Showing posts with label perjuangan melayu. Show all posts
Showing posts with label perjuangan melayu. Show all posts

02 December, 2011

APABILA UMNO SUDAH HEBAT, BLOGGER TIDAK DIPERLUKAN LAGI

Makna  sebuah perjuangan bagi perwakilan UMNO......


1. Saya tidak ke PAU kali ini kerana beberapa sebab antaranya saya bukanlah perwakilan Bahagian serta sebagai seorang blogger saya tidak mendapat undangan dari Bahagian dan Negeri dimana buminya saya pijak dan langitnya saya junjung. Bagaimanapun saya tidak terlalu pedulikan - 'No hard feeling'!

2. Saya sudah dapat bayangkan apa yang akan berlaku seperti sebelum ini; ucapan berapi-api dan penuh rentorik para pemimpin, pantun dan seloka serta puji-pujian, tepuk sorak serta ampu-mengampu - inilah UMNO dan budayanya dari sejak dulu lagi. Apakah UMNO sudah berubah? Baca Sini

3. Dipentas, semuanya bercakap berlandaskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara namun hakikatnya kepentingan dirilah yang diutamakan melebihi segalanya. Pemidato-pemidato tak lebih dari badut-badut yang melawak untuk menghiburkan penonton untuk mendapat tepukan gemuruh, namun hakikatnya mereka tidak lebih dari pemain dalam pertunjukan sarkas.

4. Sahabat saya APA merakam rasa kecewanya apabila beliau yang hadir untuk menonton sarkas namun tanpa sedar telah dijadikan bahan tontonan di sarkas berkenaan. Saya bersetuju apabila beliau merakamkan kekecewaannya diblog beliau. (Klik ke blog APA)

5. UMNO adalah parti dimana ramai orang-orang hipokrit berkumpul. Setiap yang diakukan semasa persidangan hanyalah lakonan semata-mata - senyuman, salaman, tepukan, teriakan....segalanya adalah lakonan. Jika mereka berjanji mereka akan lupa...mereka pandai menanam tebu ditepi bibir!

6. Kepada sahabat blogger, selepas PRU nanti seandainya UMNO / BN masih lagi memerintah, tanduk tidak akan berguna lagi, mereka akan mencari rotan dan membuang akar-akar yang ada. Blogger-blogger pro kerajaan sudah tidak diperlukan lagi, sukarelawan dan tentera upahan sudah tidak bernilai lagi kerana mereka akan membangunkan tentera mereka sendiri. Semoga jangan ada lagi yang bermimpi. UMB dan Blogger Patriot akan mengisi segenap ruang. Kamu akan dipinggirkan.....!

7. Jangan tidak percaya bahawa pakatan pembangkang lebih menghargai pengamal media sosial dari kerajaan sendiri. Tanyalah Milosuam atau Topeng Perak, atau Yob Tualang Sekah atau Tukar Tiub bahkan ramai yang mengakuinya. UMNO akan biarkan kita berjuang untuk mereka, bila tiba waktunya mengibarkan panji-panji kemenangan, mereka akan tampil kehadapan dan kita akan disisih.

8. Harap kita tidak lupa bahawa satu ketika kita blogger dipanggil sebagai 'beruk' namun orang itulah yang akhirnya membayar untuk 'beruk-beruk' menulis bagi mengangkatnya. Siapa mahu kata apa? Maaf sahabatku APA dan lain-lain blogger, kamu memang tidak berharga dan tidak dihargai bahkan memang kamu semua tidak dikehendaki terutama apabila tiba masa membahagikan 'harta rampasan perang'.

9. Justeru, menulislah dengan keikhlasan atau berhentilah jika dalam hati merasakan begitu lebih wajar supaya tiada rasa kecewa dalam hati. Baca Sini


04 November, 2011

NAJIB PM TERAKHIR....?




Ber'BBM' bersama-sama sahabat dan kemudian 'bertwiit' juga, perkara pokok yang disembangkan adalah kewajaran lantikan senator Datuk Nallakarupan.

Semalaman melayari internet, dari blog ke blog untuk membuat rumusan kepada perlantikan itu, yang saya dapati hanyalah kekecewaan. Kekecewaan diri sendiri daripada luahan kekecewaan ramai blogger yang mewakili rakyat Malaysia.

Apa yang kita lihat dalam pentadbiran kerajaan sekarang ini adalah begini; 

1. Mereka yang setia tidak akan dihargai dan diberikan perhatian selain dari hanya kepercayaan yang mereka akan sentiasa setia selamanya.

2. Mereka yang dari sebelah sana dan menyeberangi ke sebelah sini dianggap sebagai wira dan akan dihargai walaupun kesetiaannya belum pasti

3. Penyokong tegar dan pembangkang tegar tidak akan diberikan perhatian dan hanya mereka yang masih ditengah-tengah dan yang berpura-pura akan nampak lebih berharga. Yang hitan dan putih dibiarkan dan yang kelabu diutamakan.

