26 February, 2009

MELUDAH KE LANGIT


Poster Ihsan: Master Dedah



Sejak dulu hingga kini dah jadi trend bagi pembangkang menyalahkan kerajaan / BN khususnya UMNO. Setiap apa yang berlaku penyebabnya adalah UMNO. Kerana itu kita lihat apapun keburukan maka UMNO lah yang akan dituduh. Bila rasuah UMNO, bila salahguna kuasa UMNO, bila kronism UMNO. Tidak adakah selain dari UMNO? PKR dan PR sendiri, bersih sangatkah?


Kenapa UMNO? Kerana UMNO adalah tunggak BN dan kerajaan. Runtuh UMNO maka runtuhlah kerajaan. Kerana itu UMNO mesti diserang habis-habisan. Siapa punya agenda? Tak lain tak bukan adalah dari orang yang bercita-cita besar untuk menjadi PM tetapi tidak kesampaian kerana dirinya yang bergelumang dosa - Anwar Al-Jubri the liar.

TDM telah mengangkatnya dari jalanan dan menghumbannya semula kejalanan. Dari seorang pelajar Universiti yang mengetuai rusuhan jalanan kini dia jadi Perdana Menteri Mimpi Jalanan yang juga menganjurkan rusuhan jalanan.

Kenapa kini dia menyerang habis-habisan? Kerana ini adalah saat-saatnya kerajaan dalam kedudukan yang paling lemah. Sewaktu TDM jadi PM, DSA tidak upaya kerana kekuatan TDM yang sukar diatasi. Kini dengan PM yang lemah maka dapatlah dia lakukan serangan demi serangan. Serangan ini harus dilakukan segera sebelum pelan peralihan kuasa berlaku kerana apabila DSN memegang kuasa kemungkinan untuk melakukan ini menjadi sukar semula.

Sedar bahawa walau dalam saat terlemah sekalipun BN tidak juga tumbang, kerana itu pembangkang menyatakan sokongan untuk Pak Lah terus jadi PM. Bukan kerana mereka suka Pak Lah tetapi kerana mereka mahu mendapat faedah dari kelemahan PM sekarang ini. Begitulah sikap pembangkang, memberikan alasan yang baik untuk niat yang buruk. Tetapi Tuhan tidak perkenankan niat jahat mereka ini. Mungkin ada hikmahnya DSA tidak jadi PM. Mungkin jika dia jadi PM nescaya musnahlah negara kerana nya.

DSA adalah seorang tokoh politik yang punya bakat dalam seni lukis @ conteng-menconteng. (Baca sini Politik Conteng-conteng)
Anugerah Allah semulajadi untuknya. Kerana itu beliau gunakan sepenuhnya bakat yang ada. Maka dicontengnya TDM, dicontengnya DSN bagi memburukkan imej mereka itu.

Meminjam kata-kata Leo Tolstoy dalam novelnya War And Peace', 'Tuhan melihat kebenaran tetapi menunggu'. Namun, mungkin Tuhan telah lama menunggu, dan kini masanya Tuhan memberiklan balasan - satu persatu. Segala keburukan DSA telah terbongkar, sedikit demi sedikit. Dia yang selalu memalukan orang lain kini sudah tidak dapat sembunyikan lagi segala malu dan kemaluannya.

Rakyat telah sedar dan rakyat telah semakin hari semakin hilang percaya terhadap beliau. Segala kepura-puraannya telah jelas kelihatan; Segala ludahnya ke langit telah jatuh ke mukanya sendiri. Sudah takdir segala perancangannya tidak menjadi. Sudah-sudahlah tu tuan PM dalam mimpi!

Katanya 30 AP BN akan masuk PR dan 16 September bertukar kepimpinan kerajaan, yang ada hanyalah kata-kata dustanya. Hantar AP PR ke Taiwan untuk pancing AP BN, tapi balik tangan kosong kecuali bulan madu untuk Eli dan Tian Chua. BN nak pancing / beli AP dan ADUN PR, ada unsur rasuah, katanya. Dia lupa ke Taiwan untuk apa? Bukan untuk pancing dan beli AP BN? Bukan ada unsur rasuah?

ADUN Bota lompat ke PKR, boleh dan HALAL, bila lompat semula ke UMNO, tak boleh dan HARAM. Rakyat dan jemu dan bosan dengan drama yang sama. Rakyat tidak lagi percaya bahawa PR mampu jadi kerajaan yang lebih baik dari BN dan ini terbukti dibeberapa negeri kerajaan PR. Rakyat tidak mahu perjudikan masa depan mereka untuk janji yang tidak akan tertunai.

