31 March, 2009
Celaka! Hantu PAS menyerang Bukit Selambau.
Seperti biasa PAS celaka ini akan terlebih dahulu menuduh BN/UMNO yang melakukannya bagi menutup perbuatan mereka dan sebelum mereka dituduh. Inilah helah mereka setiap kali isu pengundi hantu kedengaran. Memang sukar untuk kita percaya bahawa sebuah parti yang mengaku memperjuang dan memartabatkan Islam tetapi telah mengunakan taktik yang sebegitu kotor untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini, tetapi itu PAS. Sebuah parti yang sanggup bersahabat biarpun dengan syaitan demi kemenangan dan kekuasaan dalam politik.
Bagaimanapun, taktik-taktik kotor begini sudah sinonim dengan parti PAS kebelakangan ini. Siapakah yang sanggup berbaring ditengah jalan ketika merusuh dihadapan DYMM Sultan Perak? Siapa yang merampas kuasa dari Imam dan menggantikan Imam yang sedang bertugas kemudiannya ingin berceramah politik di masjid berkenaan?
Siapakah yang gila kuasa dan mempergunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Siapa yang selama ini mengunakan agama dan ayat Quran untuk tujuan pengaruh politik. Siapa yang menghalalkan dan mengharamkan sesuatu mengikut kepentingan mereka sendiri? Siapa yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana berlainan pegangan politik?
Terbaru mereka sangup membiarkan bahkan menggalakan DAP yang tentunya kafir mengunakan ayat Quran serta memberi salam ketika berceramah politik? Nyatalah bahawa Islam telah dicelakakan oleh PAS. Demikian celakanya pemimpin-pemimpin PAS ini. Sedarkanlah diri kita jangan sampai berterusan kita dilembukan oleh pemimpin-pemimpin PAS.
Siapakah yang merosakkan bendera-bendera BN/UMNO dalam kempen PRK baru-baru ini? Demokrasi di Malaysia hampir akan mati oleh kerana adanya puak-puak yang fanatik terhadap parti kerajaan langit ini.
p.s.
Nik Aziz kata penghisap rokok lebih bodoh dari lembu? Tapi Nik Aziz sepatutnya kata yang berbaring tengah jalan kerana merusuh itulah yang lebih bodoh dari lembu. Nik Aziz adalah nakhoda dan tuan PAS lembu.
30 March, 2009
DSN PERLU TEGAS - BERUBAH
UMNO sedang berubah. Akhirnya Pak Lah telah mendengar dan akur kehendak ahli-ahli UMNO dan rakyat. DSN telah dengan resminya menjadi Presiden parti dan tidak lama lagi akan jadi PM. Perubahan yang sangat-sangat diharapkan oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat. Semoga selepas ini UMNO dan negara akan dipimpin oleh seorang PM yang tegas dan bijak dalam membuat keputusan.
Bagaimanapun, untuk mengubah segalanya itu DSN harus membersihkan organisasi UMNO itu sendiri bagi menyakinkan kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat bahawa kepimpinan UMNO serius dan memang meinginkan perubahan. Rakyat harus diyakinkan tentang perubahan ini bagi menarik semula sokongan pengundi-pengundi yang telah berubah arah dalam PRU12 yang lalu. DSN perlu tegas dan serius dalam menangani perubahan ini dan jangan hanya melaksanakannya ibarat 'melepaskan batuk ditangga'.
DSN dan pucuk pimpinan UMNO harus juga peka kepada suara ahli. Jangan sesekali buat pekak hanya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang mungkin akan kelihatan ekstrem keatas orang-orang tertentu. DSN harus benar-benar memegang prinsip 'yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah' tanpa mengira siapa sahaja. Jangan ada dasar perlindungan bagi melindungi orang-orang tertentu. Sekiranya ini berlaku, maka DSN juga akan dilihat sebagai sorang pemimpin yang lemah dalam mengambil keputusan. Kemungkinan juga banyak pihak akan mengambil kesempatan keatasnya kelak, dan jika ianya dibenarkan berlaku maka UMNO tidak akan mampu berubah.
Pertama sekali, DSN harus membersihkan perasuah-perasuah politik dalam UMNO. Semuanya sekali dan pada semua peringkat. Suara-suara UMNO semasa PAU dulu yang memprotes kemenangan KJ harus diberikan perhatian. Tindakan tegas mesti diambil keatas KJ dan konco-konconya kerana ianya tersangat jelas bahawa adanya satu konspirasi yang sangat kotor dalam pemuda UMNO. Jika ini tidak diselesaikan maka sampai bila-bila UMNO akan dilihat sebagai tidak bersih. Kita lebih rela jika Pemuda UMNO hanya dipimpin oleh pemangku ketua pemuda dari dipimpin oleh ketua pemuda yang terlibat dengan rasuah politik.
Dalam soal ini, KJ bukan saja tidak patut diberikan jawatan dalam kabinet, malah kesnya harus disiasat dengan lebih rapi serta dirujuk kepada SPRM. Tindakan keras mesti diambil supaya menjadi tauladan kepada ahli-ahli lain dimasa hadapan. Inilah perubahan yang sebenarnya. Inilah pembersihan yang sewajarnya. Tetapi bukan hanya KJ saja, Ali Rustam dan sesiapa saja disemua pringkat. Kita sedar bahawa rasuah politik ini berlaku dengan hebat juga diperingkat-peringkat bahagian. Jika tidak dibendung maka ia akan merebak ke cawangan pula nanti.
Berjuta-juta mata sedang memerhatikan apakah perubahan yang akan dan sedang dilakukan oleh DSN. Jika DSN gagal melakukan perubahan-perubahan ini maka rakyat dan bahkan sebilangan ahli-ahli UMNO yang masih setia akan berubah arah dan meninggalkan UMNO sebagai 'luncai yang (akan) terjun dengan labu-labunya'
(Klik untuk baca - blog chilliriver)
(Klik untuk baca - blog kudakepang)
Tik Tak! Tik Tak! Tik Tak!
Tik Tak! Tik Tak! Tik Tak!
PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai.
Dup Dap! Dup Dap! Dup Dap!
DSN Angkat Sumpah PM
Gedebuk Gedebak! Gedebuk Gedebak! Gedebuk Gedebak!
PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai - semua BN menang
Nota:
1. Terima kasih Pak Lah kerana akhirnya memahami dan akur kehendak rakyat.
2. DSN perlu tegas membersihkan UMNO dari rasuah. Bersihkan juga Pemuda dari duri dalam daging.
28 March, 2009
LANGKAH PERTAMA, TDM MENGUBAH UMNO
Saya tidak berada di PWTC ketika itu. Saya hanya menonton di TV. Saya percaya bukan saya sahaja yang tidak percaya bahawa itu akan berlaku, tetapi ianya berlaku juga. Tun Dr. Mahatahir Mohamad akhirnya hadir di penghujung PAU membuat kejutan. Semua yang ada di dewan tergamam dan tidak percaya bahawa ianya berlaku. Saya menahan sebak dan airmata kerana saya sedar bahawa perubahan baru saja bermula.
Saya melihat ketika TDM sampai, semua mata menumpu kepadanya dan semua hadirin bangun memberikan hormat. Perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Disini jelas kita melihat aura Mahathir, yang tidak ada pada sesiapapun.
Inilah yang semua ahli UMNO dan orang-orang melayu inginkan. Jika penghormatan sebegini diberikan sejak dahulu lagi, sudah tentu perpecahan tidak berlaku dalam UMNO. Silapnya kita apabila kita tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya kepada seorang bekas perdana menteri dan seorang negarawan. Percayalah bahawa kita tidak akan menemui seorang lagi Mahathir sekurang-kurangnya adalam jangka 50 tahun mendatang.
Saya masih menahan sebak didada. Saya menahan airmata buat kali kedua. Pertama kali airmata saya gugur kerana UMNO adalah apabila TDM mengumumkan mengundurkan diri. Dan kali keduanya adalah pada hari ini. Saya percaya jika orang melayu dan ahli UMNO beretika dan tahu menghargai pemimpin, Mahathir tidak akan menjauhi diri dari UMNO. Tetapi salahnya adalah kita yang tidak reti berterima kasih dan menghargai jasa seorang pemimpin agong.
Ingat? Bagaiman kita mula-mula menghina Mahathir dengan menghalangnya dari melayakan diri ke PAU dahulu? Melayu itu sepatutnya berasa malu kepada dirinya sendiri kerana tindakannya yang diluar batasan. Lalu jangan kita salahkan bangsa lain menghina pemimpin besar bangsa kita kerana bangsa kita sendiri yang memulakannya.
Tun telah memulakan langkahnya kearah perubahan UMNO dan perpaduan melayu. Apakah yang akan kita lakukan selepas ini? Segalanya terletak ditangan kita. Jika penghargaan seperti tadi diberikan kepada TDM sejak dahulu, saya pasti UMNO masih teguh dan kukuh. Ingatlah apa salah kita kepada TDM? Siapa yang dan bagaimana kita menghalangnya dari menjadi perwakilan ke PAU? Siapa yang menyembur pemedih kemata TDM semasa di K.Bharu? Alangkah hinanya manusia yang merancang dan melakukan itu. Tidakkah si-sampah itu merasa malu dan hina ketika ini terhadap apa yang telah dilakukannya?
Langkah ke-2 perubahan dalam UMNO, silakanlah DS Najib!
27 March, 2009
Laporan Polis keatas Khairy Jamaluddin?
Satu Laporan Polis dijangkakan akan dilakukan keatas Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih Khairy Jamaluddin, atas kesalahan salahlaku ‘politik wang’.
