07 May, 2013

PRU 13 DAN DEMOKRASI KITA

Keratan akhbar


1. Demokrasi! Akhirnya semua rakyat Malaysia yang layak telahpun dapat menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil-wakil rakyat dari parti yang mereka sukai. Secara keseluruhannya PRU13 ini berlaku dalam suasana yang aman. Memang terjadi kekecohan disana-sini, memang ini tidak dapat dielakkan berikutan provokasi terancang dan melampau yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

2. Ada kes pengundi berketurunan India yang dihalang dari membuang undi namun akhirnya diketahui  bahawa beliau adalah rakyat Malaysia yang sah, cuma mirip wajahnya seakan-akan bangla. Dalam kejadian lain, sebuah bas yang penuh dengan pekerja bangla yang dalam perjalanan ketempat kerja telah ditahan oleh penyokong pembangkang tertentu kerana menyangka mereka dibawa oleh BN bagi tujuan mengundi, namun akhirnya ternyata sangkaan mereka itu tidak benar sama sekali. Demikianlah bagaimana pemikiran sebilangan tertentu rakyat telah dihasut terlebih dahulu bahawa kerajaan BN akan melakukan bermacam-macam penipuan dalam PRU kali ini.

3. Salahnya adalah rakyat yang kurang cerdik dan mudah percaya pada segala apa yang dikatakan pembangkang kerana mereka sungguh mudah menuduh kerajaan tanpa memerlukan apa-apa bukti. Cerdiknya pemimpin berkenaan adalah mampu membuatkan rakyat yang kurang cerdik percaya bahawa segala penipuan mereka adalah benar tanpa perlu memberikan bukti kebenarannya.

4. Dalam kes pengundi hantu, saya mendapat maklum bahawa ada sebilangan bangla yang diberikan kad pengenalan palsu oleh pihak pembangkang, kemudian membawanya kepusat pembuangan undi untuk tujuan mengundi, tetapi pura-pura menangkap mereka dan menuduh ini adalah kerja jahat BN. Kenyataannya didapati apabila akhirnya bangla berkenaan menceritakan perkara sebenar ketika disoal siasat.

5. Dalam kehidupan zaman ini, adalah susah bagi kita untuk melihat yang mana satu betul dan yang mana satu salah. Yang mana jahat yang mana baik. Yang mana benar dan yang mana palsu. Kepalsuan ada dimana-mana, bahkan ada juga kalangan orang yang nampaknya berilmu dan beriman, namun akhirnya rakyat tahu dengan nyata bahawa mereka itu juga adalah syaitan yang berubah rupa.

6. Bagaimanapun kita harus berhati-hati dengan perancangan pembangkang untuk mengadakan kekecohan selepas PRU ini. Ini sudah mereka rancang lama dahulu jika mereka kalah. Mereka akan mengadakan kekecohan demi kekecohan untuk mengugat kestabilan negara. Mereka memang hendak lakukan rusuhan seperti di Mesir. 

7. Rakyat telah dengan bebasnya membuat pilihan dalan PRU lalu. Semua parti yang terlibat seharusnya menghormati suara yang rakyat berikan. Kepada anasir-anasir jahat diluar sana, tolonglah jangan paksa rakyat untuk memlilih kesengsaraan. Rakyat inginkan keamanan dan keharmonian, kehidupan yang bahagia. Tragedi 13 Mei masih hangat ada dalam ingatan sebahagian dari kita dan rakyat tidak ingin ianya berulang sekali lagi. Rusuhan-demi rusuhan  yang berlaku diluar negara sepatutnya menjadi contoh kepada kita bahawa kebebasan yang bermakna adalah bebas membentuk hidup yang bahagia. Demokrasi bukan bermakna bebas merusuh dan merosakkan kebebasan orang lain.


No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...