Saudagar-saudagar Cina yang menyokong DAP tentu 'ketar' kepala bila perancangan jahat mereka terbongkar. Namun pasti puak-puak Pas akan menyokong mereka dan menyatakan bahawa ini adalah dakyah kerajaan serta dusta belaka. Namun inilah hakikatnya yang sedang berlaku ketika ini. Kaum chauvanist ini meraih untung dari gergaji dua matanya.
Atas alasan untuk memberi imej buruk kepada kerajaan yang menaikkan harga barang dan kelihatan menekan rakyat, maka kaum ini yang menguasai ekonomi menadapat dua faedah; jangka pendeknya mendapat untung besar dalam perniagaan dan jangka panjangnya akan mendapat undi sokongan dari protes rakyat terhadap kenaikan harga barang.
Lihat dan nilaikan sebaik mungkin, besar manakah kuasa yang kerajaan ada dalam menentukan harga barangan? Apabila kerajaan tidak benarkan harga dinaikkan maka mereka ini akan menguasai pasaran dan menentukan bahawa pengeluaran berkurangan dari permintaan. Maka hargapun dinaikkan kerana permintaan yang melebihi pengeluaran.
Masihkah kita ingat tentang kekurangan gula dipasaran? Kemudiannya harganya dibenarkan naik dengan cara terpaksa oleh kerajaan. Ingat juga dengan kekurangan minyak masak tidak lama dahulu? Ia juga diikuti dengan kenaikan harganya.
Apabila pengeluaran melebihi permintaan, maka mereka sanggup melakukan sesuatu bagi terus mengekang harga. Mungkin kita tidak lupa beberapa tahun lalu dimana penternak ayam membakar anak-anak ayam kerana bimbang pengeluaran yang melebihi permintaan seterusnya menjatuhkan harga ayam dipasaran.
Bagi kaum ini, perniagaan adalah darah daging mereka. Kerana itulah, pada peringkat awal kemerdekaan dahulu apabila orang-orang Melayu berebut-rebut menguasai politik, mereka memilih jalan dengan menguasai ekonomi. Sekarang ini kuasa ekonomi yang mereka pegang itu sudah boleh dijadikan alat untuk menundukkan kuasa politik yang kita pegang.
Tidak mustahil mereka akan merampas segala kuasa politik yang kita ada sekarang ini, terutama apabila ada kalangan bangsa kita sendiri yang lebih rela bersama mereka dan mengkhianati kita.
Silapnya kerajaan dan pemimpin Melayu adalah terlalu percaya pada perkongsian kuasa yang tidak adil ini. Seperti mana yang pernah saya katakan dahulu, kaum ini adalah golongan opportunis dan mereka ingin mengambil segalanya jika mereka berpeluang. Kerana itulah kita harus selalu sedar bahawa MCA adalah tangan kanan mereka manakala DAP adalah tangan kiri mereka, dan mereka mendapat segalanya dari kanan dan kiri. Sedang kita dengan ikhlas memberi kepada tangan kanan mereka, tangan kiri mereka merampas segala yang patut menjadi hak kita.
Mereka sering pertikaikan bahawa kerajaan selalu membantu kaum bumiputera terutama dalam sektor pembinaan dengan memberikan projek-projek kepada bumiputera, kenapakah mereka pura-pura lupa bahawa setiap sen yang bumiputera dapati mereka akan mendapat beringit-ringgit sebagai pembekal yang memonopoli perniagaan membekalkan bahan binaan?
Jika bangsa Melayu masih tidak sedar dan masih tidak mampu bersatu, maka tidak mustahil 'Melayu akan hilang di dunia'. Kita dulu juga adalah bangsa besar, pelayar-pelayar kita belayar jauh hingga ke Afrika Selatan. Kita menempa nama sebagai bangsa besar. Bahasa kita juga pernah diterima sebagai 'Lingua Franca' ketika kemasyuran perdagangan rempah, bahkan sebelum itu lagi ketika bumi Tanah Melayu ini dikenali sebagai Semenanjung Emas. Namun segalanya musnah kerana bangsa kita terlalu bersikap baik kepada pendatang dan bodoh dalam berpolitik.