4. ...dan banyak lagi ciri-ciri pemilihan kerajaan sekarang ini yang membuatkan rakyat semakin berputus asa setelah sekian lama berputih mata....
Sila klik dan baca laman-laman berkenaan;
atau pandangan umum dari blog Goreng 3 Abdul

Saya tertarik pantun SPU; 
Biarlah roboh Kota Melaka
kayu gaharu kita gantikan
biarlah sungguh bagai dikata
Melayu baru kita tegakkan
 
Mungkinkah benar bahawa UMNO sudah di penghujung? DSN adalah Perdana Menteri terakhir dari UMNO BN? En. Sahabuddin Husin seorang ahli UMNO juga berpendapat demikian dan menulis di bukunya yang bertajuk Najib Perdana Menteri Terakhir. Teori RAHMAN menjadi semakin nyata...
 


13 October, 2011

KEMANA HALA TUJU UMNO?

Gambar hiasan: Sumber facebook


'Oldman', (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pembaca dan pengomen tetap diblog saya. Banyak komen-komennya yang menarik dan rasional. Saya ucapkan terima kasih. Kali ini saya ingin menulis dan menyatakan pendapat saya berdasarkan komen beliau. Marilah sama-sama kita perbincangkan dengan berlapang dada dengan tujuan baik dan ikhlas untuk mencari kebenaran.

Saya CnP komen beliau dibawah ini:

Blogger oldman said...
Pesoalanya kemana hala orang melayu? yg ada pada kita hanya UMNO pemimpinya pulak jenis 'gendang gendut tali kecapi padat pocket senyap sunyi nak harap kan PAS pemimpinya pun jenis tak ada pendirian sekejap halal sekejap haram pilih PKR 5 tahun kita sembelit,kalau ada parti KITA yg bertanding bimbang dia main lompat lompat pulak...Apa kita nak buat dah nasib Melayu..

October 12, 2011 11:54 PM


Tidak dinafikan bahawa harapan tinggi orang-orang Melayu adalah terhadap UMNO. UMNO adalah jiwa dan raga bagi orang-orang Melayu. UMNO adalah roh dan semangat orang-orang Melayu. Kerana itulah generasi sebelum ini sangat kuat kecintaannya kepada UMNO. Hatta, walau seekor katak pun yang dicalonkan mewakili UMNO dan Perikatan (kini BN) maka mereka akan tetap memberikan undinya bagi memenangkan calon berkenaan.

Kerana apa? Kerana waktu itu pemimpin memang jujur dan ikhlas perjuangannya. Para pemimpin merasakan bahawa mereka adalah juga sebahagian dari rakyat marhaen itu sendiri. Pemimpin tidak kekok bertemu rakyat yang jauh di pedalaman hanya dengan berkayuh basikal. Pemimpin juga tidak sombong dengan duduk di 'serambi' atau 'lambur' rumah untuk berbual dan bertanya khabar rakyat jelata.

Sekarang ini pemimpin melawat kampong dengan kereta mewah yang mampu menakutkan rakyat marhaen. Rakyat merasakan bahawa terdapat jurang yang luas diantara pemempin dengan yang dipimpin. Pemimpin juga bagaikan merasa jijik untuk duduk bersama-sama di rumah yang mereka lawati. Jikapun ini berlaku ianya hanyalah kepura-puraan semata-mata. Pemimpin lebih selesa bertemu di hotel-hotel mewah atau restoran-restoran ternama. Pemimpin kita sudah bagaikan 'tercabut' dari akar-umbinya sendiri.

Sebuah blog melihat UMNO yang dalam dilemma dan menuju kearah yang tidak pasti. Baca  sini   dan   sini. Tegurannya ikhlas dan telus walau dalam nada provokasi dan sedikit kurang ajar, tetapi berapa ramai kita yang dapat menerima kebenaran pahit yang disuarakan? Kita telah diajar bahawa kita mesti menghormati pemimpin dan tidak menegur kesalahannya. Itu sudah jadi budaya kita. Justeru, kita hanya berdiam diri dan segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sentiasa diulang-ulang berkali-kali, dan kita tidak pernah berubah.

Tambahan pula ujud budaya baru, mengampu, membodek dan 'mengipas' pemimpin. Pemimpin kita tidak pernah ditegur dalam melakukan kesalahan dan beranggapan bahawa mereka sentiasa betul tanpa mengira pendapat dan hasrat rakyat. Ini membuatkan pemimpin kita leka dan merasakan kita tidak mengalami sebarang masalah ataupun segala masalah telah dapat diselesaikan. Pemimpin kita terlena dalam mimpi sehingga akhirnya dalam PRU12 lalu mereka dikejutkan oleh gelombang berontak jiwa rakyat generasi muda.

Apa yang dilakukan untuk menarik mereka kembali kepada kita? Saya pernah katakan bahawa jika suara-suara di laman media sosial diambil kira, bahawa kita masih jauh dari dapat memberikan kepuasan kepada generasi muda ini. Mereka masih kelihatan tidak ingin kembali bukan kerana mereka bencikan UMNO tetap kerana mereka tidak dapat menerima pemimpin yang masih gagal mengubah menjadi sebahagian dari majoriti. Mereka mungkin lebih selesa berada didalam kalangan 'elit' dan menganggap mereka bagai 'the choosen ones'.

Saya sering mendengar pendapat ini dan banyak kali dari orang yang berbeza. Mungkin pendapat ini juga tersebar dan sudah menjadi satu pandangan dalam penentuan sasaran dalam minda banyak orang bahawa; UMNO yang ada sekarang ini biarlah dengan rela runtuh untuk membangunkannya semula dengan sebersih-bersihnya apabila tiada lagi 'barah' didalamnya.

