30 November, 2009

SEMPATKAH UMNO BERUBAH?

Mungkin logo ini akan jadi kahzanah sahaja kerana entitinya telah tiada




UMNO – apa yang diubah dan apakah yang sedang berubah? Setidak-tidaknya dibahagian dimana saya menjadi ahlinya, tidak ada apa pun yang berubah. Ahli Jawatankuasanya masih seperti dulu, tiada seorang pun yang berhasrat untuk berubah atau berkira-kira untuk berbuah. Diperingkat negeri Pahang? Oh! Pahang negeri kubu kuat UMNO dan UMNO tidak akan tergugat. UMNO Pahang akan selamat dan para pemimpinnya pun optimis akan selamat. Para pemimpin masih boleh lena dan bermain mimpi, jadi untuk apa berbuah?


Saya teringat dalam satu perjumpaan dengan MB Pahang di satu bahagian di Pahang Barat, seorang ahli dari cawangan meminta mereka yang diatas (pemimpin sedia ada) supaya turun dan diganti dengan dari kalangan mereka yang dibawah. Itu adalah sebahagian dari formula berubah dalam UMNO. Ahli diakar umbi ingin berubah, tetapi pemimpin masih belum bersedia berubah.


Jika kapal itu karam, siapa yang akan kita salahkan?



Komen saya diblog Tun Dr. Mahatir Mohamad:


Salam YBH Tun,


1. Harap Tun sekeluarga sihat dan sejahtera.


2. Memang semua yang Tun katakan itu benar, saya merasainya tekan sedemikian dicawangan namun apakah yang Ketua Bahagian mampu buat kerana ini adalah masalah sikap. Seseorang mesti melakukan sesuatu.


3. Saya sangat kecewa melihatkan ini masih berlaku sedangkan PRU13 hanya lebih 2 tahun lagi. Memang benar masalah dalam UMNO - tidak mahu menerima orang lain termasuk yang bijak pandai kedalamnya kerana bimbang tidak dapat memegang jawatan berterusan.


4. Saya juga berhasrat untuk meninggalkan UMNO, dengan tidak memihak kepada sesiapa. Memang itu akan merugikan tetapi adalah lebih baik dari terus menyimpan rasa benci dalam diri.




Sebahagian tulisan asal diblog Tun:

(UMNO) - http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/umno.html



1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).



2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.



3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

.....


28 November, 2009

Dari Blog Fauziah Saleh - Ahli Parlimen Kuantan (PKR)






Jadi rakyat haruslah waras, bersikap cerdik supaya tidak diperbodohkan. Menerima yang baik tidak kira dari mana. Berpeganglah kepada kata; yang baik tetap baik dan yang buruk tetap buruk sepertimana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Ada sesuatu dari blog Ahli Parlimen Kuantan (PKR) Fauziah Saleh yang harus kita berikan perhatian. Saya siarkan keseluruhannya disini tanpa sebarang sentuhan. Selamat membaca.


Kes Kem PLKN Cini (Klik ke blog Fauziah Saleh)

Saya baru selesai mengadakan Sidang Media berkenaan dengan 2 kes di Kem PLKN Cini; satu kes pergaduhan yang di paparkan didalam media dan satu lagi kes Cabul yang di sorok dari pihak media

Saya paparkan disini gambar-gambar eksklusif yang telah di sebar kepada pihak Media sebentar tadi.

Gambar menunjukkan Dewan tempat berlaku pergaduhan, kerusi yang pecah dan juga luka-luka di kepala pelatih yang di masukkan lokap

17 pelatih ditahan dalam lokap, 11 cina dan 6 melayu.

sekarang pihak pelatih yang telah di tahan telah pun di bebaskan akan tetapi 5 orang telah di benarkan balik.

kerana pelatih di dalam keadaan ketakutan

Kes yang kedua melibatkn seorang pelatih perempuan yang di cabul kehormatannya oleh lebih 20 orang pelatih lelaki ketika mangsa sedang membuat panggilan telefin didalam kem tersebut pada waktu malam.

Mangsa telah membuat laporan polis tetapi gagal mengenal pasti penyerang kerana trauma dan keadaan yang gelap. Mangsa adalah dari Jalan Gambang, Kuantan. Pusat Khidmat Keadilan Kuantan telah pun bertemu gadis tersebut dan keluarga beliau. kini beliau sedang berehat dirumahnya dan didalam keadaan trauma.

Laporan Polis telah pun di buat dan disahkan oleh bapa gadis berumur 18 tahun tersebut.

Pokoknya, Bagaimana Kem PLKN yang objektifnya memupuk perpaduan boleh membiarkan iniden sebigini berterusan?

Begitu juga dengan keselamatan anak gadis kita, tidak boleh di gadaikan Pihak Kerajaan terutamanya Perdana Menteri mesti mengambil tindakan drastic dalam hal ini. (Gambar dibawah menunjukkan tempat telefon awam yang digunakan oleh gadis tersebut untuk menelefon ibu bapa dari kem

27 November, 2009

PEMBALAKAN HARAM DI PAHANG - Laporan Pahang Daily Online

Pembalakan - gambar hiasan




26NOV - Fuziah: Pahang Lulus Pembalakan Tanpa Pengetahuan Exco dan EIA

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melahirkan kebimbangan dengan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang yang meluluskan aktiviti pembalakan di negeri itu tannpa melalui Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Beliau menyatakan demikian di TV Selangor Online dan turut disiarkan oleh Pahang Daily Online pagi ini (27hb. November 2009)

Menurut beliau lagi, seluas 42 ribu ekar atau 17 ribu hektar kawasan yang melibatkan 2 hutan simpan telah diterokai sejak oktober 2007 hingga mei 2009 lalu. Beliau mempunyai bukti surat kelulusan pembalakan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Pahang. Apa yang mendukacitakn adalah pembalakan berkenaan tidak mendapat kelulusan exco kerajaan negeri serta EIA.

Dalam usaha menghalalcarakan pembalakan berkenaan, pihak terbabit dengan terancang telah meluluskan kawasan yang kurang dari 500 ekar setiap satu, bagaimana pun diakhirnya, setelah lebih satu setengan tahun kawasan yang diteroka mencapai keluasan 42 ribu ekar.
Beliau juga turut mempertikaikan kerajaan negeri tidak menyedari atau tidak terbabit dalam kelulusan pembalakan berkenaan.

