27 January, 2011

HIKAYAT EN. LABU RESAH GELISAH BILA CIKGU MALA JADI CALON


Ada pun sangatlah sahaya menaruh rasa kasihan apabila melihatkan wajah En. Labu ini 
yang sedih dan gundah gulana adanya


Syahadan, maka tersebutlah kisah seperti yang diriwayatkan oleh yang empunya ceritera, ada pun sebermula hikayat ini tidak lah sama sekali sama dengan hikayat yang diriwayaatkan oleh P. Ramlee itu, kerana ini bukanlah kisah Labu Labi. Adapun kisah ini adalah kisah En. Labu dan Cikgu Mala. (Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak akan kena mengena dengan yang hidup dan yang mati, juga tidak ada kena mengena dengan yang menjadi calon PRK atau pun tidak. Sekiranya ada tersentuh sedikit-sedikit ianya adalah dengan tidak disengajakan dan sentuhan-sentuhan itu diharapkan tidaklah akan membangkitkan nafsu syahwat terutama para tok-tok garu yang serbannya sebesar bakul itu, adanya)

Menurut yang empunya cerita, adapun Cikgu Mala ini sebelum menikahi En. Labu adalah seorang janda, bagaimanapun tidaklah diketahui berapakah bilangan anaknya itu. Menurut taman-teman sepermainannya dahulu, yang sama-sama main masak-masak belakang rumah, bahawa pernikahannya juga tidaklah mendapat restu dari kaum keluarganya adanya.

Arkian, tidaklah hendak sahaya menceritakan yang panjang dan lebih lebar dan serta dengan luasnya , akan perihal rumah tangga mereka itu kerana itu adalah hal-hal peribadi dan hal-hal dalam kain mereka jugalah adanya. 

Menurut syahibul hikayat, adapun pencalonan Cikgu Mala ini mewakili parti 'bulatan' @ tudung tin biskut tidaklah dengan mendapat restu dan kerelaan hati nurani lakinya En. Labu. Kerana dikhabarkan bahawa En. Labu ini sudah sangat maklum akan tugas-tugas sebagai wakil hamba rakyat bukanlah mudah terutama bagi seorang perempuan yang terpaksa keluar rumah siang dan malam jika benar-benar ingin  memperhamba diri dan memberikan khidmat bakti kepada sekelian rakyat jelata dengan sebaik-baiknya. Lainlah jikalau hanya ingin manjadi hamba rakyat yang hanya sebagai patong Tok Pekong yang tidak bergerak kemana-mana adanya.

En. Labu juga sangatlah bimbangkan akan isterinya itu untuk kesana kesini terutama untuk jangka masa lama tanpa dirinya kerana didalam parti tudung tin biskuit itu sungguhlah banyaknya 'abuaya-abuaya' yang yang sudah tersangat panjang tanduknya yang diselubungi. Maka masihlah segar dalam ingatan En. Labu akan kisah-kisah mengenai 'Orang Selinsing' serta 'Panglima Tok Mat Sapu' yang terlalu gagah kejantanannya. Bimbanglah dia andainya tersilap langkah dan terlepas pandang dan kawalan maka burung didalam sangkarnya akan terlepas terbang dan meninggalkan tangannya yang berbau taik sahaja adanya.

Akhirul kalam, maka sahaya inginlah mencatat satu nota atau memo kepada En. Labu itu, supaya pakat-pakatlah dengan Cikgu Mala supaya menarikkan dirinya dari menyertai 'kabilah' itu bagi menjamin kerukunan rumah dan tangga serta pintu dan tingkap rumah mereka akan terus aman dan bahagia hendaknya.

Al-dudarun, adalah dibimbangkan nanti kehidupan akan berubah dan bahtera akan terpisah maka En. Labu akan tertinggal keseorangan dan terkotek-kotek bagaikan kambing yang kehilangan pasangannya adanya.

Al-akhirun wal-tammatun, ada pun sambil En. Labu berfikir-fikir dan menimbang-nimbang, sambil  mengorek-ngorek telinga dan menggentel tahi hidungnya maka sahaya tujukanlah lagu ini untuk hiburan En. Labu supaya selalulah beringat-ingat dengan para penyamun yang akan selalu mendampingi Cikgu Mala terutama apabila beliau ditakdirkan menang dalam pilihan ini nanti adanya.









Sila klik dan cuba baca disini.

