Showing posts with label pemimpin melayu. Show all posts
Showing posts with label pemimpin melayu. Show all posts

02 December, 2011

APABILA UMNO SUDAH HEBAT, BLOGGER TIDAK DIPERLUKAN LAGI

Makna  sebuah perjuangan bagi perwakilan UMNO......


1. Saya tidak ke PAU kali ini kerana beberapa sebab antaranya saya bukanlah perwakilan Bahagian serta sebagai seorang blogger saya tidak mendapat undangan dari Bahagian dan Negeri dimana buminya saya pijak dan langitnya saya junjung. Bagaimanapun saya tidak terlalu pedulikan - 'No hard feeling'!

2. Saya sudah dapat bayangkan apa yang akan berlaku seperti sebelum ini; ucapan berapi-api dan penuh rentorik para pemimpin, pantun dan seloka serta puji-pujian, tepuk sorak serta ampu-mengampu - inilah UMNO dan budayanya dari sejak dulu lagi. Apakah UMNO sudah berubah? Baca Sini

3. Dipentas, semuanya bercakap berlandaskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara namun hakikatnya kepentingan dirilah yang diutamakan melebihi segalanya. Pemidato-pemidato tak lebih dari badut-badut yang melawak untuk menghiburkan penonton untuk mendapat tepukan gemuruh, namun hakikatnya mereka tidak lebih dari pemain dalam pertunjukan sarkas.

4. Sahabat saya APA merakam rasa kecewanya apabila beliau yang hadir untuk menonton sarkas namun tanpa sedar telah dijadikan bahan tontonan di sarkas berkenaan. Saya bersetuju apabila beliau merakamkan kekecewaannya diblog beliau. (Klik ke blog APA)

5. UMNO adalah parti dimana ramai orang-orang hipokrit berkumpul. Setiap yang diakukan semasa persidangan hanyalah lakonan semata-mata - senyuman, salaman, tepukan, teriakan....segalanya adalah lakonan. Jika mereka berjanji mereka akan lupa...mereka pandai menanam tebu ditepi bibir!

6. Kepada sahabat blogger, selepas PRU nanti seandainya UMNO / BN masih lagi memerintah, tanduk tidak akan berguna lagi, mereka akan mencari rotan dan membuang akar-akar yang ada. Blogger-blogger pro kerajaan sudah tidak diperlukan lagi, sukarelawan dan tentera upahan sudah tidak bernilai lagi kerana mereka akan membangunkan tentera mereka sendiri. Semoga jangan ada lagi yang bermimpi. UMB dan Blogger Patriot akan mengisi segenap ruang. Kamu akan dipinggirkan.....!

7. Jangan tidak percaya bahawa pakatan pembangkang lebih menghargai pengamal media sosial dari kerajaan sendiri. Tanyalah Milosuam atau Topeng Perak, atau Yob Tualang Sekah atau Tukar Tiub bahkan ramai yang mengakuinya. UMNO akan biarkan kita berjuang untuk mereka, bila tiba waktunya mengibarkan panji-panji kemenangan, mereka akan tampil kehadapan dan kita akan disisih.

8. Harap kita tidak lupa bahawa satu ketika kita blogger dipanggil sebagai 'beruk' namun orang itulah yang akhirnya membayar untuk 'beruk-beruk' menulis bagi mengangkatnya. Siapa mahu kata apa? Maaf sahabatku APA dan lain-lain blogger, kamu memang tidak berharga dan tidak dihargai bahkan memang kamu semua tidak dikehendaki terutama apabila tiba masa membahagikan 'harta rampasan perang'.

9. Justeru, menulislah dengan keikhlasan atau berhentilah jika dalam hati merasakan begitu lebih wajar supaya tiada rasa kecewa dalam hati. Baca Sini


30 November, 2011

PAU - KEMBALIKANLAH SEMANGAT UMNO DAHULU

Harap dalam PAU kali ini tidak ada perwakilan yang tertidur kerana kepenatan 
setelah berjuang habus-habisan di Dang-Dut malam sebelumnya.

1. Saya tidak ke Perhimpunan Agung UMNO kerana saya bukan perwakilan bahagian, bahkan di cawangan pun yang saya pernah jadi ketua dan menubuhkan (UMNO Baru) saya dicantas untuk ke perwakilan bahagian. (Saya tidak juga dijemput oleh bahagian sebagai pemerhati atau pengamal media untuk melapor tentang PAU ini sejak beberapa lama dahulu)

2. Tanpa pemimpin-pemimpin lama UMNO tetap subur dan berkembang, cuma halatujunya saja yang tidak pasti. Setelah melebihi 65 tahun usianya, UMNO kelihatan semakin uzur dan rosak. Tun Dr. Mahathir kata 'UMNO busuk hingga ke usus'.

3. Banyak pendapat menyatakan bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi. UMNO tidak lagi membela bangsa Melayu. UMNO tidak berjuang untuk bahgsa Melayu lagi dan UMNO sudah jadi parti eksklusif yang menggunakan nama bangsa Melayu marhaen untuk mengangkat Melayu berkasta tinggi. UMNO jadi parti untuk kepentingan kerabat.

4. Kerosakan UMNO diperingkat Negara atau Pusat adalah kerana kebusukan UMNO diperingkat Negeri, adalah kerana kebusukan UMNO diperingkat Bahagian, adalah kebusukan UMNO diperingkat Cawangan atau Akar-umbi. Yang mereka yang berkuasa pertahankan adalah kepentingan peribadi mereka sendiri, kepentingan untuk terus kekal berkuasa.

5. Untuk kekal jadi ketua diperingkat cawangan mereka rela UMNO dipecahbelahkan jadi bagai sekawan lembu dalam kelompok yang kecil. Menyekat dari ahli baru menyertai UMNO kerana bimbangkan kehilangan kerusi ketua cawangan.

6. Perwakilan ke Bahagian juga ditentukan hanya sesama mereka bagi tujuan mendapat 'sagu' dari 'ruyung' yang akan dipecahkan nanti.

7. Dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian, mereka lebih suka adanya pertandingan merebut jawatan-jawatan. Mereka suka apabila 'jong pecah' kerana  mereka sedar bahawa mereka itu adalah 'yu'nya yang akan kenyang.

8. Apabila pemimpin menyeru UMNO untuk berubah, transformasi, siapakah yang akan berubah dan apakah yang ingin diubah? Beranikan dan jujurkan 'semua kita' untuk berubah?

9. Ada pihak berpendapat bahawa UMNO adalah pasti tender dan kontrek. Ramai berebut-rebut untuk memeggang jawatan kerana keinginan untuk mendapatkan tender dan kontrek. Adakah yang berani menyatakan bahawa pendapat ini salah? Benar UMNO perjungkan kepentingan Melayu, tetapi hanya sebahagian Melayu tertentu saja sedangkan sebahagian Melayu yang lain dilupakan dan dibiarkan begitu saja.

10. Ramai kata UMNO sudah berubah, ramai juga kata UMNO sedang berubah, namun ramai juga berkata UMNO masih tidak berubah apa-apa. Saya tidak tahu kerana saya sudah semakin jauh ditinggalkan dan meninggalkan!

11. Dulu jawatan adalah bebanan dan memeggangnya atas dasar tanggung-jawab dan asas perjuangan membela bangsa. Kini jawatan adalah rebutan dan menganggapnya adalah hak mutlak dan warisan.

30 October, 2011

PERANAN DAN KESAN MEDIA SOSIAL

 Gambar hiasan


1. Kerajaan UMNO BN semakin sedar peranan Media Sosial terhadap keupayaannya merubah iklim politik negara, justeru semakin ramai pemimpin kerajaan memberikan perhatian mereka.

2. Keperhatinan PM juga telah ditunjukkan dengan memberikan perhatian terhadap facebook beliau sendiri serta hubungan dengan rakan-rakan facebooknya. Terkini PM meluangkan masanya untuk bersama-sama bloggers dan facebookers di program Himpunan Penulis Maya pada 16hb. Oktober lalu yang dihadiri 300 pengamal media sosial.