Sudah tentu rakyat negeri Pahang merasa dukacita sekiranya pentadbiran kerajaan negeri tidak prihatin dengan kejadian terbabit. Justru kita harap ada pihak-pihak berkenaan yang akan tampil dan memberikan jawapan yang memuaskan, bukan hanya melepaskan batuk ditangga.

Rakyat semakin mudah mendapat maklumat dewasa ini berbanding masa-masa lalu, justru pihak kerajaan harus lebih telus dalam apajua hal yang melibatkan kepentingan umum sekiranya kerajaan masih mahu dilihat sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat. Kegagalan kerajaan berbuat demikian sudah pasti akan dibalas rakyat dengan mengundi parti lawan dalam PRU13 nanti.

Cerita mengenai penjawat awam yang tidak jujur sudah lama kedengaran, dan jabatan perhutanan adalah antara yang tertinggi dikesan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa selain dari kastam dan imigresen. Adalah menjadi harapan rakyat agar dibawah kepimpinan 'Satu Malaysia' ini kerajaan akan lebih telus dalam segala hal dan membenteras rasuah dengan lebih berkesan lagi.


26 November, 2009

NIK AZIZ LETAK JAWATAN

Saya akan lepas jawatan segera, esok atau lusa. Perjuangan PAS dah serupa dengan UMNO, kerjasama dengan kafir harbi. Jadi, kepada penyokong saya yang berhenti kerana terpaksa ni saya menyeru supaya marilah kita Melayu bersatu dalam UMNO. Saya pun sokong 'Satu Malaysia' tu.



Masa sarapan minum pagi lepaih sembahyang subuh pagi tadi, ustaz yang merupakan 'informer' saya dalam PAS kata pertemuan beberapa pemimpin utama PAS menemui N.Ajis dipejabatnya bukan saja berkenaan meminta Ariffahmi berundur dari PMBK.

Saya dah tangkap dah apa dia kata. Ariffahmi mesti disuruh berundur kerana tempat untuk dia berpaut sudah tak ada. Betul tak ustaz saya tanya. Betoi dia kata. Kalau Ariffahmi sudah undur, mestilah itu petanda N.Ajis sudah tidak lama lagi......(sambungan baca diblog dibawah ini)

(Blog Unspinners)


(Blog My.KMU.net)

Memang DS Nik Aziz sudah patut berundur, lama dulu lagi jika beliau masih ingin dihormati oleh umum. Kerana dalam politik, semakin lama kita memimpin maka semakan banyak kita buat silap dan buat salah serta semakin ramailah juga musuh kita (didalam), semakin ramai kawan kita yang tidak menyukai kita lagi.

Dalam kesnya sebagai MB Kelantan, jikalau DS Nik Aziz masih memegang jawatannya maka alamat mati 'keringlah' pemimpin pelapis yang menunggu untuk mendapat menjawat jawatan berkenaan. Sepatutnya di peringkat negeri, Nik Aziz tidak harus memegang jawatannya terlalu lama, bahkan sehingga kini tempohnya sudah melebihi Tun Drm Mahathir yang memimpin negara.

Dulu, DS Nik Azizlah diantara orang yang mencemuh Tun kerana memerintah terlalu lama, rupanya dia nak pecahkan rekod dengan mengatasi tempoh pemerintahan Tun Dr, Mahathir. Jikalau tidak ada tekanan, saya percaya DS Nik Aziz sanggup memegang tidak melepaskan jawatan sehingga mati. Rupanya Tok Guru ini juga makhluk yang tamakkan kuasa dan disamping mengamalkan kronism.

Eloklah DS Nik Aziz berhenti, sukarela atau dipaksa...umurpun dah tua dan kesihatan pun selalu terganggu. Walaupun sudah bukan MB lagi, kita percaya simpanan sudah banyak dan nanti boleh juga selalu berikan ceramah-ceramah untuk menambah pendapatan. Ceramah-ceramah agama anjuran PAS ini selalunya umpama sarkas, dimana pengikut datang beramai-ramai dengan mambayar atau mereka namakan ini sedekah untuk mendengar 'sarkas' memaki hamun dan menyebar fitnah kepada para pemimpin negara.

Nanti kita boleh bayar tiket untuk tengok 'sarkas' DAP baca Al-Quraan dan bolehlah kita ramai-ramai 'mengaminkannya' serta menjerit dengan sahutan 'Allahhu-Akbar' PAS - takebeer! takebeer! Kah kah kah! PAS - Parti Alatkan Islam.

25 November, 2009

MELAYU: LEMBU SAMA LEMBU BERLAWAN, BABI JUGA YANG KENYANG

Kembalikan semangat dan roh pejuang Melayu dahulu;
"Takkan Melayu hilang di dunia".



Orang melayu didalam Pas dan PKR masih belum mahu menyedari betapa cauvinis dan kiasunya parti politik yang bernama DAP. Sejak sekian lama DAP berpendirian "bangsa diutamakan", peluang untuk meluaskan dan merealisasikan agenda mereka terbuka luas apabila di Pas dan PKR sanggup menjadi kaldai tunggangan mereka pada masa kini.

DAP yang berjaya menakluk Pulau Pinang, menguasai pentadbiran negeri Selangor dan juga terlibat didalam kekalutan politik di Perak telah menunjukkan belang sebenar mereka yang tidak pernah menghormati dasar sosial melindungi hak orang melayu
- DAP Ultra Kiasu
Contributed by spy_leman on Monday, November 23 @ 09:36:12 MYT - MyKMU.net


Melayu mudah lupa. Melayu bangsa yang selalu bertindak bukan dengan akal tetapi dengan perasaan. Melayu selalu bangga diri bahawa mereka berdarah pahlawan. Melayu selalu merasa mereka seorang pejuang. Kononnya Melayu bangsa yang garang, itu ditunjukkan kepada bini sendiri serta anak-anak bahkan sesama Melayu. Dengan bangsa lain Melayu jadi penakut.

Melayu bangsa bodoh yang senang ditipu dan digula-gulakan. Sama ada dalam politik atau pentadbiran awam, Melayu tetap sama. Dalam pentadbiran awam Melayu suka menerima rasuah dari bangsa lain, kerana itu bangsa lain lebih beruntung kerana mereka boleh mendapat apa yang mereka mahu dengan sedikit modal..rasuah. Dimana-mana jabatanpun perkara ini berlaku. Kerajaan patut dan mesti tahu.