26 January, 2011

BANJIR DI TENANG, UJIAN AWAL UNTUK 'TOK AI' DAN CIKGU MALA


Cikgu Mala dan suaminya En. Labu


Hujan lebat sejak semalam dahulu telah membuatkan air sungai di Sungai Tenang melimpah dan menjadikan banjir kilat. 2 buah kampong sepanjang Sungai Tenang iaitu Kampong Lembah Bakti dan Kampong Air Panas terpaksa dipindahkan penduduknya. Sila baca sini (Pahang-Ku)

Apapun, ini adalah ujian awal buat kedua-dua calon bagi mempersembahkan keupayaan mereka dalam membantu rakyat dikala menghadapi kesusahan. Apakah yang dapat Pas berikan? Dan apa pula yang dapat UMNO / BN berikan?

Seluas mana langkah yang dapat 'Tok AI' lakukan dan seluas mana pula langkah yang Cikgu Mala boleh lakukan? Apakah mampu suami Cikgu mala mengiringinya sepanjang masa andai beliau terpilih sebagai wakil rakyat? Lambat laun mereka akan terpaksa tinggalkan rakyat untuk berikan tumpuan penuh kepada keluarga mereka pula dan akan meninggalkan khidmatnya kepada rakyat.

Atau sanggupkan suami Cikgu Mala iaitu En.Labu, meletakkan jawatannya bagi memberikan tumpuan penuh kepada keluarga dan anak-anak memandangkan Cikgu Mala sudah tidak dapat lagi melakukannya jika beliau benar-benar berkhidmat kepada rakyat. Bersediakan En. Labu untuk menjadi sura-rumahtangga sepenuh masa untuk menjaga keluarga dan dalam masa sama menjaga isterinya juga yang akan selalu keluar rumah bertemu rakyat jelata?

En. Labu kenalah hati-hati, sebab dalam Pas masih banyak lagi pemimpin yang sewaktu dengan ADUN Selinsing dan Mat Sabu, hehe! Bimbang nanti nasi akan menjadi bubur, rumah tanggak akan menjadi lebur. Mungkin tidak mengapa jika kita niatkan anak dan isteri kita sebagai taruhan untuk perjuangan 'fisabilblasah' Pas. Hahaha, maaflah En. Labu, saya hanya mengingatkan saja.

Oooo, sebelum terlupa, ada buat apa-apa 'baiah' ke? Jangan tak buat! Heheheheh! Kahkahkah! Jangan lagi tukar tiub, terus saja tukar tayar! Huhu!

'TENTERA SYAITAN' PAS BERGERAK KE TENANG



Klip video bilik gerakan Pas dan UMNO di Felda Tenang yang bersebelahan 
tanpa berlaku apa-apa inseden buruk jika tidak ada campor tangan dari luar.


Sejak penamaan calon PRK DUN Tenang, suasana memang tenang dan aman. Jika kita berpeluang ke Felda Tenang, kita akan dapat melihat bilik gerakan Pas dan UMNO bersebelahan dan dalam jarak yang sangat hampir. Tidak ada sebarang masalah kerana mereka telah hidup rukun dan damai selama ini selama puluhan tahun.

Namun saya menjangka keadaan ini tidak akan kekal lama kerana 'tentera syaitan' yang akan dibawa masuk negeri bawah bayangan bulan yang terkenal dengan sikap ekstremis dan bahkan menghampiri militan akan bertindak ganas diluar kawalan.

Pengalaman yang lalu telah memberikan kita pengajaran bahawa 'tentera syaitan' ini memang diasuh untuk bersikap ganas. Malanglah bagi penduduk Tenang jika mereka ini dibiarkan masuk dengan bebas. Pihak berkuasa sepatutnya bertindak dan menyekat mereka ini dari memasuki Labis walau apa alasan mereka sekalipun.

Pihak Polis harus berhati-hati dan bertindak tegas dengan para penyokong Pas yang diimpot supaya tidak bertindak ganas sepanjang PRK Tenang kali ini.


Pas sudah terbukti dengan keganasan mereka sejak dari dahulu lagi

Pas adalah keganasan! Malaysia lebih selamat tanpa Pas, parti yang peralatkan agama Islam.