Laporan ini akan dibuat oleh seorang ahli Pemuda UMNO Perak dan minta pihak berkuasa menyiasat keatas dakwaan dimana ‘carpet bombing’ berjumlah RM 10,000.00 setiap seorang. Habuan lebih dikatakan dijanjikan apabila Khairy menang.
Modus operandi yang digunakan ialah wang tunai dan nombor magnum, agar sesiapa yang menerima habuan ini akan ‘menunaikan kemenangan’ ini tanpa dilihat sebagai ‘rasuah’. Kesalahan ini dikatakan dilakukan pada malam Selasa 24 Mac 2009. Terdapat laporan dimana Perwakilan Pemuda UMNO berbondong bondong menuju ke Hotel Corus, Kuala Lumpur, yang dikatakan sebagai ‘Lubuk KJ’.
Demikian laporan dari blog 'The Thirteen Million Plus Ringgit' Guy Rambles
Lapornya lagi; Sebelum ini, Lembaga Disiplin UMNO telah menyiasat dan mendapati Khairy MP Rembau ini atas salahlaku salahguna politikwang. Namun begitu, beliau setakat diberikan amaran sahaja. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak, terutama ahli UMNO.
Bagaimanapun tindakan yang akan diambil janganlah hanya kerana KJ memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, tetapi lebih kepada alasan memulihkan dan membersihkan parti. Apapun tindakan itu dirasakan sangat wajar bagi memberikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Presiden baru haruslah menunjukkan ketegasan beliau dalam menangani isu-isu yang mampu memulihkan imej parti.
Kita merasa hairan bagaimana seorang yang telah didapati salah dalam politik wang tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO sedangkan dalam masa yang sama ada calon lain yang juga turut melakukan kesalah yang sama dikenakan tindakan. Biarpun kedua-duanya didapati bersalah dan dikenakan tindakan (larangan bertanding dan amaran) namun kita masih tidak berpuas hati dengan hukuman yang dirasakan tersangat ringan.
Jika kita masih ingat kepada kesalahan sama yang dilakukan oleh Isa Samad, beliau terpaksa melepaskan jawatannya dalam kerajaan jadi kenapa tidak tindakan yang sama dikenakan kepada pesalah-pesalah ini? Ali Rustam umpamanya perlu melepaskan jawatan sebagai KM Melaka dan KJ dilarang serta digantung keahlian selama 3 tahun atau lebih. Apakah tindakan keatas mereke tidak diambil kerana mereka kesayangan PM dan Presiden Parti?
Kita berharap agar kepimpinan baru UMNO akan mengambil tindakan tegas serta menyerahkan kes ini untuk tindakan SPRM dengan itu kelak rakyat akan lebih yakin kepada perubahan UMNO yang dicanangkan selama ini. Jika tidak rakyat akan merasa tertipu dengan cadangan pembaharuan yang sering disebutkan.
Jika tidak, maka rakyat akan merasakan bahawa; rupanya ahli-ahli UMNO tidak mengetahui bahawa selama ini perlembagaan UMNO telah memperuntukkan 2 undang-undang / hukuman berbeza kepada ahli-ahli UMNO dari 2 golongan; 1. Golongan Bangsawan 2. Golongan Marhaen
Ketika PRU hanya dihujung selekoh, UMNO pula berada dihujung jalan!
ANTARA RASUAH DAN MARUAH
Bersihkan UMNO dari pemberi dan penerima rasuah. Najib MESTI tegas tnapa mengira siapa jika masih sayangkan UMNO, jika tidak pada PRU13 UMNO akan hanya tinggal nama.
Akhirmya diberitakan Muhyiddin menang dalam perebutan Jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ramai menarik nafas lega dan berasa bahawa masih ada perwakilan yang masih waras dalam memilih antara rasuah dan maruah.
Diluar sana beberapa ahli UMNO dari cawangan-cawangan bersedia untuk keluar UMNO beramai-ramai dan membubarkan cawangan UMNO masing-masing kerana tidak puas hati berikutan keputusan pemilihan sayap parti.
Ramai yang tersentak dengan kemenangan KJ sebagai ketua pemuda dan mempertikaikan bagaimana calon yang mendapat pencalonan yang tersedikit kemudian terlibat dengan politik wang tetapi hanya dikenakan amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO boleh dibenarkan bertanding serta terpilih sebagai ketua pemuda?
Nyatalah bahawa perwakilan pemuda terdiri dari mereka yang lebih mengutamakan kepentingan diri dari kepentingan parti. Mereka adalah golongan yang gelojoh dan tamak yang memilih rasuah lebih dari maruah. Golongan ini kelak jika tidak dibendung akan merosakkan parti.
KJ didapti bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO.Walau hanya diberikankan amaran dan tidak ada tindakan diambil terhadapnya, namun dia tetap bersalah. Seperti juga Ali Rustam. Kenapa tindakan hanya didalam UMNO sahaja? Kita menuntut tindakan sewajarnya diambil dan mereka sepatutnya disiasat oleh SPRM.
Kita juga terfikir dari mana KJ mendapat wang begitu banyak untuk merasuah perwakilan yang jumlahnya bukan sedikit? Apapun kita harus mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka berdua dan tindakan tegas diambil oleh parti bagi membersihkan imej parti, jika tidak mereka akan sentiasa menjadi bebanan kepada UMNO selama-lamanya.
Mengubah UMNO harus bermula dengan pemimpin mereka. Memilih pemimpin yang bersih dan ikhlas berjuang untuk agama,bangsa dan negara. Jika kedua-dia sayap UMNO patah kerana tidak bersih, maka akan tempanglah UMNO selamanya.
PRU13, hanya hujung diselekoh. Jika kita masih hanya bercakap-cakap tentang ingin berubah tetapi tiada apa perubahanpun yang kita lakukan, maka kita akan kalah teruk dalam PRU nanti dan UMNO hanya akan tinggal jadi sejarah dan dilupakan. Banyak pihak melihat bahawa kemenangan KJ sebagai permulaan kepada kematian UMNO.
Klik baca: Inna Lillahi Wainna Hi Roji'un ... Al Fatihah Untuk UMNO
26 March, 2009
ADIOS! UMNO PARTI CELAKA YANG MENCELAKAKAN MELAYU
UMNO celaka dipimpin oleh pemimpin perasuah yang celaka
Saya dibesarkan dalam keluarga UMNO. Saya menjadi ketua pemuda UMNO cawangan pada usia 20an tahun. Saya menjadi AJK pergerakan pemuda bahagian selama 3 penggal. Apabila UMNO lama diharamkan saya yang menubuhkan UMNO baru dan menjadi ketua UMNO cawangan selama 2 penggal kemudian saya melepaskan jawatan secara sukarela dengan menyerahkannya memandangkan saya tidak lagi boleh memberikan komitmen sepenuhnya.
Pada ketika itu dalam UMNO tidak jelas ada berlakunya politik wang. Kita memegang jawatan hanya kerana tanggungjawab. Tetapi parti UMNO sekarang ini telah dicelakakan oleh orang-orang melayu sendiri. Kerana kepentingan peribadi mereka menjual bangsa dan agama. Jiwa ahli-ahli UMNO sekarang telah boleh dijual dan dibeli. Inilah keadaan UMNO yang celaka dicelakakan oleh pemimpin-pemimpin ketika ini.
Kita kata kita mahu berubah tetapi perlakuan kita menunjukkan bahawa kita tidak akan berubah sedikitpun. Rasuah politik berleluasa. Para perwakilan celaka telah memilih calon celaka yang akan mencelakakan UMNO sepanjang hayat kita nanti. Kita akan lihat nanti dalam dalam 'by election' terdekat BN akan kalah lagi. Dan saya juga berharap supaya dalam PRU13 nanti UMNO akan terus lenyap dari ingatan orang melayu buat selamanya.
Nampaknya transformasi yang diingini orang melayu dan rakyat tidak akan menjadi kerana perwakilan celaka lebih mengutamakan duit dari kepentingan bangsa. Perwakilan celaka UMNO telah memilih pemmimpin celaka yang merasuah. Celakalah semua orang melayu hendaknya. Memang patutlah orang melayu dicelakakan oleh bangsa lain. Perwakilan celaka lebih megutamakan setia wang dari segalanya.
Saudara, nampaknya saya akan memilih jalan lain selain dari UMNO. Maafkan saya kerana saya tidak dapat menerima pejuang hipokrit menjadi pemimpin. Berdasarkan keputusan hari ini, pemuda dan wanita, percayalah bahawa esok Muhyidin juga akan tewas. Tewas kerana adanya perwakilan celaka yang memilih pemimpin yang memberi duit dari pemimpin yang tidak memberi duit.
Dulu saya rasa elok saja saya tidak sertai mana-mana parti sebagai protes, kini saya rasa saya harus tunjukkan dengan jelas tentangan itu dengan sertai parti lain selain UMNO. Adios UMNO yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Adios UMNO parti celaka yang memilih pemimpin celaka oleh perwakilan celaka dan akan mecelakakan orang melayu. Apabila orang bersalah dan disahkan bersalah tidak dihukum dan kita lantik jadi pemimpin - ini asal kecelakaan kita.
KLIK BACA BLOG CUCU TOK SELAMPIT
ADIOS! MUHYIDDIN
Muhyiddin juga dikencingi: - no money no vote - we sell our soul
Keputusan perhimpunan wanita dan pemuda UMNO (celaka)telah memperlihatkan Najib berseorangan. Hari ini saya juga menjangka Muhyiddin juga akan kecundang. Ini adalah satu konspirasi luar sedar sebilangan besar ahli bagi menjatuhkan Najib dari dalam. Jika Muhyiddin juga kecundang kelak, maka benarlah Najib akan keseorangan dan benarlah UMNO tidak akan berubah, malah lebih teruk lagi pelan peralihan kuasa juga akan ditangguhkan sehingga Najib jemu menunggu, kempunan dan mati beragan.