Dalam politik Melayu lagi bodoh. Ada Melayu yang kata kerjasama Melayu dengan kafir haram tetapi mereka berkerjasama dengan kafir juga, ini lagi haram. Melayu sanggup jadi tali barut untuk memusnahkan melayu sendiri. Kerana itu ada parti politik dan orang-orang Melayu bersama bangsa lain hak hapuskan Hak-hak keistimewaan orang Melayu. Kalau Melayu ada akal, tentu Melayu itu tidak akan lakukan semua itu. Ibaratkanlah kita ingin membunuh diri kita sendiri, atau membunuh anak cucu kita sendiri. Sanggup dan mahukah kita lakukannya?

Ini Tanah Melayu, negara asal orang-orang Melayu, jika kuasa dan hak kita kita gadaikan kepada bangsa lain, kemana lagi kita akan pergi? Aku juga Melayu dan aku juga bodoh seperti kamu-kamu semua. Tetapi aku ingin berubah, jika bumi Melayu ini bukan aku yang memerintah, aku mahu anak dan cucuku yang memerintahnya. Kenapa kita mesti takut dipanggil rasis? sedangkan mereka berani perjuangkan bangsa mereka di negera kita, kenapa kita mesti takut?

PAS, PKR kembalilah dan bersatu atas nama apa sekalipun, Melayu mesti bersatu demi survival bangsa. Jika pemimpin-pemimpin parti masih enggan kerana kepentingan peribadi mereka akan hilang, marilah kita sebagai pengikutnya bersama-sama bersatu atas nama perpaduan bangsa Melayu.

23 November, 2009

UMNO SELANGOR TIDUR? UMNO MANA-MANA PUN BEGITU



Wajah pemimpin harapan bangsa dan negara dari bahagian-bahagian kita, huh! UMNO!


Posting saya pagi ini adalah respon kepada posting di blog Selangor Bangkit.

Blogger berkenaan meluahkan rasa kecewanya yang teramat sangat dalam posting beliau. Kecewa atas sikap ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin UMNO Selangor yang dianggap masih leka dan merasa selesa dalam keadaan sekarang ini walaupun sudah bukan parti memerintah lagi seperti dulu.


Inilah yang ingin kita tekankan dan kita bongkarkan. Berapa ramaikah ahli-ahli UMNO di negeri-negeri dan bahagian-bahagian yang benar-benar berjuang dengan penuh keikhlasan untuk UMNO? Maaflah jika saya katakan bahawa kebanyakan mereka hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri sahaja.


Kerana itu kita lihat, apabila mereka diminta untuk menghadiri sesuatu kursus umpamanya, mereka tidak benar-benar serius bahkan masih sempat lagi menonjolkan watak sombong dan tinggi diri mereka kepada umum.


Dikala kita para blogger bejuang dalam media untuk mempertahankan UMNO bermati-matian apakah penghormatan dan penghargaan yang mereka berikan kepada kita? Saya beberapa kali menegur kerajaan negeri Pahang mengenainya. Begitu juga Unit Media Baru Pemuda, apa kejayaan yang mereka capai setakat selama ini?


Dalam soal blog sebagai alat sebaran media alternatif, sekiranya usaha bersungguh-sungguh dilakukan saya percaya yang pihak UMNO hanya perlu lakukan adalah ’me-monitorkan’ blogger yang sedia ada supaya dapat berjalan dalam satu barisan dan menuju arah yang sama dalam membina kekuatan. Mengujudkan blogger UMNO yang baru adalah langkah kedua kerana itu tentu memerlukan masa yang lebih lama untuk mendapat hasil darinya.


Namun, memang benarlah bahawa UMNO masih leka dan lena tertidur. Kepada DS Najib dan TS Muhyiddin, silalah berikan peringatan kepada pemimpin-pemimpin yang suka tidur ini supaya hentikannya dan berusaha keras untuk memperkasakan kembali UMNO.


Kepada mereka yang hanya memperkosakan UMNO selama ini, pecat, buang dan singkirkan mereka supaya mereka tidak menyebarkan virus kepada ahli-ahli lainnya kerana kita bimbang nanti yang akan berjuang ditengah medan hanya akan tinggal DS Najib dan TS Muhyiddin.


22 November, 2009

MEMPERKASA ATAU MEMPERKOSA UMNO?

Siapa perkosa UMNO?



...Badan Perhubungan UMNO Negeri memang berusaha sehabis mungkin untuk melakukan segala yang patut bagi memastikan UMNO Kedah benar-benar bersedia menghadapi PRU ke-13. Sejauh mana berkesannya usaha itu, hanya masa -dan usaha mereka - yang menentukannya. Tetapi usaha tu satu hal. Nak berdepan dengan karenah pembesar-pembesar bahagian pun satu hal juga. Begitu juga dengan si pembesar bahagian, selain yang sememangnya bermasalah, ada juga yang terpaksa berdepan dengan segala jenis 'Hang Jebat, Hang Kerat, Hang Ampu, Hang Sebat, Si Kitul' dan sebagainya di bahagian dan cawangan...Demikian sebahagian dari posting diblog DEPA KATA. (Klik sini)

Demikianlah sebahagian dari kisah benar dalam UMNO yang mungkin ramai sudah tahu tetapi pura-pura tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu. Bagaimanapun ini adalah perkara pokok dalam soal kestabilan serta kekuatan UMNO sebagai sebuah parti politik yang menjadi tunjang BN dan kerajaan.

Pemimpin tertinggi 'Satu Malaysia' saya yakin sudah mengetahui masalah ini yang berlaku dimana-mana bahagian sekali pun, harus berusaha keras membenteras perkara berkenaan dari berterusan dan memburukkan imej UMNO seterusnya menjadikan sebab utama mengapa kebanyakan rakyat terutama generasi muda menolak dari menyertai UMNO.

Benarlah kata bahawa 'UMNO mesti di perkasakan bukan terus diperkosakan'. Pahang tak terkecuali. Saya tidak mahu memperkatakan bahagian Bentong, Raub dan Pekan, bimbang nanti ada orang yang masam muka. Maklumlah orang UMNO, orang Pahang pulak tu. (Baca apa sindiran Husin Lempoyang disini) Tetapi satu bahagian di Ulu Negeri dan di Ulu Sungai Pahang itu memang terkenal dengan pergolakannya yang tidak pernah reda. Mungkin kerana semangat para pejuang dahulu masih mengalir dalam darah mereka membuatkan mereka sentiasa bersemangat untuk berjuang dan berperang sesama sendiri, atau mungkin juga kerana derasnya arus air yang mengalir membuatkan mereka terbiasa dengan kekerasan.

