15 May, 2013

'TSUNAMI CINA' DAN POLITIK PAHANG

Poster kempen PRU13: 
Calon Pas sanggup khianati PKR dengan bersekongkol dengan calon Bebas (DAP)


1. PRU13 berakhir dengan kemerosotan bertambah kepada BN dari 140 kepada 133 kerusi, kurang lagi 7 kerusi dari PRU12 lalu. Penganalisa politik menamakannya 'Tsunami Cina' apabila kaum cina tidak lagi menyokong BN khususnya kepada MCA dan Gerakan. Tidak siapa yang tahu apa sebenarnya yang kaum cina kehendaki apabila segalanya sudahpun diberikan. Mungkin kini masa untuk menghukum mereka pula.....(?)

2. MCA menetapkan tidak akan menerima serbarang perlantikan dalam kabinet demikian juga diperingkat negeri dan kerajaan tempatan sebagai protes kepada kaum cina sendiri yang tidak menyokong mereka. Bagaimana kaum cina akan menyampaikan suaranya kepada kerajaan atau melalui siapa kita tidak ketahui. Apapun kita serahkan saja urusan itu kepada pemimpin tertinggi kita. Bertambah beratlah bebanan yang terpaksa ditanggungnya, mana lagi untuk mengatasi siri demonstrasi yang di dalangi Anu arr yang semakin  hari semakin banyak yang menuduh PRU tidak telus ditempat mereka kalah namun dikerusi yang mereka menang mereka mendiamkan diri seperti 'lembu kenyang'.

3. Pahang juga tidak dapat mengelak dari kesan 'Tsunami Cina'. Keyakinan untuk memperolehi kemenangan bersih di Parlimen dan Dun akhirnya membuat Panglima Perang tersentak dengan kekalahan yang berganda. Hilang 2 lagi kerusi Parlimen di Temerloh dan Raub selain dari Kuantan dan Inderamahkota serta kalah 12 kerusi Dun. PRU13 menyaksikan BN Pahang kehilangan kerusi Dun Tanah Rata, Tras, Beserah, Semambu, Teruntum, Tg Lumpur, Mentakab, Kuala Semantan, Bilut, Ketari, Sabai dan Triang dari hanya 4 sebelumnya.

4. 2 Adun MCA yang menang PRU13 adalah Fong Koong Fuee (Cheka) dan Lau Lee (Damak). di kawasan yang majoriti Melayu dan sudah tentu kemenangan mereka adalah kerana undi Melayu. Jika mereka juga menolak perlantikan sebagai exco kerajaan negeri maka tiadalah suara kaum cina dalam kerajaan negeri Pahang. Bagaimanapun pasti MB Pahang ada penyelesaiannya tersendiri sebagaimana PM kita juga. Mungkin juga akan melantik wakil cina dari kalangan pemimpin pertubuhan bukan politik serta individu yang aktif memberikan khidmat sosial mereka kepada masyarakat. Kita mungkin perlu melihat kepada lebih ramai lagi Khoo Kay Kim dan Lee lam Thye untuk mengisi kekosongan ini.

5. Walau apa pun, Jerantut sudah sekian lama dipinggirkan. Tiada perlantikan exco sejak Adun Pulau Tawar disingkirkan. Jerantut yang menang bersih ke-empat-empat kerusi yang dipertandingkan dalam PRU lalu merasakan elok kali ini dilantik wakil ke kerajaan negeri. Mungkin bukan (melalui barang 'reject') dengan mengangkat semula exco yang telah disingkirkan dulu. Mungkin dengan perlantikan seorang senator dari wanita, perlantikan yang sepatutnya diberikan  mengikut giliran dahulu yang diberikan kepada Kuantan. Jika ini tidak berlaku tentu orang-orang Jerantut akan kecewa.

6. Politik Pahang juga sudah semakin rumit. Banyak yang kerajaan dan MB sendiri perlu lakukan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat. Banyak janji-janji dahulu yang mesti ditunaikan. Banyak juga isu-isu besar yang perlu diselesaikan. Selain isu air yang berjaya dimainkan di Kuantan oleh pembangkang, isu tanah juga berjaya dimainkan di serata negeri. Permohonan tanah yang tidak diuruskan dengan baik menjadi masalah besar kepada rakyat. Penerokaan tanah haram nampaknya hanya memberikan keuntungan kepada satu-satu kaum sahaja. Kaum cina kelihatan berani menentang kerajaan dengan meneroka haram, demikian juga rakyat dari Kelantan yang banyak meneroka kampong baharu namun rakyat Pahang sendiri tidak mendapat apa-apa.

7. Seglaanya perlu penyelesaian segera dan telus dan faedah perlu juga dilihat dengan mengutamakan rakyat negeri Pahang sendiri. Jangan sampai rakyat Pahang kecewa dan merasa bahawa 'kera di hutan disusukan dan anak (sendiri) dirumah mati kelaparan'. Jangan kerana ini menarik undi kaum cina dan permastautin dari asal Kelantan membuatkan kerajaan akan hilang undi dari anak-anak Pahang sendiri.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...