Showing posts with label media sosial. Show all posts
Showing posts with label media sosial. Show all posts

27 January, 2012

KEBANGKITAN SUKARELAWAN MEDIA SOSIAL PRO KERAJAAN

YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin
pemimpin sukarelawan media sosial pro kerajaan

1. NGO '1Agenda' telah berjaya mengadakan perhimpunan Konvesyen Media Sosial 1Malaysia peringkat kebangsaan di PWTC pada 20hb November 2011 lalu. Program ini berjaya menarik minat dan menghimpunkan 2000 sukarelawan media sosial yang menyokong gagasan 1Malaysia DS Najib. DS Perdana Menteri turut hadir pada majlis perasmiannya dan merakamkan rasa gembiranya terhadap perkembangan yang berlaku dimana penyokong kerajaan sudah berjaya menguasai media sosial.

2. Sekali lagi '1Agenda' dengan kerjasama NGO 'PahangKu' pula akan mengadakan Konvesyen yang serupa di perigkat negeri Pahang pada 4hb Februari depan di Temerloh. Sasaran adalah sekitar 400 peserta penggiat media sosial seluruh negeri termasuk anak negeri yang berada diperantauan. DSD Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang dijangka akan merasmikan program ini.

3. Sukarelawan penggiat media sosial penyokong kerajaan sudah bangkit. Mereka ingin menebus kembali kekecewaan dalam PRU12 lalu apabila penggiat media sosial pembangkang bermaharajalela menguasai media sosial dengan menyebarkan segala macam fitnah memburukkan pemimpin dan kerajaan. Sah dan nyata mereka menyalahgunakan kebebasan yang diberikan kepadanya. Mereka juga mempersia-siakan kesempatan yang diberikan.

4. Selepas Pahang, khabarnya penggiat media sosial negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Melaka juga sudah bersedia untuk menyahut seruan kebangkitan ini. Rakyat akan menjuarai media sosial dan menyokong kerajaan dalam memperjuangkan kebenaran, yang hak dari yang bathil.

5. Blogger-bloger pencacai pembangkang yang dibayar serta yang pertaruhkan harapan dalam politik harus merasa bimbang. Blogger 'sotong''Milo Suam' sudah menjadi 'Milo Sejuk', 'Tukar Tiub' sudah jadi 'Tukang Tiup', 'Topeng Perak' jadi 'Topeng Berak' dan blogger politician 'SuckKontol' akan kecewa dan merana dengan perkembangan terkini.

6. Ramai ahli politik kita yang kononnya sedar dan faham mengenai perkembangan media sosial. Insaf bahawa kekalahan (sedikit) dalam PRU12 lalu disebabkan ketidakpekaan terhadap peranan media sosial namun tidak ada apa-apa yang dilakukan. Berapa ramai menteri-menteri yang aktif dalam media sosial? Berapa ramai pula wakil-wakil rakyat yang prihatin? Berapa ramai ketua-ketua dan setiausaha-setiausaha Bahagian?

7. Tidak ramai orang-orang politik yang berani melangkah keluar dari keadaan asalnya untuk melakukan sesuatu yang baru. Media Sosial adalah media rakyat. Walaupun tanpa  sebarang usaha kerajaan media ini tetap akan bersemarak. Rakyat akan bangkit dan menentang fitnah pembangkang walaupun secara bersendirian. Namun kita bernasib baik kerana ada usaha berani dari beberapa orang politik yang tidak takut untuk menyusun barisan dengan memimpin pengamal media sosial ini.

8. Setinggi-tinggi tahniah dan pujian patut diberikan kepada YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin dan YB Kamalanathan dengan bantuan YB Dato Shahaniza Shamsuddin yang berani kehadapan menawarkan diri untuk memimpin barisan 'sukarelawan siber rakyat'. Selama ini kita sudah lama ada bala tentera, cuma kita tidak ada pemimpin yang berani untuk tampil kehadapan, menyatukan dan memberi arahan serta menentukan halatuju perjuangan.

9. Insyallah, selepas konvesyen Pahang nanti, negeri-negeri lain akan turut bangkitkan semangat sukarelawan siber dan kita akan lebih mantap dan bersedia bila-bila masa untuk meredah gelombang perjuangan. PRU13, kita akan buktikan bahawa kita kuat dan tidak akan biarkan lagi pihak pembangkang sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin kita.

10. Ramai pihak bersetuju bahawa kemenangan dalam PRU13 nanti lebih banyak bergantung kepada impak dari media sosial. Yang nyatanya adalah; kita sudah bersedia!

04 December, 2011

DARI PAU KE PRU - APA SUMBANGAN KITA?

Gambar hiasan: 
Antara Ahli UMNO dan Orang UMNO, antara 'hitam metalik' dan 'kelabu asap'


1. PAU sudah berakhir. Perwakilan dari 191 Bahagian UMNO sudah kembali ke Bahagian masing-masing. Desas-desus berkata PAU kali tidaklah meriah, mungkin kerana tiada pertandingan. Berbeza dengan ketika ada pertandingan, maklumlah...'Jong Pecah Yu Kenyang'!

2. Ini PAU terakhir sebelum PRU. PAU ini dilihat sangat penting untuk menilai kekuatan dan kelemahan UMNO, semangat ahli-ahlinya boleh dinilai disini. Kekuatan parti 'jangan' dinilai dengan tepukan atau ucapan berapi-api. Sajak dan pantun juga bukan nilaiannya. Bahasa 'retorik' yang menusuk lubang telinga sudah lali dan tidak memberi apa-apa erti lagi. UMNO harus kembali kepada realiti - perjuangkan kerana agama bangsa dan negara!

3. Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi sepatutnya menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk bangkitkan semangat ahli bagi hadapi perjuangan dalam PRU. Sayugia diingat bahawa ahli-ahli UMNO berada dalam keadaan moral yang 'terendah' ketika ini akibat serangan media pembangkang terhadap parti dan pemimpin parti dalam segala 'social network'.

4. Peranan 'media sosial' sudah semakin diiktiraf oleh pemimpin UMNO, selain dari Presiden, Zahid Hamidi juga memberikan penghargaan dalam ucapannya. Tetapi bukan setakat itu saja, satu kaedah harus di bentuk bagi menggerakan seluruh 'tentera siber' yang ada selaras dengan kehendak perjuangan parti. UMB mesti lebih berperanan dan mengurangkan penggantungan terhadap 'tentera (siber) upahan'.

5. Kekuatan sebenar UMNO adalah diakar-umbi, yakni di Cawangan-cawangan. Bagaimanapun ianya ditentukan oleh Bahagian-bahagian. Apakah seruan 'berubah' oleh pemimpin disampaikan dengan jelas oleh Bahagian kepada ahli-ahlinya di Cawangan? Yang jelasnya adalah pemimpin diperingkat Bahagian hanya turun ke Cawangan apabila menjelang Mesyuarat Perwakilan Bahagian untuk merayu undi, selepas itu mereka hilangkan diri. Bahagian harus bekerja lebih keras dan jujur. (Baca Sini)

6. Presiden sudah menyeru supaya ahli-ahli bersatu dan merapatkan saf perjuangan. Naib Presiden juga sudah perkuatkan keazaman parti memperjuangkan agama, bangsa dan negara (klik sini), sebagai Pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli, apakah pula sumbang kita?


Nota Kaki:

1. Blog adalah ruang diskusi. Blogger memberikan pendapat peribadinya. Ini bukan mahkamah untuk menghukum. Justeru berbeza pendapat bukanlah satu kesalahan dan sebarang pandangan blogger bukanlah pandangan umum.


2. Blogger popular bukan bererti yang terbaik demikian juga yang terbaik bukan mesti popular. Dr. Ridhuan Tee bahkan TDM (sekadar menamakan) tidak ada dalam senarai (Sini) tetapi mereka menulis lebih baik dan memberikan lebih banyak pengajaran serta membuka minda pembaca. 