Bahagian ini selalunya dipimpin oleh Menteri atau timbalan-timbalan menteri. Namun sesiapa yang naik akan dijatuhkan. Menaikkan yang lain kemudian menjatuhkan semula. Mungkin boleh diibaratkan sebagai mendirikan binaan dari buah-buah mahjong, bina dan runtuhkan semula.

Menurut seorang sahabat, pemilihan bahagian terbaru menyaksikan 'penjanaan ekonomi' yang sangat memberangsangkan kerana melibatkan wang yang banyak. Maka seperti lazimnya, pihak yang kalah menuduh yang menang bermain politik wang sedangkan mereka sebenarnya melakukan perkara sama. Maka menanglah mereka yang bertanding sambil menyebut disokong oleh nama tokoh politik diatas yang sangat mashur dalam pemuda.

Seorang AJK Wanita di bahagian berkenaan juga, yang baru terpilih (walau pun dia bukan baru lagi, dah kira kategori vantage) dihebohkan berjaya mendapatkan jawatan juga kerana kebaikan hatinya dalam 'memberi' kepada para perwakilan. Namun yang diberinya adalah hak rakyat dan hak UMNO yang mana dia hanyalah petugas yang telah menyalahgunakan kuasa memberi itu. Terbaru beliau diberitakan terlibat dengan skandal dengan AJK Bahagian yang juga telah beristeri. Mereka kesana dan kemari, serta si AJK Wanita itu yang kelihatan macam jutawan sering membelikan baju dan hadiah-hadiah kepada si lelaki itu.

Ini kalau tanya AJK Wanita bahagian tersebut, mereka semua tahu mengenainya. Bahkan 'orang kampong' semua dah tahu. Tinggal lagi apakah keluarga nya mengetahui? Apakah suami dan anak-anak juga mengetahuinya? Insaf-insaf lah Kak oiii! Walaupun muka dan kulit tidak kerepot kerana 'botox' tapi usia bukan kekal lama.

Bukan soal keburukan atau salah laku peribadi itu yang kita ingin tonjolkan, tetapi seperti kata Tun Dr. Mahathir, pemimpin harus bersih dan kelihatan bersih. Namun jika sikap yang saya nyatakan tadi diperbincangkan, maka mereka inilah yang merosakkan UMNO dan mereka inilah diantara yang memperkosa UMNO. Mereka yang naik dan berebut-rebut untuk menjadi AJK bahagaian dengan menabur rasuah kemudian pula dengan harapan untuk menerima pula habuan rasuah oleh pihak atasan. Mereka yang tidak ada perasaan dan jiwa serta roh UMNO didalam darahnya.


bh dulupun pernah jadi Ketua Pemuda Cawangan, Ketua Cawangan serta AJK Pemuda Bahagian, tapi rasa tak selesa kerana politiking yang keterlaluan dalam UMNO. Sekarang mungkin masih ahli biasa yang tidak aktif, kalau nama tidak dipotong serta tidak dicantas oleh Ketua Cawangan ~ Huhu. Aku tetap aku ~ bRAVEhEART
(Mungkin lain kali boleh letakkan foto lama semasa bersama Ketua Bahagian dan DS Najis sewaktu beliau Ketua Pemuda UMNO).

POLITIK ORANG MELAYU: KITA MUDAH LUPA

Baca edisi jam 3: Memperkasa atau memperkosa UMNO?


Gambar hiasan yang diambil dari blog Abang Mie


Selepas negara mencapai kemerdekaan, kita lihat orang Melayu sangat cenderung dengan berpolitik. Kita tumpukan banyak masa dalam berpolitik dan memang suatu ketika kita menguasainyanya, sepenuhnya sehingga kita meninggalkan keutamaan yang sangat utama iaitu ekonomi.

Kita beranggapan bahawa dengan hanya menguasai politik kita akan mempu kuasai negara namun kita lupa bahawa kuasa wang boleh membeli segalanya termasuk politik. Kerana itu kita lihat dalam banyak kes, rasuah berlaku berleluasa dengan membeli semua kuasa yang ada dalam politik bahkan kuasa pentadbiran juga.

Kerana itu kita lihat bangsa yang berjaya menguasai ekonomi itu, walaupun tidak mempunyai kuasa dalam politik dan pentadbiran namun masih berupaya mengubah sebarang keputusan seperti yang dimahukannya dengan pengaruh wang.

Mari kita renungkan dan amati dengan sebaik-baiknya, siapakah yang berada diatas kepala pegawai pentadbir itu, yang berdiri dibelakangnya dan memutuskan itu dan ini? Siapa juga yang berdiri di atas kepala tokoh politik bangsa kita yang kita sanjungi? Mesti ada sesuatu kuasa yang mempengaruhi mereka, kuasa yang mempu membantu mereka membuat keputusan iaitu kuasa wang.

Saya tidak mahu memberikan contoh yang specifik kerana ini melibatkan pegawai-pegawai daerah tertentu dan juga pemimpin-pemimpin politik tertentu kerana skop tulisan saya bukan untuk menghukum mereka tetapi untuk mendedahkan perkara tersebut. Dan ini bukan hanya berlaku kepada individu-individu yang cenderung kepada arus politik tertentu sahaja, dan bukan juga hanya berlaku kepada pemimpin-pemimpin dari parti tertentu sahaja, ia melibatkan parti dari semua fahaman walaupun tidak melibatkan semua orang.

Namun yang lebih buruk dalam politik orang Melayu adalah apabila mensasarkan kepada individu, atau pembunuhan karektor. Si anu akan memburukkan si anu, dan si anu pula akan menelanjangkan si anu. Akhirnya kesemua tokoh politik kita akanb kelihatan cacat, kotor dan hilang maruahnya sehingga akhirnya kita tidak mampu memilih sesiapa lagi calon kita yang kelihatan bersih.

Kita menyangka bahawa tokoh dari parti yang kononnya perjuangkan Islam itu semestinyalah bersih, namun apa yang berlaku tidaklah sedemikian kerana sifat mereka itu sebagai manusia biasa. Lalu kita mendengar bahawa mereka itu juga terlibat dengan penyalah gunaan kuasa, terlibat dengan skandal keruntuhan moral serta terbaru, seorang pemimpinh tertinggi parti yang juga Menteri Besar kelihatan terlibat dengan rasuah atau tumbuk rusuk atau..apa-apalah dalam bahasa manis yang mereka gunakan untuk kumpulan mereka, namun perlakuannya adalah menerima sumbangan dan tajaan untuk melaksanakan sesuatu yang adalah hanya untuk kepentingan diri sendiri dan kroni.

