Salam Ukhuwah kepada para sahabat yang sering menjenguk blog BH ini,
terutama apache, paneh dan red roster.
Saya ingat dah nak tinggalkan Perak kerana yakin kemelut disana dah selesai sebab itu posting yang lalu saya sengaja alihkan tumpuan kepada PAU mac nanti, namun segalanya ketentuan Allah, berikutan kepergian Allahyarham YB Roslan Shahrum, Ahli Parlimen Bukit Gantang maka Perak menjadi menarik semula untuk diberikan tumpuan. Bagaimanapun marilah terlebih dahulu kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau - semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya - Amin! (Sila klik sini untuk baca blog IPOHMALAY)
Kekosongan kerusi P059 akan membawa kepada PRK. Ketentuan Tuhan bahawa PRU Negeri yang hajat oleh PR, PRK yang dapat. Dan YB Dato’ Mohammad Nizar bin Jamaluddin,melalui blog penyokongnya awal-awal lagi telah menawarkan diri untuk bertanding di kerusi tersebut. (Sila klik sini untuk baca blog DONMNY) Entah apa alasannya kita kurang pasti. Mungkin kerana tak dapat kekal jadi MB, maka menumpang mimpi bersama DSA nak jadi Timbalan Perdana Menteri.
Berdasarkan gelombang semasa, saya secara peribadi percaya BN akan menang kali ini. Sahabat blogger kita pun punya pendapat yang sama – syaratnya: Pak Lah dan KJ jangan campur tangan dan calon bukanlah kroni atau pilihan mereka berdua ini. (Sila klik sini untuk baca blog C-bok)
(Sila klik sini untuk baca blog POLITICA)
Akan ada juga PRK di N025, DUN Bukit Selambau berikut Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). (Sila klik sini untuk baca Kamaluddin’s Blog)
Saya yakin BN akan guna strategi adakan pilihanraya serentak bagi keduanya dengan tujuan memecahkan tumpuan dan kekuatan parti pembangkang. Jika ini dilakukan, saya percaya di kedua-duanya BN akan menang.
Banyak kesalahan dan pembohongan yang dilakukan oleh PR telah ditelanjangkan.
Rakyat telah sedar yang mana benar yang mana dusta, yang mana intan yang mana kaca, yang mana perjuangan untuk rakyat yang mana untuk kepentingan parti, keluarga dan diri mereka. Yang mana bekhidmat dengan rela dan yang mana kerana gila kuasa. Saya percaya, jika diberikan mandat sepenuhnya dan biarkan DSN memberikan sentuhan nya tanpa campurtangan, PRK-PRK kali ini PR akan dimalukan – Insyallah! Kita akan lihat bahawa harimau yang tidurpun tidak menyimpan kuku.
Saya terjumpa sajak seseorang diblog, begini bunyinya:
(Sila klik di sajak untuk ke blog)
politik itu
memusuhi sahabat
dan
mensahabati musuh
politik itu
kelirukan yang bijak
dan
menipu yang bebal
5 comments:
salam sejahtera sahabat...yang pasti UMNO/BN perlu merangka strategi baru dan tidak lagi perlu menggunakan strategi lama seperti meluluskan projek segera kerana ianya sudah tidak diterima rakyat. BN juga perlu pastikan YAB DSN perlu diberi sepenuh kuasa untuk memastikan kemenangan UMNO demi untuk Agama dan Bangsa...
Bro,
Kedua-dua PRK ni sgt penting bro meningkatkan moral BN dan meranapkan moral PR. BN kena pilih calon betul-betul dan rangka strategi utk tackle isu-isu tempatan. Faktor2 inilah penyebab kalah di KT hari tu.
Artikel ini ditulis oleh Dato Sri Dr. Rais Yatim - Menteri Luar Malaysia
kemelut perlantikan MB Perak
PERKEMBANGAN di Perak yang antara lain cuba mengheret Sultan Perak ke Mahkamah susulan pelantikan Menteri Besar (MB) baru, mengandungi ramuan yang boleh membawa kepada keadaan kelam-kabut.Jika tindakan tegas tidak diambil ia juga mungkin menimbulkan huru-hara politik, sesuatu yang jauh daripada diperlukan pada saat-saat negara menghadapi kesan kemelesetan ekonomi dunia.Kemelut di Perak memerlukan pemahaman dan penerimaan semua pihak yang terbabit. Apa yang diteraskan oleh perundangan negeri itu kini telah dipolitikkan oleh pelbagai pihak secara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Sultan Perak telah menggunakan kuasa dirajanya melantik Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir pada 6 Februari 2009.