PAS GADAI ANAK DAN ISTERI DEMI KUASA POLITIK

Gambar hiasan:
Pemimpin Pas mengadai anak dan isteri demi kuasa politik


Dulu pernah Nik Aziz tidak mahu calon wanita bertanding mana-mana DUN dan Parlimen terutamanya di Kelantan kerana katanya kaum lelaki adalah pemimpin. Kenapa tiba-tiba di Tenang Nik Aziz benarkan pula Cikgu Mala bertanding untuk jadi pemimpin? Apakah Nik Aziz ada fatwa lain sekarang ini?

Yang kita pasti adalah Pas sanggup lakukan apa saja untuk mencapai impian mereka. Mereka sanggup bersahabat dengan kafir harbi DAP dan bahkan dengan syaitan sekalipun. Mereka sanggup pertaruhkan wanita dan kanak-kanak juga demi mencapai cita-cita politik bersama DAP dan PKR untuk menguasai Putrajaya.

Pada Nik Aziz dan pemimpin Pas, wanita hanyalah barang permainan. Kerana itu juga mereka sanggup pertaruhkan isteri mereka masing-masing dalam 'baiah' mereka ketika bertanding dalam PRU lalu dimana jika mereka melompat parti maka jatuhlah talak keatas isteri mereka. Apa agaknya  'baiah' Cikgu Mala dalam PRK ini? Tentunya ada, tetapi masih satu rahsia!

Apa pun yang pasti, Pas sanggup lakukan apa saja demi kuasa. Ketika UMNO / BN gunakan kuasa yang ada untuk pertahankan ketuanan Melayu dan agama Islam, Pas pula gadaikan segalanya. Bukan saja setakat Isteri mereka dijadikan cagaran dalam 'baiah', mereka juga sanggup jadikan anak-anak mereka sebagai benteng pertahanan dan bagaikan menggadai anak-anak mereka hanya kerana nafsu serakah mereka untuk berkuasa.

Pas bukan lagi setakat sebuah parti yang pergunakan Islam untuk kepentingan kekuasaan politik mereka, bukan juga setakat sanggup bersahabat dengan syaitan kerana kuasa politik, bahkan Pas lah sebenarnya syaitan itu yang bertopengkan manusia dan berwajahkan ulamak palsu.

25 January, 2011

PAS SESUMPAH - YANG HALAL DAN HARAM....




Kini muslimah politik Pas boleh berpakaian Cina @ cheongsam, boleh berjabat tangan dengan bukan muhrim. Parti Pas yang 'kununnya' perjuangkan Islam itu kini sudah beransur-ansur berubah menjadi lebih terbuka lagi. Kerana itulah Pas kebelakangan ini hadir dengan slogan 'Pas for Awww' oppp! 'Pas for All' Pas sudah berubah arah kepada sekular.




Sekarang Cikgu Normala sudah boleh bermesra dengan Teresa  'Cock' dan belajar sesuatu tentang kebebasan dalam maksud yang lebih luas lagi.  Juga belajar bagaimana Teresa telah 'membuka' luas xxxxx nya.

Jangan hairan jika dulu Nik Aziz tidak langsung beri peluang kepada calon wanita bertanding dalam mana-mana pilihanraya, kini segalanya sudah berubah kerana Nik Aziz juga sudah bertukjar jadi sesumpah. Pas adalah parti sesumpah yang menghalalkan segalanya bagi puak mereka namun dalam masa sama mengharamkan jika perkara berkenaan berlaku dikalangan yang buan dari puak mereka.

Pas for Aww! ...tetap hampas selamanya.


 Gambar ini hadiah untuk penyokong Pas dan pemimpin Pas yang suka kelucahan dalam ucapan mereka. Cikgu Mala = Teresa, hehe. Cikgu Mala pun dah berubah pakai cheongsam, 
jangan nanti ambil juga gambar macam Eli ni dah lah!

24 January, 2011

HANGAT: SAMBUTAN ANU ARR DI FELDA TENANG

Sambutan 'hangat' kepada ceramah Anu-arr di Felda Tenang

Anu arr mengadakan ceramahnya di Felda Tenang baru-baru ini. Ramai yang menjangkakan bahawa ceramah berkenaan sudah kurang mendapat sambutan lagi berikutan semakin kurangnya semangat menyahut seruan refomarsinya yang nyata bukan demi rakyat, tetapi hanya untuk kepentingan dirinya semata-mata.