3. Kita boleh saja berblog sebagai tukang caci @ pencacai atau menulis untuk memberikan pandangan peribadi tanpa mempedulikan ranking, menulis 10 kali sehari untuk kekal diatas atau 10 hari sekali jika tidak rasa terpaksa dan bukan kerana nama.



21 November, 2011

TENTERA YANG TAK DICAKNA




1. Seperti biasa, rutin saya membaca untuk tujuan memantau banyak blog-blog. Saya temui tajuk ini; Senjata Negara Hilang Dari Simpanan ATM?  Setelah membacanya baru saya sedari bahawa ianya hanyala CnP post saya sendiri pagi tadi. Bagaimanapun, setidak-tidaknya ada yang prihatin kepada post saya itu.

2. Membaca blog APA; Program Syok Sendiri BN, saya merasakan mungkin ini juga posting yang merupakan respon kepada post saya yang sama, namun berdasarkan kepada apa yang dialaminya sendri. Ada benar dan ada salahnya disitu dan ingin saya perbetulkan disini.

3. Saya berada didalam Jawatankuasa Induk program berkenaan. Saya tidak tahu siapa Datuk 'R' yang dimaksudkan APA. Yang saya pasti adalah tidak ada siapa-siapapun 'Datuk R' didalam Jawatankuasa berkenaan. Kami hanya ada 2 Dato' yang terlibat iaitu Dato' Sharkar Shamsuddin (Pengerusi) dan Dato' Shahaniza Shamsuddin (Sekretariat). YB Kamalanathan (Timbalan Pengerusi) tetapi masih belum bergelar Dato' atau Datok. Mungkin dia sudah 'Datuk' (suami kepada Nenek dan 'atok' kepada cucu-cucu seperti saya) itu saya kurang pasti.

4. Dalam menganjurkan satu 'event' besar, tidak mungkin kita akan mendapat hasil 100% seperti yang diingini. Demikian juga dengan penganjuran program ini, terdapat kekurangan disana dan disini. Sebagai jawatankuasa, kami lakukan ini secara sukarela, tiada sebarang imbuhan. Saya kurang pasti jika ada pihak yang mendapat faedah secara langsung dari penganjuran program berkenaan. Blogger-blogger besar dan tersohor tentu tidak berminat menyertai program sebegini kerana tidak ada 'makan-makan'. 

5. Blogger 'Jebat Berkokok' juga harus diberikan pujian kerana usaha kerasnya untuk merealisasikan 
harapan 'ahli-ahli jawatankuasa' walaupun harapan itu mungkin sudah turut hilang dan jadi impian di 'cekrawala'.

6. Saya 'mencintai' dan menghayati media sosial sejak dulu sehingga kini. Sejak zaman blogger dianggap 'beruk-beruk' sehinggalah kini ada diantara 'beruk-beruk' itu sudah pandai menjual 'beruk-beruk' yang lain. Dalam dunia beruk, saya sentiasa dikelilinggi 'beruk-beruk'. Saya melihat pemimpin-pemimpin menggunakan 'beruk-beruk' untuk memanjat tinggi. Saya juga melihat 'beruk-beruk' menjual sesama sendiri.

7. Dalam Konvesyen, PM dengan jelas menyatakan bahawa salah satu kreteria yang akan turut dipertimbangkan sabagai 'Winnable Candidates' PRU akan datang adalah keupayaan mengamalkan media sosial. Tentu akan banyak YB yang ada sekarang ini akan bertukar menjadi 'beruk' untuk tetap dicalonkan nanti.

8. DS Najib, jika kami diiktiraf sebagai tentera siber, pastikan kami mendapat 'senjata dan peluru'. Beberapa pembaikan mesti dilakukan dengan memecahkan kepada 'batalion-batalion', 'platun-platun' dan sebagainya. Berikan kumpulan-kumpulan itu pemimpin yang benar-benar boleh dan mampu berjuang bukan yang hanya 'cari makan'. Berikan kami peluru......bukan batu nesan!!! Kami tentera yang sanggup berkorban, tetapi harus juga dicaknakan.

8. 'Beruk Google' siapakah dia agaknya? Dulu beliau 'memberokkan' blogger, sekarang macamana agaknya?



KONVESYEN MEDIA SOSIAL - MERAPATKAN SAF SIBER TROOPER PRO KERAJAAN






1. Semalam, 'Konvesyen Media Sosial 1Malaysia' yang menghimpunkan pengamal media sosial pro BN telah berlangsung di PWTC. Hampir 2000 terdiri dari berbagai kaum telah hadir dan menyertainya sebagai tanda sokongan kepada BN.

2. Pada suatu masa, Sayed Munawar (Moderator) dan Norbisha (Ahli Panel) melontarkan soalan serupa; 'Apakah pemimpin sudah menyedari kepentingan dan peranan media sosial' ? Jauh disudut yang terpencil saya menjawab didalam hati...'Ya! Mereka kata mereka sedar tetapi sebahagaiannya tidak! Ya! Mereka sedar tetapi kebanyakan dari mereka tidak melakukan apa-apa!

3. Ketika PM hadir...beliau diberikan sanjungan yang hebat...2000 peserta dengan penuh semangat meraikannya. Tetapi ini bukan gambaran sebenar populariti beliau kerana ini hanya sebahagian kecil dari rakyat negara dan mereka ini semuanya adalah pro kerajaan, mereka tidak akan hadir jika bukan kerana menyokong kerajaan. Menang di gelanggang ini bukan bererti akan menang di PRU nanti!

4. Dalam ucapan PM menghargai sokongan terhadapnya, beliau menganggap pengamal media sosial sebagai bala tentera yang berjuang di alam siber untuk pertahankan kerajaan. Ketika beliau menanya hadirin apakah mereka semua lengkap bersenjata dan mempunyai; Laptop? Galaxy Tab? Blackberry? ...jawapan yang saya dengar disekeliling adalah; Tidak!....Tidak!...Tidak!....

5. Saya dan sahabat bertanya-tanya, mungkinkah senjata dan peluru yang dibekalkan gugur ditempat yang salah?  (Baca DET, GAP, MPP, BY, BY)

6. Media Sosial telah meledak dan menjadi satu revolusi, bukan saja kepada peranan sebagai penyampai dan penyebar berita malahan berjaya mengerakan revolusi rakyat dibeberapa negara yang akhirnya menyaksikan keruntuhan pemerintahan negara berkenaan. 'Maknanya', jika kita tidak memandu ledakan ini dengan baik dan hati-hati, maka tidak mustahil ianya akan memberikan kesan negatif kepada kepimpinan dan negara.

7. PM telah dengan beraninya turun ke Konvesyen sebagai seorang 'leader', untuk menjadi 'Komandan' kepada sibertropper ini. yang selama ini kita tidak menghargainya dan tidak menyedari bahawa kita sudah sekian lama ada barisan pejuang yang ingin dan ikhlas untuk pertahankan negara dan kepimpinan.

8. Saya mendengar bisikan dari kawan-kawan; untuk berjuang dan untuk pertahankan 'mereka', apakah senjata kita? Kita hanya ada satu peluru.....yang apabila kita tembak, maka kita akan terpaksa memohon peluru yang baru...., tidak ramai pemimpin yang mengerti terutama kepada mereka yang 'buta hati'.

9. 'Perjuangan ini' saya ikhlaskan untuk sahabat-sahabat saya semua, yang langsung tidak disenaraikan hatta  sebagai 'wira yang tak didendang'! Perjuangan kami didalam BPN sudah dapat menyedarkan pemimpin, kami sudah merintis laluan...tiba giliran saya meminggir...saya kepenatan dan ingin berhenti disini. Bagi mereka yang berjiwa kecil dan bercita-cita kecil, perjuangan sudah berakhir! Jika ini satu perjuangan, tinggalkanlah satu peluru........ untuk dijadikan batu nesan!


01 November, 2011

JANGAN PAKSA API DIGENGGAM JADI ARANG

 Gambar hiasan dari laman media sosial facebook


Ini adalah pendapat seorang pemberi komen diblog seorang sahabat saya mengenai seorang pemimpin yang kontroversial sekarang ini;

Shacklesmith said... 
 