Kita dengan mudah diadu-domba sehingga kita merasa bahawa kita lebih percaya dan sayangi kaum asing dari bangsa sendiri. Sikap buruk ini tersemai dan tumbuh subur didalam jiwa saudara kita yang 'kununnya' memperjuangkan Islam dengan mengenepikan perjuangan bangsa sendiri. Mereka ini ada didalam Pas, parti politik yang akan mencatat sejarah sebagai pengkhianat dan pemusnah bangsa serta ketamadunan Melayu.
Siapa yang akan dapat laba jika 2 gajah yang berlaga?
Entah mengapa kali ini saya banyak menulis mengenai politik Jerantut. Memang politik Jerantut amat menarik sejak dahulu lagi sehinggakan Jerantut boleh dianggap sebagai daerah dimana politiknya tidak pernah mati. Mungkin orang-orang politik Jerantut sudah hampir menyamai orang-orang politik Pas di Kelantan yang berpolitik sepanjang musim.
Politik Jerantut adalah politik gelora sepanjang masa. Ramai yang mengharapkan supaya Jong Pecah bagi merealisasikan pepatah 'Jong Pecah Yu Kenyang'. Orang-orang Jerantut terlalu arif bermain politik. Yang diangkat hari ini mungkin akan dijatuhkan oleh orang yang sama hari esoknya. Segala-galanya adalah pertarungan diantara ringgit dan kuasa. Justeru tidak menghairankan jika pembangkang mensasarkan Parlimen Jerantut untuk dirampasnya bersama beberapa DUN yang juga kurang stabil dan semakin kehilangan sokongan.
Perang dan politiking sesama sendiri dalam UMNO yang berlangsung bertahun-tahun dan tidak pernah reda membuatkan akar umbi semakin lemah dan hilang percaya terhadap pucuk pimpinan. Jadi siapa lagi yang berani untuk diangkat selepas ini untuk dibenamkan semula sejurus dilambung tinggi?
Malangnya masih ada kalangan pemimpin UMNO Bahagian yang masih tidak mendengar suara rakyat kerana mereka tidak peka terhadap media sosial. Mereka masih percaya bahawa UMNO masih kuat dan utuh dan tidak akan dapat dijatuhkan hatta sesiapapun calonnya. Begini jugalah pendapat kebanyakan para pemimpin peringkat pusat sebelum PRU12 dulu. Mereka seakan tidak percaya UMNO BN dapat ditumbangkan. Mereka seakan menganggap UMNO adalah suatu yang hakiki tetapi mereka lupa bahawa Allah lebih berkuasa menentukan takdir, dan tiada yang akan kekal selamanya, termasuk parti UMNO terutama sekali setelah berkuasa sekian lama.
Petang tadi, dalam program Menteri Besar bersama rakyat Jerantut, rakyat dibenarkan bersuara untuk meluahkan rasa dan ketidakpuasan hati mereka. Namun ada pihak yang sangat pandai dengan menyelitkan suara mereka dicelah-celah suara rakyat yang tulus itu. 2 perkara itu adalah mengenai sokongan terhadap tokoh politik tertentu yang bertujuan untuk mengekalkannya sebagai sebagai calon pada PRU akan datang serta mengangkat satu nama untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen yang akan dikosongkan oleh TS Tengku Azlan.
2 orang suruhan disatu DUN menyuarakan sokongan secara bertulis terhadap ADUN berkenaan yang sudahpun 4 penggal memberikan khidmatnya dan seolah-olah tiada calon lain yang lebih baik darinya. Mungkin kita boleh bertanya berapa harga sokongan demikian? Namun suara rakyat sebenar sudah kecewa kerana beliau sudah terlalu lama dan prestasi juga sudah semakin menurun.
Dalam sesi soal jawab pula, ada bersuara untuk mendapat perhatian MB supaya seorang tokoh diberikan perhatian untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen dalam PRU yang akan datang. Watak dan personaliti tokoh berkenaan telah dilukiskan dengan jelas. Soalnya siapakah dibelakang yang bersuara itu dan apakah niat sebenarnya? Jika itu suara Pulau Tawar, apakah niatnya hanya untuk mencincang lumat tokoh berkenaan sebelum beliau sempat siapkan dirinya untuk turun ke gelanggang? Atau tujuannya supaya tokoh terkanan UMNO bahagian mencincangnya sambil melupakan tokoh yang sangat berkeinginan yang ada disebalik suara itu. Permainan politik harus cantik, namun kepada orang muda, jangan terlalu ghairah kerana sokong selalunya akan membawa rebah.
