Showing posts with label persepsi. Show all posts
Showing posts with label persepsi. Show all posts

27 November, 2011

MUSUH SHAHRIZAT 'NFC'

'Panjang ni jer!' - mungkin itu agaknya yang Mami Ijat kata.


1. DS Shahrizat Jalil (Kak Ijat @ Mami Ijat) diasak kiri-kanan berikutan isu lembu 'NFC'.  Kak Ijat dihentam blogger pro pembangkang bahkan blogger pro kerajaan pun turut 'tumpang sekaki' - kerana mereka tidak mengerti dan tidak sedar diri bahawa mereka telah jadi alat politik 'konspirasi' Anu arr (pembangkang).

2. Banyak pihak berpendapat NFC bukanlah satu projek yang gagal malahan projek yang sedang berkembang pesat. Cuma seperti biasa pihak pembangkang akan mengungkit dan mencari keburukan yang kadang-kadang langsung tiada kaitan dengan isu NFC. Sebenarnya Mami Ijat diserang secara peribadi. Tujuan utamanya untuk 'mematahkan' satu sayap kekuatan UMNO. Untuk melemahkan UMNO dalam menghadapi PRU akan datang.

3. Jika sayap UMNO ini patah maka UMNO akan lebih pedih oleh duka dan lukanya. UMNO terpaksa mengheret sayap yang patah untuk menghadapi PRU.....dengan sayap yang patah tentu UMNO terpaksa berjuang dengan bertongkatkan paruh...UMNO akan lebih mudah dikalahkan. Tentu akan lebih mudah impian dan harapan Anu arr menjadi nyata. Sejarah negara akan tercipta bahawa PM kita adalah dari kalangan pemimpin yang masuk salah 'pintu' - pintu belakang!

4. Musuh Mami Ijat adalah pihak pembangkang yang berusaha untuk; 1) Melemahkan UMNO  2) Melemahkan Mami Ijat sendiri untuk meneruskan penguasaan di Parlimen Lembah Pantai. Musuh Mami Ijat adalah Anu arr, adalah Nurul Izzah, adalah Pembangkang, adalah blogger pro pembangkang.

5. Musuh Mami Ijat juga adalah blogger pro kerajaan yang tidak sedar telah dimainkan dan dijadikan alat konspirasi politik Anu arr.

6. Musuh Mami Ijat yang lainnya yang harus diperhatikan adalah 'UMNO' sendiri. Seseorang yang sedang menanti-nanti untuk mendapat dicalonkan di kerusi Parlimen Lembah Pantai. Seseorang yang sudah lama mengintainya, kelemahan dan kekuatannya. Seseorang yang sedang tersenyum apabila Mami Ijat sedang dihentam kiri dan kanan depan dan belakang.

7. Mami Ijat mesti bangkit dengan kekuatan dan lebih berani. Berusaha lebih kuat dan tunjukkan keperhatinan terhadap rakyat yang diwakilinya. Berusahalah dan berkhidmatlah dengan jujur dan ikhlas untuk rakyat dan bukannya untuk PM kerana rakyatlah yang akan membuat pilihan terakhir nanti.

8. UMNO mesti dikukuhkan. Sayap UMNO Pergerakan Wanita mesti dikukuhkan dari akar umbi. Politiking mesti dikurangkan. Cantas mencantas mesti dielakkan. PRU13 - UMNO mesti menang! Saya akan berdiri teguh dibelakang Mami Ijat...opppppss!.....di tepi Mami Ijat.


Klik ke bacaan rujukan:
Musuh Islam Akan Pastikan Umat Islam Kekal Sebagai Pengguna, Bukan Penjual



12 September, 2011

PERSEPSI KITA TERHADAP KERAJAAN





1. Amerika Syarikat mengenang dan menyambut besar-besaran 11 september, seolah-olah mereka menerima musibah besar angkara pengganas Islam. Mereka berusaha menunjukkan bahawa mereka diganasi dengan kejamnya oleh Islam. Masalahnya juga cuba diheret jadikan masalah global. Maka seluruh dunia memandang negara-negara Islam sebagai negara pengganas. Dunia akan melihat seluruh umat Islam sebagai pengganas dan agama Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan. Demikian AS berusaha mengubah persepsi buruk dunia terhadap umat, negara dan agama Islam.