Mungkin PERKASA mampu untuk mendukung tugas dan tanggungjawab berat serta harapan bangsa melayu menempuh masa depan. Kita kena akui hakikat bahawa tiada yang kekal dan abadi. Bahawa UMNO bukanlah sebuah parti keramat yang tidak mungkin dapat ditumbangkan dan akan memerintah selama-lamanya. Para pemimpin juga perlu sentiasa ingat bahawa kuasa yang rakyat berikan kepada mereka itu hanyalah sementara dan pinjam-pinjaman semata-mata. Justeru, jadikanlah jawatan yang disandang itu sebagai tugas dan tanggungjawab yang dilakukan dengan tulus ikhlas bukannya sebagai hak mutlak.

Saya sebenarnya malu, namun saya 'beranikan hati' untuk dengan bangganya menerikan; 'Hidup UMNO'! dan, berubahlah secara total, selagi kita masih ada waktu atau kita lebih rela dibenamkan didalam PRU nanti!


Klik sini   untuk baca blog Akar Umbi.

15 September, 2011

NAH! SUCK NAMEWEE.......




1. Sejak lama dulu bangsa Melayu telah kehilangan pemimpin sebenar, pemimpin yang dapat diterima oleh majoriti bangsa Melayu, entah mengapa demikian terjadinya.

2. Pemimpin rakyat adalah mereka yang berjiwa rakyat. Mereka yang berjiwa rakyat adalah mereka yang memahami kehendak dan perasaan rakyat sebenar. Mereka adalah yang lahir dari kalangan rakyat marhaen.

3. Pemimpin yang ada ketika ini adalah dari kalangan bangsawan, yang tidak langsung memahami kehendak rakyat. Segala yang ditunjukkan dalam media massa bahawa mereka memahami kehendak rakyat adalah sendiwara semat-mata sedangkan hakikatnya mereka tidak demikian.

4. Pemimpin rakyat lahir dari kalangan rakyat dan berjuang dengan apa cara sekalipun untuk membela rakyat. Tun Dr Mahathir, sewaktu zaman awalnya membuka klinik sanggup memberikan khidmat percuma kepada rakyat yang tidak mampu membayar khidmatnya. Itulah sumbang khidmatnya untuk rakyat.

5. Maaf! Pemimpin masa kini tidak menghayati perjuangan untuk rakyat kerana lahir dari istana. Kehendak rakyat dan kebencian rakyat tidak diambil peduli sama sekali kerana merasakan dia berkuasa.

6. Jika Najid masih menemui Namewee, pasti dia akan kehilangan banyak lagi sokongan orang-orang Melayu namun dalam masa sama masih juga tidak mendapat undi kaum cina.

7. Bapak Menteri, maaf jika saya akan berpaling arah...hanyalah kerana Melayu ini sudah terlalu marah!!! Kebelakangan ini banyak blogger yang menyuarakan kemarahan mereka berkenaan isu ini, ada sesiapa peduli??   Baca ParpuKari.

8. Nampaknya sia-sia sajalah perjuangan kita selama ini membela bangsa. Sia-sia perjuangan para blogger, sia-sia perjuangan Perkasa...sia-sia.....


14 September, 2011

NAH! NAJID SUCK BANANA !!





1. Mungkin Najid akan teruskan juga untuk mengadakan pertemuan dengan Namewee walaupun terdapat banyak tentangan dari orang-orang Melayu. Mungkin Najid anggap Namewee adalah penjuang sebenar bangsa Malaysia dan ikon 1Malaysia. Baca Papagege.

2. Mungkin juga Namewee dari seorang budak kurang ajar yang rasis serta yang memperbodohkan seluruh Melayu sudah diterima dan dianggap seorang reformis yang berjaya. Baca Perak Bangkit.

3. Namun masih ada beberap blogger yang cuba menyedarkan Najid dari lenanya, tapi apakah beliau mendengar atau memberikan perhatian? Baca Pena Minang.

4. Orang Melayu inginkan pemimpin yang lebih berani berjuang untuk bangsanya. Azli Shukri Today menulis:  Mahathir Serang Najib? 

5. Jika Najid tidak juga mendengar, mungkin orang Melayu harus bersama Namewee dan nyanyikan lagu untuk beliau; Nah! Najid, Suck Banana !!!

6. Yang menentang akan disanjung, yang setia dan menurut akan dipijak....1Melayu.....

05 September, 2011

SIAPA PENGKHIANAT?




1. Kegagalan BN menguasai kerusi-kerusi Parlimen dan DUN adalah dilihat kerana kegagalan wakil-wakil rakyat tertentu dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

2. Kemenangan pihak pembangkang adalah terjemahan dari undi protes dari rasa tidak puas hati rakyat.

3. Sebenarnya parti pembangkang tidak pun menarik minat dan mendapat kepercayaan rakyat majoriti.

4. Kebijaksanaan pembangkang hanyalah memanapulasikan keadaan dengan meletak segala kesalahan kepada kerajaan memerintah @ BN @ UMNO.

5. Segala yang salah berlaku maka UMNO BN lah yang dipersalahkan, sehingga ada yang berkata jika anak ayam dilanggar lori pun maka salahnya adalah pada UMNO BN juga.

