27 July, 2013

MALAY - SI AAA

Filem Tanda Putera yang pemimpin Melayu tidak berani luluskan tayangannya


Tahniah atas kemenangan UMNO di Kuala Besut. Moga-moga kemenangan tersebut memberikan ertinya kepada rakyat dan bukan hanya kepada pemimpin-pemimpin semata-mata. Setidak-tidaknya UMNO akan kekal berkuasa dan memerintah dengan selesa di Trengganu sehingga PRU akan datang ataupun sehingga akan ada berlaku kematian kepada mana-mana wakil rakyat BN yang membolehkan PRK diadakan lagi.

Kemenangan tipis BN dalam PRU lalu adalah petanda awal yang semua pemimpin UMNO mesti menterjemahkannya sebagai satu amaran bahawa orang Melayu sudah berpecah dengan teruknya dan sebahagiannya sudah tidak lagi mengundi dan menyokong UMNO lagi. Banyak kali kita dengan pemimpin meminta ahli-ahli UMNO supaya berubah, tapi apakah pengikut saja yang perlu berubah? Bagaimana dengan mereka pemimpin-pemimpin yang sebilangannya masih bersikap angkuh? Apakah dalam mentranformasikan UMNO hanya pengikut saja yang mesti berubah tetapi pemimpin tidak?

Mewakili sebahagian dari penyokong UMNO dan sebahagian orang Melayu yang lain, saya ingin menyatakan kekecewaan kepada pemimpin dan kerajaan yang ada kerana dilihat tidak benar-benar mendengar keluh-kesah orang Melayu selama ini. Masih ada yang tersembunyi dan tidak dapat disuarakan dengan jelas kerana memang sifat Melayu itu bangsa yang pemalu dan malualah.

Ramai yang merasakan, dalam banyak tindakan kerajaan, pemimpin masih memberi muka kepada bangsa lain namun dalam soal yang sama bertindak tegas tanpa tolak ansur kepada bangsa Melayu sendiri. Apakah mereka masih berusaha memujuk sedangkan sah dan nyata bahawa kaum itu tidak menyokong kerajaan sehingga kini? Apakah benar pemimpin rela menyusukan kera di hutan dan membiarkan anak di rumah mati kelaparan?

Melayu juga tidak akan menyokong lagi jika mereka sedar mereka sentiasa dianaktirikan. Kita cuma bimbang kelak, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ini telah di tunjukkan oleh sebilangan masyarakat Melayu bandar yang tidak lagi menyokong kerajaan. Jangan salahkan mereka kerana sikap pemimpinlah yang membuatkan kebencian mereka selama ini.

Tidak lama dulu, filem Tanda Putera dihalang oleh kaum cina dari ditayangkan konon menyentuh hati mereka, namun tiba-tiba kedengaran filem The New Village yang mengangkat komunis sebagai wira telah dibenar untuk ditayangkan. Dimanakan pendirian kerajaan yang perjuangkan bangsa Melayu selama ini? Atau memang pemimpin kita sudah semakin hilang 'telor'?

Saksikanlah, jika dalam masa terdekat akan ada pemilihan lagi, tidak mustahil akan ramai Melayu seperti saya yang akan beralih arah kerana kecewa dengan pemimpin kita yang hanya ber-retorik dalam perjuangan bangsa.

Penulis sejarah di Singapura sudah menidakkan bangsa Melayu di Malaysia. Apakah masa depan negara 'Malaysia' nanti....mungkinkah bangsa Melayu akan hilang didunia? Mungkin benarkah kata-kata kaum itu bahawa 'Malay - Si Aaa'. Harapan kita hanyalah kepada pemimpin kita, namun jika pemimpin kita juga sudah tidak boleh diharapkan, maka kepada siapa lagi? Mungkin perlu ada demonstrasi? Atau Revolusi?








23 July, 2013

SOKSEK-SOKSEK PENGUNDI KAMPONG TOK SABOH, KUALA BESUT




1. Rakaman diatas adalah rakaman terus menerus tanpa edit. Begitulah suara hati penduduk dan pengundi di Kg. To Saboh, Kuala Besut. Mereka yakin kepada BN dan akan terus memberikan sokongan kepada BN dalam PRK ini. Mereka juga sangat menghargai dan menghormati segala usaha calon BN, Tengku Zailan Che Ku Abd Rahman yang telah membantu mereka sejak dulu, sejak berkhidmat dengan JPS.

2. Berbagai usaha dilakukan oleh pihak pembangkang terutama Pas untuk melunturkan semangat dan sokongan mereka namun mereka tetap teguh kerana yakin segala janji Pas dan pembangkang hanya dusta semata-mata, malahan niat mereka hanya untuk membawa kerosakan.

3. Anu arr datang berceramah di Kg. Tok Saboh namun tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan. Yang hadir ceramah hanyalah penyokong tegar Pas yang diimport dari Kelantan oleh Husam Musa. Kehadiran mereka tidak pun memberikan kesan. Pembohongan Anu arr juga sudah tidak disenangi, bahkan dibelakang ada antaranya bertanya kenapa tidak Anu arr tunaikan janjinya untuk tidak mengangkat sumpah jika tidak percaya kepada ketelusan SPR sebagaimana yang dicanangkannya?