Kita percaya dalam PRK akan datang rakyat akan menunjukan perubahan. Rakyat tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat yang berdusta dan gagal laksana manifesto pilihanraya mereka dahulu. Biarlah jika kita terpaksa kecewakan DSA dan gagalkan mimpinya. Rakyat tidak ingin berkongsi mimpi.

Nanti, jika anda melihat seseorang yang nampak seperti Anwar Ibrahim bercakap sorang-sorang serta berucap seperti Anwar Ibrahim, maka memang benarlah itu Anwar Ibrahim yang telah sejak beberapa bulan lalu mengadakan demonstrasi solonya dengan permit yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sesiapa yang melihatnya dinasihatkan supaya membiarkannya saja dan berjalan di belakangnya. Beliau tidak merbahayakan melainkan jika anda berjalan membelakanginya.

13 comments:

Apache said...

Itulah Sifat sebenar DSA...patutlah Allah mencabut kedudukannya dahulu supaya rakyat tidak menderita...

Cheguman said...

Berapa lama lagi dia nak menipu? Berapa lama lagi dia boleh tangguhkan kes dia tu?

Anonymous said...

Yg cun nya bab ... beliau tidak merbahayakan melainkan jika anda berjalan membelakanginya. Hu hu! Awasi buntut mu! Eiii! Takutnya aku. Takut di liwat

Anonymous said...

DSA ni sangat merbahaya dan jangan sekalikali kita ambil remeh terhadap tindak tanduk dia.Dia dapat mempengaruhi siapa sahaja.Hanya yang bijak berpengalaman dan jujur sahaja dapat lari dari di pukau.

MAWAR BERDURI said...

salam bh?

he he he bahawa juga anwar ni ah, ndak buli jalan apa tu? membelakangkannya ha ha..bagus kuarantin ja anwar ni, nanti melarat pulak penyakit dia tu.

Anonymous said...

Salam,
Mawar Berduri, Apache dan Cheguman. Terima kasih lawat (BUKAN LIWAT) blog saya. Tak lama lagi dia akan hilang akal dan adakan demonstrasi jalanan berseorangan - dgn permit dari hospital gila.

Anonymous said...

Salam,

Tajuk posting esok penuh sensasi;

KITA AKAN PASTIKAN NAJIB TIDAK JADI PM.

Anonymous said...

Sesekali terasa ada benarnya kenyataan Dr. Mahathir tentang budaya ‘ingat’ dan ‘fikir’ orang Melayu. Kata Che’ Det "Melayu mudah lupa". Mungkin boleh ditambah "Melayu lambat faham" dan "Melayu mudah terpedaya". Tambah lagi "Melayu mudah digula-gula" dan "Melayu mudah ditipu".

Kenyataan ini barangkali 'keterlaluan' dan 'sensitif' bagi pejuang bangsa Melayu, namun inilah realiti rumusan awal yang layak dibuat jika kita mengkaji budaya fikir orang Melayu secara objektif.






Tulisan ini masih berkisar pada isu politik yang didepani oleh bangsa Melayu dan warga Malaysia seluruhnya. Politik Perak dan politik Malaysia yang sarat krisis lagi bercelaru. Krisis dan kecelaruan ini boleh berakhir sebaik saja UMNO dan Barisan Nasional turun takhta dan diganti oleh entiti politik yang baru. Setakat hari ini, pengganti yang ada hanya Pakatan Rakyat. Walau pun ada beberapa isu yang belum selesai seratus peratus di antara tiga parti utama dalam pakatan itu, namun itulah satu-satunya pilihan yang ada sekarang. Lapan belas tahun di Kelantan dan sebelas bulan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor layak menjadi bukti keupayaan Pakatan Rakyat menggalas tanggungjawab memimpin negara dan negeri-negeri.





Masalahnya ialah majoriti orang Melayu (kecuali di Kelantan)masih tidak dapat memahami perbezaan budaya, gagasan dan halatuju antara BN dan PR, antara UMNO dan PAS/PKR, antara MCA/Gerakan dan DAP. Paling kurang mereka menganggap sama saja antara mana-mana dua pihak yang dibandingkan. Lebih malang lagi, sebahagian besar orang Melayu masih percaya bahawa UMNO lebih baik daripada PAS atau PKR manakala MCA dan Gerakan lebih baik daripada DAP. Kesimpulannya BN lebih baik daripada PR. Inilah realiti ‘ingat’ dan ‘fikir’ majoriti orang Melayu.





