04 May, 2013

DUN TAHAN, KITA UNDI CALON BN WAN AMIZAN

Dato' Wan Amizan calon dun Tahan


1. Dato' Wan Amizan Wan Abd Razak telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan untuk sekali lagi menjadi calon seterusnya insyallah akan jadi wakil rakyat bagi penduduk di dun Tahan buat penggal ke-dua. Dalam PRU13 lalu, Wan Amizan telah mendapat 5112 undi dengan mengalahkan lawannya Nuridah binti Mohd Salleh (Pas) yang mendapat 3755 undi. Majoriti 1357.

2. Banyak pihak berpendapat PRU kali ini adalah pertarungan sukar bagi Wan Amizan kerana beliau kononnya dibeliti dengan berbagai masalah dan majoriti kecil dalam PRU lalu dibayangkan akan merosot pada kali ini. 

3. Dalam masa lebih 5 tahun sebenarnya telah banyak kejayaan yang telah beliau lakukan cuma kadangkala kita hanya melihat dari sudut yang berbeza. Bayangkan kita menanam sepohon pokok, apakah yang akan kita dapati dalam masa 5 tahun itu? Namun kejayaan Wan Amizan telah melampaui apa yang mampu kita capai bahkan dalam fikiran kita sekalipun.

4. Dun Tahan pernah jatuh ke tangan Pas. 5 tahun dun Tahan tersisih. Maaf, sudah tentu tiada sebarang pembangunan fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh itu kerana kerajaan negeri juga diperintah oleh BN.i Apabila dun Tahan dapat dirampas semula oleh BN, Dato' Wan Amizan telah berusah keras mengejar masa yang terbuang selama ini untuk memberi kemajuan kepada rakyat yang kebanyakannya adalah saudara maranya sendiri.

5. Memang pembangkang dan konco-konconya sejak awal lagi cuba memberi persepsi buruk kepada beliau. Cybertrooper pembangkang memang terlatih dan melakukan kerja dalam masa panjang merosakkan kreadibiliti calon bagi memudahkan mereka menangi pertandingan dikerusi yang ditandingi. Tetapi dengan apa yang Dato' Wan Amizan usahakan selama ini, kita percaya lebih ramai rakyat yang menghargai usahanya berbanding dengan yang membencinya, itupun atas alasan peribadi.

6. Gelombang sokongan rakyat terhadap BN dibawah pimpinan DS Najib turut juga memberi kesan positik kepada dun Tahan. Rakyat sangat percaya kepada transformasi yang dibawa DS Najib. Rakyat melihat walaupun cuma dalam 4 tahun masa sebagai Perdana Menteri, DS Najib telah mampu memulihkan kerosakan masalalu. Di dun Tahan, rakyat mesti terus memberikan kepercayaan kepada calon pilihan pucuk pimpinan untuk meneruskan kesinambungan pembelaan rakyat, dan dalam masa 5 tahun mendatang adalah masa untuk Dato' Wan Amizan membuktikan segala perancangannya dan usahanya dijayakan.

7. Berilah peluang 5 tahun lagi untuk beliau buktikan janjinya kepada rakyat dan kempuannya sebagai wakil yang dipilih. Jika ternyata beliau gagal, maka kita akan relakan beliau disingkirkan tetapi sebelum itu kita mestilah bersikap adil dengan memberinya kesempatan merealisasikan impiannya.

8. Kita tidak berniat untuk memuji beliau, namun hakikatnya beliau sangat mudah didekati oleh sesiapa saja. Beliau adalah pemimpin rakyat yang nyata berjiwa rakyat dan bertekad untuk perjuangkan permasalahan rakyat serta mempertingkatan taraf hidup rakyat. Kita yakin pengundi akan tetap memberikan sokongan dan undi mereka kepada calon BN ini demi kestabilan politik negara. Tuan Ibrahim calon Pas yang bertanding di Jengka mencanangkan bahawa beliau akan jadi MB Pahang sekiranya pakatan memerintah. Namun pada saya, saya tentu lebih rela Dato' Wan Amizan jadi MB Pahang berbanding dengan Tn Ibrahim. Kepada semua anak Sungai Tembeling, fikir-fikirkanlah. Jangan kita mengundi kerana rasa marah. Jangan akar kelambu kerana marahkan nyamuk dan jangan bakar 'leca' kerana marahkan pijat.

9. Saya akan tetap undi Dato' Wan Amizan calon BN bagi dun Tahan. Hidup BN.


Calon ditengah-tengah rakyat jelata


Mesra bersama pemuda-pemuda


Turun padang menemui akar-umbi


Gigih dan bersahaja.



2 comments:

Anonymous said...

Salam.Bukan orang tak tau dompok kuat memungko? bodo sungguh pemimpin tertinggi UMNO masih meletakkan dia sebagai calon.Aku tak nak jadi bodoh mengundi dia hahah.. org bodoh aje akan undi calon BN mcm ni

Anonymous said...

Aku ahli UMNO tegar,Namun kali ini aku akan mengundi pembangkang kerana UMNO tidak pernah berubah,Masih mencalonkan calon yg busuk yg kalau dimandi pun tak akan wangi.Aku bukan bodoh nak undi calon yg salah.Kesilapan pemimpin tertinggi UMNO membuatkan undi aku beralih arah

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...