3. Pada 20hb November nanti, di PWTC, PM dijadualkan meraikan kira-kira 1000 orang pengamal media sosial seluruh negara dalam program Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia.

4. Kerajaan UMNO BN mesti bersahabat dengan pengamal media sosial @ Bloggers, Facebookers dan Twitters untuk menjalin kesefahaman dan seterusnya membantu kerajaan dalam PRU akan datang.

5. Bagaimanapun masih ada pemimpin yang masih tidak mesra pengamal media sosial ini dan bahkan ada yang bermusuhan dengan mereka. Demikian juga ada dikalangan pengamal media sosial yang tidak mesra sesetengah pemimpin kerana beberapa sebab dan alasan.

6. Saya juga pernah menegur pemimpin Wanita UMNO Pahang dan Ketua Wanita UMNO Malaysia @ Kak Ijat @ Mami Ijat untuk memberikan kesedaran supaya jangan terlalu berpolitik sehingga mampu melemahkan parti. (Klik Sini)

7. Terbaru, beberapa sahabat blogger terus-terusan mengkritik 'Kak Ijat' kerana dilihat terbukti melakukan sesuatu yang 'tidak wajar' dan mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sila baca blog-blog yang di'link'kan  di bawah ini:

7. Segalanya adalah berlegar disekitar penyelewengan, pembaziran wang negara dan pengkhianatan terhadap rakyat. Sila baca tulisan A.Kadir Jasin di sini.  Baca juga Malaysia Insider.

 8. Saya melihat Media Sosial adalah sebagai satu ledakkan revolusi maklumat yang tidak mungkin akan dapat dikawal oleh sesiapapun, namun sesuatu masih boleh dilakukan bagi menentukan arahtujunya supaya selaras dengan kehendak kita dengan cara menyertai penggiat media sosial berkenaan dan menggabungkan diri bersama-sama mereka.

9. Banyak pihak membuat ramalan bahawa PRU13 nanti adalah pertembungan siber trooper dari kedua pihak dan adalah perang siber terhebat dalam menentukan kemenangan ideologi politik seterusnya menguasai dan memerintah negara.

10. Pemimpin mesti lebih cakna kepada siber tropper yang membantu kerajaan dan parti untuk terus mempertahankan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap siber troppernya selama ini. Jika tidak, siber tropper juga tidak akan cakna kepada para pemimpinnya dan tidak pertahankan mereka nanti.

13 October, 2011

KEMANA HALA TUJU UMNO?

Gambar hiasan: Sumber facebook


'Oldman', (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pembaca dan pengomen tetap diblog saya. Banyak komen-komennya yang menarik dan rasional. Saya ucapkan terima kasih. Kali ini saya ingin menulis dan menyatakan pendapat saya berdasarkan komen beliau. Marilah sama-sama kita perbincangkan dengan berlapang dada dengan tujuan baik dan ikhlas untuk mencari kebenaran.

Saya CnP komen beliau dibawah ini:

Blogger oldman said...
Pesoalanya kemana hala orang melayu? yg ada pada kita hanya UMNO pemimpinya pulak jenis 'gendang gendut tali kecapi padat pocket senyap sunyi nak harap kan PAS pemimpinya pun jenis tak ada pendirian sekejap halal sekejap haram pilih PKR 5 tahun kita sembelit,kalau ada parti KITA yg bertanding bimbang dia main lompat lompat pulak...Apa kita nak buat dah nasib Melayu..

October 12, 2011 11:54 PM


Tidak dinafikan bahawa harapan tinggi orang-orang Melayu adalah terhadap UMNO. UMNO adalah jiwa dan raga bagi orang-orang Melayu. UMNO adalah roh dan semangat orang-orang Melayu. Kerana itulah generasi sebelum ini sangat kuat kecintaannya kepada UMNO. Hatta, walau seekor katak pun yang dicalonkan mewakili UMNO dan Perikatan (kini BN) maka mereka akan tetap memberikan undinya bagi memenangkan calon berkenaan.

Kerana apa? Kerana waktu itu pemimpin memang jujur dan ikhlas perjuangannya. Para pemimpin merasakan bahawa mereka adalah juga sebahagian dari rakyat marhaen itu sendiri. Pemimpin tidak kekok bertemu rakyat yang jauh di pedalaman hanya dengan berkayuh basikal. Pemimpin juga tidak sombong dengan duduk di 'serambi' atau 'lambur' rumah untuk berbual dan bertanya khabar rakyat jelata.

Sekarang ini pemimpin melawat kampong dengan kereta mewah yang mampu menakutkan rakyat marhaen. Rakyat merasakan bahawa terdapat jurang yang luas diantara pemempin dengan yang dipimpin. Pemimpin juga bagaikan merasa jijik untuk duduk bersama-sama di rumah yang mereka lawati. Jikapun ini berlaku ianya hanyalah kepura-puraan semata-mata. Pemimpin lebih selesa bertemu di hotel-hotel mewah atau restoran-restoran ternama. Pemimpin kita sudah bagaikan 'tercabut' dari akar-umbinya sendiri.

Sebuah blog melihat UMNO yang dalam dilemma dan menuju kearah yang tidak pasti. Baca  sini   dan   sini. Tegurannya ikhlas dan telus walau dalam nada provokasi dan sedikit kurang ajar, tetapi berapa ramai kita yang dapat menerima kebenaran pahit yang disuarakan? Kita telah diajar bahawa kita mesti menghormati pemimpin dan tidak menegur kesalahannya. Itu sudah jadi budaya kita. Justeru, kita hanya berdiam diri dan segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sentiasa diulang-ulang berkali-kali, dan kita tidak pernah berubah.

Tambahan pula ujud budaya baru, mengampu, membodek dan 'mengipas' pemimpin. Pemimpin kita tidak pernah ditegur dalam melakukan kesalahan dan beranggapan bahawa mereka sentiasa betul tanpa mengira pendapat dan hasrat rakyat. Ini membuatkan pemimpin kita leka dan merasakan kita tidak mengalami sebarang masalah ataupun segala masalah telah dapat diselesaikan. Pemimpin kita terlena dalam mimpi sehingga akhirnya dalam PRU12 lalu mereka dikejutkan oleh gelombang berontak jiwa rakyat generasi muda.

Apa yang dilakukan untuk menarik mereka kembali kepada kita? Saya pernah katakan bahawa jika suara-suara di laman media sosial diambil kira, bahawa kita masih jauh dari dapat memberikan kepuasan kepada generasi muda ini. Mereka masih kelihatan tidak ingin kembali bukan kerana mereka bencikan UMNO tetap kerana mereka tidak dapat menerima pemimpin yang masih gagal mengubah menjadi sebahagian dari majoriti. Mereka mungkin lebih selesa berada didalam kalangan 'elit' dan menganggap mereka bagai 'the choosen ones'.

Saya sering mendengar pendapat ini dan banyak kali dari orang yang berbeza. Mungkin pendapat ini juga tersebar dan sudah menjadi satu pandangan dalam penentuan sasaran dalam minda banyak orang bahawa; UMNO yang ada sekarang ini biarlah dengan rela runtuh untuk membangunkannya semula dengan sebersih-bersihnya apabila tiada lagi 'barah' didalamnya.

Mungkin PERKASA mampu untuk mendukung tugas dan tanggungjawab berat serta harapan bangsa melayu menempuh masa depan. Kita kena akui hakikat bahawa tiada yang kekal dan abadi. Bahawa UMNO bukanlah sebuah parti keramat yang tidak mungkin dapat ditumbangkan dan akan memerintah selama-lamanya. Para pemimpin juga perlu sentiasa ingat bahawa kuasa yang rakyat berikan kepada mereka itu hanyalah sementara dan pinjam-pinjaman semata-mata. Justeru, jadikanlah jawatan yang disandang itu sebagai tugas dan tanggungjawab yang dilakukan dengan tulus ikhlas bukannya sebagai hak mutlak.

