Keadaan politik yang sangat menarik di Perak mendesak hati saya untuk menulis lagi, bimbang jika terlambat isu akan jadi basi. Ianya mengenai kegawatan politik di negeri Perak yang akhirnya menumbangkan kerajaan PR yang hanya mampu bertahan selama 11 bulan.
Alangkah cantiknya permainan politik YB Datuk Nasaruddin, menyeberang sempadan, disanjung dan diberikan kepercayaan tetapi akhirnya beliaulah yang menjadi hero kepada keruntuhan kerajaan PR. Beliaulah penyampai maklumat dan pelaksana strategi melompat beramai-ramai adun PKR dan DAP ke BN.
Sadisnya, kali ini DS Anwar pun tidak dapat membaca lakonan yang dimainkan oleh ADUN UMNO Bota, YB Datuk Nasaruddin Hashim . DS Anwar serta DS Mohammad Nizar Jamaluddin sangat gembira dan bangga kemasukan YB Datuk Nasaruddin dan tanpa syak wasangka menerimanya sebagai anak emas. Malangnya, mereka terlupa bahawa perangkap tidak pernah melupakan jerat.
Sebelum itu kita di pertontonkan dengan lakonan Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang kononnya tidak disukai hingga menyebabkan YB Datuk Nasaruddin tidak mempercayainya dan melompat parti. Kemudiaannya DS Tajol Rosli meletakan jawatan sebagai tanda menunjukkan ketidak setabilan dalam UMNO Negeri. Ini membuatkan PR merasa selesa dan tidak menyangka bahawa mereka telah masuk perangkap BN.
Lihatlah bagaimana PR terjebak dalam perangkap; Apabila DUN Bota melompat ke PKR maka berbagai kenyataan dikeluarkan untuk menyokong lompatan ini. Nik Aziz kata satu tindakan bijaksana tetapi apabila adun PKR nak melompat maka katanya perbuatan melompat parti adalah pengkhianat. (Baca sini - Nik Aziz sudah lupa)
Kita dapat lihat bahawa 2 perkara sama tetapi memberikan keuntungan kepada 2 pihak berasingan maka hukumnya juga berbeza. Inilah politik pembangkang, fatwanya berubah mengikut kepentingan. Masihkah kita boleh mempercayainya?
Kemanakah DS Anwar menyepi dan menyendiri? Atau beliau bersembunyi diri? Kerana malu dan kemalu-maluan.
Catatan tambahan:
4. Walau sudah bukan lagi MB Perak, namun YB Nizar masih patuh pada penasihat pemusnah melayu dibelakang beliau. Apakah perjanjian yang telah beliau adakan sehingga walau sudah bukan MB beliau masuh belum boleh bebas dari penasihatnya? Apakah roh dan jiwanya sudah digadaikan?
5 comments:
Politik... Ramai yang lupa DS Najib jadi YB Parlimen sejak berumur 23 tahun. Umur 25 dah jadi timbalan menteri. Umur 29 dah jadi MB Pahang, negeri terbesar di semenanjung.
(lihat http://waadat.blogspot.com)
Lompat parti merupakan politik katak. Jika BN memerintah Perak itu bukanlah pilihan rakyat tetapi rakyat dipaksa menerima MB BN yang baru sedangkan undi popular dalam PRK12 ialah memihak kepada PR. Sila rasional. Sayangnya tiada undang-undang anti-lompat parti. Jika ada, tentu PRK di 3 Adun. 3 Adun bukan hero tetapi pengkhianat kepada majoriti yang memilihnya. Saya teringat kata-kata pemimpin parti x satu ketika dulu dimana Semangat46 ditubuhkan kemudian kembali kepada keris telanjang. "Kalau seekor biawak di kerat 2, bahagian kepala disebut biawak, bahagian ekor pun disebut biawak"Fikir-fikirkanlah...
Adik Orng Ulu,
Ketika adun bota lompat ke pkr apa kata Nik Aziz? Kenapa bila lompat ke BN jadi sebaliknya? Kenapa kena ada dua hukum untuk satu perkara yang sama? Lompat ke pkr - HALAL, lompat ke bn - HARAM?? - kalau gitu, ini memang HARAM JADAH punya peraturan. Sedarlah dan jangan tertipu dalam politik yang mengeliruklan.
Politik mampu kelirukan yang bijak dan menipu yang BODOH.
analisis yg bagus.
Cayalah tuan punya blog, anda memang hebat....tabk sama u...
NAJIB MEMANG BIJAK....
Post a Comment