Betul kata Shahrizat semalam, yang perlu berubah adalah ahli dan perwakilan yang celaka bukannya umno yang dicelakakan ini. Shahrizat lebih faham apa yang berlaku dan berapa banyak duit perlu ditaburkan untuk mendapatkan jawatan. Dalam UMNO sudah tiada ahli yang benar-benar jujur, yang ada semuanya ular sawa celaka yang akan menjadikan politik satu perniagaan untuk membesarkan anak-anak untuk menjadi anak melayu celaka dalam membina generasi celaka.
Eloklah kita meninggalkan parti umno celaka ini sebelum kita dicelakakan bersama. Apabla perwakilan celaka memilih pemimpin celaka memerintah parti, maka parti ini pun akan turut jadi parti celaka. Siapakah yang ingin berubah dalam UMNO? Pemimpim? Perwakilan? Ahli? Eloklah kita tinggalkan saja parti umno celaka ini kepada pemimpin celaka supaya mereka tahu apalah ertinya menjadi pemimpin tanpa pengikut atau menjadi raja tanpa negeri.
Muhyiddin akan tersingkir, kenapa? Kerana kedekut merasuah, kerana ingin bersih sedangkan perwakilan kebanyakannya kotor dan hina dina belaka. Pilih Mat Taib untuk sementara kerana umurnya dah tua tak akan bertahan lama dan akan jadi laluan untuk orang muda yang bercita-cita besar menjadi PM dalam usia muda. Itulah sebahagian dari konspirasi dalam UMNO.
(...bersambung .....)
ADIOS ANWAR !
Awat hang dok jolok sana jolok sini! Jari hang tu tunjuk apa?
Debaran Anwar semakin kencang. Masa untuknya tinggal sedikit saja lagi. PAU telah bermula dan sedang berlangsung sekarang. Bermakna Najib semakin hampir menuduki takhta kekuasaan - Najib semakin hampir menjadi PM.
Itulah kebimbangan Anwar yang paling utama. Anwar sebenarnya bukan bimbangkan ketidakmampuan Najib untuk memegang tanggungjawab sebagai PM Malaysia, tetapi bimbangkan peluangnya untuk jadi PM tertutup. Kebimbangan Anwar sebenarnya bukanlah kebimbangan biasa tetapi lebih kepada kedengkian dan kecemburuan tahap melampau. Kerana Anwar sentiasa merasa yakin bahawa dialah yang lebih layak menjadi PM Malaysia dan dialah yang terbaik.
Kedengkian inilah yang membuatkan Anwar sentiasa memburuk-burukkan Najib. Sejak dari dulu lagi Najib sentiasa difitnah. Berbagai fitnah dilemparkan untuk memburukkan personaliti Najib supaya rakyat terutamanya ahli UMNO menolak Najib. Kenapa Najib? Kerana Najiblah saingannya yang terdekat. Kerana itulah Anwar jarang sangat memburukkan Pak Lah kerana dia tahu Pak Lah tidak akan lama sebagai PM. Kerana itu juga kita dengar suatu ketika dulu pembangkang desak Pak Lah undur, bila Pak Lah nak serah kepada Najib, mereka nyatakan sokong pula kepada Pak Lah.
Anwar parti apa? Dia bukan ahli PKR. Dia hanya penasihat PKR. Kenapa? Kerana dia masih mengintai peluang untuk memasuki UMNO. Kerana Anwar tahu untuk jadi PM dia mestilah jadi Presiden UMNO. Anwar susah untuk menjadi Presiden UMNO jika UMNO itu kukuh. Kerana itu dia melemahkan UMNO. Apabila UMNO sudah terlalu lemah maka dia akan menyertai UMNO dan menjadi penyelamat kepada UMNO. Kunun nya!
Tetapi semakin lama pembohongan Anwar semakin terbongkar. Semakin lama keburukan sifat Anwar semakin terserlah. Anwar pengamal politik desperado. Anwar jenis manusia yang sanggap membiarkan UMNO dan orang Melayu rosak binasa asalkan natijah politiknya tercapai. Tetapi sayangnya buat Anwar, sebelum hasratnya tercapai pembohongan dan keburukan dirinya terlebih dahulu terbongkar dan tersebar luas.
Semakin lama semakin ramai pengikut meninggalkan Anwar. Semakin lama kawan-kawannya jadi semakin sedikit. Menjelang Najib menjawat jawatan sebagai PM dalam beberapa hari lagi nanti, anwar akan akan tinggal ber-sendiri. Pada ketika itu harapan Anwar telah hampa. Mimpi Anwar tidak menjadi nyata.
Pada saat-saat terakhir ini Anwar mengumpul segala kekuatannya. Kerana itu disana sini berlaku kekecohan. Reformasi mereka sudah bertukar jadi militeri. Disana sini golongan mereka cetuskan kekacauan dan keganasan. Mereka akan buatkan banyak lagi kekacauan demi kekacauan. Cara terakir untuk Anwar menjadi PM hanyalah dengan merampas kuasa. Dengan cara rusuhan. Tetapi percayalah bahawa rakyat Malaysia akan menolaknya, seperti mana juga rakyat Malayia menolak Anwar. Adios Anwar!
Beberapa cawangan PKR di Pahang akan dibubarkan sedikit masa lagi apabila Najib menjawat jawatan PM sebagai tanda sokongan rakyat negeri Pahang kepada beliau. Ini desus desas yang BH dengar sejak beberapa hari lalu. Memang PKR Pahang pun sedang menghadapi masalah dalaman dan krisis kepercayaan terhadap kepimpinan negeri dan beberapa bahagian
Saya terjumpa sajak politik yang menarik dari blog seorang kawan dari Pahang. Klik untuk baca.
25 March, 2009
PAKATAN PAKYAT @ PENJAHANAM RAKYAT
Rakyat kecewa kerana tersalah memilih PR dalam PRU12 lalu. Kita sangka intan, rupanya najis dan bangkai belaka.
Memang mudah menuduh UMNO/BN itu dan ini. Semuanya tak kena! UMNO/BN tak pandai itu dan ini. UMNO/BN sepatutnya ini dan itu, jangan ini dan itu. Pemimpin UMNO/BN ini dan itu. Begitulah yang dicanangkan oleh pembangkang terhadap UMNO/BN sehingga akhirnya UMNO/BN hampir tumbang pada PRU 12 yang lalu.
Maka gembiralah PKR,PAS dan DAP kerana telah berjaya menipu dan mempermainkan rakyat. Maka sukacitalah mereka kerana berjaya mendapat lebih banyak kerusi DUN dan AP dengan taktik kotor dan memperdayakan rakyat.
Make mereka pun merasa seperti telah menang perang. Dan tibalah masa bagi mereka mambahagi-bahagikan harta rampasan perang. Lalu berebut-rebutlah mereka mereka sesama mereka sehingga berbunuh-bunuh sesama sendiri.
Inilah keadaan yang berlaku dalam politik diantara PR. Kerana itulah berlaku beberapa insiden yang sukar untuk difahami oleh kita. Kisah Ratu Telanjang Bukit Lanjan dan perletakan jawatan Faris sebagai TKM Pulau Pinang adalah antaranya. Konspirasi perebutan jawatan serta rasuah diantara sesama mereka sedang giat berlaku. Malangnya seperti biasa mereka akan mengambing hitamkan UMNO/BN dengan menuduh segalanya itu adalah kerana konspirasi dari UMNO/BN.
Di Selangor, adalah konspirasi perebutan kuasa dengan mencuba menolak MB sedia ada untuk digantai dengan MB yang baru. Segalanya berlaku dalam senyap kerana bimbang diketahui rakyat. Inilah Pakatan Rakyat yang mengagungkan pembelaan rakyat seedangkan hakikatnya mereka mementingkan diri dan kroni mereka sahaja.
Di Pulau Pinang, rakyat telah melihat kerakusan dan ketamakan TKM mereka dalam penerimaan rasuah berkaitan kuari sehingga mampu membeli kereta mewah dengan bayaran tunai.
Sedarlah semua bahawa pembangkang ini lebih rakus apabila mereka diberikan kuasa. Mulut mereka memang masin tetapi perbuatan mereka lebih teruk dari yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN.
UMNO sedang dipulihkan. Mari bersama kita memulihkannya dan berjuang bersama-sama mereka. Hanya UMNO yang mampu memperjuangkan agama dan bangsa kita sejak dari dulu dan selamanya.
Klik untuk baca: Dewan Ulamak Bantah Nizar dicalonkan - Abe MIE terjah
24 March, 2009
JANGAN PILIH KJ SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO
ECM LIBRA? UNTUNG BAPAK MERTUA KAU PM. PULUN JANGAN TAK PULUN. BERSALAH TETAPI TIDAK DIHUKUM?? PERWAKILAN LAH YANG AKAN MENGHUKUM.
LIKE FATHER LIKE SON, LIKE MOTHER F****R? LIKE SON OF THE GUN?
INI GAMBAR KAT MASA BELAJAR DULU, BELAJAR CINTA SEJENIS DAN JADI NYAH. PATUT KE JADI KETUA PEMUDA? LAWAK SUNGGUH. KALAU MEMILIH DIA KERANA DUIT, DINERAKA NANTI AKAN JADI KAYU API YANG MEMBAKAR.
JANGAN PILIH KJ SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO!! KENAPA JANGAN??
