14 August, 2010

UMNO PAHANG ~ PERTEMUAN DENGAN TPM DAN SETUJU DS ADNAN TIDAK DIKEKALKAN



Beginilah foto dari sebuah blog dari pembangkang, apa yang UMB dan Biro ICT Pahang mampu lakukan? Atau memang mereka pun ada agenda tersembunyi untuk tidak menjaga tuannya?




Entah kali yang keberapa, namun saya tidak akan jemu mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pahang Daily Online, (klik sini) portal berita pembangkang yang peka dan memberikan respon kepada tulisan di blog bh selama ini. Blogger pro kerajaan (?) lebih dihargai (portal blog) pembangkang dari kerajaan sendiri(?).


Membaca posting di PDO, dalam banyak hal nampaknya PDO bersetuju dengan bh bahawa; UMB Pahang tidak berfungsi sama sekali selama ini. Blogger upahan kerajaan Pahang juga tidak memainkan peranannya (melainkan atas kepentingan sendiri dengan sering menghentam DS Najib dalam tulisannya). Blogger yang dikursuskan oleh UMB Pahang dan Biro ICT UMNO Pahang masih belum mampu menulis blog sedangkan penganjurnya sudah 'montek' kekenyangan. UMNO Pahang tidak peka dan tidak pendulikan Media Sosial di Pahang kerana mereka sendiri masih buta IT ( dalam masa sama penyokong pembangkang sibuk menghentam mereka di blog dan facebook)


Nampaknya PDO dan banyak pihak lagi bersetuju bahawa MB Pahang tidak lagi perlu dikekalkan menjelang PRU13 nanti, berikut kegagalannya menjana ekonomi negeri selama ini. (Sering membentangkan belanjawan defisit). Harap pemimpin UMNO pusat sudah mendapat isyarat yang sangat jelas dari rakyat marhaen. Baca disini dan disini juga.


13/8/10
2:36pm

13 August, 2010

WILAYAH AUTONOMI PULAU PINANG?





Cuba saudara baca berita dari Malaysiakini ini...


Penulisnya sendiri berkata yang ini merupakan satu idea drastik yang sudah lama difikirkan oleh Cina Pulau Pinang tapi tidak siapa yang berani bersuara dan menyebutnya.


Benar, bila dia kata Cina yang fikirkannya kerana sudah pasti tidak ada Melayu yang sebebal itu yang mahukan Pulau Pinang keluar dari Malaysia.


Autonomi itu akan bermaksud bahawa mereka akan boleh kakukan sesuka hati mereka tanpa dikawal oleh kerajaan pusat (Negara Malaysia) maka akan jadi apa nanti Melayu di Pulai Pinang itu?


Jangan  kita nafikan perkara ini dari terjadi kerana Singapura telah membuktikannya sebagai sesuatu yang tidak mustahil. Mungkin pemimpin yang membiarkan Singapura keluara dari Malaysia ketika itu beranggapan bahawa tidak lama lagi Singapura akan memohon untuk menyertai Malaysia kembali kerana kegagalannya dari segi ekonomi yang tidak mempunyai sumber asas, namun kita sebenarnya yang nyata silap kerana nampaknya kita juga terpaksa bergantung kepada Singapura.


Negeri-negeri di Pantai barat juga dilihat sebagai negeri yang kaya dengan penguasaan ekonomi dan apabila dapat menguasai Pulau Pinang disamping Singapura menjadi asasnya, maka tidak mustahil mereka akan kuasai negeri-negeri lain juga sama ada dari segi ekonomi dan politiknya, dan Melayu akan kehilangan negara Malaysia nya nanti.


Sila baca artikel saya yang ada hubungkaitnya dengan posting ini di sini, sini dan sini.





12 August, 2010

PAHANG: KEPIMPINAN UMNO YANG LEMBAB

Gambar Hiasan: Pelapis kepimpinan UMNO Pahang.




Semalam blog Pena Minang menulis tentang UMNO Negeri Sembilan yang caca-marba (sini). Hari ini blog Novandri, Minda Intelek Melayu pula menulis tentang UMNO Pulau Pinang (sini). Bloggers tidak pernah jemu menegur dan mengingatkan para pemimpin UMNO supaya jangan leka, berusaha lebih keras, jangan ego, jangan tidur, jangan sombong diri malangnya tidak banyak yang dapat diubah kepada pemimpin UMNO. Mereka masih dengan keadaan yang serupa. Pemimpin UMNO Lembab dan lemah dimana-mana.