6. Pemimpin pembangkang menuding jari menyalahkan kerajaan dan para pemimpin memerintah, para penyokong pembangkang pun menuding jari kearah yang sama, hatta pada kesalahan atau sesuatu yang mereka sendiri ciptakan.

7. Mereka terlupa bahawa mereka juga berbuat salah bahkan mereka dalam banyak hal adalah punca segala masalah.

8. Kita juga jangan terlupa bahawa penjawat awam yang menyokong pembangkang juga berbuat salah dengan mensabotaj banyak agenda kerajaan memerintah.

9. Siapa sebenarnya pengkhianat dan 'duri dalam daging' dalam negara kita?

21 July, 2011

WARNA POLITIK KITA

Antara pewarna semasa politik Jerantut


Saya banyak menerima respon dari orang Jerantut (agaknya) apabila menulis mengenai politik Jerantut. Mungkin kerana masyarakat Jerantut begitu peka terhadap perkembangan politik atau mungkin juga politik adalah budaya dan kehidupan. Saya tertanya-tanya kenapa kebelakangan ini blog (Jerantut) WZWH sudah tidak lagi ingin mengulas tentang politik Jerantut? 

Pada dasarnya masalah yang berlaku didalam UMNO Jerantut adalah sama dengan UMNO dimana-mana. Inilah masalah sebenar yang menjadi punca akar umbi meninggalkan perjuangan parti - terlalu banyak politiking, berlakunya 'cas keting' tanpa kawalan, UMNO cawangan-cawangan menjadi semakin kecil kerana banyak ahli dipinggirkan semasa pemilihan peringkat cawangan dan bahagian dan akhirnya UMNO hanya didukungi oleh beberapa orang yang bercita-cita besar. Kesan daripada itu UMNO semakin lemah dan siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menyokong dan mengundi kita didalam PRU nanti?

Selepas' biduk berlalu' sepatutnya 'kiambang bertaut'. Para pemimpin sepatutnya merapatkan semula saf sebaik saja selesai pemilihan kerana pemilihan bukanlah penyingkiran ahli parti. 'Carik-carik bulu ayam', seharusnya 'bercantum semula', namun ini jarang berlaku didalam UMNO dikebanyakan cawangan dan bahagian kerana mereka menganggap perjuangan mereka adalah menjuarai UMNO dan bukannya menjuarai rakyat. Justeru tidak mustahil mereka yang menang untuk jadi pemimpin UMNO namun akhirnya gagal untuk menjadi pemimpin rakyat apabila dikalahkan dalam pilihanraya.

Pendekatan yang diambil oleh PM, memilih calon yang berpeluang menang dalam pilihanraya sangat dialu-alukan kerana itu memberi makna bahawa seseorang yang mampu memenangi pemilihan dalam UMNO tidak semestinya calon yang disukai rakyat kerana alasan tertentu, maka pucuk pimpinan UMNO tidak akan memilih mereka ini sebagai pemimpin rakyat selaras dengan slogan berkhidmat untuk rakyat serta menjuarai rakyat.

Menghadapi PRU13 akan datang, kita masih ragu-ragu akan kekuatan kita terutama sekali apabila pihak pembangkang semakin aggresif  dan mengunakan berbagai cara tanpa mempertimbangkan baik-buruknya atas satu alasan - untuk menang dan berkuasa! Apakah kita sudah berusaha bersungguh-sungguh merapatkan semula barisan? Menyusun semula saf-saf? Menghurai kusutnya benang? Menjahit segala yang carik? Untuk bersama kebarisan hadapan dalam perjuangan bagi memertabatkan bangsa dan menjulang Islam agama dan pegangan hidup kita?

Apa yang pemimpin-pemimpin lakukan untuk merapatkan semua UMNO dibahagian-bahagian? Apa yang kita lakukan untuk menyusun semula UMNO dicawangan-cawangan? Kita bukan sahaja tidak mampu menarik musuh menjadi sahabat bahkan kita juga tidak mampu menahan sahabat kita dari menjadi musuh.

Mungkin ada calon yang kita tidak minati untuk diundi dalam PRU nanti, namun kita harus berbalik kepada memilih calon berdasarkan parti. Jika salah calon itu dipilih, maka salahkanlah ahli-ahli parti yang membiar dan membantu calon berkenaan terpilih. Dalam politik UMNO (Jerantut), kita lebih suka kepada lautan yang bergelora kerana kita semua percaya; jika jong pecah, maka yu akan kenyang. Justeru, jangan kita salahkan sesiapa selain dari diri sendiri kerana memilih perwakilan yang salah ke peringkat bahagian dan mereka pula memilih pemimpin yang salah untuk pada mata umum.

Sudahkah UMNO kita berubah? Mampukah kita berubah? Apakah kita masih ada waktu untuk berubah atau UMNO hanya akan jadi cerita dongeng atau bahan sejarah. Ada sesiapa yang peduli? Hahaha! UMNO!!!

