Suara Anak Pahang - Perlu Baca
20 February, 2009
SUATU CERITA
1. Suatu hari, si Ayah yang duduk berhampiran pintu menyempitkan laluan dan meletakkan gelas minumannya disana. Datang si Anak melalui pintu berkenaan dan terlanggar gelas tersebut dan menumpahkan minuman si Ayah. Maka si Ayah memarahi anaknya "Apakah awak tak nampak gelas yang ayah letakkan disitu?'
Suatu hari yang lain, si Anak yang duduk berhampiran pintu menyempitkan laluan dan meletakkan gelas minumannya disana. (sama seperti si ayah lakukan dahulu) Datang si Ayah melalui pintu berkenaan dan terlanggar gelas tersebut dan menumpahkan minuman si Anak. Maka si Ayah memarahi anaknya "Kenapa letakkan gelas disitu, tak nampakkah ayah nak lalu?'
------------------------------------------------------------------------------------
2. Siapakah yang merasakan bahawa perbuatan mereka sentiasa betul manakala orang lain sentiasa salah? Siapakah yang merasakan bahawa apa yang mereka lakukan sentiasa HALAH dan apa yang orang lain lakukan sentiasa HARAM? Siapalah yang sentiasa merasakan bahawa apapun malapetaka yang menimpa mereka adalah kerana konspirasi BN dan apapun malapetaka yang menimpa orang lain menurut mereka adalah kerana balasan Tuhan biarpun merekalah yang turut merancangnya.
3. Pembangkang Rakyat sudah sangat keterlaluan sekarang ini. Mereka merasakan bahawa keputusan PRU12 adalah petanda sokongan rakyat terhadap mereka dan konsinsten. Mereka lupa bahawa sokongan terhadap mereka adalah sementara sahaja dan sebenarnya adalah hanya menifestasi protes rakyat terhadap BN. Kini rakyat telah sedar. Mereka memberikan sokongan yang salah kepada pakatan yang salah. Rakyat sangat kecewa dengan janji palsu pakatan yang tak pernah tertunai. Rakyat telah kecewa dengan sandiwara yang pakatan lakonkan. Dengan penuh sesal rakyat ingin berubah. Kerana itu DSA terlalu takut untuk hadapi sebarang PRK.
4. Saudara semua. Marilah kita mengubah sejarah politik negara. Marilah kita mengubah kehidupan dan masa depan. Tinggalkanlah mimpi manis yang tidak akan tertunai. Memang sebahagian pemimpin BN tidak sebaik mana, tetapi yang nyatanya mereka lebih baik dari yang PR tawarkan. Beranilah berubah dan jangan malu untuk mengubahnya. Ingatlah bahawa; Pee A-S parti perusuh, Pee K-R parti tak bermoral dan D-A-Pee parti biadab. Semuanya pembawa kemunahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
6 comments:
ye marilah kita merubah segalanya.Dan kita jugak mesti merubah pemimpin pemimpin di dalam UMNO jugak yg kita pasti yg mereka bukan pemimpin tulin.Dengan ini UMNO akan kelihatan relevan semula pada pandangan masyarakat dan rakyat.
Posting yang bagus
Salam,
Sekarang sudah ada sindrom 'satu pihak sentiasa betul' dalam politik negara kita. Pakatan Rakyat ni hampir menyamai Amerika sifat2nya. Apa yang Pakatan buat, smuanya betul dan berpatutan. Apa yang Bn buat pula, kejam dan tidak adil. Dasar pembuli. Ini belum lagi jadi kerajaan. Kalau dah jadi kerajaan, hancuss negara.
salam?
betul tu..walaupun BN bukan la parti yg sngat semnpurna tetapi seribu kali lebih baik dari pee-k r n d geng.
Bismillahhir-Rahman nir-Rahim
Assalamualaikum... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian... moga-moga kedamaian itu sentiasa mendakap hari-hari yang dilalui... moga kedamaian itu mengisi ruang-ruang kosong hidup mu dengan ingatan kepada yang Maha Pencipta.. moga-moga Tuhan Rabul Izzati menjadikan hari-hari dalam hidupmu adalah hari-hari yang diredhaiNya
Apa yang diperjuangkan pihak saudara selama ni??? dan apa yang ditinggalkan oleh pihak saudara selama perjuangan itu berjalan sudah lebih 50 tahun???
Sekian..
Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...
Sejahteralah ke atas sekalian ..& negaraku....
Tempiasnya...pun ambe terasa.. mereka ini ..@#&*^%$..(PR)N geng... sahaja yang merasa betul...walhal...mereka ini adalah golongan-golongan yang kecewa...lara...[they're..Brainer..Outstand...]
Post a Comment