berpanjangan. Apakah Anu arr dan pengikutnya fikir jika Anu arr jadi Perdana Menteri negara dan kita semua akan aman? Cuba kita lihat kepada Mesir dan Syria! Mereka memakan 'buah-buah buruk' dari pohon yang selama ini mereka tanam. (Klik Sini) dan (Sini)

8. 'Buah Buruk' yang kita ada disini, biarlah Anu arr sendiri memakannya kerana dia yang menanamnya! Buah ini bukan 'Ahmad Albab' yang punya, tetapi Anu arr yang punya!

9. Jangan kita terbawa dengan arus politik Anu arr. Baca tentang Anu arr di SINI, SINI, SINI, SINI, 

11 July, 2011

RUSUHAN 'BERSIH' - FOTO-FOTO ANU ARR
















Anu arr hadir pada Perhimpunan 'Bersih' dan mengetuai rusuhan berkenaan. Siapa kata politik tidak terlibat? Siapa kata ini bukan ada kepentingan Anu arr? Anu arr merancangnya dengan tujuan merampas kuasa seperti berlaku di negara Mesir dan Libya. Malangnya di Malaysia rakyat negara kita tidak ramai yang bodoh (yang terpedaya dan mengikuti reformasi yang ingin dicetuskan sekali lagi ini)

Kali ini Anu arr sendiri mengetuai bala tentera 'syaitan' ini kerana berharap sokongan dari rakyat akan berlebih-lebih lagi kerana simpati terhadapnya yang dituduh 'terliwat' bontot dan 'termain' chinadoll seperti klip video yang tersebar luas sebelum ini.

Rusuhan ini gagal. Anu arr gagal. Pemimpin parti pembangkang dan Tok Garu songsang juga gagal. Dalam PRU13 nanti mereka akan diberikan tamparan hebat. BN akan merampas semula semua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN. PKR, Pas dan DAP bolehlah berebut kerusi-kerusi di Balai-Balai Raya.


Foto dari blog 'Tukar Tiub' yang sudah insaf dan sedar kesilapannya selama ini dan tidak lagi menyokong Anu arr Al-Juburi. Anda bila lagib mahu berubah?? 


Kata Anu arr : 'Jubo kuning, jubo kuning'...hehe !



10 July, 2011

MUSANG BERBULU AYAM: CUBA BERSIHKAN KEKOTORAN

Ini bukannya musang berbulu ayam sebab 'totey'nya tak ada bulu, hehe





Sejak awal lagi banyak pihak sedar bahawa demonstrasi ‘Bersih’ hanyalah atas kepentingan Anwar. Banyak pihak termasuk Ambiga dan Anwar sendiri menafikannya, kunun Bersih bukan ada kepentingan politik. Namun akhirnya apabila Anwar maju kehadapan untuk mengetuai demonstrasi itu, ianya dilihat sebagai cuba mencetus semula reformasi sepertimana terdahulu. Akhirnya wajah musang sebenar sudah kelihatan disebalik bulu-bulu ayam yang berselerakan.

Demonstrasi ‘Bersih’ telah dapat digagalkan, Anwar sekali lagi gagal dan beliau boleh diibaratkan, ‘ayam terlepas, tangan bau taik’. Sisa-sisa semalam yang tingal hanyalah najis-najis yang berselerakan merata-rata.

Rusuhan itu berakhir dengan keganasan, golongan peniaga menanggung kerugian, pengangkutam awam terjejas, rakyat yang tidak berdosa terpaksa menanggung kesusahan akibat dari kerakusan cita-cita politik golongan yang tidak menghomatii demokrasi.

Selain daripada itu, demonstrasi hanya dapat mengalih pandangan rakyat dari isu pelakon lucah yang 99.99% wajahnya seakan Anwar Ibrahim kepada memberi simpati kepada ‘binatang politik’ itu yang kununnya cedera parah akibat dari tindakan pihak keselamatan.

Kesudahannya rakyat semakin hari semakin membenci Anwar Ibrahim kerana tindak-tanduknya dalam usaha menjatuhkan kerajaan dengan cara yang sangat hina ini.  Berbagai sindiran tersebar meluas dilaman-laman facebook dan twitter yang mencerca Anwar Ibrahim. ( Klik Sini ),  baca juga disini

05 July, 2011

DATO' FAUZI PERLU BERSIHKAN DIRI

Bersih 'kunun' ! Ini semua jenis yang tak cermin muka sendiri !