Saya sebenarnya malu, namun saya 'beranikan hati' untuk dengan bangganya menerikan; 'Hidup UMNO'! dan, berubahlah secara total, selagi kita masih ada waktu atau kita lebih rela dibenamkan didalam PRU nanti!


Klik sini   untuk baca blog Akar Umbi.

11 October, 2011

SUSAHNYA MENEGUR PEMIMPIN

Mami Ijat Ketua yang pilih oleh Wanita UMNO,
dilantik Senator tetapi di Lembah Pantai menerima kekalaham memalukan.



1. Saya menulis menegur seseorang pemimpin di negeri saya sendiri bukan kerana niat untuk menjatuhkan seseorang serta menaikkan seseorang lain, tetapi adalah satu teguran ikhlas berdasarkan apa yang saya dengar dan perhatikan. Bukan mudah untuk menegur pemimpin kerana mereka selalunya lupa bahawa mereka disokong oleh orang-orang bawah untuk boleh berada diatas sana. Jika kita menegur dengan nada biasa tentu saja teguran kita tidak akan diendahkan kerana mereka merasa mereka berkuasa. Yang penting teguran saya itu sudah dapat didengari mereka. Berikutan teguran itu, saya menerima beberapa email, sms serta komen dari banyak pihak. Ada pro dan kontra. Ini juga adalah keadaan biasa dan sangat wajar.

2. Pandangan rakyat terhadap UMNO masih buruk, mungkin kebanyakan pemimpin tidak menyedarinya kerana mereka berada didalam kelompok mereka sendiri saja, justeru mereka hanya mendengar yang baik-baik dan yang mereka ingin dengari saja. Ada pemimpin yang memiliki akaun fb tetapi sahabat-sahabat mereka adalah tukang-tukang kipas mereka sendiri lalu mereka tidak mendengar bahawa diluar sana ada 'gelora' yang melanda dan protes rakyat terhadap para pemimpin seperti mereka.

3. Apapun saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang saya teguri dan telah mendengar teguran dari saya, seperti saya katakan tadi niatnya baik cuma mungkin caranya kasar sedikit. Saya juga harap akan ada perubahan selepas ini dan tidak lagi berlaku 'politiking' terlampau didalam parti yang akan melemahkan parti. Sudah tentu ramai tokoh politik mempraktikan teori 'pecah dan perintah' demi untuk terus kekal berkuasa, namun jika sangat keterlaluan sehingga terlalu berpecah-pecah dan kehilangan pengikut, siapa lagi yang akan mereka perintah kelak? Kita harus akui penyakit UMNO ini sudah sangat kronik dan menjalar diakar umbi menyebabkan UMNO semakin mengecil dan ketiadaan ahli.

4. Terima kasih juga kepada Setpol Kak Ijat yang juga membaca tulisan ini. Kak Ijat mesti selalu diingatkan bahawa sejarah akan berulang bahawa apa yang kita lakukan kepada sesiapa hari ini akan dibalas semula oleh orang kepada kita dimasa depan. Justeru, rapatkanlah barisan dalam Wanita juga diperingkat negeri untuk sama-sama perkukuhkan UMNO kerana jika UMNO rebah pemimpin UMNO juga akan turut rebah. Saya sayangkan Kak Ijat, saya juga sayangkan KWP, tetapi saya sayangkan UMNO lebih dari mereka! Wanita Pahang akan lebih mantap jika semua pemimpin dapat bersatu dan tidak berlaku sebarang 'cas keting'.


15 September, 2011

NAH! SUCK NAMEWEE.......




1. Sejak lama dulu bangsa Melayu telah kehilangan pemimpin sebenar, pemimpin yang dapat diterima oleh majoriti bangsa Melayu, entah mengapa demikian terjadinya.

2. Pemimpin rakyat adalah mereka yang berjiwa rakyat. Mereka yang berjiwa rakyat adalah mereka yang memahami kehendak dan perasaan rakyat sebenar. Mereka adalah yang lahir dari kalangan rakyat marhaen.

3. Pemimpin yang ada ketika ini adalah dari kalangan bangsawan, yang tidak langsung memahami kehendak rakyat. Segala yang ditunjukkan dalam media massa bahawa mereka memahami kehendak rakyat adalah sendiwara semat-mata sedangkan hakikatnya mereka tidak demikian.

4. Pemimpin rakyat lahir dari kalangan rakyat dan berjuang dengan apa cara sekalipun untuk membela rakyat. Tun Dr Mahathir, sewaktu zaman awalnya membuka klinik sanggup memberikan khidmat percuma kepada rakyat yang tidak mampu membayar khidmatnya. Itulah sumbang khidmatnya untuk rakyat.

5. Maaf! Pemimpin masa kini tidak menghayati perjuangan untuk rakyat kerana lahir dari istana. Kehendak rakyat dan kebencian rakyat tidak diambil peduli sama sekali kerana merasakan dia berkuasa.

6. Jika Najid masih menemui Namewee, pasti dia akan kehilangan banyak lagi sokongan orang-orang Melayu namun dalam masa sama masih juga tidak mendapat undi kaum cina.

7. Bapak Menteri, maaf jika saya akan berpaling arah...hanyalah kerana Melayu ini sudah terlalu marah!!! Kebelakangan ini banyak blogger yang menyuarakan kemarahan mereka berkenaan isu ini, ada sesiapa peduli??   Baca ParpuKari.

8. Nampaknya sia-sia sajalah perjuangan kita selama ini membela bangsa. Sia-sia perjuangan para blogger, sia-sia perjuangan Perkasa...sia-sia.....


14 September, 2011

NAH! NAJID SUCK BANANA !!





1. Mungkin Najid akan teruskan juga untuk mengadakan pertemuan dengan Namewee walaupun terdapat banyak tentangan dari orang-orang Melayu. Mungkin Najid anggap Namewee adalah penjuang sebenar bangsa Malaysia dan ikon 1Malaysia. Baca Papagege.

2. Mungkin juga Namewee dari seorang budak kurang ajar yang rasis serta yang memperbodohkan seluruh Melayu sudah diterima dan dianggap seorang reformis yang berjaya. Baca Perak Bangkit.

3. Namun masih ada beberap blogger yang cuba menyedarkan Najid dari lenanya, tapi apakah beliau mendengar atau memberikan perhatian? Baca Pena Minang.

4. Orang Melayu inginkan pemimpin yang lebih berani berjuang untuk bangsanya. Azli Shukri Today menulis:  Mahathir Serang Najib? 

5. Jika Najid tidak juga mendengar, mungkin orang Melayu harus bersama Namewee dan nyanyikan lagu untuk beliau; Nah! Najid, Suck Banana !!!

6. Yang menentang akan disanjung, yang setia dan menurut akan dipijak....1Melayu.....

13 September, 2011

NAMEWEE CELAKA: RAKYAT BERUBAH MENGUBAH KERAJAAN






1. Namewee telah bangkitkan kemarahan orang-orang Melayu dengan isu-isu rasisnya dan sikap kurang ajarnya. Marah Melayu ini ada yang diluahkan ada juga yang masih kekal disimpan didalam hati.

2. Beberapa laman blog juga menulis dan menyuarakan kebencian mereka kepada 'celaka' Namewee ini. Saya juga menyuarakannya, baca  sini, 

3. Bukan sedikit kemarahan orang Melayu bila Namewee diterima dengan baik oleh Menteri Nazri Aziz dan sudah tentu banyak blog mencerca perbuatan itu sebagai pemimpin yang penakut untuk bertindak.

4. Tiba-tiba kita lebih terkejut apabila PM bersedia untuk berjumpa pengkhianat dan si mulut celupar ini. Baca Mazidul  dan juga MalaysiaKini

5. Ini telah bangkitkan semula kemarahan orang Melayu yang juga penyokong UMNO sendiri. Banyak yang diperbincangkan mengenainya dilaman-laman facebook. Baca di fb Aminuddin Mohamad. Baca juga diblog ini.