Apapun kita sudah melihat lakaran dan warna-warna politik Jerantut, walaupun masih belum benar-benar jelas. Cuma yang sedang didalam kebimbangan adalah mereka yang sekeliling Ahli Parlimen sekarang yang akan kehilangan segalanya bila TS Tengku Azlan tidak lagi bertanding dalam PRU akan datang. Mungkin ini adalah pilihan terbaik untuk rakyat Jerantut, kerana mereka sudah terlalu lama marahkan nyamuk sehingga lebih rela membakar kelambu.
Posting terkini saya adalah mengenai politik Jerantut, yang jarang-jarang saya sentuh dalam tulisan saya. Tajuk postnya adalah 'Warna Politik Kita'
Politik Jerantut jadi perhatian kebelakangan ini apabila Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian mengumumkan tidakada keinginan untuk bertanding dalam PRU akan datang. Beritanya tersebar luas di kebanyakan media massa arus perdana.
Beberapa laman blog, khususnya blog Jerantut turut memberi ulasan mengenainya. Sila baca diblog Sri Tri Buana, Laksamana Jebat, Parlimen 81, dan blog WZWH yang banyak menulis mengenai politik YBM TS Tengku Azlan.
Ada beberapa pandangan dan sudah tentu kerana adanya 'interest' tertentu disebaliknya, namun perbezaan itu adalah sangat wajar dan akan dapat lebih membuka minda dan hati nurani sekelian para pengundi dan penduduk Jerantut.
Saya melihat kepada apa yang ada disebaliknya, persoalan yang banyak pihak tidak berasa gembira mengenainya iaitu apakah Parlimen P081 Jerantut ini masih selamat untuk BN, atau pun hanya calon-calon BN tertentu yang akan menentukan ianya masih selamat.
Ada pihak berpendapat kerusi ini tidak lagi selamat jika calonnya bukan YBM TS Tengku Azlan, namun ada pihak yang lain berpendapat bahawa ianya akan lebih selamat tanpa beliau. Namun saya berpendapat kerusi berkenaan tidak wajar dilihat secara bersendirian. Ianya harus dilihat dalam konteks satu komponen bersama-sama kerusi-kerusi DUN Tahan, Pulau Tawar dan Damak.
Sudah tentu ianya satu pandangan dan pendapat yang komplikated dan sukar untuk dijelaskan, namun ini lah cara politik baru negara kita dimana pengundi tidak lagi memilih calon hanya berdasarkan kepada parti yang diwakilinya dan undian bagi kerusi DUN dan Parlimen juga tidak sama berdasarkan kehendak pengundi sendiri.
Apapun, hasrat YBM TS Tengku Azlan harus dihormati dan biarkan Jerantut untuk dipimpin oleh pemimpin lain yang mungkin akan mampu menawarkan khidmat yang lebih baik dan berkesan.
Saya banyak menerima respon dari orang Jerantut (agaknya) apabila menulis mengenai politik Jerantut. Mungkin kerana masyarakat Jerantut begitu peka terhadap perkembangan politik atau mungkin juga politik adalah budaya dan kehidupan. Saya tertanya-tanya kenapa kebelakangan ini blog (Jerantut) WZWH sudah tidak lagi ingin mengulas tentang politik Jerantut?
Pada dasarnya masalah yang berlaku didalam UMNO Jerantut adalah sama dengan UMNO dimana-mana. Inilah masalah sebenar yang menjadi punca akar umbi meninggalkan perjuangan parti - terlalu banyak politiking, berlakunya 'cas keting' tanpa kawalan, UMNO cawangan-cawangan menjadi semakin kecil kerana banyak ahli dipinggirkan semasa pemilihan peringkat cawangan dan bahagian dan akhirnya UMNO hanya didukungi oleh beberapa orang yang bercita-cita besar. Kesan daripada itu UMNO semakin lemah dan siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menyokong dan mengundi kita didalam PRU nanti?
Selepas' biduk berlalu' sepatutnya 'kiambang bertaut'. Para pemimpin sepatutnya merapatkan semula saf sebaik saja selesai pemilihan kerana pemilihan bukanlah penyingkiran ahli parti. 'Carik-carik bulu ayam', seharusnya 'bercantum semula', namun ini jarang berlaku didalam UMNO dikebanyakan cawangan dan bahagian kerana mereka menganggap perjuangan mereka adalah menjuarai UMNO dan bukannya menjuarai rakyat. Justeru tidak mustahil mereka yang menang untuk jadi pemimpin UMNO namun akhirnya gagal untuk menjadi pemimpin rakyat apabila dikalahkan dalam pilihanraya.