Assalamualaikum, sebenarnya klu nak diikutkan sepanjang perkhidmatan beliau, DS sbg MP di parlimen Lembah Pantai dulu sebenarnya beliau amat disenangi oleh penduduk setempat kerana menjalankan tugas yg sgt baik berbanding dgn anak ketua pembangkang yg kini dikatakan lgsg tidak mengendahkan keluhan penduduk di sana. Saya dpt tau drpd seorg pemandu teksi yg tggl di sana dan keluhan warga internet drpd kawasan parlimen sana..

Emak saya juga mengenali beliau DS secara peribadi selama hampir 20 tahun kerana kebetulan adik beliau juga pernah tggl berjiran dgn kami di Damansara. Malahan jika menghadiri majlis kenduri yang diadakan di rumah adik beliau pun beliau tidak dpt untuk serta dalam masa yang lama kerana terikat dgn tugasan menteri dan parlimen serta jadual yg padat.

Kekalahan beliau di tangan anak ketua bekas timbalan perdana menteri juga boleh dikatakan agak mengejutkan kami sekeluarga meskipun ketika itu saya seperti golongan muda lain berpihak kpd pembangkang. Emak saya juga berasa sedikit kecewa kenapa calon spt DS boleh kalah sedangkan banyak jasa beliau thdp warga parlimennya. Apa yg pasti, beliau adalah mangsa tsunami politik 2008 lalu.

Bagi pendapat saya pula, mungkin sudah tiba masanya untuk beliau berundur sama ada pulang bertanding di Pulau Pinang pula ataupun bersara dari politik terus. Apa yang pasti, nama beliau juga sering dikaitkan dgn nama orang2 kuat Pak Lah hanya kerana berasal dari negeri yg sama dan begitu juga barisan kabinet.

Mungkin sudah tiba masanya bagi kepimpinan Umno untuk mengetengahkan muka2 baru supaya parlimen lembah pantai dapat dirampas semula. Apa lagi dgn kedudukan anak ketua pembangkang itu umpama telur di hujung tanduk kerana tiada jasa utk penduduk setempat dan boleh dikatakan hanya makan gaji buta sbg MP. Peluang utk menguasa kerusi parlimen itu mmg cerah tapi bukan dgn bantuan DS.. sudah tiba masa untuk beliau berundur. 

Saya melihat ini adalah satu pendapat ikhlas dari seorang rakyat yang sayangkan kepada parti UMNO dan kerajaan. Justeru, pucuk pimpinan mesti berani membuat perubahan radikal dalam pentadbirannya dan membersihkan segala kekotoran yang ada. Kak Ijat sendiri, jika masih ingin selamat haruslah 'bertaubat' dan berubah. Perkuatkan Wanita UMNO Pahang. Pemimpin Wanita yang sedang memimpin dan mewakili rakyat di DUN mereka masing-masing janganlah dibuang kerana mereka masih disayangi pengundinya. 

Malangnya ada berita yang menyatakan bahawa ada tokoh-tokoh tertentu cuba dicantas dari dicalonkan dalam PRU akan datang oleh seseorang yang merasakan bahawa beliaulah yang paling berkuasa dikalangan Wanita Pahang. Jangan 'paksa' rakyat membuat pilihan dengan menolak 'pemimpin wanita ini' serta turut menolak 'Kak Ijat' sekali dalam PRU akan datang. Ini zaman IT, rakyat dapat melihat apa yang para pemimpin lakukan termasuk penyelewengannya. Jangan paksa kami mengenggam api supaya menjadi arang!

30 October, 2011

PERANAN DAN KESAN MEDIA SOSIAL

 Gambar hiasan


1. Kerajaan UMNO BN semakin sedar peranan Media Sosial terhadap keupayaannya merubah iklim politik negara, justeru semakin ramai pemimpin kerajaan memberikan perhatian mereka.

2. Keperhatinan PM juga telah ditunjukkan dengan memberikan perhatian terhadap facebook beliau sendiri serta hubungan dengan rakan-rakan facebooknya. Terkini PM meluangkan masanya untuk bersama-sama bloggers dan facebookers di program Himpunan Penulis Maya pada 16hb. Oktober lalu yang dihadiri 300 pengamal media sosial.

3. Pada 20hb November nanti, di PWTC, PM dijadualkan meraikan kira-kira 1000 orang pengamal media sosial seluruh negara dalam program Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia.

4. Kerajaan UMNO BN mesti bersahabat dengan pengamal media sosial @ Bloggers, Facebookers dan Twitters untuk menjalin kesefahaman dan seterusnya membantu kerajaan dalam PRU akan datang.

5. Bagaimanapun masih ada pemimpin yang masih tidak mesra pengamal media sosial ini dan bahkan ada yang bermusuhan dengan mereka. Demikian juga ada dikalangan pengamal media sosial yang tidak mesra sesetengah pemimpin kerana beberapa sebab dan alasan.

6. Saya juga pernah menegur pemimpin Wanita UMNO Pahang dan Ketua Wanita UMNO Malaysia @ Kak Ijat @ Mami Ijat untuk memberikan kesedaran supaya jangan terlalu berpolitik sehingga mampu melemahkan parti. (Klik Sini)

7. Terbaru, beberapa sahabat blogger terus-terusan mengkritik 'Kak Ijat' kerana dilihat terbukti melakukan sesuatu yang 'tidak wajar' dan mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sila baca blog-blog yang di'link'kan  di bawah ini:

7. Segalanya adalah berlegar disekitar penyelewengan, pembaziran wang negara dan pengkhianatan terhadap rakyat. Sila baca tulisan A.Kadir Jasin di sini.  Baca juga Malaysia Insider.

 8. Saya melihat Media Sosial adalah sebagai satu ledakkan revolusi maklumat yang tidak mungkin akan dapat dikawal oleh sesiapapun, namun sesuatu masih boleh dilakukan bagi menentukan arahtujunya supaya selaras dengan kehendak kita dengan cara menyertai penggiat media sosial berkenaan dan menggabungkan diri bersama-sama mereka.

9. Banyak pihak membuat ramalan bahawa PRU13 nanti adalah pertembungan siber trooper dari kedua pihak dan adalah perang siber terhebat dalam menentukan kemenangan ideologi politik seterusnya menguasai dan memerintah negara.

10. Pemimpin mesti lebih cakna kepada siber tropper yang membantu kerajaan dan parti untuk terus mempertahankan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap siber troppernya selama ini. Jika tidak, siber tropper juga tidak akan cakna kepada para pemimpinnya dan tidak pertahankan mereka nanti.

25 October, 2011

PENGIKTIRAFAN TERHADAP PENGAMAL MEDIA SOSIAL


 
1. Pada 19hb yang lalu saya berkesempatan berbual-bual dengan Sdr. Mustaffar Mat Arof. Beliau memaklumkan telah mendapat mandat dari Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Jerantut untuk menggerakkan media sosial di Jerantut yang selama ini terbiar tanpa halatuju. Beliau melakukannya atas kapasiti Ketua Unit Media Baru UMNO Bahagian Jerantut.

Saya menyatakan sokongann saya serta persetujuan untuk bersama-sama membantu selagi diperlukan. Banyak yang kami perbincangkan malam tu. Yang penting 'kita' masih tidak terlambat dalam mengorak langkah untuk memacu perkembangan media sosial Jerantut seterusnya memandu dan menentukan halatujunya terutama bagi membantu Kerajaan dalam mencapai sasaran pada PRU13 nanti.

2. YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovatif Negeri Pahang juga sedang menganjurkan satu program berkaitan media sosial di peringkat nasional. Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia yang akan diadakan pada 20hb November akan datang bertempat di PWTC nanti adalah satu pengiktirafan kerajaan terhadap peranan pengamal media sosial dalam menyebarkan maklumat dan khususnya menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan dalam PRU akan datang. 