Menteri Besar (MB) terdahulu, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa seperti yang diberitakan media bahawa beliau telah tidak ditamatkan perkhidmatannya selaras dengan undang-undang, justeru pihaknya mengambil tindakan untuk 'meneruskan' perkhidmatannya dan Exconya sementara menunggu keputusan mahkamah. Malangnya pada masa yang sama pelbagai blog termasuk media cetak Pas, Harakah, bertindak menyebarkan hasutan membenci satu-satunya raja Melayu yang berwibawa dan bijaksana. Sekarang semacam ada dua Menteri Besar dan dua Exco bagi negeri Perak, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelumnya di dunia. Dalam situasi begini keadaan politik dan pentadbiran di Perak tampak berkecamuk lantaran begitu keterlaluan sesetengah pihak bertindak.
Dalam hal ini jelas bahawa penyokong-penyokong PKR, DAP dan Pas merasakan lunas perundangan dan keadilan telah dikompromi sementara pihak Barisan Nasional pula puas hati bahawa semua tuntutan undang-undang negeri telah pun disempurnakan. Perihal pada masa ini kuasa raja dan tuntutan politik telah bertembung tidak dapat dinafikan. Perkembangan ini membawa kita ke tahun-tahun 1993 dan 1994 apabila Perlembagaan negara dipinda melalui suara majoriti di Parlimen. Tindakan legislatif itu telah mengurangkan beberapa hak diraja sehingga semenjak tahun 1994 tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka jika melakukan jenayah atau terlibat dengan mungkir perjanjian formal. Perkembangan di Perak jelas melibatkan kekasaran pembangkang di luar lunas adab dan tamadun sesebuah negeri Melayu yang berpemerintahan diraja. Malah ada pihak-pihak yang rela berbaring di jalan raya dan menghalang lalu lintas awam. Mempelawa membenci raja secara terbuka adalah secara terang dan nyata mencabul Rukun Negara dan merupakan jenayah hasutan yang wajar didakwa. Ada tiga isu besar yang harus diselesaikan dalam kes di Perak ini. Pertama adakah pemberhentian bekas MB Perak sah di sisi undang-undang?
Kedua, adakah pelantikan Zambry terbit daripada kuasa diraja yang sah? Ketiga, perlukah diadakan sidang khas Dewan Undang Negeri (DUN) Perak bagi menentukan sokongan atau sebaliknya terhadap Barisan Nasional (BN) selaku parti yang dianggap sah telah mengatasi gabungan pembangkang PKR, DAP dan Pas?Untuk menjawab persoalan-persoalan itu, punca kuasa ialah Perlembagaan Negeri Perak sendiri, khususnya Artikel 16 dan pecahannya. Perundangan inilah yang menentukan betul atau sebaliknya sesuatu tindakan yang telah, sedang dan bakal diambil berkaitan kemelut yang sedang berlaku di Perak. Cuma yang menjadi muslihat ialah interpretasi pemakaiannya yang betul dan tepat dari segi perundangan. Sultan berpendapat tindakannya di bawah Artikel 16 betul sedangkan pembangkang mengatakan sebaliknya, justeru mahu mengheret sultan ke mahkamah.Seperti juga kuasa Raja Berperlembagaan di lain-lain negeri yang diperintah raja atau sultan, Sultan Perak mempunyai beberapa kuasa khusus yang tidak boleh dicabar atau dipersoalkan. Pertama baginda boleh bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Dewan Undang Negeri susulan mana-mana permintaan atau nasihat. Kedua, kuasa melantik seseorang daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada hematnya mempunyai sokongan majoriti daripada kalangan ADUN berkenaan.
Ketiga, hak mengemukakan permintaan untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai kemudahan, kedudukan, penghormatan dan kebesaran diraja serta hak dan kuasa penentu sebagai ketua agama Islam dan payung adat istiadat Melayu di negeri Perak.Baginda berhak menentukan tidak menerima nasihat untuk membubarkan DUN tanpa memberi apa-apa sebab. Kuasa dan peranan diraja ini tidak boleh dicabar di mahkamah sama ada menerusi konsep fraudem legis (muslihat negatif legislatif atau dewan perundangan) atau peruntukan statutori lain. Kedua, Sultan Perak di bawah Perkara 16(2)(a) berhak melantik (sebelum melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) seorang Menteri Besar yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri berkenaan. Dalam Perlembagaan Negeri-negeri dan juga Persekutuan, peruntukan ini sedia ada, cuma cara dan kaedah bagaimana sultan atau raja menyempurnakan fungsi ini tidak dinyatakan huraiannya di dalam Perlembagaan. Di bawah Perlembagaan Negeri Perak tiada peruntukan yang menghalang sultan daripada menamatkan perkhidmatan seseorang MB jika baginda mendapati bahawa MB itu sudah tidak lagi beroleh sokongan majoriti anggota DUN. Artikel 16(6) jelas memperuntukkan perihal ini.Harus diperhatikan lantaran di bawah provisi Artikel 16(4), raja mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan siapa harus dilantik sebagai Menteri Besar.
