17 November, 2012

BIAR BETUL, TAK KAN TROLI PUN ANU ARR BALUN....?




KECELARUAN MINDA PENYOKONG ANU ARR

Klip video yang mesti ditonton berulang kali. 


1.  Anu arr  adalah 'binatang politik', semua orang tahu dan percaya. Belia sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita-cita politiknya. Beliau sanggup berkorban dan mengorbankan siapa saja demi mencapai impiannya itu. Matlamat menghalalkan cara.

2.  Sibertropper pembangkang menyebarkan klip video yang kononnya DS Rosmah menari dalam satu majlis. Maka seolah-olah berdosa terlalu besar dan tidak boleh diampunkan langsung DS Rosmah pada mata mereka dan dalam masa sama mereka ingin menghukum DS Rosmah dengan hukuman yang berat.

3.  Namun kita hairan, kenapa ketika Anu arr didedahkan dengan klip videonya ber'kung-fu' dengan chinadoll tidak pula dilihat sebagai satu kesalahan? Apakah berzina kesalahan tidak lebih besar dari menari? Apakah apa yang Anu arr lakukan segalanya tidak mengapa kerana ianya adalah Anu arr Si 'Binatang Politik' ?

4.  Dalam klip video yang disebarkan pembangkang, ianya nampak seperti DS Rosmah tetapi adalah bukan DS Rosmah kerana DS Rosmah lebih kecil dari yang didalam klip tersebut. Itu hanyalah fitnah pihak pembangkang dengan super imposenya serta pengubahan teknik videografi. Lagipun kamera tidak boleh dijadikan bukti kerana ianya adalah 'besi' yang tidak bernyawa (merujuk kepada fatwa Ularmak Hj Hadi)

5.  Pembangkang hanya ingin mencelarukan minda rakyat dan penyokongnya yang kurang cerdik dengan dakyah-dakyah yang tidak bermoral mereka. Pembangkang ingin mengubah persepsi bahawa apa saja yang dilakukan oleh kerajaan BN, DS Najib dan orang-orang sekelilingnya adalah salah dan berdosa namun dalam masa sama jikalau mereka yang melakukannya tidak pula bersalah.

6.  Perhatikan klip video diatas betul-betul dan berkali-kali. Kenapa pada suatu ketika Karpal Singh menyarankan Anu arr supaya bertaubat? Bukankah kerana beliau melihat bahawa Anu arr sememangnya 'binatang politik' yang membawa kerosakan kepada negara dana rakyat negara?

7.  Kenapa bila Anu arr berzina penyokongnya menganggap tidak mengapa dan percaya itu bukan Anu arr ataupun hanya teknik videografi? Kenapa apabila Anu arr berjoget juga tidak mengapa? Ularmak politik Nik Aziz juga sudah jadi 'celako' kerana menyokong dan mengikuti Anu arr yang sesat itu.

8.  Kasihan para pencacai politik yang menyokong Anu arr kerana mereka juga adalah 'binatang penacai politik' yang menyebarkan fitnah dan berita yang salah. Bertaubatlah wahai Nursilah, MiloSuam, Yob Tualang Sekah dan semua sibertropper pembangkang dan ingatlah bahawa bayaran yang diterima itu tidak setimpal dengan dosa yang kalian lakukan....

16 November, 2012

KAK JIJAH TERPAKSA MENIPU KERANA ANU ARR MENIKAM BELAKANGNYA....(?)





1. Wartawan menanya adakah DS Wan Azizah nak cabar Datuk 'T' bersumpah cara Islam? Jawapannya adalah menyarankan supaya Datuk 'T' ditangkap terlebih dahulu dan kita tertanya-tanya kerana apa pula Datuk 'T' hendak ditangkap sedangkan yang dibongkar melakukan aksi seks dalam video yang ditunjukkan itu adalah Anu arr atau orang yang serupa Anu arr.