3. Demikianlah, kerajaan dan para pemimpinnya sudah semakin sedar peranan media sosial dalam masyarakat. Tidak peka serta tidak endahkannya telah memberikan pukulan hebat kepada kerajaan dan ini jelas terbukti dengan kemerosotan undian kerajaan dalam PRU12 lalu.

4. Menurut blog resmi Pas Pahang, hari ini di Temerloh, Lajnah ICT PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) akan menganjurkan hi-tea perdana pada 25 Oktober ini bermula jam lima petang di perkarangan bangunan PAS Pahang, Jalan Dato Bahaman di sini. Menurut Pengarah ICT Negeri, Shamsuri Hussin, sempena majlis berkenaan satu diskusi bertajuk “ Bloger: Peranan dan Cabaran Merealisasikan Pakatan Rakyat Melangkah ke Putaraja” dengan menampilkan bloger terkenal Hishamuddin Rais.

5. Nampaknya pihak kerajaan dan pembangkang sudah benar-benar memberikan perhatian dan ingin menarik hati pengalam media sosial. Tidak hairan jika beberapa blogger pro pakatan dikhabarkan menerima imbuhan yang memuaskan. Demikian juga dakwaan mereka bahawa terhadap yang pro kerajaan.

6. PRU13 nanti diramalkan sebagai kemuncak kepada perang siber dalam menghadapi PRU. Apakah menang jadi abu dan kalah jadi arang? Apapun, para penggiat media sosial sudah mula dihargai dan diberikan perhatian. Mungkin tidak semua mereka itu bernasib baik bahkan  ada yang bernasib malang. Untung sabut timbul dan untung batu akan tenggelam! Wallahualam!

7. Jika ini kita namakan perjuangan, maka kita akan lalukannya hingga ke titisan darah yang terakhir. Selamat berjuang kepada semua sahabat!





21 October, 2011

BERANIKAN HATI MOHON MAAF SANGGAH TOK JANGGUT

Blogger ' STJ'


Beberapa hari lalu, dalam satu mesyuarat pengurusan 'Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia' saya bertemu dengan seorang blogger 'otai' - 'Sanggah Tok Janggut' yang meluahkan kekecewaannya terhadap tulisan saya pada tahun 2010 lalu.

Saya enggan memaklumkan tulisan itu mengenai apa kerana berpendapat itu kelak akan menambah kerosakan kepada beliau peribadi. Biarlah hanya mereka yang tahu mengenainya mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Apapun setelah mendengar penjelasan sebenarnya dari beliau, maka saya dengan segala keinsafan dan penuh kesedaran membuat kenyataan tebuka ini dan memohon maaf kepada beliau berkaitan dengan tulisan tersebut. Saya juga sedar bahawa permohonan maaf ini pasti tidak akan memulihkan kembali sepenuhnya segala kerosakan yang telah berlaku, namun sebagai seorang insan yang berperasaan, saya berpendapat melakukan permohonan maaf terbuka begini adalah suatu kemestian.

Saya sudahpun memohon maaf kepada blogger 'Sanggah Tok Janggut' secara peribadi dan kami sudahpun bersalaman dan berpeluk-pelukan, namun saya berpendapat perlu juga bagi saya memohon maaf kepada beliau secara terbuka. Saya tidak mendapat tekanan atau desakan dari beliau untuk melakukan ini, namun ianya atas keinsafan saya sendiri.

Andai tersesat dihujung jalan, kita kembali kepangkan jalan. Jika terlajak perahu maka kita undurkan. Demikian juga apabila terlajak kata, ampun dan maaf kita pohonkan. 

Dengan mana Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani, saya dengan penuh keikhlasan memohon maaf kepada sahabat saya blogger 'Sanggah Tok Janggut' diatas apa yang saya telah lakukan dalam tulisan saya dahulu.

17 October, 2011

HIMPUNAN PENULIS MAYA

Ahli panel dan moderator sesi 'Forum Isu Semasa'
(Foto dari blog Suara Prihatin UMNO Jerantut)


1. Pada 14 -16hb Oktober lalu satu program yang dinamakan 'Himpunan Penulis Maya Negara' telah diadakan disebuah hotel di Kuala Lumpur. Program selama 2 hari itu bertujuan untuk memberikan semangat serta anjakan kepada para pengamal media sosial pro kerajaan. Seramai kira-kira 300 peserta dari seluruh negara telah hadir. Program dianjurkan bersama oleh Kelab sahabat Bina Negara dan MyKmu.Net.

Beberapa sesi forum telah diadakan dengan disertai beberapa tokoh terkenal negara antaranya adalah; Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovatif Negeri Pahang, Datuk Raja Arif Raja Ali, Ketua Pengarah BTN, En. Nasrun Adli, Pengarah Siasah dan Pengurusan Isu Jasa, serta Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang bertindak sebagai moderator dalam sesi berkenaan.

Selain mereka, YB Datuk Hj. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO Malaysia serta beberapa lagi yang membantu memberikan ceramah dan penerangan mengenai isu-isu semasa dalam sesi-sesi yang lain. Kemuncak kepada semua itu, Perdana Menteri Malaysia DS Najib juga hadir dan menggamatkan dewan dengan kata-kata semangatnya, menghidupkan dan menyemarakkan semangat peserta program dan memberikan anjakan dalam  'Merekayasakan Penulis Maya Negara'.

Sesi forum sentiasa hangat dengan soal jawab yang berlaku dengan telus dan jujur. Suara protes dan tidak puas hati para penulis maya diluahkan dan menerima jawapan yang pasti. Segalanya adalah berpaksikan kepada transformasi, perubahan didalam UMNO dan perubahan kepada pemimpin itu sendiri. Hakikatnya, para pemimpin sudah mula berubah walaupun dalam pergerakan yang masih perlahan.

Para penulis maya akan berdiri teguh dibelakang PM dalam melaksanakan transformasi yang dirancangkan dan akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan dalam menghadapi PRU akan datang. Kami dapat merasakana bahawa suara kami telah didengari dan diberikan perhatian yang wajar. Dalam menghadapai cabaran mendatang, pemimpin perlu berubah, atau rakyat akan mengubah kepimpinan jika mereka terus gagal berubah serta mengambil sikap tidak cakna terhadap suara rakyat.


11 September, 2011

MEDIA BARU DAN PEMIKIRAN LAMA DIPEDALAMAN (JERANTUT)





Saya memerhatikan perkembangan media sosial di daerah kelahiran saya sendiri, nampaknya telah berkembang pesat. Ketika saya mula terlibat dengan media sosial ini pada tahun 2007, segalanya masih gelap. Tidak ramai yang turut mainkan peranan mereka dalam media sosial seperti blog atau setidak-tidaknya yang paling mudah seperti facebook. Mungkin kerana jauh di pedalaman serta kekurangan dari segi kemudahan internet membuatkannya demikian.

Namun segalanya sudah berubah. Kini sudah banyak blog-blog yang berwajahkan Jerantut biarpun kecenderungan utamanya adalah menulis politik. Facebook juga sudah tidak lagi terkira jumlahnya, sehingga di ulu sungai dan jauh di pedalaman seperti Kg. Bantal dan Kg. Mat Daling juga sudah ada kecenderungan ber-facebook. Saya tidak pasti pula sama ada twitter juga jadi kegemaran disini, mungkin tidak buat masa sekarang namun akan sampai juga waktunya nanti mereka akan asyik ber-twitter sepanjang masa seperti budaya di KL.

Memang perkembangan ini memberikan kebaikan kepada semua pihak, namun kerajaan atau pemerintah harus memantaunya dengan ketat, jika tidak ini akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan pemerintah. Kita semua maklum bahawa kegagalan kita dalam PRU12 lalu adalah kerana kegagalan kita mentafsir impak yang mampu diberikan oleh media sosial. Kita gagal menguasainya sehingga pihak pembangkang menggunakan sepenuhnya sebagai saluran komunikasi mereka untuk menguggat kerajaan.