BANYAK SANGAT SEBAB KENAPA JANGAN. KOMEN BERIKUT DARI BLOGGER PARPUKARI:
PASAL KJ PULAK, HMMM APA LAGI AKU NAK CERITA PASAL BRADER KJ NI, MEMANG SENSASI LA CERITA DIA SEMUA, NAMUN SENSASI YANG TAK BERAPA ELOK LA, SO PERWAKILAN PEMUDA, FIKIRLAH MASAK2 YA, SEBELUM NAK BUAT KEPUTUSAN, ORANG YANG DAH DIDAPATI BERSALAH
KENAPA KITA JANGAN PILIH KJ UNTUK KETUA PEMUDA UMNO?
BOLEH BERTANDING NI ADA BAHAYA GAK LA, ESOK KALAU JADI KETUA PEMUDA, APA SAJA DIA BOLEH BUAT. YA, DIA BERKATA SAYA MEMANG BERSALAH TAPI TAK SALAH SAYA BUAT! HE HE HE...NAK TAU LEBIH LANJUT ... BACA KAT SINI @ another brick in the wall
PARA PEMINAT KJ, JANGANLAH MARAH KAT AKU YA, AKU TAK TAHAN BILA AKU DENGAR CERITA MAMAT NI DAH SAMPAI GUNA SERI PERDANA UNTUK JUMPA DENGAN G2, WAH DASYAT GILE LE...KEPADA PERWAKILAN, KAMU FIKIR LA MASAK-MASAK YA.....INI MASA DEPAN UMNO, KITA KENA BERANI BUAT KEPUTUSAN YANG DRASTIK, KITA KENA NAIKKAN UMNO SEMULA, KITA KENA BERANI BERUBAH! AKU KESIAN TENGOK DATO MUKHRIZ NI DI HENTAM KAW2 OLEH SESETENGAH PENYOKONG2 KJ, TAPI AKU TAK NAK LA BUAT MACAM TU...KORANG FIKIR LA BAIK2
POKOKNYA, JIKA MEMILIH KJ BERMAKNA KITA TIDAK SAYANGKAN UMNO DAN INGIN MELIHAT UMNO MUSNAH.KOMEN BERIKUT DARI BLOG ANTI PKR
jibrail mempunyai ayah, namanya khairy jamaludin. KJ nama popular. istimewa anak muda ini kerana petah berkata. husam pernah meggigil dek perangkap si KJ. KJ mempunyai 369 sokongan pemuda. aksi berani anak mudah ini diperhati 'mata-mata' memandang. KJ bayangan anwar di waktu zaman mudanya, agresif,ceria,setiakawan dan hartawan. gear politiknya cukup laju. KJ punyai slogan. setiakawan dijadikan ikon perjuangan. setia-kawan, kawan dengan sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk melonjakkan dirinya sebagai ketua pemuda.
aurad ismailiah dijadikan platform setia-kawan. tok guru hulu langat ini telah difatwakan sesat oleh almarhum dato mufti selangor ishak baharom. aurad ismailiah menjadi cincin pertunangan paklah dan anwar. kadinya adalah setia-kawan. tujuan setia-kawan untuk berkawan dengan anwar di parlimen. setia-kawan mahukan kerajaan campuran. antara matlamat setia-kawan tidak lain mahu perlantikan jawatan perdana menteri menggunakan kaedah 'angkat tangan'. anwar bin ibrahim gembira bila setia-kawan berkawan dengannya. sayang perpaduan setia-kawan berlangsung dengan 'lawan'. aduh pening kawan.
SATU KAJIAN TERBARU MENYATAKAN BAHAWA 95% PERWAKILAN AKAN TIDAK AKAN MENGUNDI KJ WALAUPUN TELAH MENERIMA RASUAH DARINYA. MEREKA TELAH INSAF DAN TIDAK MAHU MEMBERI ANAK-BINI MAKAN DUIT HARAM. KJ MEMANG BEBAN BAGI UMNO, KALAU DALAM BAHASA PERIBAHASANYA ADALAH BIAWAK HIDUP.
Dari Blog Paneh Miang:
Seandainya kemenangan bukan kepada Mukriz, maka sudah jelas bahawa para perwakilan Pemuda yang telah dipertanggungjawabkan untuk membawa amanah daripada bahagian masing-masing telah mengkianati amanah yang terpikul di bahu mereka. Maka impian dan harapan Najib Tun Razak bagi membersihkan Umno daripada gejala politik wang hanya tinggal sebagai omongan kosong. Sudah tentu pemimpin yang dipilih bukannya mengikut majoriti pencalonan bahagian adalah seseorang yang tidak amanah kerana perwakilan yang memilihnya terlebih dahulu telahpun mencerminkan imej tersebut.
23 March, 2009
PILIHLAH MUKHRIZ SEBELUM MENYESAL TIDAK MEMILIHNYA
Beberapa blog menyokong KJ memberikan beberapa kenyataan/alasan yang sama dalam usaha mandapatkan sokongan para perwakilan menjelang pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam PAU kelak.
Blog-blog berkenaan antaranya adalah: Pejuang Bangsa, Politik Harian dan UMNO Bagan Pinang nampaknya bersama-sama dalam melobi undi bagi calon mereka atau mungkin mereka telah dijanjikan ganjaran atas usaha mereka itu.
Bagaimanapun, bERANIKAN hATI ingin menawarkan pilihan lain yang lebih baik dan lebih bersih dan nampak lebih releven pada ketika ini demi perjuangan dan masa depan bangsa dan Negara. Beliau adalah; DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR (HANYA SATU DAN TIADA DUANYA - JIKA KITA MEMBUAT KESILAPAN DENGAN TIDAK MEMILIHNYA SEKARANG INI, KITA AKAN DIPERSALAHKAN OLEH ANAK BANGSA KITA PADA MASA DEPAN)
Ingat, pemimpin mestilah bersih dan nampak bersih. Jika dituduh, walaupun didapati tidak bersalah, ini bermakna calon itu tidak cukup bersih. Apakan lagi jika calon itu memang didapati bersalah, tetapi tidak dikenakan hukuman kerana hubungan erat dengan orang no1, maka ianya haruslah ditolak.
Perwakilan akan menjadi pengkhianat bangsa dan partinya sendiri jika terus memilih calon tersebut hanya kerana faktor telah mendapat imbuhan dan termakan budi. Ingatlah! Kamu telah berdosa kerana telah menerima ..., janganlah terus berdosa dengan memberikan undi kepadanya.
Berikut alasan kenapa mesti pilih KJ berdasarkan blog yang saya sebutkan tadi dan jawapan saya pula kenapa kita MESTI pilih Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Fikir dan pertimbangkanlah.
1) BIAR ORANG MUDA JADI PEMIMPIN MUDA
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR PUN MASIH MUDA DAN CUKUP MATANG DAN MEMANG LAYAK MEMIMPIN ORANG MUDA DALAM PEMUDA UMNO
2) BERTANDING DIATAS FAKTOR KEKUATAN DIRINYA SENDIRI TANPA DIPENGARUHI OLEH SEBAB LAIN
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR ADA KEKUATAN DIRI DAN TIDAK MENUMPANG KEMASYHURAN BAPANYA MANTAN PM DAN TIDAK SEPERTI CALON LAIN YANG MENUMPANG KEKUASAAN BAPAK MERTUA.
3) DIGERUNI OLEH PIHAK LAWAN PEMBANGKANG
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MEMANG DIGERUNI OLEH PIHAK PEMBANGKANG DENGAN MEMBAWA BEBERAPA ISU TERMASUK; PEMBELAJARAN DALAM BAHASA KEBANGSAAN DISEMUA PERINGKAT DAN MENAWARKAN PERPADUAN MELAYU KEPADA PARTI PAS DENGAN MENYERTAI UMNO/BN
4) MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MEMANG JELAS DENGAN AGENDANYA MEMPERJUANGKAN MELAYU DAN HAK-HAK ORANG MELAYU.
5) DIIKTIRAF SEBAGAI PEMIDATO TERBAIK
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR WALAUPUN TIDAK TERLALU BAIK DALAM BERPIDATO TETAPI MINDANYA JELAS CERGAS DAN TAJAM DALAM BERHUJAH.
6) MEMPUNYAI INTELEK TAJAM DAN KUAT
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MEMANG PUNYA KEUPAYAAN INTELEKTUAL YANG TAJAM DAN KUAT
7) NAIB KETUA PEMUDA SEMEMANGNYA LAYAK MENJADI KETUA PEMUDA
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MEMANG LAYAK KERANA BELIAU PUNYA WAWASAN YANG MAMPU MEMBAWA PEMUDA KEHADAPAN
8) YANG PERIHATIN DENGAN KEBAJIKAN
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MEMANG PRIHATIN DENGAN KEBAJIKAN MALAHAN BELIAU BERGIAT DIPERINGKAT ANTARABANGSA DALAM AMAN MALAYSIA SEDANGKAN CALON LAIN HANYA BERKOKOK DALAM KAMPUNG
9) PEMBAHARUAN DALAM PEMUDA
* - HANYA DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR, TOKOH YANG LAYAK DAN DIPERCAYAI MAMPU MEMBAWA PEMBAHAUAN DALAM PEMUDA UMNO.
10)TIADA PROTOKOL
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR ADALAH TOKOH YANG ‘LOW PROFILE’ DAN TIADA PROTOKOL SERTA MUDAH MESRA DENGAN SEMUA. INI SIFAT SEMULA JADINYA BUKAN DIBUAT-BUAT
11) SETIAKAWAN?? Mengajak setiakawan tetapi tidak setia kepada kawan!