19 July, 2011

WAN AMIZAN CALON YANG LAYAK SELEPAS KU LAN BERUNDUR




YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut selama 3 penggal baru-baru ini telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU akan datang. Beliau mengumumkan demikian di Tekam Plantation sewaktu menyampaikan hadiah kepada pertandingan pertandingan bolasepak dan bolajaring  bagi DUN Pulau Tawar beberapa hari lalu. (Sila klik NST)

Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan itu juga berkata bahawa keputusannya adalah atas kehendaknya sendiri disamping memberi peluang kepada pemimpin muda yang berkebolehan untuk membangunkan parlimen Jerantut dalam menghadapi lebih cabaran dalam era IT ini.

Menyingkap pandangan sebahagian rakyat dari media sosial (blog dan facebook) setempat selama ini, kita dapati ada antaranya yang begitu keterlaluan mengkritik beliau terutamanya blog WZWH, namun kita percaya bahawa bukanlah ini sebab utama YBM Tan Sri Tengku Azlan memutuskan untuk mengundur diri.  Pasti kali ini beliau benar-benar jujur untuk memberikan peluang kepada tokoh yang lebih muda disamping berhasrat untuk berihat dari politik.

Jika kita menghayati apa yang YB Tan Sri Tengku Azlan katakan itu, pasti beliau bermaksud untuk melepaskan jawatannya dan memberikan peluang kepada YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan kerana kreteria yang beliau maksudkan ada padanya. YB Dato' Wan Amizan Wan Razak adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian adalah satu-satunya calon yang layak mengisi kekosongan yang berlaku kelak.

Mereka yang lain, yang juga dirasakan layak dan kini berada didalam kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut, tidaklah menjadi saingan berdasarkan faktor usia serta kesihatan menghalang. Justeru, kita melihat bahawa beliau lah orang yang paling layak setakat ini. Bagaimanapun, ini bukanlah satu laluan mudah kerana disamping beliau juga ada musuh politiknya, ada juga pihak yang tidak menyenangi beliau atas alasan tertentu dan peribadi, namun kita percaya dengan sedikit perubahan dalam kepimpinan dan pendekatannya dengan masyarakat, beliau akan mampu menarik hati rakyat untuk menyokongnya kembali.

Banyak pihak berpendapat kerusi Parlimen Jerantut adalah kerusi panas dan UMNO kemungkinan akan gagal disini, tetapi saya percaya bahawa YB Dato' Wan Amizan memenanginya dan membuktikan bahawa persepsi demikian adalah salah, asal saja beliau berusaha untuk menguasai pengundi muda yang sangat akrab dengan jaringan media sosial.

Saya melihat bahawa pintu sudah luas terbuka, YB Dato' Wan Amizan harus mengambil keputusan segera bagi memantapkan dirinya untuk menduduki kerusi Parlimen Jerantut dengan membawa aspirasi membangunkan rakyat dan mengejar pembangunan agar kehidupan kita akan setaraf dengan mereka yang ada di kota-kota besar serta kita tidak lagi ketinggalan dari segala bidang.


12 July, 2011

GELOMBANG KE-2 MEDIA SOSIAL




Perhimpunan rusuhan 'Bersih' yang tujuan khususnya untuk menjatuhkan kerajaan secara demonstrasi telah gagal. Kerajaan telah berjaya menghalang perkara-perkara buruk dari berlaku. Pihak pembangkang tentu tidak berpuas hati apabila sasaran mereka tidak kesampaian. 

Memang ada beberapa aduan yang sebenarnya tohmahan 'kunun'nya pihak keselamatan bertindak ganas terhadap  para perusuh, namun jika pihak keselamatan tidak bertindak pantas dan keras sudah tentu jiwa mereka juga tidak akan selamat kerana mereka ketika itu berhadapan dengan perusuh yang ganas dan sudah bersedia untuk berlaku ganas. Jika saya ahli pasukan keselamatan ketika itu, pasti saya akan lakukan pendekatan yang mungkin lebih keras lagi.

Buat seketika pihak kerajaan boleh berehat sejenak dan menarik nafas panjang, namun mereka jangan leka kerana apa yang saya perhatikan adalah kesan yang besar didalam diam. Mungkin tidak ramai yang merasainya namun saya merasakan ini satu gelombang yang jika tidak ditangani dengan baik akan mampu menenggelamkan bahtera yang sedang kita layari sekarang ini. Apakah maksud sebenar saya?

Kita semua akui bahawa gelombang pertama yang melanda dan hampir membenam BN dalam PRU12 lalu adalah dari ledakan media sosial. Namun seketika kita boleh mendabik dada bahawa kita sudah mula dapat mengawalnya dan menjuarainya. Dalam media blog, kita bangkit dengan kumpulan BPN (Blogger Pembela Negara) namun kemudiannya tenggelam dibawa arus masa. Blogger Patriot dibina diatas keruntuhan BPN, sedangkan nafas lebih patut diberikan kepada BPN yang mempelopori perjuangan, namun kerana kepentingan politik BPN dibiarkan berkubur tanpa nesan.

Kita bangga kerana merasa kita sudah menguasai blogger berdasarkan kepada jumlah blog yang menduduki tangga teratas. Sebahagian kita jadi leka dan bersikap sambil lewa dan santai sambil menghisap cerutu dan menghitung laba. Kita merasa kita kuat justeru kita menikam sesama sendiri, tetapi kita lupa bahawa jerat tidak pernah lupakan pelandok.

