04 February, 2009

UMNO DAN PAS MENUJU TITIK PERTEMUAN



Dari kekalutan dan kemelut yang berlaku di Perak, kemungkinan besar PAS akan mempertimbangkan saranan untuk bergabung dengan UMNO untuk menjadi sebuah parti Melayu dan Islam yang mantap. Apa lagi yang PAS harapkan dari PR (Baca: Penipu Rakyat)? Janji-janji DS Anwar nyata kosong belaka. Mana 16 September? Satu demi satu pembohongan DS Anwar terbongkar - maka terserlah penipuannya yang memalukan. Ibaratkan sehelai demi sehelai pakaiannya dilucutkan - lalu menyerlahkan ..malu..nya.

Apapun yang berlaku, yang nyatanya adalah kuasa melayu semakin terhakis dan hak ketuanan melayu telah sedikit demi sedikit tergadai. Sanggupkah PAS membiarkan ini berlaku didepan mata sedangkan PAS adalah sebahagian dari melayu itu sendiri? Jika pemimpin-pemimpin PAS benar-benar berjuang demi rakyat, agama Islam dan bangsa melayu maka jalan terbaik adalah kembali semula ke asal @ kembali bergabung dengan UMNO.

Beberapa hari lepas saya menulis tentang itu. (Klik disini untuk baca)
Kita minta hati pemimpin-pemimpin kita dibukakan Allah dan dapatlah mereka semua duduk semeja dan berbincang tentang politik dan masa depan melayu yang semakin hari semakin kelam. Dalam politik, walau apa yang berlaku diantara kedua-dua parti ini, yang menang adalah ahli-ahli politik dan yang sentiasa kalah adalah rakyat yang jadi penyokong parti-parti mereka.

Tidakkah kita sedar bahawa ada tangan-tangan ghaib yang melagakan kita sesama melayu? Tidakkah kita melihat bahawa apa yang sedang berlaku ini melemahkan bangsa dan agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa ada bangsa lain yang sedang mentertawakan kita sambil mendapat faedah dari kecelaruan fikiran dan permusuhan sesama kita?

UMNO dan PAS harus melakukan sesuatu yang positif kearah ini. Kita sesama Melayu. Kita sesama Islam. Bersembahayang menghadap kiblat yang sama. Kenapa ada permusuhan? Kenapa kita terlalu menonjolkan perbezaan? Bukankah kita patut mencari sebanyak mungkin persamaan? Kita bergerak atas satu garisan dari berbagai penjuru. Kita menuju ke satu perbarisan, dimana ada titik nokhtah disitu kita bertemu dan berhenti.

Saya percaya bahawa pemimpin-pemimpin kita sedang mencari titik pertemuan itu!


Baca tajuk lain yang membuatkan kita berfikir bahawa perlunya UMNO dan PAS bersatu;

Senjata makan tuan

Perak mahu adakan Pilihan Raya mengejut.

PR Perak bergelumang taktik kotor

Teori lompat katak

2 comments:

WARIS PAHANG said...

Cukup lah sekali wahai rakyat Perak, betapa zalimnya Pakatan Pembangkang selama memerintah.

Tak serik lagi ke? Pelajar tadika tidak dibenar belajar, tanah digadai kepada penduduk kg. Baru 999 tahun dan berpoya dengan Camry sedangkan dulu kata 'Negara Kebajikan'.

anonymous said...

kebajikan utk puak2 pr je..rakyat juga tertipu..dgn nama pakatan drg tu..undi diambil,janji x ditunai...malang2..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...