2. DS Wan Azizah bersungguh-sungguh menyatakan bahawa orang yang 99.9% menyerupai Anu arr itu bukanlah Anu arr, kerana perutnya yang lebih buncit serta mungkin juga kerana 'anu' yang lebih bengkok. Tentulah Kak Jijah yang lebih mengenali Anu arr dalam keadaan demikian...tegak dan bengkoknya...namun apakah beliau benar-benar jujur dan tidak berbohong?

3. Ianya adalah antara 'Jauhari yang mengenal maknikam' dan 'Johari yang mengenal Maniam'. Dalam politik matlamat menghalalkan cara, segalanya halal belaka.


06 November, 2012

NAJIB KETAR LUTUT HJ HADI TANDING PEKAN

Berpelukan dengan sahabat 'kafir harbi'

1. Maka hebohlah sejak beberapa hari lalu mengenai Hj Hadi nak mencabar DS Najib di kerusi Parlimen Pekan. Banyaklah komen dari politikus sendiri dari kedua-dua pihak mengenainya. Saya dah mengulas sebelum ini dan mengangap bahawa Hj Hadi adalah seorang yang berani jika benar-benar bertanding di Pekan. Tapi beliau bukanlah pencabar yang digeruni kerana rekodnya kalah ditempat sendiri ibaratkan beliau sebagai seekor ayam yang 'kalah tanah'.

2. Saya tidak yakin Hj Hadi benar-benar berniat dan berani untuk bertanding di Pekan. Bukan perkecilkannya tetapi beliau bukanlah pencabar yang digeruni. Beliau adalah tokoh dalam Pas yang sudah semakin tidak popular, kekurang sokongan dan dilupakan. Justeru untuk tampil segak dan handal maka beliau mencabar PM untuk tunjukkan bahawa beliau setaraf dengan sokongan yang PM dapat dari rakyat. Perbuatan itu bolehlah diibaratkan sebagai seekor anjing yang menyakal bukit untuk buatkan bahawa bukit itu akan bergegar dan runtuh bagi menakutkan orang dan anjing-anjing lain.

3. Semalam DS Najib diminta mengulas mengenai hasrat Hj Hadi untuk bertanding di Pekan. Dengan selamba dan senyum sinis DS Najib mengalu-alukan hasrat Hj Hadi untuk 'kamikazi'. Parlimen Pekan adalah lapangan bagi DS Najib yang diwakilinya sejak 1975. Apakah begitu kuat Hj Hadi yang kalah ditempat sendiri untuk bertanding dengan DS Najib yang tidak pernah kalah? Mungkin Nik Aziz, Anu arr dan Karpal Singh juga boleh bersama-sama bertanding di Pekan dalam usaha menumbangkang DS Najib.

4. Mungkin dalam hati Hj Hadi terasa menyesal kerana mengumumkan tanding Parlimen Pekan yang menyerlahkan ketidakmatangannya dalam politik, bahkan menyerlahkan kebodohannya sendiri. Yang perlu dilakukan adalah menguatkan sokongannya didalam Pas dan menjadi seorang Presiden yang berguna, disokong kuat, dihargai dan disegani oleh kawan dan lawan. Namun Hj Hadi didalam Pas hanyalah 'melukut di tepi gantang'.


05 November, 2012

RAKYAT PAHANG TAK SUDI TERIMA ANU ARR DAN MENOLAK PEMBANGKANG

Anu arr dipentas...tangan kanan pegang mic, tangan kiri masuk kocek pegang...(?)


1. Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama DS Anu arr ke Pahang pada 4hb November satu lagi usaha pembangkang untuk meraih simpati rakyat. Beberapa Parlimen lawati (bukan LIWATI) oleh Anu arr dalam masa sehari lawatannya. Dari Lancang ke Kuala Krau, Indera Mahkota dan paya Besar.