Kita percaya ketika ini kerajaan sudah sedar peranan dan impak yang mampu diberikan oleh media sosial, tetapi kita melihat bahawa ianya masih gagal dikawal sebaik-baiknya. Bahkan kita masih percaya yang majoriti pengamal media sosial adalah dari kalangan penyokong pembangkang. Keadaan ini jika dibiarkan tentu sukar memberikan kemenangan kepada parti kerajaan didalam PRU akan datang.

Saya melihat bahawa media sosial adalah sebagai satu ledakan revolusi yang tidak terkawal. Jika pemimpin kerajaan tidak berusaha untuk mengawalnya maka revolusi itu akan menghancurkan kerajaan yang ada. Apa yang harus dilakukan adalah pemimpin harus turun ke akar umbi dan tonjolkan diri sebagai pemimpin kepada revolusi media sosial ini dan seterusnya mejadi pemimpin rakyat. Media sosial sudah jadi media rakyat, justeru untuk memenangi hati rakyat pemimpin harus menjuarai media sosial untuk seterusnya menjuarai rakyat.

Apakah yang pemimpin kita lakukan selama ini? Mari kita ibaratkan pengamal media sosial ini sebagai revolusiner....mereka lahir didalam keadaan celaru dan haru-biru, mereka ketiadaan pemimpin namun mereka ingin berjuang dengan caranya, maka mereka yang bersenjatakan apa saja akan mencederakan bahkan membunuh siapa saja sesama mereka. Jika pemimpin kita turun ke akar umbi dan memandu mereka untuk kenali siapa sahabat dan siapa musuh, maka sudah tentu setiap serangan yang dilakukan akan jadi lebih teratur dan memberi impak yang besar kepada kerajaan dan rakyat juga. Seterusnya memberikan peluang kerajaan untuk terus memerintah.

Tahniah kepada laman-laman grup facebook di Jerantut; Dewan Parlimen Jerantut, Satu Jerantut, Kome Satu Jerantut dan sebagainya yang tak mampu saya sebutkan satu persatu. Tahniah juga kepada blog-blog baru politik Jerantut; Kutukan Dewata, Pemikir Politik Jerantut dan lain-lain lagi. Menulislah, bersuaralah untuk memberikan pandangan dan pendapat rakyat, tetapi harus dengan berhemah.

Di zaman Jerantut masih 'gelap' media sosial, kesian 'seseorang' yang sering dituduh sebagai penulis blog hanya kerana dia lah penulis blog terawal. Mungkin mereka lupa bahawa masih ramai orang yang mampu malakukannya bahkan mungkin lebih baik selain 'dia'. Jika masyarakat Jerantut masih gelap masa kini, tentu mereka akan pening kepala kerana sudah tentu mereka sedar bahawa tentulah tidak mampu 'seseorang itu' untuk memiliki kesemua lebih 40 blog yang ada sekarang ini serta beberapa puluh bahkan ratus laman facebook. Masa telah selamatkan 'orang itu' dari tertuduh selamanya.



08 September, 2011

MAT SABU KETUA KOMUNIS REGIMEN 121 ?




1. Mat Sabu terus-terusan melalut dengan isu komunisnya. Mat Indera dikaitkan, terbaru mengeluarkan kenyataan bahawa Tunku Abdul Rahman tak mungkin jadi Perdfana Menteri Pertama seterusnya Bapa Kemerdekaan. (Klik Sini)

2. Sejarah telah mencatat begini: 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisser Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. (Klik di Wikipedia)  ~ Komunis Melayu ditipu dan diperalatkan sebagaimana Pas diperalatkan DAP ketika ini..

3. Laman-laman facebook dimeriahkan dengan perbincangan (dan maki hamun penyokong pembangkang) mengenai isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu itu. (Klik ke fb)  Akhirnya Mat Sabu berjaya memesongkan kita dari isu lebih besar iaitu isu liwat Anu Arr yang sedang berlangsung di mahkamah. Mungkin ini bantuan terbaik dari Mat Sabu untuk 'madunya'.

4. Ada orang berkata; Mat Sabu adalah komunis dan pemimpin Regimen 121 dan kita teringatkan kisah di bilik 121 Hotel Perdana Kota Baharu dulu ketika beliau ditangkap berdua-duaan (bermesra-mesraan [?])) bersama Normah. (Klik sini)  Nasib baik Nik Aziz gunakan kuasanya membebaskan Mat Sabu dari tuduhan, sebagaimana Nik Aziz mendapatkan pengampunan dari Allah bagi dosa ADUN Selinsing yang dituduh bersama isteri orang didalam koc keretapi dulu. (Tengok TV klip)

5. Kita juga teringat mengenai kemana lesapnya duit Tabung Memali yang dikendalikan oleh Mat Sabu? Mungkinkah duit Tabung Memali yang dilespkan Mat Sabu itu adalah kerana salah UMNO? Oppps! Seekor anak ayam telah dilenyek lori, ini pun adalah salah UMNO juga. Kahkahkah! Tukar Tiub tapi tak tukar tayar ni pun tentu salah  UMNO. ( Klik ke blog yang marahkan Mat Sabu dan seluruh keturunannya ).

6. Mat Sabu di pelawa berdebat oleh KJ 'Beruk Google' tetapi hilang keberaniaannya yang turut menghilangkan kemaluannya,   (TheMalaysianInseder) 

7. Jangan kita buang masa melayani isu remeh temeh ini yang tidak akan ada akhirnya kerana ini hanya satu strategi mereka mengubah perhatian kita dari soal pokok. Facebookers pro kerajaan juga jangan melatah dan menyerang mereka di wall mereka, bahkan jemput mereka dengan sopan ke wall kita untuk berbahas dengan lebih beradab dan bersopan. (Baca sini,   sini,    sini,)  Adoiii! Mat Sabu, macamanalah puak-puak Pas ni boleh lantik dia jadi pemimpin? 


07 September, 2011

MAT SABU BUTA SEJARAH KARPAL SINGH PANDAI BERHELAH

Mayat anggota keselamatan yang dibakar dengan kejamnya 
oleh pengganas dalam peristiwa Bukit Kepong


1. Ucapan Mat Sabu bukan saja telah menimbulkan kontraversi bahkan menimbulkan kebencaian sebilangan besar rakyat terutamanya orang Melayu terhadapnya bahkan terhadap Pas dan Pakatan Pembangkang sendiri. (Klik sini ke Video Klip)

2. Karpal Singh meredakan keadaan dengan menyanggah kenyataan Mat Sabu bagi mengurangkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Pembangkang. (Blog CheDet)

3. Suka atau tidak bahawa dunia telah mengakui Sejarah Bukit Kepong dan mengiktiraf anggota keselamatan yang mempertahankan Balai Polis berkenaan sebagai pejuang dan komunis yang menyerang sebagai petualang dan pengganas. (Baca di Wikipedia  dan  fotopage askar jahat)

4. Ada orang berkata; Apakah Mat Sabu yang buta sejarah itu wajar cuba mengubah sejarah negara? Apa yang sedang dilakukannya hanyalah untuk 'political milage'nya saja tanpa memikirkan akibat kepada bangsa dan negara. Siapakah dia yang mukanya terpalit kekotoran dan najis dari skandal bersama Normah di bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu yang berhak bercakap mengenai kemerdekaan dan perjuangan?

5. Mat Sabu menurut pandangan seorang tokoh politik (Blog Dr Mohamad Khir Toyo)

6. Apapun, Mat Sabu bertambah popular berikutan kontroversi itu dan diperkatakan di media-media sosial terutamanya di laman facebook. Ada pro dan kontra. Tetapi rata-rata orang Melayu membencinya dan mengutuknya. Ada yang berkata kuburnya wajar saja di kencing jika beliau mati kelak.

7. Untuk mendapat sokongan kaum lain, Mat Sabu sanggup menguris hati bangsa Melayu sendiri - mungkin kerana beliau sedar bahawa orang Melayu marahnya tidak akan lama...atau mudah lupa, atau hatinya mudah dipujuk...mungkin atas nama perjuangan yang dijanjikan syurga untuk mereka - Wallahualam!