6. Maaf bapak-bapak menteri, kami melihatnya begini:

1) Menteri-menteri terdiri dari mereka yang penakut untuk bertindak terutamanya Hishamuddin Tun Hussein yang sudah sinonom dengan panggilan Menteri Amaran.
2) Menteri-menteri kebanyakannya lahir di Istana dan rumah-rumah besar dan dari kalangan bangsawan dan kaya raya, kerana itu mereka tidak ada semangat berjuang bersama rakyat, kerana itu mereka tidak berjuang untuk rakyat.
3) Menteri-menteri hanya sayangkan kepentingan mereka sendiri saja dan tidak pedulikan dan perjuangkan rakyat lagi.
4) Menteri-menteri membuatkan rakyat berfikir bahawa untuk mendapat perhatian dari menteri-menteri rakyat mesti membantah dan membangkang. Kerana selalunya pembangkang akan diberi parhatian lebih dari mereka yang jujur dan setia.

7. Saya juga ingin dipanggil untuk bertemu PM, jadi mestikah saya bersikap kurang ajar, menentang kerajaan serta rasis?

8. Mestikah saya juga tunjukkan tidak menyokong Kerajaan dalam PRU akan datang serta mengajak lebih ramai sanak saudara dan rakan-rakan untuk tidak menyokong kerajaan?

9. Dan, saya tidaklah bersendirian....

10) Mungkinkah benar bahawa Muhyiddin Yassin lebih bersemangat membela rakyat dan dia tidak duduk dibawah bayangan suri?

09 August, 2011

TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA?





Saudagar-saudagar Cina yang menyokong DAP tentu 'ketar' kepala bila perancangan jahat mereka terbongkar. Namun pasti puak-puak Pas akan menyokong mereka dan menyatakan bahawa ini adalah dakyah kerajaan serta dusta belaka. Namun inilah hakikatnya yang sedang berlaku ketika ini. Kaum chauvanist ini meraih untung dari gergaji dua matanya.

Atas alasan untuk memberi imej buruk kepada kerajaan yang menaikkan harga barang dan kelihatan menekan rakyat, maka kaum ini yang menguasai ekonomi menadapat dua faedah; jangka pendeknya mendapat untung besar dalam perniagaan dan jangka panjangnya akan mendapat undi sokongan dari protes rakyat terhadap kenaikan harga barang.

Lihat dan nilaikan sebaik mungkin, besar manakah kuasa yang kerajaan ada dalam menentukan harga barangan? Apabila kerajaan tidak benarkan harga dinaikkan maka mereka ini akan menguasai pasaran dan menentukan bahawa pengeluaran berkurangan dari permintaan. Maka hargapun dinaikkan kerana  permintaan yang melebihi pengeluaran.

Masihkah kita ingat tentang kekurangan gula dipasaran? Kemudiannya harganya dibenarkan naik dengan cara terpaksa oleh kerajaan. Ingat juga dengan kekurangan minyak masak tidak lama dahulu? Ia juga diikuti dengan kenaikan harganya.

Apabila pengeluaran melebihi permintaan, maka mereka sanggup melakukan sesuatu bagi terus mengekang harga. Mungkin kita tidak lupa beberapa tahun lalu dimana penternak ayam membakar anak-anak ayam kerana bimbang pengeluaran yang melebihi permintaan seterusnya menjatuhkan harga ayam dipasaran.

Bagi kaum ini, perniagaan adalah darah daging mereka. Kerana itulah, pada peringkat awal kemerdekaan dahulu apabila orang-orang Melayu berebut-rebut menguasai politik, mereka memilih jalan dengan menguasai ekonomi. Sekarang ini kuasa ekonomi yang mereka pegang itu sudah boleh dijadikan alat untuk menundukkan kuasa politik yang kita pegang.

Tidak mustahil mereka akan merampas segala kuasa politik yang kita ada sekarang ini, terutama apabila ada kalangan bangsa kita sendiri yang lebih rela bersama mereka dan mengkhianati kita.

Silapnya kerajaan dan pemimpin Melayu adalah terlalu percaya pada perkongsian kuasa yang tidak adil ini. Seperti mana yang pernah saya katakan dahulu, kaum ini adalah golongan opportunis dan mereka ingin mengambil segalanya jika mereka berpeluang. Kerana itulah kita harus selalu sedar bahawa MCA adalah tangan kanan mereka manakala DAP adalah tangan kiri mereka, dan mereka mendapat segalanya dari kanan dan kiri. Sedang kita dengan ikhlas memberi kepada tangan kanan mereka, tangan kiri mereka merampas segala yang patut menjadi hak kita.

Mereka sering pertikaikan bahawa kerajaan selalu membantu kaum bumiputera terutama dalam sektor pembinaan dengan memberikan projek-projek kepada bumiputera, kenapakah mereka pura-pura lupa bahawa setiap sen yang bumiputera dapati mereka akan mendapat beringit-ringgit sebagai pembekal yang memonopoli perniagaan membekalkan bahan binaan?

Jika bangsa Melayu masih tidak sedar dan masih tidak mampu bersatu, maka tidak mustahil 'Melayu akan hilang di dunia'. Kita dulu juga adalah bangsa besar, pelayar-pelayar kita belayar jauh hingga ke Afrika Selatan. Kita menempa nama sebagai bangsa besar. Bahasa kita juga pernah diterima sebagai 'Lingua Franca' ketika kemasyuran perdagangan rempah, bahkan sebelum itu lagi ketika bumi Tanah Melayu ini dikenali sebagai Semenanjung Emas. Namun segalanya musnah kerana bangsa kita terlalu bersikap baik kepada pendatang dan bodoh dalam berpolitik.

Kita dengan mudah diadu-domba sehingga kita merasa bahawa kita lebih percaya dan sayangi kaum asing dari bangsa sendiri. Sikap buruk ini tersemai dan tumbuh subur didalam jiwa saudara kita yang 'kununnya' memperjuangkan Islam dengan mengenepikan perjuangan bangsa sendiri. Mereka ini ada didalam Pas, parti politik yang akan mencatat sejarah sebagai pengkhianat dan pemusnah bangsa serta ketamadunan Melayu.

28 July, 2011

HANGAT: PERCATURAN SUDAH BERMULA

Siapa yang mengintai dan menaruh harapan? 
Siapa yang akan dapat laba jika 2 gajah yang berlaga?


Entah mengapa kali ini saya banyak menulis mengenai politik Jerantut. Memang politik Jerantut amat menarik sejak dahulu lagi sehinggakan Jerantut boleh dianggap sebagai daerah dimana politiknya tidak pernah mati. Mungkin orang-orang politik Jerantut sudah hampir menyamai orang-orang politik Pas di Kelantan yang berpolitik sepanjang musim.

Politik Jerantut adalah politik gelora sepanjang masa. Ramai yang mengharapkan supaya Jong Pecah bagi merealisasikan pepatah 'Jong Pecah Yu Kenyang'. Orang-orang Jerantut terlalu arif bermain politik. Yang diangkat hari ini mungkin akan dijatuhkan oleh orang yang sama hari esoknya. Segala-galanya adalah pertarungan diantara ringgit dan kuasa. Justeru tidak menghairankan jika pembangkang mensasarkan Parlimen Jerantut untuk dirampasnya bersama beberapa DUN yang juga kurang stabil dan semakin kehilangan sokongan.

Perang dan politiking sesama sendiri dalam UMNO yang berlangsung bertahun-tahun dan tidak pernah reda membuatkan akar umbi semakin lemah dan hilang percaya terhadap pucuk pimpinan. Jadi siapa lagi yang berani untuk diangkat selepas ini untuk dibenamkan semula sejurus dilambung tinggi?