2. Di negara kita, musuh-musuh kerajaan dan musuh parti memerintah berusaha keras juga untuk mengubah dan memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan memerintah. Maka segala yang kerajaan lakukan dicemuh mereka dan dicanang mereka ke serata ceruk rantau dan bahkan ke seluruh dunia bahawa kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang kejam, zalim, tidak adil, tidak demokratik, tidak bersih, tidak telus. Dalam masa sama mereka menutup segala keburukan tentang diri mereka sendiri. Mereka menyembunyikan hakikat sebenarnya bahawa merekalah yang kejam, zalim, tidak adil, tidak demokratik, tidak bersih, tidak telus.

3. Kerajaan digambarkan sebagai bertanggungjawab dengan semua kesalahan dan keburukan yang berlaku. Bahkan sehingga jika seekor anak ayam mati dilanggar sebuah lori, maka kerajaanlah, Barisan Nasionallah dan UMNOlah yang bersalah dan bertanggungjawab. Dan rakyat bukan semuanya bijak dan cerdik dalam mencerna segala apa dakyah yang pembangkan bawakan, justeru memang ada diantara mereka yang mudah terhasut dengan kejahatan dakyah pembangkang itu, terutamanya golongan muda yang 'kunun'nya bersemangat waja namun mereka hanya mengikut nafsu dan panas hati sendiri saja.

4. Sekarang sejarah juga sudah cuba diputarbelitkan dan dijadikan isu untuk menarik simpati dan mendapat sokongan dan undi golongan tertentu. Sejarah negara juga hendak mereka ubah, apa yang akan diubah nanti? Bangsa Melayu bukan penduduk asal Negara (supaya kaum pendatang juga akan berhak jadi pemimpin utama)?, Komunis diiktiraf sebagai pejuang (supaya Ching Peng boleh diterima sebagai bapa kemerdekaan negara)? Tungku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan tetapi adalah pengkhianat dan talibarut British?

5. Segalanya adalah supaya akhirnya nanti segala hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu boleh ditarik balik dan memberikan hak sama rata kepada kaum pendatang. Supaya tiada lagi bantuan khas untuk orang-orang Melayu agar ekonomi bangsa Melayu terus tidak meningkat dan orang Melayu dibelenggu kemiskinan seterusnya akan dijajah ekonominya oleh kaum lain. Supaya bangsa Melayu akan kembali menjadi hamba dinegeri sendiri.

6. Terkini Mat Sabu sibuk memburuk-burukkan kerajaan. Tetapi rakyat juga tidak lupa keburukkan yang Mat Sabu Lakukan. Kisah hubungan sulit dengan Normah di Bilik 121 Hotel Perdana Kota Baharu masih hangat dalam ingatan. Perihal duit Tabung memali yang lesap disapunya juga masih kekal dan jadi pertanyaan.

7. Apa yang ingin dan akan kita ubah? Ubahlah segala persepsi buruk terhadap kerajaan setidak-tidaknya kerajaan kita jauh lebih baik dari sesetengah kerajaan lain didunia ini. Namun, ada juga dikalangan menteri kita yang juga mengelirukan kita dengan cuba mengubah persepsi rakyat selaras dengan persepsi mereka....mengenai 'new politic' umpamanya....(?)