2. Saya tinggal di Batu 11 Taman Mahkota Aman dimana lokasi program diadakan, justeru saya melihat sendiri segala persiapan dan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Apa yang saya lihat event berkenaan tidaklah sehebat seperti yang digambarkan. Kehadiran tidak sampai 2 ribu orang, mungkin sekitar 1,200 - 1,400 orang sahaja. Tapi sudah tentulah pihak media mereka akan menggambarkan sambutan hangat dan limpahan penyertaan untuk mengambarkan bahawa Anu arr masih mendapat sokongan rakyat. Rupanya nombor pun pihak pembangkang menipu bagi mewujudkan persepsi dan mengelirukan fakta.

3. Demikian juga khabarnya dengan beberapa siri seperti itu sebelum ini. Semuanya hanyalah dusta. Kehadiran sebenar tidaklah seberapa namun laporan yang dibuat mereka seolah-olah semua rakyat negara Malaysia ini hadir dan menyokong huru-hara yang ingin mereka lakukan.

4. Saya sentiasa berada berhampiran bas jelajah untuk melihat sendiri apakah akan berlaku sesuatu yang buruk seperti yang selalu digambarkan mereka. Sebelum sempat program dimulakan sekumpulan orang-orang yang disyaki ahli UMNO, jika tidakpun adalah orang upahan UMNO telah menyerbu bas jelajah dan memecahkan cermin hadapan bas. Mereka juga memasuki bas dengan mengkasari pengawal bas berkenaan dan mencederakaannya. Bas tersebut dirosakkan dengan teruk. Namun kali ini Anu arr dan pembangkang sangat baik hati dan tidak melaporkannya kepada pihak polis bahkan tidak juga melaporkannya melalui media mereka. Baiknya hati Anu arr yang sangat pemaaf. (Jangan percaya kerana ini adalah kenyataan dusta saya yang penuh sindirian. Hakikatnya, selalunya mereka sendirilah yang melakukan keburukan dan kemudian menuduh dan menyalahkan UMNO)

5. Hakikatnya, Rakyat Pahang tidak menyokong pembangkang, tiada sokongan lagi kepada Anu arr yang rakyat sudah sedari bahawa moralnya sudah rosak. Wajah Anu arr pada rakyat Pahang adalah seorang peliwat, penzina dan pelanggan pelacur Cina, perasuah dan penyalahguna kuasa, pengamal politik kronism dan nepotism, pendusta pada janji-janji dan bahkan pengadai hak-hak orang Melayu.


Persiapan sebelum program


Bas mewah Anu arr yang dikawal rapi

04 November, 2012

TANDING PARLIMEN PEKAN: HJ HADI 'KAMIKAZI POLITIK'.



1. Tiba-tiba meletup isu Hj Hadi nak bertanding Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri. Langsung ianya jadi isu yang hangat diperkatakan oleh semua pihak dalam politik negara.

2. Nik Aziz dilaporkan sudah memberikan lampu hijau. Rakyat sedar bahawa jika Anu arr sendiripun yang bertanding di Pekan akan kecundang inikan pula Hj Hadi yang tewas banyak kali ditempat sendiri di Marang, Terengganu. Justeru, sokongan yang diberikan oleh Nik Aziz dilihat sebagai sokong membawa rebah atau perangkap untuk membunuh karier politik Hj Hadi.

3. Selain itu banyak juga pihak berpendapat bahawa mencetuskan isu itu hanyalah sekadar memanas suhu politik negara dan mencari gimik serta meraih simpati dari penyokong terutama di kawasan Marang sendiri. Bukan saya memperkecilkan sokongan Hj Hadi namun beliau bukanlah calon yang layak untuk bertanding di Pekan menyaingi DS Najib, Perdana Menteri Malaysia yang semakin hari semakin mendapat sokongan semua lapisan rakyat terutama golongan muda dan profesional.