UMNO Pahang apa kurangnya, mungkin tidak banyak hanya satu dua saja blogger yang berani menegur kepimpinan UMNO negeri tetapi itu bukan bermakna seluruh negeri mengangap kemimpinan tidak ada cacat-celanya. Orang tidak berani menegur mungkin kerana segan, malu-alah ataupun mengambi sikap tidak peduli, namun hakikatnya mereka sudah tersangat benci terhadap kepimpinan UMNO negeri.


Apabila ada satu dua blogger menegur pemimpin dan pemimpin beranggapan bahawa ini bukanlah suara majoriti dan mengambil sikap tak endah maka ini bermakna UMNO sengaja menempah petaka menjelang PRU13 nanti. BH sendiri sering menegur terutama peranan yang dimainkan oleh media sosial, yang sepatutnya dikuasai sepenuhnya oleh ataupun sebaik mungkin oleh UMNO namun setakat ini masih tidak nampak bahawa UMB Pahang dan Biro ICT Pahang mampu menguasainya.


Jika kita lihat / baca di facebook dan blog-blog yang ada, saya masih melihat bahawa mediujm ini masih dikuasai oleh penyokong pembangkang. Mungkin UMNO dibawah kepimpinan DS Adnan menganggap ini masalah terpencil dan beranggapan bahawa peratusan pengundi yang terlibat dan menggunakan media sosial berkenaan masih kurang makan beliau merasa UMNO masih selamat dalam PRU13 nanti. Mungkin beliau juga lupa bahawa dari hanya seorang pengguna media sosial berkenaan berita akan disebarkan secara manual kepada lebih ramai penggundi dan mereka akan lebih mempercayai apa yang disebarkan itu.


Saya tidak nampak bahawa dalam menyebarkan maklumat propaganda UMNO Pahang sudah berjaya menguasai pengundi di PRU nanti. Bahkan pembangkang nampaknya lebih berjaya menguasainya. Pahang Daily Online umpamanya berjaya menarik lebih 3000 pembaca dalam sehari, tidakkah mereka sedang menguasai minda rakyat?


Memang susah jika kita ada pemimpin yang tidak nampak masa depan dan kepentingan ICT / Media Sosial dan peranannya terhadap masyarakat. Malangnya, kita (Kerajaan UMNO/BN) yang mencipta ruang IT namun ianya dibiarakan dikuasai oleh pihak pembangkang. Malang juga bila kita ada Ketua Penerangan yang masih gelap hati dan mindanya.


Saya masih percaya, jikapun Pahang tidak jatuh ketangan pembangkang namun beberapa kerusi tetap akan dapat dirampas oleh pihak pembangkang dalam PRU nanti akibat dari keegoan pemimpin UMNO sendiri. Dalam bulan Ramadhan ini pemimpin diseru untuk berhenti seketika dari memikirkan bagaimana untuk memenihkan kocek mereka sendiri saja, tetapi lakukanlah sesuatu untuk kepentingan UMNO dan rakyat pula.

10 August, 2010

HANGAT: PERTEMUAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO DENGAN PEMIMPIN UMNO NEGERI PAHANG








Petang semalam - satu pertemuan diantara pemimpin tertinggi UMNO dengan Pegawai-pegawai dan Pemimpin UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Pahang telah diberitakan diadakan di Kediaman Menteri Besar Pahang.


Tan Sri Muhyiddin Yassin antara lain mungkin telah memaklumkan isyarat dan amanat kepada UMNO Negeri bagi bersiap sedia menghadapi Pilihanraya UMUM ke-13 pada bila-bila masa tidak lama lagi.


Turut dilaporkan kelihatan hadir ialah Dato' Jamaluddin Jarjis, Dato' Sharkar Shamsuddin dan beberapa pemimpin tertinggi negeri. 


Nampaknya tidak lama lagi rakyat akan menunaikan hak mereka bagi memilih parti dan kepimpinan bagi daerah dan negeri masing-masing. Apakah UMNO/BN sudah benar-benar bersedia?


Pahang akan menghadapi gelombang yang tidak pernah dijangka oleh pemimpin-pemimpin UMNO negeri selama ini. Mungkin pemimpin UMNO negeri manganggapnya sebagai satu perkara kecil akibat kegagalan mengesan gelora hati rakyat atau memang mereka masih merasakan bahawa mereka sentiasa kuat, berkuasa dan akan kekal selama-lamanya.


Saya melihat negatif dan merasakan bahawa UMNO akan kehilangan beberapa kerusi dalam PRU akan datang nanti jika pemimpin masih leka.

09 August, 2010

MB BARU PAHANG DARI JERANTUT?


DS Najib - Sayang MB atau rakyat?






Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut meramalkan atau mencadangkan bakal MB akan datang datangnya dari Jerantut. (Klik sini) Ini ada hubungkaitnya dengan blog uRag dRrulug. Jikalau bukan seperti nama yang dicadangkan itu, mungkin juga Dato' Wan Amizan akan layak menggantikannya memandangkan sokongan yang kuat diterima oleh beliau dari Ketua Pemuda @ KJ selama ini.


Saya berpendapat soal siapa akan mengganti MB Pahang dan dari mana bakal MB itu akan datang tidak timbul sama sekali. Persoalan utama adalah MB yang ada harus digantikan kerana prestasinya yang kurang memuaskan selama ini.


Ramai yang terlibat dengan industri pelancongan mengeluh kerana kelembapan industri pelancongan di Pahang. Bahkan ada beberapa pemandu pelancong yang terpaksa berhijrah ke KL untuk mencari penghidupan disana. Ini bermakna kerajaan tidak berjaya mengilap destinasi pelancongan di Pahang sehingga menjadi destinasi pelancongan pilihan utama pelancong, berikutan itu telah melemahkan industri pelancongan di Pahang. Mungkin Dato' Shafik Fauzan boleh dapatkan 'feedback' mengenainya dari Persatuan Pemandu Pelancong Pahang (PhTGA). Dato' Shafik kenalah tahu hal-hal berkaitan industri pelancongan, urusan kabajikan wanita itu biarlah diwakilkan kepada sesiapa, melainkan ada hasrat untuk menambah wanita dalam rumah.


Kes penerokaan hutan dan tanah secara haram di Cameron Highland memang masih belum selesai dan tidak pernah berakhir. Tindakan kerajaan dirasakan hanya bagai melepas batuk ditangga. Masalahnya rakyat melihat apa pun yang bangsa cina buat tidak mengapa dan bila melayu buat maka kerajaan kelihatan mengambil tindakan keras. (Rujuk penerokaan tanah secara haram oleh generasi kedua Felda dengan tajuk posting; 'Siapa Makan Nangka Dia Kena Getah')

Kita tidak pasti berapa banyak kawasan balak yang telah diluluskan oleh kerajaan dan berapa pula pembalakan secara haram yang dilakukan. Kerajaan sangat berahsia dan menyatakan bahawa tidak ada kawasan pembalakan diluluskan tetapi lori balak sentiasa sarat dengan muatan. Mungkin MB tidak melihat kerana kerana sedang asyik perbaiki kerusinya yang hampir patah (gamaknya lah)


Yang penting adalah berapa jumlah rakyat Melayu anak negeri Pahang yang mendapat kelulusan tanah selama ini? Saya sendiri telah memohon selama lebih 20 tahun tapi file masih belum diangkat. Kalau semut merah pun yang mengusung file itu dalam masa 20 tahun tentu file itu sudah pun sampai ke Les Vegas (gamaknya lah). Kegagalan penjawat awam juga adalah kegagalan pentadbiran MB.  Mungkin juga MB yang berpengalaman sebagai GB sebelum ini memang tidak wajar lagi menyambung tugas selepas ini.


Hanya ada 2 kaedah: Pertama MB diubah oleh pemimpin utama negara atau kedua MB serta parti yang diwakilinya akan diubah oleh rakyat dalam PRU13 nanti. DSN tentu sedang memikirkannya sekarang ini.

BLOGGER KERAJAAN PAHANG YANG DI'BRRUPPP'KAN

Posting hangat tengahari: MB baru Pahang dari Jerantut


Gambar hiasan: 
Kita makan dulu bro, tulis blog kemudian kira, kita 'brrupp' sikit saja , blogger itu dapat 30K






1. Berkaitan isu yang saya tulis baru-baru ini, seorang sahabat blogger menghubungi saya dan memberikan maklumat mengenai seorang blogger Kerajaan Negeri Pahang yang diberitakan sudah di 'brruppp'kan.


Dikhabarkan blogger ini telah menerima wang pengeras sebanyak RM30K dari pihak berkenaan. Diberitakan juga bahawa blogger ini telah menulis sesuatu isu yang berkaitan dengan orang 'itu' lalu bagi menutup segala kebenaran yang membuka pekong didada maka orang 'itu' telah mem'brruppp'kan blogger berkenaan.


Saya memang telah terbaca posting berkenaan dan ketika saya semak diblog berkenaan dan mendapati sememangnya posting itu sudah dipadamkan, mungkin sebaik sahaja menerima 'pengeras' dari orang 'itu'




2. UMB Pahang dibawah Dato' Sam patut adakan banyak lagi kursus penulisan blog supaya akan ada blogger lain yang akan menggantikan blogger itu. Selain itu boleh juga 'mencairkan' peruntukan mengadakan kursus bagi kepentingan kroni.Pencapaian pada kursus itu tidak penting sangat, yang penting banyakkan mengadakan kursus. Bab peruntukan jangan bimbang kerana UMB UMNO masih banyak peruntukkannya, lagipun semua UMB negeri-negeri masih dalam keadaan membuta.