Merujuk Sinar Harian 4 Julai 2011 m.s. P2,  kata Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang, sehingga kini tiada pihak yang dapat membuktikan bahawa perhimpunan itu kotor seperti yang didakwa parti pemerintah. Katanya lagi, pihak yang menuduh perhimpunan ini kotor adalah mereka yang takutkan pembersihan dalam pendaftaran pengundi.

Rujuk juga laman blog resmi PKR Pahang disini (Klik) yang juga bernada sama dalam isu berkenaan.

Saya menghadiri sesi penjelasan SPR mengenai tuntutan bersih pada 30hb lalu di Seri Pasific Hotel - ‘Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya’, dan saya memahaminya, segala tuntutan dan tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh SPR dengan segala kuasa dan peruntukan yang ada padaanya dari segi undang-undang. Saya juga maklum bahwa ‘Bersih’ terlalu mendesak dan tidak sabar, seakan tidak memahami bahawa kuasa yang ada padanya adalah terhad untuk melakukan segala tuntutan dalam masa singkat.

Yang sebenarnya 'Bersih' dan isu 'SPR' serta 'Daftar Pemilih' telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Dalam pertemuan wakil mereka dengan SPR dahulu, mereka sedar dan tahu setakat mana kemampuan SPR memenuhi tuntutan mereka tanpa menunggu kelulusan perubahan akta serta perlembagaan negara kerana mereka semua telah dimaklumkan dan faham kekangan yang membelenggu SPR, namun mereka mereka sengaja menjadikan ini isu untuk sengaja meraih simpati rakyat.

Apa yang boleh saya katakan hanyalah, 'Bersih' adalah sendiwara para pemimpin pakatan yang bergelumang 'Kekotoran' untuk menutupnya agar kelihatan bersih. Anu arr sengaja jadikan Bersih sebagai jalan untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu 99.99% wajah serupanya yang sedang 'berkungfu' dengan chinadoll. Mat Sabu juga cuba mengalih pandangan dari skandal seks nya yang dibangkitkan semula.

Sebersih manakah mereka-mereka itu? Anu arr Al-Juburi dan Mat Sapu (Mat Sabu) (orang yang memberi nama Al-Juburi kepada Anu arr dulu)? Bersih benarkah Dato' Fauzi jika rekod perkhidmatannya dibuka semula untuk semakan awam? Hehehe! Mungkin mereka sudah melupainya tetapi masih ada orang yang masih belum melupakannya, malahan masih segar dalam ingatan.








Ohhh! Rupanya demonstrasi bersih ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan, bukanlah semata-mata menegakkan keadilan? Hehehe! Rupanya ramailah anak muda Melayu yang bodoh sudah tertipu selama ini.

Klik baca: Bersih dalam Kotor


28 June, 2011

YANG SUAM-SUAM KUKU DI PAHANG

Senjata buatan Rusia yg turut digunakan oleh 'pembunuh upahan'



Dalam kehebohan masyarakat terutama bangsa Melayu mengenai 'Himpunan Bersih' yang akan diadakan tidak lama lagi, yang akan memperlihatkan bangsa Melayu bertempur sesama sendiri seterusnya mencatat sejarah kebodohan sebuah bangsa hanya kerana mempertahankan seseorang yang ternyata kotor bahkan lebih terkenal sebagai 'binatang politik' negara. 

Dalam kegawatan sebegitu, terdengar desus-desas bahawa ada seorang blogger 'besar' dengan bantuan seorang Dato' telah mengadakan pertemuan dengan Anu arr bagi satu urusan perniagaan. Semua orang tahu Anu arr tidak akan memberi tanpa menerima apa-apa sebagai balasan, justeru bagaimana kita boleh menaruh kepercayaan kepada mereka yang mengaku bahawa mereka pemimpin dan orang kuat UMNO Pahang apabila telah menjalin hubungan dengan 'binatang' politik itu?

Apa perkataan yang paling sesuai untuk ditujukan kepadanya selain dari 'pembelot' dan 'pengkhianat' bangsa dan parti dimana suatu ketika dulu dia bernaung dan memberinya kehidupan. Inilah satu contoh bahawa pemimpin dalam parti juga tidak akan ada kesetiaan, yang ada melainkan kepentingan diri mereka semata-mata.

