23 April, 2010

TERKINI: LAPORAN LANGSUNG - ZAID IBRAHIM TERTEKAN

Biarlah dia orang keluar parti, parti ini ditubuhkan untuk membela saya bukan untuk membela rakyat atau orang-orang lain. Jika saya tidak dapat jadi PM di Malaysia, saya akan bina sebuah negar lain dan jadi PM negara itu. Dialog pun agak-agak lah bro, tak kan macam tu sekali



Calon PKR di PRK P094 semakin tertekan.

Rakyat sudah melihat dan boleh menilai dengan lebih waras siapa calon yang akan mereka pilih nanti. Dari 4 calon hanya tinggal 2 kerana yang 2 itu memberikan pertandingan lebih adil 1 lawan 1. Puak-puak Pas dan PKR kesana kemari dengan mencerca kerajaan dalam masa sama mereka juga guna kemudahan yang kerajaan bina, masjid umpamanya yang dijadikan markas oleh puak-puak pencacai Pas ini. Pemimpin-pemimpin besar mereka datang dengan kereta besar serta menginap di hotel besar. Yang harus berkorban dan berjuang hanyalah puak-puak pencacai Pas ini, yang pernah buat demonstrasi baring-baring di Perak dulu.

Selain dari di akhbar-akhbar, di laman-laman blog banyak pihak yang membuka pekong calon PKR itu. Jika dia seorang yang bermaruah, beliau sepatutnya mengambil langkah berani dengan menarik diri dari dicalonkan. tetapi memang dia seorang yang langsung TIDAK bermaruah, kerana itu dia akan tetap meneruskan walau diasak dan ditekan dari semua sudut.

Khabarnya pengundi di Ulu Yam sudah membayangkan hasrat un tuk lari dan tidak menyokong PKR dalam PRK kali ini. Baca disini. Kewibawaan PKR juga semakin hari semakin runtuh berikutan dengan semakin ramai yang keluar parti kerana sudah hilang percaya terhadap parti dan kepimpinan. Baca sini Mungkin Zaid akan mendapat sokongan dalam PRK ini jika DS Anuar mengundur diri sebagai pemimpin utamanya dan menyerakan kepada Zaid untuk mengangkat martabat Zaid di mata pengundi. Ini harus dilakukan segera sebelum PRK berlaku.

Atau cara yang paling mudah adalah Zaid menarik diri dari calon PRK P094 ini. Kemudian dia boleh hidup bebas dengan aktiviti sosialnya sebagai kaki botol, kaki kuda.......dsb.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...