Suara Anak Pahang - Perlu Baca

05 December, 2009

Pulau Pinang dalam bahaya - Melayu mesti bersatu




Saya pernah menulis diblog ini pada posting 14 April lalu bertajuk: PRU 13, Peneng Merdeka? Saya mengolahnya sebagai satu cerita fiksyen namun terdapat banyak juga fakta yang dimuatkan, yang lebih penting adalah menyingkap apa yang tersirat dari yang tersurat didalamnya.

Mungkin tidak ramai yang memandang serius posting berkenaan, bagaimanapun kita harus memikirkannya semula secara bersungguh-sungguh kerana ini akan melibatkan kehilangan sebuah lagi negeri Tanah Melayu kepada bangsa pendatang. Bukanlah sesuatu yang mustahil ini akan berlaku kerana jika kita melihat bagaimana Singapura dapat keluar dari Malaysia tanpa ada yang menyangka ianya akan berlaku sedemikian sebelum itu.

Atau jika tidak pun kita akan kehilangan kuasa memerintahnya untuk selama-lamanya kerana DAP yang memerintah Pualau Pinang sekarang ini sedang melaksanakan penempatan semula penduduk-penduduk dan menjadikannya seperti Singapura dimana kelompok masyarakat Melayu akan dilingkungi oleh bangsa lain dan akan tidak ada tempat lagi dimana orang Melayu boleh menjadi kuasa penentu.

Seperti kita sedia maklum bahawa DAP adalah serpihan dari PAP Singapura dan sudah tentu mereka masih menjalin hubungan sulit antara mereka yang mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama dalam memperkukuhkan dan memperteguhkan ’ultra kiasa’ mereka.

Kerana itulah, pandangan beberapa pihak supaya melantik Tun Dr. Mahathir sebagai menteri mentor atau sebagainya adalah sangat munasabah. Kerana jika kita masih ingat, bahawa perang dingin yang berlaku secara berterusan diantara Malaysia dengan Singapura, Tun Dr. Mahathirlah yang menjamin kita sentiasa berada dipihak yang menang.

Sentuhan Tun Dr. Mahathir mampu memberikan impak yang sangat besar kepada Singapura. Kita tidak punya cukup masa untuk memperincikannya disini, namun sekurang-kurangnya kita tidak lupa bahawa penurunan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Dollar Singapura telah menyesakkan dada mereka disamping menghidupkan Johor Bharu sebagai tempat membeli belah yang lebih ekonomik dan kompetetif.

Akhirnya saya menyeru semua pihak untuk meminta PM mempertimbangkan dengan serius perlantikan Tun Dr. Mahathir sebagai menteri penasihat PM bagi memastikan kemakmuran negara berterusan terutama sewaktu mengadapi cabaran yang nyata semakin sukar dan mencabar.

Tidak mustahil Pulau Pinang akan terlepas dari tangan kita. Bangsa itu telah menguasai banyak perkara dan mereka juga telah cuba mengubah sejarah negara. Tahu kah kita bahawa mereka telah menulis semula peristiwa 13 mei dan membersihkan diri mereka dari sebagai punca peristiwa itu berlaku, kelak kita pula akan dipersalahkan oleh mereka dalam tujuan merampas hak-hak kita.

Kita perlukan pemimpin Melayu yang tegas dan berani dan bersungguh-sungguh memperjuangkan bangsa dan agama dan bukan menjadikannya sebagai retorik semata-mata. Dan kita juga perlukan seseorang yang matang dan berpengalaman bagi mengatasi tipudaya Singapura yang selalunya mengintai untuk merampas hak-hak kita.

Mesti baca Blog Yazid Othman – Pulau Pinang dalam bahaya, ia akan terlepas macam Singapura. (Klik sini)

Dan sila ulang baca posting saya yang bertajuk PRU13 –Peneng Merdeka (Klik sini)

5 comments:

Yb Raz said...

sayapun bersetuju pemimpin umno harus menilai keadaan politik P.Pinang sekarang.

