27 March, 2014

TRAGEDI MH370 - DS HISHAMUDDIN BUKTIKAN BELIAU MASIH TEGAP DAN GAGAH

 
 
 
DS Hishamuddin diuji begitu hebat dalam isu kehilangan MH370. Sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan beliau terpaksa bersengkang mata dan berbasah peluh untuk memantaunya kehilangan sejak dari mula pesawat MH370 dilaporkan hilang. banyak pihak yang sebelum ini memperlecehkan beliau yang dianggap tidak tegas dan bahkan digembar-gemburkan sebagai 'Menteri Amaran' akhirnya menunjukkan sikap sebenar.... bertolak ansur dan toleransi tetapi tetap tegas dan komited dengan pendirian.
 
Kita mengikuti sidang akhbar beliau setiap hari sepanjang 18 hari lalu dan sedar bahawa beliau patut diberikan 'tabik hormat' kerana kegigihan dan keazamannya dalam mengendalikan kehilangan MH370. Bukan mudah untuk bertahan sebegitu lama dengan kesabaran yang tinggi menghadapi kerenah pengamal media serta keluarga mangsa, namun beliau tetap berdiri teguh dan meneruskan tugasnya tanpa gentar.
 
Terkini, ketika DS Hishamuddin berucap di Parlimen mengenai tragedi kehilangan pesawat MH370 berkenaan, beliau diserang hebat oleh Ahli Parlimen pembangkang. (http://www.youtube.com/watch?v=LxqUmFImH_4) namun kita sedar bahawa bukanlah  kerana memperjuangkan mangsa MH370 penyebab sebenarnya, tetapi adalah kerana DS Hishamuddin yang selama ini dilihat lemah dan memang diberikan imej 'lembut' sudah menunjukkan keperibadiannya yang sebenar dan pembangkang tidak boleh menerima hakikat itu sama sekali.
 
Kekuatan dan keperkasaan serta keberkesanan menteri-menteri dalam menjalankan tugas mereka akan menyulitkan lagi peluang pembangkang untuk mencapai hajat dan cita-cita mereka ke Putrajaya, apalagi apabila pembangkang gagal membuktikan bahawa sokongan terhadap mereka tetap konsisten jikapun tidak semakin kuat dalam terjemahan yang tunjukkan dalam PRK Kajang yang baru lalu.
 
Justeru, yang mampu mereka lakukan adalah menyalahkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan dalam apa hal sekalipun agar rakyat melihat bahawa kerajaan lemah dalam segalanya. Bagaimana pula dengan mereka? Apakah mereka benar-benar gagah dan bijak pandai dalam segala hal? Apakah mereka akan mampu berbuat lebih baik dari yang pemimpin kerajaan telah lakukan sekarang ini?
 
Pasti dalam pengalaman dan penglihatan kita selama ini kita akan akui bahawa mereka juga tidak akan lebih baik dari pemerintah sekarang dalam mengendalikan apapun, bahkan kadangkala mereka gagal menanganinya dan nyata lebih buruk lagi. Kebijaksanaan mereka hanya satu, menipu rakyat dengan pelbagai sandiwara yang mereka ciptakan.... menuduh keburukan dan kegagalan orang lain semata-mata untuk menunjukkan kebaikan dan kejayaan mereka, tetapi rakyat tidak mudah terpedaya.
 
Kepada DS Najib, DS Hishamuddin dan semua para menteri, teruskan usaha kamu dengan cemerlang serta jangan pedulikan ganguan pihak pembangkang, mereka tidak lebih dari bagaikan sekawan anjing yang menyalak, bahkan mungkin akan mengejar jika kamu lari, namun jika kamu tetap tegak berdiri, mereka akan membengkokkan ekornya dan menutupi 'dubur' masing-masing.
 
Jika saya mampu, saya ingin berdiri disisi barisan pemimpin-pemimpin ini dan menyatakan sokongan berterusan..........
 
 


13 comments:

Anonymous said...

Absolutely right. This is the quality that we want from our leaders.

Anonymous said...

Ya, aku setuju 100%. Sebelum ini aku melihat H2O adalah seorang yang lembut sehingga digelar menteri amaran. Sekarang, baru aku nampak kejantanan H2O yang berjaya mengawal media conference dengan baik dan penuh keyakinan. Beliau jugak berjaya mematikan soalan-soalan berbaur spekulasi dan tuduhan liar daripada wartawan asing. Kesungguhan, komitmen dan keberanian beliau berhadapan dengan wartawan-wartawan dari seluruh dunia sememangnya patut dipuji. Dengan ini tanpa teragak-agak aku memberikan gred A kepada H2O kerana sanggup berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan dan membela maruah negara daripada diperlekehkan oleh negara luar. Salute to H2O.

Unknown said...

Pemimipin pembangkang cina sentiasa tidak setuju dengan apa yg dibuat oleh menteri melayu. kita tengok sendiri gelagat saudara mara cina kpd penumpang MH370; yg tak puas hati serta bersifat histeria terhadap langkah yg diambil oleh kerajaan malaysia.Sah keturunan dia orang ni jenis tak mengenang budi

bRAVEhEART said...

Terima kasih semua, kita sependapat. Harap DS Hishamuddin sedar bahawa dia ada kita yg akan tetap memberi sokongan....

Anonymous said...

Pembangkang lebih berminat mengambil insiden sbg kempen politik...dr segi tindakan mereka sering cuba 'workout the problem' utk jd lebih kompleks bukan 'work the problem out'

Anonymous said...

Aku tengok Hishammuddin makin bersemangat lepas menerima rawatan. Dulu mungkin beliau sakit jadi nampak lembik.

Hishammuddin yang dulu (sebelum insiden keris) dah kembali! :)

ISAC said...

X silap rupanya bila kawan sokong H2O masa pemilihan NP Umno hari tu.

Walaupun ketika itu sokongan lebih kerana mentor dah sokong dia dulu. Apapun H2O X buat malu untuk orang Johor khasnya. Berbisik "Dato'"....

Anonymous said...

HOO LA..KAWE KELIH PUN SEJAK JADI MENTERI PERTAHANAN NI DATO' HISYAM NAPOK MAKIN TEGAP DAN SASA...MUNGKINKAH BELIAU DILATIH BERKAWAD TIAP2 PAGI DIKEMENTAH...

Anonymous said...

asalnya saya dah standby nak ngutuk h2o nih..tunggu punya tunggu from day one sampai last dah tak nampak ruang nak serbu...mmg ada class la.

bangang leman nasir said...

aku mcm pelik bin ajaib sikit dgn dia ni bkn apa jawatan yang dia peggang mesti ada masalah.dulu kes lahad datu berkait dgn dia sekarang MH370 hilang pun dia ada kaitan juga.mcm tak kena aje.tak kira cina ke india ke melayu ke keluarga dia org yg kena bukan dari keluaraga kita.cuba terkena batang hidung sendiri terkena org yg disayang apa nak kata.

Anonymous said...

Dato' Hisham, teruskan. Inilah kualiti yang aku mahu Dato' tunjukkan. Memang Dato' telah membuktikannya. Pedulikan apa yang reporter itu kata. Yang penting kita tetap Firm & Strong. Kami menyokong Dato'.

PNS

Anonymous said...

Kita hendaklah berdiri seperti tiang yg lurus.bukan seperti pacat yang bengkok.

Anonymous said...

Mcm zaid dulu bukan main garang..bila da memang NP..terus sunyi..hilang taring..we all x ada keyakinan dgn amno..Kalau PASb erdiri sendiri we all ingat PAS menjadi pilihan..so we all berkecuali..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...