8. Dari pemerhatian saya dilaman-laman sosial saya merumuskan bahawa Pas semakin terpinggir dan orang Melayu sudah semakin hilang percaya. Benarlah seperti kata Tun Dr. Mahathir di blognya:   Pas sekarang tidak lagi Pas Ustaz Zulkifli, Burhanuddin Al-Helmi, Asri Muda. Pas sekarang sanggup membelakangkan Islam pun kerana gila kuasa dan Putrajaya. Na’uzubillah.




03 September, 2011

POLITIK MALAYSIA YANG GAWAT





1. Sejak berakhir PRU12 lalu rakyat tidak pernah merasa selesa kerana politiking yang tidak pernah reda.

2. Pembangkang merasakan impian dan cita-cita mereka sudah semakin hampir - menduduki Putrajaya. Justru mereka terus kuatkan usaha dan kerja. Berbagai isu ditimbulkan berbagai gimik diadakan untuk terus bangkitkan semangat berontak rakyat. Beberapa acara juga dianjurkan untuk mengkaji dan menguji kekuatan dan kelemahan mereka untuk 'the last battle' PRU13 nanti.

3. Pembangkang menguasai media sosial dengan sebaiknya; blog, facebook serta twitter. Disini mereka mencerna agenda demi menguasai minda rakyat. 'Kita' masih leka dan tercari-cari arahtuju. Selain itu bukan senang memohon permisi ini dan permisi itu - segalanya protokol yang meninggalkan kita semakin jauh dibelakang.

4. Ketika pembangkang mensasarkan kita, kita pula mensasarkan sesama kita. Ketika pembangkang mengenali kita sebagai musuh mereka, kita pula mencari sesama kita untuk dijadikan musuh.

5. Lebih mudah jadi pembangkang dari jadi penyokong. Menembak membabibuta dan terus menyerang ketika penyokong sentiasa sibuk menepis setiap tohmahan. Lebih mudah dan mewah jika berpaling arah. Lebih mudah perjuangkan diri sendiri dari berjuang untuk orang lain yang tidak pandai menghargai.

6. Semakin panjang perang ini maka akan semakin parah dan semakin banyak korban, dan yang kecewa akan berpaling pulang kebelakang.

7. Tuan-tuan; bahawa politik kita semakin gawat.  Benar-benar sedarkah kita?


26 July, 2011

HORMATI KEPUTUSANNYA




Posting terkini saya adalah mengenai politik Jerantut, yang jarang-jarang saya sentuh dalam tulisan saya. Tajuk postnya adalah 'Warna Politik Kita'

Politik Jerantut jadi perhatian kebelakangan ini apabila Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian mengumumkan tidakada keinginan untuk bertanding dalam PRU akan datang. Beritanya tersebar luas di kebanyakan media massa arus perdana.

Beberapa laman blog, khususnya blog Jerantut turut memberi ulasan mengenainya. Sila baca diblog  Sri Tri Buana, Laksamana Jebat, Parlimen 81, dan blog WZWH yang banyak menulis mengenai politik YBM TS Tengku Azlan.

Ada beberapa pandangan dan sudah tentu kerana adanya 'interest' tertentu disebaliknya, namun perbezaan itu adalah sangat wajar dan akan dapat lebih membuka minda dan hati nurani sekelian para pengundi dan penduduk Jerantut.

Saya melihat kepada apa yang ada disebaliknya, persoalan yang banyak pihak tidak berasa gembira mengenainya iaitu apakah Parlimen P081 Jerantut ini masih selamat untuk BN, atau pun hanya calon-calon BN tertentu yang akan menentukan ianya masih selamat.

Ada pihak berpendapat kerusi ini tidak lagi selamat jika calonnya bukan YBM TS Tengku Azlan, namun ada pihak yang lain berpendapat bahawa ianya akan lebih selamat tanpa beliau. Namun saya berpendapat kerusi berkenaan tidak wajar dilihat secara bersendirian. Ianya harus dilihat dalam konteks satu komponen bersama-sama kerusi-kerusi DUN Tahan, Pulau Tawar dan Damak.

Sudah tentu ianya satu pandangan dan pendapat yang komplikated dan sukar untuk dijelaskan, namun ini lah cara politik baru negara kita dimana pengundi tidak lagi memilih calon hanya berdasarkan kepada parti yang diwakilinya dan undian bagi kerusi DUN dan Parlimen juga tidak sama berdasarkan kehendak pengundi sendiri.

Apapun, hasrat YBM TS Tengku Azlan harus dihormati dan biarkan Jerantut untuk dipimpin oleh pemimpin lain yang mungkin akan mampu menawarkan khidmat yang lebih baik dan berkesan.






21 July, 2011

WARNA POLITIK KITA

Antara pewarna semasa politik Jerantut


Saya banyak menerima respon dari orang Jerantut (agaknya) apabila menulis mengenai politik Jerantut. Mungkin kerana masyarakat Jerantut begitu peka terhadap perkembangan politik atau mungkin juga politik adalah budaya dan kehidupan. Saya tertanya-tanya kenapa kebelakangan ini blog (Jerantut) WZWH sudah tidak lagi ingin mengulas tentang politik Jerantut? 

Pada dasarnya masalah yang berlaku didalam UMNO Jerantut adalah sama dengan UMNO dimana-mana. Inilah masalah sebenar yang menjadi punca akar umbi meninggalkan perjuangan parti - terlalu banyak politiking, berlakunya 'cas keting' tanpa kawalan, UMNO cawangan-cawangan menjadi semakin kecil kerana banyak ahli dipinggirkan semasa pemilihan peringkat cawangan dan bahagian dan akhirnya UMNO hanya didukungi oleh beberapa orang yang bercita-cita besar. Kesan daripada itu UMNO semakin lemah dan siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menyokong dan mengundi kita didalam PRU nanti?

Selepas' biduk berlalu' sepatutnya 'kiambang bertaut'. Para pemimpin sepatutnya merapatkan semula saf sebaik saja selesai pemilihan kerana pemilihan bukanlah penyingkiran ahli parti. 'Carik-carik bulu ayam', seharusnya 'bercantum semula', namun ini jarang berlaku didalam UMNO dikebanyakan cawangan dan bahagian kerana mereka menganggap perjuangan mereka adalah menjuarai UMNO dan bukannya menjuarai rakyat. Justeru tidak mustahil mereka yang menang untuk jadi pemimpin UMNO namun akhirnya gagal untuk menjadi pemimpin rakyat apabila dikalahkan dalam pilihanraya.

Pendekatan yang diambil oleh PM, memilih calon yang berpeluang menang dalam pilihanraya sangat dialu-alukan kerana itu memberi makna bahawa seseorang yang mampu memenangi pemilihan dalam UMNO tidak semestinya calon yang disukai rakyat kerana alasan tertentu, maka pucuk pimpinan UMNO tidak akan memilih mereka ini sebagai pemimpin rakyat selaras dengan slogan berkhidmat untuk rakyat serta menjuarai rakyat.

Menghadapi PRU13 akan datang, kita masih ragu-ragu akan kekuatan kita terutama sekali apabila pihak pembangkang semakin aggresif  dan mengunakan berbagai cara tanpa mempertimbangkan baik-buruknya atas satu alasan - untuk menang dan berkuasa! Apakah kita sudah berusaha bersungguh-sungguh merapatkan semula barisan? Menyusun semula saf-saf? Menghurai kusutnya benang? Menjahit segala yang carik? Untuk bersama kebarisan hadapan dalam perjuangan bagi memertabatkan bangsa dan menjulang Islam agama dan pegangan hidup kita?

Apa yang pemimpin-pemimpin lakukan untuk merapatkan semua UMNO dibahagian-bahagian? Apa yang kita lakukan untuk menyusun semula UMNO dicawangan-cawangan? Kita bukan sahaja tidak mampu menarik musuh menjadi sahabat bahkan kita juga tidak mampu menahan sahabat kita dari menjadi musuh.