Apa pun, saya namai politik sedemikian sebagai 'politik conteng-conteng' yang bermaksud menguris, mrwarnai dan memburukkan rupa tokoh lawan bagi maksud tertentu. Ianya bukan bermaksud sebagai fitnah kerana sebahagiannya adalah kenyataan bukannya tohmahan melulu.

Setakat mana benar dan berasasnya dakwaan DS Najib terlibat dengan skandal Altantuya? Beliau telah bersumpah menyatakan beliau tidak terlibat. Setakat mana pula berasasnya dakwaan terhadap salah laku sek pintu belakang terhadap DS Anwar, namun beliau masih belum berani melakukan sumpah laknat sedangkan yang mendakwa diliwat sudahpun mengakui dan beresumpah laknat?

Apapun, sila klik (disini) dan baca blog berkenaan yang ada kaitan dengan perkara yang kita bincangkan. Klik juga (disini) untuk bacaan diblog lain.


21 November, 2009

KURSUS BLOG UMNO PAHANG: SATU PERMULAAN YANG SALAH?

Walau apa pun, ini bukan Tuan Husin Lempoyang peniaga di pasar Bagdad, yang dulu jual onta kini jual orang.



Saya bertemu rakan-rakan yang menyertai kursus penulisan blog UMNO Pahang yang telah diadakan pada penghujung bulan lalu di Kuantan selama 3 hari. Menurut maklumat, kursus tersebut dianjurkan dengan kerjasama Unit Media Baru Pemuda UMNO dan Penerangan UMNO Pahang.(?) Alhamdulillah kerana UMNO telah menyedari bahawa pentingnya media alternatif ini dikuasai, selain itu UMNO Pahang dan Unit Media Baru Pemuda UMNO(?) juga berusaha untuk memberikan tumpuan dalam usaha perluasan menyebarkan melalui media alternatif yang sangat popular dewasa ini.

Saya menanyakan pendapat rakan-rakan yang menyertai kursus tersebut tentang kesan dari menyertai kursus berkenaan, kerana saya yang selalu berfikiran negatif dan kolot ini masih merasakan bahawa pihak atasan tidak melakukannya dengan betul. Dan dari maklumat yang diterima membuatkan mulut saya jadi terlopong seketika. Rupanya tidak salah sangkaan saya bahawa mereka telah bermula salah.

Penulisan blog adalah sesuatu yang berkaitan dengan komputer dan berkaitan dengan internet. Untuk mampu menulis blog, seseorang itu haruslah berupaya menggunakan komputer dan seterusnya tahu dan berkemahiran menggunakan internet. Apakah pencapaian yang akan kita dapati dikursus penulisan blog ini sekiranya kita langsung tidak mampu dan tidak mahir menggunakan komputer.

Sungguh menghairankan jika seseorang yang tidak berkeupayaan menggunakan komputer dihantar untuk berkursus bagi membina dan menulis blog. (bukan semua)

Mungkin pendapat saya ini boleh dipakai dalam pemilihan peserta kursus dimasa-masa akan datang bagi mencapai sasaran tinggi dalam kursus yang diadakan nanti. Jika tidak, usaha itu hanya ibarat mencurah air didaun keladi serta tidak mendatangkan faedah kepada pembangunan media baru UMNO sendiri.

Penulis blog (Politik) haruslah seorang yang:

1. Celik Komputer
2. Celik IT dan biasa menggunakan atau memahami tentang internet
3. Berminat terhadap penulisan berita/maklumat dll.
4. Berpengetahuan dan berpengalaman dalam politik dan isu semasa
5. Berkemudahan untuk capaian internet


Bagi pemilihan peserta-peserta kursus dimasa-masa akan datang, suka saya ingatkan, jika kita ingin mengadakan kursus masak memasak, maka pesertanya haruslah dipilih dari kalangan kaum wanita dan suri rumah, bukannya dari kalangan nelayan yang setiap hari turun kelaut manangkap ikan atau abang beca yang rutin harianya mengayuh beca.

Sila lawat sebuah blog baru - klik ’Abang Beca’ yang tulisannya agak baik juga, bagaimanapun beliau bukanlah peserta yang baru tamat kuliah / kursus yang dianjurkan oleh UMNO Pahang dan Unit Media Baru Pemuda UMNO - Huhu.

Sajak Entetoya Untuk Mat Sabu

EDISI PETANG: KURSUS BLOG UMNO PAHANG - SATU PERMULAAN YANG SALAH?








Untuk makluman, Mohamad Sabu telah membaca sebuah sajak berjudul "Altantuya" pada malam kesenian di Muktamar PAS ke 55 di Stadium Malawati, Shah Alam Jumaat lalu. Saya diminta oleh seseorang yang menamakan dirinya ’Entetoya Sabuu’, yang mengirimkan sebuah sajak (sebagai balasan untuk sajak mat sabu) untuk disiarkan diblog saya. Saya tidak langsung memahami tentang sajak sebelum ini namun sangat teruja untuk menyiarkan sajak berkenaan, khusus untuk Mat Sabu.



Sajak Entetoya Untuk Mat Sabu

Agama kau junjung tinggi
diatas kopiah serta serban
menutupi jambul dan tanduk setanmu yang bercabang,
jari jemarimu pantas memetik butir-butir tasbih
mengira berapa untung akan kau dapat pada akhirnya
dari setiap derma dan sedekah -
pada setiap ceramah.
Ibadah apakah kau namakan ini - adalah ceramah
menghamun dan mencaci-maki
lalu kau penuhi seluruh ruang masjid dan surau
dengan kata dusta dan nista
bersambut dekahan ketawa makmum
engkaulah imam mereka menuju neraka
menjahanamkan bangsa.
Bukankan syurga dicipta untuk umat manusia
penuh bidadari didalamnya?
namun didunia ini kau dambakan juga wanita
anak dara, bini orang atau janda
salahnya kau wahai manusia
bertopengkan agama
rakus mengutip harta dunia.
Semasa ’dia’ kau musuhi
dialah sedunia antara yang terbenci
kerana itu kau menghinanya dan mencaci
kau namai Al-Juburi pencinta lelaki
maka syurganya kau cipta dipenuhi bidadara
dan kau menjaja kisahnya
diseluruh ceruk negara.
Tetapi bila angin sudah berubah arah
kau dan dia bisa tidur sebantal, seselimut
namun katamu, kau sudah pasrah
cuma sebelum lampu terpadam
pastikan pintu belakangmu sudah kau tutupi
kemas terkunci jeriji besi
supaya tidak nanti
roh’ku’ meresapi tubuhnya dan
memberi benacana
ketika bangun esok pagi
kainmu dan dia sudah bertukar ganti.