Sedarkah kita bahawa bersama dengan perhimpunan rusuhan itu, media sosial pembangkang telah bangkit semula kerana mereka menerima dana yang banyak. Lihat saja di blog, mereka aktif lawati  blog kita dan memberikan komennya selain dari aktif menulis diblog mereka sendiri. Demikian juga di Facebook dan Twitter, mereka juga aktif kerana sumbangan dana yang sampai kepada mereka melincirkan segalanya.

Perhatikan juga banyak grup-grup dan laman-laman baru facebook telah diujudkan. Mereka aktif kerana adanya dana yang besar dan akan terus melakukan ini sehingga PRU13 nanti. Apakah yang pihak kita lakukan? Kita tidak ada sebarang dana untuk menggerakkan media sosial kadang-kala ada antara pemimpin kita yang masih  tidak percaya kepada keupayaan media sosial. Kita juga menikam sesama sendiri selama ini. Kerana itulah BPN berkubur dan mati. Ada antara blogger kita mengejar nama dan kebendaan serta mengenepikan perjuangan sebenar bahkan tidak peduli apa kita akan menang atau kalah. Mungkin mereka sangat yakin bahawa BN tidak akan tumbang. Apakah mereka sedar bahawa 'tidak ada bateri yang tahan selamanya'!

Saya tidak tahu apakah tindakan pemimpin kita selepas ini, tetapi saya akan tetap teruskan perjuangan biarpun berseorangan, biarpun tiada menerima apa-apa sumbangan, atau jasa tidak juga akan dikenang. Saya percaya pada kata-kata Tun Dr. Mahathir; 'Perjuagan Belum Selesai' selagi hayat dikandung badan. Ingatan saya kepada sahabat supaya kembali kepada perjuangan asal, seperti bagaimana kita bermula dahulu.

Media Baru UMNO kita, setakat mana di negeri-negeri dan dibahagian-bahagian? Yang saya lihat dan rasakan semuanya masih kaku dan bisu, sepi dan mati.



Huh! Polis pun mereka lawan? Jihad atau Jahat ni?
Walaupun mereka memfatwakan sebagai halal, namun ini tetap haram 
dan mereka semua memang haramjadah!

28 June, 2011

YANG SUAM-SUAM KUKU DI PAHANG

Senjata buatan Rusia yg turut digunakan oleh 'pembunuh upahan'



Dalam kehebohan masyarakat terutama bangsa Melayu mengenai 'Himpunan Bersih' yang akan diadakan tidak lama lagi, yang akan memperlihatkan bangsa Melayu bertempur sesama sendiri seterusnya mencatat sejarah kebodohan sebuah bangsa hanya kerana mempertahankan seseorang yang ternyata kotor bahkan lebih terkenal sebagai 'binatang politik' negara. 

Dalam kegawatan sebegitu, terdengar desus-desas bahawa ada seorang blogger 'besar' dengan bantuan seorang Dato' telah mengadakan pertemuan dengan Anu arr bagi satu urusan perniagaan. Semua orang tahu Anu arr tidak akan memberi tanpa menerima apa-apa sebagai balasan, justeru bagaimana kita boleh menaruh kepercayaan kepada mereka yang mengaku bahawa mereka pemimpin dan orang kuat UMNO Pahang apabila telah menjalin hubungan dengan 'binatang' politik itu?

Apa perkataan yang paling sesuai untuk ditujukan kepadanya selain dari 'pembelot' dan 'pengkhianat' bangsa dan parti dimana suatu ketika dulu dia bernaung dan memberinya kehidupan. Inilah satu contoh bahawa pemimpin dalam parti juga tidak akan ada kesetiaan, yang ada melainkan kepentingan diri mereka semata-mata.

Tidak hairanlah jika tulisan dari fikirannya mengambarkan pertentangan pendapat dan ideologinya dengan pucuk pimpinan kita. Tulisannya juga banyak bertentangan dengan apa yang PM dan UMNO ingin realisasikan selama ini. Tidak menghairankan jika ungkapannya sekadar ingin menarik perhatian pucuk pimpinan bagi memberinya peluang (sekali lagi), namun jika sudah ada hubungan terus antaranya dengan Anu arr, maka nampaknya jalan kembali seakan sudah ditutupnya, atau mungkin beliau mengulang kembali sejarah 'anak yatim' yang membakar jembatan suatu ketika dulu' di era Tun Mahathir.

Apa pun, harap kerajaan dan UMNO memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengkhianat sebegini kerana perbuatan beliau memberikan kembali nyawa kepada Anu arr untuk 'membunuh' UMNO dan kepimpinannya. Jika UMNO hendak dibersihkan, inilah masanya dan inilah 'kekotoran' yang mesti dibersihkan terlebih dahulu. Yang memusnahkan UMNO bukanlah ahli dan akar umbi, tetapi adalah oleh pemimpin yang sebegini, yang hanya mencari kepentingan diri melebihi perjuangan parti serta agama, bangsa dan negara.

14 June, 2011

MELAYU AKAN HILANG DI DUNIA




Generasi bangsa Melayu hari ini begitu 'complacent' dengan kata-kata, 'Tak Melayu hilang didunia. Demikian Dr. Ridhuan Tee memulakan tulisannya. 

