UMNO – apa yang diubah dan apakah yang sedang berubah? Setidak-tidaknya dibahagian dimana saya menjadi ahlinya, tidak ada apa pun yang berubah. Ahli Jawatankuasanya masih seperti dulu, tiada seorang pun yang berhasrat untuk berubah atau berkira-kira untuk berbuah. Diperingkat negeri Pahang? Oh! Pahang negeri kubu kuat UMNO dan UMNO tidak akan tergugat. UMNO Pahang akan selamat dan para pemimpinnya pun optimis akan selamat. Para pemimpin masih boleh lena dan bermain mimpi, jadi untuk apa berbuah?
Saya teringat dalam satu perjumpaan dengan MB Pahang di satu bahagian di Pahang Barat, seorang ahli dari cawangan meminta mereka yang diatas (pemimpin sedia ada) supaya turun dan diganti dengan dari kalangan mereka yang dibawah. Itu adalah sebahagian dari formula berubah dalam UMNO. Ahli diakar umbi ingin berubah, tetapi pemimpin masih belum bersedia berubah.
Jika kapal itu karam, siapa yang akan kita salahkan?
Komen saya diblog Tun Dr. Mahatir Mohamad:
Salam YBH Tun,
1. Harap Tun sekeluarga sihat dan sejahtera.
2. Memang semua yang Tun katakan itu benar, saya merasainya tekan sedemikian dicawangan namun apakah yang Ketua Bahagian mampu buat kerana ini adalah masalah sikap. Seseorang mesti melakukan sesuatu.
3. Saya sangat kecewa melihatkan ini masih berlaku sedangkan PRU13 hanya lebih 2 tahun lagi. Memang benar masalah dalam UMNO - tidak mahu menerima orang lain termasuk yang bijak pandai kedalamnya kerana bimbang tidak dapat memegang jawatan berterusan.
4. Saya juga berhasrat untuk meninggalkan UMNO, dengan tidak memihak kepada sesiapa. Memang itu akan merugikan tetapi adalah lebih baik dari terus menyimpan rasa benci dalam diri.
Sebahagian tulisan asal diblog Tun:
(UMNO) - http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/umno.html
1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
.....