Saya melihat bahawa menjelang PRU13 nanti, Pahang akan menerima impak besar dari peperangan media sosial dan jika nak diharapkan blog 'Small Tak' sahaja adalah mustahil akan mampu membantu mempertahankan kerusi MB untuk terus diduduki oleh Dato' Sri Adnan melainkanlah memang ada operasi gunting dalam lipatan. Mana 'Cyber Trooper' yang dibina dulu? Kalau setakat seorang blogger itu, bukanlah trop namanya.




3. Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut sudahpun mencalonkan anak tempatan untuk menggantikan MB menjelang PRU13 kelak. (Klik Sini)


4.  Bunyi 'brruppp' itu tak jauh dari Kuantan rupanya...hehehe. Sekarang saya semakin faham bahawa segalanya tersembunyi didalam file bernama konspirasi. Kita akan bongkar lagi nanti.

08 August, 2010

PERASMIAN PERKASA DAERAH NEGERI PAHANG DI JERANTUT







Saya akan kembali membongkar mengenai konspirasi blogger selepas ini, tetapi sekarang harus mengenai Perkasa kerana masih hangat.


Hari ini dimaklumkan bahawa Perkasa akan berada di Selangor bagi Program Pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Daerah-daerah Peringkat Negeri Selangor. Jika diibaratkan melompat, sudah tentulah akan kepenatan Dato' Paduka Ibrahim Ali melompat dari sana kesini dan dari sini kesana. Namun kita percaya bahawa Dato' Ibrahim Ali dianugerahkan Allah sedikit kekuatan semangat untuk melompat-lompat.


Semalam 7hb Ogos bertempat di Jerantut, Pahang, Dato' Paduka Ibrahim Ali telah berkenan menyampaikan Watikah Perlantikan kepada Pengerusi-Pengerusi Perkasa Peringkat Daerah. Sebelumnya beliau merasmikan Pelancaran Perubumi Perkasa Malaysia Peringkat Negeri Pahang.


Dalam waktu yang singkat dipagi itu sempat juga saya berbual dengan Dr. Zubir Harun, YDP Perkasa Negeri Pahang merangkap Naib Presiden Perkasa dan dalam beberapa hal berkaitan politik semasa kami mencapai persetujuan. Malang bagi saya tidak dapat berbual lama dengan Dato' Paduka Ibrahim Ali kerana kesuntukan waktu masing-masing. Mungkin saya akan mencari peluang lain satu hari nanti.


Seperti semua sedia maklum bahawa Perkasa ditubuhkan atas keinsafan apabila melihatkan kuasa melayu terhakis dalam PRU12 lalu. Parti-parti yang dianggotai oleh kaum Melayu seperti UMNO dan Pas sudah tidak mampu bersuara demi memperjuangkan bangsa Melayu atas apa alasan sekalipun. Disinilah paksi kepada kekuatan pertubuhan Perkasa - memperjuangkan dan menyatukan bangsa.


Mereka dari Pas dengan sinis memandang Dato' Ibrahim Ali sebagai katak yang melompat tanpa arah tujuan sedangkan mereka dalam UMNO pula melihatnya sebagai katak yang ingin melompat masuk kembali kedalam kolam.


Namun saya melihat Dato Ibrahim Ali dengan pandangan yang positif. Kerana dikala Pas tenggelam dalam pelukan DAP dan diliwat olih PKR serta ketika UMNO yang sebagai jalang tuan menjaja diri dilorong-lorong belakang mengemis simpati ketika dibenci rakyat, Perkasa dahang dengan gagah dan suara lantangnya memperjuangkan sebuah bangsa bernama Melayu.


Saya tidak ingin berbicara terlalu banyak mengenai Perkasa kerana saya percaya semua sudah tahu dan faham mengenai asas-asas penubuhannya dan halatujunya. Saya sangat setuju dan menyokong penubuhan Perkasa ini selagi sasaran dan halatujunya untuk menyatukan bangsa Melayu yang sangat terkenal dengan susahnya untuk bersatu disamping selalu adanya pengkhianat yang akan menikam belakang.


Cuma, Perkasa harus benar-benar diperkasakan dengan jujur dan ikhlas. Jangan biarkan ada pihak yang mengambil kesempatan hanya untuk memperkosakan Perkasa, atau membiarkan Perkasa untuk diperkasamkan.