Malangnya masih ada kalangan pemimpin UMNO Bahagian yang masih tidak mendengar suara rakyat kerana mereka tidak peka terhadap media sosial. Mereka masih percaya bahawa UMNO masih kuat dan utuh dan tidak akan dapat dijatuhkan hatta sesiapapun calonnya. Begini jugalah pendapat kebanyakan para pemimpin peringkat pusat sebelum PRU12 dulu. Mereka seakan tidak percaya UMNO BN dapat ditumbangkan. Mereka seakan menganggap UMNO adalah suatu yang hakiki tetapi mereka lupa bahawa Allah lebih berkuasa menentukan takdir, dan tiada yang akan kekal selamanya, termasuk parti UMNO terutama sekali setelah berkuasa sekian lama.

Petang tadi, dalam program Menteri Besar bersama rakyat Jerantut, rakyat dibenarkan bersuara untuk meluahkan rasa dan ketidakpuasan hati mereka. Namun ada pihak yang sangat pandai dengan menyelitkan suara mereka dicelah-celah suara rakyat yang tulus itu. 2 perkara itu adalah mengenai sokongan terhadap tokoh politik tertentu yang bertujuan untuk mengekalkannya sebagai sebagai calon pada PRU akan datang serta mengangkat satu nama untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen yang akan dikosongkan oleh TS Tengku Azlan.

2 orang suruhan disatu DUN menyuarakan sokongan secara bertulis terhadap ADUN berkenaan yang sudahpun 4 penggal memberikan khidmatnya dan seolah-olah tiada calon lain yang lebih baik darinya. Mungkin kita boleh bertanya berapa harga sokongan demikian? Namun suara rakyat sebenar sudah kecewa kerana beliau sudah terlalu lama dan prestasi juga sudah semakin menurun.

Dalam sesi soal jawab pula, ada bersuara untuk mendapat perhatian MB supaya seorang tokoh diberikan perhatian untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen dalam PRU yang akan datang. Watak dan personaliti tokoh berkenaan telah dilukiskan dengan jelas. Soalnya siapakah dibelakang yang bersuara itu dan apakah niat sebenarnya? Jika itu suara Pulau Tawar, apakah niatnya hanya untuk mencincang lumat tokoh berkenaan sebelum beliau sempat siapkan dirinya untuk turun ke gelanggang? Atau tujuannya supaya tokoh terkanan UMNO bahagian mencincangnya sambil melupakan tokoh yang sangat berkeinginan yang ada disebalik suara itu. Permainan politik harus cantik, namun kepada orang muda, jangan terlalu ghairah kerana sokong selalunya akan membawa rebah.

Apapun kita sudah melihat lakaran dan warna-warna politik Jerantut, walaupun masih belum benar-benar jelas. Cuma yang sedang didalam kebimbangan adalah mereka yang sekeliling Ahli Parlimen sekarang yang akan kehilangan segalanya bila  TS Tengku Azlan tidak lagi bertanding dalam PRU akan datang. Mungkin ini adalah pilihan terbaik untuk rakyat Jerantut, kerana mereka sudah terlalu lama marahkan nyamuk sehingga lebih rela membakar kelambu.



26 July, 2011

HORMATI KEPUTUSANNYA




Posting terkini saya adalah mengenai politik Jerantut, yang jarang-jarang saya sentuh dalam tulisan saya. Tajuk postnya adalah 'Warna Politik Kita'

Politik Jerantut jadi perhatian kebelakangan ini apabila Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian mengumumkan tidakada keinginan untuk bertanding dalam PRU akan datang. Beritanya tersebar luas di kebanyakan media massa arus perdana.

Beberapa laman blog, khususnya blog Jerantut turut memberi ulasan mengenainya. Sila baca diblog  Sri Tri Buana, Laksamana Jebat, Parlimen 81, dan blog WZWH yang banyak menulis mengenai politik YBM TS Tengku Azlan.

Ada beberapa pandangan dan sudah tentu kerana adanya 'interest' tertentu disebaliknya, namun perbezaan itu adalah sangat wajar dan akan dapat lebih membuka minda dan hati nurani sekelian para pengundi dan penduduk Jerantut.

Saya melihat kepada apa yang ada disebaliknya, persoalan yang banyak pihak tidak berasa gembira mengenainya iaitu apakah Parlimen P081 Jerantut ini masih selamat untuk BN, atau pun hanya calon-calon BN tertentu yang akan menentukan ianya masih selamat.

Ada pihak berpendapat kerusi ini tidak lagi selamat jika calonnya bukan YBM TS Tengku Azlan, namun ada pihak yang lain berpendapat bahawa ianya akan lebih selamat tanpa beliau. Namun saya berpendapat kerusi berkenaan tidak wajar dilihat secara bersendirian. Ianya harus dilihat dalam konteks satu komponen bersama-sama kerusi-kerusi DUN Tahan, Pulau Tawar dan Damak.

Sudah tentu ianya satu pandangan dan pendapat yang komplikated dan sukar untuk dijelaskan, namun ini lah cara politik baru negara kita dimana pengundi tidak lagi memilih calon hanya berdasarkan kepada parti yang diwakilinya dan undian bagi kerusi DUN dan Parlimen juga tidak sama berdasarkan kehendak pengundi sendiri.

Apapun, hasrat YBM TS Tengku Azlan harus dihormati dan biarkan Jerantut untuk dipimpin oleh pemimpin lain yang mungkin akan mampu menawarkan khidmat yang lebih baik dan berkesan.






21 July, 2011

WARNA POLITIK KITA

Antara pewarna semasa politik Jerantut


Saya banyak menerima respon dari orang Jerantut (agaknya) apabila menulis mengenai politik Jerantut. Mungkin kerana masyarakat Jerantut begitu peka terhadap perkembangan politik atau mungkin juga politik adalah budaya dan kehidupan. Saya tertanya-tanya kenapa kebelakangan ini blog (Jerantut) WZWH sudah tidak lagi ingin mengulas tentang politik Jerantut? 

Pada dasarnya masalah yang berlaku didalam UMNO Jerantut adalah sama dengan UMNO dimana-mana. Inilah masalah sebenar yang menjadi punca akar umbi meninggalkan perjuangan parti - terlalu banyak politiking, berlakunya 'cas keting' tanpa kawalan, UMNO cawangan-cawangan menjadi semakin kecil kerana banyak ahli dipinggirkan semasa pemilihan peringkat cawangan dan bahagian dan akhirnya UMNO hanya didukungi oleh beberapa orang yang bercita-cita besar. Kesan daripada itu UMNO semakin lemah dan siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menyokong dan mengundi kita didalam PRU nanti?

Selepas' biduk berlalu' sepatutnya 'kiambang bertaut'. Para pemimpin sepatutnya merapatkan semula saf sebaik saja selesai pemilihan kerana pemilihan bukanlah penyingkiran ahli parti. 'Carik-carik bulu ayam', seharusnya 'bercantum semula', namun ini jarang berlaku didalam UMNO dikebanyakan cawangan dan bahagian kerana mereka menganggap perjuangan mereka adalah menjuarai UMNO dan bukannya menjuarai rakyat. Justeru tidak mustahil mereka yang menang untuk jadi pemimpin UMNO namun akhirnya gagal untuk menjadi pemimpin rakyat apabila dikalahkan dalam pilihanraya.

Pendekatan yang diambil oleh PM, memilih calon yang berpeluang menang dalam pilihanraya sangat dialu-alukan kerana itu memberi makna bahawa seseorang yang mampu memenangi pemilihan dalam UMNO tidak semestinya calon yang disukai rakyat kerana alasan tertentu, maka pucuk pimpinan UMNO tidak akan memilih mereka ini sebagai pemimpin rakyat selaras dengan slogan berkhidmat untuk rakyat serta menjuarai rakyat.