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MENGAJAK PEMUDA LEBIH BERANI UNTUK BERUBAH – FIKIRAN DAN PERLAKSANAAN
12) PEMUDA UMNO HANYA UNTUK PEMUDA ( SAY NO TO OLD MAN )
* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR JUGA PERCAYA BAHAWA HANYA PEMUDA MAMPU MEMBAWA MENGUBAH BUDAYA DALAM PARTI BAGAIMANAPUN TIDAK MENOLAK GOLONGAN TUA KERANA PERCAYA KERJASAMA SEMUA PIHAK SANGAT PERLU BAGI MENJAMIN PERJUANGAN MAMPAN DAN KESINAMBUNGAN SEMANGAT UMNO DALAM MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU.
KITA PERCAYA BAHAWA ALLAH AKAN MEMBUKAKAN HATI KITA UNTUK MEMILIH HANYA YANG TERBAIK UNTUK BANGSA MELAYU BAGI MENGHADAPI MASA DEPAN YANG MENCABAR. PILIHLAH DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR.
Pejuang Bangsa -
http://sejarahmelayu.blogspot.com/
Politik Harian -
http://brojinggo.blogspot.com/
UMNO Bagan Pinang –
http://umnobaganpinang.blogspot.com/
AKAN SELAMATKAH HJ HADI?
Mujurlah Hj Hadi sedar ada kepincangan dalam parti dan ada pihak yang akan mencantasnya untuk membuangnya keluar dalam pemilihan parti akan datang
Semakin jelas bahawa PAS akan terpecah dua; satu akan didokong oleh golongan lama yang diketuai oleh Hj. Hadi manakala satu lagi oleh golongan erdogen yang diketuai oleh Husam tetapi dengan menunggang Nik Aziz.
Menjelang muktamar PAS tidak lama lagi, desus-desas tersebar meluas mengatakan satu pertempuran besar akan berlaku diantara kedua kumpulan tersebut bagi menguasai parti. Menurut sumber maklumat yang diterima, besar kemungkinan kumpulan erdogen akan menguasai parti dan akan membawa parti ke arah perpaduan atau kerjasama lebih erat dengan PKR.
Bibit perpecahan jelas kelihatan apabila Nik Aziz sering menyanggah setiap pendapat yang dikeluarkan oleh Presiden parti dan terbaru membuatkan Nik Aziz seakan naik angin dan meingatkan bahawa beliau adalah nakhoda parti PAS.
Hj. Hadi yang sejak sekian lama telah berusaha untuk mempertahankan agar retak tidak menjadi belah namun mendapati golongan erdogen terlalu rakus dan semakin berpengaruh dalam parti. Kita akan melihat dalam muktamar PAS tidak lama lagi sama ada mampukan Hj Hadi bertahan atau akan tenggelam dilemaskan.
Bagi orang melayu yang tidak berparti dan golongan yang liberal dalam parti PAS, kita berharap agar pihak Hj Hadi menang bagi merealisasikan perpaduan melayu dalam waktu terdekat pada masa depan kerana kita melihat adanya kelembutan dalam jiwa Hj Hadi ketika ini berbanding dengan Nik Aziz.
Menurut sumber juga, pihak erdogen juga mula menggunakan sistem memberikan sedekah dan derma kepada yang menyokong perjuangan pihak mereka. Walaupun golongan erdogen nampak lebih extrem tetapi mereka juga nampak lebih rasional dalam tindakan.
Kita berharap pihak Hj Hadi dapat bertahan dari dilemaskan oleh golongan erdogen atau mungkin terpaksa berindak lebih keras dengan menghancurkan golongan berkenaan demi survivalnya dalam politik.
22 March, 2009
AKHIRNYA RAKYAT MENYESAL
Akhirnya sedikit demi sedikit tembelang pembangkang terbongkar. Akhirnya satu demi satu pemimpin pembangkang terbuka malunya (BUKAN Kemaluan) dan terdedahlah sikap sebenar mereka.
Kalau dulu Ely yang tertangkap (gambar) tidak bermoral dan gah dikenali sebagai Ratu Telanjang kini Fairus terpaksa melepaskan jawatan sebagai Timbalan KM Pulau Pinang dan EXCO Kerajaan Negeri kerana terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Kes ini terbongkar apabila ahli PKR sendiri membuat laporan terhadap Timbalan KM Pulau Pinang itu yang menerima sejumlah besar wang yang dimasukkan terus ke akaun banknya hasil dari urusan dan kelulusan sebuah kuari.
Apa yang dapat dipelajari adalah;
1. Selalunya pembangkang menuduh UMNO/BN korupsi kini kita lihat Pemimpin Pembangkang lebih rakus dan gelojoh
2. Selalunya PR akan menuduh apapun yang berlaku kepada mereka adalah angkara konspirasi oleh UMNO/BN kini mereka tiada alasan lagi menuduh orang lain
3. Apabila perkara seperti ini berlaku kepada UMNO/BN, maka mereka akan segera meminta perletakkan jawatan tetapi apabila terjadi kepada mereka maka mereka senyap membisu seperti beruk tertelan bola rugby.
Seharusnya rakyat merasa kesal yang amat sangat kerana telah membuat pilihan yang salah dalam PRU12 yang lalu apabila memilih untuk mengundi PR @ Pembangkang. Kini rakyat terpaksa menanggung akibat kerana tersalah pilih dan terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang.
Kita cabar YB Eli dan YB Fairus kosongkan kerusi masing-masing bagi mengadakan pilihanraya kecil di DUN masing-masing. Tetapi sudah tentu mereka tidak berani dan akan memberikan beribu alasan untuk mengelaknya.
21 March, 2009
TENTERA DAJJAL MENUJU BUKIT GANTANG
Inilah rupa pembangkang, jika dibiarkan mereka mencabar dan kata kita takut
Mereka akan mengganas dan lakukan kekerasan serta rosakkan harta benda dan mengancam nyawa
Apabila kita bertindak, mereka kata kita lakukan kekerasan dan ganas, jika kita tidak betindak nyawa polis juga terancam
Mereka juga mengambil kesempatan mengganas terhadap perempuan, jika mereka dapat berkuasa mungkin perempuan tidak akan selamat lagi
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, PAS telah bersiap sedia untuk memenangi pilihanraya kecil Bukit Gantang dengan apa cara sekalipun termasuklah dengan cara kekerasan. Kerana itu mereka telah bersiap sedia dengan kumpulan perayu-undi yang aggresif dan lebih condong kepada kumpulan militan. Mereka inilah yang terdiri dari lembu-lembu yang sanggup berbaring diatas jalan sepertimana ketika rusuhan menentang perlantikan Zambry sebagai MB Perak.
Menurut sebuah laman blog, (klik disini) kumpulan itu juga dikenali sebagai 'Tentera Memali 2' yang mana PAS telah memainkan dan menaikan semangat memali untuk menarik perhatian masyarakat setempat.
Ternyata sikap dan tindakan PAS ini sangat berbahaya dan perlu dibendung segera. Jika tidak ianya akan mengakibatkan huruhara dan kehilangan hartabenda dan jiwa. Dan seperti biasa, pihak PAS kemudaiannya akan menuding jari kepada Kerajaaan BN/UMNO kepada setiap apa yang tidak ditangani dengan baik. Kerana itu, kerajaan harus bertindak awal dan bertegas. Apalah erti demokrasi jika kebebasan yang diberikan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab.
Kepada rakyat, demokrasi atau tidak bukanlah sesuatu yang terlalu utama. Rakyat lebih pentingkan kesejahteraan hidup. Apalah ertinya demokrasi jika kehidupan tidak sejahtera dan rakyat hidup dalam huruhara. Kita menyeru kepada pihak pembangkang terutama PAS supaya menghentikan segala tindakan ganas mereka dan berhenti dari dari menyokong keganasan. Islam sebenar bukanlah Islam yang ganas. Jika PAS benar-benar perjuangkan Islam mereka perlu hentikan keganasan.
20 March, 2009
KJ SELAMAT HUKUMAN LDU TETAPI AKAN TERIMA HUKUMAN DI PAU
Seperti yang diramal banyak pihak, akhirnya KJ terselamat dari hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO. KJ layak bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO. Keputusan LDU memang sudah diduga atas dasar keahlian UMNO kelas satu yang KJ miliki. Inilah lebihnya jadi menantu PM. Keistimewaan ini tidak pernah didapati oleh sesiapa pun termasuk anak Tun Dr. Mahathir sewaktu Tun jadi PM. Alangkah bertuah dan istimewanya KJ dan Pak Lah.
Kes Norza disiasat oleh SPRM, kenapa kes KJ dan Ali Rustam hanya berakhir di LDU? Apabila dijatuhkan hukuman oleh LDU apakah terbersih segala kesalahan mereka? Apakah salah pada LDU tetapi tidak bagi SPRM? Atau menyalahkan mereka dalam LDU hanya untuk menyelamatkan mereka dari SPRM? Malanglah jika kita menjadi ahli UMNO dari kalangan kelas 3 berbanding mereka yang kelas 1. Selama ini kira tidak tahu bahawa UMNO ada 3 perlembagaan untuk 3 kelas ahlinya.
Ali Rustam dihukum oleh LDU dan terhukum juga oleh PAU. KJ yang kelihatan selamat dari hukuman LDU akan menunggu hukuman oleh para perwakilan di PAU nanti. Bagi para perwakilan pemuda yang sayangkan UMNO tentunya tidak akan mengundi KJ dan kita memang berharap agar perwakilan akan berfikiran waras dan mementingkan UMNO lebih dari kepentingan diri dan mengambil sikap tidak akan mengundi KJ.