Pendekatan yang diambil oleh PM, memilih calon yang berpeluang menang dalam pilihanraya sangat dialu-alukan kerana itu memberi makna bahawa seseorang yang mampu memenangi pemilihan dalam UMNO tidak semestinya calon yang disukai rakyat kerana alasan tertentu, maka pucuk pimpinan UMNO tidak akan memilih mereka ini sebagai pemimpin rakyat selaras dengan slogan berkhidmat untuk rakyat serta menjuarai rakyat.
Menghadapi PRU13 akan datang, kita masih ragu-ragu akan kekuatan kita terutama sekali apabila pihak pembangkang semakin aggresif dan mengunakan berbagai cara tanpa mempertimbangkan baik-buruknya atas satu alasan - untuk menang dan berkuasa! Apakah kita sudah berusaha bersungguh-sungguh merapatkan semula barisan? Menyusun semula saf-saf? Menghurai kusutnya benang? Menjahit segala yang carik? Untuk bersama kebarisan hadapan dalam perjuangan bagi memertabatkan bangsa dan menjulang Islam agama dan pegangan hidup kita?
Apa yang pemimpin-pemimpin lakukan untuk merapatkan semua UMNO dibahagian-bahagian? Apa yang kita lakukan untuk menyusun semula UMNO dicawangan-cawangan? Kita bukan sahaja tidak mampu menarik musuh menjadi sahabat bahkan kita juga tidak mampu menahan sahabat kita dari menjadi musuh.
Mungkin ada calon yang kita tidak minati untuk diundi dalam PRU nanti, namun kita harus berbalik kepada memilih calon berdasarkan parti. Jika salah calon itu dipilih, maka salahkanlah ahli-ahli parti yang membiar dan membantu calon berkenaan terpilih. Dalam politik UMNO (Jerantut), kita lebih suka kepada lautan yang bergelora kerana kita semua percaya; jika jong pecah, maka yu akan kenyang. Justeru, jangan kita salahkan sesiapa selain dari diri sendiri kerana memilih perwakilan yang salah ke peringkat bahagian dan mereka pula memilih pemimpin yang salah untuk pada mata umum.
Sudahkah UMNO kita berubah? Mampukah kita berubah? Apakah kita masih ada waktu untuk berubah atau UMNO hanya akan jadi cerita dongeng atau bahan sejarah. Ada sesiapa yang peduli? Hahaha! UMNO!!!
YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut selama 3 penggal baru-baru ini telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU akan datang. Beliau mengumumkan demikian di Tekam Plantation sewaktu menyampaikan hadiah kepada pertandingan pertandingan bolasepak dan bolajaring bagi DUN Pulau Tawar beberapa hari lalu. (Sila klik NST)
Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan itu juga berkata bahawa keputusannya adalah atas kehendaknya sendiri disamping memberi peluang kepada pemimpin muda yang berkebolehan untuk membangunkan parlimen Jerantut dalam menghadapi lebih cabaran dalam era IT ini.
Menyingkap pandangan sebahagian rakyat dari media sosial (blog dan facebook) setempat selama ini, kita dapati ada antaranya yang begitu keterlaluan mengkritik beliau terutamanya blog WZWH, namun kita percaya bahawa bukanlah ini sebab utama YBM Tan Sri Tengku Azlan memutuskan untuk mengundur diri. Pasti kali ini beliau benar-benar jujur untuk memberikan peluang kepada tokoh yang lebih muda disamping berhasrat untuk berihat dari politik.
Jika kita menghayati apa yang YB Tan Sri Tengku Azlan katakan itu, pasti beliau bermaksud untuk melepaskan jawatannya dan memberikan peluang kepada YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan kerana kreteria yang beliau maksudkan ada padanya. YB Dato' Wan Amizan Wan Razak adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian adalah satu-satunya calon yang layak mengisi kekosongan yang berlaku kelak.
Mereka yang lain, yang juga dirasakan layak dan kini berada didalam kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut, tidaklah menjadi saingan berdasarkan faktor usia serta kesihatan menghalang. Justeru, kita melihat bahawa beliau lah orang yang paling layak setakat ini. Bagaimanapun, ini bukanlah satu laluan mudah kerana disamping beliau juga ada musuh politiknya, ada juga pihak yang tidak menyenangi beliau atas alasan tertentu dan peribadi, namun kita percaya dengan sedikit perubahan dalam kepimpinan dan pendekatannya dengan masyarakat, beliau akan mampu menarik hati rakyat untuk menyokongnya kembali.