4. Hj Hadi yang merasa semakin dilupakan dan tidak mendapat perhatian hanya ingin mencetus satu kejutan dan untuk mengangkat namanya semula dalam arena politik tanah air, tidak lebih dari itu. Ataupun mungkin menterjemahkan rasa kecewanya dan bersedia dikuburkan dalam politik kerana pengikut sudah tidak lagi melihat beliau sebagai seorang tokoh yang dihormati dimana lebih ramai pengikut Pas yang lebih taat kepada Nik Aziz serta beberapa pemimpin muda dalam Pas sendiri. Mungkin beliau berharap akan ada pujuk rayu dari kalangan Pas yang menghalangnya 'kamikazi' politik'. Bahkan sudah ada beberapa pemimpin Pas yang membuat kenyataan bernada pujukan meskipun tidak secara langsung.

5. Sepatutnya Anu arr lah yang lebih layak bertanding menentang DS Najib di Pekan. Tetapi ramai percaya bahawa Anu arr juga bukan berani untuk 'mati' dalam karier politiknya. Anu arr tentu merasakan tempat paling selamat baginya adalah Pematang Pauh. Disitulah dia akan pertaruhkan masa depan politiknya dan disitu juga dia rela akan dikuburkan. Pada saya Hj Hadi akan tetap bertanding di Marang sambil 'sembunyikan telornya' disana. Itulah yang akan terjadi nanti. Justeru, isu bertanding di Pekan hanyalah sebagai menduga sejauh mana dia masih mendapat sokongan dalam parti sendiri.











31 October, 2012

NIK AZIZ INGIN KEKAL PERINTAH KELANTAN





1. Dari Laporan dari sebuah akhbar (Klik Sini), Nik Aziz menyatakan bahawa beliau masih boleh berkhidmat apabila ditanya mengenai keuzurannya dan bila beliau ingin bersara dari politik.

2. Jika kita masih belum lupa, Nik Aziz pernah menyatakan akan turut berundur dari jawatannya dalam politik jika Tun Dr. Mahathir berbuat demikian dalam usahanya mendesak Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan. Apakah Nik Aziz berpeggang pada janjinya? Apakah hukum ingakari janji?

3. Kata Nik Aziz kononnya Dr. Mahathir dah terlalu lama memeggang jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun siapa yang masih memeggang jawatan sehingga sekarang ini? Pada umur berapa Dr. Mahathir melepaskan jawatan ketika itu dan berapakah umur Nik Aziz sekarang ini?

4. Dari klip video diatas, kata Nik Aziz sihat tubuh badan bukanlah sesuatu yang sangat penting dan akal fikiran adalah lebih utama dalam kepimpinan. Nampaknya 'akal' Nik Aziz tetap berkeinganan untuk memerintah Kelantan selama-lamanya.

5. Rupanya yang menamakan dirinya sebagai 'Tok Guru' pun lebih mencintai dunia dan kuasa yang ada.

7. Membangun bersama Islam hanyalah slogan Pas bagi Negeri Kelantan dan slogan itu berubah-ubah kata Nik Aziz. Demikian juga dengan perlaksanaan hukum hudud.....ianya juga adalah slogan dan berubah-ubah seperti sekarang ini dan ianya bukan lagi perjuangan Pas.

8. Baca: Nik Aziz dulu kutuk Mahathir dan Nik Aziz dah hilang upaya

9. Hahahaha! Pengikut totok Pas tertipu lagi...dulu, kini dan selamanya. Mungkinkah mereka menyesal kerana berguling-guling untuk pertahankan Pas sedangkan pemimpinnya sah HamPas.


30 October, 2012

'CI-SELI' KAUM TERMINORITI....?

Bantahan Orang Asli di hadapan pejabat MB Pahang

Yang mana Orang Asli? Yang mana Cina dan yang mana 'Ci-seli'?

1. Diberitakan beberapa hari lalu beberapa Orang Asli (Orang Asal) berkumpul diperkarangan Pejabat Menteri Besar Pahang bagi menyampaikan bantahan mengenai Hak-hak Orang Asli.