Menghadapi PRU13 akan datang, kita masih ragu-ragu akan kekuatan kita terutama sekali apabila pihak pembangkang semakin aggresif  dan mengunakan berbagai cara tanpa mempertimbangkan baik-buruknya atas satu alasan - untuk menang dan berkuasa! Apakah kita sudah berusaha bersungguh-sungguh merapatkan semula barisan? Menyusun semula saf-saf? Menghurai kusutnya benang? Menjahit segala yang carik? Untuk bersama kebarisan hadapan dalam perjuangan bagi memertabatkan bangsa dan menjulang Islam agama dan pegangan hidup kita?

Apa yang pemimpin-pemimpin lakukan untuk merapatkan semua UMNO dibahagian-bahagian? Apa yang kita lakukan untuk menyusun semula UMNO dicawangan-cawangan? Kita bukan sahaja tidak mampu menarik musuh menjadi sahabat bahkan kita juga tidak mampu menahan sahabat kita dari menjadi musuh.

Mungkin ada calon yang kita tidak minati untuk diundi dalam PRU nanti, namun kita harus berbalik kepada memilih calon berdasarkan parti. Jika salah calon itu dipilih, maka salahkanlah ahli-ahli parti yang membiar dan membantu calon berkenaan terpilih. Dalam politik UMNO (Jerantut), kita lebih suka kepada lautan yang bergelora kerana kita semua percaya; jika jong pecah, maka yu akan kenyang. Justeru, jangan kita salahkan sesiapa selain dari diri sendiri kerana memilih perwakilan yang salah ke peringkat bahagian dan mereka pula memilih pemimpin yang salah untuk pada mata umum.

Sudahkah UMNO kita berubah? Mampukah kita berubah? Apakah kita masih ada waktu untuk berubah atau UMNO hanya akan jadi cerita dongeng atau bahan sejarah. Ada sesiapa yang peduli? Hahaha! UMNO!!!

04 July, 2011

BERSIH: ANAK MELAYU MEMBAKAR TANGANNYA SENDIRI



Orang-orang Melayu ada yang masih belum sedar bahawa mereka sedang diperalatkan dan masih beria-ia hendak turut dalam perhimpunan 'BERSIH'. Lakukanlah jika merasakan itu adalah pilihan terbaik. Cuma, jangan nanti ada rasa sesal didalam hati. Jangan nanti kecewa bila melihat anak-bangsa melarat kerana kesilapan kita membuat penentuan.

Hayatilah juga lagu ini dan semoga kita sedar bahawa apa balak terjadi nanti. Jangan salahkan anak-cucu jika kubur kita nanti dikencingi mereka keran mereka membenci dan menghina kita kerana kesalahan kita membuat keputusan. Saya sudah merasa cukup bersyukur dengan apa yang sedang saya miliki sekarang ini. Saya tidak akan menjeling pada taman lain walaupun rumputnya nampak lebih hijau. Saya belajar berpuas-hati dan bersyukur dengan apa yang sedang saya miliki dari Allah.

28 June, 2011

YANG SUAM-SUAM KUKU DI PAHANG

Senjata buatan Rusia yg turut digunakan oleh 'pembunuh upahan'



Dalam kehebohan masyarakat terutama bangsa Melayu mengenai 'Himpunan Bersih' yang akan diadakan tidak lama lagi, yang akan memperlihatkan bangsa Melayu bertempur sesama sendiri seterusnya mencatat sejarah kebodohan sebuah bangsa hanya kerana mempertahankan seseorang yang ternyata kotor bahkan lebih terkenal sebagai 'binatang politik' negara. 

Dalam kegawatan sebegitu, terdengar desus-desas bahawa ada seorang blogger 'besar' dengan bantuan seorang Dato' telah mengadakan pertemuan dengan Anu arr bagi satu urusan perniagaan. Semua orang tahu Anu arr tidak akan memberi tanpa menerima apa-apa sebagai balasan, justeru bagaimana kita boleh menaruh kepercayaan kepada mereka yang mengaku bahawa mereka pemimpin dan orang kuat UMNO Pahang apabila telah menjalin hubungan dengan 'binatang' politik itu?

Apa perkataan yang paling sesuai untuk ditujukan kepadanya selain dari 'pembelot' dan 'pengkhianat' bangsa dan parti dimana suatu ketika dulu dia bernaung dan memberinya kehidupan. Inilah satu contoh bahawa pemimpin dalam parti juga tidak akan ada kesetiaan, yang ada melainkan kepentingan diri mereka semata-mata.

Tidak hairanlah jika tulisan dari fikirannya mengambarkan pertentangan pendapat dan ideologinya dengan pucuk pimpinan kita. Tulisannya juga banyak bertentangan dengan apa yang PM dan UMNO ingin realisasikan selama ini. Tidak menghairankan jika ungkapannya sekadar ingin menarik perhatian pucuk pimpinan bagi memberinya peluang (sekali lagi), namun jika sudah ada hubungan terus antaranya dengan Anu arr, maka nampaknya jalan kembali seakan sudah ditutupnya, atau mungkin beliau mengulang kembali sejarah 'anak yatim' yang membakar jembatan suatu ketika dulu' di era Tun Mahathir.

Apa pun, harap kerajaan dan UMNO memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengkhianat sebegini kerana perbuatan beliau memberikan kembali nyawa kepada Anu arr untuk 'membunuh' UMNO dan kepimpinannya. Jika UMNO hendak dibersihkan, inilah masanya dan inilah 'kekotoran' yang mesti dibersihkan terlebih dahulu. Yang memusnahkan UMNO bukanlah ahli dan akar umbi, tetapi adalah oleh pemimpin yang sebegini, yang hanya mencari kepentingan diri melebihi perjuangan parti serta agama, bangsa dan negara.

18 June, 2011

PAS TAK GUNA OTAK !



Tentu penyokong Pas akan marah sehingga keluar api dari mulut dan bontotnya jika orang UMNO kata 'Pas Tak Guna Otak'. Kita tidak tahulah pula jika Pas sudah tidak ada perasaan marah itu kerana kata-kata itu adalah keluar dari mulut 'Anu arr' yang dulunya UMNO tetapi telah disingkirkan dan kini mengetuai Pakatan Pembangkang.

Yang penting adalah semua penyokong Pas dan Pakatan Pembangkang harus sedar bahawa politik adalah satu seni permainan yang dikuasai oleh para pemimpin atasan sedangkan para penyokong hanyalah bagaikan 'bidak-bidak catur' yang sanggup di 'matikan' demi mempertahankan 'queen' dan 'king'. 

Sudah tentu Haji Hadi dan Nik Aziz tidak akan berbaring ditengah jalan untuk mempertahankan kuasa DAP di Perak sepertimana yang dilakukan oleh panyokong Pas sewaktu menyekat laluan Sultan Perak ketika pengisyhtiran Menteri Besar Perak dulu. Begitulah peranan para pencacai Pas yang sanggup menghina diri sendiri demi pertahankan pemimpin yang akan datang dan pergi bila masanya tiba. Justeru, kita jangan terlalu taksub kepada pemimpin bahkan jangan juga taksub kepada parti politik kerana parti politik bukanlah agama dan Pas bukanlah Islam yang kita pegang.

Akhir-akhir ini ketika Pas telah mengubah dasarnya dari perjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan, ramai penyokong Pas bahkan diluar Pas juga meresa tertipu dan kecewa. Mereka sangka Pas perjuangankan Islam dengan jujur dan ikhlas namun rupanya itu hanyalah sendiwara belaka, jelaslah bahawa yang Pas perjuangkan selama ini hanyalah kuasa politik semata-mata.

Saya bukan hendak menyeru para penyokong Pas untuyk keluar dari Pas, tetapi hanya untuk mereka mengambil masa seketika dan merenung bahawa kita jangan berpolitik sepanjang masa, Berpolitik hanya ketika pilihanraya kerana kita hanyalah pengundi. Pemimpin Pas berbeza kerana mereka adalah ahli politik yang tiada kerja lain melainkan berpolitik sepanjang masa. Selain  itu mereka tiada kerja lain selain dari mencari kesalahan kerajaan sedangkan merka tidak juga melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu. Mereka hidup dan mati dengan politik sedangkan kita ada tugas dan tanggungjawab untuk keluarga kita sendiri.