Bahasa perlembagaannya menentukan bahawa ADUN yang dilantik sultan sebagai MB hendaklah terdiri daripada seorang yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti anggota Dewan berkenaan atau dalam bahasa Inggerisnya "who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly". Atas keadaan inilah sebilangan orang berpendapat bagi menentukan anggota mana yang harus mendapat sokongan majoriti di DUN berkenaan perlu tertakluk kepada pungutan suara DUN sendiri justeru harus diadakan persidangan khas. Memang banyak pihak menyokong pandangan ini tetapi harus disedari bahawa mengadakan undian atau pungutan suara di lantai DUN berkenaan hanya salah satu kaedah yang lazim tetapi ia bukan bersifat wajib jika sultan telah puas hati bahawa sesungguhnya seseorang MB itu sudah kehilangan sokongan majoritinya.Dengan peruntukan Artikel 16(2) bersekali dengan klausa (4) Perlembagaan Negeri Perak jelaslah bahawa apabila Sultan telah melantik Zambry melalui proses pengetepian peruntukan-peruntukan selainnya di bawah Perlembagaan negeri itu - sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang tubuh negeri itu.
Ini bermakna baginda telah menjalankan tugas dan fungsi perundangan.Ada pakar-pakar perlembagaan yang berpandangan bahawa memadai jika pihak diraja membuat keputusan subjektifnya tanpa mengadakan pengundian di sesuatu persidangan DUN bagi menentukan sokongan terhadap seseorang MB. Dalam konteks Perak, sultan telah membuat kesimpulannya dengan mendengar huraian sendiri mengenai pendirian ketiga-tiga ADUN yang berkenaan (Jamaluddin Mohd. Radzi - PKR Behrang; Mohd. Osman Mohd. Jailu - PKR Changkat Jering dan Hee Yit Foong - DAP Jelapang). Ketiga-tiga mereka memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas tetapi bersedia menyokong BN. Baginda juga maklum tentang kembalinya semula Datuk Nasaruddin (DUN Bota) ke pangkuan UMNO/BN. Dalam konteks ini baginda sedia arif bahawa BN telah pun beroleh sokongan majoriti mudah (simple majority) dengan pengakuan wakil-wakil rakyat itu di hadapan baginda. Mengadakan undian di DUN bukan merupakan satu-satunya cara untuk menentukan sokongan atau sebaliknya terhadap seseorang MB. Sultan Perak khususnya boleh membuat kaedahnya sendiri sejajar dengan Artikel 16(4) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Kes-kes terdahulu yang boleh dijadikan perbandingan, termasuklah kes Stephen Kalong Ningkan (1966) dan kes pertikaian Ketua Menteri di Sabah khususnya pada tahun 1994 dan perihal seorang pembesar di Nigeria melalui kes Adigbenro Akintola. Memang ramai yang menganggap bahawa kaedah melucutkan jawatan seseorang ketua kerajaan ialah melalui konvensyen undian di lantai dewan legislatif. Tetapi harus ditegaskan kes-kes tersebut adalah nas-nas perundangan case law yang tidak terbit daripada peruntukan perlembagaan yang jelas atau khusus seperti di Perak.
Ia tidak sama dengan kuasa yang ada pada Sultan Perak di bawah Perkara 16(4) Perlembagaan negeri itu yang bermaksud:Dalam perkara melantik seseorang Menteri Besar, Duli Yang Maha Mulia Sultan bolehlah mengikut budi bicara baginda mengecualikan atau tidak memakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini (Perlembagaan Negeri Perak) berkaitan mana-mana had kuasa (restrictions) berhubung dengan pelantikan Menteri Besar, jika pada pendapat baginda tindakan sedemikian perlu untuk menyempurnakan kehendak peruntukan-peruntukan Perkara (16) ini.Dengan perisai peruntukan ini jelaslah bahawa baginda sultan tidak terikat untuk mengikuti mana-mana kelaziman atau konvensyen seperti untuk mengadakan undian sokongan (vote of confidence) di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan seseorang anggota DUN itu layak dilantik sebagai MB. Peruntukan ini jugalah yang tampaknya digunakan baginda untuk menguatkuasakan tamatnya perkhidmatan Nizar sebagai MB Perak. Cuma jika pengundian itu diadakan juga di DUN Perak dan berakhir dengan sokongan kepada Zambry, maka hasil dan kesannya memang boleh diibaratkan sebagai "sudah terang lagi bersuluh". Langkah itu akan menambah kuatkan lagi tindakan diraja itu. Bagaimanapun tanpa undian itu tindakan beliau melantik Zambry tetap utuh dan boleh dipertahankan di mahkamah.Dalam suasana begini elemen kewarasan dan adab amat penting. Tetapi seperti biasa, manusia kurang tertarik kepada mengutamakan ketenangan berfikir.