Tanda tanda cina dap nak menghilangkan pengaruh orang melayu di P.Pinang sudah semakin jelas.

Orang melayu sekarang sepatutnya bersatu dan menolak pimpinan dap di sana. Tapi takut ianya sudah terlambat kalau nak menunggu pru 13 nanti. Tambahan pula bangsa mereka adalah majoriti disana.

YANG GAMBI said...

Bro, setuju dengan komen YB Raz.....

Berani Budiman said...

Salam.....

Tajuk yang sungguh menarik,syabas kerana tuan .
namun begitu jalan ceritanya bagi saya menimbulkan persoalan dan kekeliruan....

1. Macam mana tuan dapat membuat penilaian dengan penuh yakin nasib melayu akan senasib dengan melayu singapura sedangkan kerajaan yang ada sekarang hanya baru memegang tapuk pemerintahan tak samapai sepenggal pun.Alangkah tidak adilnya tuan membuat keputusan yang terlalu terburu - buru dalam perkara ini.Ibaratnya menjatuhkan hukuman sebelum terbukti kesalahannya. Adakah tuan ingin menjadi seorang penilik nasib yang boleh meramalkan sesuatu perkara yang mungkin akan terjadi.

2. Tuan, rakyat sekarang bukannya bodoh, kami dapat menilaian baik buruknya sesuatu perkara.Dalam kes ini MELAYU P. PINANGLAH DAPAT MENENTUKAN HAKIKAT YANG SEBENARNYA BERADA DIBAWAH KERAJAAN DULU DAN SEKARANG, YANG MANA SATU LEBIH BAIK.JAWAPANNYA KITA BOLEH LIHAT DALAM PRU 13 NANTI.Tuan tak perlulah menyebarkan propaganda muruhan. Negara kita adalah negara demokrasi,Cukup masa mengundilah kita untuk memilih kerajaan.

3. Persoalan yang terakhirnya ialah kenapa baru sekarang umno terlalu ingin mengambil tahu hal melayu p.pinang tidak dari dulu. sejarah telah membuktikan melayu p.pinang telah terpinggir berlakunya dizaman pemerintahan BN. Kenapa ketika itu umno tidak berjuang bersungguh - sungguh untuk membela nasib melayu sedangkan ianya lebih mudah kerana diperintah oleh kompenan BN sendiri.Kenapa sekarang baru nak tunjuk umno adalah hero dalam membela nasib melayu di P.Pinang.

4.Berilah peluang kepada kerajaan baru yang memerintah P.Pinang,mungkin nasib melayu akan menjadi lebih baik dibawah pentadbiran mereka.masih terlalu awal untuk membuat rumusan dan hukuman.

5. P.Pinang akan menjadi singapura adalah satu perkataan yang mudah diucapkan tetapi tidak semudah seperti yang diperkatakan.

sekian

PANGLIMA HITAM said...

melayu kena bersatu ikut islam,bukan bersatu ikut umno,umno lah yg menjahanam bangsa melayu selama ini,memang sial umno dan ahli2nya,patut juga nik aziz doakan umno biar jahanam dan pemimpin umno sampai pecah perut,aku sokong apa nik aziz kata dan aku pun nak aminkan doa nik aziz,umno lah yg menyebabkan melayu merempat di tanahair sendiri,jahanam umno......AMIN

WANGEHSAN said...

MELAYU PULAU PINANG ADALAH PERKARA KERAJAAN PUSAT KERANA PULAU PINANG TIDAK ADA SULTAN.DAH DUA PM DARI UTARA INIPUN NAK DIBAGI TAHU?SEKARANG MENYALAHKAN KERAJAAN NEGERI SEDANGKAN UMNO BERKUASA 50 TAHUN .TADAK BACA PUNYA ORANG !!!

TUNGGU PP KELUAR MINYAK BARU NAK BAGI WANG EHSAN KAT MELAYU PP ???

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...