Apa benarkah bahawa bangsa Melayu tidak akan hilang didunia ini? Sedangkan sejarah manusia telah menunjukkan bahawa adanya kaum-kaum yang lebih gagah dan bertamadun turut juga hilang dari muka bumi.

'Apakah mereka tidak perhatikan betapa banyaknya kaum yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (kaum itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka dimuka bumi, ia itu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka kaum yang lain' (Al- An'am: 6)

Didalam Quraan sendiri telah tercatat bahawa Alla menjanjikan tiada sesuatu kaum pun yang akan kekal di muka bumi ini dengan kehendaknya. Justeru, apa kah kita bangsa Melayu  masih berbangga dan bermegah-megah dengan kata bahawa 'tak akan melayu hilang di dunia?'.

Yang nyatanya adalah bangsa Melayu semakin lemah dan berpecah-belah lantaran ideologi politik yang akhirnya akan hilang begitu saja dengan cara yang amat hina apabila negara asal usulnya diperintah oleh kaum lain. Apa terjadi kepada bangsa Melayu di Singapura patut dijadikan iktibar jika kita dari kalangan mereka yang befikir.

Kita juga patut sekali sekala manaruh syak dan wasangka kepada kaum lain yang ada agenda besar. Lihat bagaimana dulunya Iraq diserang atas nama keamanan sejagat dan demokrasi. Namun apa yang tersirat adalah untuk menghancurkan umat Islam dan menguasai 'emas hitam'. Kini Mesir sudah tumbang atas sokongan bangsa asing. Dan selepas itu mereka sasarkan pula kepada Libya. Kenapa negara Islam? Kenapa negara yang kaya dengan 'emas hitam'?  Tidakkah ini satu agenda besar yang tersembunyi?

Jika 'tangan-tangan hitam' itu mampu menghancurkan Iraq dan Mesir, apa sangatlah negara kita dan bangsa Melayu yang kecil dan tidak di kenali dan dihormati didunia ini? 

Apapun, bangsa Melayu mesti kembali bersatu. Kita pisahkan dahulu antara politik dengan agama, kerana Pas itu bukannya agama. Kita bersatu sebagai sebuah bangsa Melayu. Mengundi dan memlilih kerajaan itu adalah tuntutan negara dan kita lakukannya 5 tahun sekali, kita pilihlah mana-mana parti yang kita sukai, tetapi politik bukan kehidupan kita seharian kita - inilah suara kumpulan ke-3!

Melayu akan hilang di dunia, jika bangsa Melayu sendiri tidak saling sayang menyayangi sesama kita. Jika kita menanam api kebencian diantara kita. Jika kita lebih menyayangi kaum lain lebih dari menyayangi bangsa kita sendiri. Jika terlalu taksub kepada sesuatu parti politik dan berpolitik sepanjang hari. Jika kita dengan sedar rela dicucuk hidung oleh kaum lain untuk membencai sesama bangsa Melayu, Melayu akan hilang didunia!


Rujukan:
Tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah
(Sinar Harian, 13 Jun 2011 ms N17)

13 June, 2011

MUSUH SEBENAR MELAYU

Bacalah sejarah, apa punca tragedi 13 may dan siapa yang memulakannya?
Apakah kamu memaafkannya begitu saja? Tetapi bukan aku!

>>>

Ultra kiasu begitu bernafsu untuk menguasai Putrajaya. Berbagai cara dilakukan walaupun terpaksa mengorbankan prinsipnya. Mereka sanggup lakukan apa juga cara, termasuk strategi terbaharu memikat anak muda Melayu untuk menyertai mereka. Mereka tahu generasi lama, terutama yang lahir sebelum dan awal 13 Mei 1969, tidak akan menyertai mereka. Apatah lagi jika mereka faham perjuangan ‘Malaysian Malaysia’. Maka peluang digunakan untuk memikat generasi muda hari ini yang dikatakan tidak ada lagi perasaan 13 Mei di hati mereka.

Dalam usaha untuk memenuhi nafsu serakahnya, parti ultra kiasu mahu menonjolkan imej sebagai parti untuk semua. Parti ini telah melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini. Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-ultra kiasu.  ~ Klik ke 'Semangat Melayu dan Ultra Kiasu'


Dari beberapa siri PRK hingga ke PRN Sarawak, undi kaum cina masih kekal tidak memihak kepada BN. Jelas MCA masih gagal mengawal undi kaum cina atau memang ada permaufakatan antara mereka untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN. Saya sangat yakin bahawa kaum cina memang pandai menggunakan kedua-dua belah tangan mereka. Tangan kanannya MCA manakala tangan kirinya adalah DAP. Tangan kanan akan mengambil apa yang diberikan dan dengan cara mulia tetapi tangan kirinya akan merampas dan mencurinya.

Bijaknya DAP adalah apabila mengetahui dimanakah kebodohan Melayu didalam Pas dan PKR. Kebodohan dan kelemahan Melayu adalah sikap dengki dan membenci sama sebangsa. Didalam perniagaan dan kehidupan seharian bukan sedikit orang Melayu yang berusaha menjatuhkan bangsanya sendiri. Bahkan mereka rela mengangkat bangsa lain untuk menjatuhkan bangsanya sendiri.