2. Menurut sumber, DSD Adnan Yaakob, dalam mengulas kes berkenaan dilaporkan bersetuju bahawa pendedahan dan rungutan masalah Org Asli ada yang munasabah, seperti tanah kubur mereka yang dilanyak, tanah kebun diceroboh dan punca air minuman tercemar. Bagaimanapun yang tak munasabahnya adalah minta kerajaan luluskan lebih banyak tanah kepada mereka. Siapakah sebenarnya yang berada dibelakang mereka ini? Yang akan benar-benar mendapat manafaatnya nanti? Yang nyata adalah mereka hanya jadi alat dan dipergunakan oleh pihak tertentu.

3. Bagaimanapun, apa yang pastinya adalah tunjuk perasaan itu bukanlah benar-benar datang dari masyarakat Orang Asli itu sendiri, sebaliknya adalah atas tajaan pihak pembangkang bagi mewujudkaan keadaan huruhara dan menunjukkan bahawa rakyat membantah kerajaan.

4. Dari sebilangan Orang Asli  yang berkumpul itu kelihatan beberapa wajah yang 'nampak' seperti 'kaum Cina'  tetapi bukan Cina (gamaknya). Yang membantah dan perjuangkan Orang Asli sudah tentulah Orang Asli sendiri. Jadi siapakah mereka?

5. Setelah ditelili baharulah dikenal pasti bahawa mereka itu bukanlah Cina dan bukan juga Orang Asli, tetapi adalah 'CiSeli', satu suku kaum yang baharu ditemui atau dikenal pasti yang juga tergolong dalam Orang Asal. Mereka ini, bukan Orang Asli dan bukan juga kaum Cina namun mereka kononnya nampaknya lebih asli dari Orang Asli sendiri.

6. Dibeberapa penempatan Orang Asli, kita tidak hairan bila temui mereka yang berwajah seperti atau iras-iras kaum Cina, kerana dulu ramai Cina pekerja balak yang kawin kontrek (mutaah) dengan perempuan Asli, dan mereka masih lagi diiktiraf sebagai Orang Asli. Namun, 'CiSel'i ini bukanlah hasil Cina kawin Asli atau Asli kawin Cina, tetapi adalah kaum Cina yang tiba-tiba dan tak semena-mena jadi Orang Asli dan perjuangkan mereka kerana kepentingan peribadi yg tersembunyi.

7. Mereka itu adalah Cina yang boleh jadi ikan dan ular dalam satu masa atau adalah mereka yang opportunis yg menganggap setiap yang bergerak didalam air itu adalah makanan hatta puntung kayu yg hanyut sekalipun.

8. Justeru, pemimpin masyarakat Orang Asli (yang benar-benar asli)  disarankan berhati-hati dengan mainan politik pihak pembangkang yang sentiasa menangguk di air keruh. Dalam politik 'binatang politik' Anu arr, matlamat sentiasa menghalalkan cara.


29 October, 2012

KALAULAH PENGIKUT PAS TAHU....



1. Kalaulah pengikut Pas tahu....bahawa tidak semua yang pemimpin Pas lakukan adalah kerana kepentingan agama, sudah tentu kita akan kecewa dan menolak perjuangan Pas yang kononnya berlandaskan Islam. Namun sebenarnya mereka hanya jadikan agama sebagai alat untuk mencapai cita-cita dan perjuangan peribadi mereka sendiri.

2. Kalaulah pengikut Pas tahu....keratan akhbar diatas adalah tentang pemimpin Pas yang merayu kepada pengusaha rumah urut supaya memohon lesen dan mendaftar supaya cukai dapat dikutip. Kalau kita belum lupa, tidak lama dulu para pemimpin Pas menjerit-jerit mengatakan bahawa kerajaan BN perolehi hasil dari sumber haram dengan mengutip cukai dari perniagaan yang diharamkan oleh agama. Apakah apabila mereka sudah berkuasa dan memerintah maka apa yang mereka katakan haram itu sudah Allah halalkan bagi mereka?