Mungkin ada calon yang kita tidak minati untuk diundi dalam PRU nanti, namun kita harus berbalik kepada memilih calon berdasarkan parti. Jika salah calon itu dipilih, maka salahkanlah ahli-ahli parti yang membiar dan membantu calon berkenaan terpilih. Dalam politik UMNO (Jerantut), kita lebih suka kepada lautan yang bergelora kerana kita semua percaya; jika jong pecah, maka yu akan kenyang. Justeru, jangan kita salahkan sesiapa selain dari diri sendiri kerana memilih perwakilan yang salah ke peringkat bahagian dan mereka pula memilih pemimpin yang salah untuk pada mata umum.

Sudahkah UMNO kita berubah? Mampukah kita berubah? Apakah kita masih ada waktu untuk berubah atau UMNO hanya akan jadi cerita dongeng atau bahan sejarah. Ada sesiapa yang peduli? Hahaha! UMNO!!!

19 July, 2011

WAN AMIZAN CALON YANG LAYAK SELEPAS KU LAN BERUNDUR




YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut selama 3 penggal baru-baru ini telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU akan datang. Beliau mengumumkan demikian di Tekam Plantation sewaktu menyampaikan hadiah kepada pertandingan pertandingan bolasepak dan bolajaring  bagi DUN Pulau Tawar beberapa hari lalu. (Sila klik NST)

Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan itu juga berkata bahawa keputusannya adalah atas kehendaknya sendiri disamping memberi peluang kepada pemimpin muda yang berkebolehan untuk membangunkan parlimen Jerantut dalam menghadapi lebih cabaran dalam era IT ini.

Menyingkap pandangan sebahagian rakyat dari media sosial (blog dan facebook) setempat selama ini, kita dapati ada antaranya yang begitu keterlaluan mengkritik beliau terutamanya blog WZWH, namun kita percaya bahawa bukanlah ini sebab utama YBM Tan Sri Tengku Azlan memutuskan untuk mengundur diri.  Pasti kali ini beliau benar-benar jujur untuk memberikan peluang kepada tokoh yang lebih muda disamping berhasrat untuk berihat dari politik.

Jika kita menghayati apa yang YB Tan Sri Tengku Azlan katakan itu, pasti beliau bermaksud untuk melepaskan jawatannya dan memberikan peluang kepada YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan kerana kreteria yang beliau maksudkan ada padanya. YB Dato' Wan Amizan Wan Razak adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian adalah satu-satunya calon yang layak mengisi kekosongan yang berlaku kelak.

Mereka yang lain, yang juga dirasakan layak dan kini berada didalam kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut, tidaklah menjadi saingan berdasarkan faktor usia serta kesihatan menghalang. Justeru, kita melihat bahawa beliau lah orang yang paling layak setakat ini. Bagaimanapun, ini bukanlah satu laluan mudah kerana disamping beliau juga ada musuh politiknya, ada juga pihak yang tidak menyenangi beliau atas alasan tertentu dan peribadi, namun kita percaya dengan sedikit perubahan dalam kepimpinan dan pendekatannya dengan masyarakat, beliau akan mampu menarik hati rakyat untuk menyokongnya kembali.

Banyak pihak berpendapat kerusi Parlimen Jerantut adalah kerusi panas dan UMNO kemungkinan akan gagal disini, tetapi saya percaya bahawa YB Dato' Wan Amizan memenanginya dan membuktikan bahawa persepsi demikian adalah salah, asal saja beliau berusaha untuk menguasai pengundi muda yang sangat akrab dengan jaringan media sosial.

Saya melihat bahawa pintu sudah luas terbuka, YB Dato' Wan Amizan harus mengambil keputusan segera bagi memantapkan dirinya untuk menduduki kerusi Parlimen Jerantut dengan membawa aspirasi membangunkan rakyat dan mengejar pembangunan agar kehidupan kita akan setaraf dengan mereka yang ada di kota-kota besar serta kita tidak lagi ketinggalan dari segala bidang.


12 July, 2011

GELOMBANG KE-2 MEDIA SOSIAL




Perhimpunan rusuhan 'Bersih' yang tujuan khususnya untuk menjatuhkan kerajaan secara demonstrasi telah gagal. Kerajaan telah berjaya menghalang perkara-perkara buruk dari berlaku. Pihak pembangkang tentu tidak berpuas hati apabila sasaran mereka tidak kesampaian. 

Memang ada beberapa aduan yang sebenarnya tohmahan 'kunun'nya pihak keselamatan bertindak ganas terhadap  para perusuh, namun jika pihak keselamatan tidak bertindak pantas dan keras sudah tentu jiwa mereka juga tidak akan selamat kerana mereka ketika itu berhadapan dengan perusuh yang ganas dan sudah bersedia untuk berlaku ganas. Jika saya ahli pasukan keselamatan ketika itu, pasti saya akan lakukan pendekatan yang mungkin lebih keras lagi.

Buat seketika pihak kerajaan boleh berehat sejenak dan menarik nafas panjang, namun mereka jangan leka kerana apa yang saya perhatikan adalah kesan yang besar didalam diam. Mungkin tidak ramai yang merasainya namun saya merasakan ini satu gelombang yang jika tidak ditangani dengan baik akan mampu menenggelamkan bahtera yang sedang kita layari sekarang ini. Apakah maksud sebenar saya?

Kita semua akui bahawa gelombang pertama yang melanda dan hampir membenam BN dalam PRU12 lalu adalah dari ledakan media sosial. Namun seketika kita boleh mendabik dada bahawa kita sudah mula dapat mengawalnya dan menjuarainya. Dalam media blog, kita bangkit dengan kumpulan BPN (Blogger Pembela Negara) namun kemudiannya tenggelam dibawa arus masa. Blogger Patriot dibina diatas keruntuhan BPN, sedangkan nafas lebih patut diberikan kepada BPN yang mempelopori perjuangan, namun kerana kepentingan politik BPN dibiarkan berkubur tanpa nesan.

Kita bangga kerana merasa kita sudah menguasai blogger berdasarkan kepada jumlah blog yang menduduki tangga teratas. Sebahagian kita jadi leka dan bersikap sambil lewa dan santai sambil menghisap cerutu dan menghitung laba. Kita merasa kita kuat justeru kita menikam sesama sendiri, tetapi kita lupa bahawa jerat tidak pernah lupakan pelandok.

Sedarkah kita bahawa bersama dengan perhimpunan rusuhan itu, media sosial pembangkang telah bangkit semula kerana mereka menerima dana yang banyak. Lihat saja di blog, mereka aktif lawati  blog kita dan memberikan komennya selain dari aktif menulis diblog mereka sendiri. Demikian juga di Facebook dan Twitter, mereka juga aktif kerana sumbangan dana yang sampai kepada mereka melincirkan segalanya.

Perhatikan juga banyak grup-grup dan laman-laman baru facebook telah diujudkan. Mereka aktif kerana adanya dana yang besar dan akan terus melakukan ini sehingga PRU13 nanti. Apakah yang pihak kita lakukan? Kita tidak ada sebarang dana untuk menggerakkan media sosial kadang-kala ada antara pemimpin kita yang masih  tidak percaya kepada keupayaan media sosial. Kita juga menikam sesama sendiri selama ini. Kerana itulah BPN berkubur dan mati. Ada antara blogger kita mengejar nama dan kebendaan serta mengenepikan perjuangan sebenar bahkan tidak peduli apa kita akan menang atau kalah. Mungkin mereka sangat yakin bahawa BN tidak akan tumbang. Apakah mereka sedar bahawa 'tidak ada bateri yang tahan selamanya'!

Saya tidak tahu apakah tindakan pemimpin kita selepas ini, tetapi saya akan tetap teruskan perjuangan biarpun berseorangan, biarpun tiada menerima apa-apa sumbangan, atau jasa tidak juga akan dikenang. Saya percaya pada kata-kata Tun Dr. Mahathir; 'Perjuagan Belum Selesai' selagi hayat dikandung badan. Ingatan saya kepada sahabat supaya kembali kepada perjuangan asal, seperti bagaimana kita bermula dahulu.