Nukilan: Entetoya Sabuu


Nota:
Penulis memohon selepas membaca puisi ini, minta tolong sebarkan kepada khalayak ramai, di majlis ceramah-ceramah PAS, di masjid dan surau-surau, di majlis-majlis baca puisi, kenduri-kendara dan dimana-mana yang patut.

BERTERIMA KASIH KEPADA CHIN PENG? - MAT SABU DAH HILANG AKAL

Tunggu Edisi Sisipan Jam 11: Sajak Altantuya Untuk Mat Sabu



Ini bukan penyanyi Heraman Tino, tapi Mat Sabu, pernah ditangkap khalwat di hotel di Kota Bharu. Tapi PAS cover..hitam jadi putih dan bersih dengan sebuk cuci pas.




Mat Sabu dilaporkan meminta rakyat terutamanya penyokong-penyokong PAS mengucapkan terima kasih kepada Chin Ping – ketua komunis Malaya yang banyak mengorbankan nyawa bukan sahaja orang-orang Melayu bahkan bangsa Cina dan lain-lain bangsa juga sewaktu mereka menguasa Malaya selama 14 hari sejurus sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dari British.

Penyataan yang saya anggap ‘kurang ajar’ ini tidak langsung wajar diucapkan oleh seorang yang kononnya memperjuangkan Islam kerana tokoh yang diperkatakan itu adalah musuh bangsa dan Negara. Apakah dia sudah lupa atau sengaja melupakan kisah bagaimana bangsa Melayu telah dihina sehina-hinanya di tanahair sendiri.

Mungkin ungkapan dibawah ini boleh sedikit sebanyak memberikan keinsafan kepada bangsa Melayu yang lain jika pun tidak kepada Mat Sabu yang sudah hampir menukar rasnya kepada bangsa Cina.

DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha.

Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.

Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali Bintang Tiga terhadap individu yang disyaki menjadi tali barut tentera Jepun. Tentera Jepun menguasai negara ini untuk tempoh tiga tahun lapan bulan.

(Sila klik untuk bacaan seterusnya diblog Darul Ehsan Today)

20 November, 2009

PEDALAMAN PAHANG: KAMI MERDEKA DAN AMAN TETAPI BELUM MAKMUR

Menteri Besar Pahang DS Adnan aka Abang Long,
..bukan tak nak tolong, tapi dia bukan Along.




“Saya tak percaya orang Cina akan balik Tongsan, balik China. Saya pun tak mahu balik Indonesia walaupun ada tok-nenek saya di Indonesia. Dan saya tak percaya Dato’ Murugiah mahu balik India.

“Tetapi, bagi kita untuk terus aman-makmur, syarat utama ialah adanya perpaduan antara kaum. Sebab negara kita ni agak pelik sedikit.
Inilah satu-satunya negara yang boleh berbagai-bagai kaum duduk, tinggal bersama-sama di dalamnya.” Demikian ucap Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob dalam satu majlis di Kuantan tidak lama dulu.


Kita setuju bahawa keamanan adalah teras kepada kemakmuran negeri dan negara, namun begitu peluang pengagihan pendapatan harus juga diberikan secara yang adil dan saksama. Kerana itulah, pembangunan dikawasan-kawasan diluar-luar bandar dan pedalaman harus diberikan tumpuan khusus.


Kawasan di Ulu Tembeling yang dipetakkan sebagai ’Fruits Belt’ perlu dibangunkan segera dengan menyempurnakan segala keumudahan asas. Kita percaya bahawa kawasan disekitar Ulu Tembeling mampu mengeluarkan produk seperti yang dirancang kerajaan serta mampu menjana pendapatan penduduk disana bila dilaksanakan dengan betul, soalnya bagaimanakan produk yang akan dikeluarkan itu dapat dipasarkan selagi kemudahan asas yang terpenting iaitu jalan raya masih belum terbina lagi.


Seingat saya, sejak di zaman Dato’ Sharif Ahmad lagi sebagai Ahli Parlimen, soal jalan raya di kawasan Ulu Tembeling disuarakan. Namun sehingga kini yang terbina hanyalah lakarannya diatas sekeping kertas ’pelan’. Orang-orang kampong kecewa bila mendengar bahawa bajet untuk pembinaan jalan tersebut telah dipindahkan bagi membina jembatan ke Tanjung Lumpur. Selepas itu wakil rakyat yang datang dan pergi berjanji lagi, dan lagi dan lagi sehingga telinga kami telah dipenuh dengan janji-janji.


Apakah maknanya kemerdekaan dan keamanan buat kami dipedalaman jika sekiranya kami masih tidak dapat mengecap kemakmuran negeri kami sendiri. Apakah kerana kawasan merupakan kawasan ’putih’ sokongan kepada kerajaan maka segala kehendak kami boleh dikemudiankan atau dikira bukan keperluan mendesak? Apakah kami harus bangkit dengan menyokong pembangkang baru kehendak kami akan dikira sebagai mendesak?


Kami sedara bahawa kerajaan negeri merasa sangat selesa sehingga kini bila diukur kejayaan mereka dalam PRU12 lalu namun saya ingin mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negeri bahawa PRU13 bukanlah sangat jauh lagi. Kami juga mendengar dah faham hasrat pembangkang dalam misi tawan Pahang. Kami juga boleh berfikir untuk sesekali mencuba ’berubah arah’ - jika itulah yang akan dapat memberikan kami kemakmuran, yang diterjemahkan sebagai satu desakan kepada pemerintah, kerana selama ini kami sangat memahami bahawa, mana kawasan yang menentang maka segalanya untuk mereka akan dikira sebagai keperluan mendesak untuk disegerakan.



