21 January, 2011

SELAMATKAN PAHANG?


Inilah sumbangan kepada Rakyat Kelantan selama ini, hehe!" Bue pioh tu tok aji wey!"


Ada orang berkata; kita perlu lakukan misi selamatkan Pahang. Dalam hati tertanya-tanya; selamatkan Pahang dari apa atau dari siapa?

Pihak pembangkang memang mengembar-gemburkan bahawa kerusi parlimen itu akan jatuh kepada mereka, kerusi DUN ini juga akan terlepas ke tangan mereka. Mereka seolah-olah begitu yakin bahawa apa yang ada dalam kepala mereka itu akan jadi nyata. Mereka yakin pada impian dan angan-angan mereka.

Mungkin pembangkang di Pahang sangat yakin kerana impian itu diwarnai oleh bekas TPM, orang yang pernah menjejaki ke tangga ke-2 teratas dalam negara. Tetapi kita terlupa bahawa orang itu telah ditendang keluar kerana salah lakunya, sama ada dalam urusan kewangan negara atau pun urusan 'menconteng arang ke bontot' seseorang dan banyak orang.

Kejatuhan beberapa negeri dan kerusi-kerusi kepada pembangkang dalam PRU12 lalu bukanlah manesftasi kekuatan sebenar pembangkang. Kekalahan parti kerajaan adalah kerana kuatnya gelombang protes rakyat terhadap kelemahan kerajaan. Ini termasuk kerana adanya kebencian mereka terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan, parti secara individu dan yang lebih utama adalah kerana kelemahan parti kerajaan sendiri.

Boleh kita nafikan bahawa kejatuhan kita adalah kerana politiking didalam parti sesama sendiri? UMNO sebagai contoh, kekalahan di Kedah angkara siapa? Kita lebih rela cas keting sesama kita dari menyokong parti kita untuk menang. Inilah sikap dan sifat 'tipikal' bagi orang-orang UMNO, dan dimana-mana pun.

Justru, jika Pahang ada usaha untuk lakukan misi selamatkan Pahang, perkara utama yang harus dilakukan adalah selamatkan UMNO dengan mengubah sikap setiap para pemegang kuasanya. Namun usaha ini jangan diambil mudah kerana kegagalan melakukan ini mungkin akan membantu impian Anu-arr akan menjadi kenyataan.

Saya ingin bertanya; apakah saf perjuangan UMNO kita benar-benar rapat dan teguh? Apakah tidak ada rasa dengki dan iri hati diantara pemegangkuasa yang akan melebihi segalanya hatta sehingga sanggup lakukan sesuatu yang akan merugikan UMNO dan kerajaan? Wanita UMNO Pahang, apakah benar-benar mantap? Rapatkanlah barisan dan jangan singkirkan sesiapa yang bersama kita dalam perjuangan. 

Andai Ketua Wanita UMNO Pahang enggan mengubahnya, kita akan singkapkan kain setiap wanita-wanita bahagian kerana mungkin bertelanjang adalah lebih baik bagi mereka. Kenapa perlu singkirkan dan asingkan seseorang yang sudah memanjat tinggi dalam Puteri? Berilah dia peluang dan bukan dipisahkan!

Pas nak tawan Pahang? Kelantan pun Pas masih belum mampu tadbir dengan berkesan. Bekalan air yang sudah berpuluh tahun masih belum dapat ditingkatkan menjadi lebih jernih. Pembangunan, hatta masjid juga tidak mampu dibina. Ekonomi yang menyumbang kepada moral rakyat juga tidak dapat dibangunkan. Rakyat hanya mampu dijanjikan dengan syurga yang bukanpun milik mereka. Bijaknya Pas adalah kerana mampu menjanjikan perkara yang tidak ada didunia ini dan bodohnya pengikut mereka adalah kerana percaya bahawa Pas adalah Islam, 'mengundi Pas masuk syurga'!

Terbaharu, di Kelanran, Pas luluskan lebih banyak lesen jual minuman keras. Apa alasan sekalipun adalah tidak wajar. Mungkin penyokongnya akan kata; BN pun buat juga. Soalnya kenapa pemimpin Pas dulunya membantah dan berjanji untuk tidak lakukan itu jika berkuasa tetapi apabila berkuasa mereka memungkirinya?

PKR nak tawan Pahang? Tentu ramai yang takut mesyuarat berbaling kerusi seperti yang kebanyakan berlaku. PKR adalah perebutan kekuasaan dalam parti yang sanggup menolak norma-norma kehidupan dan adat budaya bangsa. PKR adalah parti dimana tokoh-tokoh yang sudah hanyut dan jatuh ingin kembali jadi pemimpin walaupun terpaksa ikut jalan 'belakang'. Siapakah Ketua PKR Pahang? Hehehe! Kahkahkah! Saya bukan  tukar tiub, saya tukar tayar! Maaflah Dato' Fauzi, saya nak tunjuk diri tapi takut....takut diherdik bila saya provoke seperti dilaman facebook. Huhu!

Baca sini:

2 comments:

Anonymous said...

Haha! D. Fauzi....

Anonymous said...

memang pahang patut diselamatkan... dari sakmongkol, blogger tua kaki betina yang tak sedar diri.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...