Media Baru UMNO kita, setakat mana di negeri-negeri dan dibahagian-bahagian? Yang saya lihat dan rasakan semuanya masih kaku dan bisu, sepi dan mati.



Huh! Polis pun mereka lawan? Jihad atau Jahat ni?
Walaupun mereka memfatwakan sebagai halal, namun ini tetap haram 
dan mereka semua memang haramjadah!

10 July, 2011

MUSANG BERBULU AYAM: CUBA BERSIHKAN KEKOTORAN

Ini bukannya musang berbulu ayam sebab 'totey'nya tak ada bulu, hehe





Sejak awal lagi banyak pihak sedar bahawa demonstrasi ‘Bersih’ hanyalah atas kepentingan Anwar. Banyak pihak termasuk Ambiga dan Anwar sendiri menafikannya, kunun Bersih bukan ada kepentingan politik. Namun akhirnya apabila Anwar maju kehadapan untuk mengetuai demonstrasi itu, ianya dilihat sebagai cuba mencetus semula reformasi sepertimana terdahulu. Akhirnya wajah musang sebenar sudah kelihatan disebalik bulu-bulu ayam yang berselerakan.

Demonstrasi ‘Bersih’ telah dapat digagalkan, Anwar sekali lagi gagal dan beliau boleh diibaratkan, ‘ayam terlepas, tangan bau taik’. Sisa-sisa semalam yang tingal hanyalah najis-najis yang berselerakan merata-rata.

Rusuhan itu berakhir dengan keganasan, golongan peniaga menanggung kerugian, pengangkutam awam terjejas, rakyat yang tidak berdosa terpaksa menanggung kesusahan akibat dari kerakusan cita-cita politik golongan yang tidak menghomatii demokrasi.

Selain daripada itu, demonstrasi hanya dapat mengalih pandangan rakyat dari isu pelakon lucah yang 99.99% wajahnya seakan Anwar Ibrahim kepada memberi simpati kepada ‘binatang politik’ itu yang kununnya cedera parah akibat dari tindakan pihak keselamatan.

Kesudahannya rakyat semakin hari semakin membenci Anwar Ibrahim kerana tindak-tanduknya dalam usaha menjatuhkan kerajaan dengan cara yang sangat hina ini.  Berbagai sindiran tersebar meluas dilaman-laman facebook dan twitter yang mencerca Anwar Ibrahim. ( Klik Sini ),  baca juga disini

09 July, 2011

BLOGGER KURANG AJAR DAN DERHAKA SEDANG DIAMBIL TINDAKAN





Beberapa hari lalu beberapa laman blog ( Sini  dan  Sini ) menulis mengenai sebuah blog pro pembangkang yang menulis komen yang didapati menghina titah Sultan Pahang. Berita mengenainya juga ditulis oleh akhbar harian tempatan (Sinar Harian) ( Klik Sini )

Berikutan dengan itu beberapa buah pertubuhan NGO telah mendesak diambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan dan beberapa laporan Polis telahpun dibuat. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi, Sains dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) negeri sudah diarah supaya menyiasat pemilik blog tersebut sebelum tindakan sewajarnya dibuat mengikut lunas undang-undang yang ada. ( Klik Sini )

Blog yang dimaksudkan adalah blog Pak Karamu (Klik Sini ) bagaimanapun posting berkenaan telahpun dipadamkan oleh pemiliknya ( Klik Sini ) Menurut siasatan, identiti blogger berkenaan adalah seperti berikut:

Nama Blog: Pak Karamu
Nama Blogger:  Ariffin Bin Ngah Nasution
Alamat (seperti yanag dikesan):  F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak

Beliau adalah bekas calon Pas bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dalam PRU8 lalu.
Facebook: Pak Karamu  ( Klik Sini )

Sebagai seorang rakyat negeri Pahang yang prihatin, menghormati dan menyayangi Sultan, saya merasa amat kecewa dan kesal dengan sikap blogger terbabit yang menunjukkan kebodohannya dengan mengaitkan institusi Raja dalam kecenderungan politik peribadinya.

Walaupun tulisan didalam blog berkenaan sudah dipadamkan tetapi kemarahan rakyat negeri Pahang terhadapnya masih belum pudar, justeru beliau disarankan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Kepada blogger berkenaan, apa yang ingin saya katakan adalah; kebebasan bersuara dan demokrasi bukanlah bermakna anda bebas menghina orang lain terutama sekali pemimpin dan Raja-Raja kerana demokrasi negara kita meletakkan institusi Raja-Raja ditempat teratas untuk dihormati dan berperanan sebagai pelindung rakyat jelata dan anak negeri.

Kita menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera terhadap blogger 'kurang ajar' ini supaya ianya dapat menjadi teladan kepada blogger-blogger lain pada masa akan datang. Menyertai Pas parti yang 'kununnya' perjuangkan agama Islam bukanlah tiket untuk bebas mencerca orang lain terutama Raja-Raja dan Sultan.  Beberapa pertubuhan NGO difahamkan masih lagi membuat laporan Polis berhubung perkara berkenaan.






28 June, 2011

YANG SUAM-SUAM KUKU DI PAHANG

Senjata buatan Rusia yg turut digunakan oleh 'pembunuh upahan'



Dalam kehebohan masyarakat terutama bangsa Melayu mengenai 'Himpunan Bersih' yang akan diadakan tidak lama lagi, yang akan memperlihatkan bangsa Melayu bertempur sesama sendiri seterusnya mencatat sejarah kebodohan sebuah bangsa hanya kerana mempertahankan seseorang yang ternyata kotor bahkan lebih terkenal sebagai 'binatang politik' negara. 

Dalam kegawatan sebegitu, terdengar desus-desas bahawa ada seorang blogger 'besar' dengan bantuan seorang Dato' telah mengadakan pertemuan dengan Anu arr bagi satu urusan perniagaan. Semua orang tahu Anu arr tidak akan memberi tanpa menerima apa-apa sebagai balasan, justeru bagaimana kita boleh menaruh kepercayaan kepada mereka yang mengaku bahawa mereka pemimpin dan orang kuat UMNO Pahang apabila telah menjalin hubungan dengan 'binatang' politik itu?

Apa perkataan yang paling sesuai untuk ditujukan kepadanya selain dari 'pembelot' dan 'pengkhianat' bangsa dan parti dimana suatu ketika dulu dia bernaung dan memberinya kehidupan. Inilah satu contoh bahawa pemimpin dalam parti juga tidak akan ada kesetiaan, yang ada melainkan kepentingan diri mereka semata-mata.

Tidak hairanlah jika tulisan dari fikirannya mengambarkan pertentangan pendapat dan ideologinya dengan pucuk pimpinan kita. Tulisannya juga banyak bertentangan dengan apa yang PM dan UMNO ingin realisasikan selama ini. Tidak menghairankan jika ungkapannya sekadar ingin menarik perhatian pucuk pimpinan bagi memberinya peluang (sekali lagi), namun jika sudah ada hubungan terus antaranya dengan Anu arr, maka nampaknya jalan kembali seakan sudah ditutupnya, atau mungkin beliau mengulang kembali sejarah 'anak yatim' yang membakar jembatan suatu ketika dulu' di era Tun Mahathir.

Apa pun, harap kerajaan dan UMNO memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengkhianat sebegini kerana perbuatan beliau memberikan kembali nyawa kepada Anu arr untuk 'membunuh' UMNO dan kepimpinannya. Jika UMNO hendak dibersihkan, inilah masanya dan inilah 'kekotoran' yang mesti dibersihkan terlebih dahulu. Yang memusnahkan UMNO bukanlah ahli dan akar umbi, tetapi adalah oleh pemimpin yang sebegini, yang hanya mencari kepentingan diri melebihi perjuangan parti serta agama, bangsa dan negara.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...