21 February, 2009

MENYEMAI BUDAYA KURANG AJAR



Apakah ini petanda kita bangsa benar-benar bebas dan merdeka? Membuang adat meninggalkan budaya? Kemanakah kata ' Pantang Anak Melayu Derhaka'?

Kerakusan politik pihak pembangkang untuk merebut kuasa sangat mendukacitakan banyak pihak. Mereka sedar untuk mencapai cita-citanya mereka harus menjadi juara. Mereka harus tunjukkan bahawa merekalah berani dan perkasa walaupun itu hanya dusta dan lakonan semata-mata.

PAS adalah pemula kepada budaya kurang ajar ini. Dalam ceramah-ceramahnya meraka dengan keras mengutuk, mencaci dan menghina para pemimpin. Maka gemuruhlah surau dan masjid dengan sorak-sorai yang menganggap mereka ini orang yang berani dan pejuang. Apakah perjuangan itu mesti berasaskan kurang ajar, berasaskan budaya songsang. Politik mereka adalah mencela pemimpin. Kalau kita masih ingat, siapakah yang pertama memanggil DSA sebagai Anwar Al-Jubri ? - Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah ulamak pengata Mat Sabu.

Mat Sabu memanggil DSA sebagai Anwar Al-Jubri pada ketika DSA disebelah pihak lawan mereka, namun kini apabila DSA berada pada pihak yang sama, maka dilucutkanlah panggilan itu. Buntut Al-Jubri itulah yang diciumi ketika ini. Inilah sikap Mat Sabu...pembangkang.

Kini kebanyakan pemimpin pembangkang mambawa trend yang serupa dalam setiap ceramahnya, mengumpat dan mengata. Baik Nik Aziz mau pun Hj Hadi. Kedua-duanya pun sama. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Mengkhafirkan yang Islam dan sebaliknya - hanya kerana cita-cita parti dan cita-cita peribadi. Apatah lagi dengan Anwar Ibrahim, tiada siapa yang bersih selain dari dirinya sendiri. Pernahkan dia bercermin muka dan melihat mukanya sendiri?

Rakyat dan penyokong parti semakin kurang ajar kerana PAS, PKR dan DAP merstuinya. PAS anggap sikap kurang ajar itu sebagai perjuangan kerana Allah, dan ianya jihad. Pada hakikatnya rusuhan dan membantah tihah Sultan bukanlah Jihad tetapi JAHAT niat dan perlakuannya. Tetapi mereka peduli apa, pemimpinnya cerdik sedangklan yang bebal adalah pengikutnya. Siapa yang berbaring ditengah jalan semasa rusuhan menentang perlantikan MB Perak? Pemimpinnya yang cerdik atai pengikutnya yang bodoh?

9 comments:

Cheguman said...

Mat Sabu tu ada lagi ke? Dah terpinggir betul dari arus politik perdana PAS. Nak jadi calon pun tak boleh. Sanggup PAS bagi ADUN bertanding. Padahal Mat Sabu lah yang ke hulu ke hilir berjuang untuk PAS selama ini. Nampaknya geng ardogan betul-betul berjaya menguasai PAS. Mat Sabu selaku musuh tradisi Anwar berjaya dienyahkan

MAWAR BERDURI said...

salam?

sama saja jawapnya..pemimpin penyokong smua buduh dan kurang ajar..bagus smuanya dilimpar p lungkang najis.

Anonymous said...

Salam,
Sejak dari dulu lagi jika diteliti cara pembangkang berceramah dgn mengeluarkan kata-kata kesat serta menyamakan parti pemerintah serta pemimpin negara dgn binatang/sesuatu yg sgt buruk meunjukkan bahawa mereka (pembangkang) hanya mempolitikkan Islam. Adalah silap untuk menganggap mereka memperjuangkan Islam dalam ertikata yang sebenar!

kayumanis said...

Betul tu, PAS bukan memperjuangkan Islam. Tak ada masjid pun yang didirikan. Tak ada universiti, tak ada city tak ada identiti Islam yang gah yang boleh dibanggakan yang nak disebut sebagai hasil usaha PAS. Tak ada saudara baru Islam yang dibawa masuk. Tak ada...tak ada. Yang ada cuma perjuangan menegakkan PAS saja. Yang untung kepala-kepala PAS saja. Yang ekor tu bodoh piang kerja bagi derma saja.

SAYANG SARAWAK said...

semoga Allah memelihara keperibadian kita dari celaan dan perbuatan hina..

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Saya pernah beberapa kali berkunjung ke kelantan. Apa yang saya dapati, kebanyakkan masjid di sana berada di bawah paras par (kotor sangat) berbanding di Terengganu. Tak ada kemajuan dalam pembinaan masjid. Semuanya terbiar seolah2 jawatankuasa masjid yang mengaku pendukung parti islam semuanya tidur. Perkara kecil seperti pintu tandas rosak juga dibiarkan tanpa pembaikan. derma sentiasa dikutip tetapi penggunaan wang itu entah kemana...

paneh said...

PAS or PIS?

Agama dipolitikkan, Ular Mak memandang dunia. Mat Sabu sekarang berada dalam tong najis mana satu?

Ali Abdullah said...

mungkin ada di antara kalangan PAS yang merasa suci perbuatan mencaci orang yang tidak sealiran politik dengan mereka. Inilah akibatnya apabila nafsu kepada dunia telah menguasai diri dan melupakan tuntutan akhirat.

bluehope said...

BlueHope pun dh keliru...sapa kurang ajar sapa idak, sapa bodoh dan sapa bijak.

Kadang2 BlueHope pulak yg rasa mcm org2 bodoh sbb emo dgn menda2 mcm nih...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...