Undang-undang dari LDU apakah hanya menghukum pemberi rasuah sahaja? Bagaimana dengan mereka yang menerima dan memintanya? Apakah mereka tidak bersalah? Kita nak lihat LDU lebih waras atau TAR meletakkan jawatan.
KENAPA BANG NUAR MESTI JADI PEMIMPIN! - MIMPIMERAPU
Bang Nuar memang patut jadi ketua. Dia memang patut jadi pemimpin. Dia akan membawa semua pengikutnya ke hadapan walau sekali sekala dia memandang ke belakang - ke-belakang pengikut-pengikutnya.
Memang cita-cita dia nak jadi PM. Hasratnya terpendam sangat lama. Terpendam dalam rindu dan dendam. Bila dia dipecat dari parti dia menentangnya dari luar. Dia tidak masuk mana-mana parti lain kerana dia sedar untuk jadi PM dia mesti jadi Presiden parti UMO.
Dia tubuh sebuah parti tapi dia tidak jadi ahli. Parti ini telah memperjuangkan kebebasannya sejak dia terlantar di perdu buluh. Parti itu parti Pu Kee Ar - parti kebebasan rakyat. Ramai golongan muda yang cacat mindanya atau down syndrom menyertai parti itu walau pun mereka tidak tau apa-apa tentang perjuangan. Walaupun mereka di Lembu-kan tetapi mereka tidak peduli. Pada mereka pejuang harus berkorban, hatta mereka terpaksa berbaring di atas-atas jalan menggantikan lembu-lembu yang telah di jadikan korban pada hari raya korban. Mereka tidak peduli.
Semakin hari harapan bang nuar semakin kelabu. Cahaya dan harapan untuk jadi PM semakin malap dan pudar. Rakyat telah melihat segala tembelang dan aksi drama tikam belakangnya. Ini yang buat bang nuar jadi kalut. Pada pikir bang nuar, rakyat mesti di tipu. Bagi menutup arang yang menconteng muka dan buntutnya bang nuar menuduh Dato' Ajib lakukan konspirasi. Maka setiap apa masalah atau penelanjangan tentang pekertinya maka Dato' Ajiblah yang dituduh merancangjannya. Kerana apa Dato'Ajib?, sebab Dato' Ajiblah yang akan diangkat jadi PM kelak. Jadi usaha memburukkan Dato' Ajib mesti dilakukan supaya Dato' Ajib nampak tidak layak jadi PM, barulah peluang bang nuar cerah semula.
Bang nuar memang patut jadi ketua. Bang nuar memang patut jadi pemimpin. Ini bang nuar sendiri yang kata. Tak ada orang lain yang lebih layak.
Aku pun terfikir kenapa bang nuar nak sangat jadi ketua? Ketua adalah pemimpin. Pemimpin yang akan memabawa pengikut semua kehadapan. Pempimpin yang akan arahkan semua pengikut bergerak kehadapan. Bila semua orang bergerak kehadapan bermakna pengikut akan membelakangi pemimpin itu, bermakna pengikut akan membuntuti pemimpin itu. Ooo! Patutlah bang nuar nak jadi pemimpin, sebab akan banyak buntut menghala kepadanya!
Bangun! Bangun! Hari dah pagi dah! Aku mendengar suara itu...
Apa??? Ooo!! Aku bermimpi lagi rupanya!! Hishhh!!
Cereka ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati dan yang mati pucuk.
Aku membaca diblog The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles….
Majlis angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia VI 3 April 2009
Pak Lah serah kuasa 2 April - MALAYSIAKINI
19 March, 2009
UMNO SEDANG REFORM?
Wajah-wajah pesalah rasuah politik yang tidak patut dipilih dalam PAU akan datang demi menjamin UMNO tetap teguh dan masih releven.
Ali Rustam masih percaya bahawa dia tidak bersalah. Beliau telahpun mengemukakan surat rayuan kepada Panel Rayuan, Majlis Tertinggi dan Presiden UMNO. Saya serta banyak pihak percaya bahawa PM akan memberi muka kepada kesayangannya untuk membolehkan Ali Rustam bertanding juga bagi jawatan Timbalan Presiden. Jika boleh PM mahu Ali Rustam menang bagi meneruskan legasinya.
Kini banyak pihak sama ada didalam atau diluar UMNO mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO. Kenapa perlu ada berbagai hukuman bagi kesalahan yang sama? Contoh yang paling jelas adalah diantara Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin. Kenapa seorang dilarang betanding sedangkan seorang lagi dibenarkan bertanding? Apakah kerana JK menantu PM? Bagaimana jika Khir Toyo yang didapati bersalah? Apakah hukumannya akan serupa dengan hukuman yang dikenakan kepada KJ? KONPIUS! KONPIUS!
Kita bukan setakat tidak percaya lagi kepada UMNO bahkan kita juga tidak percaya kepada Lembaga Disiplin UMNO juga. Memang benarlah kata pihak pembangkang bahawa UMNO sedang menuju kehancuran. Petandanya jelas sekali apabila pemimpin tidak lagi berupaya mengendalikan parti. Apabila pemimpinnya lebih mementingkan diri dan kroni. Apabila undang-undang dipergunakan dan diubah sesuka hati.
Kalau dulu Tengku Ahmad Rithaudeen sarankan dibubarkan Puteri UMNO, maka eloklah kita cadangkan supaya dibubarkan juga Lembaga Disiplin UMNO yang tidak dapat berfungsi dengan berkesan ataupun mungkin Tengku Ahmad Rithaudeen sendiri terlebih dahulu meletakkan jawatan jika beliau seorang yang bertanggungjawab.
Selain itu kita juga KONPIUS, kenapa kes Norza disiasat oleh SPRM dan kes Ali Rustam dan KJ hanya oleh Lembaga Disiplin? Bahkan hukumannya pun bukanlah satu hukuman. Siapakah yang para pemimpin UMNO nak tipu? Maaflah jika saya katakan bahawa semakin hari saya semakin tidak percaya kepada UMNO. Apakah ini reform yang UMNO janjikan? UMNO sedang reform, tetapi perubahan dari yang buruk kepada lebih buruk sebelum hanya namanya yang tinggal jadi sejarah negara Malaysia yang Malang.
Saya cadangkan supaya Lembaga Disiplin UMNO hanya dipegang oleh seorang individu iaitu Pak Lah dan Panel Rayuan juga di pegang oleh Pak Lah supaya senang Pak Lah membuat keputusan dan mengubahnya bila-bila masa yang dia suka.
p.s. Sepatutnya KJ juga dilarang dari bertanding dan kes KJ dan Ali Rustam disiasat oleh SPRM. Ali Rustam juga dipecat dari jawatan KM Melaka. Itu baru hukuman sesuai dengan juta-juta yang telah dirasuahkan. Apakah UMNO tidak malu atau tidak ada kemaluan apabila pemimpinnya seorang perasuah?
18 March, 2009
INIKAH HUKUMAN? LAWAK REFORMASI UMNO.
Haram jika mengundi KJ yang tiada semangat UMNO. Bendera UMNO pun dia tak tahu atas atau bawah!
Ali Rustam dan KJ didapati salah oleh lembaga Disiplin UMNO dan hukuman dijatuhkan seorang dilarang bertanding dan seorang lagi hanya diberikan amaran kerana dia menantu PM. Maka rakyat pun tahulah bahawa beginilah undang-undang melindungi pesalah berprofile tinggi. Segalanya akan disembunyikan dibawah karpet.
Kita tidak tahu berapa nilai sebenar keseluruhan suapan atau tumbuk rusuk yang dilakukan oleh mereka. Mungkin jutaan ringgit. Dan pastinya bukan mereka sahaja, masih ada lagi yang melakukannya terang-terang atau gelap-gelap. Kita nampak dan kita pura-pura tidak nampak kerana berbagai sebab.
Banyak pihak tidak berpuashati dengan hukuman yang dikenakan. Kelihatannya terlalu ringan untuk kesalahan yang dirasakan berat. KJ hanya diberikan amaran. Hanya amaran? Apakata jika yang didapati bersalah itu bukan KJ, apakah akan diberikan amaran juga?
Soalan lain, setelah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO apakah kes ini tidak diambil tindakan oleh SPRM pula atau tidak menjadi kesalah kepada SPRM? Selepas ini, andaikata KJ menang KP apakah akan terhapus kesalahan dari perbuatannya begitu saja? Apakah perwakilan yang telah ditumbuk rusuknya masih akan mengundinya lagi? Jika ya, bermakna UMNO ketika itu dipimpin oleh mereka yang merasuah dan dipilih perwakilan yang menerima rasuah. Bersihkah UMNO kita?
Kita akan lihat apa lagi lawak lain selepas ini nanti. UMNO dizaman Pak Lah penuh dengan cerita lawak.
APA KURANGNYA ALI RUSTAM?
Pada Pak Lah Ali Rustam tiada kekurangan bahkan banyak kelebihannya. Seperti juga dengan KJ. Lagi banyak pemimpin UMNO yang jenis begini lagi cepat UMNO berkubur.
Dulu, semasa heboh suara pertikaikan Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden UMNO yang di taja oleh Pak Lah, Pak Lah marah! 'Apa kurangnya Ali Rustam? Buruk sangatkah Ali Rustam?' - itu disuarakan Pak Lah.
Sekarang apa jadi? Apa Pak Lah nak kata tentang calon kesayangannya? Jika Lembaga Disiplin tidak membawa kesnya dan menjatuhkan hukuman, dan jika Ali Rustam menang pemilihan lalu kemudiannya kita dapati dia bersalah, apakah baik calon pilihan Pak Lah itu? Pak Lah tidak mengenal intan dan kaca, mujurlah kaca itu jatuh dan pecah berderai sebelum kita memilikinya.