Ceramah berkenaan bermula dalam suasana dingin kerana kehadirian hanya sekitar 250 orang sahaja dan itu pun termasuk sebahagian besarnya yang dibawa dari daerah lain serta para pengiring Anu arr. Anu arr nyata kecewa terhadap sambutan orang-orang kampong, dan orang-orang kampong juga kecewa kerana Anu arr berkisahkan perkara yang sama juga, bagai memutar piring hitam buruk yang dimainkan berkali-kali.

Namun tiba-tiba suasana menjadi hangat bila sekumpulan anak muda tempatan yang sudah meluat dengan kisah Anu arr yang sering saja 'menjuburi' meng'boo' tokoh berkenaan. Ada penyokong Pas yang cuba menghalang namun tidak diendahkan.

Anu arr hanya ibarat seorang tokoh yang semakin dilupakan. Anu arr - menconteng arang ke muka kita rakyat Malaysia selama ini sehingga pakatan parti juga sudah sinonim dengan parti bontot.


Para pemuda yang sedang mengalihkan bendera Pas
untuk digantikan dengan bendera BH

PAS MEMANG PARTI JAHANAM

Ketika mereka berusaha menjatuhkan kerajaan

 Pemimpin kerajaan berusaha menaikan taraf hidup dan ekonomi mereka


 Ketika mereka menghancurkan Islam dan merosakkan akidah rakyat

Pemimpin kerajaan menjunjung kesucian agama dan berusaha
membangun dan mengembangkan agama Islam yang suci ini.


Wajarkah Pas mendoakan kehancuran UMNO yang perjuangkan Islam? Islam apa yang Pas bawa sebenarnya? Islam Pas penuh dengan hasad dengki dan iri hati, tidak ada langsung ciri-ciri kemuliaan agama didalam jiwa Pas selama ini. Jika Pas sanggup berkerjasama dengan syaitan, nyatalah bahawa Pas adalah Parti Ajaran Syaitan. Pengikut-pengikut Pas harus bertaubat!

22 January, 2011

CERAMAH ANU ARR DI FELDA TENANG

Bilik gerakan PKR di Labis


 Sokongan sewaktu penamaan calon di Labis

Malam tadi, Anu arr mengadakan ceramahnya di Felda Tenang. Kita tidak pasti bagaimana sambutan yang diberikan. Tapi pasti ada yang sudah jemu dengan lakunan tok selampit ini. Yang pasti juga, beliau akan janjikan banyak perkara yang jika beliau sendiri sebagai PM, tidak akan mampu untuk tunaikan. 

Kita faham niatnya hanyalah untuk menyusahkan kerajaan dan meletakkan kerajaan didalam keadaan yang sukar dan ekonomi yang tidak baik supaya negara jadi gawat dan huru-hara maka mudahlah beliau tampil kehadapan dan kononnya akan menjadi penyelamat. Kita patut juga sesekali bertanya kepada Anu arr, kenapa tidak dia laksanakan segala perancangan ekonomi yang sering dia tuntut kerajaan lakukan semasa dia berkuasa sebagai TPM dan menteri kewangan dulu? 

Kenapa setelah dia tidak berkuasa baru dia menuntut orang lain lakukan perkara yang dia tidak pernah atau gaga laksanalkan? Pemimpin jenis apakah Anu arr ini? Nyata dia bukan anugerah Tuhan, tetapi hanyalah seekor binatang politik dan malapetaka untuk negara dan bangsa kita. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS SEMAKIN HARI SEMAKIN HARAMJADAH

 Pas itu DAP, DAP itu kafir harbi


 Vendalism penyokong Pas menuduh Polis makan rasuah


 Lagi menuduh polis, mereka lupa Polis lah yang selama ini mengawal keselamatan negara


Jika Pas memerintah, negara Islam Malaysia akan jadi seperti Iran


PRK adalah satu proses demokrasi. Dan ianya harus dijalankan dengan cara yang berhemah. Namun gelagat penyokong Pas yang ekstream, yang nampak menuju kearah militan itu telah mencemarkan proses penamaan calon DUN tenang di Labis pagi tadi.

Kita tidak salahkan kepada penyokong Pas 100%  kerana kita pasti segalanya bermula dari kemimpinan parti itu secara terancang. Kita kesal kerana sikap militan mereka menakutkan rakyat dan boleh menghuru-harakan kestabilan politik negara. Berbagai provokasi dan sikap ganas mereka mampu mencetus pergaduhan, mujur pihak polis mampu mengawal keadaan.