4. Dalam keadaan terdesak, pihak pembangkang sudah tidak peduli halal dan haram lagi dengan tidak bertanggungjawab telah mengedarkan surat palsu (dibawah ini) bagi memberikan gambaran buruk kepada kerajaan BN. Perbuatan terkutuk ini tidak dapat diterima oleh penduduk Kuala Besut. Ada pihak yang cuba pertahankan pembangkang kononnya itu bukan perbuatan mereka kerana kononnya mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka berpegang kuat kepada hukum agama. Namun kita bertanya kembali, jika Stopa Spenda boleh lakukan perbuatan terkutuk dengan perempuan yang bukan muhrimnya, jika Mat Sabu boleh lakukan perkara serupa disebuah Hotel di Kota Bharu dahulu, adalah mustahil mereka tidak sanggup lakukan penipuan sebegini.



5. Kita harap pengundi Kuala Besut akan memberikan undi yang lebih banyak bagi memberikan kemenangan mutlak kepada calon BN. 


PRK KUALA BESUT - LAIN KALILAH KEPADA ANU ARR YANG BERKALI-KALI MENIPU RAKYAT

Ayah calon BN, Ustaz Che Ku Abd Rahman dan isteri.


PRK N01 Kuala Besut membawa ribuan pelancong tempatan ke sana atas tujuan bertugas dan berkempen bagi memenangi parti masing-masing. Dalam masa sama kehadiran mereka menjana ekonomi penduduk tempatan terutama pada bulan puasa ini. Bagaimanapun, pekan kecil ini tetap aman dan tidak terganggu terutamanya kepada pelancong asing yang mengunjungi Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Kemenangan tipis BN membuatkan pembangkang bagai dirasuk untuk memenangi PRK ini. Justeru tidak hairan bila pelobi mereka yang datang berkempen menggunakan apa saja cara dan pendekatan semata-mata untuk menang. 16:16 dijadikan asas kepada kempen mereka.

Calon Pas adalah seorang kontraktor kelas besar yang pendapatannya puluhan ribu sebulan. Ketika diwawancara menyatakan bahawa jikalau beliau menang elaun yang diperuntukkan kepadanya tidak akan diambil melainkan akan digunakan untuk mengajikan seseorang yang akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai adun kerana sedar bahawa beliau tidak akan dapat memberikan komitmennya sebagai wakil rakyat.

Akhirnya mulut beliau terpaksa ditutup oleh parti yang diwakilinya kerana mengeluarkan kenyataan yang jujur dan telus itu. Ini lah makna kebebasan dan ketelusan kepada pembangkang. Inilah juga nilai menyatakan yang benar bagi sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Calon BN, Tengku Zailan Che Ku Abd Rahman adalah anak tempatan kelahiran Kuala Besut - seorang jurutera yang banyak membantu penduduk tempatan sebagai sumbangan dan baktinya kepada bangsa dan negara. Bapanya adalah pengasan Sekolah Menengan Agama Nur Ittifak (dulu Sekolah Agama Rakyat) yang ditubuhkan pada 1958. Beliau juga pengasan Persatuan Nelayan Kuala Besut pada tahun 1973. Cergas dalam pelbagai persatuan dan ngo sejak 1968. Walaupun sudah berpencen namun masih berbakti dengan mengajar di madrasah dan surau-surau di dalam dun Kuala Besut. Selain itu beliau juga merupakan seorang penulis dan menghasilkan sebuah antalogi puisi ' Kuala Besut Sebuah Nama' terbitan tahun 2007 dengan nama pena 'C.K. Abd Rahman'.

Calon dan keluarganya dikenali oleh ramai orang di dun Kuala Besut kerana sikap yang suka membantu orang lain. Di beberapa kampong yang sempat saya lawati, saya mendengar hasrat mereka untuk memilih calon BN ini.

Tiba-tiba di Kampong Tok Saboh, Anu arr datang dan dalam kempennya mengatakan bahawa calon BN bukanlah anak tempatan. Sudah tentu penduduk di dun Kuala Besut mencebik. Apa lagi penipuan Anu arr selepas ini? Ketika penipuan-penipuan dulu masih belum terjawab, Anu arr datang dengan membawa penipuan baru..... Mana 'pengundi hantu' Bangla seramai 40 ribu? Mana Black Out PRU? Siapa lagi yang akan percaya dengan  penipuan Anu arr? Siapa pula yang akan rela terus ditipu dan perbodohkannya?

03 June, 2013

INIKAH WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG KITA?

Berfacebook di Parlimen? Hehe...bukan susah jadi wakil rakyat


1. Pertambahan kerusi kepada pembangkang dalam PRU yang lalu adalah satu petanda bahawa demokrasi di negara kita masih dan tetap subur. Cuma mereka yang tamak dan berhasad dengki sahaja dan merasakan bahawa mereka patut menang semua yang mempertikaikan keputusan PRU13 yang lalu. Segala tohmahan tentang penipuan dalam pilihanraya akhirnya tidak terbukti sama sekali. Isu blackout dan pengundi Bangla akhirnya tenggelam begitu sahaja kerana memang sebenarnya itu semua tidak berlaku. Anu arr hanya mengada-adakan cerita bagi meningkatkan kemarahan rakyat supaya memberontak, namun rakyat tidaklah sebodoh itu, atau sekurang-kurang tidak semua rakyat sebodoh yang disangkakannya, yang mudah percaya pada segala tohmahan terhadap kerajaan.

