09 February, 2009

DI SELEKOH (PADA MAC), ADA PAU


1. Kemelut politik Perak berakhir. BN telah berjaya tadbir negeri. DSN sudah keluarkan kukunya. Teman dan musuh akan terasa ngeri.

2. Pergolakan yang berlaku sangat menarik dan perlihatan kematangan dalam politik di Malaysia - dikalangan politkus.

3. Bagaimanapun diperingkat bawahan, masih berteraskan sentimen dan retorik. Kepercayaan dan kesetiaan membabi-buta - babi yang buta!

4. Kemenangan BN di Perak dialukan rakyat umum. Perubahan kuasa kepada BN memberikan keyakinan kepada bangsa Melayu dan seluruh rakyat.

5. Kegagalan dan kekecewaan politik DSA ibarat mengejutkan harimau yang luka. Awas serangan balas yang menggila dan BN mesti sentiasa sedia.

6. DAP kata PR tolak DSA sebagai ketua pakatan. Tetapi P051 berbelit lidah dan lembut gigi dari gusi. Jika bertemu ular dan yang ini, ketuklah dulu yang ini.

7.Musuh mungkin guna taktik dan senjata sama. Mugkin biarkan BN leka dan lena seketika. Bukan mustahil BN dapat satu negeri tetapi hilang satu negara. Mungkin mereka juga uji teori dan perundangan politik wang dan lompat parti.

8. PAU semakin hampir. Luka tempur harus dirawat segera untuk hadapi pemilihan dalam parti pula. Bagaimana pun jangan hanya fokus kepada satu kerana harus juga melihat kepada dua penjuru - harus berjaga-jaga dan jangan leka - awasi jerat yang tidak melupai kita.

9. Pelan peralihan dan 'reform' yang dijanjikan masih kelam. Dalam politik semua boleh berlaku. Bukan kita tahu No.2 mesti jadi 1.

10. Bukan semua pemimpin baik dan bijak akan terpilih, perwakilan juga memlih bulu - antara yang tebal dan yang nipis, yang lurus dan kerinting.

11. DSN perlukan gandingan yang baik. Perlukan penyokong yang dipercayai bukan wawasan satu legasi. Idealis dan nasionalis. Kritis tetapi bukan opertunitis. Lantang bersuara menyatakan kebenaran. Dari Johor nampak ada yang sebegini. P143 mungkin orangnya.

12. Sayap Pemuda perlu lantang bukan temberang. Menang debat bukan bererti hebat. Bijak berfikir dan bertindak bukan hanya bijak bercakap. Tapi, P005 nampak terserlah - bapak borek anak rintik.

13. Sayap Wanita ni penting juga, tiada dayang kemana pulangnya lembing si awang? Yang lama bukan tak berguna. Yang ini - P067 yang punya.

14. Sayap Puteri, harus berseri dan menyeri. Terpaksalah lihat didalam negeri sendiri. Nampak bistari dan seorang isteri. N025, dia disini sedia berbakti.

15. Yang itu dan tersusun untuk dipilih. 'Reform' parti (bukan 'Rebranding') mesti menjadi - baru lah UMNO gagah kembali.


Nota:
Ucapan selamat bersara sebagai presiden UMNO dan PM kepada DS Abdullah Badawi.

(Klik sini untuk baca puisi POLITIK ITU)


5 comments:

Apache said...

salam saudara..kata-kata yang menarik mohon untuk dipostingka diblog saya...tq

paneh said...

bagus untuk renungan bersama semua dan ingatan utk ahli umno.

red rooster said...

pergh...! menyengat! syabas bro. seronok membaca sambil merenung2 apa akan terjadi selepas mac ni. nice posting!

Anonymous said...

Salam Bros,
Apache - CnP ok, fine, kita kongsi bersama-sama.
Paneh & Red Roster - Saya hanya cuba meneka apa akan berlaku nanti, politik ini pun penuh teka-teki. Terima kasih kerana selalu datang dan tinggal komen, saya pun selalu merayau-rayau termasuk blog sdr utk cari idea. Mugkin nanti akan tulis tentang Perak semula @ PRK Parlimen Bkt.Gantang atau Kedah Bkt Selembau (?)

one one no belen said...

Rasanya dpt ke UMNO dan BN menang di dua buah bukit tu?.Anyway ada kemungkinan memenanginya asalkan PM dan menantu hantunya tak turun padang.YG pasti sapa menang pun keadaannya masih sama.Melayu masih layu

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...