Keganasan mereka bukan setakat mencabar penyokong lawan bahkan mereka turut merosakkan harta benda milik awam. Pas memang hamPAS dari dunia ke akhirat. Memang Pas semakin hari semakin haramjadah! Pas for Awww!!

21 January, 2011

SELAMATKAN PAHANG?


Inilah sumbangan kepada Rakyat Kelantan selama ini, hehe!" Bue pioh tu tok aji wey!"


Ada orang berkata; kita perlu lakukan misi selamatkan Pahang. Dalam hati tertanya-tanya; selamatkan Pahang dari apa atau dari siapa?

Pihak pembangkang memang mengembar-gemburkan bahawa kerusi parlimen itu akan jatuh kepada mereka, kerusi DUN ini juga akan terlepas ke tangan mereka. Mereka seolah-olah begitu yakin bahawa apa yang ada dalam kepala mereka itu akan jadi nyata. Mereka yakin pada impian dan angan-angan mereka.

Mungkin pembangkang di Pahang sangat yakin kerana impian itu diwarnai oleh bekas TPM, orang yang pernah menjejaki ke tangga ke-2 teratas dalam negara. Tetapi kita terlupa bahawa orang itu telah ditendang keluar kerana salah lakunya, sama ada dalam urusan kewangan negara atau pun urusan 'menconteng arang ke bontot' seseorang dan banyak orang.

Kejatuhan beberapa negeri dan kerusi-kerusi kepada pembangkang dalam PRU12 lalu bukanlah manesftasi kekuatan sebenar pembangkang. Kekalahan parti kerajaan adalah kerana kuatnya gelombang protes rakyat terhadap kelemahan kerajaan. Ini termasuk kerana adanya kebencian mereka terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan, parti secara individu dan yang lebih utama adalah kerana kelemahan parti kerajaan sendiri.

Boleh kita nafikan bahawa kejatuhan kita adalah kerana politiking didalam parti sesama sendiri? UMNO sebagai contoh, kekalahan di Kedah angkara siapa? Kita lebih rela cas keting sesama kita dari menyokong parti kita untuk menang. Inilah sikap dan sifat 'tipikal' bagi orang-orang UMNO, dan dimana-mana pun.

Justru, jika Pahang ada usaha untuk lakukan misi selamatkan Pahang, perkara utama yang harus dilakukan adalah selamatkan UMNO dengan mengubah sikap setiap para pemegang kuasanya. Namun usaha ini jangan diambil mudah kerana kegagalan melakukan ini mungkin akan membantu impian Anu-arr akan menjadi kenyataan.

Saya ingin bertanya; apakah saf perjuangan UMNO kita benar-benar rapat dan teguh? Apakah tidak ada rasa dengki dan iri hati diantara pemegangkuasa yang akan melebihi segalanya hatta sehingga sanggup lakukan sesuatu yang akan merugikan UMNO dan kerajaan? Wanita UMNO Pahang, apakah benar-benar mantap? Rapatkanlah barisan dan jangan singkirkan sesiapa yang bersama kita dalam perjuangan. 

Andai Ketua Wanita UMNO Pahang enggan mengubahnya, kita akan singkapkan kain setiap wanita-wanita bahagian kerana mungkin bertelanjang adalah lebih baik bagi mereka. Kenapa perlu singkirkan dan asingkan seseorang yang sudah memanjat tinggi dalam Puteri? Berilah dia peluang dan bukan dipisahkan!

Pas nak tawan Pahang? Kelantan pun Pas masih belum mampu tadbir dengan berkesan. Bekalan air yang sudah berpuluh tahun masih belum dapat ditingkatkan menjadi lebih jernih. Pembangunan, hatta masjid juga tidak mampu dibina. Ekonomi yang menyumbang kepada moral rakyat juga tidak dapat dibangunkan. Rakyat hanya mampu dijanjikan dengan syurga yang bukanpun milik mereka. Bijaknya Pas adalah kerana mampu menjanjikan perkara yang tidak ada didunia ini dan bodohnya pengikut mereka adalah kerana percaya bahawa Pas adalah Islam, 'mengundi Pas masuk syurga'!

Terbaharu, di Kelanran, Pas luluskan lebih banyak lesen jual minuman keras. Apa alasan sekalipun adalah tidak wajar. Mungkin penyokongnya akan kata; BN pun buat juga. Soalnya kenapa pemimpin Pas dulunya membantah dan berjanji untuk tidak lakukan itu jika berkuasa tetapi apabila berkuasa mereka memungkirinya?