Mungkin panyokong Pas patut dengan dan fikirkan kata-kata Anu arr; Pas Tak Guna Otak!



17 June, 2011

'BERSIH' YANG KOTOR




Salam pagi Jumaat,

Rakyat digunakan oleh parti politik untuk membantu mereka berjuang didalam himpunan 'kotor' yang dinamakan 'bersih'. Penganjur dan pemimpinnya adalah dari kalangan mereka yang kotor. Siapa boleh lupa kerja kotor Mat Sabu suatu ketika dahulu bila didapati berkhalwat dengan Normah di bilik 121 Hotel Perdana Kota Baharu? Mujur Nik Aziz 'wali selipar' membantu mengampunkan dosa Mat Sabu dan menyelesaikan kes berkenaan dengan hanya kesilapan fakta nombor bilik. Bersih sudahkah Mat Sabu dari dosa khalwatnya sehingga mampu mengetuai 'himpunan bersih'?

Pas sebuah parti yang dulunya perjuangkan untuk Islam dan sekarang ini sudah hilang haluan dan sudah tidak pasti apakah perjuangannya juga kununnya akan berdiri dibarisan hadapan dalam 'himpunan bersih' itu nanti. Perjuangan utama 'himpunan bersih' adalah untuk memberi sokongan dan membela seorang pemimpin yang 'kotor' dan melakukan banyak kerja-kerja kotor untuk dilihat sebagai seorang pemimpin yang bersih.

Di zaman dia berkuasa, dialah yang memulakan politik wang, dia juga yang banyak menyeleweng bagi membantu kroninya. Kes liwatnya dahulu walaupun tidak dijatuhkan hukuman, namun hakim tidak meragui ada berlaku kemasukan 'totey'nya ke dalam 'lubang taik' mangsa. Untuk tidak memberinya malu, beliau hanya dihukum kerana penyelewengan yang melibatkan jutaan ringgit sahaja supaya akhirnya dia insaf.

Itukah manusia yang hendak kita angkat jadi pemimpin kita? Pas, parti politik yang sudah bersekongkol dengan syaitan juga pasti mengetahui dan mengakui hakikat sebenarnya namun kerana kepentingan politik mereka sanggup pejamkan mata dan menerima agenda menyelamatkan Anu arr, Si Peliwat Anugerah Tuhan ini.

Siapa dan apakah yang 'Bersih' hendak bersihkan? Mereka harus membersihkan diri mereka sendiri dahulu sebelum layak memimpin 'himpunan bersih', sebelum layak membersihkan orang lain. Nik Aziz Wali Selipar juga harus jauhkan dirinya dari syaitan yang di rejam yang dijadikannya sahabat selama ini hanya untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan. Ketika seluruh umat manusia memohon berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, wajarkah Wali Selipar mengucapkan rela bersahabat dengan syaitan yang sah dan nyata adalah musuh semua umat manusia dan dibenci Allah?

Para penyokong Pas akan kata, wajar...dan mereka akan bertakbir menyahut seruan Wali Selipar kerana syurga yang para pemimpin Pas janjikan walaupun mereka bersalahan dengan janji Allah. Benarkan kita sudah melihat cahaya kebenaran? Malangnya di akhir zaman ini umat Islam juga sudah terlalu sukar untuk bersatu dengan melihat kebenaran yang hakiki.



14 June, 2011

MELAYU AKAN HILANG DI DUNIA




Generasi bangsa Melayu hari ini begitu 'complacent' dengan kata-kata, 'Tak Melayu hilang didunia. Demikian Dr. Ridhuan Tee memulakan tulisannya. 

Apa benarkah bahawa bangsa Melayu tidak akan hilang didunia ini? Sedangkan sejarah manusia telah menunjukkan bahawa adanya kaum-kaum yang lebih gagah dan bertamadun turut juga hilang dari muka bumi.

'Apakah mereka tidak perhatikan betapa banyaknya kaum yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (kaum itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka dimuka bumi, ia itu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka kaum yang lain' (Al- An'am: 6)

Didalam Quraan sendiri telah tercatat bahawa Alla menjanjikan tiada sesuatu kaum pun yang akan kekal di muka bumi ini dengan kehendaknya. Justeru, apa kah kita bangsa Melayu  masih berbangga dan bermegah-megah dengan kata bahawa 'tak akan melayu hilang di dunia?'.

Yang nyatanya adalah bangsa Melayu semakin lemah dan berpecah-belah lantaran ideologi politik yang akhirnya akan hilang begitu saja dengan cara yang amat hina apabila negara asal usulnya diperintah oleh kaum lain. Apa terjadi kepada bangsa Melayu di Singapura patut dijadikan iktibar jika kita dari kalangan mereka yang befikir.

Kita juga patut sekali sekala manaruh syak dan wasangka kepada kaum lain yang ada agenda besar. Lihat bagaimana dulunya Iraq diserang atas nama keamanan sejagat dan demokrasi. Namun apa yang tersirat adalah untuk menghancurkan umat Islam dan menguasai 'emas hitam'. Kini Mesir sudah tumbang atas sokongan bangsa asing. Dan selepas itu mereka sasarkan pula kepada Libya. Kenapa negara Islam? Kenapa negara yang kaya dengan 'emas hitam'?  Tidakkah ini satu agenda besar yang tersembunyi?

Jika 'tangan-tangan hitam' itu mampu menghancurkan Iraq dan Mesir, apa sangatlah negara kita dan bangsa Melayu yang kecil dan tidak di kenali dan dihormati didunia ini? 

Apapun, bangsa Melayu mesti kembali bersatu. Kita pisahkan dahulu antara politik dengan agama, kerana Pas itu bukannya agama. Kita bersatu sebagai sebuah bangsa Melayu. Mengundi dan memlilih kerajaan itu adalah tuntutan negara dan kita lakukannya 5 tahun sekali, kita pilihlah mana-mana parti yang kita sukai, tetapi politik bukan kehidupan kita seharian kita - inilah suara kumpulan ke-3!

Melayu akan hilang di dunia, jika bangsa Melayu sendiri tidak saling sayang menyayangi sesama kita. Jika kita menanam api kebencian diantara kita. Jika kita lebih menyayangi kaum lain lebih dari menyayangi bangsa kita sendiri. Jika terlalu taksub kepada sesuatu parti politik dan berpolitik sepanjang hari. Jika kita dengan sedar rela dicucuk hidung oleh kaum lain untuk membencai sesama bangsa Melayu, Melayu akan hilang didunia!


Rujukan:
Tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah
(Sinar Harian, 13 Jun 2011 ms N17)

13 June, 2011

MUSUH SEBENAR MELAYU

Bacalah sejarah, apa punca tragedi 13 may dan siapa yang memulakannya?
Apakah kamu memaafkannya begitu saja? Tetapi bukan aku!

>>>

Ultra kiasu begitu bernafsu untuk menguasai Putrajaya. Berbagai cara dilakukan walaupun terpaksa mengorbankan prinsipnya. Mereka sanggup lakukan apa juga cara, termasuk strategi terbaharu memikat anak muda Melayu untuk menyertai mereka. Mereka tahu generasi lama, terutama yang lahir sebelum dan awal 13 Mei 1969, tidak akan menyertai mereka. Apatah lagi jika mereka faham perjuangan ‘Malaysian Malaysia’. Maka peluang digunakan untuk memikat generasi muda hari ini yang dikatakan tidak ada lagi perasaan 13 Mei di hati mereka.