2. Kemenangan lebih ramai pembangkang bagi kerusi parlimen tentunya akan akan memberikan lebih cabaran kepada kerajaan. Ianya juga baik kepada keseimbangan politik agar kerajaan tidak sewenang-wenangnya mengkhianati kepercayaan yang telah rakyat berikan. Bagaimanapun kualiti ahli parlimen itu juga sangatlah penting kepada peningkatan keperhatinan dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Apalah gunanya ramai wakil rakyat pembangkang namun semuanya jahil politik serta gagal memberikan khidmat kepada rakyat yang diwakilinya dengan baik dan berkesan?

3. Pada penggal lalu, kita dapati ada wakil rakyat yang datang ke Parlimen dengan watak sebagai seorang jurugambar serta dipertontonkan berada didalam dewan sambil melayani facebook. Apakah ini wakil rakyat yang kita kehendaki dan mewakili kita? Yang kita kehendaki adalah wakil rakyat yang hadir di dewan berbahas dengan bijak berlandaskan fakta serta membawa usul dan perjuangan dikawasan yang mereka wakili. Sudah tentu tidak akan memberikan  faedah kepada rakyat jika wakil yang kita pilih hanya pandai berceramah dan berpidato dipentas-pentas pilihanraya namun gagal melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Harap-harap dalam sidang akan datang kita tidak akan melihat lagi adanya wakil rakyat yang tidak memberi tumpuan kepada persidangan ataupun hanya melayan mimpi serta 'melelehkan' air liur basi.

4. Namun yang mendukacitakan adalah kebanyakan wakil-wakil rakyat pembangkang adalah dari kalangan yang kurang faham dan tidak berpengetahuan sehinggakan mereka seakan tidak tahu apakah peranan sebenarnya mereka sebagai wakil rakyat. Bukan sedikit dari mereka yang tidak mengetahui tentang akta-akta dan perlembagaan tertentu justeru mereka jika berbahaspun tidak berada diatas dasar yang benar.

5. Wakil rakyat yang 'tersalah pilih' ini haruslah berusaha meningkatkan pengetahuan mereka dari masa ke semasa agar mereka tidak menghampakan rakyat yang memilih mereka dan mereka wakili. Jangan sampai ada yang tidak faham tentang sesuatu perlembagaan namun cuba menunjuk pandai yang akhirnya menyerlahkan kebodohan mereka sendiri.

6. Apa yang berlaku baru-baru ini, dimana Nurul Izzah mengecam larangan beliau memasuki Sabah adalah salah satu contoh ketidak fahaman beliau mengenai perlembagaan dan peraturan-peraturan tertentu. (Klik Sini) Secara mudahnya bolehlah diandaikan begini; Ini adalah rumah saya yang tentunya sayalah yang berhak sepenuhnya. Apakah orang lain berhak untuk masuk dan terus ke bilik tidur kita umpamanya? Sudah tentu tidak dan kita berhak menghalangnya. Demikian juga dengan Ketua Menteri Sabah. Tidak timbul soal penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Jika menurut pendapat beliau bahawa kemasukan Nurul Izzah akan mendatangkan mudarat kepada Sabah maka beliau berhak menghalangnya tanpa memberikan sebarang alasan. Semoga wakil-wakil rakyat pembangkang akan bertambah cerdik selepas ini.




02 June, 2013

HANYA ZAHID BUKAN 'ROTI KOSONG' ?




1. Anu arr yang memulakan gerakan untuk merampas kuasa dari kerajaan. Berbagai cara dilakukannya. banyak pihak yang diheret bersama untuk merealisasikan impiannya. Parti politik Pas dan DAP serta NGO. Bermacam janji ditabur tapi tak satupun yang ditepati.

2. DAP yang bersama mereka pasti sedar bahawa impian Anu arr itu juga sukar untuk direalisasikan. Namun kenapa tidak menangguk diair yang keruh? Kerana itulah DAP ikut serta. Pasti mereka ada agenda tersendiri. Sama ada bersama atau tanpa Anu arr mereka sudah menanam harapan untuk mendapatkannya. 

3. Untuk mencapai impian Anu arr, beliau sanggup bertolak-ansur bahkan mengadai apa saja. Bahkan sanggup berjanji untuk menjadi PM selama 2 tahun sahaja dan kemudiannya akan serahkan kuasa kepada LGE. Ini yang membuatkan DAP bermati-matian menyokong Anu arr dalam PRU lalu.

4. Anu arr sudah mencipta gelombang bantahan rakyat terhadap kerajaan. DAP mulanya hanya mengikut bersama, namun apabila sudah melihat peluang itu ada maka mereka keluar dari gelombang dan bentuk arus sendiri untuk memiliki kuasa. Kini, sama ada Anu arr akan bersama mereka atau tidak, mereka akan tetap kuasai arus itu.

5. Negara, yang dahulunya melihat Anu arr sebagai pencetus masalah kini harus melihat DAP sebagai pembawa masalah. Rasis dan chauvinist ini punyai kewangan yang kukuh dan menguasainya tidak mustahil menggunakannya untuk merampas kuasa politik dari orang Melayu yang majoriti populasi.