Sebilangan memilih terus untuk mengeruhkan keadaan. Dalam pada itu susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan 1994 harus tidak dilupai. Seseorang raja hanya boleh diseret ke mahkamah jika beroleh endorsmen Peguam Negara yang tentunya akan membuat penilaian dan pertimbangan yang amat teliti sama ada beliau puas hati untuk mengeluarkan endorsmen tersebut. Amat wajar juga bagi Peguam Negara meneliti segala maki hamun dan hasutan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak setakat ini terhadap baginda Sultan Perak, khususnya penulis-penulis blog serta media cetak yang tampaknya beranggapan semacam negara ini sudah tidak ada undang-undang lagi.
siar dalam laman utama artikel ini. tunjukkan kesetian kepada raja kita dari diperlekehkan. Ditulis semalam oleh Dr rais yatim menteri luar malaysia. tq
BERSERI-seri wajah si Najib, pemimpin Umno/Bn yang banyak dikatakan bermasalah dan tidak bersemuka menafikan jauh sekali untuk mengakuinya. Merah warna gincu bibirnya tersenyum bila hajatnya untuk menunjukkan kejantanan politiknya bila mana mengambil secara haram Perak dari tangan PAKATAN RAKYAT.
Cara apa yang dilakukan sehingga istana Perak mengizini perampasan kuasa mandat rakyat itu bukanlah tujuan artikal ini ditulis! Yang pentingnya untuk menjelaskan Najib telah tersandar di PRU 12, tewas di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan karam di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Tetapi kini berjaya mengepak kejantanan politik merampas Perak tanpa perlu menurunkan projek kerajaan dan wang ringgit habuan seperti yang dilakukan di setiap Pilihanraya Umum atau Kecil.
Hanya yang perlu turunkan habuan dan usaha kuncu-kuncu yang berperangai macam lanun untuk beberapa kerat orang penting sebagai jalan merampas mandat demokrasi rakyat Perak!
Semua pihak yang berkepentingan individu dan beberapa si tolol politik dan dasar demokrasi Perlembagaan Malaysia berbuih menyokong dan bersorak sorai!
Tapi Naijib harus diingatkan! 6 Febuari 2009 perangkap kamu bingkas di Perak. Mac 2009 harus diingat jika perangkap yang sama mengenainya di Parlimen ketika dia selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Jika berlaku perkara yang dijangka itu, harap-harap Najib terus tersenyum! Jangan nak MAGERANkan pulak negara dengan menggunakan istana negara! Pencacai Najib juga kena menerima hakikat dan jangan cuba menghidupkan suasana tidak menentu.
Cukuplah sekali Najib memperlatakan Sultan untuk kepuasan hawa nafsu bongkak politiknya. Ianya jangan diulangi lagi sehingga rakyat akan menyampah pula terhadap Sultan setelah kian menyampah kepada Najib!
Jika jangkaan ini berlaku, adakah senyum Najib berpanjangan dan tangisan Rosmah sepanjang zaman?
Salam,
Betul tu sdr kifli, saya ada semasa najib peralatkan sultan. Saya ada bersamanya ketika DSN merasuah berjuta-juta ringgit kepada semua adun yang lompat parti. Sayalah yang mengira duit berjuta-juta tu, letih jugalah saya malam tu.
Pada masa saya menyeahkan semua diut tu pada adun berkenaan, Anwar pun ada membawa duit juga tapi sebab semua adun tu dah berjanji dengan saya maka mereka semua takutlah nak ingkar kepada saya.
Semasa rusuhan dulu padai sungguh sdr kifli larikan diri, patutnya sdr pun kena reman juga atau pun fru dah belasah sdr kerana ingkar dan merusuh. Alhamdulillah sebab sdr sekarang sudah insaf dan bertaubat. Kalau tak nak ikut DSN, jangan ikut Bung Nuar atau Nik Aziz, ikut je Karpal tu, sebab kerpal pun dah surun Bung Nuar bertaubat. Lim kit siang dulu ajak sdr berjihad, bolehlah ikut dia.
Post a Comment