10 May, 2010

KHABAR ANGIN: PRK PERTAMA DI PAHANG - DUN KERDAU KOSONG

Gambar hiasan: MB Pahang beraksi garang dalam kempen PRU yang lalu.
Apakah beliau akan lebih garang sekiranya mana-mana berlaku PRK nanti?



Banyak pihak terutama dari pembangkang menyebar khabar-khabar angin sejak beberapa hari lalu mengenai akan berlaku PRK pertama di Pahang berikut kekosongan Kerusi di DUN Kerdau. Nampaknya mereka sangat ghairah untuk berentap di negeri PM sendiri. Dalam masa sama mungkin juga mereka ingin buktikan kepada umum bahawa kepimpinan DS Adnan sudah tidak dikehendaki lagi. Bagaimanapun, khabar angin mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau itu telah di nafikan oleh Pengerusi SPR dan Exco kerajaan negeri.

Berikut laporan yang ditulis oleh sebuah laman blog:

Walaupun pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menolak spekulasi mengenai keadaan ADUN Kerdau, Datuk Zaharudin Abu Kassim yang sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh, namun khabar angin mengatakan bahawa PRK yang pertama di negeri Datuk Seri Najib akan berlaku dalam masa terdekat.

RTM melaporkan awal minggu ini bahawa ADUN BN itu telah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010.

Beliau telah dikejarkan ke hospital awal pagi berkenaan, selepas mengadu sakit perut ketika bersarapan di sebuah restoran.

Zaharuddin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan selama tiga jam.

Exco kerajaan negeri Pahang, Hoh Khai Mun turut mengesahkan bahawa keadaan ADUN Kerdau itu tidak membahayakan.

Menurut Hoh lagi, Zaharudin mengalami masalah komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan tersebut.

Katanya, ADUN Kerdau itu akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi in mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya

Sila baca untuk rujukan disini dan disini


Sama-samalah kita berdoa agar YB Dato' Zaharuddin akan dikurniakan kesihatan yang baik dan berharap agar beliau akan cepat sembuh.

5 comments:

Anonymous said...

Salam bro,

Jgnlah spin cerita mcm ni, ajal maut ditentukan Allah. Mana tau kita yg sihat ni mungkin pegi dulu. Bayangkan perasaan YB berkenaan, dia tgh sakit akan lebih kecewa bila baca posting saudara. Jgn sbb nk lakukan blog saudara buat mcm2.

-Warga Prihatin

bRAVEhEART said...

Salam, saya menafikan berita angin yg dibawa oleh banyak pihak. Itu sangat jelas dipermukaan artikel saya;
Banyak pihak terutama dari pembangkang menyebar khabar-khabar angin sejak beberapa hari lalu mengenai akan berlaku PRK pertama di Pahang berikut kekosongan Kerusi di DUN Kerdau.
Harap tidak ada pihak salah tanggapan.

Bertih jagung. said...

bh,
Apa yang anonn 11.31 pandir tu tiba-tiba macam orang terkancus je.

Spin kerana nak laku blog?

Kan dah orang pas,pkr dah sebar berita, Bh terangkan apa sebenarnya. Hisss... kalau nak laku blog bukan itu caranya. NAk TAU?

Bubuh gambar orang telanjang merebas orang masuk.Hiss tak reti2.

kalau bebal jangan campur,baca jeh hahaha. BH TERUS...

bRAVEhEART said...

Bertih jagung, nak buat macamana kalau dah itu gaya pemikiran dia.

ode said...

suarabangsa

Salam. Kenapalah Melayu UMNO mudah melatah. Tidak Kurang pula Ramai yang berkira-kira.... Kesian kat keluarga YB ADUN Kerdau. Belum apa-apa lagi sudah hendak .. .... Berdoalah agar YB ADUN Kerdau disehatkan semula. Ajal maut jodoh pertemuan ketentuan ALLAH belaka.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...