Didalam jawatankuasa pengurusan Perkasa disetiap peringkat, janganlah terlalu banyak orang-orang UMNO atau pemimpin-pemimpin atau bekas-bekas pemimpin UMNO yang memegang jawatan penting sehinggakan Perkasa dicop sebagai pendua kepada UMNO. Kerana ini akan menakutkan penyokong-penyokong Pas untuk menyertai Perkasa.


Perkasa janganlah dibiarkan dijadikan sebagai gudang barang-barang lusuh dengan menerima bekas-bekas pemimpin UMNO yang sudah tergelincir untuk mendapat peluang naik semula, jika ini terjadi rakyat juga akan benci. Perkasa harus bersihkan diri dari segala ini kerana jika ini dibiarkan terjadi, yang pasti Perkasa akan jadi Perkasam.


Kepada Dato' Ibrahim Ali @ Tok Him, Dr. Zubir dan YDP-YDP Perkasa Negeri-Negeri serta Pengerusi-Pengerusi Perkasa Daerah-Daerah saya ingin sekali lagi mengingatkan agar jangan biarkan dijadikan Perkasa ini sebagai gudang barang-barang lusuh, sebaliknya pastikanlah supaya ianya benar-benar akan berupaya menyatukan umat Melayu kerana inilah harapan terakhir bagi bangsa Melayu....


Kerana apa yang saya lihat Perkasa adalah klon kepada UMNO dan tempat orang UMNO yang dah tersungkur untuk memanjat semula. Boleh Dato' Ibrahim Ali katakan ini tidak berlaku? Hehehe....lompat lagi Dato'...lompat...lompat..!!



07 August, 2010

CERAMAH PERKASA DI JERANTUT





Semalam (6hb. Ogos 2010) jam 9.30 malam bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut telah diadakan ceramah isu-isu politik Malayu. Selain dari YDP Perkasa Pahang merangkap Naib Pengerusi Perkasa YBh. Dr. Zubir Harun, turut hadir menyampaikan ceramah adalah Presiden Perkasa, Dato' Paduka Ibrahim Ali.


Ceramah yang bermula lembab itu akhirnya bertambah meriah dengan kehadiran ramai yang memenuhi dewan. Seperti biasa, kemahiran berpidato yang dimiliki oleh Dato' Paduka Ibrahim Ali membuatkan hadirin bersemangat mendengar ceramahnya hingga keakhir.


Antara lain beliau menjelaskan bagaimana sikap Pas yang selalu memutarbelitkan kata mereka serta mengeluarkan berbagai fatwa bagi menyokong apa yang mereka lakukan disamping mengeluarkan fatwa lain bagi menyalahkan UMNO. Sikap lidah bercabang Pas ini sudah sinonim dan sudah menjadi budaya dalam Pas.


Pas sanggup mengadai apa saja hatta nama Allah sekalipun demi mendapat sokongan dan kerjasama dengan DAP kafir harbi.Sebaliknya menolak kerjasama dengan UMNO. Mereka lebih rela berpelukan dengan DAP dari UMNO yang sama sebangsa dan seagama.


Pas sanggup berkerjsama dengan DAP tanpa sebarang syarat, namun apabila diajak berunding untuk kerjasama dengan UMNO maka mereka melatakkan syarat itu dan ini. Apa yang sebenarnya Pas mahukan? Ikhlaskan mereka untuk berkerjasama atau hanya sekadar mencuri kesempatan untuk mendapat sedikit berkuasa?


Bukan susah menjadi YB Pas kata Dato' Ibrahm Ali kerana mereka tak perlu berbuat apa-apa untuk rakyat. Andainya rakyat memohon bantuan rumah PPRT maka pemimpin Pas akan menjawab; 'Tidak usah kita ributkan dengan harta dunia ini kerana diakhirat nanti kita akan mendapat mahligai yang besar didalam syurga'


Di Kelantan, mereka berpolitik bukan bermusim sebaliknya sepanjang tahun. Mereka adakan ceramah sepanjang masa dan rakyat diberikan gula-gula dengan menampakkan indahnya syurga sehingga mereka lupa akan kehidupan dunia ini. Rakyat hanya nampak syurga tetapi pemimpin mereka berebut-rebut mengutip harta dunia. Rakyat diperbodohkan dan terpedaya serta hidup dalam kemiskinan. Kerana itu di Kelantan, mereka dari kalangan pemimpin jadi kaya raya merebut segala harta yang ada tetapi rakyat jelata dibiarkan sengsara sambil bermimpikan tentang syurga.