11 September, 2011

MEDIA BARU DAN PEMIKIRAN LAMA DIPEDALAMAN (JERANTUT)





Saya memerhatikan perkembangan media sosial di daerah kelahiran saya sendiri, nampaknya telah berkembang pesat. Ketika saya mula terlibat dengan media sosial ini pada tahun 2007, segalanya masih gelap. Tidak ramai yang turut mainkan peranan mereka dalam media sosial seperti blog atau setidak-tidaknya yang paling mudah seperti facebook. Mungkin kerana jauh di pedalaman serta kekurangan dari segi kemudahan internet membuatkannya demikian.

Namun segalanya sudah berubah. Kini sudah banyak blog-blog yang berwajahkan Jerantut biarpun kecenderungan utamanya adalah menulis politik. Facebook juga sudah tidak lagi terkira jumlahnya, sehingga di ulu sungai dan jauh di pedalaman seperti Kg. Bantal dan Kg. Mat Daling juga sudah ada kecenderungan ber-facebook. Saya tidak pasti pula sama ada twitter juga jadi kegemaran disini, mungkin tidak buat masa sekarang namun akan sampai juga waktunya nanti mereka akan asyik ber-twitter sepanjang masa seperti budaya di KL.

Memang perkembangan ini memberikan kebaikan kepada semua pihak, namun kerajaan atau pemerintah harus memantaunya dengan ketat, jika tidak ini akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan pemerintah. Kita semua maklum bahawa kegagalan kita dalam PRU12 lalu adalah kerana kegagalan kita mentafsir impak yang mampu diberikan oleh media sosial. Kita gagal menguasainya sehingga pihak pembangkang menggunakan sepenuhnya sebagai saluran komunikasi mereka untuk menguggat kerajaan.

Kita percaya ketika ini kerajaan sudah sedar peranan dan impak yang mampu diberikan oleh media sosial, tetapi kita melihat bahawa ianya masih gagal dikawal sebaik-baiknya. Bahkan kita masih percaya yang majoriti pengamal media sosial adalah dari kalangan penyokong pembangkang. Keadaan ini jika dibiarkan tentu sukar memberikan kemenangan kepada parti kerajaan didalam PRU akan datang.

Saya melihat bahawa media sosial adalah sebagai satu ledakan revolusi yang tidak terkawal. Jika pemimpin kerajaan tidak berusaha untuk mengawalnya maka revolusi itu akan menghancurkan kerajaan yang ada. Apa yang harus dilakukan adalah pemimpin harus turun ke akar umbi dan tonjolkan diri sebagai pemimpin kepada revolusi media sosial ini dan seterusnya mejadi pemimpin rakyat. Media sosial sudah jadi media rakyat, justeru untuk memenangi hati rakyat pemimpin harus menjuarai media sosial untuk seterusnya menjuarai rakyat.

Apakah yang pemimpin kita lakukan selama ini? Mari kita ibaratkan pengamal media sosial ini sebagai revolusiner....mereka lahir didalam keadaan celaru dan haru-biru, mereka ketiadaan pemimpin namun mereka ingin berjuang dengan caranya, maka mereka yang bersenjatakan apa saja akan mencederakan bahkan membunuh siapa saja sesama mereka. Jika pemimpin kita turun ke akar umbi dan memandu mereka untuk kenali siapa sahabat dan siapa musuh, maka sudah tentu setiap serangan yang dilakukan akan jadi lebih teratur dan memberi impak yang besar kepada kerajaan dan rakyat juga. Seterusnya memberikan peluang kerajaan untuk terus memerintah.

Tahniah kepada laman-laman grup facebook di Jerantut; Dewan Parlimen Jerantut, Satu Jerantut, Kome Satu Jerantut dan sebagainya yang tak mampu saya sebutkan satu persatu. Tahniah juga kepada blog-blog baru politik Jerantut; Kutukan Dewata, Pemikir Politik Jerantut dan lain-lain lagi. Menulislah, bersuaralah untuk memberikan pandangan dan pendapat rakyat, tetapi harus dengan berhemah.