6. Sikap pemimpin yang terlalu berlembut dan bertolak-ansur dengan kehendak satu kaum sangat mengecewakan rakyat khususnya orang Melayu. Tidak mustahil satu hari orang Melayu juga akan melarikan sokongan mereka kerana terlalu benci dan merasa dianaktirikan, bahkan ada yang menganggap sebagaimana bidalan; kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

7. Tun Daim Zainuddin, disokong oleh ramai blogger yang mewakili suara rakyat sudah mula bersuara. Menasihatkan PM supaya 'punahsihat-punahsihat'nya dipecat (Baca Sini, Sini, Sini dan Sini) Demikianlah jika masih yang 'besar' kepala dan menganggap hanya mereka yang betul tanpa ingin mendengar pandangan orang lain. Akibatnya kita tidak mencapai sasaran kerana PM hanya didodoikan agar akan terus percaya dan akhirnya lena.

8. Kesalahan PM terdahulu seakan-akan hendak diulang semula. Malanglah Melayu...malang Malaysia. Jangan salahkan rakyat dan pengikut yang akhirnya akan berpaling arah kerana pemimpin  kerana kecewa. Bukan mustahil pencinta UMNO sendiri akan tinggalkan parti kerana sudah tidak berpuashati. (Baca)

9. Dikala ini, teringat zaman Tun Mahathir; lembut tetapi tegas, keras dan bijaksana, ditakuti dalam masa sama dihormati. Mungkin kita terpaksa menunggu 100 tahun lagi untuk mendapat yang sebegitu, atau kita akan hilang kuasa dan apa yang kita ada dan bangsa Melayu akan jadi sebagaimana di Singapura. 

10. Syabas kepada Datuk Zahid Hamidi kerana sekurang-kurangnya tidak lagi hanya memberi amaran semata-mata. Zaman 'Roti Kosong' sudah berlalu. Beranilah diatas kebenaran dalam memikul tanggungjawab yang rakyat amanahkan. Jangan lagi ada yang menjulang keris kemudian momohon maaf kerana itu sedangkan orang lain menjulang tombak dan lembing tanpa memohon maaf kepada kita. Dahulukan Melayu dan peduli apa mereka mahu kata apa! Kita bukan rasis kerana kita Nasionalis!


24 May, 2013

MAJORITI SENYAP SOKONG ZAHID HAMIDI

Pembangkang berniat buruk hanya untuk merosakan negara.



1. Selama ini pihak keselamatan dilihat sebagai terlalu berlembut dengan perusuh yang didalangi pihak pembangkang. Segala peraturan dan akta yang ada tidak diperkuatkuasakan kerana tolak-ansur yang tujuannya tidak ingin mencetus sesuatu yang buruk terhadap nama baik negara. Namun pihak perusuh dan pembangkang sengaja mengambil kesempatan untuk memperlekehkan pihak keselamatan.

2. Pihak pembangkang mendalangi banyak rusuhan sebelum PRU13 dengan harapan supaya kerajaan menguatkuasakan peraturan yang ada dan membuat penangkapan lalu mereka kemudiannya dengan mudah menuduh bahawa kerajaan dan pihak keselamatan bertindak zalim. Itulah perancangan 'busuk' mereka sejak dulu lagi. Kerana itulah sejak awal lagi pasukan keselamatan dan kerajaan sudah dilabelkan sebagai zalim, jahat, perasuah bahkan polis juga digelarkan sebagai 'anjing'.

3. Penangkapan Adam Adli serta beberapa orang lagi yang berdemo menuntut membebaskan Adam  (Klik Sini) adalah satu lembaran baru bagi ketegasan pihak berkuasa kerajaan. Biarpun pembangkang sudah melebelkan sejak awal lagi bahawa sebarang tindakan oleh pihak polis itu sebagai satu kekejaman namun rakyat banyak tetap menyokong tindakan berkenaan. Permainan politik busuk pihak pembangkang sudah cukup meloyakan rakyat yang cintakan keamanan. Majoriti senyap yang selama ini hanya mendiamkan diri kini sedikit demi sedikit sudah mula bersuara bahawa apa yang pihak kerajaan dan pasukan keselamatan lakukan adalah benar dan majoriti rakyat tetap memberikan sokongan.

4. Rakyat sudah semakin sedar dengan tipu muslihat pembangkang selama ini. Lihat saja dengan tuduhan mereka ketika PRU13 berjalan. Mereka menuduh SPR tidak telus, ada pengundi hantu, ada 40 ribu pengundi Bangla yang dibawa masuk untuk mengundi, blackout dan segalanya. Semua itu hanyalah tohmahan yang tidak berasas yang berniat jahat untuk menburukkan kerajaan dan agensi kerajaan yang berkenaan. Namun satu perkara yang kita mesti ingat iaitu pihak pembangkanglah yang melakukakan perbuatan kotor selama ini dan mereka menuduh kononnya kerajaan dan BN yang melakukannya.