Demikian juga dalam politik. Kita melihat dengan jelas apabila UMNO menawarkan Pas persahabatan dan bersama didalam saf, Pas menolaknya bulat-bulat namun mereka rela untuk bersama dan tidur sebantal dengan DAP yang sah dan nyata tidak dapat menerima Islam sebagai pegangan hidup. Demi menjaga hati DAP maka Pas sanggup mengubah dasar perjuangan parti dari membangunkan negara Islam kepada negara kebajikan.

Sejarah bangsa Melayu akan terus mencatat bahawa musuh utama bangsa Melayu adalah bangsa Melayu sendiri. Rupanya anak-cucu Si-Kitol dan Raja Mendaliar masih belum terhapus dari bumi Melayu ini. Mereka  membiak pantas bagaikan 'khinzir' didalam Pas dan PKR dan menjadi senjata DAP untuk menghapuskan Melayu di Tanah Melayu ini sendiri.

Mereka menuduh kita rasis sedangkan merekalah yang lebih rasis dan chauvanis. Jika mereka tidak, kenapa mereka enggan mansuhkan sekolah jenis kebangsaan? Dan banyak lagi sebenarnya yang mereka sembunyikan. Siapakah yang berjuang untuk kemerdekaan dan siapa pula yang berjuang menentang kemerdekaan dulu? Malangnya masih ada bangsa Melayu yang menyokong mereka.

12 June, 2011

SYABAS - PAS SUDAH BERUBAH



Alangkah malunya anak cucu di zaman akan datang melihatkan
tingkah-laku nenek moyang mereka yang hilang arahtuju serta hilang akal


Pas kununnya sebuah parti politik yang perjuangkan Islam. Namun sebagai sebuah parti politik bukanlah Islam itu yang diutamakan, politik jugalah yang diutamakan. Jika Pas benar-benar ingin perjuangkan dan membangunkan agama Islam, maka mereka sepatutnya tubuhkan badan yang semata-mata bertujuan membangunkan agama, bukannya politik. Kerana itu sejak dulu lagi saya lebih meyakini pertubuhan seperti Al-Arqam dan Tabligh.

Pas sebuah parti politik. Untuk menghalalkan kerja-kerja politiknya dan berselindung disebalik agama Islam, maka mereka ciptakan slogan antaranya, membangun bersama Islam, agama dan politik tak boleh dipisahkan, nak tegakkan negara Islam serta nak laksanakan hukum hudud.

Tidak semua penyokong Pas bijak mengesan apa yang cuba pemimpin mereka kelirukan dalam perjuangan mereka. Manakala yang bijak pula, biarpun menyedarinya namun turut merestui apa yang dilakukan kerana lebih mementingkan kekuasaan parti. Apabila pemimpin Pas menyatakan bahawa Pas sanggup bersahabat dengan siapa saja demi menjatuhkan UMNO hatta dengan syaitan, maka mereka yang bijaksana sama ada didalam atau diluar Pas mula sedar dan dapat melihat bahawa pemimpin Pas adalah juga terdiri dari syaitan-syaitan politik.

Terkini, penyokong Pas terkejut lagi apabila tiba-tiba perjuangan Pas sudah dipesongkan 180 darjah, dari memperjuangkan negara Islam dengan melaksanakan hukum hudud mereka berubah kepada perjuangan negara berkebajikan.

Tidak susah kenapa Pas menukar arahnya. Antaranya untuk membolehkan mereka tidur sebantal dengan DAP dan PKR serta berkongsi mimpi. Selain itu adalah lebih mudah untuk memberikan tekanan kepada UMNO kerana mereka akan lebih mudah menjanjikan sesuatu yang bukannya pada kekusaan mereka. Mereka boleh berjanji hapuskan itu dan ini, mereka boleh janji kurangkan itu dan ini. Kunun mereka lebih pakar dalam mentadbir kerajaan walhal jika hendak dijadikan contoh, tak satu apa pun yang dibangunkan oleh Pas di Kelantan selama ini, bahkan masjid pun kerajaan BN yang membinanya.

Definasi perjuangan Islam cara Pas adalah berpolitik sepanjang hari dan sepanjang tahun. Apabila gagal memberikan kebajikan dan membangunkan ekonomi negeri Kelantan, mereka mencanangkan supaya jangan terlalu mengejar duniawi, sebaliknya Pas akan janjikan akhirat yang kekal abadi. Kunun Kelantan bina Ladang Rakyat  yang meniru konsep FELDA, sedangkan FELDA itu sendiri habis diharu-birukan dengan berbagai tohmahan. Kenapa selepas berpuluh tahun FELDA dibangunkan baru nampak kesalahan FELDA itu sendiri? 

Pas patut mencermin mukanya sendiri terlebih dahulu. Jika benar idea negara kebajikan yang ingin diperjuangkan, maka lebih wajar Pas menukar nama dari Parti Islam Se-Malaysia kepada Parti Kebajikan Se-Malaysia. Jangan lagi jadikan agama sebagai taruhan dan dipolitikan. Ketika saudara Islam lainnya mengucapkan 'aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang di rejam', mungkin orang-orang Pas didalam hati mengucapkan 'aku rela bersahabat dan bersekongkol dengan syaitan yang di rejam, kerana politik dan menjatuhkan saudara sesama Islam didalam UMNO'.





Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...