Demikianlah Pas yang kononnya perjuangkan Islam namun apabila Islam dihina oleh DAP, mereka langsung tidak berani pertahankannya. Pas bukan pejuangkan Islam tetapi pergunakan Islam untuk mendapat kuasa bagi kepentingan peribadi dan kroni mereka.


Malanglah bagi Pas bila mengharapkan seorang gembala tua untuk memimpin jalan mereka sedangkan gembala tua itu sering lupa, hilang ingatan dan tersesat jalan. Bukanlah Nik Aziz sendiri yang tidak baik tetapi Nik Aziz tidak baik kerana kelemahannya yang tidak mampu menguasai anak buahnya yang sikapnya lebih rakus dari orang-orang UMNO dalam mengejar dunia.


Apa pun dia tetaplah bodoh bila diperbodohkan anak buah dan anak menantu. Bila mulut Nik Aziz sebut 'Isle' dan 'Agamo' anak buah dan anak menantu akan sebut 'harto dunio', hehehe..apa beza Pas dengan UMNO?

KONSPIRASI BLOGGER?



Logo: Grup Blogger Mata Duitan




Berikutan posting beberapa hari ini saya dihubungi rakan-rakan blogger. Dari kiri dan kanan, memberi pendapat dan pandangan. Nyata mereka lebih banyak mengetahui dari saya - dan memang wajar demikian itu.


Ada pihak berpendapat bahawa blogger STJ adalah individu yang bertanggungjawab dalam kes RM15K itu. Namun ada pihak lain menyatakan bahawa dia hanyalah pencacai kepada blogger SK yang sebenarnya 'Ular Sawa' yang juga terlibat dengan RM80K.


Nampaknya ada pihak yang menyokong satu pihak manakala ada pihak lain menyokong pihak yang satu lagi. Ini pun sebenarnya wajar kerana alasan kepentingan peribadi dan kelompok tertentu. Namun kedua-dua pihak itu kini diam membisu!


Cuma yang kecewanya adalah kami yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak mengetahui mengenai apa-apa dan membiarkan nama kami dijaja kesana kemari dan ada pihak yang memperolehi laba darinya. Saya sepatutnya lebih dahulu sedar bahawa dunia ini tidak sama rata.


Saya masih mengumpul maklumat dari beberapa sahabat untuk terus menulis mengenai isu ini. Saya ingin menyingkap segalanya hingga segalanya terdedah, apa yang patut saya sayang lagi? Saya bukanlah sebutir peluru!

06 August, 2010

BLOG ~ JIKA MELIBATKAN UMNO SEGALANYA BERKAITAN DUIT



Wajah seorang MB yang saya masih hormati




Semalam saya menerima beberpa panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas,termasuk dari pang5. Beliau mohon cadangan bagaimana nak atasi masalah peruntukan tak sampai ke blogger. Saya cuma mampu terkedu kerana selama ini saya tidak pernah tahu dan diberitahu bahawa adanya peruntukan seumpama itu. Malang sungguh nasib saya dan rakan-rakan seperti saya, yang berjuang bersungguh-sungguh atas nama Agama, Bangsa dan Negara. Rupanya selama ini hanya kami terpedaya.


Beberapa blogger yang terawal menutup blog mereka kerana protes atas kejadian sebegini, antaranya blogger Che Wan 'Pusakan Ayahanda' - sahabat lama saya yang berjuang sejak awal bermula dari kekalahan memalukan BN kepada PR yang mengakibatkan kehilangan beberapa negeri.


Rupanya ketika ini blogger sudah dikuasai oleh mereka yang berjuang untuk wang semata-mata. Saya tidak akan sebutkan nama-nama mereka kerana ini bukanlah tujuan saya. Siapa makan cili akan terasa!


Bacalah komen-komen diblog ini dan kita akan dapati pengakuan mereka yang berkenaan bagi mengiakan bahawa perkara ini benar-benar berlaku. Mungkin selepas ini saya akan dipulaukan, atau bilangan visitor akan merosot kerana menulis perkara yang bukan jadi topik hangat. Tapi inilah namanya perjuangan dan saya menulis bukan kerana nama. (Kerana itu juga blog bh ini tidak berwajah). Saya sejak lama dulu pun sudah berkira-kira hendak bersara. Jadi saya tidak akan kehilangan apa-apa.


Cuma saya mungkin akan mengulangi episod terakhir Si Jebat...'Hey! Orang-orang Melaka, sebelum Jebat tersungkur kebumi,terimalah buah tangan Si-Jebat ini....amuk!' Saya mungkin akan berhenti selepas saya bongkar semuanya.


Pertama saya nak usik tentang Pahang. Negeriku yang kaya-raya dan tanah tumpah darahku. Sahabat-andai saya yang masih lagi YB pun mungkin akan saya sentuh sedikit nanti. Jangan bimbang, yang tidak makan nangka tidak akan kena getah!