5. Anu arr dengan lentang menempelak Datuk Zahid Hamidi bahawa negeri ini bukan bapak Zahid Hamidi yang punya, namun dalam masa sama Anu arr sudah terlupa bahawa negeri ini bukan juga bapak Anu arr yang yang punya (Klik Sini).

6. Apakah rakyat masih menganggap Anu arr sebagai dewa yang segala perbuatannya tidak akan disanggah kerana menganggapnya adalah benar dan betul? Anu arr bukanlah seorang ahli politik yang patut dihormati kerana kegagalannya memegang prinsip. Anu arr adalah 'binatang' politik yang hanya menganggap bahawa hanya dia saja yang berhak sedangkan menafikan hak-hak orang lain. Lebih dari itu, Anu arr adalah 'setan' politik yang sanggup mengadaikan negara dan masa depan bangsanya sendiri hanya kerana ingin membalas dendam.

7. Siapa yang tergamak untuk berjanji menyerahkan pentadbiran negara kepada orang lain selepas hanya 2 tahun jadi Perdana Menteri? (Klik Sini) Bermakna bahawa beliau ingin jadi Perdana Menteri bukanlah kerana untuk membela rakyat tetapi hanya untuk memuaskan hatinya dan membalas dendam semata-mata. Apakah rakyat masih ingin pertaruhkan harapan mereka kepada manusia yang sedemikian ini? Memanggilnya sebagai 'insan' juga sudah tidak layak!

8. Klip Video dibawah ini adalah gambaran Si-Bangsat yang menentang perlaksanaan undang-undang. Beliau memang tidak layak berada di Parlimen kerana tidak menghormati sebarang keputusan yang Parlimen tetapkan. 'Anjing' ini juga pernah mengigit pegawai polis ketika mereka ingin melaksanakan tugas tidak lama dahulu. Patut juga dia di'nyah'kan dari negara ini.





Bacaan Tambahan:
http://belantan.blogspot.com/2013/05/tian-chua-ditahan-polis.html
http://brojinggo.blogspot.com/2013/05/tian-chua-harris-ibrahim-ditahan-polis.html




15 May, 2013

MENJELANG PERLANTIKAN EXCO NEGERI PAHANG.

Ikrar Menteri Besar Pahang


1. Khabarnya esok Dun Pahang akan dibentuk. Exco-exco kerajaan negeri akan dilantik bagi mengisi beberapa portfolio. Khabarnya juga jawatan Timbalan Menteri Besar akan diadakan semula dan 'orang muda' yang juga senior dalam exco kerajaan akan dilantik kejawatan itu. Untuk makluman, jawatan itu telah ditiadakan pada penggal lalu kononnya bagi meredakan perbalahan.

2. Saya sangat setuju apabila jawatan Timbalan Menteri Besar akan diisi oleh orang muda yang lebih memahami kehendak generasi masakini. Media Sosial yang jadi penghubung akan dapat lebih digiatkan dan digerakan sepenuhnya. Memang banyak yang masih perlu dilakukan. Jika dibandingkan cybertrooper sukarelawan penyokong kerajaan dengan dengan cybertrooper pembangkang memang nampak perbezaan ketara diantara keduanya ini terbukti dari segi impak yang diberikan dalam PRU12 dan 13 yang baru lalu. Red Beans Army Cyber troopers memang hebat dan memang tentera cyber upahan sepenuh masa (Klik Sini)

3. Berapa negeri yang ada unit cybernya seperti SelangorTV (Klik Sini) yang dapat menyiar dan melaporkan segalanya mengikut kehendak dan citarasa mereka sendiri dan yang lebih penting siarannya dapat ditonton pada bila-bila masa. Kerajaan negeri Selangor sedar akan kepentingan memiliki satu medium untuk mendekati rakyat. Kita juga masih belum terlambat untuk mengikuti langkahnya. Belajarlah dari mereka jika kita sedar bahawa kita ketinggalan dari mereka.

4. Perlantikan exco juga diharapkan akan berlaku beberapa pertukaran portfolio. Banyak rungutan dari pengusaha pelancongan yang mengatakan bahawa pelancongan di Pahang menemui jalan mati. Produk-produk pelancongan yang ada mestilah digilap semula dan diberikan nafas baru. Memang benar Pahang miliki sumber eko-pelancongan yang menarik namun jika tanpa usaha mempromosikannya tiada siapapun yang akan tahu apa yang kita ada. Kg. Cerating yang suatu waktu dulu jadi tumpuan pelancong asing kini sudah semakin sunyi. Kita harus tahu kenapa itu berlaku? Perbincangan dengan pengusaha pelancongan mesti diperbanyakkan untuk mengetahui apa yang mereka kehendaki.

5. PRU13 ini adalah harapan rakyat terhadap BN di Pahang. Jika kita gagal memahami kehendak rakyat bukanlah mustahil PRU14 nanti kita akan hadapi kesusahan yang lebih besar. Zaman pemimpin tahu segalanya sudah berlalu. Pemimpin dipilih rakyat untuk melaksanakan kehendak rakyat. Jika rakyat merasakan mereka gagal mendapat apa yang mereka kehendaki maka rakyat berhak memilih pemimpin bahkan parti lain bagi mencapai hasrat mereka. Apa akan jadi kepada BN  jika demikian jadinya?