Tidak hairanlah jika tulisan dari fikirannya mengambarkan pertentangan pendapat dan ideologinya dengan pucuk pimpinan kita. Tulisannya juga banyak bertentangan dengan apa yang PM dan UMNO ingin realisasikan selama ini. Tidak menghairankan jika ungkapannya sekadar ingin menarik perhatian pucuk pimpinan bagi memberinya peluang (sekali lagi), namun jika sudah ada hubungan terus antaranya dengan Anu arr, maka nampaknya jalan kembali seakan sudah ditutupnya, atau mungkin beliau mengulang kembali sejarah 'anak yatim' yang membakar jembatan suatu ketika dulu' di era Tun Mahathir.

Apa pun, harap kerajaan dan UMNO memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengkhianat sebegini kerana perbuatan beliau memberikan kembali nyawa kepada Anu arr untuk 'membunuh' UMNO dan kepimpinannya. Jika UMNO hendak dibersihkan, inilah masanya dan inilah 'kekotoran' yang mesti dibersihkan terlebih dahulu. Yang memusnahkan UMNO bukanlah ahli dan akar umbi, tetapi adalah oleh pemimpin yang sebegini, yang hanya mencari kepentingan diri melebihi perjuangan parti serta agama, bangsa dan negara.

17 June, 2011

'BERSIH' YANG KOTOR




Salam pagi Jumaat,

Rakyat digunakan oleh parti politik untuk membantu mereka berjuang didalam himpunan 'kotor' yang dinamakan 'bersih'. Penganjur dan pemimpinnya adalah dari kalangan mereka yang kotor. Siapa boleh lupa kerja kotor Mat Sabu suatu ketika dahulu bila didapati berkhalwat dengan Normah di bilik 121 Hotel Perdana Kota Baharu? Mujur Nik Aziz 'wali selipar' membantu mengampunkan dosa Mat Sabu dan menyelesaikan kes berkenaan dengan hanya kesilapan fakta nombor bilik. Bersih sudahkah Mat Sabu dari dosa khalwatnya sehingga mampu mengetuai 'himpunan bersih'?

Pas sebuah parti yang dulunya perjuangkan untuk Islam dan sekarang ini sudah hilang haluan dan sudah tidak pasti apakah perjuangannya juga kununnya akan berdiri dibarisan hadapan dalam 'himpunan bersih' itu nanti. Perjuangan utama 'himpunan bersih' adalah untuk memberi sokongan dan membela seorang pemimpin yang 'kotor' dan melakukan banyak kerja-kerja kotor untuk dilihat sebagai seorang pemimpin yang bersih.

Di zaman dia berkuasa, dialah yang memulakan politik wang, dia juga yang banyak menyeleweng bagi membantu kroninya. Kes liwatnya dahulu walaupun tidak dijatuhkan hukuman, namun hakim tidak meragui ada berlaku kemasukan 'totey'nya ke dalam 'lubang taik' mangsa. Untuk tidak memberinya malu, beliau hanya dihukum kerana penyelewengan yang melibatkan jutaan ringgit sahaja supaya akhirnya dia insaf.

Itukah manusia yang hendak kita angkat jadi pemimpin kita? Pas, parti politik yang sudah bersekongkol dengan syaitan juga pasti mengetahui dan mengakui hakikat sebenarnya namun kerana kepentingan politik mereka sanggup pejamkan mata dan menerima agenda menyelamatkan Anu arr, Si Peliwat Anugerah Tuhan ini.

Siapa dan apakah yang 'Bersih' hendak bersihkan? Mereka harus membersihkan diri mereka sendiri dahulu sebelum layak memimpin 'himpunan bersih', sebelum layak membersihkan orang lain. Nik Aziz Wali Selipar juga harus jauhkan dirinya dari syaitan yang di rejam yang dijadikannya sahabat selama ini hanya untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan. Ketika seluruh umat manusia memohon berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, wajarkah Wali Selipar mengucapkan rela bersahabat dengan syaitan yang sah dan nyata adalah musuh semua umat manusia dan dibenci Allah?

Para penyokong Pas akan kata, wajar...dan mereka akan bertakbir menyahut seruan Wali Selipar kerana syurga yang para pemimpin Pas janjikan walaupun mereka bersalahan dengan janji Allah. Benarkan kita sudah melihat cahaya kebenaran? Malangnya di akhir zaman ini umat Islam juga sudah terlalu sukar untuk bersatu dengan melihat kebenaran yang hakiki.



Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...