Beberapa siri kursus blog telah diadakan di Pahang, sekurang-kurangnya dua. Pertama di Kuantan dan keduanya di Rompin. Ini melibatkan peruntukan Unit Media Baru UMNO. Jangan kita pertikai berapa jumlah yang dibelanjakan tetapi apakah pencapaian yang didapati dari kursus itu? Mana blog-blog dari UMB Pahang yang mampu berada digelanggang? Mereka hanya berdiri diluar gelanggang dan tidak aktif dan hanya memerhatikan.


Bapa borek anaknya rintik....bagaimana anak buah nak aktif menulis kerana Dato' Sam sendiri pun sudah lama terkeluar dari gelanggang. Blog Menteri Besar @ Guru Besar masih kekal seperti itu, tidak ditulis dan tiada sesiapa yang mengunjungi. Mungkin MB masih menganggap orang-orang Pahang sama sepertinya dan masih buta IT. Mungkin MB masih selesa mengelak 'papan batu' berbanding 'laptop'!


Apakah kursus blog yang diadakan itu hanya untuk mengeluarkan belanja semata-mata? Untuk memenuhkan kocek orang-orang tertentu? Patutlah kami dari generasi pertama blogger Pahang langsung tidak dilibatkan, mungkin bimbang jika kami akan mengajar lebih baik dari mereka atau tidak hendak berkongsi 'harta rampasan perang'. Megat Pisau tentu ada maklumat mengenainya dan berkongsi maklumat dengan Dato' Sam.


MB Pahang lupa atau memang tidak faham bahawa UMB Pahang adalah juga imej IT Negeri Pahang? Pandang-pandanglah sekeliling juga biarpun sudah tidak lama lagi akan tinggalkan atau diusir dari kerusi itu, ini masih dalam tanggungjawab Dato' Seri selagi masih berkuasa. Kerana bila terpaksa pergi nanti pun tidaklah meninggalkan 'najis' bersepah dimerata-rata.


Aaaa...cukup dulu hari ini, esok kita sambung lagi...lebih panas dan lebih ramai yang akan terasa. Hahaha, jika melibatkan UMNO segalanya akan jadi duit...Brrupppp!! Eh? siapa sendawa tu? Hehehe



05 August, 2010

BLOGGER UPAHAN DAN MATA DUITAN?





Berikutan posting mengenai 'Blogger Ular Sawa' semalam' saya menerima beberapa email dan panggilan telefon dari para sahabat. Sepertia biasa dan sepatutnya didalam dunia realiti - ada yang menyokong dan ada yang membantah, ada yang menentang dan ada yang pertahankan - segalanya dengan alasan atas kepentingan masing-masing serta kumpulannya.




Posting saya itu diulas semula oleh blog The Unspinners pada jam 8.29PM dan House PK pada pagi ini. Dari komen-komen yang diterima nyatalah bahawa selama ini ada dendam yang tersimpan dalam hati para blogger yang tak terluahkan dan kesempatan ini diambil mereka untuk menyatakan apa yang bermain dalam hati mereka selama ini.




Saya tidak cenderung kepada mana-mana pihak tetapi saya dapat pastikan bahawa segala yang dinyatakan ada kebenarannya;


1. Peruntukan untuk blogger sebanyak RM15,000 bagi kempen di Hulu Selangor itu benar.
2. Peruntukan sebanyak RM80,000 bagi kempen di Sibu itu juga benar
3. Di Hulu Selangor para blogger yang berjuang disana tidak mendapat habuan yang diperuntukan bagi mereka juga benar.
4. Di Sibu, peruntukan sebantak RM80,000 yang tidak termasuk tambang kapal terbang namun blogger berkenaan hanya menerima imbuhan sebanyak RM100 seorang juga benar.
5. Di Hulu Selangor ada 'Ular Sawa' yang menelan peruntukan itu pasti benar
6. Di Sibu ada 'Naga' yang telah menelan peruntukan itu juga nyata benar.