PKR nak tawan Pahang? Tentu ramai yang takut mesyuarat berbaling kerusi seperti yang kebanyakan berlaku. PKR adalah perebutan kekuasaan dalam parti yang sanggup menolak norma-norma kehidupan dan adat budaya bangsa. PKR adalah parti dimana tokoh-tokoh yang sudah hanyut dan jatuh ingin kembali jadi pemimpin walaupun terpaksa ikut jalan 'belakang'. Siapakah Ketua PKR Pahang? Hehehe! Kahkahkah! Saya bukan  tukar tiub, saya tukar tayar! Maaflah Dato' Fauzi, saya nak tunjuk diri tapi takut....takut diherdik bila saya provoke seperti dilaman facebook. Huhu!

Baca sini:

20 January, 2011

BEKAS UMNO SERTAI PKR - CMK PDO MEROYAN

Gambar hiasan: Sokongan padu dan padat.
Chup! Chup! Chup! Aww! Aww! Pas for Aww!1


Ramai yang terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh penganalis politik Mohd Sayuti Omar (MSO). Dalam  blog peribadinya, beliau secara jelas mendedahkan terdapat ura-ura seorang "tokoh politik" UMNO Pahang bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Menurut beliau PKR Pahang mungkin akan menerima kedatangan seorang ahli baru tidak lama lagi apabila terdengar khabar seorang tokoh UMNO negeri berkenaan sedang menimbangkan untuk menyertai PKR. 


Tokoh berkenaan pernah menjadi orang penting diIbu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur. Kemasukan tokoh berkenaan akan diumumkan dalam satu majlis khas sempena lawatan penasihat umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri Pantai Timur berkenaan. Beliau juga menegaskan bahawa penyertaan tokoh bergelar "Datuk" itu kelak menyuntik semangat kepada PKR Pahang dan dalam masa sama ia memberi kesan kepada UMNO.


 Tokoh berkenaan yang rapat dengan pemimpin UMNO veteran di Kuala Lumpur katanya membuat pilihan itu kerana kecewa dengan apa yang berlaku di dalam UMNO hari ini yang sudah hilang sifat origanlitinya. Selain dari tokoh itu katanya ada beberapa tokoh veteran UMNO yang cukup dikenali akan sama mengikut jejak langkah tokoh berkenan. Ini termasuklah dua hingga tiga orang pemimpin peringkat bahagian. Katanya perkara ini sudah pun ke pengetahuan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dan arahan memujuk tokoh berkenaan agar terus bersama puak UMNO sedang dilakukan oleh mereka.

Demikian catatan sensasi dari blog Pahang Dailyonline tidak berapa lama dulu. Kita tidak usah bertanya mana dan bila 'kemasukkan' secara resmi itu akan berlaku. Rakyat sudah maklum bahawa segalanya hanyalah cerita-cerita kosong DS Anu arr semata-mata.

Janji Anu arr segalanya palsu belaka. Contoh paling ketara adalah janji 16 September. Mungkin Anu arr seronok diulit mimpi dan fantasinya sendiri. Mimpi kering atau mimpi basahnya, namun hakikatnya segala yang diimpikannya tidak menjadi kenyataan.

PDO adalah antara blog yang masih kuat menyokong Anu arr, mungkin kerana ada hubungan peribadi antara pengasasnya dahulu (CMK) dengan tokoh berkenaan. Mungkin atas sifat kekagumannya terhadap tokoh berkenaan atau mungkin masih ada janji-janji yang ditagihkan, apapun apabila CMK tewas dalam pemilihan baru-baru lalu beliau bagaikan hilang arah.

Menurut sumber, beliau cuba menawarkan diri untuk membawa PDO menyokong kerajaan dan bahkan beliau sendiri mengintai-intai sesuatu yang boleh mem'brruppp'kannya, namun UMNO Pahang tidak membuka ruang bagi orang-orang yang belot dan menikam belakang.

Pengasas PDO tewas di Bera dalam PRU lalu, ada ura-ura beliau ingin mencuba nasib di Pulau Tawar Jerantut kerana kononnya mendapat sokongan kuat disana atas sifat dan sokongan keluarga. Soalnya apakah benar orang Jerantut dan Pulau Tawar ingin menerima beliau? Mungkin jawapannya ya, tetapi untuk dilumatkan.