'TSUNAMI CINA' DAN POLITIK PAHANG

Poster kempen PRU13: 
Calon Pas sanggup khianati PKR dengan bersekongkol dengan calon Bebas (DAP)


1. PRU13 berakhir dengan kemerosotan bertambah kepada BN dari 140 kepada 133 kerusi, kurang lagi 7 kerusi dari PRU12 lalu. Penganalisa politik menamakannya 'Tsunami Cina' apabila kaum cina tidak lagi menyokong BN khususnya kepada MCA dan Gerakan. Tidak siapa yang tahu apa sebenarnya yang kaum cina kehendaki apabila segalanya sudahpun diberikan. Mungkin kini masa untuk menghukum mereka pula.....(?)

2. MCA menetapkan tidak akan menerima serbarang perlantikan dalam kabinet demikian juga diperingkat negeri dan kerajaan tempatan sebagai protes kepada kaum cina sendiri yang tidak menyokong mereka. Bagaimana kaum cina akan menyampaikan suaranya kepada kerajaan atau melalui siapa kita tidak ketahui. Apapun kita serahkan saja urusan itu kepada pemimpin tertinggi kita. Bertambah beratlah bebanan yang terpaksa ditanggungnya, mana lagi untuk mengatasi siri demonstrasi yang di dalangi Anu arr yang semakin  hari semakin banyak yang menuduh PRU tidak telus ditempat mereka kalah namun dikerusi yang mereka menang mereka mendiamkan diri seperti 'lembu kenyang'.

3. Pahang juga tidak dapat mengelak dari kesan 'Tsunami Cina'. Keyakinan untuk memperolehi kemenangan bersih di Parlimen dan Dun akhirnya membuat Panglima Perang tersentak dengan kekalahan yang berganda. Hilang 2 lagi kerusi Parlimen di Temerloh dan Raub selain dari Kuantan dan Inderamahkota serta kalah 12 kerusi Dun. PRU13 menyaksikan BN Pahang kehilangan kerusi Dun Tanah Rata, Tras, Beserah, Semambu, Teruntum, Tg Lumpur, Mentakab, Kuala Semantan, Bilut, Ketari, Sabai dan Triang dari hanya 4 sebelumnya.

4. 2 Adun MCA yang menang PRU13 adalah Fong Koong Fuee (Cheka) dan Lau Lee (Damak). di kawasan yang majoriti Melayu dan sudah tentu kemenangan mereka adalah kerana undi Melayu. Jika mereka juga menolak perlantikan sebagai exco kerajaan negeri maka tiadalah suara kaum cina dalam kerajaan negeri Pahang. Bagaimanapun pasti MB Pahang ada penyelesaiannya tersendiri sebagaimana PM kita juga. Mungkin juga akan melantik wakil cina dari kalangan pemimpin pertubuhan bukan politik serta individu yang aktif memberikan khidmat sosial mereka kepada masyarakat. Kita mungkin perlu melihat kepada lebih ramai lagi Khoo Kay Kim dan Lee lam Thye untuk mengisi kekosongan ini.

5. Walau apa pun, Jerantut sudah sekian lama dipinggirkan. Tiada perlantikan exco sejak Adun Pulau Tawar disingkirkan. Jerantut yang menang bersih ke-empat-empat kerusi yang dipertandingkan dalam PRU lalu merasakan elok kali ini dilantik wakil ke kerajaan negeri. Mungkin bukan (melalui barang 'reject') dengan mengangkat semula exco yang telah disingkirkan dulu. Mungkin dengan perlantikan seorang senator dari wanita, perlantikan yang sepatutnya diberikan  mengikut giliran dahulu yang diberikan kepada Kuantan. Jika ini tidak berlaku tentu orang-orang Jerantut akan kecewa.

6. Politik Pahang juga sudah semakin rumit. Banyak yang kerajaan dan MB sendiri perlu lakukan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat. Banyak janji-janji dahulu yang mesti ditunaikan. Banyak juga isu-isu besar yang perlu diselesaikan. Selain isu air yang berjaya dimainkan di Kuantan oleh pembangkang, isu tanah juga berjaya dimainkan di serata negeri. Permohonan tanah yang tidak diuruskan dengan baik menjadi masalah besar kepada rakyat. Penerokaan tanah haram nampaknya hanya memberikan keuntungan kepada satu-satu kaum sahaja. Kaum cina kelihatan berani menentang kerajaan dengan meneroka haram, demikian juga rakyat dari Kelantan yang banyak meneroka kampong baharu namun rakyat Pahang sendiri tidak mendapat apa-apa.

7. Seglaanya perlu penyelesaian segera dan telus dan faedah perlu juga dilihat dengan mengutamakan rakyat negeri Pahang sendiri. Jangan sampai rakyat Pahang kecewa dan merasa bahawa 'kera di hutan disusukan dan anak (sendiri) dirumah mati kelaparan'. Jangan kerana ini menarik undi kaum cina dan permastautin dari asal Kelantan membuatkan kerajaan akan hilang undi dari anak-anak Pahang sendiri.