Apakah jaminan bahawa Ali Rustam tidak akan lagi terlibat dengan politik wang akan datang? Sepatutnya hukuman lebih keras dikenakan. Bagaimana pula dengan Muhammad Taib? Tidakkah dia terlibat dengan politik wang juga? Jikalau UMNO sering sangat melindungi pemimpin-pemimpin mereka dari tindakan apabila lakukan kesalahan bagaimana reform akan berlaku?
Melihat pada keadaan sekarang ini,saya tidak percaya akan berlaku reform dalam UMNO dan kesudahan dari cerita tentang UMNO adalah ianya akan berkubur tidak lama lagi. Sebelum PRU13. Memang tiada siapa yang sayangkan UMNO lagi, termasuk para pemimpinnya. Semuanya lebih sayangkan diri sendiri dan anak menantu dari sayangkan parti UMNO.
17 March, 2009
UMNO: PERPECAHAN DEMI PERPECAHAN
Rakyat percaya kepada kemampuan Dato' Najib dan inginkan beliau memimpin negara secepat mungkin
Asas UMNO:
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; dikenali sebagai UMNO) adalah parti politik terbesar Malaysia, pengasas dan tulang belakang Barisan Nasional yang memerintah Malaysia sejak merdeka. Penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam tulen, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan peribumi di Malaysia yang berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir.
Penubuhan:
Walaupun ada bantahan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. Lahirlah UMNO pun secara rasmi.
Perpecahan Pertama:
Dato Onn mencadangkan keahlian parti dibuka kepada semua tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. In perpecahan UMNO pertama.
Perpecahan Ke-2:
Kemudian UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlaku krisis kepimpinan UMNO yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988. Ini perpecahan UMNO ke-2. Walaupun akhirnya Semangat 46 menyertai UMNO semula tetapi ada sebilangan ahlinya yang terus tinggal diluar dan menyertai parti lain/
Perpecahan Ke-3:
Pada 1998-99, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO kerana penyalahgunaan kuasa dan keruntuhan moral (meliwat). Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan bagi memperjuangkan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpecahan Ke-4?:
Seandainya terjadi lagi perpecahan kerana adanya usaha penyingkiran Datuk Seri Najib dalam kerajaan maka UMNO memang jadi terlalu lemah untuk bersaing dan kemungkinan besar UMNO akan terus berkubur. Apakah tidak mungkin Datuk Seri Najib atau pengikutnya akan menubuhkan satu force seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu? Dan force ini semestinya lebih besar dari yang Datuk Seri Anwar Ibrahim bina dahulu kerana perjuangan ini lebih berasas bukan sekadar membela si peliwat.
Oleh yang demikian mana-mana pihak yang cuba menyingkirkan Datuk Seri Najib dari menjejaki kerusi PM harus mengubah fikirannya jika mereka masih sayangkan UMNO dan Negara. Datuk Seri Najib ada kekuatan itu tetapi sebagai orang yang berhemah sudah tentu beliau enggan melakukannya jika tidak terpaksa. Rakyat melihat Datuk Seri Najib sebagai seorang yang patuh dan menghormati ketua, tidak pernah menentang PM. Oleh yang demikian tidak ada sebab untuk PM menyingkirkannya hanya semata-mata untuk terus memerintah Negara dengan menolak suata rakyat yang mahukannya menamatkan perkhidmatan. UMNO harus membina kekuatannya semula, buka bersatu dengan parti lain untuk mendapat kekuatan.
Rujukan:
Wikipedia, the free encyclopedia
15 March, 2009
PETANDA DSN TAK AKAN JADI PM?
Angin menyampaikan khabar - maka riuh rendahlah seluruh negara bahawa Pak Lah sedang bermadah-helah untuk tidak melepaskan jawatan PM. Dia masih sayang kepada jawatannya dan dia lebih sayangkan menantunya yang kedudukannya masih belum tentu menjadi KP. Begitu spekulasi yang sering kita dengar.
(Baca blog KudaKepang - ABDULLAH PASTI SERAH KUASA?)
(Baca Another Brick in the Wall - Najib mungkin tidak jadi Perdana Menteri, kata Dr Mahathir)
Apapun kita percaya ianya hanya akan berlaku selepas PAU nanti. PM akan cuba mendapat mandat dari ahli/perwakilan UMNO selain mengharapkan orang-orangnya memenangi jawatan-jawatan yang ditandingi.
Kerana itu perwakilan harus menolak calon yang ditaja/sokong oleh PM. Langkah PM seterusnya akan bertitik-tolak dari kemenangan calon-calonnya. Kerana itu perwakilan harus menunjukkan sokongan kepada DSN dengan tidak menyokong dan mengundi calon PM.
Justru, kita harus pastikan Muhyiddin akan menang sebagai Timbalan Presiden disamping Naib-naib presidennya Hishamuddin, Rais Yatim dan Safie Afdal. Ketua Wanitanya Rafidah Aziz manakala Ketua Pemuda Mukhriz Mahathir. Inilah indicator yang akan menentukan langkah PM akan tergendala. Jika calon-calon ini kalah, PM akan merasakan bahawa dia sudah tiada tentangan untuk mengubah pelan peralihan kuasa yang dicadangnya dulu.
Tetapi jika pelan peralihan kuasa tidak juga berlaku atas apa alasan sekalipun, maka kesannya kepada negara juga besar, tsunami kedua 'Gelombang Rakyat' akan melanda. Kepimpinan negara harus bertukar dari Pak Lah kepada Najib sebaik sahaja DSN dinobatkan sebagai Presiden UMNO.
Namun ramai masih tertanta-tanya apakah sebenarnya berlaku dalam pertemuan PM dengan Anwar di Hulu Langat tempoh hari? Apakah lagunya kerana demikian jugalah tarinya nanti.
(Baca blog Angkasanuri - ORANG UMNO SEMAKIN PERCAYA PERALIHAN KUASA PAK LAH NAJIB TIDAK AKAN BERLAKU)
(Baca blog UMNO Bhg ceras - Kerajaan campuran : Pak Lah jangan tertipu dengan muslihat Anwar – Syed Ali)
14 March, 2009
SIAPA NO2?
Calon pilihan no2 terhebat, lupakan yang lain!
Yang mula-mula menyuarakan keinginan untuk jadi no2 adalah Muhyiddin. Dia lantang menyuarakan pendapat bahkan dialah orangnya yang menggerakkan Pak Lah supaya berundur dan sehingga Pak Lah mengumum pelan Peralihan Kuasa. Khabarnya dia tidak disenangi PL kerana kelantangannya itu kerana itu PL mencaturkan dan merestui Ali Rustam untuk no2.
Tetapi Muhyiddin seorang yang bijak dan padai berkerja. Dia mana dia diletakkan disitu dia memberikan jasanya. Memang dia calon no2 yang paling layak. Memang ada perwakilan yang bersungut tentangnya tetapi itu tidak mengapa. Itu hanyalah kerana dia tidak 'merenjis'. Saua katakan tadi - itu tidak mengapa kerana itu petanda dia tidak terikut-ikut budaya politik wang yang berleluasa dalam UMNO sekarang. Inilah pemimpin yang kita akan pilih. Apabila 2 calon lain 'merenjis', kita terima tetapi undi tetap untuk yang satu ini - MUHYIDDIN YASSIN.
Dari segi pencalonan, dia mendapat yang tertinggi. Bermakna hasrat seluruh ahli UMNO dan rakyat adalah kepadanya. Semoga para perwakilan tidak kelabu mata dengan RMRM yang dirawarkan. Yang lebih penting adalah para perwakilan tidak mengkhianati suara dan amanah dari bahagian masing-masing. Cukuplah para perwakilan telah mendapat sedikit dahuli. Memadailah setakat itu.
Muhyiddin telah mengumumkan bahawa dia direstui oleh DSN. Kita pasti memang DSN berkehendakan orang yang berpengalaman dan tegas. Orang yang keras, berpinsip, berani kerana benar. Memang sejak awal lagi imej Muhyiddin telah cuba dicalar oleh lawan. Kerana itu dia di label sebagai sombong. Biarlah kalau muka dia muka sombong asal mampu dan ikhlas menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk negara.
Siapa no2? Muhyiddin lah pilihan kita! Pilihan tepat dan terhebat.
(Bacaan tambahan: Konspirasi menghancurkan UMNO)
(Baca blog KudaKepang - ABDULLAH PASTI SERAH KUASA?)
13 March, 2009
KENAPA DS NAJIB TAK BOLEH JADI PM?
Tarikh Pelan Peralihan Kuasa semakin hampir. Banyak pihak yang menyokong pelan tersebut dan mengingini DSN jadi PM ternanti-nanti perancangan itu jadi kenyataan. Manakala di pihak yang satu lagi mengharap-harap ianya tidak menjadi.
Berbagai-bagai alasan dan tuduhan dibuat terhadap DSN bagi mengagalkan pelan peralihan tersebut. Antaranya isu terbesar adalah pembunuhan Altantuya dan komisyen pembelian kapal selam. Bagaimanapun tiada ada satu pun darinya yang dilaporkan di mahkamah. Ternyata itu semua adalah fitnah pihak sebelah sana yang sengaja memburukkan DSN tanpa sebarang asas.