Dari maklumat melalui telefon dan email yang saya terima, saya menyedari ada sesuatu yang sedang berlaku dikalangan blogger ini (Blogger Pro BN):


1. Rakan blogger telah terpecah kepada beberapa kumpulan dengan kepentingan mereka yang tersendiri.
2. Segalanya adalah berkaitan dengan wang dan peruntukan
3. Ada blogger tertentu yang memang dibayar untuk menulis dengan 'dipayungi' oleh seseorang yang berkepentingan tertentu
4. Blogger berkenaan disamping menulis dengan 'interest' tertentu juga akan mempengaruhi blogger lain menyertai mereka bagi mempamirkan kekuatan mereka sebagai kuasa 'jual-beli'
5. Ada blogger yang memang kerjanya menulis untuk wang - memuji tokoh tertentu apabila menerima upah dan 'melanyak' mereka jika sudah tidak diberikan habuan lagi.
6. Kes peruntukan RM15,000 di Hulu Selangor ini juga dikatakan 'konspirasi' bagi memburukkan blogger Sanggah Tok Janggut oleh pihak tertentu sedangkan individu yang sebenarnya dsyakki melakukan 'songlap' itu adalah blogger Sang Kelembai - demikian menurut satu sumber.
(Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan kepada komen-komen yang diterima dari pembaca sama ada diblog bh atau pun blog The Unspinners)




Saya tidak memihak kepada mana-mana kumpulan berkenaan, dan saya rasa ada kewajarannya untuk membentuk sebuah kumpulan ketiga yang tidak cenderung kepada kedua-dua kumpulan berkenaan. Saya percaya blogger BumiYang, Sri Tri Buana, YangGambi dan ramai lagi akan menyertai perjuangan ini. Mari kita mulakan sebelum terlambat.




Siapa sebenarnya blogger yang berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara? 







04 August, 2010

BLOGGER ULAR SAWA

Gambar Hiasan 2 orang dengan Ular Sawa...ada makna tu...hehehe




Kemenangan calon BN dalam PRK Hulu Selangor sedikit sebanyak adalah berkat usaha dan kerja keras blogger-bogger pro BN. Mereka ini telah bersama dalam satu suara menghentam calon pembangkang sehinggakan seorang tokoh besar calon pembangkang itu akhirnya tewas oleh seorang calon BN yang tidak ternama langsung.


Demikianlah ketajaman mata pena para blogger mampu merubah sesuatu yang pada mulanya nampak mustahil. Namun disebalik usaha para blogger itu ada sesuatu yang tidak tersingkap selama ini, yang dipendamkan sehngga menjadi pekung didada.


Setiausaha UMNO, Dato' Tengku Adnan telah menyediakan sumbangan (bukanlah banyak sangat ) RM15,000 untuk diagihkan kepada para blogger yang bertungkus lumus di Hulu Selangor dulu. Jumlah itu sekiranya diagihkan sama-rata mungkin setiap orang hanya akan mendapat sebanyak RM500.00 atau RM600.00 sahaja. Tidak mengapalah! Alhamdulillah juga jika hanya setakat itulah yang mampu diberikan oleh kerajaan sebagai penghargaan dan mengenang jasa para blogger.  Namun apa yang berlaku amat mendukacitakan!


Kenapa SU UMNO tidak secara peribadi bertemu dengan para blogger untuk berkenal mesra sambil menyerahkan sumbangan itu? Saya percaya blogger akan sangat menghargai menerimanya secara langsung dari seorang tokoh walaupun jumlahnya tidak besar. Menyerahkan kepada 'orang kedua' telah mendatangkan risiko dimana peruntukan berkenaan telah tercicir ditengah jalan.


Blogger Aiman Jr tentu lebih maklum tentang perkara ini. Blogger Sanggah Tok Janggut ini merupakan teman akrab kepada blogger Sang kelembai tentu masih kenal dan melihat sahabat-sahabat yang sama berjuang di Hulu Selangor dulu, yang menjulang kemenangan calon BN namun kembali dengan kocek kosong.


Justru saya menyaran kepada pemimpin supaya lebih berhati-hati dan lebih telus ketika berhubung dengan blogger. Saya masih ingin mendengar apa kata pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang janji anakbuahnya untuk men'sedekahkan' blogger yang hadir di pelancaran blog beliau dulu dengan modem broadband. Kita fahan bahawa mungkin kilang pembuat modem berkenaan masih dalam pembinaan, kerana itu kita masih belum menerima nya. Hehehe!

Bagaimana pula dengan sumbangan dari SU UMNO melalui blogger Sanggah Tok Janggut ini?  Apakah 'cek' itu masih sukar untuk di 'cash' kan? Atau sudah kehilangan alamat pada sahabat semua? Atau memang sumbangan itu hanya untuk beliau seorang diri? Mungkin juga UMNO hanya mengiktiraf bahawa dia seorang sebagai blogger UMNO/BN yang berjuang di Hulu Selangor dulu. Blogger selain darinya tidak diiktiraf dan tidak usah lagi berjuang atau menulis menyokong kerajaan kerana bantuan kita tidak akan dihargai dan tidak juga diperlukan.


What say you? Hahaha, saya mendengar seseorang 'brrupppp' disana.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...