Banyak pihak berpendapat kerusi Parlimen Jerantut adalah kerusi panas dan UMNO kemungkinan akan gagal disini, tetapi saya percaya bahawa YB Dato' Wan Amizan memenanginya dan membuktikan bahawa persepsi demikian adalah salah, asal saja beliau berusaha untuk menguasai pengundi muda yang sangat akrab dengan jaringan media sosial.
Saya melihat bahawa pintu sudah luas terbuka, YB Dato' Wan Amizan harus mengambil keputusan segera bagi memantapkan dirinya untuk menduduki kerusi Parlimen Jerantut dengan membawa aspirasi membangunkan rakyat dan mengejar pembangunan agar kehidupan kita akan setaraf dengan mereka yang ada di kota-kota besar serta kita tidak lagi ketinggalan dari segala bidang.
Perhimpunan rusuhan 'Bersih' yang tujuan khususnya untuk menjatuhkan kerajaan secara demonstrasi telah gagal. Kerajaan telah berjaya menghalang perkara-perkara buruk dari berlaku. Pihak pembangkang tentu tidak berpuas hati apabila sasaran mereka tidak kesampaian.
Memang ada beberapa aduan yang sebenarnya tohmahan 'kunun'nya pihak keselamatan bertindak ganas terhadap para perusuh, namun jika pihak keselamatan tidak bertindak pantas dan keras sudah tentu jiwa mereka juga tidak akan selamat kerana mereka ketika itu berhadapan dengan perusuh yang ganas dan sudah bersedia untuk berlaku ganas. Jika saya ahli pasukan keselamatan ketika itu, pasti saya akan lakukan pendekatan yang mungkin lebih keras lagi.
Buat seketika pihak kerajaan boleh berehat sejenak dan menarik nafas panjang, namun mereka jangan leka kerana apa yang saya perhatikan adalah kesan yang besar didalam diam. Mungkin tidak ramai yang merasainya namun saya merasakan ini satu gelombang yang jika tidak ditangani dengan baik akan mampu menenggelamkan bahtera yang sedang kita layari sekarang ini. Apakah maksud sebenar saya?
Kita semua akui bahawa gelombang pertama yang melanda dan hampir membenam BN dalam PRU12 lalu adalah dari ledakan media sosial. Namun seketika kita boleh mendabik dada bahawa kita sudah mula dapat mengawalnya dan menjuarainya. Dalam media blog, kita bangkit dengan kumpulan BPN (Blogger Pembela Negara) namun kemudiannya tenggelam dibawa arus masa. Blogger Patriot dibina diatas keruntuhan BPN, sedangkan nafas lebih patut diberikan kepada BPN yang mempelopori perjuangan, namun kerana kepentingan politik BPN dibiarkan berkubur tanpa nesan.
Kita bangga kerana merasa kita sudah menguasai blogger berdasarkan kepada jumlah blog yang menduduki tangga teratas. Sebahagian kita jadi leka dan bersikap sambil lewa dan santai sambil menghisap cerutu dan menghitung laba. Kita merasa kita kuat justeru kita menikam sesama sendiri, tetapi kita lupa bahawa jerat tidak pernah lupakan pelandok.
Sedarkah kita bahawa bersama dengan perhimpunan rusuhan itu, media sosial pembangkang telah bangkit semula kerana mereka menerima dana yang banyak. Lihat saja di blog, mereka aktif lawati blog kita dan memberikan komennya selain dari aktif menulis diblog mereka sendiri. Demikian juga di Facebook dan Twitter, mereka juga aktif kerana sumbangan dana yang sampai kepada mereka melincirkan segalanya.
Perhatikan juga banyak grup-grup dan laman-laman baru facebook telah diujudkan. Mereka aktif kerana adanya dana yang besar dan akan terus melakukan ini sehingga PRU13 nanti. Apakah yang pihak kita lakukan? Kita tidak ada sebarang dana untuk menggerakkan media sosial kadang-kala ada antara pemimpin kita yang masih tidak percaya kepada keupayaan media sosial. Kita juga menikam sesama sendiri selama ini. Kerana itulah BPN berkubur dan mati. Ada antara blogger kita mengejar nama dan kebendaan serta mengenepikan perjuangan sebenar bahkan tidak peduli apa kita akan menang atau kalah. Mungkin mereka sangat yakin bahawa BN tidak akan tumbang. Apakah mereka sedar bahawa 'tidak ada bateri yang tahan selamanya'!