10 May, 2013

KETIADAAN WAKIL MCA DALAM KERAJAAN DAN WAJAH POLITIK BARU

Prof. Khoo Kay Kim


Lee Lam Thye


1. Dato' Safuddin Abdullah konon membawa politik baru, akhirnya kecundang dan tercampak dipenjuru PRU13 yang baru lalu. Makna politik baru yang Dato' Saifuddin maksudkan itu mungkin berbeza sama sekali dengan kehendak masyarakat kita. Mungkinkah beliau mendepani zaman atau sebenarnya beliau disisih zaman. Tidak mengapa, kita terpaksa tinggalkan Dato' Saifuddin dengan idea politik barunya di Temerloh yang tewas kepada Nasruddin Hassan (Tantawi) (Pas) yang bukan pun anak tempatan.

2. Kemerosotan undi calon-calon MCA dalam PRU kali ini dianggap sebagai gelombang 'tsunami cina' oleh sesetengah pemikir politik (bukan Pemikir Politik Jerantut). Itu dianggap sebagai manifestasi kaum cina yang sudah hilang kepercayaan kepada MCA sebagai parti komponen dalam BN justeru berubahnya sokongan mereka kepada DAP. Akibat dari itu, MCA yang nyata sangat kecewa terhadap kaum cina yang enggan menyokong mereka telah mengumumkan untuk tidak akan menerima sebarang perlantikan sebagai menteri dan apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

3. Sama ada ini mainan politik MCA yang berkemungkinan ada hubungan sulit dengan DAP atau mereka benar-benar ingin menghukum kaum cina kerana tidak menyokong mereka, namun yang jelas akan berlaku 'lompong' hubungan diantara rakyat dari kaum cina dengan kerajaan yang memerintah. Kaum cina tidak ada wakil yang mewakili mereka dalam menyambung suara rakyat dan ini bukanlah satu perkara yang baik untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia ini yang perlukan wakil penyambung lidah rakyat dalam melaksanakan sebarang agenda bagi pembangunan.

4. Jika MCA enggan mewakili kaum cina dalam kerajaan kenapa tidak BN mendapatkan kalangan profesional yang berkelayakan dari kalangan NGO untuk mewakili mereka? Saya tertarik dengan tulisan diblog 'Ipoh Malay' (Klik) yang mencadangkan 2 nama iaitu Lee Lam Thye (Klik) dan Khoo Kay Kim (Klik). Saya melihat mereka adalah lebih jelas memberikan gambaran tepat kaum cina sebagaimana yang DS Najib inginkan dalam gagasan 1Malaysianya kerana kedua-dua mereka itu dilihat sebagai cina Malaysia yang tulin. Lee Lam Thye adalah bekas Ahli Parlimen DAP suatu masa dulu sementara Khoo Kay Kim adalah professor universiti yang rapat dengan bahasa dan budaya melayu. Kedua mereka adalah aktivis sosial yang disenangi oleh semua kaum di Malaysia.

5. Kerajaan BN di negeri-negeri serta kerajaan tempatan harus mendapatkan lebih ramai  Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim bagi mewakili kaum cina sebagai penyambung suara rakyat. Jika ini dapat kita lakukan, maka tidak akan ada lagi 'kelompongan' hubungan diantara rakyat dengan kerajaan BN yang memerintah. BN harus menerima hakikat bahawa sehingga PRU14 nanti BN akan mengharunginya tanpa bersama MCA yang sedang 'bermuhasabah' diri. 

6. Kehadiran Lee Lam Thye-Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim-Khoo Kay Kim ke dalam politik dan pentadbiran negara adalah sebenarnya wajah politik baru yang rakyat inginkan yang selaras dengan konsep 1Malaysia sebagaimana yang DS Najib bawa dan perjuangkan selama ini. Yang lebih penting Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim adalah cina yang bukan rasis seperti Lim Kit Siang  'and the gang' yang bakal merosakan perpaduan kaum di negara kita yang selama ini harmoni.


PAHANG KEKAL MB LAMA, DENGAN HARAPAN BARU

DSD Adnan Yaakob diacara mengangkat sumpah MB Pahang








1. Petang semalam, berlangsung di Istana Abu Bakar di Pekan, DSD Adnan Yaakob menandatangani dan mengangkat sumpah sebagai MB Pahang bagi kali ke-4

2. Hari ini khabarnya exco kerajaan negeri yang dilantik akan mengangkat sumpah dihadapan KDYMM Sultan. Menurut sumber, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, satu jawatan yang dikosongkan pada penggal lalu.

3. Apapun kali ini kerajaan negeri mesti melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Menambat hati kaum Cina namun dalam masa sama tidak menguris hati orang-orang Melayu sendiri.. Kita percaya tugas berat berada dihadapan dan dibahu MB. Kami penyokong UMNO BN akan sentiasa berdiri teguh dibelakang dan memberikan sokongan dan bantuan kepada MB dalam menjayakan visi dan misinya.

4. Kita yakin perlantikannya sekali lagi adalah untuk menyelesaikan dan menyempurnakan segala urusan yang tertunggak dan belum selesai. Masih banyak yang perlu beliau lakukan menjelang PRU14 nanti. Kejayaan BN mempertahankan Pahang adalah bergantung kepada apa yang beliau lakukan hari ini. Memang segalanya sulit dan rumit, bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Rakyat terutama orang-orang Melayu menaruh harapan yang sangat tinggi kali ini, jika mereka dikecewakan tidak mustahil mereka akan berpaling kearah lain.

