
Apa yang tidak kena pada negara bangsa kita? Apakah kita dalam kecelaruan fikiran akibat tidak dapat menyerap makna sebenar langit terbuka?
Akibat langit terbuka, kita menerima terlalu banyak maklumat asing dan kita menjadi lebih tahu dari dahulu. Kita juga didedahkan oleh berbagai media dengan pelbagi perkara yang bukan dari budaya kita. Kita merasa bahawa kita sebenarnya telah menemui kebebasan sebenar yang bermakna, lalu kita menerimanya menjadi sebahagian dari budaya kita. Kita juga menyerapnya tanpa mencerna dan akhirnya - kita menanggug akibatnya!
Kebebasan sering kita lihat sebagai expressi tanpa sekatan. Lalu kita pun merusuh disana dan merusuh disini. Kita merasa bahawa kebebasan adalah menyatakan hasrat dan pendapat kita sesuka hati biarpun kita sebenarnya seringkali menganggu kehidupan orang lain. Kita juga beranggapan bahawa sesiapa yang bersuara lantang dan berani kehadapan adalah dianggap pejuang.
Ini telah di terjemahkan dalam PRU12 yang lalu. Kita memilih mereka yang lantang bersuara. Mereka yang pandai menyusun kata-kata sehingga kita lupa bahawa pemimpin yang baik bukan hanya mereka yang pandai dan berani bersuara. Maka kini kita menerima akibatnya bila pemimpin yang kita pilih sudah tidak tahu apa yang harus mereka lakukan. Cuba kita perhatikan kepada beberapa wakil-wakil rakyat yang kita pilih, apakah yang telah mereka lakukan sehingga kini? Janji mereka hanya dusta semata-mata. Kerana itu juga kita mendengar ada AP yang hadiri sidang dengan mambawa kamera seolah-olah melancong. Mereka telah abaikan tanggungjawab yang diberikan. Dan kini kita sedar bahawa sebenarnya kita membuat pilihan yang salah.
Apa akan jadi jika lebih banyak lagi wakil-wakil rakyat yang terpilih tediri mereka yang kita tersalah pilih? Apa akan jadi jika kerajaan yang kita pilih adalah kerajaan yang kita tersalah pilih. Kita akan sesal selamanya.
Memang mudah bagi pembangkang memujuk kita. Katanya cubalah sekali saja, jika kita tidak suka kita tukar semula. Tapi hakikatnya bagaimana? Lihat di Perak, apabila kita hendak menukar semula kerajaan, ianya tidak sebegitu mudah dan mereka tidak sebegitu ingin turun apabila sudah naik. Pada mereka hanya ada satu jalan sahaja. Iaitu jalan untuk naik. Apabila mereka diatas mereka tidak nampak akan adanya jalan turun. Walaupun semua pihak menunjuki mereka jalan turun, namun mereka tidak ingin melepaskan apa yang telah kita rebut.
Apabila kita ingin berubah, maka berubahlah dari sekarang. Kerana selagi pembangkang itu kiambang, akarnya tidak akan menceceh perut bumi. Biarkan mereka hanyut dibawa arus air yang deras mengalir.