Saya tidak tahu apakah tindakan pemimpin kita selepas ini, tetapi saya akan tetap teruskan perjuangan biarpun berseorangan, biarpun tiada menerima apa-apa sumbangan, atau jasa tidak juga akan dikenang. Saya percaya pada kata-kata Tun Dr. Mahathir; 'Perjuagan Belum Selesai' selagi hayat dikandung badan. Ingatan saya kepada sahabat supaya kembali kepada perjuangan asal, seperti bagaimana kita bermula dahulu.
Media Baru UMNO kita, setakat mana di negeri-negeri dan dibahagian-bahagian? Yang saya lihat dan rasakan semuanya masih kaku dan bisu, sepi dan mati.
Huh! Polis pun mereka lawan? Jihad atau Jahat ni?
Walaupun mereka memfatwakan sebagai halal, namun ini tetap haram
Anu arr hadir pada Perhimpunan 'Bersih' dan mengetuai rusuhan berkenaan. Siapa kata politik tidak terlibat? Siapa kata ini bukan ada kepentingan Anu arr? Anu arr merancangnya dengan tujuan merampas kuasa seperti berlaku di negara Mesir dan Libya. Malangnya di Malaysia rakyat negara kita tidak ramai yang bodoh (yang terpedaya dan mengikuti reformasi yang ingin dicetuskan sekali lagi ini)
Kali ini Anu arr sendiri mengetuai bala tentera 'syaitan' ini kerana berharap sokongan dari rakyat akan berlebih-lebih lagi kerana simpati terhadapnya yang dituduh 'terliwat' bontot dan 'termain' chinadoll seperti klip video yang tersebar luas sebelum ini.
Rusuhan ini gagal. Anu arr gagal. Pemimpin parti pembangkang dan Tok Garu songsang juga gagal. Dalam PRU13 nanti mereka akan diberikan tamparan hebat. BN akan merampas semula semua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN. PKR, Pas dan DAP bolehlah berebut kerusi-kerusi di Balai-Balai Raya.
Foto dari blog 'Tukar Tiub' yang sudah insaf dan sedar kesilapannya selama ini dan tidak lagi menyokong Anu arr Al-Juburi. Anda bila lagib mahu berubah??
Kata Anu arr : 'Jubo kuning, jubo kuning'...hehe !
Ini bukannya musang berbulu ayam sebab 'totey'nya tak ada bulu, hehe
Sejak awal lagi banyak pihak
sedar bahawa demonstrasi ‘Bersih’ hanyalah atas kepentingan Anwar. Banyak pihak
termasuk Ambiga dan Anwar sendiri menafikannya, kunun Bersih bukan ada
kepentingan politik. Namun akhirnya apabila Anwar maju kehadapan untuk mengetuai
demonstrasi itu, ianya dilihat sebagai cuba mencetus semula reformasi
sepertimana terdahulu. Akhirnya wajah musang sebenar sudah kelihatan disebalik
bulu-bulu ayam yang berselerakan.
Demonstrasi ‘Bersih’ telah dapat
digagalkan, Anwar sekali lagi gagal dan beliau boleh diibaratkan, ‘ayam
terlepas, tangan bau taik’. Sisa-sisa semalam yang tingal hanyalah najis-najis
yang berselerakan merata-rata.
Rusuhan itu berakhir dengan
keganasan, golongan peniaga menanggung kerugian, pengangkutam awam terjejas,
rakyat yang tidak berdosa terpaksa menanggung kesusahan akibat dari kerakusan
cita-cita politik golongan yang tidak menghomatii demokrasi.
Selain daripada itu, demonstrasi
hanya dapat mengalih pandangan rakyat dari isu pelakon lucah yang 99.99%
wajahnya seakan Anwar Ibrahim kepada memberi simpati kepada ‘binatang politik’
itu yang kununnya cedera parah akibat dari tindakan pihak keselamatan.
Kesudahannya rakyat semakin hari
semakin membenci Anwar Ibrahim kerana tindak-tanduknya dalam usaha menjatuhkan
kerajaan dengan cara yang sangat hina ini.