Di zaman Jerantut masih 'gelap' media sosial, kesian 'seseorang' yang sering dituduh sebagai penulis blog hanya kerana dia lah penulis blog terawal. Mungkin mereka lupa bahawa masih ramai orang yang mampu malakukannya bahkan mungkin lebih baik selain 'dia'. Jika masyarakat Jerantut masih gelap masa kini, tentu mereka akan pening kepala kerana sudah tentu mereka sedar bahawa tentulah tidak mampu 'seseorang itu' untuk memiliki kesemua lebih 40 blog yang ada sekarang ini serta beberapa puluh bahkan ratus laman facebook. Masa telah selamatkan 'orang itu' dari tertuduh selamanya.



10 June, 2011

'DAP' YANG MEMANG RASIS


Fakta sejarah: Tragedi 13 mei terjadi adalah kerana provokasi dan sikap rasis DAP. Apakah ini ingin diulang sekali lagi?


Nyata Pakatan Pembangkang mempermainkan politik untuk kepentingan mereka sendiri saja. Mereka gunakan alasan tertentu jika ada kepentingan buat mereka namun menolaknya jika tidak memberikan manafaat kepada mereka. Seperti mana Pas, yang menghukum halal jika untuk mereka namun menghukum haram jika bukan untuk faedah mereka. Jelas sekali mereka ini sesungguhnya haramjadah.

Terkini, wakil rakyat DAP memohon anaknya didaftarkan sebagai bangsa Malaysia. Sedangkan umum ketahui bahawa bangsa yang dimaksudkan adalah ras. Baca sini    dan    sini. Apa yang sebenarnya mereka perjuangkan? Apakah mereka ikhlas dengan gagasan Satu Malaysia yang PM terapkan dalam pentadbirannya? Tetapi kenapa pula dalam isu pendidikan mereka tidak perjuangkan Sekolah Satu Malaysia dengan menghapuskan sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa asing sebagai perantaraannya?

Melayu mesti perkuatkan diri dan bersatu lebih teguh, kerana sama ada dengan sedar atau tanpa sedar kita telah dipermainkan oleh bangsa asing kerana kebodohan kita dalam berpolitik dan perpecahan kita sesama sendiri.

Kita tentu sedar bahawa kaum cina mendapat segalanya dari kedua-dua belah pihak. Kita tentu sedar bahawa MCA adalah tangan kanan kaum cina sedangkan DAP pula adalah tangan kirinya. Mereka perjuangkan kepentingan kaumnya mengatasi segalanya. 

Cina ada persatuan yang dinamakan Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia atau ringkasnya Rayuan Pilihanraya atau Suqiu yang berperanan menentukan undian kaum cina. Kerana itu kebelakangan ini BN tidak mendapat undi cina kerana mereka menggunakannya untuk mendesak kerajaan memberikan kaum mereka lebih kuasa dan hak keatas negara melebihi kaum bumiputera sebagai penduduk asal Malaysia.

Terbaru, menurut sumber yang tidak pasti, para pembekal dan pemborong (cina) akan menekan kerajaan dengan menaikkan harga barang-barang bagi mendapat 2 faedah. Pertama keuntungan berganda dan kedua menekan kerajaan supaya rakyat marah dan membenci kerajaan dan seterusnya akan menimbulkan keadaan tidak tenteram dan huru-hara. Ini adalah amaran awal, jika nanti harga barangan naik melambung maka kita tahu bahawa ini adalah usaha terancang kaum cina melalui parti pembangkang untuk menekan kerajaan.

Apakah bangsa Melayu masih tetap tidak ingin bersatu? Apakah perjuangan bangsa Melayu bukan lagi untuk Agama, Bangsa dan Negara? Biarlah Pas tersesat jauh dengan meninggalkan perjuangan Islam untuk perjuangan sekular negara berkebajikannya, UMNO mesti tetap teguh dengan perjuangan asal demi Alif, Ba, Ta. Hidup Melayu! Hidup Islam dibumi tercinta...Malaysia!


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...