Saya cadangkan beliau supaya segera berubah arah sebelum terlewat, selagi pintu masih luas terbuka. Lihatlah sekeliling kita, ramai yang sudah berubah kerana cahaya kebenaran sudah jelas kelihatan. Saya sedia jadi penyokong kuat sahabat saya ini jika dia sertai dan sokong kerajaan. Mungkin saya boleh temukan dia  dengan MB Pahang jika beliau benar-benar berminat. Ini bukan soal tidak setia pada perjuangan, tetapi perjuangan juga mestilah berada pada asas yang kukuh.

Jangan kita namakan cita-cita kita sebagai satu perjuangan andainya kita berjuang hanya kerana kecewa. Pemimpin PKR Negeri dulu kecewa dalam UMNO? Admin PDO juga sudah kecewa sekarang ini? Hahahaha! Dunia melihat dan mencatat perjalanan kehidupan setiap kita dan jadikannya sejarah untuk anak-cucu masa depan.

Saya dituduh sebagai dulunya menghentam DSD Adnan tetapi sekarang sudah berubah dan tidak lagi. Apakah berubah itu satu kesalahan? Saya tidak menyokong DSD Adnan akan MB Pahang atau sesiapa tokoh pemimpin di Pahang ini secara peribadi,  tetapi saya tetap sokong UMNO dulu, kini dan selamanya. Saya masih bersendirian dan tidak berpasukan, namun saya akan teruskan bersuara menyatakan pendapat saya sendiri dengan cara sendiri.

Pembaca PDO bolehlah beralih kesini (klik) supaya dapat melihat segalanya dengan kenyataan dan bukan lagi dalam mimpi yang diciptakan oleh seseorang yang kecewa dalam politik


19 January, 2011

BLOGGER (PENCACAI) PAKATAN SERANG TENANG

Dulu Mat Sabu yang panggil Anu arr sebagai Al-Juburi. Selepas itu di Kota Bharu, Mat Sabu menyembam celah 'kangkang'. Kini (lihat gambar)  tangan Mat Sabu terpaksa mengawal  'lembing awang'nya kerana bimbang tertikam Teo Nie Ching


Warga Felda disaran “menghalau” pengkhianat dan penabur fitnah yang dijangka akan bermaharajalela menabur fitnah menjelangnya pilihan raya kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti. 

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata langkah berkenaan amat penting agar keharmonian dan keamanan yang dikecapi oleh warga Felda hari ini terpelihara daripada dimusnahkan oleh anasir yang irihati dengan kejayaan yang dicapai oleh Felda hari ini.


Menurut beliau kemajuan yang dikecapi oleh Felda hari ini sepatutnya dikongsi bersama dan bukannya difitnah dengan pelbagai kenyataan yang tidak masuk akal dengan tujuan untuk memperalat peneroka.

“Kenapa mereka baru sekarang kononnya prihatin dan peka dengan warga peneroka. Kenapa daripada dulu tidak mengambil apa-apa tindakan. Dan kenapa setelah Felda meningkat maju dan peneroka menikmati hasil serta pendapatan yang begitu tinggi, terdapat anasir luar yang cuba menggagu gugat kejayaan ini.

“Golongan seperti ini perlu dihalau daripada Felda agar masyarakat Felda dapat hidup dengan aman,” katanya ketika berucap pada majlis “Kenduri Sekampung” di Felda Tenang yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
  (Klik Ke Blog Pejuang Bangsa)

Hah! Inilah jawapan dan hasil pertemuan antara Nik Aziz dan blogger pencacai pembersih najis Nik Aziz  dan bontot Anu-arr Berahi (ehem) di Kuala Lumpur tidak lama dulu. (Klik Sini)  Ibaratkan 'anjing-anjing yang masih kenyang' mereka ini akan berkeliaran di felda Tenang dan 'menyalak' kesana kemari seperti yang diarahkan oleh tuan (guru)nya.

Perhatikanlah, blogger-blogger ini juga sudah mula memasuki blog-blog pro kerajaan dan melemparkan kata nista serta fitnah yang memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin kerajaan.

Amaran pihak berkuasa tempatan di FeldaTenang: Bagi memastikan suasana sepanjang PRK Tenang akan sentiasa tenang, sila tangkap atau 'pelangkong' (baling, lontar) anjing-anjing yang  berkeliaran dari rumah ke rumah atau disepanjang jalan.


Pas for Aww!!!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...