Berbagai sindiran tersebar meluas dilaman-laman facebook dan twitter
yang mencerca Anwar Ibrahim. ( Klik Sini ), baca juga disini
Beberapa hari lalu beberapa laman blog ( Sini dan Sini ) menulis mengenai sebuah blog pro pembangkang yang menulis komen yang didapati menghina titah Sultan Pahang. Berita mengenainya juga ditulis oleh akhbar harian tempatan (Sinar Harian) ( Klik Sini )
Berikutan dengan itu beberapa buah pertubuhan NGO telah mendesak diambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan dan beberapa laporan Polis telahpun dibuat. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi, Sains dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) negeri sudah diarah supaya menyiasat pemilik blog tersebut sebelum tindakan sewajarnya dibuat mengikut lunas undang-undang yang ada. ( Klik Sini )
Blog yang dimaksudkan adalah blog Pak Karamu (Klik Sini ) bagaimanapun posting berkenaan telahpun dipadamkan oleh pemiliknya ( Klik Sini ) Menurut siasatan, identiti blogger berkenaan adalah seperti berikut:
Nama Blog: Pak Karamu
Nama Blogger: Ariffin Bin Ngah Nasution
Alamat (seperti yanag dikesan): F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak
Beliau adalah bekas calon Pas bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dalam PRU8 lalu.
Sebagai seorang rakyat negeri Pahang yang prihatin, menghormati dan menyayangi Sultan, saya merasa amat kecewa dan kesal dengan sikap blogger terbabit yang menunjukkan kebodohannya dengan mengaitkan institusi Raja dalam kecenderungan politik peribadinya.
Walaupun tulisan didalam blog berkenaan sudah dipadamkan tetapi kemarahan rakyat negeri Pahang terhadapnya masih belum pudar, justeru beliau disarankan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Kepada blogger berkenaan, apa yang ingin saya katakan adalah; kebebasan bersuara dan demokrasi bukanlah bermakna anda bebas menghina orang lain terutama sekali pemimpin dan Raja-Raja kerana demokrasi negara kita meletakkan institusi Raja-Raja ditempat teratas untuk dihormati dan berperanan sebagai pelindung rakyat jelata dan anak negeri.
Kita menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera terhadap blogger 'kurang ajar' ini supaya ianya dapat menjadi teladan kepada blogger-blogger lain pada masa akan datang. Menyertai Pas parti yang 'kununnya' perjuangkan agama Islam bukanlah tiket untuk bebas mencerca orang lain terutama Raja-Raja dan Sultan. Beberapa pertubuhan NGO difahamkan masih lagi membuat laporan Polis berhubung perkara berkenaan.
Sajak ini saya tujukan buat pendokong-pendokong demonstrasi 'Bersih' yang kotor, khusus buat penyajak yang mensajakkan 'Peludah Warna'.
Penjilat Warna
kuning itu bukan lagi warna bersih bukan lagi sebagaimana putih kerana cemar oleh segala najis; penjilat warna ~ negara menjulang namamu sastrawan ulung teragung mengangkat martabat bangsa mengharum aroma bunga-bunga namun warna keramat bertukar kelam sebuah nama juga mancatat sejarah hitam A Samad Shit, rambut dan janggut putih wajah yang nampak bersih berbaur dengan kehitaman hati budi anak bangsa yang memungkiri janji melepaskan tali teraju layang-layang yang sedang terbang menerpa angin menerjah awan kiranya jadi petualang bila mati tidak tersurat dipusara seharusnya bertaburan bunga-bunga namun yang ada hanyalah sehelai kertas tertulis: 'disini seorang pahlawan mati bergelumang najis kerana tersalah langkah kecundang menyongsong arah'
Hanya golongan yang sudah hilang akal sanggup menyertai perhimpunan haram begini
Saya terkesima apabila sebuah blog pro kerajaan dalam postingnya mengajak kita semua sertai perhimpunan bersih. Apabila sebuah blog pro kerajaan mengajak kita sertai perhimpunan bersih, maka kita patut bertanya apakah silapnya sehingga blogger berkenaan sanggup melakukan demikian? Saya tiada apa kata yang hendak dikatakan selain dari; 'Tuan-tuan bacalah sendiri' ~ Klik Sini
Klik juga di Video dibawah ini sebagai hiburan kita semasa bergotong-royong membersihkan Kg. Nenas:
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.