Dalam usaha untuk memenuhi nafsu serakahnya, parti ultra kiasu mahu menonjolkan imej sebagai parti untuk semua. Parti ini telah melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini. Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-ultra kiasu.  ~ Klik ke 'Semangat Melayu dan Ultra Kiasu'


Dari beberapa siri PRK hingga ke PRN Sarawak, undi kaum cina masih kekal tidak memihak kepada BN. Jelas MCA masih gagal mengawal undi kaum cina atau memang ada permaufakatan antara mereka untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN. Saya sangat yakin bahawa kaum cina memang pandai menggunakan kedua-dua belah tangan mereka. Tangan kanannya MCA manakala tangan kirinya adalah DAP. Tangan kanan akan mengambil apa yang diberikan dan dengan cara mulia tetapi tangan kirinya akan merampas dan mencurinya.

Bijaknya DAP adalah apabila mengetahui dimanakah kebodohan Melayu didalam Pas dan PKR. Kebodohan dan kelemahan Melayu adalah sikap dengki dan membenci sama sebangsa. Didalam perniagaan dan kehidupan seharian bukan sedikit orang Melayu yang berusaha menjatuhkan bangsanya sendiri. Bahkan mereka rela mengangkat bangsa lain untuk menjatuhkan bangsanya sendiri.

Demikian juga dalam politik. Kita melihat dengan jelas apabila UMNO menawarkan Pas persahabatan dan bersama didalam saf, Pas menolaknya bulat-bulat namun mereka rela untuk bersama dan tidur sebantal dengan DAP yang sah dan nyata tidak dapat menerima Islam sebagai pegangan hidup. Demi menjaga hati DAP maka Pas sanggup mengubah dasar perjuangan parti dari membangunkan negara Islam kepada negara kebajikan.

Sejarah bangsa Melayu akan terus mencatat bahawa musuh utama bangsa Melayu adalah bangsa Melayu sendiri. Rupanya anak-cucu Si-Kitol dan Raja Mendaliar masih belum terhapus dari bumi Melayu ini. Mereka  membiak pantas bagaikan 'khinzir' didalam Pas dan PKR dan menjadi senjata DAP untuk menghapuskan Melayu di Tanah Melayu ini sendiri.

Mereka menuduh kita rasis sedangkan merekalah yang lebih rasis dan chauvanis. Jika mereka tidak, kenapa mereka enggan mansuhkan sekolah jenis kebangsaan? Dan banyak lagi sebenarnya yang mereka sembunyikan. Siapakah yang berjuang untuk kemerdekaan dan siapa pula yang berjuang menentang kemerdekaan dulu? Malangnya masih ada bangsa Melayu yang menyokong mereka.

12 June, 2011

SYABAS - PAS SUDAH BERUBAH



Alangkah malunya anak cucu di zaman akan datang melihatkan
tingkah-laku nenek moyang mereka yang hilang arahtuju serta hilang akal


Pas kununnya sebuah parti politik yang perjuangkan Islam. Namun sebagai sebuah parti politik bukanlah Islam itu yang diutamakan, politik jugalah yang diutamakan. Jika Pas benar-benar ingin perjuangkan dan membangunkan agama Islam, maka mereka sepatutnya tubuhkan badan yang semata-mata bertujuan membangunkan agama, bukannya politik. Kerana itu sejak dulu lagi saya lebih meyakini pertubuhan seperti Al-Arqam dan Tabligh.

Pas sebuah parti politik. Untuk menghalalkan kerja-kerja politiknya dan berselindung disebalik agama Islam, maka mereka ciptakan slogan antaranya, membangun bersama Islam, agama dan politik tak boleh dipisahkan, nak tegakkan negara Islam serta nak laksanakan hukum hudud.

Tidak semua penyokong Pas bijak mengesan apa yang cuba pemimpin mereka kelirukan dalam perjuangan mereka. Manakala yang bijak pula, biarpun menyedarinya namun turut merestui apa yang dilakukan kerana lebih mementingkan kekuasaan parti. Apabila pemimpin Pas menyatakan bahawa Pas sanggup bersahabat dengan siapa saja demi menjatuhkan UMNO hatta dengan syaitan, maka mereka yang bijaksana sama ada didalam atau diluar Pas mula sedar dan dapat melihat bahawa pemimpin Pas adalah juga terdiri dari syaitan-syaitan politik.

Terkini, penyokong Pas terkejut lagi apabila tiba-tiba perjuangan Pas sudah dipesongkan 180 darjah, dari memperjuangkan negara Islam dengan melaksanakan hukum hudud mereka berubah kepada perjuangan negara berkebajikan.

Tidak susah kenapa Pas menukar arahnya. Antaranya untuk membolehkan mereka tidur sebantal dengan DAP dan PKR serta berkongsi mimpi. Selain itu adalah lebih mudah untuk memberikan tekanan kepada UMNO kerana mereka akan lebih mudah menjanjikan sesuatu yang bukannya pada kekusaan mereka. Mereka boleh berjanji hapuskan itu dan ini, mereka boleh janji kurangkan itu dan ini. Kunun mereka lebih pakar dalam mentadbir kerajaan walhal jika hendak dijadikan contoh, tak satu apa pun yang dibangunkan oleh Pas di Kelantan selama ini, bahkan masjid pun kerajaan BN yang membinanya.

Definasi perjuangan Islam cara Pas adalah berpolitik sepanjang hari dan sepanjang tahun. Apabila gagal memberikan kebajikan dan membangunkan ekonomi negeri Kelantan, mereka mencanangkan supaya jangan terlalu mengejar duniawi, sebaliknya Pas akan janjikan akhirat yang kekal abadi. Kunun Kelantan bina Ladang Rakyat  yang meniru konsep FELDA, sedangkan FELDA itu sendiri habis diharu-birukan dengan berbagai tohmahan. Kenapa selepas berpuluh tahun FELDA dibangunkan baru nampak kesalahan FELDA itu sendiri? 

Pas patut mencermin mukanya sendiri terlebih dahulu. Jika benar idea negara kebajikan yang ingin diperjuangkan, maka lebih wajar Pas menukar nama dari Parti Islam Se-Malaysia kepada Parti Kebajikan Se-Malaysia. Jangan lagi jadikan agama sebagai taruhan dan dipolitikan. Ketika saudara Islam lainnya mengucapkan 'aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang di rejam', mungkin orang-orang Pas didalam hati mengucapkan 'aku rela bersahabat dan bersekongkol dengan syaitan yang di rejam, kerana politik dan menjatuhkan saudara sesama Islam didalam UMNO'.





11 June, 2011

BERGETAR HATI 'MELAYU'KU, TERUSIKKAH KAMU?




Saya nak mulakan tulisan saya kali ini dengan bahasa yang menarik. Gurindam Ke Enam ini saya petik dari blog Malim Muda.


Cari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan ubat

Cari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan setiap seteru

Cari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri

Cari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan

Cari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi


-Raja Ali Haji-



Hayatilah dan fahamilah kata-kata diatas, bukan setakat Yang Lurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga, yang Molek Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa. Tetapi didalam bahasa yang indah itu terselindung makna yang maha dalam dengan pengertian yang maha besar untuk seluruh umat Melayu.


Sesungguhnya saya dan ramai lagi yang sayangkan  UMNO telah menyuarakan dalam beberapa nada; pujuk, kutuk, marah hina dan sebagainya untuk cuba mengubah. Sehingga kami sudah tidak tahu apa lagi caranya dan kepada siapa lagi harus kami tujukannya, agar UMNO berubah bagi mengekalkan kestabilan kekuasaan bangsa........(?)

UMNO perlu akui PAS sedia berubah, UMNO kenapa tak berubah-ubah lagi ... masih ada yang gila kuasa, ada yang gila cari harta, ada tak habis bercakaran, ramai semangat juang yang luntur, dan kepimpinan yang kurang mantap. 

Nasib UMNO masih lagi pasal PAS, PKR dna DAP tak tahu mentadbir lagi. Bila mereka mula boleh, apa yang boleh UMNO dan BN tawarkan kepada rakyat?   (Baca blog sahabat saya The Unspinners)





Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...