Kerana itu kita harus faham bahawa ini adalah perancangan pihak tertentu yang tidak mahu membiarkan DSN jadi PM kerana dia tersangat mengidamkan jawatan berkenaan. Orang ini sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita-cita peribadinya dan umum telah lama mengetahui bahawa peribadi orang ini tersangat buruk. Orang ini terlibat dengan penyalahgunaan kuasa, sex luar tabii (meliwat), semasa memegang jawatan no2 beliau juga terlibat dengan kronism dan nepotism. Hakikatnya orang ini lebih buruk dari sesiapapun. Kelebihannya hanya satu - pandai berkata-kata dan menabur fitnah dan ramai juga yang mempercayainya.
Ada juga orang yang tidak percayakan orang ini tetapi masih menyokongnya, itu adalah kerana duit dan jawatan serta kuasa yang dijanjikan kepadanya. Soalnya, siapakah oirang yang yang layak mempertikaikan DSN sebagai PM kelak?
Jadi kenapakah DSN tidak layak jadi PM selepas ini? Tidak ada sebab yang kukuh melainkan kerana hasad dengki dan khianat. Seluruh rakyat yang waras sedang menunggu-nunggu DSN dimartabatkan sebagai PM. Semoga kelak beliau akan dapat berkhdmat dengan cemerlang seperti al-marhum Tun Abdul Razak. Kita pasti negara akan berubah lebih baik dari sekarang ini.
Kepada pihak yang sering mempersoalkan kenapa DSN tidak boleh jadi PM, haruslah menutup mulut mereka rapat-rapat. Atau ubahlah soalan itu jadi - Kenapa DSA tidak boleh jadi dan tidak perlu lagi bermimpi jadi PM kerana peluang untuknya telah berlalu. Kalaupun masih ingin menjadi PM, simpanlah keinginan itu di kehidupan lain.
Kita juga berharap Pak Lah akan jujur dalam melaksanakan pelan peralihan kuasa yang dijanjikannya.
(Baca blog PorpuKari)
12 March, 2009
SIAPA BERBOHONG?
1.Kita sedang berdepan dengan masalah ekonomi yang meruncing. Segala tenaga dan kekuatan sepatutnya ditumpu kepada bagaimana menangani masalah ekonomi bagi mensejahterakan rakyat.
2.Keadaan politik harus juga tenang dan stabil agar tumpuan dapat diberikan kepada isu ekonomi.
3.Malangnya kerajaan dibawah kepimpinan Pak Lah ini tidak dapat menunjukkan kesetabilan politiknya. Krisis politik Negeri Perak belum selesai sepenuhnya. Tentangan banyak pihak mengenai berbagai perkara tidak pernah putus, terbaru berkenaan PPSMI. Dengan kemenangan kurang 2/3 maka kerajaan bukanlah sangat teguh untuk hadapi berbagai ancaman dalam dan luar.
4.Tolakansur PM yang keterlaluan dalam banyak hal dilihat sebagai kelemahan yang sering diambil kesempatan oleh banyak pihak terutama pembangkang. Ini juga salah satu punca ketidak-stabilan politik negara.
5.Terlalu banyak penyebaran spekulasi yang tidak ditangani dengan segera dan betul juga salah satu punca membuatkan rakyat dalam kegelisahan.
6.Pelan Peralihan kuasa yang masih samar juga membuatkan rakyat gelisah. Ini ditambah dengan berita pertemuan antara PM dengan Anwar baru-baru ini. PM harus memberikan penerangan yang jelas mengenainya supaya tidak ada kekeliruan dan mengelak sebarang spekulasi.
7.Banyak spekulasi mengatakan bahawa ada konspirasi besar bakal berlaku berikutan pertemuan PM - Anwar ini bagi kelangsungan kekuasaan dan pemerintahan serta bagi memastikan tempat KJ dalam UMNO dan kabinet sebelum PM berundur. Bahkan lebih menakutkan adalah pelan penyingkiran dan penafian DSN sebagai PM.
8.Apakah Malaysiakini dan Mohd Sayuti Omar (MSO) berbohong dalam melaporkan mengenai pertemuan tersebut? Perdana Menteri menafikan laporan kononnya beliau mengadakan perbincangan dengan Anwar Ibrahim semasa menghadiri satu majlis keagamaan di Hulu Langat, semalam. Siapakah yang berkata benar? Siapakah yang berbohong? Pak Lah? Anwar? MSO? atau MalaysiaKini?
9.Rakyat sedang melihat, jika ada sesuatu berlaku kepada pelan peralihan kuasa dan penafian terjadap DSN sebagai PM maka sesuatu yang buruk akan berlaku kelak.
Rujukan:
1.Blog Rakyat Malaysia
2.KPMU.NET
3.UMNO-Reform 2
4.Malaysia Kini
5.Nobisha
6.Gerakan Anti PKR
7.Rajahmas
8.ParpuKari
9.Pena Biasa
KITA SEDANG BERUBAH?
Yang ni telah berubah dari perangai buruknya kepada LEBIH buruk
Yang ini, BH ketika sedang mengubah wajah laman blog.
Ini bukan megenai UMNO tetapi mengenai para blogger. Saya melihat beberapa hari kebelakangan ini banyak laman-laman blog telah berubah wajah. Dari 2 kolom kepada 3, headernya juga berubah, gadjet / widget juga ditambah bagi menghias blog berkenaan. Oleh kerana banyak maka tak perlulah dinyatakan blog mana. Mungkin nanti yang tidak akan berubah wajah sampai bila-bila dan kekal antik adalah blog Husin Lempoyang
Dari luaran kita nampak kebanyakan laman blog bertambah baik dan menarik, hanya yang perlu kita para blogger lakukan adalah menulis dengan lebih bertanggung-jawab. Berbeza pendapat bukanlah satu kesalahan, mempertahankan pendapat dengan hujah juga bukan satu kesalahan, menyokong kepada sesebuah pertubuhan atau parti politik juga bukan jadi kesalahan. Yang salahnya adalah apabila kita menanam perasaan bahawa kitalah yang sentiasa betul dan orang lain sentiasa salah dan membuatkan kita sering menyalahkan orang lain, lalu apabila sesekali orang lain menyalahkan kita maka kita tidak boleh menerimanya lalu kita menyalahkan orang itu dan semua orang yang menyokong pendapat yang selain dari pendapat kita.
p.s. Apa sebenarnya disebalik pertemuan Pak Lah dengan Anwar? Rakyat sedang menunggu dengan penuh kebimbangan. Apakah konspirasi besar yang akan berlaku nanti? Anwar Al-Juburi memang terkenal dengan perancang konspirasi. Apakah Pak Lah akan berubah dan menurut kehendak Anwar? Wait and see, lah!
11 March, 2009
PENENTU HAYAT UMNO
Jika perwakilan terbeli untuk mengubah mandat dan amanat bahagian yang diwakili, dengan memilih calon selain dari yang diputuskan bahagian, itu adalah petanda riwayat UMNO akan berakhir.
Menurut beberapa laman blog yang memetik sumber dari NST, satu bancian telah dibuat oleh Prof Dr Abu Hassan Hasbullah's Zentrum Future Studies Malaysia - Pensyarah Universiti Malaya bulan lalu membabitkan 2,030 respondents termasuk 163 perwakilan yang akan menghadiri persidangan agung tahunan parti itu.
Berikut adalah keputusan kajiselidik tersebut;
Timbalan Presiden: Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Naib Presiden: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Ketua Pemuda: Khairy Jamaluddin
Ketua Wanita: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Puteri: Tiada Maklumat
Ada beberapa persoalan yang bermain dikepala kita:
1. Ketepatan kajiselidik ini diragui
2. Kemungkinan keputusannya 'bias' kepada pihak tertentu atas alasan tertentu
3. Sumber dari NST juga diragui kerana kemungkinan ada maksud yang tersirat dan memihak kepada orang tertentu tetap ada
4. Andai kata benarlah ini yang akan terjadi kelak bermakna perwakilan telah mengkhianti mandat dan amanat bahagian-bahagian yang mencalonkan mereka
5. Jika benar ianya akan berlaku bermakna ada tarikan atau dorongan tertentu yang membuatkan perwakilan tidak mematuhi mandat dan amanat bahagian yang diwakilinya. Seperti kita maklum, nama-nama yang dinyatakan diatas bukanlah calon favourite dan pilihan bahagian-bahagian sewaktu pencalonan.
6. Kemungkinan ini adalah strategi awal bagi menutupi permainan politik wang oleh pihak tertentu agar keputusan pemilihan kelak selaras dengan keputusan kajiselidik.
Komen blog 'Depakata' keputusan tinjauan ni tak mengejutkan langsung sebab calon yang PR baguih memang disukai ramai perwakilan..tambah pulak kalau depa pandai jaga ketua darjah serta boleh merenjis.." (Baca Blog Depakata)
Dari kebanyakan komen yang diterima memperlihatkan pandangan negatif terhadap kajiselidik berkenaan dan berharap keputusan tidak seperti yang dinyatakan. Ada juga yang berpendapat jika ianya berlaku bermakna memang UMNO menuju kearah kemusnahan.
(Baca Blog Dua Dunia)
(Baca Blog Jelapang)
Pertemuan antara Pak Lah dengan Anwar Ibrahim di Ulu Langat siang tadi mencetus spekulasi. Apakah ada konspirasi tertentu bagi menaikkan orang tertentu dan menjatuhkan orang tertentu? Siapa yang meliwat siapa kita akan tahu juga nanti?
(Baca blog Tunku)
(Baca blog Pena Biasa)
(Baca blog Pejuang Bangsa)
Kepada para perwakilan, jika mahu segera menamatkan riwayat UMNO, pilihlah mereka ini, yang bukan dicalonkan oleh bahagian. Perwakilan harus teguh memegang mandat yang diamanahkan oleh bahagian jika tidak kamu telah berdosa kepada semua ahli UMNO dan akan dicelakakan kelak.