Melayu acuan UMNO telah terbentuk sebagai golongan yang malas mengkaji, malas menyiasat, malas membaca dan malas belajar. Semua kemalasan itu boleh dirangkumkan menjadi satu frasa sahaja iaitu “malas menggunakan akal fikiran’. Apabila akal tidak berfungsi maka tiadalah fikir. Apabila tiada fikir maka tindakan hanya berlandas emosi, rasa dan nafsu. Jika hidup akal dan fikir, nescaya hilanglah UMNO. Jika mati akal dan fikir bergantikan emosi, rasa dan nafsu semata-mata maka hiduplah UMNO.





Penggerak perobahan wajib realistik dalam hal ini. UMNO memiliki kelebihan besar dalam persaingan menguasai minda dan jiwa orang Melayu dengan ketersendirian budaya ‘ingat’ dan ‘fikir’nya itu. Saluran TV dan radio serta akhbar harian utama yang mereka kuasai sepenuhnya, sudah cukup kuat untuk mengekalkan kesetiaan orang Melayu kepada UMNO. Langkah dan gerak politik Pakatan Rakyat yang semurni mana pun, dapat diolah dengan sempurna menjadi busuk dan celaka. UMNO miliki lebih 50 tahun pengalaman memanipulasi media.





Operasi Pakatan Rakyat wajib mantap di peringkat akar umbi. Penerangan mesti sistematik. Organisasi, bahan, kaedah, penetapan sasaran, rangka kerja, analisis maklum-balas, susulan dan dokumentasi rekod mesti ada, jelas dan terlaksana.






Setiap patah perkataan UMNO di TV, radio atau akhbar segera disusuli dengan jawab, tangkis dan terang yang penuh bermaklumat, berfakta dan berangka. Pendekatan penuh hikmah dengan nilai keakraban, kasih dan hormat insyaAllah mampu menggoncangkan akal yang tepu dan jiwa yang kontang dalam diri Melayu acuan UMNO itu.

Ezad said...

ini orang munafik

kalau pilihanraya akan dtg berpihak kepada BN, maka dikatakan BN ada pengundi hantu, spr tak telus..

tp kalau berpihak kepada mereka, inilah kehendak rakyat yang mahukan perubahan..

hanya orang tak berakal je yang akan terus sokong si munafik ni

TOK PERAI said...

Salam Sejahtera ke atas kamu....

Masa ambe masih diperingkat belum baligh dulu...ambe selalu gak dengor dari kenkawan ambe....perihal yang seagama KS tu ...suka main..belakang.... patutlah DSAI jadik prenz...dia.... wahai umat satu kiblat denganku...yang fanatik terhadap DSAI....sedarlah.......

Depan cantik je...belakang sapa tau....
ambe dari tepi dah nampak body dia lari da......

Brave instinct....Bravo..BH.

one one no belen said...

Salam.Jika kita fikir dgn akal dan minda yg terbuka kita akan dapati bahawasanya mmg BN dan UMNO adalah parti yg memang layak memerintah negara kita ini.ini terbukti dgn persefahaman antara parti berbilang kaum yg bersama BN.Dan kenyataannya PR mmg tak layak untuk memerintah kerana gabungan parti didalam PR mmg tidak ada persamaan perjuangan mereka.Namun di dalam UMNO kita mmg memerlukan perubahan.Masaalahnya dengan pemimpin UMNO adalah kerana mereka tidak berjuang di atas landasan perjuangan sebenar.Bagi kebanyakkan pemimpin UMNO mereka lebih mementingkan keuntungan peribadi dari perjuangan untuk rakyat.Untuk UMNO kelihatan lebih telus dalam perjuangan dan untuk mengembalikan rakyat memilih UMNO kita harus menolak pemimpin pemimpin yg rasuah dan yg hanya berpolitik utk poket sendiri.Insyaalah jika kita dpt memilih ajk UMNO pusat seperti kehendak rakyat banyak,kita akan dpt mengembalikan sokongan rakyat semula.Sweet word are not sincere and sincere word are not sweet. renungkanlah demi utk bangsa kita dan anak cucu kita.

Anonymous said...

Tok Perai,
..Depan cantik je...belakang sapa tau..., yang bab belakang ni kena tanya Anwar Ibrahim, kerana dia pasti tahu. Mat Sabu panggil dia Anwar Al-Jubri dan mat sabu tuduh dia kaki main jubur.

TOK PERAI said...

BH..

Kat lorong kunyit pun ...whaaaa......

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...