5. Apapun, agenda nasional adalah Orang Melayu mesti kembali dan bersatu, bagai biduk lalu kiambang bertaut sama ada atas dasar kebangsaan mahupun atas dasar Islam. Hanya bersatu akan membuatkan kita terus teguh bagi menjamin masa depan anak cucu dan generasi akan datang akan terus terbela. Segalanya adalah dibahu para pemimpin kita. Jawatan adalah tanggungjawab dan bukannya hak dan warisan.

09 May, 2013

PRU JERANTUT MENANG SEMUA, MOHON PERTIMBANG EXCO ATAU SENATOR

"Ku Lan"  berkata sesuatu kepada 
Dato' Norhelan Mahamud, Ketua Wanita UMNO Bahagian


1. Pahang masih berjaya kekal ditangan BN. Walaupun telah kehilangan 4 kerusi parlimen dan 12 kerusi dun tetapi masih kekalkan majoriti 2/3.

2. Bagaimanapun sesuatu mesti dilakukan bagi memantapkan BN dan UMNO itu sendiri. Kerana kita tidak akan tahu apa akan jadi dalam 5 tahun lagi. Kepimpinan negeri mesti datang dengan pendekatan baru dan berbeza untuk dapat menarik hati rakyat terutama golongan muda. Kita harus sedar bahawa waktu sudah mengubah segalanya.

3. Pagi ini Menteri Besar Pahang akan mengangkat sumpah dihadapan KDYMM Sultan Pahang setelah mendapat perkenan untuk mentadbir negeri sehingga PRU akan datang. Banyak perkara baru mesti dilakukan serta masih banyak perkara lama dan tertunggak mesti diselesaikan. Jika tidak lebih rakyat akan menterjemahkan kemarahan mereka dalam peti undi dalam PRU akan datang.

4. Pada penggal lalu, Jerantut tidak langsung diwakili oleh ahli parlimen didalam kabinet bahkan tidak juga diwakili oleh adun didalam dewan negeri sebagai exco kerajaan negeri. Malang sungguh bagi Jerantut walaupun menang bersih di kesemua kerusi yang dipertandingkan. Jikalau adun lama yang ada di Jerantut ketika ini tidak layak diangkat jadi exco, mohonlah kepada pemimpin tertinggi  agar mempertimbangkang untuk melantik seorang senator dari kalangan pemimpin-pemimpin yang ada di Jerantut mungkin dari kalangan Pemuda atau Wanita yang banyak membantu dalam PRU lalu.


08 May, 2013

KITA SUDAH TIDAK CINTAKAN KEAMANAN LAGI?

Rusuhan demi rusuhan dilakukan untuk capai cita-cita peribadi


1. Apa sebenarnya yang pakatan kehendaki? Dulu desak PRU, sekarang dah dilaksanakan. Sebelum itupun sudah desak itu dan ini...namakan saja....ISA...BPR...banyak lagi, semuanya dilaksanakan tetapi apakah mereka berpuas hati selepas mendapatnya? Justeru kita harus percaya bahawa memang ada agenda jahat dan terancang yang kehendaknya tidak lain tidak bukan adalah mengangkat Anu arr menjadi Perdana Menteri.

2. Baik. Mungkin satu pihak akan berpuas hati bila Anu arr jadi Perdana Menteri tetapi tidak kah mungkin ada pihak lain pula yang akan menentangnya seperti mana yang dilakukan selama ini? Dan jika itu berlaku apakah tidak mungkin negara kita akan jadi huru-hara sebagaimana apa yang berlaku di Mesir? Atau apakah benar ini agenda kuasa luar untuk menakluk negara kita dengan cara menguasai kita sebagai penasihat kononnya. Itu tidak mustahil jika kita melihat apa yang sedang berlaku dinegara-negara arab seperti di Iraq dan sebagainya.

3. Jangan lupa bahawa Iraq diserang atas alasan Saddam Hussin memiliki senjata kimia namun akhirnya 'habuk' pun tak ada. Tetapi ketika kebenaran sudah kita ketahui, negara Iraq sudahpun hancur. Apakah keadaan Iraq sekarang ini lebih aman dan mengembirakan rakyat dari sebelumnya? Apakah rakyat Iraq tidak merasa kesal kerana kebahagiaan yang mereka harapkan rupanya berubah menjadi kesengsaraan. Berapa ramai rakyat Iraq yang dulunya memberontak untuk kononnya mendapat kebebasan namun akhirnya kehuru-haraan dan kesengsaraan.

4. Khabarnya selepas PRU ini, pakatan akan mengadakan lebih banyak lagi rusuhan-demi rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan DS Najib. Apakah kita tidak melihat dan belajar dari sejarah, bahawa rakyat Iraq dan Mesir yang yang merusuh dahulu itu adalah sama sebagaimana apa yang sebahagian rakyat kita lakukan sekarang ini.

5. Negara kita sudah tidak aman lagi. Negara kita diambang huru-hara. Namun itu semua bukanlah kehendak kita rakyat tetapi adalah kehendak orang-orang tertentu yang tamakkan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, atau muingkin juga atas anjakan dari kuasa luar yang bertujuan untuk menguasai rantau ini.





Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...