01 February, 2009

JIKA PAS JUJUR, BERSATULAH DALAM UMNO


PAS adalah sepihan dari UMNO. Kemudaiannya menyerpih lagi menjadikan tertubuhnya sebuah parti Islam lain yang dikenali dengan nama Berjasa. PAS dulu dikenali sebagai parti kampong dimana ianya didakyahkan oleh pemimpin-pemimpinnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Dakyah ini bermula disurau-surau dan masjid-masjid dan bermulalah isu khafir-mengkafir dimana pemimpin-pemimpin UMNO telah dikafirkan oleh orang-orang PAS. Kadang-kadang berlaku juga sembelihan orang UMNO diharamkan oleh orang-orang PAS. Sembahayang yang diimamkan oleh orang-orang UMNO di’tak sahkan’ oleh orang-orang PAS.

Begitulah PAS melakukan dakyah dan fitnahnya bagi tujuan politik. Sebahagian masyarakat telah menerimanya dan membesarkan anak-anak mereka yang juga telah diterapkan dengan ideologi yang sama bahawa apa yang UMNO lakukan adalah haram dan berdosa, dan anak-anak kecil itulah yang sedang kita hadapi sekarang ini – dan mereka ini lebih tegar.

PAS tidak mampu memberikan apa yang sanggup kerajaan BN berikan. Pemimpin PAS sedar ini. Rakyat penyokong PAS meinginkan material pemberian kerajaan BN maka pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan: Kerajaan / BN beri kita ambil, undi beri PAS – itulah yang berlaku. Dikampung-kampung apabila ada bantuan subsidi dari kerajaan maka orang-orang PAS lah yang utama memohonnya tetapi dibelakang mereka mengutuk dan menghentam kerajaan. (Wajarkah begini?)

Kakitangan kerajaan tidak kurang juga terdiri dari penyokong PAS. Waktu kerja mereka banyak berpolitik dan kurang berkerja, juga mengutuk kerajaan tetapi makan gaji dari kerajaan. Mereka juga yang turut menyumbang kepada pristasi buruk kerajaan BN tetapi dalam masa sama menuding jari kepada kerajaan. (Apa kah ini juga wajar?)

Jika bukan UMNO dan BN, apakah PAS atau PKR mampu lakukan sebaik ini untuk bangsa melayu dan rakyat Malaysia amnya, atau lebih baik lagi? Mungkin tidak. Semuga kita mampu melakukan sesuatu yang lebih bijak dimasa-masa hadapan dan tidak hanya terpengaruh kepada janji kosong kepada perubahan yang tidak menjanjikan apa-apa dan sia-sia. Jika PAS benar-benar jujur dan perjuangkan Islam, PAS perlu kembali kepada asal dan satukan melayu dan Islam didalam UMNO.


Baca sini: PAS Jadikan Kita..

Baca sini: Cerita panas PAS Kelantan

12 comments:

Apache said...

Itulah yang sebaik-baiknya..Ingatlah bahawa besi kapak tidak akan mampu menumbangkan pokok kayu kalau tidak ada kayu lain yang menjadi pemegangnya...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
WARIS PAHANG said...

Inilah masa sesuai rakyat Perak bangkit membantah segala tindak tanduk yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang terutamanya isu tanah melayu digadai.

“Kita Tidak Mahu Kerajaan Boneka DAP”

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
.@blogger.com said...

Komen yang diluar tajuk terpaksalah di get-out kan. Kalau nak hantar posting kenalah guna blog sendiri. Maaf, kadang-kadang kebebasan yang diberikan tidak pandai dihargai.

one one no belen said...

kalau pas jujur kenapa tidak bersatu dalam umno. tapi kenapa kita tak tanya kalau umno jujur kenapa tidak bersatu didalam pas?...

Anonymous said...

Siapalahaku,
Kerana PAS adalah pecahan dari UMNO dan kerana UMNO adalah organisasi yang lebih besar. Mengikut hukum alam yang kecil mesti mengikut yang besar, kecualilah kes ECM Libra yang menelan syarikat lebih besar.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

adindaku...nampaknya kajian kita sama.

kita lihat kejatuhan islam di andalusia, islam di india dll...semuanya kerana umat islam yang bermusuh sesama sendiri. org islam lebih percaya kapir harbi dari saudara seislam... di sini pas lah.

nampaknya kalau pas tak ditonyoh dan dimatikan.... tentu nasib malang org islam dulukala akan kena dekat kita. bila bala datang dia tak kenal pas atau umno. oleh itu pas... sedar dan bergantunglah ditali allah iaitu tali persaudaraan sesama islam...

Anonymous said...

kenapa PAS perlu join UMNO?
kami memperjuangkan parti kami..
join UMNO, nampak cam kalut je..
saya tak sanggup ada pemimpin yang terdedah aurat isteri nya sana sini..
pimpin isteri pon tak rei, nak pimpin rakyat..
boleh blah~

Anonymous said...

"blog anda penuh dgn bohong dan fitnah, penuh cemuhan juga kekeliruan, tetapi kebenaran tetap di pihak yang benar, nantikan kebangkitan pihak yg benar.."-pejuang bawah tanah malaysia.

anonymous said...

x perlu pun jd dalam parti pun x apa.x ada masalah jd parti komponen.elok2 lah jaga kelantan dan kedah tu dulu.biarkanlah mereka melaksanakan hukum hudud sbg model sblm pelaksanaan dilakukan dinegeri2 lain perlembagaan boleh dipinda dgn kesepakatan majoriti di parlimen. bila hbgn kerajaan negeri dgn pusat lebih baik,x ada masalah jg dlm usaha kerajaan nak membangunkan ekonomi di negeri kelantan dan kedah, serentak dgn negeri2 lain..utk ke arah tu,kedua-dua pihak kena jujur..

anonymous said...

sdr professor
eloklah tu.duk lah ko kat bawah tanah terus.atas tanah pun tak guna asyik dgn "negatif thinker" dan provokasi.nampak sgt buta hati.ni pun dah buta tajuk.bagi la pendapat yg membina,bkn buat tohmahan jer..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...