Huhu, aku yang sedang berjuang ditengah rakyat untuk rakyat ~ bRAVEhEART


(Sila Klik disini untuk bacaan seterusnya)


Lagi Perbuatan Hina Melayu


Tok Janggut - Pahlawan Kelantan Yang Berjuang Menentang Penjajah


Ibarat melepaskan anjing tersepit. Itulah ibarat yang boleh dikatakan kepada Wee Meng Chee. Melihat video you-tube terbaru beliau berkenaan TNB jelas menunjukan sikap sebenar beliau. Sikap kurang ajar dan tidak menghormati orang lain serta menunjukkan kononnya beliau orang yang berani. Sedangkan apa yang ditunjukan jelas berbaza dengan adab dan nilai ketimuran yang ada di Malaysia. Kalau beginilah sikap beliau maka tidaklah pelik kalau memikirkan kenapa dia sanggup membuat video clip memperbodohkan negara ku baru-baru ini ( dimaafkan kononnya telah bertaubat...ciss..).


Kita cuma menunggu apakah reaksi bangsa Melayu yang menyokong parti politik lain di Malaysia selain UMNO. Apakah sikap mereka sebenarnya? Apakah mereka akan lebih taksub kepada parti atau masihkah ada semangat cintakan bangsa sendiri. Cuma satu yang saya nak sampaikan, bahasa Melayupun tidak akan dapat kita daulatkan jika bangsa Melayu itu sendiri sudah tidak ada.



(Untuk Bacaan Seterusnya Sila Klik Disini)




Nota:
Kepada blogger-blogger Anak Negeri Pahang, tanpa prejudis dan mengira perbezaan fahaman, saya menyeru untuk mengadakan satu pertemuan yang akan manggabungkan kita semua dalam satu kumpulan dalam waktu terdekat. Kita tidak perlu mengharapkan sesiapa untuk membantu kita lagi kerana kitalah akan membantu diri kita sendiri. Sila hubungi saya dialamat email; anakpahang@ymail.com sebagai respon awal dari saudara. Segala maklumat peribadi saudara/i adalah rahsia.

19 November, 2009

Edisi Istimewa: 5.00pm Tak Mungkin Aku Berbalik Haluan


Mari kita bebaskan diri dan jiwa kita. Mari kita taruhkan badan dan nyawa kita untuk kebebasan itu .......untuk sekali ini saja.

Abdullah Ibnu Rawahah - pahlawan dan pujangga tersohor di Zaman Nabi pernah melafazkan ..........


Wahai diri....

Jika kau tidak gugur di Medan juang

Kau tetap akan mati

Walau di atas ranjang.



Dimanakah perginya waris pejuang wira dan srikandi kita? Kemana lunturnya semangat juang bangsa yang dipegang zaman berzaman? Lupakah kita pada kata ’Tidak Melayu Hilang Didunia?



Mari kita bersama bediri dalam saf, kita rapatkan dalam barisan dan bersama kita berjuang untuk bangsa dan negara tercinta ini........


Kendati tergantung awan di langit

Telah terlanjur kubentangkan layar

Walau badai datang menggulung

Walau berdentum guruh di langit

Walau bumi berkeping dua

Takkan mungkin ku berbalik haluan

......Hidup Melayu!



Nota:

Kepada blogger-blogger Anak Negeri Pahang, tanpa prejudis dan mengira perbezaan fahaman, saya menyeru untuk mengadakan satu pertemuan yang akan manggabungkan kita semua dalam satu kumpulan dalam waktu terdekat. Kita tidak perlu mengharapkan sesiapa untuk membantu kita lagi kerana kitalah akan membantu diri kita sendiri. Sila hubungi saya dialamat email; anakpahang@ymail.com sebagai respon awal dari saudara. Segala maklumat peribadi saudara/i adalah rahsia.

NIZAR MEMANG CELAKA: NIZAR AGENDA ULTRA KIASU DAP

Edisi Istimewa jam 5: Tak Mungkin Aku Berbalik Haluan






1. Bergemuruh tepukan Melayu PAS bila ultra kiasu memberi salam dan berdoa. Dalam hati mereka berkata ' Melayu memang bodoh dan mudah diperbodohkan'

2. Di Pulau Pinang, bantuan untuk orang-orang miskin (termasuk orang Islam (?) disampaikan di Tokong, apa agenda tersembunyi mereka? Apakah ingin menyatakan bahawa rezeki ini adalah dari 'Allah' Tok Pekong bukan lagi dari Allah SWT. (PAS pun dan setuju pengunaan Allah untuk agama-agama lain)

3. Ultra Kiasu ini, sentiasa ada yang tersembunyi didalam hati mereka. Cuma kita bangsa Melayu jangan sesekali lalai dan alpa.


Aku bukan rasis, tapi pejuang kedaulatan bangsaku sendiri...dimana buminya yang kupijak dan langitnya yang kujunjung ~ bRAVEhEART

NIZAR MEMANG CELAKA: HANGAT - CADANG TUN DR MAHATHIR SEBAGAI MENTERI KANAN SANGAT WAJAR

Tunggu Posting Edisi jam 3 dan Edisi Istimewa jam 5:


Negarawan ulung - tiada dua dan tiganya, dihormati kawan dan disegani lawan
Ybhg. Tun Dr. Mahathir Mohammad



1. Saya memberi respon ini berdasarkan kepada posting diblog Tunku yang bertajuk One More Vote For Dr. M Being Made Senior Minister. (Sila klik disini untuk baca)

2. Saya berpendapat cadangan ini harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya bukan setakat memberikan penghargaan kepada seorang negarawan, bahkan lebih dari itu ianya adalah bagi mendapatkan pendapat, nasihat dan pengalamannya mentadbir selama lebih 22 tahun.

3. Politik negara dewasa ini sangat mencabar dan penuh duri ranjau, jadi adalah wajar seorang yang sangat berpengalaman seperti beliau berada didalam kerajaan untuk memberikan nasihat secara langsung kepada PM supaya agenda pembangunan negara di tangan PM tidak terganggu kerana Tun Dr. Mahathir akan boleh memberikan juga tumpuan kepada pergolakan politik tanah air.

4. Seperkara yang patut kita berikan alasan untuk mempertimbangkannya adalah supaya akan menjadi pengimbang bagi Pakatan Pembangkang dimana kita melihat bahawa DS Anwar mampu sedikit sebanyak menganggu sebarang usaha DS Najib. Kita percaya apabila Tun ada bersama DS Najib sudah tentu DS Anwar akan 'mati kutu'.