3. Kalaulah pengikut Pas tahu.....Nik Aziz pernah meluluskan sebanyak 44 lesen arak di Kelantan tetapi dalam masa sama bercakap tentang apa yang kerajaan BN lakukan mengenai lesen arak adalah haram dari segi hukum Tuhan. (Klik Sini)

4. Malangnya para pengikut Pas telah buta mata dan hatinya dan terlalu taksub kepada pemimpin yang menjanjikan mereka syurga sedangkan syurga itu bukanlah milik para pemimpin mereka. Di Kelantan kerajaan negeri sering menjuruskan pemikiran rakyat kepada kehidupan akhirat kerena mereka gagal memberikan kebaikan kehidupan dunia bagi rakyat mereka. Kerajaan negeri gagal membekalka air bersih bagi menjamin kesihatan rakyat Kelantan biarpun sudah memerintah sekian lama.

4. Kalaulah pengikut Pas tahu....bahawa mereka sudah sejak sekian lama tertipu, tentu mereka tidak akan sanggup berguling-guling dijalan raya kerana memprotes kerajaan yang sedang memberikan kebaikan untuk mereka dan menunaikan segala janjinya.







10 October, 2012

ROAD TO PUTRAJAYA?




1. Tahun lalu Anu arr dengan penuh keyakinan menipu telah mengumunkan bahawa beberapa Ahli Parlimen akan melompat katak dan menyertainya dan membolehkan beliau ke Putrajaya jadi Perdana Menteri. Anu arr hebahkan ke seluruh negara, kepada seluruh rakyat jelata bahkan kepada negara-negara luar juga bahawa beliau adalah dalam perjalanan ke Putrajaya.

2. Maka puak-puak dan juak-juak pembangkangpun sibuklah mencanang kesana-kemari bahawa mereka akan menguasai Putrajaya. Pemimpin-pemimpin Pakatan masing-masing tersenyum berangan-angan untuk jadi menteri itu dan ini. Mat Sabu yang dahulunya menuduh dan memberi nama Anu arr Al-Juburi kini sudah menjilat ludahnya kembali, bahkan sanggup menjilat jubur Anu arr pula. Demikianlah politik yang menghalalkan cara.

3. Maka merekapun menabur-nabur janji dan menabur harapan menawan Putrajaya. Para pemimpin Pembangkangpun mengajak pencacainya bersama-sama dalam misinya ke Putrajaya.

4. Akhirnya rakyat sedar bahawa mereka ditipu lagi dan lagi dan lagi. Isu Scopene dan pembunuhan Altantuya hanyalah rekaan semata-mata bagi menanam kebencian rakyat kepada DS Najib dan kerajaan. Kebebasan media sosial dalam menyebarkan maklumat menyerlahkan pembohongan Anu arr. Slogan Road to Putrajaya beransur-ansur hilang dan Anu arr serta pemimpin Pakatan Pembangkang bertukar arah kepada 'Road to hospital mental'! 









16 September, 2012

YANG KITA MESTI INGAT....




1. Jika kita bina satu 'time frame', kita akan dapati banyak perkara yang berlaku didalamnya. Dalam setahun ini, 2012, banyak perkara yang telah berlaku dan tidak semuanya dapat kita ingati. Dalam semenjak DS Najib jadi PM, lebih banyak yang berlaku dan sudah tentu banyak juga yang telah kita lupakan, atau kurang mengingatinya.

2. Ruang ingatan kita memang sempit justeru memang kita hanya ingat sedikit. Benarlah kata TDM, 'Melayu mudah lupa'. Bahkan bukan hanya Melayu saja, manusia ini semuanya memang mudah lupa.