5. Satu usaha harus dibuat secara bersungguh-sungguh untuk membawa kembali Tun Dr. Mahathir kedalam kerajaan dengan cara yang sangat terhormat sesuai dengan jasa-jasanya selama ini walaupun kemungkinan penolakan hasrat tersebut dari Tun memang besar.

6. Satu Undi sentiasa ada untuk Tun Dr. Mahathir dari bRAVEhEART

NIZAR MEMANG CELAKA: ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN

Edisi Khas Jam 11 : Cadangan Tun Dr. Mahathir sebagai Menteri Kanan sangat wajar.




1. Beberapa posting saya yang lepas banyak menyentuh mengenai semangat Melayu yang nampaknya sudah semakin pudar dikalangan bangsa kita. Kemana hilangnya semangat pejuang yang kita warisi dahulu?

2. Ketika Jepun menjajah negara, bangsa ultra kiasu ini kebanyakannya dibunuh kejam oleh Jepun kerana dendam lama, siapakah yang menyelamatkan dan melindungi mereka? Bukankan bangsa Melayu?

3. Semasa kita mula mencapai kemerdekaan bangsa Melayu terpaksa berjuang menentang mereka yang datang menumpang di tanahair kita dan kemudiannya mahu merampasnya dari kita. Siapakah yang berjuang bermati-matian mempertahankan negara dari komunis? Jawapannya adalah bangsa Melayu sendiri sedangkan bangsa ultra kiasu itulah yang menjadi musuh dalam selimut. Bukan sedikit orang Melayu menjadi korban, apakah kita sudah lupa?

4. Setelah negara Merdeka, kita menerima mereka menjadi warga negara kita walaupun bangsa-bangsa pendatang ini tidak diterima di negara-negara lain. Melayulah yang rela berkongsi bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ini.

5. Namun setelah mereka merasa selesa dengan kehidupan masa kini, mereka telah lupa pada segalanya. Dan bangsa ultra kiasu ini telah berusaha memecahbelahkan bangsa Melayu dalam misi pecah dan perintah. Dulu mereka kata hanya mahu berniaga saja, namun kini setelah mereka kuasai ekonomi mereka berhasrat menguasa segalanya dan merampasnya dari kita.

6. Malangnya, ada segelintir Melayu yang kurang akalnya mudah dipengaruhi dan dengan tidak sedari telah melemahkan bangsa sendiri. Maka mudahlah bangsa ultra kiasu itu mancapai hasratnya. 'Mereka makan diluar (DAP) dan makan didalam (MCA dan Gerakan)'.

7. Dengan beberapa patah ayat Al-Quraan yang tunggang-langgang mereka telah berjaya mempengaruhi bangsa Melayu untuk menghancurkan Melayu sendiri. Kenapa misi mereka itu menghancurkan UMNO tidak menghancurkan MCA dan Gerakan? Kenapa sasarannya DS Najib? Kerana itulah Melayu yang memegang kuasa, jika Melayu itu dilemahkan maka kuasa itu dapatlah mereka rebut.

8. Mungkin juga PAS sanggup menerima ultra kiasu ini sebagai imam mereka suatu hari nanti. Kita mendengar betapa gemuruhnya sorakkan mereka terhadap doa yang dibacakan oleh ultra kiasu yang hanya sekadar memperdaya dan memperbodohkan Melayu ini, dan pemimpin-pemimpin PAS hanya sekadar mendiamkan diri - menjual maruah bangsa dan agama.

9. Sampai-sampaikanlah pesan pada anak cucu kita nanti, bahawa pada zaman ini bangsa Melayu telah hilang harga diri, bangsa Melayu telah mengadai maruah bangsa dan agamanya, bangsa Melayu telah di'perlembukan' supaya bermusuhan sesama sendiri, dan ada ramailah Si-Kitul dan Raja Mendaliar di alam Melayu ini yang mengulangi semula sejarah keruntuhan Melaka.

10. Memang Nizar mencelakakan Melayu!


(Baca juga blog ini)

18 November, 2009

NIZAR SUDAH POTONG? : POLITIK MELAYU

Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!




Kesan Selepas Pilihanraya Umum Ke-12



  • Politik Malaysia adalah berteraskan kepada orang Melayu (UMNO) melalui perkongsian kuasa.


  • Formula ini adalah dipegang oleh BN yang telah berjaya memerintah selama 52 tahun.


  • Keputusan PRU12 telah membawa perubahan yang ketara dalam lanskap politik Negara dimana pembangkang telah memperolehi kejayaan yang besar dan kedudukan BN telah banyak tergugat.


  • Kejatuhan negeri-negeri marginalMelayu seperti Pulau Pinang, Perak (sebelumbil alih), Selangor, Kuala Lumpur dalam memberi isyarat bahawa kuasa politik orang Melayu semakin lemah.


  • Orang bukan Melayu semakin menguasai politik Malaysia yang pada dasarnya memperjuangkan konsep ‘ Malaysian Malaysia’ yakni kesamarataan.


  • Situasi ini amat membimbangkan kepada survival kuasa Melayu kerana sudah terdapat orang Melayu sendiri yang bersama-sama bersekongkol menafikan Ketuanan Melayu.


  • Orang Melayu telah memberi peluang kepada bangsa lain menjadi tuan mereka dalam PRU yang lepas. Di Perak dan selangor memperlihatkan calon bukan Melayu menerusi DAP dan PKR menguasai DUN dengan jumlah yang besar.


  • DAP secara terang-terangan mencemuh DEB kerana DEB dilihat tidak menguntungkan mereka.


  • Orang bukan Melayu suddah berani bercakap secara lantang mempertikaikan dasar-dasar kerajaan.


  • Demonstrasi jalanan dilakukan oleh NGO dan parti pembangkang sebelum PRU12 telah mengakibatkan sebahagian besar orang Melayu hilang keyakinan kepada pemerintah Negara. Trend ini memecahbelahkan perpaduan Melayu dan orang bukan Melayu mengambil kesempatan memainkan isu-isu yang menguntungkan mereka termasuklah mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan


  • Semua tindakan ini menggambarkan bahawa orang bukan Melayu sememangnya tidak mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan manakala orang Melayu kini seperti tidak mampu mempertahankan hak-hak mereka.


  • Dalam konteks politik Malaysia keselesaan kedudukan orang Melayu adalah penting kerana sekiranya mereka terasa terhimpit besar kemungkinannya ia akan mengambil tindakbalas. Disinilah kebimbangan yang diutarakan oleh sesetengah pihak mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan seperti 13 mei 1969

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...