3. Namun begitu tetaplah ada diantaranya yang memang perlu kita ingat, untuk seketika ataupun sampai bila-bila dan selamanya. Ada yang sengaja ingin kita lupakan namun sukar untuk kita buangkan dari dalam fikiran. Kerana itulah kita terpaksa mencipta peristiwa atau apa-apa yang lain untuk dimasukkan kedalam ingatan bagi mengusutkan fikiran seterusnya melupakan yang lalu dan terdahulu.

4. Bagaimanapun janganlah kita terperangkap dengan jerat-jerat yang mereka bina. Ingat dan ingat-ingatkan lah....ingat Anu arr ingat liwat, ingat 16 september ingat pembohongan, ingat Al-Juburi ingat Mat Sabu, ingat Mat Sabu ingat Perdana 22, ingat Ostad Badrul ingat 'mandi burung', ingat manifesti PRU Pakatan, ingat kita sudah tertipu....

12 September, 2012

MB PAHANG MERAKYATKAN UMNO

MB Pahang merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO Bahagian Lipis.

1. BN adalah parti rakyat Malaysia sebenarnya. Parti yang telah membela dan mencorakkan pembangunan negara sejak zaman merdeka. Terlalu banyak jasa yang telah diberikan sehingga susah untuk kita menunjukkannya kerana segalanya adalah BN...Perikatan...UMNO.

2. Baru-baru ini saya menghadiri jamuan hariraya anjuran UMNO Bahagian Lipis yang dihadiri oleh MB Pahang atas undangan sahabat-sahabat di UMNO Bahagian Lipis. Sambutan rakyat sangat hebat dan luar jangkaan. Walaupun Siti Norhaliza tidak hadir namun ibunya dan iparnya turut juga hadir menyertai sambutan  kehadiran MB.

3. Apa yang ingin saya katakan adalah mengenai kesediaan MB Pahang DSD Adnan Yaakob bagi merakyatkan UMNO itu sendiri. Mengikut rancangan awal, MB menyertai jamuan hariraya bersama rakyat di perkarangan tempat letak kereta Pejabat UMNO Bahagian, dan kemudiannya akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap Pemuda dan Wanita Bahagian di dewan UMNO Bahagian. Namun MB dengan beraninya melakukan luar dari kebiasaan dengan merasmikan mesyuarat berkenaan dimajlis hariraya dihadapan rakyat yang bukan hanya dari ahli UMNO, bahkan antaranya terdapat juga dari kalangan penyokong pembangkang tegar.

4. Kerana apa kita mesti takut kepada penyokong pembangkang? Kita harus berani berfikir bahawa UMNO / BN adalah parti besar dan adalah parti dan harapan rakyat. Ketakutan kita kepada pembangkang kononnya mereka itu kuat dan mendapat sokongan padu dari rakyat dan akan mengambil alih kerajaan dalam PRU13 nanti. Semua itu hanyalah provokasi pembangkang semata-mata. Kemenangan mereka dalam PRU lalu hanyalah satu protes, kini rakyat sudah sedar dengan kuasa sedikit yang diberikan kepada mereka telah menunjukkan mereka gagal menunaikan janji mereka sebelum ini.

5. Di Selangor, rakyat Selangor menuntut janji dari manefesto PRU lalu ditunaikan. Mana janji bekalan air percuma? Akhirnya MB Khalid terpaksa akui pembangkang gagal dengan mudah memberi alasan bahawa manefesto hanyalah janji Pilihanraya dan tidak mesti ditunaikan.

6. Apakah harapan kita jika masih menaruh kepercayaan kepada pembangkang? Tidak mungkinkah nasib rakyat Selangor akan jadi seperti nasib rakyat Kelantan yang menhadapi krisis air yang tidak sudah-sudah?

7. Ketika rakyat hadapi masalah kekurangan air, pemimpin mereka 'buang air' sana dan 'buang air' sini. Kahkahkah!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...